Setelah Aduan Persatuan Bas Apa Penyelesaian Shafie? Hanya Bermain Politik

Bukti seorang Shafie Apdal senang diperalatkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pihak yang beranggapan semuanya boleh kalau Warisan jadi kerajaan negeri. Justeru pastilah kehendak mereka ada yang melewati batas undang undang.

Mereka ingat  Shafie bakal lebih besar dari perlembagaan Sabah.

Ingat majoriti rakyat Sabah yang menyokong GRS adalah golongan terpelajar dan menghormati undang undang, bermakna tidak semena mena orang seperti Shafie mengeluarkan arahan, silap hari bulan dia pula akan di penjara.

Macam Pas Kerja kerajaan Warisan tidak menjadi kenyataan setelah dihalang oleh banyak pihak dan Shafie takut kehilangan sokongan dan undi.

Dua tahun lebih tempoh yang singkat tapi tidak teragak agak rakyat Sabah menolak Shafie dari kerusi Ketua Menteri.

Shafie ingat bila ada sekumpulan menemuinya, bererti dia sudah dihargai dan diberikan kepercayaan oleh rakyat Sabah. Rakyat mana?

Yang saya tau rakyat Sabah cerdik cerdik, tidak mudah mempolitikkan isu yang mereka hadapi. Mereka nilai dan cari baik baik, pihak mana yang bertanggungjawab sebelum diajak berbincang.

Tidak seperti Persatuan Bas entah apa namanya. Bertemu dengan pembangkang yang tidak ada autoriti, kalau begitu untuk apa? Bukan mencari penyelesaian tapi untuk mempopularkan Warisan dari konteks politik.

Kalau sudah masuk ke ruangan politik,  itu bererti Persatuan Bas berkenaa sudah bersedia untuk dikritik dan dipinggirkan.

Persatuan bas sengaja bertemu dengan Ketua pembangkang Sabah, Warisan. Untuk kononnya mengadukan  beberapa isu, sedangkan hanya boleh diselesaikan oleh pemerintah bukannya pembangkang yang lemah.

Rasanya persatuan bas atau pemandu bas inilah yang tidak menurunkan pelancong di tapak yang disediakan di pantai Tanjung Aru sebab enggan membayar caj  RM10. Sebaliknya  menurunkan pelancong di bahu jalan hingga menyebabkan kesesakan jalan raya.

Junz Jangan Spin Caj RM20 Tanjung Aru, Bagus Kau Marah Pemandu Bas

Apa punya manusialah, orang lain pun cari makan juga, jadi berbahagilah bha sedikit rezeki tu. Astaghfirullah, wujud lagi sikap dan pemikiran seperti ini.

Cubalah penyedia tapak letak kereta orang mereka atau penyokong Warisan, pasti tidak ada isu. Macam main boikot pula. Serius bha?

Setelah aduan disampaikan lalu apa yang boleh dilakukan oleh Shafie? terlolong di Dewan Undangan Negeri dan Parlimen? Berdasarkan aduan sebelah pihak?

Kita dengar apa hujah Shafie selepas ini. Siapa yang dia persalahkan.

Daerah Semporan pun bukan Shafie yang urus? Penyokong Warisan di kampung kampung semakin hari semakin tidak terbela makin hidup segan mati tak mau.

Jawatan Menteri KKLW yang pernah disandangnya  tidak menguntungkan rakyat Sabah terutama orang kampung yang tiada kaitannya dengan nepotismenya. Tapi bab undi semua dia punya bangsa dan keluarga.

Begitu juga jawatan Ketua Menteri tidak menguntungkan rakyat dan negeri Sabah. Alasan mereka sebab Covid 19, walhal negeri lain juga dilanda Covid-19 tapi sempat juga meluluskan projek untuk kebaikan masyarakat kampung yang boleh dibina selepas Covid-19 atau sekalipun kerajaan Warisan tumbang..

Dua tahun sebagai  Ketua Menteri Sabah. Mana kelulusan membina prasarana di kampung kampung ? Bukan tidak ada permohonan, ada tapi dipolitikkan, takut bukan nama  Shafie yang disebut sebut oleh rakyat jelata.

Kerja tidak terlalu ikhlas ni, tidak akan bertahan lama.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading