Aziz Jamman Sebelum Mempersenda  SMJ Ambil Dulu Cermin Begitu Juga Dengan Badut

Si Aziz Jamman tidak sedar diri bila mendakwa rakyat Sabah hidup berfantasi dibawah kerajaan GRS.

Tentang mana fantasinya Aziz Jamman oiii. Sebelum mengata lebih baik ambil cermin dan cermin muka tu puas puas.

Ini bukan zamannya orang percaya buta buta tanpa fakta yang membuktikan tuduhan pembangkang. Apa lagi tuduhan dari pembangkang Warisan yang baru saja terbukti gagal sebagai kerajaan negeri Sabah.

Mari kita gariskan kejayaan Sabah dibawah kerajaan GRS yang dipimpin oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor dan jemaah menterinya.

Untuk tahu kejayaan yang saya maksudkan. Rajin rajinkan mengklik link dibawah. Agar tahu kejayaan apa yang telah dicapai oleh kerajaan GRS. Yang akan membangkitkan rasa bangga pada negeri sendiri. 

http://jalinluin.com/kemajuan-kerajaan-grs-km-hajiji/

Banyak kejayaan yang telah dicapai berbanding kerajaan Warisan yang hanya berjaya menabur janji bulan dan bintang tapi realitinya habuk pun tidak, si Aziz saja yang dapat duit pencen bulan bulan.

Gariskan pula kejayaan kerajaan Warisan jika ada, walaupun kecil.


Tidak ada bukan, paling pun alasan semata mata, kononnya dua tahun lebih tidak cukup sebagai kerajaan negeri selain kononnya ancaman Covid 19.

Dua tahun lebih tidak cukup untuk menunaikan satu janji? Uinna! pembohong dan bodoh sangatlah tu.

Jangan dengar alasan Covid 19 mereka, sebab Shafie tidak kisah pun pada keselamatan orang ramai atau pengundi. Bila sanggup mengadakan pilihan raya negeri 2020 dalam keadaan Covid 19.

Itu orang kata, kerajaan Warisan alasan saja yang banyak. Hakikatnya tidak tegar menunaikan janji untuk kebaikan rakyat Sabah tapi sanggup menyusahkan rakyat walaupun dikritik kaw kaw sebelum pilihan raya negeri 2020 diputuskan.

Jangan lupa ramai ahli biasa dan AJK Bahagian Warisan Sepanggar bertindak meninggalkan parti, walaupun ketika itu Warisan sebagai kerajaan negeri dan Si Aziz sebagai timbalan menteri di persekutuan.

Kenapa begitu tegar meninggalkan perjuangan yang sudah membuahkan hasil? mesti tidak tahan dengan pembohongan Si Aziz.

Benar kenyataan Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor memperleceh jota atau slogan Sabah Maju Jaya bererti menghina negeri sendiri. 

Yang namanya menghina negeri sendiri hanya dilakukan oleh tiga golongan nyata. Satu mereka yang  terpinggir akibat sikap mereka yang negatif lalu menyalahkan pemerintah, Kedua akibat termakan hasutan Shafie, seolah olah seorang Shafie Apdal lebih besar dari undang undang negeri dan perlembagaan persekutuan. Hakikatnya Shafie itu sendiri boleh dihadapkan ke Mahkamah jika ada pemimpin PH yang mengaktifkan skandal KKLW. Ketiga golongan yang tidak ada semangat nasionalisme yang bersembunyi disebalik parti Warisan.

Kalau diri dan keluarga mereka pemegang Ic projek dan melecehkan slogan Sabah Maju Jaya, jelas mereka tidak ada kaitan dengan bumi Sabah. Justeru tidak hairan kenapa mereka melecehkan Sabah Maju Jaya.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading