Bukti Warisan Berbohong Pada PRU 2018 Tidak Bekerjasama Dengan PH

Artikel ini merujuk tulisan aku  ini pada tahun 2018, dimana semasa itu pihak Warisan mati mati  menafikan kalau parti Warisan tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Namun apa berlaku usai pilihan raya 2018. Kerajaan Warisan dibentuk bersama PH.

Hari ini pihak Warisan menjelang pilihan raya negeri ke 17 menafikan perkara  sama dengan memainkan naratif bertanding solo 73 kerusi. 

Walhal pernah bekerjasama dengan UMNO, Bung Mokhtar cuba merampas jawatan Ketua Menteri Sabah dari Datuk Hajiji Noor. Dan kerjasama itu berakhir begitu saja? fikir logik!

Malah baru ini tersebar kenyataan dari pemimpin PN Malaya bahawa telah ada perundingan dengan Warisan bagi menghadapi pilihan raya negeri akan datang.

Pemimpin PN juga menjelaskan adalah mustahil Warisan bertanding solo dalam keadaan tiada satu pun parti yang akan mendominasi kemenangan pilihan raya negeri Sabah (lebih kurang begitu)

Aku ingin nyatakan  dengan jelas disini bahwa. Naratif bertanding solo adalah politik akal akalan. Untuk sekali lagi membodohkan pengundi Sabah.

Sabahan hari ini tanpa mengira jenis bangsa dan agama adalah soal menolak parti Warisan dan parti parti yang dikatakan ada hubungan terlarang.

Jangan hairan kenapa ada cerita Warisan bekerjasama sama ada dengan UMNO atau PN. Sebab Presiden Warisan Shafie sudah biasa main dua kolam.

Masih ingat selepas Dr Mahathir meletakkan jawatan ke Perdana Menteri ke 7. Shafie menafikan Anwar sebagai pengganti Dr Mahathir tapi hari ini Shafie mendabik dada sebagai orang pertama menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Ketua Wira Warisan Sabah, Azis Jamman mengesahkan mereka tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan. Betul kah ni, bukan takiah kah. Sudah muktamad kah ni? Pendirian Warisan yang entah betul entah tidak itu ditegaskan sewaktu menyangkal kenyataan Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Ramlee Marahaban. Ramlee mendakwa penolakan Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking terhadap cadangan Timbalan PH Sabah, […]

Bukti Warisan Tidak Berkerjasama Dengan PH – Ketua Wira Warisan

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading