5 Adun Warisan Keluar Parti Terbaru Adun Karamunting

Seorang lagi wakil rakyat Warisan yang mewakili Adun Karamunting bertindak meninggalkan parti Warisan.

Kalau saya tidak silap dalam tahun ini saja sudah 5 Adun Warisan meninggalkan parti mereka.

Empat yang keluar WARISAN bulan lalu ialah Norazlinah Arif (Kunak), Mohamad Mohamarin (Banggi), Chong Chen Bin (Tanjung Kapor) dan Datuk Awang Ahmad Sah Sahari (Petagas).

Pada hemat saya adalah benar alasan kenapa mereka meninggalkan parti Warisan yang berkaitan dengan kestabilan politik dan kemajuan negeri Sabah yang rosak dan terbantut angkara kerakusan pemimpin pemimpin yang tidak bertanggungjawab seperti Bung Mokhtar daripada UMNO dan Shafie Apdal daripada Warisan.

Baru baru ini Bung dan Shafie cuba merampas kerajaan negeri Sabah dari GRS yang dikenali sebagai langkah Kinabalu namun berjaya digagalkan bila mana beberapa Adun UMNO tidak menyokong Bung Mokhtar. Ironinya langkah Kinabalu itu juga telah memudarkan kepercayaan wakil wakil rakyat Warisan terhadap Shafie selaku Presiden parti Warisan.

Tapi ada yang lebih penting dari semua alasan mereka yang agak sulit untuk dinyatakan, iaitu berhubung struktur rakyat Sabah yang kalau dibiarkan akan rosak dan mencemarkan masa depan anak bangsa negeri ini.

Kita tahu UMNO telah berdekad menjajah Sabah namun kemiskinan di negeri ini masih menjadi persoalan besar sedangkan Sabah adalah sebuah negeri atau wilayah yang cukup kaya jika dibandingkan dengan negeri negeri lain kecuali Sarawak. Jadinya menguburkan politik UMNO di Sabah adalah jalan terbaik walaupun ia berbau politik tapi pada hakikatnya ia sangat sangat disukai dan menguntungkan rakyat Sabah. Pokoknya asalkan UMNO tidak lagi wujud di Sabah, itu sudah melegakan rakyat Sabah, paling tidak, tidak sudah macam Kerbau yang dicucuk hidung.

Dari konteks Warisan pula jelas kebanyakan totok Warisan sebenarnya tidak pun mementingkan hak hak Sabah seperti yang di canang iaitu perjanjian Malaysia 1963. Sebaliknya mereka ada agenda tersendiri yang bertentangan perlembagaan negeri dan mereka ingat ia boleh dilaksanakan atau dicapai jika Warisan yang memerintah Sabah, murah betul imaginasi mereka. Seolah olah nanti negeri ini tidak ada undang undang dan beranggapan Polis tidak ada hak walaupun mereka melakukan kesalahan.

Pencabulan hak yang berleluasa akan terjadi dan itu membuat sudahlah rakyat Sabah ini “miskin” harta benda ditambah lagi dengan kemiskinan sebagai bumiputera Sabah.


SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, George Hiew Vun Zin hari ini telah mengumumkan keluar dari Parti Warisan (WARISAN) dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

Menurut kenyataan beliau, rakyat sudah tidak mahu melihat keadaan politik yang tidak stabil yang telah mengakibatkan terbantutnya perkembangan dan kemajuan di Sabah, termasuk kawasan Karamunting. 

“Rakyat sudah penat dengan kemelut politik di Sabah. Hanya dengan kestabilan politik yang utuh kita boleh membawa pembangunan dan perubahan, khususnya di Karamunting yang mendahagakan pelbagai pembaharuan dan pembangunan. 

“Demi pembangunan dan kesejahteraan rakyat di kawasan Karamunting, saya membuat keputusan untuk menyokong kepimpinan kerajaan perpaduan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga kerajaan negeri di bawah kepimpinan Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor,” katanya semalam. 

Permohonan Maaf UMNO Sekaligus Berdamai Dengan GRS Diterima Dengan Syarat

Prinsip politik Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor jelas untuk kebaikan rakyat dan negeri Sabah. Bahawa tidak ada dendam dalam politik yang ada hanyalah kepentingan untuk rakyat dan negeri Sabah yang menjadi keutamaan kerajaan GRS.

Ertinya permohonan maaf UMNO selepas gagal merampas jawatan Ketua Menteri Sabah dari GRS, diterima dengan syarat yang ditentukan oleh GRS.

Boleh lagi dimaafkan para politik songkok tinggi tapi munafik tu ya. Terpujilah kepimpinan GRS Sabah sanggup memaafkan orang yang telah menikam secara terbuka.

“Dalam politik ini janganlah dendam-dendam, yang penting untuk kepentingan rakyat dan juga Sabah.

“Itulah tujuannya pemimpin-pemimpin ini supaya fokus kepada penyatuan rakyat, perpaduan dan juga pembangunan negeri supaya aktiviti ekonomi bertambah rancak dan rakyat akan mendapat manfaat,” katanya kepada media selepas merasmikan Seminar Membangun Malaysia Madani semalam di Kota Kinabalu.

“Kita tiada masalah, yang penting ia baik untuk rakyat serta negeri Sabah. Saya terbuka dalam hal seumpama ini kerana niat saya untuk sejahterakan rakyat dan satupadukan rakyat.

Memang begitu pemimpin yang mengamalkan politik matang. Lebih banyak bekerja dari bercakap tidak seperti Bung Mokhtar dan Shafie Apdal pandai bercakap dan berdrama tapi hakikatnya cakap tidak serupa bikin.

Semalam Zambry dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia datang menghadap pimpinan negeri di kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah. Bagi menyatakan permohonan maaf sekaligus menyatakan sokongan UMNO dan mendukung pentadbiran kerajaan negeri Sabah atas alasan bodoh kononnya kerajaan perpaduan dipraktikkan di peringkat Persekutuan.

Pai Ulung lagi parti Warisan, ini kerana mereka dan UMNO yang cuba merampas jawatan Ketua Menteri Sabah dari GRS, tapi begitu cepat UMNO menceraikan Warisan. Tidak dinafikan dua parti ini sudah pun terbukti tamak dan tidak amanah tapi membiarkan Warisan keseorangan membuktikan lagi keburukan atau kejahatan UMNO. Hahaha!

UMNO adalah sebuah parti usang yang loser tapi lagi loser parti Warisan walaupun baru berumur setahun jagung.

Nasib baik para pembohong dan kaki makan hak orang tidak menjadi kerajaan negeri, kalau tidak hanya Ninja yang lalu lalang di atas jalan raya.

Berurusan dengan golongan munafik dan tidak ada lagi perasaan malu memang sulit tapi itulah asalkan pula penjahat dan kuncu kuncu mereka tidak lagi memandai dalam politik Sabah. Orang kata lain kali, kalau busuk hati jangan berpolitik nanti hanya menyebabkan penyokong Warisan dan UMNO ikut busuk hati, begitu juga jika bodoh, jangan ikut berpolitik nanti pengikut dibawah hanya menggigit jari, walaupun segala kebodohan mereka yang tanggung.

Yang dimaksudkan dengan politik ialah bagaimana undi yang telah diberikan oleh rakyat bermanfaat kepada mereka sekaligus bermanfaat kepada negeri. Ini yang menjadi prinsip perjuangan parti Gagasan Rakyat Sabah (GR) yang menjadi gabungan GRS.

Kamu nampak tak keberadaan UMNO di Sabah, sampaikan tahap menyelamatkan diri pun UMNO Malaya yang tolong aturkan. Ibaratnya pemimpin-pemimpin UMNO Sabah sama dengan burung Tiong dimana hala tuju politik mereka benar benar berpandukan apa yang telah di hafal berdasarkan skrip yang ditentukan oleh UMNO Malaya.

Tidak pernah saya tengok manusia manusia politik yang begitu memalukan selain UMNO.

Dalam gambar yang sedang mencari jalan damai. Kelihatan seorang pemimpin PKR diapit oleh dua pemimpin UMNO. Kalau kehadirannya benar benar mewakili Anwar Ibrahim maka bodoh sangatlah politik Anwar Ibrahim. Hahaha!