Laporan Polis Untuk Besi Buruk Catat Nama dan Pendaftaran Palsu

Laporan Polis telah dibuat oleh salah seorang pemilik nama dan nombor pendaftaran kenderaan yang dicatatkan oleh besi buruk Warisan bersama gambar kediaman Tan Sri Musa Aman yang diambil menggunakan dron.

Namun salah seorang pemilik nama dan nombor kenderaan yang dicatatkan menafikannya. Ini keran pada ketika itu dia dan keretanya tidak berada disitu. Justeru itu dia membuat laporan Polis agar individu dan pihak yang bertanggungjawab dapat dipertanggungjawabkan. Paling tidak agar individu berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka dan kalau tidak akan berhadapan dengan saman.

Buruk betul perangai besi buruk ni. Bukan hanya gambar kediaman yang diambil secara curi dan diviralkan tetapi juga membuat catatan palsu iaitu senarai nama dan nombor pendaftaran kenderaan yang diletakkan di tepi jalan menuju ke rumah mantan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

Klik link dibawah untuk tahu berita yang berkaitan sebelum ini.

Warisan Terbangkan Dron Untuk Intip Rumah Musa

Benar benar besi buruk dan menyusahkan. Hahaha!

Dia ingat politik ni boleh dibawa main sedangkan melalui politiklah masa depan satu satu negeri bangsa ditentukan atau dicorakkan.

Tapi kalau beginilah keadaannya macam mana mau memajukan Sabah. Jentera parti saja kebanyakannya tolol, bernafsu besar, kuat minta puji dan yang paling penting kurang didikan sivik.

Kawan admin cakap itu contoh spesis yang tumbuh dari sumber yang jelas. Katanya lagi kalau perangai seperti itu dia lebih menghormati penagih daripada individu tolol tetapi memandai-mandai bercakap soal politik yang sudah tentu dari rangkaian penyangak.

Tiada Kejayaan Dicapai Oleh Kerajaan Warisan Wahai Assafal

Sedap mulut pemimpin Warisan Adun Tungku, Assafal Alian. Tiada kononnya istilah jual maruah dalam Parti Warisan, mereka mengutamakan integeriti dan beberapa lagi kenyataan positif tapi sebenarnya retorik.

Dan jangan mendengar sebarang kenyataan daripada luar berhubung prestasi kerajaan Warisan.

Maksudnya tu Sabah dibawah Warisan telah maju ke hadapan, banyak pembangunan yang telah dilaksanakan jadi pada sesiapa yang ingin mengetahui pencapaian itu sila berhubung dengan kerajaan negeri.

Mak ai cakap tu agak-agaklah jangan beranggapan orang Sabah itu terlalu bodoh buta mata dan hati. Seolah-olah rakyat Sabah akan mati tanpa Parti Warisan atau yang menyediakan segala prasarana yang ada pada hari ini adalah Parti Warisan walaupun pada ketika itu Parti Warisan belum wujud.

Satu batang tiang pun belum ada yang berjaya dipacak oleh kerajaan Warisan ada hati bercakap seumpama itu.

Pembangunan apa yang telah dijalankan dan dicapai oleh kerajaan negeri? yang rakyat tahu sudah masuk 3 tahun tetapi yang hanya mampu dilakukan oleh Menteri Menteri Sabah ialah merasmikan prasarana yang telah siap dan mengkritik projek kerajaan terdahulu yang sedang berjalan. Selain hanya mengambil kredit melalui lawatan yang dibuat keatas perusahaan yang telah dijalankan oleh rakyat Sabah sejak sekian lama.

Kalau yang dimaksudkan oleh pemimpin ini ialah berjaya menangani Covid 19 dan kononnya beberapa inisiatif yang dijalankan dan sehingga hari ini masih berjalan. Sekali lagi tolong tunjukkan buktinya dan langkah inisiatif yang dimaksudkan. Selain apa yang telah ditentukan oleh Federal didalam usaha mengekang merebaknya Covid 19.

Hatta bantuan makanan dan one-off semasa tempoh PKP berkuatkuasa pun tidak kesampaian. Buktinya selepas tempoh berakhir banyak kenyataan atau alasan daripada pemimpin dan pembantu yang cuba menjelaskan kenapa bantuan yang dijanjikan tidak berjalan lancar.

Berbalik pada prinsip yang dipegang oleh pemimpin Warisan di atas. Prinsip apanya tanpa taktik kotor Presiden Warisan terhadap wakil rakyat BN tidak kerajaan negeri terbentuk. Jadi prinsip apanya?

Bagaimana pula dengan usaha yang sedang dijalankan iaitu mengubah perlembagaan parti Warisan agar pemimpin daripada Semenanjung boleh menyertai Warisan. Walhal menghentam pemimpin daripada Semenanjung dan parti mereka adalah kerja hakiki Warisan di negeri Sabah. Prinsip apanya? Parti Katak

Warisan Terbangkan Dron Intip Rumah Musa Aman

Tidak pernah dibuat oleh manusia yang bertamadun apa lagi hari ini semua orang berada di tahun 2020. Maksudnya semua orang bertamadun kecuali puak itu.

Bayangkan sanggup menggunakan dron bagi mengintip kekuatan politik lawan mereka. Macam pula mahu berperang secara fizikal.

Benar benar tidak bertamadun sedangkan apa yang berlaku adalah soal politik yang menuntut penggunaan otak dan akal yang sihat. Bukan alat yang boleh memudaratkan kehidupan orang lain.

Semalam viral beberapa kerja bodoh Cybertroper Parti Warisan antaranya memuat naik gambar kediaman Tan Sri Musa Aman yang diambil menggunakan dron daripada atas rumah. Kebodohan seperti ini bukan kali yang pertama, ini adalah kali yang kedua sebelum ini ke atas kediaman seorang calon BN dari Semporna, waktu itu Sabah berada diambang pilihan raya yang ke-14.

Ketakutan yang melampau dikalangan macai Warisan. Takut andai Warisan tidak lagi menjadi kerajaan maka hanya makan untuk hidup pun susah. Sedihnya puak ni sedangkan kroni tertinggi sedang mengumpul harta sepuasnya.

Hal ini harus dikritik habis-habisan dan pelaku atau pemilik dron mesti dikenakan hukuman yang berat kerana perbuatan mereka mampu mendatangkan mudarat kepada orang lain. Dalam hal ini keselamatan keluarga Tan Sri Musa Aman telah pun terancam, ini jelas.

Jika tidak dan ada perkara yang tidak diingini berlaku, maka siapa yang harus dipertanggungjawabkan. Sedangkan semua orang sudah tahu ia adalah perbuatan penyokong kerajaan negeri Warisan. Maksudnya cari sampai dapat pemilik dron berkenaan dan kenal pasti dalangnya.

Sekarang apa pun boleh terjadi kerana kedudukan atau pelan rumah yang sepatutnya menjadi rahsia telah diketahui oleh penjenayah melalui gambar yang tersebar.

Semua orang tahu minggu ini viral berita ura ura akan berlaku peralihan kerajaan negeri Warisan kepada kerajaan negeri Perikatan Nasional.

Dikhabarkan ada beberapa Wakil Rakyat daripada kerajaan Warisan yang telah bersetuju menandatangani surat akuan sumpah bagi menyingkirkan Shafie dari jawatan Ketua Menteri Sabah.

Berita itu menyebabkan ketakutan yang melampau di kalangan pemimpin dan penyokong serta besi buruk/macai Parti Warisan hingga sanggup menerbangkan dron ke kediaman Tan Sri Musa Aman yang bertujuan untuk mengintip siapa saja yang terlibat dalam proses awal peralihan kelmarin. Sebab itulah bersama gambar yang diviralkan dicatatkan juga nama dan alamat pemilik kereta yang diletakkan di bahu jalan menuju ke rumah Tan Sri Musa Aman.

Adun Yang Tinggalkan Warisan Adalah Pejuang dan Bermaruah

Sangat-sangat benar kenyataan bahawa mana-mana Wakil Rakyat atau Adun yang meninggalkan kerajaan Warisan adalah pejuang sebenar dan bermaruah kerana sanggup berkorban demi menyelamatkan rakyat Sabah dari kesulitan yang terus menghimpit.

Almaklumlah kerajaan Warisan yang ada pada hari ini penuh dengan skandal rasuah atau penyalahgunaan kuasa. Bayangkan baru lebih kurang 22 bulan menjadi kerajaan negeri sudah ada dua atau tiga wakil rakyat dan kakitangannya disiasat oleh SPRM. Tiga lagi sedang disiasat oleh LHDN.

Ibarat buah yang walaupun belum ranum tapi dipetik dan diperap sampai masak biar semua menjadi milik mereka. Akhirnya yang tinggal hanyalah buah yang susah untuk di petik dan buruk. Kerajaan negeri apa lah tu.

Justeru itulah dakwaan kononnya ada pihak yang menawarkan sejumlah wang kepada Wakil-Wakil Rakyat untuk meninggalkan kerajaan Warisan hanyalah cerita dongeng semata-mata yang bertujuan untuk merosakkan reputasi pemimpin dan parti pembangkang di negeri Sabah. Seperti mana dakwaan Dr Jeffrey Kitingan

Hakikatnya Wakil Rakyat yang terbabit memang berniat untuk meninggalkan kerajaan Warisan atas kesedaran dan kerelaan mereka. Mereka juga memahami maksud jihad yang sebenar. Bilamana berhadapan dengan birokrasi yang akan menyusahkan masyarakat ramai khususnya golongan marhaen.

Dalam pada itu masyarakat boleh bermain spekulasi. Siapa tahu individu-individu yang mendatangi Wakil Rakyat untuk mengajak keluar dari kerajaan Warisan adalah jentera Warisan yang menyamar supaya pembangkang di negeri Sabah tidak lagi diyakini oleh pengundi. Betul tidak, masyarakat juga ada hak berspekulasi. Bos ini dunia politik bukannya berniaga kedai runcit.

Selain skandal yang kita sedia maklum seperti RISDA, Kementerian Infrastruktur Sabah dan Kementerian Pelancongan semasa dalam kerajaan PH. Ada lagi beberapa isu salah guna kuasa dan birokrasi tolol yang berlaku dalam kerajaan negeri Sabah.

Menurut sumber yang admin rujuk sepanjang dua tahun Shafie mengemudi Sabah tiada satu pun pembangunan baharu yang berjaya dibawa masuk ke Sabah. Sebaliknya pengangguran semakin meningkat, kadar KDNK menjunam, rakyat semakin susah, kualiti infrastruktur seperti jalan, jambatan elektrik dan air merosot.

Lantikan dikalangan kroni yang berasal dari Semporna ke jawatan tertentu terus berlaku walaupun ada diantara mereka yang tidak berkelayakan. Hal ini menyebabkan berlaku birokrasi tolol yang akhirnya merugikan rakyat Sabah.

Wakil Rakyat Konon Ditawarkan Lompat Parti Buat Laporan Polis

Ahli Dewan Undangan Negeri Kapayan Jannie Lasimbang dan Calvin Chong ADUN Elopura. Mendakwa mereka didatangi oleh agen politik yang memberikan tawaran agar melompat parti.

Kerana itu mereka membuat laporan Polis. Laporan polis itu hak mereka tetapi tidak sebenarnya wajar kerna ia berlaku dalam arena politik yang serba mungkin dan mengaitkan nama seseorang sebagai dalang tanpa bukti lalu dinyatakan secara terbuka adalah tindakan yang salah.

Terlampau lah bebalnya berpolitik. Politik memang begitu sentiasa ada tawar-menawar di antara kedua belah pihak ia berlaku tidak hanya semasa pilihan raya tetapi juga selepas pilihan raya seperti yang dilakukan oleh Warisan hingga berjaya membentuk kerajaan negeri.

Kalau nak berlagak sebagai ahli politik yang budiman pun agak-agaklah. Adakah kerajaan negeri Warisan yang ada pada hari ini dibentuk melalui kemenangan di pilihanraya atau demokrasi?

Berapa kerusi yang didapat oleh Warisan pada pilihanraya yang lepas justeru kenapa boleh membentuk kerajaan kalau tidak ada simple majoriti?

Bukankah itu menunjukkan ada unsur tawar-menawar diantara pihak Warisan dan wakil rakyat daripada BN pada waktu itu. Siapa tahu kan!

Mengata mereka kononnya bukan Katak yang boleh dijual beli. Hakikatnya Parti Warisan sekarang adalah Parti Katak kerana sanggup mengubah perlembagaan Parti supaya mantan Pengerusi PPBM (Bersatu) boleh menyertai Warisan. Hari ini mereka duduk dalam kerajaan negeri yang diketuai oleh Parti Katak.

Kamu sudah lupa kah awal Bersatu bertapak di Sabah. Siapa yang menentangnya bukan Warisan kah sebab kononnya Bersatu berasal daripada Semenanjung seperti mana UMNO. Tahu tahu hari ini mantan Pengerusi Bersatu pula yang dipelawa menyertai Warisan. Sedangkan selama ini ramai penyokong Warisan yang percaya pada agenda Sabah For Sabahan.

Percaya kamu pemimpin yang tidak amanah dari konteks kerahsiaan seperti ini tidak boleh dipercayai. Mereka termasuk dalam kategori orang yang suka menunjuk-nunjuk dan orang yang suka menunjuk-nunjuk atau suka minta puji tidak boleh diberikan kepercayaan, sikit sikit bolehlah jangan sampai melibatkan hitam putih satu satu perancangan.

JKKP Baik Untuk Komuniti Kampung Madius Yang Salah

Ahli Parlimen Tuaran Wilfred Madius Tangau mendakwa kononnya sebarang usaha menubuhkan sebuah lagi Institusi yang menyerupai Majlis Pengurusan Komuniti Kampung MPPK di peringkat akar umbi ataupun kampung sebagai tidak mesra perpaduan dan hanya menghuru-harakan keharmonian yang sedia ada.

Telengong betul dakwaan tu, dakwaan yang sangat salah dan berniat jahat.

Kenapa admin katakan berniat jahat sebab pemimpin seperti ini tidak ingin melihat masyarakat kampung maju dan bersaing secara sihat sedangkan itu untuk kebaikan diri mereka juga.

Sebaliknya mereka suka kalau masyarakat kampung terus berada di takuk lama supaya senang mereka perbodohkan sampai bila-bila.

Pertanyaannya adakah selama ini tidak ada orang kampung yang berbeza fahaman politik? Iaitu satu kumpulan menyokong Parti Bersatu satu kumpulan lagi menyokong Parti Warisan? mustahil dan pasti ada kan. Apa berlaku pada kampung itu macam bandar Hiroshima selepas dijatuhkan bom atom kah?

Jadi kenapa pula bila usaha menambahbaik Kampung daripada dalam akan menghuru-harakan perpaduan. Apa perbezaan berparti dan berorganisasi?

Kita sudah berada di tahun 2020 mana ada lagi persoalan seperti yang ditimbulkan oleh Madius Tangau berkenaan. Hari ini keadaan ditentukan oleh empunya diri iaitu mereka yang terlibat.

Antara tujuan berpolitik ialah untuk mencapai matlamat yang sama. Jadi tidak salah ada banyak organisasi dalam satu tempat biar ada persaingan yang sihat.

Jadi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan JKKP yang akan diperkenalkan oleh kerajaan Persekutuan adalah perkara yang sangat positif akan dapat memajukan kampung kerana MPPK yang ada sekarang tidak berfungsi atau tidak bermanfaat kepada masyarakat. Kenapa bermanfaat kalau hidup mereka sebagai penyangak di luar daerah dan ada pula bersosial dengan syabu tapi dilantik menjadi Ketua Kampung atau MPPK.

Warisan Berevolusi Menjadi Parti Katak

Kamu tengok slogan dibelakang tu….. Mesti Ubah. Ubah jadi apa?

Ahli Parlimen Warisan, Liew Vui Keong menyatakan Warisan akan menggubal Perlembagaan parti supaya Tun Dr Mahathir boleh bersama mereka atau menjadi ahli parti Warisan.

Maksudnya Tun akan berpartisipasi dalam slogan Sabah for Sabahan dan Sabah Ubah? Lucu.

Kenapa sejak kebelakangan ini suka betul pemimpin Warisan bermimpi di siang hari dan malah suka dipersenda. Baru-baru ini PM Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan Shafie yang beliau pernah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri. Sebelum itu Presiden Warisan,Shafie dipersenda bilamana namanya diangkat oleh Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri. Persendaan itu telah membuat pemimpin dan penyokong Warisan hilang akal hingga lupa agenda Borneonisasi mereka. He!

Sebuah parti yang dipandu menggunakan sentimen kekitaan dan doktrin itu ditiup dalam slogan Sabah for Sabahan dan Sabah Ubah pada pengikut yang sebenarnya mereka sendiri tidak faham apa itu Borneonisasi. Ironinya hari ini Warisan dibuka kepada orang luar supaya jenis pemimpin Malaya yang mereka keji selama ini boleh duduk bersama mereka. Jelas hasrat itu bertentangan dengan konsep Borneonisasi. Jadi faham kah kamu wahai jentera/penyokong Warisan, Borneonisasi adalah hal yang bertentangan dengan politik Tun Mahathir, itulah maksud sebenar Borneonisasi. Hahaha!

Inilah apa yang dipanggil wadah dijual gadai demi mencapai matlamat. Ternyata slogan dan agenda parti Warisan hanyalah catatan biasa yang tidak mampu dihayati. Rasanya pada pemahaman mereka itu hanyalah slogan-slogan yang tidak akan mampu mendidik mereka.

Dalam pada itu pun kita masih mendengar penyataan retorik dari pemimpin dan jentera/penyokong Parti Warisan yang terus memainkan sentimen kenegerian bangsa terhadap pemimpin dan penyokong parti daripada Malaya. Tidak kiralah apa itu terhadap parti UMNO PKR atau saja Parti Amanah. Pokoknya ia akan terus didendangkan selagi perlembagaan parti belum digubal. Hahaha! Rosak.

Warisan semakin lemah dan rosak kerana Perlembagaan parti yang sepatutnya menjadi benteng kekuatan satu satu wadah boleh dibuka tutup macam Cinema.

Sesuatu yang wow bukan kerana ia hebat tapi wow yang menjengkelkan. Ia tidak ada beza dengan istilah yang selalu digunakan oleh pemain politik bila berhadapan dengan sesuatu yang berada di luar kebiasaan, mereka akan berkata itu semua hanyalah alasan untuk menghalalkan cara. Nah inilah yang dilakukan oleh Warisan membuat sesuatu demi menghalalkan langkah yang lari dari matlamat asal mereka.

Inilah masalahnya bila majoriti jentera satu-satu parti itu membelakangkan akal mereka. Admin kalau berhujah dengan jentera Warisan, mula-mula sekali admin akan labelkan mereka sebagai bukan orang atau masyarakat tetapi robot khas yang ditugaskan untuk menafikan apa saja penyataan yang tidak sealiran dengan Warisan.

Kalaupun hasrat menggubal perlembagaan parti tidak menjadi kenyataan ataupun Tun menolak tawaran Warisan. Maka apa pun alasannya niat pemimpin Warisan yang menyimpang sudah ada dan telah pun dizahirkan kepada umum. Hasrat sebesar ini tidak ada bezanya dengan tindakan beberapa wakil rakyat daripada BN yang bersekongkol membentuk kerajaan negeri bersama Warisan selepas pilihan raya umum yang lepas.

Warisan dengan sendirinya berevolusi menjadi godkatak gara gara salah pai dan kian terdesak. Jadi padan muka jentera Warisan yang sikit sikit kalau mengomen di medsos sering menggunakan emoji 🐸. Sekarang siapa yang katak?

Ini apa ⛵ 🐸?

Warisan Ajak Parti Tempatan Sabah Bergabung. Hahaha!

Apa lagi yang dirapuhkan oleh Timbalan Ketua Wirawati Warisan tu. Semacam tidak habis habis melacurkan bangsa kaum dan negeri melalui perjanjian 1963.

Warisan ini tidak sudah-sudah bermain politik. Sedangkan tanggungjawab mereka sebagai kerajaan negeri tidak ada apa yang boleh dibanggakan. Baik dari konteks dasar mahupun mercu tanda yang boleh mengabadikan nama Warisan.

Yang mereka tahu hanyalah merasmikan apa yang telah diusahakan dan siap sepenuhnya. Yang sedang dalam pembinaan mereka cari kekurangannya untuk dipolitikkan. Hahaha!

Mereka tahu Parti Bersatu Sabah PBS Solidariti Tanah Airku STAR dan Parti Bersatu Rakyat Sabah PBRS telah mengambil pendirian untuk bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan melalui Perikatan Nasional demi kemajuan rakyat Sabah.

Tapi boleh lagi membuat kenyataan yang jelas berniat politik jahat dengan mengajak tiga parti tempatan itu untuk berkerjasama atau bergabung dengan Warisan. Hahaha!

Mereka lupa kejian hinaan yang mereka lemparkan pada tiga parti berkenaan iaitu semenjak terbentuknya kerajaan Perikatan Nasional. Beberapa kenyataan yang bertentangan dengan agenda nasional diviralkan oleh besi buruk Warisan bertujuan untuk merosakkan reputasi pembangkang di negeri Sabah khususnya parti parti tempatan berkenaan.

Rakyat Sabah terkedu beruk sebab pada mulanya Warisan menolak agenda berkerjasama dengan parti-parti daripada Semenanjung tetapi bila kerajaan atau UMNO berjaya ditumbangkan. Beberapa wakil daripada Parti Warisan telah dilantik menjadi Menteri peringkat Persekutuan. Kerana Warisan menyedari mereka telah melanggar “sumpah” dalam propaganda mereka, mereka pun munculkan istilah PH Plus untuk menutup pembohongan.

Parti Warisan mendapat tempat kerana sentimen kenegerian dan bangsa yang mereka mainkan. Selain menjadikan parti UMNO sebagai bahan kotor untuk ditumbangkan. Ini saja kekuatan mereka sehingga hari ini.

PPBM Sabah mereka tidak boleh makan sebab parti ini terlalu kuat untuk diperangi selaku pembangkang diperingkat negeri. Banyaklah Kekuatan yang admin maksudkan tapi tidak perlulah admin sebutkan.

Antara faktor besar kenapa mereka mengajak Parti parti tempatan Sabah berkerjasama adalah kerana hari ini Parti Warisan berhadapan dengan senario, semua parti parti yang ada di Sabah merupakan musuh mereka. Sebab itulah sejak kebelakangan ini sentimen kenegerian, perkauman dan sudah tentu perjanjian Malaysia mereka lacurkan semula tanpa segan dan malu. Bagi menarik balik perhatian rakyat Sabah yang mulai secara beransur-ansur meninggalkan Parti Warisan.

Malangnya tidaklah rakyat Sabah ini terlalu bodoh untuk diperbodohkan buat kali yang kedua oleh parti yang sama hingga berjaya membentuk kerajaan negeri walaupun pada ketika itu baru berumur setahun jagung. Jangankan orang tempatan yang ada ilmu dan kedudukan hatta pemegang dokumen IMM13 pun sudah jengkel total pada Warisan kerana menjadikan mereka modal politik atau kambing hitam. Hahaha.

Debat Panas Sepanggar dan Beaufort Serta Kimanis Isu PATI

Baru pula admin perasaan ada rupanya perdebatan hangat di sidang Parlimen kali ini diantara Anggota Parlimen Sepanggar dan Anggota Parlimen Beaufort serta Kimanis.

Anggota Parlimen Sepanggar yang tiba-tiba berkeras kononnya pemberian dokumen Pas Sementara Sabah PSS sama dengan dokumen tunggal DT yang akan diperkenalkan oleh kerajaan Perikatan Nasional. Bagi menangani lambakan pendatang asing tanpa izin di negeri Sabah.

Ada angka yang disebut oleh Sepanggar. Angka itu adalah jumlah keseluruhan pemegang dokumen IMM13 Burung Burung dan Banci yang akan diproses menjadi PSS. Entah betul entah tidak, sebab ia berbeza dengan angka yang dinyatakan oleh Ketua Menteri Sabah semasa berhujah pada isu dan sesi yang sama. Ikut kita pening.

Point yang ditegaskan oleh Sepanggar ialah PSS dan DT adalah sama. Point ini yang didesak oleh Sepanggar supaya diakui oleh Anggota Parlimen daripada Beaufort.

Macam mana juga orang mahu akun wahai Sepanggar. PSS ada dua kelemahan yang ketara sebab itulah ditolak oleh masyarakat Sabah.

1. PSS akan diberikan kepada pemegang IMM13, Banci dan Burung Burung serta mereka yang langsung tidak ada keterangan diri. 2. PSS juga ditolak oleh pemegang IMM13 kerana pemegang dokumen ini nanti tidak boleh memohon kewarganegaraan Malaysia. Sedangkan si Aziz ketika menjawat soalan speaker di sidang Parlimen yang lalu menyatakan dengan jelas bahawa PSS dan memohon kewarganegaraan adalah hal yang berbeza iaitu pemegang PSS boleh memohon kewarganegaraan. Tapi dalam sidang ini si Aziz cakap tidak boleh memohon kewarganegaraan. Sekali lagi ikut kita pening. Hahaha!

