
Seandainya Bung Mokhtar mendakwa kemiskinan Sabah disebabkan UMNO. Barulah boleh dikatakan Bung sedang bercakap benar atau tidak membohong. ketika itu dia benar benar ingin membela nasib masyarakat Sabah.
Tapi Bung menyalahkan kerajaan GRS atau SMJ. Ini menunjukkan Bung semakin tidak boleh dipercayai dan menyerlahkan lagi dirinya sebagai barua UMNO di Sabah. Pemimpin plastik hanya mementingkan diri dan pihaknya.
Tuduhan yang tidak bertanggungjawab Bung ini akan dikenang oleh generasi muda akan datang sebagai satu sen tidak berguna.
Bila Bung menyalahkan kerajaan GRS atau slogan Sabah Maju Jaya berhubung kemiskinan di Sabah. Tidak ke ia bertentangan dengan tohmahan kepimpinan Warisan terhadap UMNO sebelum ini. Bahawa Sabah miskin akibat kerakusan UMNO, habis kekayaan Sabah di rompak dan sebahagiannya digunakan untuk memperkasa UMNO.
Pertanyaannya ada ke Bung mampu menafikan dakwaan Warisan berkenaan, baik secara fakta mahupun sekadar penafian semata mata. Tidak mungkin sebab sekarang Bung dan Shafie berpegangan tangan.
Negeri Sabah lebih luas dari Perlis atau Melaka. Luas ladang kelapa Sawit Felda Lahad Datu saja lebih atau sama luas dengan negeri Melaka.
Sabah ada 38 kerusi parlimen berbanding Melaka hanya ada 6 kerusi parlimen. Lalu bagaimana kerajaan GRS dapat menyelesaikan kemiskinan dalam tempoh 5 tahun.
Tolong jawab Bung Mokhtar atau mana mana badut UMNO.
Pun begitu dalam hanya tempoh 3 tahun kerajaan GRS telah banyak membaca kemajuan dan perubahan, antaranya.
- Kerajaan GRS yang dipimpin Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor pada 20233 berjaya mengumpul kutipan hasil RM6.973 bilion berbanding tahun 2021 hanya RM5.449 bilion. Menunjukkan ekonomi Sabah sedang berkembang dan berjaya membuka banyak peluang pekerjaan dan ekonomi kepada rakyat. Kalau ada yang menganggap Sabah miskin berdasaran angka ini 6.973 bilion ini. Memang dia bodohlah, terutamanya jika yang mendakwa itu dari perompak UMNO.
Jangan tanya mana kemajuan yang dibawa oleh Bung memang kosonglah sebab itulah Kinabatangan di kedudukan 4 termiskin di Sabah.
38 tahun Bung Mokhtar bersama UMNO tapi saya dimaklumkan tidak ada sekolah agama di daerah Kinabatangan. Bung pemimpin Islam ke apa? terlampau pula gagalnya dia ni.
38 tahun kau buat apa ohhh Bung? Sekolah agama pun tidak ada.
FELCRA agensi kecil pernah dipertanggungjawabkan pada Bung tapi hampir lagi mampus. Untung penyelewengannya cepat dihidu oleh pembangkang PH ketika itu.
Semasa berjawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah, apa perubahan yang Bung Mokhtar telah perkenalkan dan membuahkan hasil. Jangan cakap dari konteks Sabah, cukup dari konteks daerah Kinabatangan. Supaya masyarakat Kinabatangan buka mata. Apa?
Tapi hari ini tanpa sikit pun merasa malu Bung lepas tangan menyalahkan kerajaan GRS. Pemimpin apa bha kau ni sudahlah tidak amanah, diam diam cukuplah.






















Leave a Reply