

KOTA KINABALU: Mengembalikan bakat ke Sabah adalah antara agenda dalam pertemuan antara Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim di Sri Gaya semalam.
Sim memberitahu Ketua Menteri bahawa Kementeriannya, melalui HRD Corp akan membantu menangani masalah “brain drain” di Sabah dengan menarik bakat tempatan kembali ke negeri ini.
Mereka turut membincangkan kemungkinan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menubuhkan pusat pemulihan untuk pencarumnya di Sabah.
Turut mengiringi Sim ialah Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Phoong Jin Zhe, Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin, Adun Tanjung Papat Datuk Frankie Poon, Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sabah Wan Zulkifli Wan Setapa, Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO Dato’ Sri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pemulihan PERKESO Datuk Dr Hafez Hussain.






















Leave a Reply