
Tuduhan kononnya Tan Sri Musa Aman dan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji disiasat oleh SPRM tidak berasas dan siasatan itu tidak wujud pun, ia hanyalah propaganda dan fitnah pembangkang Warisan.
Ini lagi satu info bohong yang dicipta oleh badut Warisan dan diakui benar oleh golongan sanggup bodoh selaku totok Warisan.
Sebelum itu mari kenali ciri ciri info yang berbau fitnah atau bohong dari konteks video fitnah yang menjadi topik artikel kali ini.
Info fitnah samar samar menyatakan skandal yang berlaku dan cuba mengaitkannya dengan nama besar seperti Tan Sri Musa Aman dan Datuk Hajiji Noor.
Badut juga gagal menyatakan secara detail bagaimana penyelewengan berlaku. Ini kerana penyelewengan dan tuduhan mereka itu tidak pun wujud.
Mereka cuba mengaitkan isu semasa yang sedang hangat dengan isu yang berlaku lama sebelum ini, yang penting isu itu membabitkan tokoh yang mereka anggap musuh si Shafie.
Gambar individu dan harta yang mereka selitkan cuba dijadikan bahan bukti sedangkan gambar itu tidak membuktikan tuduhan yang dilemparkan. Bukan hanya tidak membuktikan langsung tidak bersambung.
Itulah yang dipanggil manipulasi.
Benar bekas setiausaha kepada Menteri KDN telah didakwa kerana menyalahgunakan kuasa tapi itu masalah peribadinya. Kenapa pula dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji hanya kerana ada gambar mereka? mana logiknya
Lain kalau raja dadah bergambar dengan Timbalan Menteri KDN, ini pelik. Tak kan sebuah Kementerian yang menjaga keselamatan negara tidak ada maklumat mengenai raja dadah daripada Sabah.
Sebenarnya kehadiran Menteri KDN, Hamzah Zainudin ke Sabah ketika itu untuk jalankan tanggungjawabnya sebagai menteri selain menyelesaikan lambakan PATI. Bukan membeli Adun.
Sejujurnya sekalipun berniat politik untuk menumbangkan kerajaan Warisan waktu itu apa masalahnya? namanya juga politik. Kalau ini perbuataan jahat jadi kenapa Shafie membeli beberapa Adun bagi membentuk kerajaan negeri usai pilihan raya umum 2018?
Video itu juga memfitnah kononnya Tan Sri Musa dibebaskan dari tuduhan di Mahkamah kerana dilepaskan oleh Hamzah Zainudin, Menteri KDN.
Uiii badut Warisan, tuduhan rasuah Musa Aman tidak membabitkan wang rakyat tapi tuduhan dibuat oleh lapan pemilik konsesi balak yang tidak berpuashati setelah konsesi mereka dipersoalkan oleh kerajaan Musa Aman ketika itu. Malangnya lapan syarikat itu gagal menunjukkan bukti.
Sebab itulah Hakim Mahkamah Tinggi Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan membebaskan Musa. Setelah diberitahu oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Azhar Abdul Hamid, bahawa pihak pendakwaan menarik balik semua tuduhan terhadap Musa.
Tidak seperti tuduhan ke atas Shafie membabitkan wang rakyat dalam Kementerian KKLW dan Shafie dilepaskan setelah VK Liew wakil rakyat Warisan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang). VK Liew juga mengumumkan pembebasan Shafie dari semua tuduhan. Bukan Mahkamah yang membebaskan Shafie dari semua pertuduhan rasuah yang dihadapiṇya.
So tuduhan kononnya Tan Sri Musa Aman dan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji disiasat oleh SPRM tidak berasas dan siasatan itu tidak wujud.






















Leave a Reply