Tuduhan yang tidak berasas dan tidak bertanggungjawab terhadap agensi Majlis Ugama Islam, MUIS.
Sebelum ini seorang individu telah mendakwa kononnya Pengerusi Jabatan MUIS telah menyalahgunakan kuasa berkaitan pembayaran bonus dan elaun kepada kakitangan MUIS.
Bila mana kelulusan pembayaran bonus kakitangan MUIS tidak melalui ahli lembaga.
Itu saja kesalahannya lalu dianggap telah menyalahgunakan kuasa oleh badut Warisan. Dalam masa yang sama badut menyokong kepimpinan Warisan yang sudah pun terbukti gagal sebagai kerajaan negeri. Begitu juga kerajaan UMNO berdekad memerintah Sabah daripada pusat tapi Sabah tersenarai antara negeri termiskin di Malaysia.
Sebab itulah jangan kamu hairan yang memviralkan tuduhan ini terdiri dari badut Warisan dan UMNO Sabah.
Warisan gagal sebagai parti politik, bila walaupun sedang memerintah tapi ramai AJK dan ahlinya meninggalkan parti Warisan.
Gagal sebagai kerajaan negeri bila gagal menunaikan manifesto Sabah Ubah semasa pilihan raya umum 2018. Malah ada dikalangan pemimpin Warisan dihadapkan ke Mahkamah kerana terpalit dengan tuduhan penyalahgunaan kuasa. Dan sehingga hari ini diantara mereka masih dalam siasatan SPRM.
Kerajaan Warisan juga gagal membangun dan menaikkan ekonomi Sabah, sekaligus gagal mengujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah.
Sekian lama MUIS dilihat agensi yang tidak bermaya sedangkan agensi ini bertungkus lumus menyelesaikan masalah sosial yang dihadapi oleh umat Islam di negeri ini.
Ada beberapa faktor yang menyebabkannya, antaranya.
Agensi ini dibelenggu birokrasi yang tidak membangun menyebabkan kakitangan bawahan MUIS tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya, seperti soal gaji, pemberian bonus tahunan serta kebajikan lain.
Justeru itu saya berpendapat adalah sepatutnya kakitangan agensi ini menerima bonus atau elaun yang sewajarnya dengan mengetepikan birokrasi yang merugikan selama ini.
Tapi sayang ada pula pihak atau individu yang tidak bertanggungjawab mempolitikkannya.
Kepada badut badut Warisan. Tahu ke anda apa berlaku pada bangunan USIA di Semporna? telah diniagkan semasa kerajaan Warisan, kini diurus atau dimiliki oleh tauke Cina.Â
Kalau kerja berkebajikan pun dipolitikkan, nah bilalah negeri ini maju.

Orang mendakwa itu bernama Adnan Arif.

Namun demikian atas nama kebenaran pihak MUIS telah menafikannya dan akan mengheret lelaki yang menbuat dakwaan bohong ke muka pengadilan.





















Leave a Reply