Kali Kedua TYT “Dijual” Demi Kemenangan, Bubar DUN Sabah

Mereka atau peguam responden yang mewakili bekas Ketua Menteri, Shafie dan Gabenor aka TYT tetap memperalatkan kuasa TYT hingga disamakan dengan kuasa Sultan. Sedangkan Sultan ada daulat atau berdaulat berbanding TYT, hanyalah orang biasa yang dilantik melalui kuasa politik.

Perbicaraan kali kedua yang berlangsung pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung semakan kehakiman terhadap keputusan bubar oleh mantan Ketua Menteri Shafie. Mendapati hakim memihak responden.

Tapi plantiff atau peguam yang mewakili 33 Adun akan mengemukakan rayuan hari ini juga kerana plaintif mendapati peguam responden telah menggunakan istilah kesetiaan kepada Raja atau Sultan yang tidak boleh dilewati sedangkan di Sabah yang ada hanyalah Gabenor yang dilantik.

Seperti yang admin tulis sebelum ini pihak responden hanya mampu menjual imuniti Gabenor atau TYT agar keputusan salah atau langkah salah yang diambil kerajaan Warisan dan TYT itu sendiri ketika membubarkan DUN tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Hanya Mampu Jual TYT Untuk Halalkan Bubar DUN

Untuk kesekian kalinya politik Warisan lempar batu sembunyi tangan. Tunggu saja di hari perhitungan.

Pada admin 33 Adun itu tidak kalah malah berada di pihak yang benar dan Insyaallah akan berakhir dengan kemenangan. Baik, sekiranya rayuan diterima atau nanti rakyat Sabah memberikan kemenangan melalui proses pilihan Raya Negeri.

Ternyata inilah antara hikmahnya kenapa Tuhan mentakdirkan Sabah tidak ada Sultan. Menggelakkan Sultan itu nanti diperalatkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Tetapi malangnya ada pula pihak cuba mengambil kerja Tuhan demi kuasa politik dan terbukti pihak yang tidak bertanggungjawab itu sememangnya wujud di tahun 2020.

Mana Sudah Tanah Felda Yang Dijanjikan Oleh Warisan?

Admin tidak pasti kalau pada awal Ogos 2017 Parti Warisan yang diketuai oleh Shafie Afdal ada berjanji akan menghapuskan hak milik tanah komunal dan menggantikannya dengan hakmilik individu.

Sekiranya pun ada ia sikit pun tidak menguntungkan masyarakat Sabah sebab tanah yang berstatus komunal tetap menjadi milik mereka sampai bila bila, memandangkan ia tidak boleh dijual beli. Justeru apa yang ruginya?

Hakikatnya tujuan politik Warisan mempersoalkan status geran tanah hanyalah untuk ditukar menjadi senjata politik. Sebab itulah hanya selepas kerajaan Warisan tumbang barulah mereka sibuk bercakap soal status tanah. Kantoi!

Sebenarnya geran berstatus komunal lebih menjamin masa depan pemiliknya yang mana tanah keluarga boleh diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain tidak seperti geran hak individu yang boleh diniagakan. Sebab itulah hari ini kita nampak ramai kaum bukan bumiputra yang memiliki tanah di hampir pelusuk negeri Sabah. Tapi itu tidak bermaksud kita mempersoalkan keberadaan mereka. Siapa suruh jual tanah pada kaum Cina seperti contoh.

Hal seperti itulah yang dielakkan oleh mantan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, tiada niat lain pun seperti yang didakwa oleh Darell Leiking kononnya pemilik geran komunal tidak ada hak termasuklah menentukan jenis tanaman yang dikehendaki oleh pemilik tanah. Hahaha. Mangkuk-mangkuk.

Jangan percaya pada dakwaan blog si Darell tu. Adakah patut pemegang geran komunal tidak hak keatas tanah mereka.

Sebaliknya yang patut kita tanya pada kepimpinan Parti Warisan ialah pada pilihanraya yang lepas mereka ada menjanjikan atau mempropagandakan bahawa jika sekiranya Parti Warisan berjaya membentuk kerajaan negeri maka tanah atau ladang Felda yang ada di Sabah akan dipecah-pecahkan atau diagihkan dan diberikan kepada rakyat Sabah.

Sekarang apa cerita, bila tanah Felda di Lahad Datu Tawau itu diagihkan pada rakyat Sabah?

Fitnah dan Polemik Apa Dilemparkan Pembangkang?

Polemik dan fitnah apa lagi yang kononnya telah dilemparkan oleh pembangkang keatas Parti Warisan ni. Polemik dan fitnah itu kononnya telah menaikkan kemarahan dan pergaduhan dikalangan rakyat Sabah.

Jaujan mendakwa sedemikian ketika berucap di perhimpunan Warisan Tawau.

Kita nak ulas pun susah, kita pula yang pening mencari hujung pangkal tuduhannya.

Apa yang telah dipolemikkan dan apa yang telah difitnah oleh pembangkang Sabah terhadap kerajaan setengah penggal Warisan ni adui.

Tolonglah kalau ia pun, jelaskan apa isunya. Tak kan di akhir hayat Warisan pun masih dengan perangai lama lempar batu sembunyi tangan. Alahai

Secara langsung inilah buktinya Warisan gagal sebagai kerajaan negeri. Sangat sedikit kerja berkebajikan yang mereka telah laksanakan. Sebaliknya lebih banyak berpolitik dan menjanjikan projek bilion tapi habuk pun tidak ada. Sepatutnya apa yang kita nampak sekarang Sabah ini sudah bertukar rupa memandangkan manifesto dan janji mereka semasa pilihan raya yang lepas sangat sangat indah berkelip kelip.

Tapi tidak apa kita bagi pembayang, siapa tahu mereka terlupa.

1. Fitnah berkaitan polemik pendatang asing tanpa izin PATI? Hakikatnya kerajaan Perikatan Nasional melihat lambakan pendatang asing tanpa izin di Sabah sebagai hal yang mesti diselesaikan secara berhemah dan berperikemanusiaan. Ia bukannya fitnah tapi kritikan terbuka pembangkang terhadap kerajaan Warisan yang gagal menyelesaikan isu ini dan dari beberapa sudut Warisan juga gagal menghargai jasa dan menunaikan harapan penyokong mereka yang terdiri dari kaum ini.

Justeru itulah kerajaan Perikatan Nasional mencari jalan bagi menyelesaikan lambakan PATI. Bukan sebaliknya mengkambinghitamkan mereka yang berketurunan Bajau Suluk dan Bugis. Demi meraih sokongan daripada orang asal yang sebenarnya orang asal pun merasa tertipu pada politik Warisan.

Dengarkan saja kritikan dari Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking begitu juga dengan Setiausaha Agung Parti Warisan Loretto Padua. Bermati-matian menafikan pendatang asing tanpa izin PATI atau mereka yang berketurunan Bajau Suluk dan Bugis. Dalam masa yang sama Presiden Warisan Shafie hanya mendiamkan diri. Walhal ketika berkempen di PRU yang lepas, ini Sabah kita punya, inilah konon masanya mesti bersatu dan mengetuai Sabah.

Kesimpulannya kamu sudah nampak kan kenapa mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah Jaujan tiba tiba menimbulkan dakwaan sebegitu jelek dan tidak bertanggungjawab. Sebab rata-rata pengundi yang berketurunan Bajau Suluk dan Bugis mulai beransur-ansur menolak Parti Warisan. Sekali lagi dia cuba menyuntik kekitaan dan propaganda murahan.

Hanya Mampu “Jual” TYT Untuk Halalkan Bubar, Bicara Ke 21 Ogos

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu atau Hakim Leonard Shim menetapkan 21 Ogos 2020 adalah tarikh akhir sama ada semakan kehakiman yang dikemukakan oleh 33 Adun terhadap pembubaran DUN yang diumumkan oleh Ketua Menteri Shafie, diterima atau ditolak.

Sekiranya diterima itu bererti responden TYT dan Shafie boleh diheret atau dibicarakan. Itu bermaksud pembubaran DUN Sabah pada 30 Julai lalu tidak sah.

Manisnya pihak responden atau defendan hanya mampu mengemukakan satu alasan atau hujah bahawa keputusan TYT tidak boleh dicabar oleh 33 Adun. Titik! Lucu!

Sedangkan rata rata rakyat Sabah berpendapat TYT tidak bersikap adil terhadap kedua belah pihak. Apa macam oh!

Kerana itu Hakim Leonard Shim membenarkan supaya peguam defendan mengemukakan jawapan keatas hujah plaintif dalam bentuk teks.

Supaya lebih jelas dan mudah dijawab oleh peguam plaintif tu kan.

Defendan tidak berani mengemukakan hujah bahawa Shafie mempunyai autoriti atau kuasa dan telah mematuhi perlembagaan semasa menasihati TYT supaya DUN dibubarkan (ataupun sebaliknya). Begitu juga TYT, defendan tidak mempertahankan TYT sebagai telah bersikap adil terhadap kedua belah pihak. Sebab peguam defendan sedar kedua anak guamnya telah melakukan kesalahan yang bertentangan dengan perlembagaan negeri Sabah.

Seandainya pembubaran DUN tidak melanggar perlembagaan negeri dan adil terhadap pihak yang terbabit tidak lah semakan ini memakan masa untuk ditentukan. Secara logiknya kita sudah nampak ciri ciri pihak yang akan kalah.

Kalau dalam perbicaraan, Warisan hanya mampu memperalatkan kekebalan TYT dan kalau di dunia politik Warisan terpaksa bergantung pada satu satunya talian hayat iaitu “geran” tanah. He!

Siapa Sebenarnya Rakus dan Merampas Kuasa?

Apa sebenarnya yang mahu ditegakkan oleh mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah Jaujan Sambakong ni.

Dia mendakwa ada kononnya pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menekan parti Warisan, terutama selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan.

Apa yang dia cakap tu. Dia ingat berpolitik ni macam menanam sayur dibelakang rumah kah? Hari ini di tanam esok sudah boleh dituai?

Apa punya propaganda hingga lupa parti yang paling kuat memainkan propaganda ialah Warisan itu sendiri. Sekarang mereka nak spin pula ya.

Politik memang begitu, selagi lawan tidak tumbang maka selagi itulah setiap kelemahan atau penyelewengan yang dilakukan oleh lawan akan dicanang didedahkan kepada umum, biar masyarakat berfikir betapa lemahnya lawan aka Warisan hingga tidak boleh diberikan mandat.

Sepertimana perbualan admin dengan seorang Profesor Dr. Beliau menceritakan kelemahan dan ketololan seorang mantan Menteri Persekutuan daripada Warisan hingga akhirnya beliau pula yang menjadi mangsa permainan mereka. Hemmm!

Sedangkan tujuan beliau bertemu dengan Menteri pada ketika itu adalah untuk mendedahkan salahguna kuasa yang berlaku di salah satu Institusi pengajian Tinggi. Supaya tidak merugikan institusi, pelajar dan negara secara umumnya.

Beliau pada waktu itu berjawatan Timbalan.

Akibat tidak lagi mampu berbuat apa iaitu apabila SPRM menutup kes atau menghentikan siasatan. Beliau hanya mampu berdoa semoga kebenaran akan terbongkar, ternyata benar para pemimpin tolol dan tidak amanah itu tumbang di tengah jalan bukan hanya terduduk tapi akan berhadapan dengan pendakwaan di Mahkamah.

Jaujan juga mendakwa kononnya pembangkang tidak putus putus berusaha merampas kuasa atau merebut jawatan Ketua Menteri Sabah daripada Shafie.

Tidak ada yang merampas, Jaujan. Sebaliknya yang merampas jawatan Ketua Menteri adalah Presidenmu.

Selepas pilihan raya yang lalu Tan Sri Musa telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah dihadapan TYT Sabah Tun Juhar. Ini kerana BN telah mendapat majoriti mudah 31 kerusi dicampur dengan 2 kerusi dari STAR.

Tapi dua hari kemudian Presiden Warisan Shafie pula yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah kerana mendakwa telah mendapat sokongan daripada DAP, PKR dan beberapa Yb BN yang melompat.

Ironinya bila hari itu Tan Sri Musa Aman mendapat sokongan dari 33 Adun (akuan bersumpah). Tidak semena mena Shafie mengambil keputusan “membubarkan” DUN.

Persoalan lain adakah selama ini dakwaan pembangkang terhadap kepimpinan dan Parti Warisan adalah fitnah?

Kritikan terhadap PSS bukannya fitnah ia adalah program yang cuba diperkenalkan oleh kerajaan Warisan dan yang membatalkan program ini ialah kerajaan negeri Warisan itu sendiri.

Dakwaan rasuah terhadap Menteri Infrastruktur Peter Anthony bukannya fitnah ternyata hari ini dia didakwa di Mahkamah.

Dakwaan sebelum pilihanraya yang lepas bahawa pentadbiran KKLW melalui agensi RISDA terlibat dalam aktiviti salah guna kuasa iaitu pembelian tanah di Tongod Tenom ia bukannya fitnah. Terbukti hari ini Peter Anthony dan peguamnya Michael Ubu telah pun didakwa Mahkamah.

Skandal penyelewengan dalam Kementerian Pelancongan Malaysia. Seorang setiausaha telah didakwa di Mahkamah dan bakal ada lagi yang menyusul. Ini kalau menurut berita yang viral, mereka termasuklah mantan Menteri dan anaknya akan dicekup oleh SPRM.

Dengar khabar geran tanah yang diberikan pada penerima baru baru ini ada di antaranya yang belum didaftarkan di dalam sistem Jabatan Tanah dan ukur negeri Sabah.

Jadi siapa sebenarnya yang menggunakan taktik kotor demi mendapatkan dan mempertahankan kuasa?

Sejak Warisan Ekonomi Sabah Lembab KDNK 0.5%

Sabah mencatat pertumbuhan ekonomi paling lembab dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri di paras paling rendah iaitu 0.5% semasa pentadbiran Kerajaan Warisan, kata Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Katanya, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal perlu mengakui kegagalan beliau mentadbir dan mengurus ekonomi Sabah sehingga KDNK Sabah jatuh menjunam ke 0.5% pada tahun 2019.

Beliau berkata, Shafie dan pemimpin Warisan perlu menerima hakikat kegagalan mereka, sebaliknya bukan terus menyalahkan kerajaan terdahulu sebagai alasan menutup kegagalan mereka.

Menurutnya, rakyat berasas kesal dan sedih apabila mengetahui Sabah mencatat KDNK paling rendah di seluruh Malaysia.

“Shafie mengakui dirinya adalah pakar ekonomi dan bersama rakan-rakan sekutu politiknya dari UPKO, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kononnya mampu mentadbir dan membangunkan negeri Sabah.

“Malangnya selepas lebih 2 tahun mereka mentadbir Sabah, keadaan ekonomi dan KDNK Sabah terus menjunam sehingga mencatat paras paling rendah”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Srikandi BERSATU Bahagian Tuaran di dewan Linangkit Cultural Village, Kampung Selupoh dekat sini, hari ini.

Hajiji yang juga mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman berkata, Shafie dan sekutunya gagal membangun ekonomi negeri, gagal menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah sehingga menyebabkan kadar penangguran meningkat.

Katanya, laporan terbaharu Jabatan Perangkaan Malaysia yang dikeluarkan pada Ogos 2020 menyatakan, KDNK Sabah menguncup selama dua tahun berturut-turut iaitu 1.5% pada 2018 dan 0.5% pada 2019.

Kadar pengangguran juga berada pada paras terburuk dalam tempoh 20 tahun iaitu sebanyak 5.8%. Ini bermakna lebih daripada 117,000 rakyat Sabah tidak mempunyai pekerjaan.

Beliau berkata, trend ekonomi negeri amat tidak sihat dan ini adalah bukti bahawa Shafie dan Warisan gagal membangunkan negeri dan menjaga kebajikan rakyat Sabah.

“Selaku Ketua Menteri, tiada yang Shafie lakukan untuk meningkatkan dan merancakkan pertumbuhan ekonomi Sabah. Tanpa rasa malu beliau hanya pandai menuduh dan menyalahkan kerajaan terdahulu sehingga mengakibatkan KDNK menguncup”, dakwannya.

Hajiji berkata, untuk menyelamatkan keadaan ekonomi Sabah yang semakin tenat, rakyat yang tersalah memilih dan ‘ubah’ semasa PRU lalu perlu menolak  Warisan dan sekutunya iaitu UPKO, DAP dan PKR dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) dan PRU kali ini.

Calon Warisan Isytihar Harta? Selesai Dulu Kes Mahkamah

Tidak sudah-sudah pemimpin pemimpin Warisan mengeluarkan kenyataan yang tembirang. Nampak sangat semakin terdesak.

Wakil rakyat Batu Sapi Liew Vui Keong kononnya menyokong pengistiharan harta dan sumber pendapatan bagi setiap calon pilihan raya Parti Warisan.

Sudah kena siasat kerana terlibat dalam penyelewengan juta juta wang rakyat, barulah sibuk menunjukkan kredibiliti mereka. Kononnya!

Secara tidak langsung cadangan konyol itu telah mengakui bahawa benar dakwaan SPRM terhadap Peter Anthony, peguam peguam parti Warisan dan yang terbaru bekas Setiausaha Kementerian Pelancongan Malaysia yang juga Timbalan Wira Bahagian Semporna. Sebagai terlibat dalam penyelewengan wang rakyat.

Peter Anthony didakwa di Mahkamah selepas disyaki bersubahat kes pecah amanah membabitkan penjualan tanah di RISDA yang bernilai RM15 juta. Begitu juga dengan peguamnya Michael Ubu didakwa di Mahkamah kerana skandal ini.

Pertuduhan lain terlibat dalam transaksi wang berjumlah RM1.75 juta dan penggubalan wang haram berjumlah RM2 juta di Kampung Air Kota Kinabalu.

Dakwaan berkaitan projek Pan Borneo juga ada membabitkan nama si Peter Anthony. Alahai

Penyelewengan dalam Kementerian Pelancongan Malaysia era Menterinya daripada Parti Warisan. Hari ini setiausaha dan beberapa lagi disiasat kerana dana RM3.7 juta yang dipercayai telah diseleweng oleh mereka.

MP Batu Sapi Liew Vui Keong atau VK Liew sendiri pernah dikaitkan aktiviti menerima sogokan wang ringgit daripada Sundra Rajoo, AIAC. Begitu juga dana parti yang diberikan melalui 1MDB. Peliknya sehingga hari ini tiada satu pun tuduhan yang berjaya mengheret CK Liew untuk didakwa di Mahkamah. Terlalu kebal sebab hari tu memegang jawatan Menteri undang-undang kot.

Begitu juga dengan wakil-wakil rakyat daripada Parti Warisan yang lain. Biarpun nama mereka belum dikaitkan dengan aktiviti penyelewengan kerana belum kantoi. Tapi masyarakat nampak berdasarkan kehidupan mereka yang dulunya zero sekarang hero. Mesti ada yang tidak kena.

Sebab itulah cadangan Warisan akan menapis kekayaan setiap calon sebelum dibenarkan bertanding hanyalah retorik kenyataan yang datang dari orang-orang yang tidak amanah.

Pada mereka yang terbabit diatas khususnya, bersihkan dulu nama di Mahkamah sebelum berlagak amanah. Kalau tidak sempat dibicarakan di Mahkamah atau tidak sanggup, nah ambil kepercayaan masing-masing dan bersumpah lah bahawa dakwaan salah guna kuasa itu adalah fitnah.

Shafie Hentikan Pembohongan Sabahan Tahu Cerita Sebenar Geran Tanah

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd.Shafie Apdal diingatkan agar tidak terus membohongi rakyat Sabah dengan mendakwa geran-geran tanah yang diserahkannya dalam siri jelajah ke daerah-daerah merupakan inisiatif Kerajaan Warisan.

Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu  Malaysia (BERSATU) Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, Shafie bercakap bohong dan tindakannya amat jelas dan nyata bertujuan untuk memancing undi dan sokongan rakyat.

Beliau mendakwa, geran-geran tanah yang diserahkan oleh Shafie itu merupakan geran yang telah siap lebih awal menerusi Program Pengukuran Hak Tanah Adat Negeri Sabah  (PANTAS) yang diilhamkan oleh kerajaan lalu.

Katanya, PANTAS merupakan usaha murni dan inisiatif Kerajaan lalu untuk membantu  mempercepatkan pengeluaran geran-geran tanah adat kepada rakyat dengan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan, setelah mengalami kelewatan pengukuran sejak sekian lama.

Menurutnya, pendekatan itu untuk memastikan pengeluaran geran berstatus anak negeri (NT) untuk tanah NCR yang sudah lama diduduki dapat dipercepatkan bagi mengatasi kelewatan dalam proses permohonan biasa sebelum ini.

“Program PANTAS adalah inisiatif kerajaan negeri semasa diterajui oleh kerajaan lalu dengan kerjasama kerajaan Pusat bagi menyelesaikan isu NCR yang membelenggu rakyat Pribumi Sabah sejak sekian lama.

“Justeru, geran-geran tanah adat yang sudah disiapkan menerusi Program PANTAS dan belum sempat diserahkan semasa Kerajaan lalu, yang kini telah diserahkan oleh Shafie, tetapi dia mendakwa ianya adalah inisiatif  Kerajaan Warisan?

“Ini merupakan satu pembohongan. Shafie perlu berhenti daripada menggunakan geran tanah adat untuk meraikan sokongan rakyat berikutan populariti dan sokongan rakyat terhadap Warisan semakin merosot ’, katanya.

Hajiji berkata demikian ketika merasmikan Persidangan ARMADA BERSATU Bahagian Tuaran di dewan Linangkit Cultural Village, Kampung Selupoh, hari ini.

Hajiji yang juga mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman berkata, rakyat Sabah tidak buta, mereka tahu PANTAS yang dilaksanakan sejak tahun 2011 berupakan inisiatif kerajaan terdahulu.

“Shafie yang kini sibuk menyerahkan geran-geran tanah tersebut setelah membubarkan DUN, jelas beliau begitu terdesak melakukan semua itu kerana semakin terhakisnya keyakinan dan sokongan rakyat terhadap Kerajaan Warisan yang dipimpinnya.

“Jika tidak terdesak dan mahu memancing sokongan dan undi rakyat, kenapa perlu tergesa-gesa dan rancak membuat penyerahan geran-geran tanah tersebut menerusi siri jelajah khas ke daerah-daerah seluruh Sabah?

“Kenapa tidak giat membuat majlis penyerahan geran itu sebelum DUN dibubarkan? Kenapa baru sekarang rancak dan sibuk  membuat penyerahan? “, soal Hajiji.

Mantan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur (JTU), Datuk Safar Untong pada awal tahun 2018 dipetik sebagai berkata (PANTAS) yang dilaksanakan sejak 2011 berjaya menyelesaikan kerja pengukuran tanah hak adat anak negeri (NCR) seluas 36,137 hektar sehingga akhir tahun 2017.

Ia membabitkan 21,378 lot tanah di 92 kampung di 16 daerah seluruh negeri, dengan kebanyakannya di kawasan luar bandar dan pedalaman seperti Beaufort, Tuaran, Ranau, Kota Marudu, Sipitang dan Semporna.

Daerah lain ialah Beluran, Kinabatangan, Tongod, Nabawan, Papar, Kudat, Sandakan, Keningau, Lahad Datu dan Tawau dengan kerja pengukuran dilaksanakan 80 pasukan juru ukur yang dilantik JTU.

Safar Untong berkata, program itu dibiayai menerusi peruntukan khas untuk tanah NCR daripada kerajaan Pusat berjumlah kira-kira RM20 juta setahun, termasuk untuk pengukuran tanah bagi pengeluaran hak milik secara berkelompok atau Geran Komunal.

PPBM Sertai Muafakat Nasional

Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan parti pimpinannya akan menyertai Muafakat Nasional iaitu berkerjasama dengan UMNO dan PAS dalam masa yang sama akan terus mendukung Perikatan Nasional sebagai gabungan yang besar.

Dengan terbentuknya kerjasama ini termasuklah dengan parti-parti tempatan Sabah dan nasional lain yang berada dalam Kerajaan Perikatan Nasional akan menyebabkan sebahagian besar sokongan rakyat berpihak kepada Perikatan Nasional.

Strategi yang baik dan amat-amat menguntungkan semua parti, baik yang besar mahupun yang kecil asalkan mereka berada dalam Perikatan Nasional.

Tahniah Perikatan Nasional.

Sebelum itu perlu diketahui UMNO yang mempelawa PPBM untuk menyertai Muafakat Nasional.

Bekas Setiausaha Menteri Pelancongan Menyerah Diri Di SPRM Putrajaya

Suruhanjaya pencegahan Rasuah Malaysia SPRM berjaya menahan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada bekas Menteri Pelancongan Seni dan Budaya era kerajaan Pakatan Harapan, Mohamaddin Ketapi yang juga Ahli Parlimen dari Parti Warisan.

Suspek ditahan selepas menyerah diri pada 5 petang semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Pada 12 June 2020 yang lalu SPRM telah mengeluarkan notis mencari suspek bagi membantu siasatan. Ertinya selepas dua bulan barulah lelaki ini berjaya dikesan.

Bekas Setiausaha Menteri Pelancongan Dicari SPRM

Dalam pada itu “ramai” individu yang bercerita pada admin, betapa mewahnya mereka yang terbabit dalam skandal ini. Seperti contoh kereta mewah yang mereka gunakan, macam macam ada.

Namun ada satu hal yang membuat admin menggeleng-gelengkan kepala. Mana mungkin orang yang pandai, melakukan transaksi bank ketika mereka sedang diburu oleh SPRM, berurusan pula dengan orang yang ada bau bau SPRM. Mudah sangat game over.

Apapun yang berlaku jangan libatkan orang lain, mereka bukan tahu apa. Biarlah bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukan.