Nasib Bung Dan Isteri Ditentukan Oktober Ini, Kalah Menang UMNO Sabah Bermasalah

Nasib Bung dan isterinya ditentukan Oktober ini, sama ada dibicarakan semula atau tutup kes buat selamanya.

Hari ini Mahkamah Rayuan menangguhkan rayuan persatuan peguam terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Bung Mokhtar dan isterinya.

Ditangguhkan sebab salah seorang peguam Bung sakit jantung. Peguam tiba tiba diserang sakit jantung, ertinya berat kes ni.

Orang kata, sekalipun Bung di dapati tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini, sepatutnya wang RM2.8 juta yang mereka ambil dikembalikan menjadi wang negara. Tapi tidak, malahan pihak si Bung semakin lancang menuduh lawan mereka pula yang tidak amanah.

Menuduh orang lain tidak amanah sedangkan belum dibicarakan di Mahkamah dan di dapati bersalah. Berbanding Bung Mokhtar sudah di dapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen atau dikehendaki membela diri atas tuduhan rasuah RM2.8 juta melibatkan pelaburan RM150 juta di FELCRA.

Persatuan Peguam pun tidak bersetuju Bung Mokhtar dan isteri dibebaskan.

Tapi ada hati pihak si Bung Mokhtar menuduh kerajaan GRS gagal dan kononya tidak amanah. Tidak logik langsung.

Oktober adalah bulan penentu karier politik Bung Mokhtar. Jika Mahkamah memutuskan Bung dibicarakan semula, maka sudah tentu perbicaraan kelak memakan masa yang cukup lama sehingga tarikh pilihan raya negeri. Waktu itu Bung menjadi liabiliti kepada UMNO. Silap hari bulan tidak dicalonkan.

Pada pilihan raya negeri 2020 Bung bertanding merebut DUN Lamag walaupun sedang dibicarakan di Mahkamah. Ya menang tapi hanya mendapat 661 undi majoriti. Kemenangan nyawa nyawa ikan.

Jika keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan maka giliran rakyat Sabah pula yang akan menghukum UMNO Sabah pada pilihan raya negeri akan datang.

Kesimpulannya menang atau kalah pada Oktober nanti, UMNO Bung tetap di hukum oleh rakyat Sabah.


PUTRAJAYA: Mahkamah hari ini menangguhkan sebutan kes rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, daripada tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta berkaitan pelaburan Felcra Bhd.

Ia susulan permohonan daripada Peguam Datuk K Kumaraendran yang mewakili Bung Moktar dan isterinya, memaklumkan seorang lagi peguam mereka, M Athimulan baru menjalani pembedahan jantung di Singapura.

Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How, berkata pihaknya tidak membantah penangguhan hari ini namun meminta tarikh yang paling awal.

Sementara, Kumaraendran berkata, pihaknya akan bersedia pada tarikh akan datang dan jika Athimulan masih belum pulih, beliau akan mengambil tugas mewakili kedua-dua anak guam mereka.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/07/1277701/rayuan-kes-rasuah-bung-moktar-dan-zizie-izette-ditangguh-9-oktober

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading