Secara Rasminya Warisan dan DAP Satu Kepala

Awal benar Parti Warisan dan DAP Sabah membuat persediaan bagi menghadapi pilihanraya yang mengejut.

Dilaporkan oleh media Warisan bahawa telah diadakan satu perjumpaan khas sempena persidangan Parlimen yang diadakan di Rumah Sabah, Kuala Lumpur. Ia dihadiri oleh dua pemimpin utama Warisan i Shafie Apdal sendiri dan DAP Lim Guan Eng serta Setiusaha DAP Sabah, Chang Foong Hin.

Tapi tidak pasti pula kenapa dalam keadaan PN yang semakin stabil boleh berlaku pilihanraya mengejut. Kah persiapan itu hanyalah bertujuan untuk mengacah, biar orang gerun dan percaya bahawa Warisan dan DAP di Sabah masih ada kekuatan untuk dihadapi. He!

Jangan juga mereka terlalu percaya pada dakwaan Presiden Warisan sebelum ini kononnya Perikatan Nasional PN tidak mendapat majoriti mudah ketika undian menggantikan Speaker Dewan Rakyat. Hakikatnya PN mendapat 112 iaitu majoriti mudah kerana seorang yang tidak hadir adalah anggota Parlimen daripada PBS.

Kerana perjumpaan yang begitu bersejarah boleh lah selepas ini masyarakat Sabah beranggapan bahawa kini Warisan dan DAP ada kerjasama rasmi atau satu kepala.

Chang Foong Hin mengulas perjumpaan itu bagi menzahirkan rasa terima kasih kepada Warisan kerana terus komitmen sebagai rakan rapat dalam Pakatan Harapan. Perjumpaan itu juga bagi membincangkan, bagaimana menghadapi pilihanraya mengejut.

Iyalah tu, mestilah berkomitmen maklum kamu tu sudah salah pai. He!

DAP ni licik mesti ada yang dimahunya dari kerjasama seperti ini. Tidak lain tidak bukan iaitu pengundi bumiputera yang kini ramai bermastautin di pusat pusat bandar.

Hakikatnya hari ini DAP berhadapan dengan sentimen penolakan rakyat. Kenapa tidak hampir tiga tahun menjadi kerajaan persekutuan tapi tidak ada satupun kebaikan yang dikecapi oleh pengundi DAP di negeri Sabah yang terdiri daripada pelbagai kaum. Ambil contoh Parlimen Sandakan kebaikan apa yang telah diterima oleh pengundi berbangsa Bajau Suluk Bugis dan lain lain di Parlimen berkenaan. Cuba sebutkan satu, itupun kalau ada. Tidak adanya bayangkan Menteri Belia dan Sukan Sabah dari DAP yang dilantik oleh kerajaan Warisan sikit pun tidak menguntungkan belia beliawanis Bumiputera Sabah.

Lalu dari konteks kerjasama itu, bagaimana pula dengan kesinambungan Sabah for Sabahan dan Sabah Ubah yang menjadi asas retorik parti Warisan, masih kah ia logik memandangkan konsep perjuangan DAP adalah liberal iaitu Malaysian Malaysia? Dua doktrin yang bertentangan ibarat magnet satu kutub utara satu lagi selatan.

Anggap saja satu muslihat terbesar andai DAP menyokong apa pun jenis politik Borneonisasi.

Dibohongi kali pertama itu biasa. Kali kedua itu bodoh namanya.

Harapan Bajau Suluk Bugis Dapat Identiti Di Tongsampahkan Oleh Warisan

Nah sekarang terbukti sudah kan yang kenyataan admin sebelum ini bahawa parti Warisan hanyalah “memperalatkan” kerabat Bajau Suluk dan Bugis demi memastikan kemenangan mereka di pilihan raya lepas ada kebenarannya.

Banyak artikel yang admin tulis sebelum ini yang boleh menjelaskan maksud di atas.

Semakin kuat desakan Shafie supaya PATI dihantar pulang

Federal putihkan PATI segelintir UMNO dan Warisan jangan hipokrit

(dan beberapa lagi tulisan dalam blog ini yang dapat membuktikannya)

Selain rakaman ucapan dalam bentuk video yang tular sebelum ini.

Ambil contoh ketika pemimpin Warisan yang berbangsa KDMR berucap di kawasan mereka, mereka akan kata ini Sabah kita punya. Sebaliknya bila pemimpin Warisan berbangsa lain berucap di kawasan mereka akan berkata ini kalilah Sabah kita punya.

Rakaman ucapan jentera Warisan pada masa itu yang menjanjikan dokumen diri jika Warisan memenangi pilihan raya, juga ada.

Ucapan atau propaganda keji seperti itu telah menjana semangat jentera parti Warisan untuk berkerja lebih kuat hingga ada dikalangan mereka semacam hilang kewarasan. Namun tanpa mereka sedari, mereka sedang saling mengumpul bibit-bibit perkauman dalam diri mereka.

Justeru itulah ada yang berpendapat perkauman di negeri Sabah agak jelas sejak parti Warisan aktif sebagai parti yang menjadi pilihan.

Nasib baiklah masih ramai dikalangan masyarakat Sabah yang intelek di dalam menilai sesuatu berita dan faham apa itu sejarah yang tidak boleh dihentikan diubah dan dihapuskan. Hanya jentera atau orang-orang bodoh sombong yang cuba melawan sejarah seperti menukar jenis bangsa dan sebagainya walaupun menyedari akhirnya kebenaran akan membunuh mereka.

Bahayanya politik yang ditiupkan sentimen bangsa dan memberikan harapan yang terlalu tinggi. Apa lagi terhadap kumpulan yang percaya bahawa semua itu boleh dicapai melalui kuasa politik sedangkan pada hakikatnya tidak semudah itu.

Hari ini di sidang Parlimen, Ketua Menteri Shafie yang juga Presiden Parti Warisan bertegas bahawa jangan pernah Kerajaan Persekutuan (Perikatan Nasional) mengiktiraf dokumen Burung Burung dan Banci sebagai keterangan diri yang menyemai IMM13. Ini kerana pemegang dokumen Burung Burung dan Banci tidak diiktiraf oleh undang-undang antarabangsa dan jumlahnya mencecah ratusan ribu orang berbanding pemegang IMM13 hanya sekitar 40 hingga 30 ribu orang.

Padan muka golongan terbabit iaitu mereka yang menyokong Parti Warisan sebab berharap sekiranya Parti Warisan di sokong maka nasib keluarga atau kerabat mereka akan terbela melalui pemberian keterangan diri oleh kerajaan Warisan.

Sekali lagi padan muka. Dulu admin ada jelaskan yang hal seperti itu tidak mudah untuk direalisasikan kerana kuasa eksekutif terletak dibawah kuasa kerajaan Persekutuan bukannya kerajaan Negeri tapi masih juga bersikap kepala batu. Mudah sangat termakan propaganda murahan yang disebarkan oleh besi buruk Warisan.

Sekarang apa cerita buta buta menjadi kambing hitam.

Harapan Bajau Suluk, Bugis dan lain-lain untuk mendapatkan keterangan diri melalui dokumen Banci dan Burung Burung ditongsampahkan oleh kerajaan Warisan. Titik!

Dalam pada itu Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin yang juga Setiausaha Agung Bersatu melihat isu yang dibangkitkan oleh Ketua Menteri Sabah itu dari konteks kemanusiaan dan jangan bersikap double standard terhadap satu-satu kumpulan “masyarakat”.

Bahawa pemegang dokumen Burung Burung dan Banci juga ada nilai manusiawi sama seperti pemegang IMM13. So tidak perlulah ada double standard.

Maksudnya bagaimana kalau ibu bapa mereka adalah pemegang IMM13 tapi anak mereka yang sudah berumur 19 tahun hanya memegang Burung-Burung dan Banci. Lalu bagaimana jalan menyelesaikannya. Sebab itu jangan double standard.

Pun begitu penelitian akan dibuat terhadap pemegang dua dokumen itu, adakah mereka benar-benar dilahirkan di Sabah atau di mana. Faktor ini akan diambil kira sebelum dokumen identiti diberikan atau diproses.

Inilah yang dilakukan sebelum ini, mereka yang tidak ada keterangan diri akan dihantar balik dan digalakkan memiliki pasport dari negara asal.

Pada Menteri Dalam Negeri Malaysia, Hamzah Zainuddin. Setiap orang adalah rakyat dunia tidak kira lah mereka berada di mana di Sabah atau di mana pun. Keadilan harus diberikan berlandaskan kedaulatan undang-undang yang sedia ada.

Dimana kewarganegaraan ditentukan oleh peraturan yang sedia ada. Iaitu Peraturan dibawah Perlembagaan Persekutuan, Peraturan Kewarganegaraan Malaysia 1964 dan taraf kewarganegaraan ibu bapa kandung pemohon.

Malaysia ini negara berdaulat tidak akan mudah memberi kewarganegaraan dengan mudah tanpa mematuhi peraturan yang ketat dan sedia ada.

Penting kalau sudah dapat tu jadilah permastautin menyenangkan dan yang paling penting sedar diri.

Yusof Bidas Najib Dedah Surat Shafie, Tapi Cakap Tidak Serupa Bikin

Akhirnya Warisan “menyahut” cabaran supaya menyerang page Najib Razak sekaligus menafikan tuduhan yang dilemparkan keatas Presiden mereka Shafie dan Menteri Infra Sabah Peter Anthony.

Malangnya percubaan itu sikit pun tidak menggugat benteng page Najib Razak. Macam makan keropok o ring jak.

Itupun bukan pada isu yang didedahkan oleh Najib sebelum ini. Seperti link di bawah,

Najib dedahkan skandal risda dan jalan sabah 1.5 bilion

Tapi pada posting terbaru Najib Razak yang mendedahkan warna sebenar Presiden Warisan Shafie ketika berada di tampuk kuasa. Bahawa Shafie adalah satu-satunya pemimpin UMNO Sabah yang paling kuat membuat surat permohonan agar tender diputuskan secara tertutup atau di proses melalui rundingan terus. Dakwaan ini yang dibidas oleh Ketua Penerangan Warisan, Dr Yusof.

Dia kata sepatutnya Najib Razak tidak boleh menimbulkan isu itu kerana waktu itu Najib dan Shafie berada dalam parti yang sama iaitu UMNO. Lagi katanya ia seumpama suami isteri saling mengetahui kekuatan dan kelemahan. Jadi kononnya tidak baik bagi seorang isteri atau suami mendedahkan kelemahan mereka.

Ia benarlah tu jika dikaitkan dengan pasangan hidup tapi kenapa kepimpinan Warisan sebelum ini mengungkit apa yang telah diberikan kepada pemimpin dan pengikut mereka, bila mana mereka tidak lagi bersama Warisan? Cakap tidak serupa bikin kah?

Ambil contoh, kenyataan Dr Yusof ketika membidas tindakan ADUN Kuala Penyu, Limus Jury yang bertindak keluar dari kerajaan Warisan. Yusof berkata sebab kenapa Limus meninggalkan mereka adalah kerana kontrak Pan Borneo yang bernilai 385 juta daripada Persekutuan, atas nama syarikat Perwira Progresif Sdn Bhd.

Kenapa itu perlu diungkit sedangkan Pan Borneo bukan projek kerajaan negeri. Malah sekali pun ia projek daripada kerajaan negeri, kenapa perlu diungkit? Apa Warisan ingat pengorbanan dan usaha keras mereka yang menyokong kerajaan negeri Warisan tidak ada harga hanya bertujuan untuk mengkayakan wakil rakyat dan kroni Warisan? Banjingan.

Walaupun hinaan dan kejian tidak datang daripada mulut Dr Yusof tetapi pada hakikatnya jentera rasmi Parti Warisan menghina mengungkit mengeji ahli Warisan yang meninggalkan Parti Warisan sebagai tidak kononnya mengenang budi dan macai dedak.

Walhal pada hakikatnya yang layak dipanggil macai dedak tiada maruah ialah jentera dan penyokong Warisan itu sendiri sebab pemimpin dan kroni Warisan sudah kaya raya hingga dicari oleh SPRM sedangkan mereka masih hidup segan mati mahu. He!

Jadi itu apa wahai Dr Yusof, bukan cerita pasangan suami isteri yang mendedahkan kekurangan mereka kah? Cakap tidak serupa bikin lagi kah, begitukah.

Berkenaan kononnya Shafie tidak membuat permohonan itu untuk kepentingan diri dan penyokongnya. Ini adalah kenyataan sampah, tidak ada kebenarannya. Orang bodoh saja yang percaya

Kesimpulannya kita cabar sekali lagi agar pemimpin dan besi buruk jentera Parti Warisan menyerang page Najib Razak yang telah mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh Shafie dan Peter Anthony.

Sahutlah cabaran ini jangan hanya syok sendiri di grup grup WhatsApp yang dianggotai oleh ahli Warisan. Itu namanya meroyan dan buang karan. Hahaha!

Loretto Jangan Tidakkan Kejayaan Kerajaan Negeri Terdahulu, Geran Tanah

Tidak habis-habis Setiausaha Agung Warisan ni menafikan apapun kemajuan yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini termasuklah proses-proses permohonan tanah hingga menjadi kenyataan.

Hakikatnya benar apa yang didakwa oleh Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS) Joniston Bangkuai. Bahawa permohonan tanah yang dirasmikan oleh Shafie Apdal pada 9 Julai lalu adalah hasil usaha kerajaan sebelum ini dibawah program perkhidmatan tanah anak negeri Sabah (Pantas)

Justeru wajarlah saudara Jostin melemparkan kenyataan sinis pada Ketua Menteri Shafie Apdal bahawa sepatutnya dia malu sebab hanya mampu merasmikan hasil kerja orang lain.

Menurut Saudara Jostin kerja-kerja yang dilakukan oleh Pantas adalah merangkumi 21 ribu lot tanah melibatkan 36 ribu hektar. Melibatkan 92 kampung di seluruh Sabah diukur oleh Pantas sehingga Disember 2017. Ia membabitkan 80 pasukan dan menelan kos sebanyak RM20 juta.

Lot tanah tersebut terletak di daerah Beaufort, Tuaran, Ranau, Kota Marudu, Sipitang, Semporna, Beluran, Kinabatangan, Tongod, Nabawan, Papar, Kudat, Sandakan, Keningau, Lahad Datu dan Tawau.

Di Kiulu, 2,141 lot diukur dari 2015 hingga 2017 oleh 29 pasukan dari Jabatan Tanah dan Ukur Sabah.

No wonder lah kalau begitu kan, rupanya hasil usaha orang lain atau Tan Sri Musa Aman dan pentadbirannya pula ya.

Tapi itulah yang sering menjengkelkan masyarakat Sabah apa bila Setiausaha Agung Parti Warisan tidak sudah menafikan usaha bijak orang lain. Walhal pihaknya hanya tahu merasmikan usaha atau kejayaan orang lain. Kurang itu boleh pula melecehkan keringat orang lain seolah-olah apa yang berlaku, berlaku dengan sendirinya. Shame on you lah.

Hebatnya PN Sabah kerana dikelilingi oleh orang-orang yang bijaksana dan berpengalaman

Warisan Dalam Blok Bebas Apa Pula Pendirian Politiknya?

Kali ini kita mahu tahu pendirian Presiden Warisan Shafie berhubung kedudukan dan prinsip politiknya selepas berada dalam blok Bebas bersama sama Tun Mahathir.

Secara logiknya blok Bebas bererti bukan lagi sebahagian daripada PH Plus yang terdiri daripada Bersatu Tun, PKR, DAP dan Amanah. Betul tak?

Justeru yang menjadi persoalan ialah bagaimana pula dengan kedudukan DAP dan PKR di negeri Sabah terutamanya Timbalan Ketua Menteri Sabah Christina Liew yang mewakili parti PKR ataupun Anwar Ibrahim?

Jika benar Parti Warisan tidak lagi bersama PH Plus maka sepatutnya wakil rakyat daripada DAP dan PKR mengistiharkan diri mereka keluar dari kerajaan negeri atau tidak lagi berada dalam barisan kabinet.

Barulah kedua belah pihak dilihat jujur terhadap pengundi atau masyarakat Sabah bukan selamanya cakap dan tindakan tidak serupa bikin.

Benda ni serius jangan sampai masyarakat Sabah berpandangan yang benarlah Presiden Warisan Shafie Apdal adalah seorang pemimpin yang tamakkan kuasa, lidah bercabang, entah prinsip apa yang dia pakai hingga sanggup menjual kredibiliti yang sepatutnya ada pada seorang Presiden parti

Sudahlah selama ini apabila kepimpinan Warisan diajukan soalan apakah Warisan akan bekerjasama dengan parti parti daripada Semenanjung. Jawapan mereka, tidak sama sekali kerana Sabah memperjuangkan hak-hak Sabah oleh itu kalau bekerjasama dengan parti daripada Semenanjung maka tuntutan ataupun agenda Parti Warisan akan terencat. Kononnya!

