Shafie Akan Majukan Sabah Sama Seperti Singapura (Ambil Dulu Cermin)

Tidak habis habis Presiden Warisan, membohong dan terus membohong.

Shafie copy paste cerita atau propaganda yang disebarkan oleh cybertrooper hampir berdekad yang lalu untuk membunuh UMNO di Sabah.

Lebih kurang begini bunyinya “Singapura maju berbanding Malaysia sebab disana tidak ada parti UMNO” dan ketika itu Shafie adalah pemimpin UMNO dan pernah menyandang sebagai Naib Presiden UMNO Malaysia.

Cuma versi Shafie ini agak berbeza tapi tetap menggunakan Singapura sebagai perbandingan.

Shafie kata kalau dia yang menjadi Ketua Menteri Sabah dia akan majukan Sabah sama seperti Singapura walaupun tidak ada sumber alam seperti Malaysia atau
Sabah. (lebih kurang begitu)

Sekarang mari kita ulas.

Ada sebab utama kenapa Singapura maju walaupun tidak ada sumber alam, antara sebabnya.

  1. Kepimpinan atau Menteri kerajaan Singapura tidak terpalit dengan penyalahgunaan kuasa. Sedangkan Shafie ketika menjawat Menteri Persekutuan, dikaitkan dengan tuduhan salah guna dan kehilangan dana atau wang rakyat dalam Kementerian KKLW hingga ditahan SPRM dan di angkut ke Mahkamah. Begitu juga ketika berjawatan Ketua Menteri Sabah, gagal mengekang penyelewengan yang dilakukan oleh orang orangnya di peringkat Kementerian kewangan negeri, menyebabkan bantuan tunai yang dijanjikan tidak sampai ke tangan rakyat. Sampaikan ketika berhadapan dengan pilihan raya negeri 2020, Shafie terpaksa membuat permohonan maaf pada rakyat Sabah. Najib Razak juga mendakwa Shafie adalah pemimpin UMNO yang paling kuat minta selektif tender.
  2. Parti tempatan Singapura tidak bekerjasama dengan UMNO. Sebaliknya Warisan terhegeh hegeh ingin bekerjasama dengan UMNO. Walaupun sebelum ini Warisan mendakwa UMNO perompak kekayaan Sabah. Kepimpinan hipokrit baik untuk Sabah ke?
  3. Pemerintahan Singapura tidak mengamalkan kronisme dan nepotisme macam Shafie lakukan dalam kerajaan Warisan hingga menerima jolokan Sempornanisasi hanya dalam tempoh dua tahun lebih. Macam tidak ada sudah orang Sabah yang lebih berkelayakan dan sudah tentu lebih amanah. Agaknya kalau mangkin lama, apa akan berlaku pada orang orang Sabah?
  4. Di Singapura, kawasan yang diwakili dijaga dengan baik, sama ada prasarana, mahupun kebajikan anak anak mereka. Di Semporna penyokong Warisan yang tidak ada kaitan keluarga dengan kroni Shafie, dibiarkan hidup segan mati tak mahu seperti sampah. Di Semporna, jambatan roboh di DUN Bugaya dibaiki sendiri oleh Ketua Kampung lantikan GRS. Ketua Kampungnya juga yang membina jalan aspal melalui sumbangan NGO. Hari ini jalan raya aspal berkenaan menjadi laluan wakil, wakil wakil rakyat Warisan. Bayangkan jambatan aspal itu wujud hanya bila kerajaan melantik ketua kampung yang benar, rasanya jauh bijak berbanding wakil rakyat Warisan.
  5. Parti memerintah Singapura iaitu PAP tidak disokong orang orang yang kecewa, terpinggir dan bodoh. Sebaliknya parti Warisan hampir sama dengan parti si Bong Bong Marcos di Filipina, kemenangan semasa pemilihan presiden hasil sumbangan kartel dadah dan penjenayah serta golongan masyarakat yang terpinggir miskin akibat sikap mereka yang negatif.
  6. Kepimpinan PAP memerangi jenayah dadah habis habisan hingga terkenal mengenakan hukuman mati ke atas rakyat Malaysia. Sedangkan kepimpinan Warisan dikaitkan dengan aktiviti dan kartel dadah. Aktiviti syabu berleluasa di daerah yang diwakili Warisan namun tidak ditegur, sebab takut kehilangan undi. Jauh beza dengan kepimpinan PAP di Singapura dan GRS di Sabah, sangat anti dadah dan jenayah.
  7. Kamu sambung…………… Tak kan tidak tau kekurangan parti, seteruk parti Warisan.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading