Bekas SFI Sebar Gambar PM Anwar dan KM Hajiji – Muslihat Warisan Sebelum Jalan Kaki

Isteri Jeffridin Bandi memuat naik gambar suaminya bersama Perdana Menteri Datuk Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor.

Apa niat tersirat disebalik gambar itu disebarkan, sebelum Jeffridin berjalan kaki bagi kononnya mengutip dana bagi membina telaga tiub di perumahan SFI.

Jeffridin Bandi Alat Warisan – Biarkan Dia Terjun Dengan Labu Labunya

Gambar itu sebahagian dari perancangan awal pro Warisan untuk mengenakan kerajaan dalam masa sama untuk mengangkat parti Warisan atau nama Shafie. 

Hakikatnya rakyat Sabah amat tahu bagaimana pengurusan berjalan. Tidak semestinya bila surat telah diserahkan dan bergambar, maka Perdana Menteri dan Ketua Menteri tidak perlu lagi meneliti aduan yang mereka terima. Ini bukan kerajaan Warisan main hentam kuromok saja bila bertindak, sebab itulah Sabah hampir hancur.

Taktik kampung kampung untuk memanipulasi pemahaman rakyat Sabah menjelang pilihan raya negeri yang dijangka berlangsung hujung tahun depan.

Tidak salah sebagai rakyat Sabah menyuarakan isu yang dihadapi. Tapi biarlah isu itu rasional dan tidak menjadi political mileage, kepada pihak yang tidak bertanggungjawah , dalam hal ini pembangkang Warisan lah, pihak mana lagi.

Tidak rasional dan tidak kritikal bila perkara yang diperjuangkan, bukan masalah rakyat tapi kakitangan yang menjadi beban kepada syarikat SFI setelah gagal meneruskan operasi dan mengurus kewangannya.

Jadi kenapa kok BEKAS kakitangan SFI  berlebih lebihan menyalahkan kerajaan negeri. Dia ingat rakyat Sabah tidak tahu sejarah yang dilalui SFI?

Jangan banyak cerita, biar mereka terus menyokong  parti Warisan aka Shafie Apdal. Agar sama seperti masyarakat kampung bukan kerabat sehingga hari ini miskin dari kehidupan dan prasarana.

Ahli Parlimen dan Adun Adun Warisan dari Semporna sendiri gagal memberikan perkhidmatan dan menyediakan prasarana di kawasan mereka, tapi tidak malu mencampuri syarikat swasta.

Mari kita baca perjalanan SFI yang diambil kesempatan oleh kerajaan Warisan. Shafie sesuka hati membelanjakan jutaan ringgit wang rakyat Sabah melalui SDB untuk menyelesaikan kewangan SFI. Sedangkan janji Shafie Apdal pada rakyat Sabah atau orang kampung tidak pula dia ambil serius sehingga selesai.

Banyak cerita/peristiwa dan fakta perlu kia fahami – SFI dan Dr Yusof Sumber Baru News

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