

Alamak apa cerita lah si Bung Mokhtar macam muka terpaksa dan hampa setelah disingkirkan lalu nekad menyokong musuh utama untuk menutup kekecewaan dan kemarahan.
Dulu bukan main ketika mengata kepimpinan Warisan atau Shafie Apdal sebagai sebuah kerajaan negeri yang paling teruk sekaligus paling gagal dalam sejarah kerajaan Sabah.
Dua tahun menjadi kerajaan negeri Sabah tapi tidak mampu membuat apa apa termasuklah membaiki jalan raya yang rosak. Malah berdasarkan dakwaan Bung Mokhtar yang kita boleh simpulkan. Kepimpinan Warisan hanyalah parti atau kerajaan yang pro PATI.
Nasib baiklah kerajaan Warisan tumbang, kalau tidak kemenangan pilihan raya akan datang, akan ditentukan oleh undi PATI (setelah PSS) yang baru tiba dari negara jiran.
Teruk penghinaan terbesar Bung ke atas PATI dari FILIPINA ya? penghinaan Bung ini juga mengesahkan parti Warisan adalah parti yang pro PATI.
Begitu kejam dan panas kritikan terbuka Bung Mokhtar kan? Tapi….
Tidak lama selepas itu Bung Mokhtar dan Shafie Apdal bersubahat, cuba merampas jawatan Ketua Menteri Sabah daripada GRS (Datuk Hajiji Noor) melalui Langkah Kinabalu. Namun gagal setelah ada dikalangan wakil wakil rakyat UMNO dan Warisan yang mengambil jalan tengah demi kebaikan negeri dan rakyat Sabah dengan mengalihkan sokongan, menyokong kerajaan GRS.
Hari ini setelah mereka gagal menduduki jawatan Ketua Menteri Sabah. Bung dan seorang dua pemimpin UMNO hadir Perhimpunan Agung Tahunan Parti Warisan (Warisan) yang berlangsung di Dewan Hakka Likas, Kota Kinabalu.
Ada yang mengena batang hidung Bung Mokhtar dan UMNO Sabah.
Tampak seolah-olah Bung Mokhtar cuba menunjuk keras kepala atau lawan tauke setelah kedudukannya dihilangkan.
Saya difahamkan besar kemungkinannya Bung Mokhtar telah dipecat dari jawatan Ketua UMNO Sabah oleh Presiden UMNO, Zahid Hamidi. Ini berdasarkan berita sulit yang saya terima bahawa sudah beberapa kali kepimpinan UMNO pusat mengadakan mesyuarat tapi batang hidung Bung Mokhtar tidak kelihatan. Walaupun cuba dihubungi beberapa kali.
Kiranya alang alang pai ulung setelah Langkah Kinabalu dan bukan lagi sebagai Ketua UMNO Sabah. Adalah lebih baik menjilat ludah sendiri, biar tidak bermaruah.
Mana sudah kesetiaan pada parti atau Presiden UMNO? memandangkan kalau benar Zahid yang memecat Bung dari Ketua UMNO Sabah dan sebahagian besar wakil wakil rakyat UMNO Sabah tidak hadir bersama Bung di perhimpunan tahunan Warisan.






















Leave a Reply