Suhaimi Nasir Tidak Usah Berlagak Mangsa, UMNO Yang Tidak Reti Diuntung Dan Pembelot

Kenyataan media Ketua Penerangan GRS Datuk Nizam dibawah bagi menjawab lakonan pemimpin UMNO Suhaimi Nasir yang berlagak mangsa dan tidak suka bilamana Ketua Menteri Sabah atau ketua GRS mengenang kembali pembelotan UMNO dan persekongkolan mereka bersama Warisan untuk merampas jawatan Ketua Menteri daripada kerajaan GRS.

Tidak ada pembohongan terbesar sepanjang 10 tahun ke belakang ini selain tindakan UMNO yang akhirnya bekerjasama dengan Warisan. Sedangkan puas mereka mengeji Warisan atau Shafie Apdal, sebagai bekas pemimpin UMNO yang tidak reti diuntung dan pembelot apabila meninggalkan UMNO. Kemarahan UMNO ketika itu amat kuat bilamana Shafie mengaitkan penyelewengan wang rakyat dengan Najib Razak melalui skandal 1MDB. Hari ini Najib Razak menjalani penjara 12 tahun yang serba sedikit disebabkan Shafie Apdal.

Warisan atau Shafie Apdal tidak berdiam diri sebaliknya mengerahkan jenteranya dengan mengaitkan kemiskinan Sabah dengan UMNO di mana UMNO adalah perompak dan pencuri kekayaan Sabah menyebabkan sehingga hari itu rakyat dan negeri Sabah berada dalam kemiskinan.

Peliknya setelah puas bergaduh mengaibkan sesama mereka boleh pula bekerjasama bagi merampas jawatan Ketua Menteri daripada GRS. Apa golongan seperti ini boleh dipercayai.

Apa Suhaimi ingat kesetiaan dalam parti bermaksud sanggup bodoh seperti mata hati pemimpin dan penyokong UMNO. Walaupun mereka tahu beberapa pemimpin UMNO terpalit dengan tuduhan salah guna kuasa di mahkamah seperti Zahid Hamidi dan Bung Mokhtar walaupun akhirnya dilepaskan. Tapi tetap memberikan sokongan dan dalam masa yang sama bercakap soal pembohongan dan nasib rakyat yang tidak terbela. Munafik lah tu.

Suhaimi Nasir juga kononnya mendedahkan Ketua Menteri tidak melantik individu yang dinamakan oleh mereka sebagai PPM. Dan ini menunjukkan GRS telah membohong. Pembohong apanya sebenarnya awal-awal lagi kepimpinan GRS menghidu ketidakjujuran UMNO dalam kerajaan negeri Sabah. Bukan hanya tidak jujur tapi selamanya berlagak tuan di Sabah.

Bukan tidak dilantik tapi rasanya Kerajaan Negeri sedar dan tahu jika orang UMNO dilantik sebagai PPM DUN Gum Gum maka penyelewengan akan terus berlaku di Sabah. Seperti yang dilakukan oleh orang kuat Bung Mokhtar, Ghazali yang dikaitkan dengan projek membina pencawang, didakwa berjuta wang telah di temui oleh pihak yang berwajib tapi sehingga hari ini projek membina pencawang gagal disiapkan.

Sehingga hari ini mereka dalam siasatan SPRM.

Suhaimi Nasir jangan mengata orang berlebihan hakikatnya UMNO dan Warisan adalah dalang Langkah Kinabalu. Perbuatan yang tidak beretika dan bermoral ibarat melepaskan anjing yang tersepit.

Jangan lupa selepas kekalahan UMNO pada pilihanraya umum 2018, Umno sudah mahu mati di Sabah. Nasib baiklah kepimpinan Datuk Hajiji Noor dan Tan Sri Musa Aman berjaya mengugut kerajaan Warisan menyebabkan berlaku pilihanraya negeri pada tahun 2020.

UMNO tidak terlibat menggugat kerajaan Warisan yang UMNO tahu hanya menganga dan menuntut lebih kerusi berbanding team Datuk Hajiji Noor atau PN waktu itu. Namun keputusan pilihan raya menunjukkan dua atau tiga calon UMNO kalah kepada calon Bebas yang hari menjadi wakil rakyat GRS. Itu pun masih lagi boleh Bung Mokhtar dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Suhaimi sembang besar bercakap soal integriti you punya isteri semasa menjadi setiausaha kepada Perdana Menteri Ismail Sabri tidak terkecuali dari kritikan berkaitan penyalahgunaan kuasa.


KENYATAAN MEDIA
KETUA PENERANGAN GAGASAN RAKYAT
15 NOVEMBER 2023

  1. Semasa membentangkan Ucapan Dasar Presiden pada Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengingatkan ahli parti untuk bekerja bersungguh-sungguh, memantapkan jentera parti, menyantuni rakyat, berkhidmat dengan penuh iltizam agar parti mendapat mandat dengan kuasa yang cukup besar pada PRN17 akan datang.
  2. Sokongan besar daripada rakyat cukup penting agar titik hitam politik Sabah menerusi tindakan cuba merampas kuasa daripada rakan-rakan parti awal tahun ini yang menyebabkan kerajaan hampir-hampir kehilangan kelayakan tidak akan berulang.
  3. Gerakan โ€œKudetaโ€ yang gagal itu memberi pengajaran erti sebenar mana kawan dan mana pengkhianat.
  4. Kerajaan menghargai kematangan wakil rakyat PH yang mengutamakan aspirasi dan mandat rakyat di PRN16 dengan menyokong mengekalkan kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri Panglima Hajiji untuk membolehkan kerajaan meneruskan pembelaan kepada rakyat melalui halatuju Sabah Maju Jaya.
  5. Dakwaan Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir yang mengaitkan seperti membuka pekung di dada kepada YAB Datuk Hajiji, Ketua Menteri merangkap Presiden Gagasan Rakyat, pada hakikatnya bagaikan menepuk air dalam dulang terpercik di muka mereka sendiri kerana kenyataan Datuk Suhaimi ini telah dengan sendirinya mendedahkan pengkhianatan mereka kepada mandat dan aspirasi rakyat.
  6. Dakwaan Suhaimi bahawa punca UMNO Sabah marah kerana Hajiji tidak menunaikan janji dan menipu adalah tohmahan yang dibuat-buat untuk menutup kelemahan dan kegagalan kudeta yang digerakkan. Datuk Hajiji adalah seorang pemimpin dan Ketua Menteri yang terbuka dan mudah dibawa berbincang, sepatutnya Pengerusi UMNO Sabah yang juga berjawatan Timbalan Ketua Menteri ketika itu mempunyai akses yang cukup luas untuk berbincang termasuklah dalam Mesyuarat Kabinet Negeri.
  7. Datuk Suhaimi seharusnya sedar bahawa Datuk Hajiji selaku Ketua Menteri membuat keputusan dengan mengambilkira semua pandangan rakan parti dalam komponen Kerajaan Sabah dan bukan hanya untuk UMNO Sabah sahaja.
  8. Jika benarlah Datuk Hajiji seperti yang ditohmah oleh Suhaimi, tidak mungkin ramai pemimpin berdiri di belakang beliau, memberi sokongan moral sepertimana kehadiran pelbagai pemimpin termasuklah mantan pemimpin Sabah yang banyak berjasa kepada rakyat dan negeri turut hadir pada Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat baru-baru ini.
  9. Sedarkah Suhaimi selaku ADUN dilantik oleh Datuk Hajiji, jika Datuk Hajiji selaku Ketua Menteri tidak setiakawan mengapa 5 ADUN UMNO Sabah kekal menyokong Ketua Menteri Datuk Hajiji dan tidak bersetuju dengan tindakan kudeta langkah Kinabalu yang gagal itu.

DATUK HAJI NIZAM DSP HAJI ABU BAKAR TITINGAN
KETUA PENERANGAN GAGASAN RAKYAT

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading