Si Aziz Jamman temberang lagi. Bilamana mendakwa calon Warisan tidak membeli undi pilihan raya.
Bagus dia bersumpah atas nama Allah bagi membuktikan temberangnya.
Walhal tidak bertahan politik Shafie di Semporna kalau tidak membeli pengundi dan mengungkit jasa jasa kecil dalam kempen pilihan raya.
Pemberian kaki palsu tidak terkecuali turut diungkit semasa berkempen.
Pengundi di Parlimen Semporna bergaduh sebab voting slip tidak dibayar. Tapi si Aziz kata mereka tidak membeli undi. Pui!
Tidak dikenali Shafie di Sabah kalau tidak membeli kepercayaan di daerah daerah melalui projek Kementerian KKLW.
Sejak dari awal Shafie menanam politiknya dengan menganugerahkan projek gajah putih kepada orang tertentu di Sabah. Tapi setelah Shafie terkeluar dari UMNO, penyokong Warisan memanggil pemimpin UMNO pencuri.
Hari ini rakyat tercari cari projek Kementerian KKLW yang dilaksanakan di Sabah.
Tiga atau empat bilion peruntukan KKLW tidak meninggalkan jejak yang bermanfaat kepada rakyat Sabah. Masih kamu berharap pada Presiden Warisan untuk memberi kemudahan kepada anda?
Kamu tahu kenapa Aziz Jamman kalah teruk di Parlimen Sepanggar? sebab janji janji dalam pilihan raya umum 2018 tidak ditunaikan. Termasuklah janji pada pengundi Sepanggar
Jangan lupa, walaupun ketika Warisan menjadi kerajaan dan si Aziz Jamman berjawatan Timbalan Menteri KDN tapi ramai ahli Warisan yang berjawatan di peringkat Bahagian Warisan Sepanggar meninggalkan parti dan jawatan mereka. Kenapa?
Si Aziz Jamman kononnya berbangga, sebab semasa Shafie menjadi Ketua Menteri Sabah tidak mencuri balak.
Habis itu orang lain mencuri ke? nyatakan Aziz Jamman oiii.
Berbangga konon habis itu bagaimana dengan tuduhan pemimpin pemimpin PKR ke atas Shafie berkaitan peruntukan Kementerian KKLW.
Kenapa sehingga hari ini tiada laporan Polis dibuat oleh pengikut Shafie sekaligus mengheret pemimpin PKR ke Mahkamah.
Tinggalkan komen