Sumpah Laknat Najib Hanyalah Membuktikan Bodohnya

Semalam Najib bersumpah bagi membuktikan dirinya tidak bersalah menerima wang RM42 juta dari SRC.

Sedangkan Mahkamah telah membuktikan Najib telah membelanjakan wang SRC yang dimasukkan ke akaun peribadinya menyebabkan Najib menerima hukuman penjara 12 tahun dan denda 210 juta.

Hakikatnya dalam usaha Najib membersihkan namanya selaku pemimpin UMNO dia juga cuba menambah sokongan ke atas dirinya. Supaya kalau pun Najib ketika itu berada di penjara tapi masih ramai yang mengundi calon UMNO pada pilihan raya umum ke 15.

Namun Najib lupa satu perkara iaitu hikmah di sebalik sumpah laknatnya. Najib Razak telah berjaya membuktikan dirinya bodoh selaku Perdana Menteri waktu itu dan Najib telah memberikan bola tanggung pada pihak pendakwa untuk mengekalkan sabitan bersalah dan hukuman penjara yang telah dijatuhkan, silap haribulan hukuman bertambah.

Admin telah mendengar perkara-perkara yang dilafazkan dalam sumpah laknat Najib Razak.

Najib Razak melafazkan dia tidak pernah mengetahui secara khusus dana RM42 juta datang dari SRC yang telah dimasukkan ke akaun peribadinya.

Tetapi kenapa semasa soal jawab di Mahkamah Najib mengaku menerima RM42 juta dari SRC. Baca link ini, laporan berita Najib mengaku tahu RM42 juta dalam akaunnya dana SRC, mahkamah diberitahu

Kedua Najib melafazkan tidak pernah bersetuju mewujudkan syarikat SRC untuk kepentingan peribadinya.

Pelik benar butiran sumpah ini, mana ada manusia di muka bumi ini yang walaupun sedar dirinya ditipu tapi tetap memberikan kepercayaan pada Jho Low untuk menjalankan perniagaan 1MDB kecuali Najib Razak. He!

Ketiga Najib juga bersaksi tidak pernah mengarahkan mana mana kakitangan supaya menyeleweng dana SRC untuk diberikan padanya.

Tapi pada hakikatnya portal berita melaporkan Najib arah pengerusi KWAP supaya mempercepatkan pinjaman SRC. Baca link ini ‘Najib arah beri wang lebih awal sebelum surat jaminan dikeluarkan’

Di mana bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan yang juga bekas pengerusi KWAP Dr Wan Abdul Aziz berkata Najib mengarahkan demikian dalam satu panggilan telefon namun beliau lupa bila panggilan telefon itu dibuat. Bukan kah ini membuktikan secara tidak langsung Najib terlibat dalam pinjaman SRC menyebabkan dia mendapat imbuhan yang tidak diketahuinya.

Imbuhannya ialah wang RM42 juta dari SRC yang dimasukkan ke akaun peribadinya dan telah dibelanjakan sesuka hati. Pertanyaannya, Najib tidak tahu dari mana datangnya RM42 juta tapi dibelanjakan sesuka dan tidak boleh pertanggungjawaban?

Perkara keempat yang dilafazkan, Najib tidak pernah terlibat dalam mesyuarat kabinet untuk meluluskan jaminan kerajaan bagi pinjaman KWAP sebanyak RM4 bilion kepada syarikat SRC untuk mendapatkan habuan RM42 juta. Orang sudah tahu lama Najib oiii, kaulah Perdana Menteri, kau lah Menteri Kewangan dan kau jugalah Pengerusi 1MDB. Justeru apa perlunya mesyuarat kabinet kalau sekadar untuk menyokong pinjaman anak syarikat 1MDB iaitu SRC.

Hakikatnya agensi kerajaan yang terlibat memberikan pinjaman kepada SRC waktu itu hanya memerlukan sokongan daripada seorang Perdana Menteri seperti mana jawapan bekas pengerusi KWAP diatas.

Syarikat tidak wujud 1MDB dan anak syarikat nya SRC hanya menyebabkan rakyat negara ini kerugian dan menanggung hutang sehingga berbilion ringgit. Tapi hanya menguntungkan Jho Low dan kroninya. Sedangkan rakyat pro UMNO dan ahli UMNO yang menegakkan benang basah atau mempertahankan penyelewengan yang dilakukan oleh Najib Razak dan kluster Mahkamah yang lain, sekadar hidup susah mati pun susah.

Poinnya disini pendakwaan Najib Razak telah membelanjakan wang rakyat sebanyak RM42 juta tidak mampu disangkal oleh peguamnya dan Najib sendiri, setiap kali prosiding SRC berjalan di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan terbaru di Mahkamah Persekutuan.

Portal berita yang diterbitkan pada Januari 7, 2020 melaporkan Najib terkejut menerima RM42 juta tapi tidak memulangkannya. Baca link ini Terkejut RM42 juta masuk akaun, Najib akui tidak pulangkan

Beberapa bulan lalu seorang lelaki dicekup oleh pihak Polis setelah kantoi membelanjakan wang yang dimasukkan ke akaun peribadinya, sedangkan dia tidak tahu dari mana sumbernya.

Kesimpulannya sumpah laknat yang dilafazkan oleh Najib semalam hanya membuktikan Najib adalah Perdana Menteri yang bodoh, sehinggakan tidak tahu wang rakyat dicuri secara terbuka oleh orang luar.

Apa pun kita tunggu musibahnya. Ingat kerana sumpah laknat yang dilafazkan oleh Najib membabitkan orang biasa yang percaya dia telah menyeleweng dalam SRC dan akan ditimpa musibah. Maka sebaliknya akan berlaku pada pengikutnya jika akhirnya Najib gagal dalam rayuan akhirnya yang dijangka berakhir esok iaitu pada hari selasa.

Entah entah kenapa Najib berani bersumpah laknat sebab ada pelaku sebenar iaitu Rosmah, Rosmah yang mengarah tanpa pengetahuan darlingnya. Tapi bila mendapat wang mereka sekeluarga berbelanja sakan. Sekali lagi Najib nampak bodoh!

Memalu Melayu – Dr Mahathir

1. Tidak ada satu orang yang begitu berjaya menterbalikkan orang Melayu seperti Najib.

2. Dahulu orang Melayu memandang rendah kepada orang yang mencuri. Mereka amat malu jika ada ahli keluarga yang terlibat dengan jenayah, dengan mencuri dan sebagainya.

3. Tetapi sekarang orang Melayu tidak lagi berasa malu. Apa nak malu. Najib menanam pendapat bahawa apa nak malu jika ia mencuri. Dia boss. Boss boleh mencuri. Kalau boss tak malu kerana mencuri, orang Melayu pun tak perlu malu bila mencuri.

4. Dan sekarang ini ramai orang tak tahu malu. Ada yang sampai cium tangan. Kenapa cium tangan. Boleh dapat duit. Boleh dapat jawatan. Apa nak malu.

5. Kalau tangan berbau najis, tak apa. Ada duit dalam najis. Terbongkok-bongkoklah nak cium tangan. Apa nak malu. Kalau tangan bersalut tahi tetapi ada duit, okaylah. Tak payah malu.

6. Ramai sungguh yang tak malu. Terkenal sebagai perasuah, apa nak malu. Jadi pencuri tak apa, tak perlu malu.

7. Inilah kejayaan Najib yang terbesar. Orang Melayu tak perlu malu.

8. Terima duit yang dicuri, tak malu. Minta duit free, tak malu. Tak bayar hutang tak malu.

9. Pilih pencuri, perasuah, banduan sebagai Perdana Menteri, okay. Tak malu.

10. Dunia ketawa negara Malaysia kerana tak malu dengan kelakuan yang memalu, tak malu.

*DR MAHATHIR BIN MOHAMAD*
21 Ogos 2022

Hadi Dakwa Minoriti Bukan Islam Dan Bukan Bumiputera Jadi Perosak Politik, Ekonomi Negara

Ya ada benarnya ini berdasarkan pergolakan yang berlaku dalam UMNO dan Parti Warisan.

Dua golongan ini sengaja menyokong pihak yang bermasalah supaya kehadiran mereka dapat dimanfaatkan oleh pihak pihak yang terbabit dalam perebutan kuasa.

Justeru itu jangan pelik kenapa ekonomi dan beberapa sektor dalam pentadbiran kerajaan ini dikuasai oleh mereka.

Cukuplah setakat ini nanti melarat pula ke isu lain hingga menggambarkan seolah olah admin ini sempit dan perkauman. Walhal pada beberapa isu selama ini admin banyak membela mereka walaupun secara tidak langsung.

Kepada dua golongan ini supaya selepas ini lebih berhati-hati jangan ingat peluang di hadapan selama-lamanya menjadi peluang. Tetapi percayalah ia boleh berubah bila-bila masa dan akhirnya yang menjadi mangsa dan rugi bukan orang lain tapi kamu dan generasi kamu yang akan datang.


PETALING JAYA: Golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera dikatakan kumpulan majoriti menjadi perosak politik dan ekonomi negara, dakwa Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Beliau juga memberi perbandingan melawan rasuah dengan usaha mencegah “penyakit denggi”.

Katanya, mencegah denggi bukan sekadar merawat pesakit dan membunuh nyamuknya, tetapi juga bertindak terhadap takungan air yang membiakkan nyamuk dan manusia yang tidak menjaga kebersihan.

“Begitulah juga dengan usaha menangani penyakit rasuah, ia wajib dilakukan secara holistik supaya tidak menjadi wabak apabila diambil tindakan yang tidak menyeluruh sehingga ke akar umbinya. Khususnya, terhadap mereka yang menjadi punca rasuah kerana mengejar harta secara haram.

“Sehinggakan, dalam kalangan mereka itulah yang menguasai ekonomi negara lalu menggunakannya bagi merosakkan politik, urusan pentadbiran dan kehakiman. Malah, mereka juga golongan yang paling besar merosakkan politik dan ekonomi negara, majoritinya daripada kalangan bukan Islam dan bukan Bumiputera,” katanya dalam kenyataan.

Hadi berkata, banyak laporan dalam senarai panjang telah dihukum menerima rasuah, termasuk mereka yang masih dalam tuduhan yang belum dibuktikan, tetapi dihukum oleh media sebelum proses kehakiman diselesaikan.

Katanya, ada juga kalangan mereka yang nasibnya menjadi kambing hitam yang disembelih menjadi korban atau yang menjadi proksi kepada penyangak yang sebenarnya bersembunyi melakukan rasuah yang lebih besar jumlahnya sehingga berlipat kali ganda.

“Adapun dalam kalangan yang memberi rasuah itu pula tidak kelihatan, mungkin senarainya lebih panjang dan jumlahnya lebih ramai. Ayat al-Quran dan hadis yang dinyatakan mendahulukan laknat terhadap sesiapa yang memberi rasuah. Barangkali kalangan inilah yang paling besar menguasai ekonomi negara dan mempengaruhi politiknya dengan cara yang haram,” katanya.

Beliau berkata, selain itu, ada dalam kalangan membiayai politik wang bagi mengangkat sesiapa yang tidak layak menjadi pemimpin kerana jahil atau fasiq.

“Oleh yang demikian, disebabkan pemimpin sedemikian rupa boleh dipergunakan selepasnya, amalan khianat yang paling bahaya kerana menjadi sumber segala penyelewengan dan kezaliman,” katanya.

Mengulas lanjut, Hadi berkata golongan mengamalkan politik wang tidak akan memilih pemimpin dan pentadbir berintegriti.

“Sifat integriti itu hanya terdapat pada kalangan mereka yang beriman dan budiman bukan sekadar mempunyai ilmu sahaja, malah kini mereka yang memiliki sijil atau ijazah pun boleh terlibat dengan rasuah,” katanya sambil menegaskan semua pihak yang ada kaitan dengan penyelewengan rasuah adalah berdosa besar.

Oleh itu katanya, semua golongan yang terlibat dengan rasuah mesti dihapuskan.

Sumber MSN News

Bubar Parlimen Tergesa-Gesa Ibarat Bunuh Diri – PM Ismail Sabri

Baru semalam Presiden UMNO Zahid Hamidi mendesak supaya pilihanraya umum ke 15 segera diadakan paling tidak beberapa bulan sebelum 2023.

Ini Menurutnya jika lewat daripada itu maka UMNO akan berhadapan dengan kekalahan. Sebab sempat lagi kononnya pembangkang membentuk kekuatan.

Hari ini perdana menteri Malaysia yang juga Naib Presiden UMNO membuat kenyataan yang bertentangan dengan bosnya.

Bahawa jika parlimen dibubarkan dalam tempoh yang terdekat maka UMNO akan mendapat kekalahan atau ibarat bunuh diri.

Macam berani sudah Ismail Sabri ni ya.

Berani ada makna tu sudah tentulah keberanian ini datang dari ahli majlis tertinggi Umno yang berdiri di belakangnya. Terutamanya mereka yang berjawatan dalam kerajaan baik sebagai Menteri mahupun sebagai pengerusi dalam GLC.

Najib dan Zahid Hamidi serta kuncu-kuncunya saja yang tidak tahu. 😂


BERA – Pembubaran Parlimen secara tergesa-gesa tanpa mengambil kira pelbagai aspek termasuk persediaan rapi dan dapatan kajian sama ada Barisan Nasional (BN) boleh menang atau kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), ibarat perbuatan membunuh diri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada guna beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen sedangkan BN belum tentu boleh menang.

Menurutnya, pembubaran Parlimen akan dibuat jika terdapat bukti kukuh BN boleh menang dan kekal berkuasa selepas PRU15 nanti.

“Tarikh PRU15 bukan boleh diumumkan begitu sahaja, banyak perkara perlu diambil kira termasuk, pertama hasil kajian sikap dilakukan oleh Wanita UMNO.

“Jika kita adakan PRU15 tanpa mengambil kira sama ada BN boleh menang tiada gunanya. Bagi saya jika nak adakan PRU15 kita wajib menang jangan jadi macam PRU14 kita kata menang tapi akhirnya kalah teruk.

“Kalau nak sedap kita kena jadi Perdana Menteri, kalau saya jadi Ketua Pembangkang semula tidak sedap,” katanya ketika berucap di perasmian berkelompok Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Bahagian Bera 2022 pada Sabtu.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bera itu berkata, PRU15 bukan boleh diadakan begitu sahaja kerana tanpa persiapan rapi, BN akan kalah teruk dan menjadi pembangkang semula.

“Kalau kita silap masuk dan tiada bukti boleh menang PRU15 dan akhirnya kita menjadi pembangkang adalah satu kerugian kepada BN. Sebab itulah saya katakan saya hanya akan bubarkan Parlimen jika ada bukti kukuh BN boleh menang PRU15.

“Saya pernah cakap semasa Konvensyen BN baru-baru ini bahawa saya sedia membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU15 jika kajian sikap dilakukan Wanita UMNO, MIC dan MCA menunjukkan kita akan menang PRU15 nanti. Tiada guna kita masuk PRU15 jika kita tidak boleh menang,” ujarnya.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO menambah, BN juga perlu mengambil kira impak pelbagai isu yang timbul ketika ini termasuk soal kelewatan projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) yang hangat diperkatakan.

“Adakah isu ini boleh menyebabkan kemerosotan undi dan BN kalah dalam PRU15 ini? Jadi kita kena tengok kajian sikap adakah orang kampung peduli atau tidak kapal LCS berkenaan belum siap.

“Kalau kajian menunjukkan kesan isu kelewatan pembinaan kapal LCS adalah sama seperti kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dulu, maka kemungkinan kita terpaksa tangguh niat nak adakah PRU15 dalam masa terdekat,” jelasnya.

Susulan itu, Ismail Sabri mengarahkan UMNO Bahagian Bera supaya mula membuka bilik gerakan pilihan raya mulai 1 September ini.

Sumber Sinar Harian

Shafie Tidak Usahlah Tunjuk Hero Pasal RUU Anti Lompat Parti

Kenapa pula Presiden Warisan, Shafie Apdal yang melebih lebih pasal RUU Anti Lompat Parti? mungkin kah akibat perbuatannya sendiri, yang memperkenalkan kerajaan Katak Warisan?

Pada pilihan raya umum ke 14 Warisan Plus memenangi 29 kerusi DUN berbanding BN (STAR) mendapat 31 kerusi. Tapi oleh kerana Adun UPKO dan beberapa Adun BN melompat untuk membentuk kerajaan negeri Warisan. Maka Shafie pun dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.

Begitulah sikap dan atitud kepimpinan Parti Warisan. Orang lain tidak boleh melakukan perkara sama yang mereka lakukan, seolah rakyat Sabah tidak tahu bagaimana kerajaan Sabah Warisan dibentuk.

Tadi petang Presiden Warisan mendesak supaya RUU Anti Lompat Parti segera dilaksanakan di negeri Sabah ini kerana kononnya Persekutuan telah pun melaksanakannya.

Apa kah halnya dengan Sabah yang berdaulat ini, biarlah mereka kuatkuasakan dahulu.

Biar admin berterus-terang.

Kenapa Shafie Afdal begitu gelisah berhubung lompat parti sebab sikit hari lagi akan ada lagi wakil-wakil Rakyat Warisan meninggalkan partinya dan menyertai GRS.

Mana tahan Shafie oiii, ada empat atau tiga tahun lagi barulah pilihan raya negeri Sabah diadakan. Dalam tempoh itu bagaimana mungkin wakil rakyat bertahan sedangkan pengundi dibawah mereka sentiasa menuntut pembelaan.

Lainlah di Parlimen Semporna masih ramai yang khayal dengan cerita dongeng kepimpinan Warisan. He!

Pun begitu tidak perlulah Shafie berlakon hero seperti ini.

Pada hakikatnya kerajaan Sabah tetap akan melaksanakan RUU Anti Lompat Parti. Tetapi perlulah dinilai di peringkat negeri terlebih dahulu, supaya tidak bercanggah dengan elemen di dalam perjanjian Malaysia 1963 atau menyebabkan persekutuan “sukar” melaksanakan perjanjian Malaysia 1963.

Macam terbalik sudah, kerajaan Sabah GRS pula yang memandang perjanjian 1963 sebelum bersetuju dengan perubahan undang undang. Sedangkan Warisan tidak mengaitkannya, walhal mereka lah yang tidak sudah sudah memainkan sentimen kenegerian.

Laskar Apiez Bond Ugut Ketua Hakim Negara Ditangkap dan Direman

Individu yang menggunakan akaun palsu untuk mengugut Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun telah berjaya ditangkap dan di reman empat hari.

Sementara itu timbul beberapa spekulasi.

Siapa Apiez itu, dia laskar dari parti mana.

Ironinya ramai yang berpendapat sudah tentulah dari parti UMNO memandangkan yang dia ugut itu adalah hakim yang sedang menghakimi Najib Razak sebagai tertuduh.

UMNO memang terkenal dengan pihak yang sanggup melakukan apa saja supaya kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin durjana dapat ditelan bulat bulat oleh rakyat.

Admin ini pun difitnah, bentuk fitnah yang dilemparkan adalah perbuatan yang mereka sendiri lakukan. Dalam erti kata lain diterbalikkan, seolah olah kita pula yang melakukan perbuatan jahat itu. Bikin lucu pun ada.


Kuala Lumpur: Polis menahan seorang lelaki, semalam bagi membantu siasatan berhubung ancaman serta ugutan di media sosial terhadap Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, baru-baru ini.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Asisten Komisioner Skandaguru Anandan berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan berhubung ancaman dan ugutan itu yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook ‘Apiez Bond’.

“Susulan itu, kami menahan seorang lelaki berusia 30 tahun di sebuah rumah di Puchong, Selangor pada 11.15 malam tadi bagi membantu siasatan.

“Dalam tangkapan itu, kami merampas satu telefon bimbit serta kad sim daripada suspek yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran ugutan berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Skandaguru berkata, suspek terbabit direman selama empat hari bermula hari ini hingga 23 Ogos nanti untuk siasatan lanjut.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan berkecenderungan menghasut.

“Selain itu, siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang tindakan membabitkan isu salah laku jenayah dan isu ketenteraman awam yang boleh mengganggu gugat keamanan.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati menyalahgunakan platform media sosial untuk mengancam keselamatan,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengarahkan JSJ menyiasat sebarang elemen ancaman dan ugutan terhadap Tengku Maimun.

Sejak kelmarin, ancaman terhadap Tengku Maimun dikesan dalam pelbagai medium media sosial, termasuk Twitter dan Facebook.

Sumber Harian Metro

Pas Sedia Bertembung UMNO Pada PRU-15

TUAN Ibrahim Tuan Man (kanan) diiringi Ghulam Haidar (kiri) semasa melawat kawasan banjir di Kampung Pengalat Besar, Papar hari ini.

KOTA KINABALU: Pas sedia berhadapan sebarang kemungkinan termasuk bertembung dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sekiranya BN memutuskan untuk bergerak solo maka, Pas sedia berhadapan dengan mereka di bawah payung Perikatan Nasional (PN).

“Saya tengok BN yang banyak putuskan untuk bergerak solo jadi, kalau BN buat keputusan begitu, kita sedia hadapi semua kemungkinan. 

“Kalau muafakat, kita boleh pakat tapi, kalau mahu lawan pun, kita boleh lawan,” katanya selepas melawat beberapa kawasan sering dilanda banjir di Papar hari ini.

Menteri Alam Sekitar dan Air itu berkata, Pas sedia untuk bertembung namun, ia bergantung kepada keputusan pimpinan parti. Sebarang keputusan di peringkat parti akan dibawa ke majlis pimpinan PN kerana Pas akan bergerak di bawah PN.

“Apa-apa pun yang paling penting adalah manfaat kepada rakyat yang mahukan kerajaan yang stabil dan adil, itu menjadi fokus kepada rakyat.

“Maka, kita tidak mahu kerajaan yang tidak stabil sebab ekonomi kita masih belum pulih sepenuhnya dan sekarang kita mahu fokus membantu rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan Pas bergerak solo menjelang PRU-15.

Mengenai kemungkinan kerjasama bersama Gerakan Tanah Air (GTA), Tuan Ibrahim berkata, setakat ini Pas belum ada perbincangan dengan gabungan diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, Pas tidak mempunyai sebarang masalah dengan Tun Mahathir namun, belum ada sebarang perbincangan dibuat pada masa ini kerana mereka ingin memperkukuhkan PN dalam membuat persiapan menghadapi PRU-15.

Mengulas lanjuat katanya, perbincangan mengenai kerusi masih belum dilakukan di peringkat parti dan juga jawatankuasa perundingan kerusi bersama rakan-rakan dalam PN. Belum ada perundingan secara rasmi dilakukan.

Jelas beliau, ada beberapa kawasan yang telah dikenal pasti namun, mereka masih menunggu Pas negeri menghantar senarai calon sebelum kepimpinan parti membuat keputusan.

Di peringkat negeri Sabah, Pas sebahagian daripada kerajaan negeri dan mempunyai kerjasama yang baik buat masa ini tapi, untuk PRU akan datang masih belum dapat dipastikan kerana ia bergantung kepada keadaan pada masa itu.

Tuan Ibrahim berkata, pada PRU-15, sudah ada beberapa kerusi yang akan ditandingi oleh Pas di Sabah tapi, tunggu senarai calon rasmi yang akan dikemukakan.

“Kita sedia berbincang dengan mana-mana parti yang sedia bekerjasama dengan PN. Malah, semasa kita menghadapi pilihan raya negeri secara bersama, kita saksikan kemenangan dan ia baik untuk rakyat Sabah,” katanya.-UTUSAN

Program Jelajah GRS Parlimen Tawau Pada 6 September Depan

 Nizam (tiga kanan) bersama pemimpin dan wakil parti komponen GRS Parlimen Tawau.
MESYUARAT: Nizam (tiga kanan) bersama pemimpin dan wakil parti komponen GRS Parlimen Tawau.

TAWAU: Program Jelajah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) peringkat Parlimen Tawau akan diadakan pada 6 September depan dan dihadiri oleh pengerusinya Datuk Seri Panglima, Hajiji Haji Noor.

Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tawau, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata semua pimpinan komponen GRS Parlimen Tawau sudah membentuk jawatankuasa program itu dalam satu mesyuarat tadi.

“Saya telah diamanahkan oleh kepimpinan GRS untuk mengatur dan menyelaras satu mesyuarat bagi menjayakan program jelajah itu nanti.

“Semua pemimpin dan wakil daripada BERSATU, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP) terlibat membentuk jawatankuasa program tersebut,” katanya.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Kewangan Sabah, berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut, di sini hari ini.

Nizam berharap semua ahli daripada komponen GRS dapat hadir beramai-ramai untuk mendengar amanat dan ucaptama yang akan disampaikan oleh semua pemimpin GRS termasuk Ketua Menteri Sabah.

“Kita menjangkakan kehadiran dalam program itu seramai 5,000 orang dan ia diharapkan mendapat sambutan menggalakkan daripada semua ahli parti komponen GRS,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, setakat ini, belum ada perbincangan mengenai calon kerusi parlimen Tawau yang akan dipilih pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

“Semua parti komponen sepakat, bahawa sesiapa sahaja yang dipilih untuk mewakili GRS pada PRU-15 nanti, kita akan pastikan kemenangan berpihak kepada calon GRS.

“Hubungan dengan Barisan Nasional (BN) pula, di peringkat negeri tiada masalah dan masih bekerjasama untuk menjayakan hala tuju kerajaan negeri,” katanya.

Sumber Utusan Borneo

Orang Macam Kamu Punca BN Jatuh, Saravanan Selar Nur Jazlan ‘tak sedar diri’

KAJANG: Barisan Nasional (BN) tidak akan wujud lagi selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) jika tidak kerana MIC dan MCA, kata M Saravanan sambil menyifatkan Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed “tidak sedar diri”.

Timbalan presiden MIC itu berkata, ketika banyak parti komponen gabungan itu keluar meninggalkan Umno selepas kalah pilihan raya, dua parti berkenaan kekal bersama Umno.

“Dia (Nur Jazlan) tak sedar diri ke, semua parti tinggalkan Umno (selepas PRU14) dan yang hidup bersama Umno adalah MCA dan MIC. Kalau tak, BN tak wujud,” katanya pada sidang media selepas menjadi tetamu khas program Minda Majlis Profesor Negara.

Pada 10 Ogos, Nur Jazlan yang juga ketua Umno Kulai di Facebooknya berkata, Umno tidak boleh lagi terlalu mengharapkan parti komponen lain iaitu MCA dan MIC untuk memberikan sumbangan besar kepada gabungan politik berkenaan pada PRU15.

Nur Jazlan berkata, di sebalik reformasi yang kononnya sudah dilakukan dua parti itu, pengundi bukan Melayu masih tidak dilihat kembali “berduyun-duyun” menyokong mereka atau BN.

Katanya, pemimpin seperti Nur Jazlan menjadi punca Umno dan BN jatuh.

“Kenapa Jazlan (Nur Jazlan) tak menang PRU lepas, satu ketika dulu semua pengundi Melayu bawah Umno, hari ini Melayu ada beberapa parti, tak perlulah.

“Sejarah dah buktikan orang macam inilah punca Umno dan BN jatuh, tak sedar diri,” katanya.

Tegasnya, Umno, MCA dan MIC adalah sebuah perjuangan.

Katanya, MIC bukan ditubuhkan semata-mata untuk kepentingan India.

“Kerajaan hari ini bawah PM (perdana menteri) cuba mempertahankan institusi ini tetapi orang macam Jazlan cepat melatah,” katanya

Saravanan juga berkata, menjelang PRU15, semua pemimpin komponen dalam BN perlu bersama memperkukuh gabungan itu, bukan mempertikai kemampuan rakan komponen dalam memberi sumbangan kepada BN.

Sumber FMT

Microsoft may earn an Affiliate Commission if you purchase something through recommended links in this article

Jho Low Urus Akaun Najib

Putrajaya: Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini diberitahu bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tahu kemasukkan wang ke dalam akaunnya malah membelanjakannya sebelum dana itu dimasukkan.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk V Sithambaram berhujah bahawa walaupun ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low melaksanakan urus niaga namun tidak dapat disangkap bahawa Najib (perayu) tahu wang masuk ke dalam akaun peribadinya.

Menurutnya, perayu mahu mahkamah mempercayai bahawa beliau tidak tahu berhubung wang itu.

“Jumlah RM42 juta itu bukan jumlah yang kecil. Antara Jun 2014 dan Februari 2015, perayu sedar dia hanya ada RM49 juta daripada derma dari negara Arab.

“Beliau sudah gunakan kecuali RM6 juta (bukan derma Arab) sebelum kemasukkan RM42 juta itu. Itupun perayu ‘menutup mata’ dan mengatakan beliau tidak mempunyai pengetahuan berhubung wang itu.

“Mana ada orang boleh menggunakan wang yang dia dakwa tidak mempunyai pengetahuan mengenainya.

“Fakta bahawa perayu mengeluarkan cek atau membawa dana keluar yang kadang-kadang sebelum wang itu masuk menunjukkan bahawa beliau tahu berhubung dana yang akan masuk,” katanya.

Sithambaram berkata, terdapat bukti khidmat pesanan ringkas (SMS) Blackberry menunjukkan bahawa Najib menggunakan Jho Low untuk mengesahkan dana wang dalam akaunnya.

“Bagi memastikan beliau mempunyai kredit atau dana yang cukup bagi perbelanjaan kad kredit dan cek yang sudah atau yang akan dikeluarkan.

“Mesej yang diterima oleh perayu membuktikan pengetahuannya tentang baki akaun bank dan baki kad kreditnya.

“Adalah mustahil bagi perayu tidak mengetahui jumlah kredit dan debit sebanyak RM606,510,436.66 dalam tiga akaun semasa baharunya selama tiga tahun sebelum menutupnya.

“Hakim yang arif (Mahkamah Tinggi) sudah mempertimbangkan mesej ini dan mendapati ia adalah bukti yang tidak dapat dinafikan menunjukkan pembabitan Jho Low dalam menguruskan akaun bank perayu seawal 2011.

“Bukti mesej ini menunjukkan bukti kukuh bahawa perayu semestinya mengetahui status, transaksi keluar masuk yang tidak terkira banyaknya dalam akaunnya dan baki sebenar untuk membolehkan dia menggunakan dana itu termasuk wang SRC yang masuk,” katanya.

Sementara itu Sithambaram berkata perayu mendakwa wang yang dimasukkan ke dalam akaunnya adalah derma daripada Arab.

“Perayu mendakwa beliau tidak tahu bahawa dana SRC dimasukkan ke dalam akaun peribadinya. Beliau turut mengemukakan bukti surat yang didakwa daripada Putera Saud Abdulaziz Al-Saud bagi pihak Raja Arab Saudi.

“Bagaimanapun kesahihah pembuat surat atau surat itu sendiri tidak pernah dikemukakan ketika perbicaraan. Kandungan surat itu tidak boleh diterima masuk selain fakta bahawa ia diberikan kepada AmBank apabila ditanya sumber dana.

“Kepercayaan perayu bahawa dana dalam akaun itu adalah derma dari Arab sukar dipercayai. Perayu sememangnya mengetahui urus niaga dan status akaun banknya itu.

“Berdasarkan semua bukti ia jelas memenuhi elemen bagi membuktikan elemen pecah amanah jenayah yang dilakukan perayu,” katanya.

Disiarkan pada: Ogos 19, 2022 @ 12:45pm

Sumber Metro