
Laskar Warisan, sejak kebelakangan ini suka mengongsi kenyataan dari pemimpin Sarawak, yang menyentuh akta laut atau perjanjian Malaysia 1963.
Apa tujuan penyokong Warisan mengongsi berita seperti video itu? (Pemimpin Sarawak menuntut hak laut Sarawak yang mesti diserahkan pada mereka tanpa proses rundingan)
Kalau kamu kroni Shafie dari Semporna logiklah tapi ini orang luar, yang tiada kaitan dengan nepotisme Shafie, hanya jadi kuli batak?
Orang luar bodoh, biar kamu miskin asal jangan jadi kuli batak kepada golongan sombong bodoh, syok hebat, walhal kuli kuli juga.
Hakikatnya pemimpin GRS juga melakukan hal yang sama seperti Sarawak. Seperti link dibawah.
GRS dan Pembangkang Setuju Tolak Akta Laut Wilayah 2012
Kita sedar tujuan badut Warisan, cuba menggambarkan, sekiranya Warisan menjadi kerajaan negeri, maka mereka akan melakukan perkara sama. Hahaha!
Mungkin propaganda sedemikian dapat mempengaruhi masyarakat. Sekiranya Shafie Apdal belum teruji sebagai ketua menteri Sabah. Malangnya rakyat Sabah mendapati kepimpinan Shafie lemah dan tidak pun menguntungkan mereka sebagai orang luar dari Semporna.
Shafie bukan hanya gagal merealisasikan perjanjian Malaysia 1963 tapi juga gagal menunaikan janji kecil pada masyarakat kampung.
Ada satu manifesto besar yang disebarkan penyokong Warisan pada pilihan raya negeri 2018. Hampir lebih besar dari perjanjian Malaysia 1963, iaitu berjanji akan mengagihkan ladang Felda di Sabah kepada rakyat Sabah. Bombastik kan, mana sudah?
Mana Sudah Tanah Felda Yang Dijanjikan Warisan?
Jangan main, ketika itu janji mengagihkan tanah Felda berjaya memperdaya ramai pengundi untuk menyokong Warisan.
Setelah Warisan menjadi pembangkang, pemimpin Warisan mendakwa mereka berjaya menuntut 17 dari 21 perkara dalam perjanjian Malaysia 1963. Sekali diselongkar terbukti hanya 3 itu pun masih dalam perundingan. Penipu!
Ertinya kerajaan Warisan gagal menunaikan semua manifesto mereka.
Gagal tidak dalam erti kata selepas berusaha atau berunding tapi merujuk tohmahan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia ketika itu, gagal sebab Shafie tidak melakukan apa apa untuk Sabah.
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, James Masing juga ada menyatakan kekesalannya semasa rombongan Shafie mengemukan tuntutan elemen perjanjian Malaysia 1963. Mendakwa rombongan Sabah, Shafie tidak berani atau takut mengemukan tuntutan.
Dapat dipastikan tuntutan itu termasuk tentang cukai produk Petroleum yang sekarang cuba dibanggakan oleh badut Warisan.
Berbalik pada pertanyaan kenapa laskar Warisan menyebarkan kenyataan dari pemimpin Sarawak.
Kenapa mereka tidak sedar kah?
Pemimpin Sarawak boleh bertegas macam angkuh sebab kerajaan GPS dibentuk tanpa parti Malaya atau orang Sarawak tidak mengundi calon PH atau BN.
Sedangkan kepimpinan Warisan? sebelum pilihan raya tolak Malaya tapi last last sama membentuk kerajaan negeri.
Sejak pilihan raya 2018, Warisan dan UMNO bermusuh sampaikan membangkitkan sentimen bangsa. Tapi pada 2023 Bung dan Shafie berkomplot cuba merampas jawatan ketua menteri Sabah dari Datuk Hajiji atau GRS.
Itulah alasannya kenapa laskar, penyokong dan badut Warisan tidak layak mengangkut cerita politik dari Sarawak seolah olah Warisan boleh melakukan perkara sama.






















Leave a Reply