Junz Jangan Spin Caj RM20 Tanjung Aru, Bagus Kau Marah Pemandu Bas

Saya balas kenyataan Junz Wong sebab dia  membabitkan kerajaan negeri Sabah, GRS atau Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor.

Kalau tidak tahu cerita sebenarnya, jangan main agak agak. bha Junz Wong.

Inilah perangai kepimpinan Warisan setiap kali ada isu maka yang dipersalahkan kerajaan negeri atau Ketua Menteri Sabah. Sedangkan KM Hajiji bukan macam Shafie tidak menghormati undang undang dan hak orang.

Tapi bila kita bangkitkan kelemahan kerajaan Warisan, mereka akan kata perkara sudah berlalu. Berlalu apanya kalau telah merugikan rakyat Sabah.

Junz Wong  membantah. Tidak wajar konok pengunjung Pantai Tanjung Aru dikenakan bayaran RM15-20 semeja.

Bantahan berbau politik  bukan untuk kebaikan masyarakat. Apa lagi Si Junz adalah Adun Tanjung Aru.

Maksud saya kalau benar Adun Tanjung Aru prihatin nah bantu bha masyarakat Tanjung Aru dengan wang ringgit bukan mentang mentanglah pembangkang, hanya tahu mengkritik walaupun tidak membina.

Di daerah Semporna pengunjung Pakalangan Bay pun dikenakan caj RM2 satu kepala. Tapi tidak pula menjadi isu kepada pemimpin Warisan.

Rentetan kritikan kosong Junz Wong, syarikat TAEDSB yang bertanggungjawab tampil menjelaskan.

Caj  RM20 tidak diwajibkan pada semua pengunjung.

Caj yang dikenakan digunakan untuk membersihkan dan menyelenggara pantai Tanjung Aru.

Tapi bila kau bayar kau dapatlah meja dan kerusi, bolehlah duduk makan sekeluarga atau santai bersama kawan kawan.

Kalau saya bolehlah duduk seorang diri sambil buat kerja. 

Apa punya busuk hati dan tamak, bagilah sumbangan ekonomi pada orang lain pula.

JPJ dan PDRM harus bertindak, pastikan tiada lagi pemandu bas pelancong yang tidak bertanggungjawab dan menyebabkan kesesakan jalan raya.

One thought on “Junz Jangan Spin Caj RM20 Tanjung Aru, Bagus Kau Marah Pemandu Bas

Add yours

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading