Dua Adun Warisan “Tembak Kaki” Shafie Guna Isu Kambing Dan Pasir. Saya Akan Buat Laporan Polis

2 Adun daripada parti Warisan telah membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.

Dua Adun yang konyol itu ialah Adun Sekong Alias Sani dan Adun Elopura, Calvin Chong.

Sebelum ini Adun Sekong telah kantoi membohong atau bodoh dalam sidang DUN negeri Sabah. Bila mendakwa Sabah menduduki GDP terendah di Malaysia, walhal data menunjukkan Sabah berada di kedudukan kelima selepas Selangor, Kuala Lumpur, Sarawak dan Johor. Jadi dia ni kiranya wakil rakyat tangkap muat.

Laporan polis dibuat setelah mereka membaca satu kenyataan di facebook yang mendakwa Ketua Menteri Datuk Hajiji telah meluluskan permohonan tanah di Kudat. Namun begitu laporan polis yang dibuat tidak detail hanya merujuk sebagai kambing dan pasir silika di pulau Balambangan.

Pertanyaannya adakah menjadi satu kesalahan bagi kerajaan meluluskan mana-mana permohonan kawasan atau tanah untuk dimajukan oleh pelabur? Kenapa menjadi satu kesalahan sedangkan kerajaan Warisan sebelum ini juga melakukan hal yang sama, tinggal lagi tidak kesampaian, apa bila pemerintahan Kerajaan Warisan ditumbangkan oleh rakyat Sabah.

Pertanyaannya kenapa laporan Polis yang dibuat begitu ringkas, apa yang ditakutkan. Sebab hakikatnya dakwaan itu tidak tahu kebenarannya, dimana ia hanyalah propaganda laskar Warisan dan page Facebook yang memuat cerita karut berkenaan tidak boleh dipertanggungjawabkan? Ertinya mereka sedar ia adalah fitnah dan kalau mereka memandai mandai nanti mereka pula yang diheret ke mahkamah, begitu ke?

Laporan Polis yang dibuat begitu ringkas tapi boleh pula 2 Adun itu mendesak pihak polis supaya menjalankan siasatan terperinci.

Terperinci apanya kalau tidak ada pihak yang boleh dipertanggungjawabkan. Siapa yang dipanggil bagi menjelaskan dan mengesahkan dokumen yang dijadikan asas tuduhan agar siasatan yang lebih lanjut dapat dijalankan.

Walaupun membocorkan dokumen kerajaan adalah satu jenayah tapi jika tuduhan itu ada kebenarannya justeru apa yang ditakutkan, betul tak?

Makanya sepatutnya tuduhan berat seperti ini disampaikan dalam sidang media, waktu itu bukti dan pihak yang terbabit boleh disebut satu persatu.

Ambil contoh tuduhan yang dibuat oleh pemimpin PKR ke atas Shafie dan artis yang bernama Zahida Rafik. Tuduhan dibuat dalam sidang media dan dinyatakan dengan jelas pihak yang terbabit. Menyebabkan Zahida tampil memfailkan saman ke atas pemandu dan perbicaraan dijalankan. Malangnya artis Zahida kalah teruk.

Kalau begini caranya saya pun ingin menyamar dan membuat tuduhan panas ke atas kepimpinan Warisan, sebab nanti yang disiasat bukan juga saya tapi orang yang saya tuduh atau fitnah. Boleh ke begitu? macam yang dibuat oleh pihak Warisan ini.

Oleh kerana itu saya akan membuat laporan Polis ke atas dua Adun berkenaan. Bila dan dimana bergantung pada masa dan keadaan saya. Supaya siasatan dapat dijalankan ke atas mereka dengan lebih tenang dan terperinci. Siapa tahu sebenarnya Adun Warisan berkenaan tahu siapa sebenarnya pemilik Page yang mencipta dakwaan fitnah ke Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor itu.

Sebelum berakhir, suka saya menggambarkan bahwa dua Adun itu sebenarnya telah menembak kaki Shafie, ini kerana sebelum ini Ketua Menteri Sabah Shafie lah yang beriya ingin mengkomersialkan Pulau Balambangan. Baca link ini

https://borneotoday.net/kilang-silika-di-pulau-balambangan-tunggu-masa-untuk-dilaksana-shafie/

Jadinya Shafie juga harus disiasat dengan siapa dia akan menyerahkan Pulau Balambangan. Apa pula blue print nya adakah sekadar membina kilang memproses Silika? yang tidak berbaloi. Seperti nasib dua pulau di Semporna, entah apa sudah kejadiannya sebab tidak pernah diuar-uarkan untuk dijadikan apa.

Bila kerajaan negeri GRS yang mengusahakannya boleh pula menjadi kesalahan. Munafiknya puak Warisan ni.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading