NGO Rayu SPRM Siasat Juhar

Hari ini penyokong Parti Warisan macam ibu kucing yang kehilangan anak bilamana seorang ketua NGO, Zulkarnain Mahdar membuat laporan Polis sekaligus laporan SPRM terhadap individu yang bernama Juhar.

Tujuan laporan dibuat agar SPRM membuat siasatan terhadap Juhar yang menyandang jawatan Tuan Yang Terutama Negeri Sabah (TYT) setelah disyaki berlaku tidak adil terhadap pihak yang bergeser berhubung jawatan Ketua Menteri Sabah.

Yang dipersoalkan oleh NGO berkenaan ialah kenapa pada 12hb Mei 2018 Juhar bertindak memecat Musa Aman yang telahpun sah mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sabah di hadapan TYT yang sama sebelum melantik Shafie Apdal. Tapi apabila Musa Aman berada dalam kedudukan yang sama memegang 33 SD akuan bersumpah daripada ADUN. Tidak pula TYT bertindak memecat Shafie Apdal dan melantik Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah.

Justeru itulah NGO berkenaan berpersepsi ada yang tidak kena pada kredibiliti seseorang yang diberikan gelaran TYT. Boleh saja dia telah menerima sesuatu daripada Shafie selain tawaran melanjutkan tempoh perkhidmatan Juhar sebagai TYT negeri sabah, sebelum ini. Menyebabkan tindakan Juhar nampak tidak profesional terhadap Tan Sri Musa Aman sejak dari awal pelantikan Shafie sebagai ketua menteri Sabah.

Siapa pun mereka, jika berhadapan dengan situasi seperti itu pasti mereka akan beremosi hingga terpaksa mengeluarkan kata-kata yang agak kesat terhadap pihak yang dia percaya telah berlaku tidak adil.

Berkata kesat tidak bererti NGO berkenaan berada dipihak yang salah begitu juga sebaliknya. So berilah keadilan kepada semua pihak. Baik dari konteks kedudukan Ketua Menteri Sabah yang sah atau saja keatas NGO dan pihak pihak yang telah membuat laporan Polis terhadap NGO berkenaan.

Orang kata jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga iaitu Institusi Beraja tidak lagi dihormati oleh rakyat jelata kerana tidak sudah boleh dijadikan sandaran didalam mencari keadilan.


Kemana Royalti RM3.2 Bilion Dibelanjakan Oleh Warisan?

2 tahun Warisan memerintah negeri Sabah tapi tidak pernah sekalipun masyarakat Sabah mendengar permakluman bahawa kerajaan negeri telah menerima bayaran royalti minyak sebanyak sekian-sekian.

Dalam diam kerajaan Sabah dibawah Parti Warisan telah pun menerima royalti 5%, pada tahun 2018 sebanyak RM1.7 bilion dan 2019 sebanyak RM1.5 billion jumlah keseluruhannya RM3.2 billion.

Itupun hanya selepas data yang berkaitan bayaran royalti minyak didedahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mustapha Mohamed ketika bersidang di Dewan Rakyat.

Kemana sudah RM3.2 billion berkenaan dibelanjakan oleh kerajaan negeri Warisan. Kenapa sehingga “tamat” tempoh pemerintahan tiada satu pun pembangunan yang kelihatan yang boleh dijadikan mercu tanda kerajaan negeri Warisan.

Paling tidak sekurang-kurangnya nampak jugalah projek gajah putih yang menggunakan wang dari royalti berkenaan tapi ini pun tidak ada.

RM3.2 bilion boleh menyediakan peluang pekerjaan yang begitu banyak kepada anak-anak tempatan Sabah.

RM3.2 bilion boleh menyelesaikan banyak isu dan memajukan setiap daerah di negeri Sabah.

RM3.2 billion boleh menyelesaikan banyak jambatan kayu dan jalan pertanian yang rosak di kampung-kampung.

Sedangkan RM5 bilion yang didakwa oleh Najib telah “dibelanjakan” oleh Shafie sepanjang dia berjawatan Menteri KKLW pun sudah mampu mengangkat namanya. Paling tidak nampak juga rumah PPRT roboh disana sini selain dijadikan kandang kambing. He!

Kemana perginya 3.2 bilion dibelanjakan oleh Ketua Menteri Shafie sebelum meletakkan jawatan?


Bubar DUN Tidak Sah Tunggu Keputusan Mahkamah

Sesiapa yang mengikuti blog ini mereka telah mendapat gambaran kenapa pembubaran DUN Sabah pada 30 Julai lalu sebenarnya tidak sah dan sepatutnya Tan Sri Musa telah mendapat balik jawatan Ketua Menteri.

Seperti beberapa links dibawah.

Musa Ada Majoriti Mudah Bentuk Kerajaan

Warisan Minta DUN Dibubarkan

Kenyataan Musa Rentetan Shafie Bubar DUN

Surat Terbuka Kepada TYT

Sepatutnya Shafie Mendaulatkan TYT

Ada beberapa sebab diantaranya Tan Sri  Musa Aman tidak dipanggil menghadap TYT bagi mendapatkan maklum balas sebelum membenarkan Shafie Apdal bertindak membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Dalam pada itu hanya Speaker Dewan Undangan Negeri atau pihak Istana yang boleh mengumumkan pembubaran. Kurang itu pengumuman yang dibuat Shafie berlaku di bangunan pentadbiran kerajaan negeri. Benar-benar tidak mengikut protokol dan yang lebih penting tidak mendaulatkan keberadaan TYT.

Petang tadi mengikut sumber dari portal berita, walaupun berita itu merujuk isu terdahulu iaitu pelantikan Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri tetapi ia memberi kesan kepada kesahihan pembubaran Dun pada 30 Julai lalu.

Bahawa pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri oleh Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal berkenaan mungkin tidak sah dan terbatal. Sebenarnya bukan lagi mungkin tapi memang tidak sah pun.

Ini kerana menurut sumber itu Tuan Yang Terutama TYT tidak mengikut perlembagaan negeri dan tidak menggunakan budi bicaranya apabila hanya memerlukan dua hari untuk menukar ketua menteri ataupun melantik Shafie sebagai ketua menteri pada 12hb Mei 2018.

Maksudnya jika sekiranya Mahkamah Persekutuan mendapati pelantikan Shafie Apdal sebagai ketua menteri tidak sah maka secara automatik pembubaran Dewan Undangan Negeri yang diumumkan Shafie Apdal pada 30 Julai lalu adalah juga tidak sah.

Mahkamah Persekutuan dijangka bersidang pada 24 Ogos ini bagi mendengar rayuan Tan Sri Musa Aman bahawa beliau adalah Ketua Menteri yang sah sebelum di kudita oleh Presiden Warisan Shafie Apdal pada 30 Julai 2018.

Ternyata ada banyak sebab yang boleh membatalkan pembubaran Dewan Undangan Negeri yang diumumkan oleh Shafie Apdal.

Kalau sekiranya keputusan pada 24 Ogos tidak memihak Tan Sri Musa. Maka ada beberapa lagi kesalahan Shafie yang boleh dibuat semakan di Mahkamah berkaitan proses pembubaran itu sendiri yang tidak mengikut perlembagaan negeri Sabah.

Hari ini saja seperti mana dalam laporan berita yang berasingan. Seorang peguam dan dua wanita ahli perniagaan telah memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap perisytiharan oleh “Yang Dipertua Negeri” yang telah membubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya negeri diadakan dalam tempoh 60 hari.

Alasan yang dikemukakan kerana faktor pendemik Covid 19 dan menunggu keputusan mahkamah persekutuan seperti mana keterangan di atas.

Mereka juga memohon semakan keatas pengerusi SPR agar mengabaikan Pilihan Raya Kecil PRN selagi peraturan PKP tidak ditarik balik.


Siapa Sebenarnya Yang Checkmate 🤭

Kita pula yang checkmate ni ya. Yang namanya checkmate ialah kau tumbang dalam kuasa iaitu waktu itu kau ada segalanya-galanya kewangan, jentera dan yang paling penting tempoh pemerintahan masih berbaki. Maksudnya kau masih ada masa untuk membetulkan keadaan tapi kau ego, semakin kau pertahankan dan pelihara orang-orang tolol dan tamak yang ada disekeliling mu. Kau lebih mempercayai mereka berbanding keluhan masyarakat yang ada diluar sana.

Sebelum menjadi kerajaan berbagai teori yang diperkenalkan oleh pra pemimpin dan penyokong emasnya tidak kurang juga yang sombong bodoh memperkenalkan diri mereka sebagai bekas pentadbir yang hebat justeru jika sekiranya Parti Warisan mendapat kemenangan mereka akan melaksanakan itu dan ini. Maklum katanya mereka pernah berkhidmat dalam kerajaan tapi bila sudah menjadi kerajaan yang rakyat nampak hanyalah kebodohan dan ketamakan mereka. (Macam saja orang tidak tahu siapa mereka sebelum ini)

Masyarakat Sabah cakap pada hakikatnya tengok dahi pun sudah tahu yang mereka dari spesies tukang hafal dan penipu tapi apa kan daya tempoh hari memang mereka sengaja mencuba sesuatu yang baru dan yang paling utama ialah untuk menghalau UMNO dari bumi Sabah. Malangnya apa yang berlaku adalah sebaliknya ternyata sangat gagal, undi yang diberikan bertukar senjata makan tuan. Cakap saja pandai tapi bab melakukan kerja hanya mampu terhegeh-hegeh.

Dalam politik ni bukan hanya taktik atau gerakan yang menentukan kemenangan tapi ada lagi yang lebih penting iaitu campur tanganNya.

Berapa ratus ribu orang teraniaya hasil dari pentadbiran yang gagal akibat melantik orang orang tidak kompeten dibeberapa peringkat. Baik di peringkat kampung mahupun di peringkat pentadbiran kerajaan negeri sekalipun.

Bayangkan bantuan tunai Covid 19 pun boleh diseleweng begitu saja. Dalam sistem online permohonan telah diluluskan tapi tunai masuk ke akaun orang lain iaitu rakan subahat kakitangan yang berkerja di bahagian kewangan negeri. Bayangkan apa jenis manusia seperti itu.

Banyak daerah dan kampung-kampung yang tidak terurus malah keadaan semakin teruk. Kalau kita dengar luahan masyarakat bahawa sejak Parti Warisan memerintah aktiviti pengedaran dadah semakin teruk. Dalam setengah kes anak pemimpin Warisan pun terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah syabu. Tidak takut berdosa selepas menghancurkan kehidupan orang lain. Kamu tunggu sajalah balasannya di dunia ini mahupun di akhirat kelak.

Kerajaan Warisan tumbang bila mana kumpulan Tan Sri Musa Aman yang mendapat 33 SD atau akuan bersumpah tetapi dinafikan oleh ketua menteri Sabah Shafie. Tanpa merujuk terlebih dahulu pada TYT. Tetiba Shafie membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah. Jelas ia adalah tindakan yang tidak sah di sisi undang-undang atau menghina Institusi beraja di negara ini seperti yang terkandung dalam prinsip rukun negara.

Parti Warisan hanya mampu bertahan setengah penggal. Pun begitu telah berjaya mencipta banyak skandal penyelewengan melibatkan wang rakyat. Ada diantara mereka sehingga hari ini dicari oleh SPRM dan yang didakwa di Mahkamah itu sudah pasti.

Justeru itulah kuat keyakinan admin bahawa pilihan Raya kecil tidak akan berlaku. Sebaliknya Tan Sri Musa Aman akan dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Entah Kenapa Pemimpin UMNO Menyerang Bersatu Sabah

Pemimpin UMNO yang kecewa kerana kalah merebut jawatan tertentu melepaskan geram mereka pada Bersatu Sabah. Mereka lupa kepimpinan mana yang berjaya mempertahankan UMNO pada PRU yang lepas. 

UMNO Sabah berjaya mempertahankan kemenangan sedangkan UMNO Semenanjung kalah teruk. Nasib baiklah berlaku kejadian yang tidak dijangka menyebabkan UMNO menjadi sebahagian daripada kerajaan walaupun kalah di pilihan raya yang lepas.

Kenapa mereka tidak mempersoalkan calon UMNO yang kalah sebagai bukti bahawa kemenangan calon BN pada PRU yang lepas adalah kerana faktor calon itu sendiri bukannya faktor UMNO.

Hentikanlah serangan seperti ini apa lagi perundingan di antara parti-parti komponen PN belum berlaku. Tarikh pilihan raya pun belum lagi diumumkan dan adakah pembubaran DUN Sabah sah di sisi undang-undang, siapa tahu ia terbatal.

Pergeseran berlaku bilamana Ketua Bersatu Sabah menyatakan bahawa partinya akan bertanding di 45 kerusi DUN jika PRN berlaku dalam tempoh yang terdekat. Tapi itupun pintu perundingan sentiasa terbuka kepada semua parti termasuklah UMNO.

Janganlah terlalu pelupa tanpa kumpulan Gabungan Sabah yang diketuai oleh Tan Sri Musa dan Datuk Hajiji serta pemimpin utama dari parti tempatan Sabah. Tidak kerajaan Warisan tumbang walaupun baru masuk tiga tahun sebagai kerajaan negeri.

Jangan lupa pihak mana yang bertanggungjawab menumbangkan Warisan. Oleh itu jangan lebih sudu dari kuah. Memalukan tu. Hemmm!

Bersatu Sabah Siaga Menghadapi PRN Tanding 45 Kerusi

PPBM Sabah telah bersiaga sepenuhnya dalam menghadapi pilihan raya umum negeri berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah.

Justeru itu Ketua Pimpinan Bersatu Sabah Datu Hajiji Noor akan mengadakan mesyuarat pada minggu depan bagi memperhalusi persiapan jentera pilihanraya di setiap DUN di negeri ini.

Menurut beliau Bersatu Sabah telah mengenal pasti 45 kawasan DUN yang akan ditandingi oleh calon calon Bersatu. Calon akan terdiri daripada mereka yang berwibawa mempunyai credibility, capability dan winnable bagi memenangi setiap kerusi yang ditandingi.

Walaubagaimanapun Bersatu Sabah sentiasa terbuka atau bersedia berbincang dengan mana-mana parti dalam komponen Perikatan Nasional seperti BN bagi menghadapi PRN Sabah demi mengumpul kekuatan dan untuk memastikan kemenangan dalam pilihan raya yang akan datang.

Sudah tentulah Bersatu Sabah akan menawarkan manifesto dan halatuju yang terbaik untuk rakyat Sabah antaranya fokus kepada membangun semula ekonomi Negeri setelah dilanda krisis dan pandemik Covid 19. Selain itu yang juga menjadi keutamaan Bersatu Sabah akan terus memastikan hak-hak, kepentingan rakyat dan negeri Sabah terus dipertahankan.

Bersatu Sabah akan menjadi alternatif terbaik dan diterima oleh sebilangan besar rakyat Sabah untuk menerajui kerajaan negeri.

Manifesto akan dilancarkan sebelum tarikh penamaan calon.

Sepatutnya Shafie Mendaulatkan TYT (Istana) Sebelum “Bubarkan” DUN

Sebagai Ketua Menteri Shafie hanya ada hak atau autoriti. Menasihat atau menyampaikan hasratnya pada TYT sekiranya DUN boleh dibubarkan.

Selepas itu TYT akan memanggil kedua belah pihak bagi mengetahui kedudukan sebenar kenapa ada pihak yang tidak berpuas hati pada Ketua Menteri yang sedang memerintah Sabah.

Usai segala maklumbalas diterima, dihitung dan dinilai barulah TYT boleh membuat keputusan yang adil dan saksama dan selepas itu pihak Istana akan berhubung dengan Tuan Speaker dan Setiausaha negeri untuk memaklumkan keputusan yang telah diambil. Sama ada membubarkan DUN atau Ketua Menteri yang menyandang dikehendaki meletakkan jawatan dan akan diganti oleh orang lain.

Ini tidak apa yang berlaku adalah sebaliknya. TYT tidak memanggil pihak Tan Sri Musa bagi mendapatkan maklumat tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku. Nampak sangat fungsi Istana telah didominasi atau Shafie tidak mendaulatkan TYT.

Kurang itu Ketua Menteri Shafie sendiri yang mengumumkan pembubaran DUN itupun dilakukan di bangunan pentadbiran kerajaan. Ironinya “Warta Kerajaan” hanya ditunjukkan selepas beberapa jam Shafie membubarkan atau menunjukkan surat pembubaran DUN.

Sepatutnya Warta TYT bukan Warta Kerajaan yang menjadi waran ditunjukkan terlebih dahulu sebelum mengumumkan pembubaran DUN walaupun pada hakikatnya Ketua Menteri tidak ada hak berbuat demikian.

Sekiranya tindakan Shafie itu diakui maka di masa mendatang andai satu satu Ketua Menteri tidak lagi mendapat sokongan majoriti Adun kerana didapati menyalahgunakan kuasa. Maka demi untuk menyelamatkan jawatan Ketua Menterinya dia hanya perlu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN). Wow, begitulah sampai kiamat.

Sebab itulah tindakan Ketua Menteri Shafie untuk mengadakan pilihan raya bagi kononnya menyelesaikan kemelut SD hanyalah retorik yang jelas untuk kepentingan diri mereka semata-mata.

Itulah pentingnya dokumen SD atau akaun bersumpah dijadikan asas utama bagi mengukur sokongan majoriti terhadap seorang Ketua Menteri yang sedang menyandang. Supaya dia tidak boleh bertindak sesuka hati.

Apa bezanya tindakan Ketua Menteri yang tidak berprotokol itu dengan tindakan seorang Ketua Kampung yang tolol. Sepasang suami isteri yang minta diadili malah dijatuhkan hukuman agar sang suami menceraikan isterinya dan Ketua Kampung akan mengahwininya?

Dakwa Adun Warisan Ditawar Berjuta Untuk Tinggalkan Parti Adalah Dusta

Ternyata Kenyataan sebelum ini dari beberapa wakil rakyat Parti Warisan yang mendakwa mereka telah didatangi atau dihubungi oleh ejen-ejen yang menawarkan sejumlah wang agar mereka meninggalkan Warisan dan menyertai Perikatan Nasional adalah pendustaan semata-mata. Propaganda murahan, minta puji!

Dakwaan seumpama itu dibuat oleh antaranya wakil rakyat daripada Sepanggar Aziz Jamman, Kota Belud Munirah, Sindumin Yusof Yacob dan beberapa lagi wakil rakyat Warisan dari pantai timur Sabah.

Dan kita tahu ada dua wakil rakyat daripada DAP yang juga mendakwa telah ditawarkan supaya meninggalkan parti mereka.

Paling sandi jumlah wang yang ditawarkan pada mereka cukup besar ada yang mencecah sehingga RM50 juta.

Betul betul miskin propaganda padan pun hayat parti Warisan ni tidak sampai setengah penggal. Terlalu banyak auta. Hahaha!

Ikuti links dibawah yang menuntut agar mereka membuat laporan Polis.

Siapa Ejen yang dimaksudkan oleh Aziz

Armada cabar Yusof buktikan dakwaan dan lapor Polis

Sekarang apa cerita bersumberkan kenyataan media SPRM Sabah, S Karunanithi.

Jelas menyatakan bahawa SPRM telah menghubungi beberapa Adun terlibat dan hasil interaksi. Adun yang terlibat enggan membuat laporan rasmi kepada SPRM dengan alasan tiada sebarang transaksi rasuah yang berlaku ketika ini.

Bagaimanapun SPRM Sabah akan terus menjalankan siasatan dan bersedia menerima aduan serta maklumat berkaitan daripada mana-mana pihak yang terlibat.

Ini juga bermaksud dakwaan terbaru bahawa kononnya Adun yang menyertai kumpulan Tan Sri Musa Aman untuk menegur Kerajaan telah menerima berjuta ringgit adalah juga pendustaan.

Di mana mahu letak muka oh!

Surat Terbuka Kepada TYT Sabah

Suka admin mengongsi tulisan dari seorang pengguna Facebook yang menamakan dirinya sebagai Original Sabahan. Tulisannya ini agak kritikal terhadap TYT negeri Sabah berhubung persoalan kenapa membenarkan Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal membubarkan DUN tanpa alasan yang munasabah apa lagi Ketua Menteri Sabah tidak ada hak berbuat demikian.


Surat terbuka kepada TYT Sabah ,

Saya terpanggil menulis surat ini kepada TYT Sabah yang mungkin pada ketika ini berada pada kerusi yang empuk dan istana yang mewah. Banyak yang saya mau tanya tapi tidak tahu mahu bagi siapa: jadi saya harap surat ini sampai kepada TYT Sabah tercinta.

1) Kenapa membubarkan dewan di ketika COVID19 belum selesai dan belum ada vaksinnya?
2) Kenapa minta pandangan rakyat sedangkan perkara yang sama pernah berlaku?
3) Kenapa dulu boleh izinkan DSSA angkat sumpah dengan jumlah majoriti yang sama dan sekarang tidak boleh ?
4) Kenapa dulu boleh belakangkan TSMA walaupun dia tidak meletak jawatan tetapi sekarang tidak?; malah minta rakyat pula putuskan.
5) Kenapa ada ketidakadilan dalam membuat keputusan? Kenapa berat sebelah? Bukankah TYT ini menjaga rakyat Sabah dan bukannnya menjaga sesuatu parti.
6) Adakah TYT terhutang budi dengan DSSA sebab memberikan TYT gelaran yang tidak bertempoh?
7) Adakah TYT tidak melihat penderitaan rakyat sekarang yang banyak kena buang kerja? Banyak tidak boleh keluar kerana ada penyakit berjangkit? Adakah TYT rasa kami semua ni bahan experiment untuk COVID19?
8) Tidak kah TYT terfikir dengan adanya PRN, orang yang dulu cikgu atau pegawai biasa terpaksa jadi “frontliner” disebabkan oleh PRN dan juga merisikokan diri – berdepan dengan musuh yang tak kelihatan?
9) Tidakkah TYT terfikir bahwa siapa pun parti yang menang, pasti ada rakyat yang kena COVID19- dan berjuang dengan nyawa sendiri?
10) Tidakkah TYT terfikir- bahawa 60 YB DUN ini boleh selesaikan masalah ini tanpa melibatkan jutaan pengundi rakyat Sabah? Biarlah mereka putuskan siapa KM melalui undian tidak percaya atau melalui sokongan SD.
11) Tidakkah TYT rasa bersalah nanti sekiranya selepas PRN – ada kluster baharu dari Sabah? Kluster PRN SABAH.
12) Tidakkah TYT terfikir bahawa rakyat SABAH juga ada keluarga, ada nyawa, perlukan duit dan hilang pekerjaan?
13) TIdakkah TYT terfikir bahawa pengundi SABAH juga manusia bukan bahan kajian? Atau
14) Mungkinkah TYT sudah selesa di ISTANA sehingga lupa bagaimana keadaan kami yang sakit, tidak cukup makan, perlu bantuan dan perlu ubat-ubatan.

Kami tidak mahu PILIHANRAYA pada masa ini, kami mahu bantuan makanan
Kami tidak mahu PILIHANRAYA pada masa ini, kami mahu kerja kami balik
Kami tidak mahu PILIHANRAYA pada masa ini, kami mahu bantuan yang kena janji
Kami tidak mahu PILIHANRAYA pada masa ini, kami mahu keluarga kami sihat
Kami tidak mahu PILIHANRAYA pada masa ini, kami mahu SABAH bebas Covid19.
Oleh itu, buat lah keputusan yang terbaik tanpa membabitkan pergerakan rakyat, tanpa menambah penderitaan rakyat dan tanpa membingungkan rakyat. Kalau TSMA tiada majoriti, bagi DSSA angkat sumpah jadi Ketua Menteri dan kalau DSSA tiada majoritu, bagi lah TSMA angkat sumpah jadi Ketua Menteri. Jadi selesai masalah dan bila cukup tempoh 5 tahun, biar kami menilai mana yang baik dan mana yang tidak baik; pada masa itu, saya pasti COVID19 sudah kurang dan vaksin sudah dihasilkan. Parti WARISAN tak perlu risau, sebab mereka masih boleh bersuara sebagai pembangkang. Kalau mereka parti yang baik- biar jadi pembangkang mahupun kerajaan; mereka pasti akan membela rakyat. Kuasa bukan segala-galanya tapi SUARA WARISAN yang jadi penilaian kami rakyat SABAH. DAN kalau benar TYT saying nyawa kami rakyat SABAH- Buatlah keputusan yang tidak merisikokan nyawa kami.

Sekian,

ORIGINAL SABAHAN

Kenyataan Media Musa Aman 30 July 2020

KENYATAAN MEDIA YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN

  1. Saya merujuk kepada perkembangan politik yang terkini dan saya ingin menegaskan bahawa pada pagi ini, saya telah menyampaikan kepada Tuan Yang Terutama 33 surat-surat akuan berkanun yang mengesahkan bahawa ADUN-ADUN tersebut telah menarik balik sokongan mereka kepada YAB Datuk Seri Shafie Bin Haji Apdal dan melafazkan sokongan kepada saya agar saya dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.
  2. Adalah amat jelas bahawa dari segi undang-undang dan Perlembagaan Negeri Sabah, saya layak dilantik oleh Tuan Yang Terutama untuk menjadi Ketua Menteri Negeri Sabah kerana saya mempunyai sokongan majoriti.
  3. Tuan Yang Terutama mempunyai tanggungjawab di bawah Perlembagaan untuk memberi pertimbangan yang wajar sama ada saya mempunyai majoriti yang diperlukan untuk menubuhkan sesuatu kerajaan baru bagi Negeri Sabah.
  4. Kami tidak terkejut dengan tindakan ini malah kami telahpun menjangkakan tindakan seperti ini mungkin berlaku.
  5. Seharusnya pertimbangan membuat keputusan seperti ini harus mengambil kira wabak Kovid 19 yang melanda negara kita sekarang dan juga negeri Sabah dan sama ada pembubaran dewan undangan negeri di dalam keadaan ini adalah satu langkah yang wajar.
  6. Kesihatan dan kepentingan rakyat mestilah sentiasa menjadi keutamaan didalam membuat sebarang keputusan. Jangan sekali- kali kita perjudikan nyawa rakyat kita semata-mata untuk kepentingan peribadi dan politik.
  7. Saya ingin menyatakan keikhlasan saya untuk menubuhkan satu kerajaan baru bagi Negeri Sabah.
  8. Saya mengulangi sekali lagi dan menegaskan bahawa saya mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Undangan egeri Sabah dan saya berharap bahawa satu keputusan akan diambil secara bijak dan wajar oleh Tuan Yang Terutama untuk melantik saya sebagai Ketua Menteri baru dan memberi peluang untuk menubuhkan satu kerajaan baru bagi rakyat Negeri Sabah.
  9. Tetapi, sekiranya benar Dewan Undangan Negeri telahpun dibubarkan, saya dengan sucihati mengatakan bahawa kami akan melawan pilihanraya yang akan datang untuk memberi rakyat Negeri Sabah satu kerajaan baru yang stabil dan memperjuangkan kepentingan kesemua rakyat Negeri ini.