Tahu tahu lima wakil rakyat daripada Parti Warisan mendapat kedudukan sebagai Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan. Malah hari ini melibatkan diri dalam menentukan kedudukan jawatan Perdana Menteri. Hipokrasi!

Ayuh dipersilakan menyahut cabaran ini. Jangan bikin malu kumpulan.

JPKKP Adalah Rahmat Bukan Ketuanan Alahai Ewon 👎

Apa lagi isu yang cuba diada adakan oleh kerajaan negeri Warisan ni.

Tidak cukup dengan pelbagai skandal penyelewengan yang menimpa pemimpin dan kroni Parti Warisan kah. Itu semua tidak cukup untuk menjahanamkan kapal layar parti Warisan kah?

Perlu ada lagi penambahan dalam bentuk kenyataan hingga kerajaan Warisan ini betul betul dianggap gagal total oleh rakyat Sabah kah. Seperti dibawah.

Terbaru Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Ewon Benedick berpersepsi bahawa kononnya penubuhan Jawatankuasa Pembangunan dan keselamatan Kampung Persekutuan JPKKP sebagai satu bentuk ketuanan Malaya ke atas Sabah.

Pelik juga ya kenapa sampai ke tahap itu pemikiran kerajaan negeri Warisan ni. Sekecil-kecil jawatan pun sengaja dikaitkan dengan ketuanan atau dikaitkan dengan agenda Parti Warisan yang tidak sudah iaitu melacurkan perjanjian 1963.

Persoalannya adakah sebelum ini tidak ada wakil rakyat dari parti Warisan yang berjawatan di peringkat Persekutuan. Walhal Warisan dalam kempen mereka di PRU yang lepas telah berjanji tidak akan bekerjasama dengan parti daripada Semenanjung kerana kononnya bertentangan dengan agenda Sabah ubah atau Sabahan untuk Sabah.

Siapa Menteri Pelancongan Malaysia, Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Timbalan Menteri Dalam negeri, Timbalan Menteri Tenaga Sains Teknologi dan Alam Sekitar dan terakhir siapa Menteri Di Perdana Menteri (Undang-undang) bukan ke mereka dari wakil rakyat Parti Warisan dan siapa yang membayar gaji mereka bukankah Kerajaan Persekutuan. Betul tidak!

Habis itu kenapa jawatan kampung kampung JPKKP pula yang dijadikan isu. Bukannya kerajaan negeri Sabah yang membayar gaji mereka.

Sepatutnya kerajaan negeri Warisan berterima kasih pada kerajaan Persekutuan kerana individu individu yang dilantik oleh mereka sebagai ketua kampung terbukti gagal memikul tanggungjawab mereka. Dimana tahap kemiskinan masyarakat Kampung semakin ketara, gejala sosial, penagihan syabu semakin menjadi-jadi. Pokoknya sejak Parti Warisan menerajui kerajaan negeri Sabah banyak kampung-kampung yang semakin mundur dan rosak.

Mahu tidak mundur dan rosak. Penyangak penipu semasa di luar daerah dan penagih syabu pun dilantik menjadi ketua kampung. Orang-orang seperti ini mana ada tanggungjawab dan keberanian demi menjaga komuniti mereka. Yang mereka tahu hanyalah meminta wang kupi setiap kali menandatangani surat sokongan dari orang kampungnya dan menjadi pelaksana kepada kaki projek. Hemmmm!

Justeru keputusan kerajaan persekutuan untuk meletakkan atau mewujudkan jawatan JPKKP di setiap kampung di negeri ini adalah tindakan yang amat amat wajar dan ia merupakan satu rahmat kepada orang orang kampung.

Tahniah diucapkan kepada kerajaan Perikatan Nasional kerana dapat menghidu kesulitan komuniti kampung.

Amanat Tun Sakaran Menolak Perjuangan Shafie Apdal

Ini adalah amanat atau pesanan Tun Sakaran mantan TYT negeri Sabah kepada pengundi di daerah Semporna.

Amanatnya ini menjurus kepada kelangsungan BN di daerah Semporna khususnya dan amnya negeri Sabah. Beliau merayu pada pengundi di daerah itu agar bersekutu untuk mengundi kesemua Calon BN, sepertinya calon untuk Parlimen Semporna Datuk Ramlee, calon DUN Sinallang, Datuk Nasir, calon DUN Bugaya, Datuk Razak dan calon DUN Sulabayan, Datuk Harman.

Untuk makluman, Tun Sakaran adalah pangkat ayah dan pakcik kepada Presiden Warisan, Shafie Apdal. Bererti Datuk Nasir dan Datuk Razak adalah adik kepada Presiden Warisan Shafie Apdal.

Dan ingat, mereka bukan sekadar kerabat tapi kroni yang mendapat banyak projek prasarana dari mantan Menteri KKLW Shafie Apdal. Berbanding penyokong Warisan yang hanya merasa secubit dedak atau lebih naif dari itu sekadar mendengar perkhabaran yang kononnya Presiden Warisan Shafie Apdal adalah pemimpin yang budiman.

Tapi itu semua tidak menghalang Tun Sakaran, Datuk Nasir, Datuk Razak dan ipar mereka yang juga calon BN di DUN Lahad Datu, Datuk Yusof Apdal, untuk terus setia bersama BN.

Jadi buka mata dan hati, fikirkan. Tidaklah Tun Sakaran serta anak dan menantunya menolak politik Warisan kalau perjuangan Shafie Apdal melalui parti Warisan itu sendiri ada kebenarannya.

Mustahil Shafie Apdal tidak mampu mempengaruhi mereka, andai perjuangannya boleh diterima Tun Sakaran yang cukup masak dengan asam garam politik Sabah.

Persoalannya adakah kerabat Tun Sakaran itu tidak cerdik berbanding totok totok Warisan sedangkan majoritinya tidak pun mengenali secara dekat kepimpinan Shafie Apdal. Jadi tengok cermin tu dulu jangan sampai dianggap barua politik. Ini pointnya!

Itu juga bererti, pada penyokong Warisan yang ada diseluruh Sabah, hadamkan artikel ini adakah kamu itu lebih cerdik dari legasi Tun Sakaran?

Sebelum ini ada sudah dua atau tiga artikel berhubung penolakan keluarga Tun Sakaran keatas politik Warisan.

https://jalinluin.com/2018/02/06/jangan-cuba-cuba-menukar-kerajaan-bn-yusof-apdal/

Pssshhhhh. Satu atau dua calon Warisan di Semporna adalah games Shafie. Masih belum nampak kah? Mahu admin update kah! 🤓

#BNforSabahan #tolakwarisan #sesumpah #tolakpembangkang

Hamzah Abdullah (Amanah Sabah) Di kencing Warisan

Kredit foto Pakatan Pro DAP

Amanah Sabah dipandang sepi oleh Shafie menyebabkan satu kerusi haram pun tidak diberikan pada Amanah?

Sedangkan sebelum kemunculan Warisan dalam pakatan pembangkang atau Harapan. Amanah Sabah telah dijanjikan empat kerusi, dua kerusi DUN, dua Parlimen Sabah

Menyebabkan tuan Hamzah melenting marah pada Shafie dan berpendapat MA63 atau agenda Sabah for Sabahan yang diperjuangkan oleh Shafie melalui parti Warisan hanyalah retorik. Kerna Hamzah Abdullah adalah masyarakat Sabah atau Sabahan tapi tidak dilayan secara rata.

Ini namanya malang tidak berbau, sedangkan tuan Hamzah Abdullah sendiri bermati matian MEMPERTAHANKAN pembangkang hingga beliau tegar mengunfriend admin.

Masa itu siap bagi warning lagi, sekali lagi admin mengkritik Amanah aka pembangkang maka beliau akan unfriend admin. Akhirnya!

Alih alih tidak diberikan kerusi, walhal kalau dikira tuan Hamzah lebih senior sebagai pembangkang berbanding Shafie yang baru berumur setahun jagung. Sebelum tuan Hamzah Abdullah bersama Amanah dia adalah bekas pemimpin PAS Sabah.

Warisan belum pun apa apa sudah pun kencing merata rata. Bila mana Hamzah Abdullah diberikan kerusi bunian.

Baru kao tau! 🤓

#BNforSabahan #tolakwarisan #sesumpah

Dr M Digesa Jangan Menggunakan Logo PKR

Apa cerita ni, sekumpulan penyokong atau ahli PKR di Semenanjung telah keluar beramai-ramai bagi menunjukkan ketidakpuasan hati mereka terhadap pengerusi PH, Dr M.

Ahli PKR berpendapat musuh sebenar PKR ialah Dr Mahathir. Maka sewajarnyalah dia disingkirkan atau dilarang dari menggunakan lambang PKR pada PRU yang akan datang.

Kalau di Semenanjung penyokong pembangkang sendiri menolak perjuangan Dr M, apa lagi agaknya kalau di Sabah ya?

Masyarakat Sabah tahu siapa sebenarnya Dr Mahathir, adalah individu yang bertanggungjawab merosakkan struktur masyarakat Sabah. Juga yang bertanggungjawab “merompak” kekayaan negeri Sabah.

Dr Mahathir adalah orang yang menetapkan kadar royalti minyak 5% kepada kerajaan negeri Sabah, selebihnya 95% di angkut untuk kepentingan politiknya, bakinya digunakan untuk mengkayakam anak anaknya.

Untuk makluman Pengerusi PH, Dr Mahathir adalah tuan kepada Presiden Warisan, Shafie Apdal. Walaupun sebelum ini, Shafie Apdal menafikan hubungan mereka. Hipokrit!

#BNforSabahan #tolakwarisan #sesumpah #tolakpembangkang

Bendera PKR Di Kota Belud Diturunkan

KOTA BELUD, 17 April — Kira-kira 400 anggota parti pembangkang di Pusat Daerah Mengundi Rosok, dekat sini bertindak keluar parti dan menyertai Barisan Nasional (BN) selepas mendakwa hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan parti masing-masing.

Kumpulan itu yang diwakili ketua PDM Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rosok Santaim Gontiung berkata tindakan mereka untuk meninggalkan parti masing-masing disebabkan sudah bosan dengan tindakan pemimpin parti yang hanya datang untuk meraih undi apabila menjelang pilihan raya.

“Kebanyakan yang meninggalkan parti adalah dari PKR dan ada juga dari Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan dari Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat). Kami yang keluar dari parti hari ini akan menyertai parti dalam BN.

“Tiada yang kami dapat selama beberapa penggal menyokong pembangkang…apa yang mereka janjikan sebenarnya tidak ada apa-apa…jadi kita membuat keputusan untuk bersatu padu menyokong BN kerana kami mendapati hanya BN yang mampu mengubah nasib anak bangsa kita,” katanya.

Beliau berkata demikin kepada pemberita dalam satu majlis santai bersama rakyat di PDM Rosok yang dihadiri oleh timbalan ketua bahagian Umno Kota Belud, Datuk Musbah Jamli yang juga pembantu menteri pertanian dan industri makanan Sabah, dekat sini hari ini.

Santaim berkata kebanyakan yang meninggalkan parti pembangkang itu akan menyertai Umno dan ada juga yang menyertai parti komponen BN yang lain.

Sementara itu, Musbah yang juga penyandang kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tampasuk berkata tindakan kira-kira 400 orang di PDM itu meninggalkan parti masing-masing menunjukkan mereka telah sedar bahawa hanya BN yang mampu membela serta berjuang untuk rakyat dan demi masa depan negara.

“Hari kita adakan program santai di PDM Rosok dan pada masa yang sama ramai d ikalangan anggota parti pembangkang telah menyatakan sokongan padu kepada BN dan meninggalkan parti masing-masing.

“Kita berharap akan lebih ramai lagi yang akan bersama-sama mereka untuk menyokong BN. Walaupun calon yang bertanding dalam pilihan raya ini belum di umumkan namun mereka telah menyatakan sokongan untuk sama-sam berjuang dalam BN. Ini menunjukkan mereka di sini telah memberi kepercayaan kepada BN untuk terus membangunkan negara,” katanya. — Bernama


Secara simboliknya dan penuh keazaman, bendera PKR yang berkibar pada waktu itu telah diturunkan dan diganti dengan bendera BN diselangi dengan laungan hidup Barisan. 😊