
Kerajaan Negeri Sabah, GRS mengeluarkan kenyataan rasmi bahwa semua jabatan atau agensi kerajaan negeri Sabah tidak boleh bekerjasama dengan JKDM atas alasan apa sekalipun.
Ngam begini UMNO mesti diajar menghormati perlembagaan negeri Sabah.
Untuk makluman JKDM sengaja diwujudkan di Sabah oleh Presiden UMNO atas alasan kemiskinan. Alasan yang bikin geli.
Kalau benar ingin membantu Sabah kenapa tidak bekerjasama dengan kerajaan negeri, supaya pentadbiran kerajaan di peringkat daerah dan kampung bertambah lancar.
Kamu tahu juga kan, tuduhan kepimpinan Warisan ke atas UMNO. Kalau UMNO adalah pencuri perompak kekayaan Sabah, menyebabkan rakyat Sabah miskin.
Itu saya geli mendengar alasan kemiskinan kalau yang bercakap itu pemimpin UMNO, apa lagi UMNO dan Warisan bekerjasama. Makin lah ketara temberang mereka.
Penubuhan JKDM hanyalah alasan semata mata, hakikatnya untuk membeli kepercayaan rakyat Sabah.
Apa lagi penubuhan agensi JKDM tidak menghormati kedaulatan undang undang negeri Sabah iaitu enakmen Pentadbiran Luar Bandar, Pindaan 2023. Justeru itu wajar di tolak.
Dalam masa yang sama ada kalangan badut UMNO yang memperleceh jawatan JKKK, kononnya belum dibayar beberapa bulan. Kenapa mereka tidak tahu ke jawatan JKKK adalah agensi persekutuan ertinya persekutuan yang bayar. Tapi masih bernafsu mengujudkan JKDM di Sabah. Nampak benar putar alam mereka.





