Sedangkan DT dilaksanakan dengan begitu ketat dan teliti. Tidak akan diberikan kepada PATI yang langsung tidak ada keterangan diri. Sebaliknya akan dihantar balik ke negara asal mereka.

Persoalannya Aziz kalau benar PSS adalah jalan penyelesaian yang terbaik, kenapa lagi ditarik balik sepatutnya kamu teruskan. Soal masyarakat Sabah suka atau tidak itu belakang cerita. Seperti apa yang akan dilakukan oleh kerajaan PN walaupun kerajaan negeri Sabah tidak setuju pada program dokumen tunggal DT tapi tetap juga diteruskan.

Marah betul Warisan ni pada pemohon keterangan diri ni ya sedangkan di pantai timur Sabah sana kalau bukan kerabat dari golongan ini tidak tu Warisan popular.

Kacang lupakan kulit oh ini parti Warisan.

Secara Rasminya Warisan dan DAP Satu Kepala

Awal benar Parti Warisan dan DAP Sabah membuat persediaan bagi menghadapi pilihanraya yang mengejut.

Dilaporkan oleh media Warisan bahawa telah diadakan satu perjumpaan khas sempena persidangan Parlimen yang diadakan di Rumah Sabah, Kuala Lumpur. Ia dihadiri oleh dua pemimpin utama Warisan i Shafie Apdal sendiri dan DAP Lim Guan Eng serta Setiusaha DAP Sabah, Chang Foong Hin.

Tapi tidak pasti pula kenapa dalam keadaan PN yang semakin stabil boleh berlaku pilihanraya mengejut. Kah persiapan itu hanyalah bertujuan untuk mengacah, biar orang gerun dan percaya bahawa Warisan dan DAP di Sabah masih ada kekuatan untuk dihadapi. He!

Jangan juga mereka terlalu percaya pada dakwaan Presiden Warisan sebelum ini kononnya Perikatan Nasional PN tidak mendapat majoriti mudah ketika undian menggantikan Speaker Dewan Rakyat. Hakikatnya PN mendapat 112 iaitu majoriti mudah kerana seorang yang tidak hadir adalah anggota Parlimen daripada PBS.

Kerana perjumpaan yang begitu bersejarah boleh lah selepas ini masyarakat Sabah beranggapan bahawa kini Warisan dan DAP ada kerjasama rasmi atau satu kepala.

Chang Foong Hin mengulas perjumpaan itu bagi menzahirkan rasa terima kasih kepada Warisan kerana terus komitmen sebagai rakan rapat dalam Pakatan Harapan. Perjumpaan itu juga bagi membincangkan, bagaimana menghadapi pilihanraya mengejut.

Iyalah tu, mestilah berkomitmen maklum kamu tu sudah salah pai. He!

DAP ni licik mesti ada yang dimahunya dari kerjasama seperti ini. Tidak lain tidak bukan iaitu pengundi bumiputera yang kini ramai bermastautin di pusat pusat bandar.

Hakikatnya hari ini DAP berhadapan dengan sentimen penolakan rakyat. Kenapa tidak hampir tiga tahun menjadi kerajaan persekutuan tapi tidak ada satupun kebaikan yang dikecapi oleh pengundi DAP di negeri Sabah yang terdiri daripada pelbagai kaum. Ambil contoh Parlimen Sandakan kebaikan apa yang telah diterima oleh pengundi berbangsa Bajau Suluk Bugis dan lain lain di Parlimen berkenaan. Cuba sebutkan satu, itupun kalau ada. Tidak adanya bayangkan Menteri Belia dan Sukan Sabah dari DAP yang dilantik oleh kerajaan Warisan sikit pun tidak menguntungkan belia beliawanis Bumiputera Sabah.

Lalu dari konteks kerjasama itu, bagaimana pula dengan kesinambungan Sabah for Sabahan dan Sabah Ubah yang menjadi asas retorik parti Warisan, masih kah ia logik memandangkan konsep perjuangan DAP adalah liberal iaitu Malaysian Malaysia? Dua doktrin yang bertentangan ibarat magnet satu kutub utara satu lagi selatan.

Anggap saja satu muslihat terbesar andai DAP menyokong apa pun jenis politik Borneonisasi.

Dibohongi kali pertama itu biasa. Kali kedua itu bodoh namanya.