Propaganda Lokman Hancur Oleh Jawapan PM “Cerita Lama”

Tepat sangatlah jawapan Perdana Menteri Ismail Sabri ketika menjawab propaganda UMNO atau Lokman Adam, pasal perjanjian diantara Perikatan Nasional dan Ismail Sabri sebelum diangkat sebagai Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin Yasin.

Sebelum ini bekas ahli majlis tertinggi Umno Lokman Adam mendedahkan maklumat seolah olah sulit iaitu perjanjian antara Ismail Sabri dan Muhyiddin Yasin atau Kerajaan Perikatan Nasional.

Dimana Ismail Sabri bersetuju mengekalkan Idrus Harun sebagai Peguam Negara.

Menurut lagi Lokman Adam, Perdana Menteri Ismail juga berjanji akan mengekalkan jawatan Menteri Timbalan Menteri dan Pengerusi GLC dari Bersatu dan PAS

Pertanyaannya apa yang salah dalam perjanjian itu dan seolah olah sulit tentang mana?

Apa isunya jika Idrus Harun dikekalkan sebagai Peguam Negara?

Bukan kah kerajaan juga melantik ahli Parlimen UMNO sebagai Menteri, Pengerusi GLC dll.

Jadi ngamlah jawapan Perdana Menteri Ismail itu semua cerita lama, ketika ditanya berkenaan pendedahan Lokman Adam itu.

Bagai kata Tajuddin nak apa lagi bukan senang mengambil kuasa, selepas UMNO tumbang pada pilihan raya umum yang lalu.

Gila benar Lokman Adam dan pemimpin UMNO lain, sejak sejak bos bos mereka meringkuk dan bakal meringkuk.

Walaupun Lokman tahu masih ramai laskar UMNO yang sanggup bodoh tapi steady lah.

Apa nak meroyan Lokman oiii, bukan kah berani bertanggungjawab juga sebahagian dari proses menghapuskan dosa dosa sesama manusia. Move on sajalah!

Petisyen Pengampunan Diraja Kepada Najib Disambut Hambar

Apa sudah jadi pada petisyen Yang diPertuan Agong mohon pengampunan Diraja kepada Najib Razak.

Macam belum ada kemajuan yang memberangsangkan hingga mampu mendapat perhatian Istana atau paling tidak mampu mengecutkan musuh musuh UMNO.

Petisyen kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong: Pengampunan Diraja kepada Dato’ Sri Najib sudah berjalan seminggu namun hanya berjaya mengumpul 10,912 berbanding 15,000 tandatangan yang disasarkan.

Apa sudah jadi kawan. Adakah sambutan hambar ini membenarkan dakwaan, 70% pengikut Najib Razak di media sosial adalah sebenarnya palsu? sama sama kita tafsirkan.

Jika pula kita rujuk petisyen yang dilancarkan oleh Bersih2.0 pada minggu lalu yang membuat tuntutan sebaliknya nampaknya ia mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Petisyen kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong: Najib Tidak Wajar Diampunkan menyasarkan 150,000 yang dicapai mencecah 119,856 tandatangan.

Bung dan Isteri Bersalah, Diarah Membela Diri Rasuah FELCRA

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Radin dan isteri Zizie Izette Abdul Samad diarah untuk membela diri atas pertuduhan rasuah 2.8 juta ringgit membabitkan FELCRA Berhad.

Hakim Mahkamah sesyen Kuala Lumpur Rozina Ayob membuat keputusan Itu selepas mahkamah selesai mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan pada 24 Jun lalu dan selepas meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan serta penggunaan kedua-dua pihak mahkamah mendapati pendakwaan berjaya menimbulkan Prima facie terhadap kedua-dua tertuduh.

Sumber Awani

Keputusan Rasuah Bung Mokhtar dan Isteri Diketahui Hari Ini

RM6.5 Juta Dihantar Terus Ke Rumah Rosmah – Solar Sekolah Sarawak

Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa RM6.5 juta memang untuk Datin Seri Rosmah Mansor dan beliau menerima wang itu di kediamannya di Jalan Langgak Duta serta Seri Perdana.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan dalam penghakiman bertulisnya berkata, Rosmah menafikan menerima dua beg berisi wang tunai RM1.5 juta dan mendakwa satu-satunya perkara yang berlaku pada hari itu hanyalah Saidi Abang Samsudin (bekas pengarah urusan Jepak Holdings), meminta bantuannya berkaitan projek telaga air yang beliau ingin cadangkan kepada Kementerian Pendidikan.

“Tertuduh sekadar menafikan yang beliau telah melihat beg-beg tersebut dan Saidi memberitahunya bahawa beliau telah membawakan wang seperti dijanjikan yang mana tertuduh menjawab dengan “Hmmm.”

“Pada akhir kes pendakwaan, saya dapati Saidi seorang saksi yang boleh dipercayai dan menerima versinya. Dalam mana-mana keadaan, saya mendapati bahawa keterangan Rizal dan Rayyan Radzwill Abdullah, yang merupakan rakan kongsi Saidi, telah menyokong penuh versi Saidi,” katanya.

Hakim itu berkata telah dibuktikan juga bahawa Saidi membawa kedua-dua beg ke kediaman tertuduh di Langgak Duta sehingga ke ruang tamu.

“Keterangan Rizal, Saidi, Rayyan Radzwill dan seorang pemandu, Shamsul Rizal Sharbini telah menyatakan semula fakta ini. Saya berpandangan bahawa pembelaan tertuduh hanyalah penafian semata-mata. Penafian beliau tidak mempunyai apa-apa merit berdasarkan keterangan Rizal, Saidi, Rayyan dan Shamsul.

“Adalah tidak penting sama ada beg-beg tersebut diserahkan secara fizikal kepada beliau. Fakta bahawa beg-beg itu telah ditinggalkan di ruang tamu menandakan penerimaannya. Fakta bahawa beliau telah mengarahkan butlernya untuk membawa beg-beg itu ke biliknya di tingkat atas juga menandakan penerimaannya,” kata beliau.

Hakim itu berkata, tertuduh telah gagal untuk menyangkal tanggapan mengenai imbangan kemungkinan dan pihak pendakwaan telah membuktikan kes itu melampaui keraguan yang munasabah berkaitan penerimaan RM1.5 juta.

Hakim berkata, tertuduh juga menafikan telah menerima RM5 juta di Seri Perdana dan mendakwa berada di kediamannya di Langgak Duta.

“Beliau juga mengatakan bahawa Rizal telah mengambil RM5 juta itu untuk dirinya dan perjalanan ke Seri Perdana adalah satu sandiwara.

“Ia bukan satu kebetulan RM5 juta dibayar selepas surat anugerah bertarikh 10 November 2016 dikeluarkan kepada Jepak.

“Saidi telah membuat pinjaman sebanyak RM16 juta untuk Jepak dan menggunakan RM5 juta untuk membuat pembayaran itu. Ini tentunya selepas Rizal mengingatkan beliau mengenai janjinya untuk membayar tertuduh,” katanya.

Hakim itu berkata, wang RM5 juta yang telah dikeluarkan itu dibawa ke Pavilion dan enggan diterima oleh Lawrence Tee Kien Moon, seperti yang dinyatakan dalam kes pendakwaan.

Beliau berkata, tertuduh telah menafikan bahawa Rizal telah menelefonnya pada ketika beliau bersama Lawrence dan dimaklumkan untuk menghantar wang itu ke Seri Perdana.

“Saya dapati penafiannya tidak dapat dipertahan kerana bertentangan dengan fakta bahawa Rizal akan menghadapi masalah dan pada mulanya terpaksa berjumpa Lawrence untuk menghantar wang itu. Beliau boleh dengan mudah merancang untuk mengambil wang itu menerusi cara lain.

“Fakta bahawa dia pergi berjumpa Lawrence untuk menghantar RM5 juta sama seperti fakta dalam pertuduhan meminta wang, iaitu Lawrence telah diamanahkan untuk merangka perjanjian perundingan bagi memudahkan pembayaran yang akan dibuat Saidi,” katanya.

Mohamed Zaini seterusnya berkata, Rizal tidak menjangkakan yang Lawrence enggan menerima wang itu kerana jika tidak, beliau tidak akan mengarahkan Saidi untuk ke pejabat Lawrence.

“Adalah tidak masuk akal untuk Rizal menelefon tertuduh kerana keseluruhan rancangan itu dibuat oleh tertuduh sendiri.

“Kenapa Rizal nak bersusah payah memandu ke Seri Perdana jika beliau ingin mengambil wang tunai itu untuk dirinya? Beliau pergi ke sana bersama ahli perniagaan Datuk Ahmed Farriq Zainul Abidin yang bersamanya di sepanjang perjalanan. Tidak pernah dicadangkan bahawa Ahmed bersubahat dengan Rizal,” kata hakim itu.

Hakim itu berkata, mahkamah telah menerima bahawa Ahmed Farriq adalah saksi yang tidak mempunyai kepentingan dan boleh dipercayai.

“Ahmed Farriq nampak Rizal mengarahkan butler tertuduh untuk membawakan beg ke dalam Seri Perdana. Saya juga menerima penjelasan Rizal kenapa beliau meminta pegawai UTK untuk keluar dari kenderaannya sebelum tiba di Seri Perdana,” katanya.

Sumber MSN

    Keputusan Rasuah Bung Mokhtar dan Isteri Diketahui Hari Ini

    Keputusan sama ada Bung Mokhtar Radin dan isterinya Zizie Izette Abdul Samad akan dibebaskan atau diperintah membela diri atas tuduhan rasuah akan diketahui hari ini.

    Keputusan itu akan disampaikan oleh Hakim Mahkamah sesyen Kuala Lumpur Rozina Ayob selepas mahkamah mendengar hujah pihak pendakwaan dan pembelaan pada 24 Jun lalu.

    Pihak pendakwaan menutup kesnya pada 17 Mei lalu setelah memanggil 30 saksi memberi keterangan dalam perbicaraan kes yang bermula pada 2 Januari 2020.

    Bung Mokhtar didakwa atas dua tuduhan menerima rasuah RM2.2 juta ringgit dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan FELCRA membuat pelaburan RM150 juta ringgit dalam Unit Amanah Public Mutual, Datuk Seri Bung Mokhtar yang juga pengerusi bukan eksekutif FELCRA ketika itu didakwa menerima rasuah daripada Madi Abdul Hamid melalui Zizie di public bank cawangan Taman Melawati antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015, dia juga mengaku tidak bersalah menerima suapan wang tunai RM335, 500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Pada 19 Jun 2015 manakala Zizie mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan bersubahat.

    Sumber Buletin 3

    Pembelaan Rosmah Penafian Semata-mata (video)

    Pembelaan ke atas Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes rasuah membikin projek solar sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar Sarawak adalah penafian kosong semata-mata.

    Hakim Mohamad Zaini Mazlan dalam penghakimannya berkata secara ringkasnya pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap ketiga-tiga tuduhan yang dikenakan terhadap Rosma

    Katanya mahkamah hendaklah pada akhir perbicaraan mempertimbangkan semua keterangan yang dikemukakan dan memutuskan sama ada pendakwaan membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

    Selepas menjalankan penilaian maksimum semua keterangan oleh tertuduh dan pihak pendakwaan pada akhir perbicaraan mahkamah mendapati tertuduh gagal untuk menyangkal anggapan rasuah ikut Seksyen 50 kurungan satu akta SPRM tambahnya pembelaan tertuduh adalah penafian kosong semata-mata yang dibuat tanpa bukti yang boleh dipercayai dan tidak berasas untuk menimbulkan keraguan yang munasabah

    Polis Buat Pertuduhan Mahkamah Ke Atas Lokman Adam

    Bekas ahli majlis kerja tertinggi MKT UMNO Lokman Noor Adam dituduh di Mahkamah sesyen Kuala Lumpur pagi tadi kerana didakwa menghina kerajaan dan Perdana Menteri.

    Terdahulu Bukit Aman menerusi pemaklumannya menyatakan pertuduhan akan dibuat oleh Unit Siasatan Jenayah terkelas UJST.

    Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di mahkamah sesyen jenayah siber Kuala Lumpur pada 9.30 pagi dua kes itu membabitkan penghantaran video berniat jahat dan kenyataan menghina kerajaan dan Perdana Menteri Malaysia melalui akaun Facebook Lokman Nor Adam official

    Sumber MG news

    Warisan Boleh Makan PH Tapi Bukan GRS dan BN – Penganalisis UMS

    Dahulu gelaran Profesor kangkung terhadap penganalisis politik menjadi bahan ketawa rakyat Malaysia, bilamana hasil analisis berbeza dengan apa yang difikirkan dan dirasakan oleh rakyat Malaysia masa itu.

    Hari ini hasil analisis yang hampir sama dan sikit lagi menjadi bahan ketawa rakyat Sabah.

    Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sabah, Lee Kuok Tiung mengatakan di Sabah, Warisan lebih kuat berbanding Pakatan Harapan. Mungkin juga ada kebenarannya jika sekiranya analisis tidak mengambil kira kubu DAP yang berpusat di bandar bandar utama.

    Di Semenanjung propaganda Pakatan Harapan kerajaan yang gagal menunaikan manifesto telah serba sedikit mengurangkan sokongan rakyat terhadap komponen Pakatan Harapan.

    Keputusan pilihan raya negeri Melaka dan Johor boleh dijadikan asas, walaupun undi popular memihak Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan, selain faktor turun mengundi dibawah 46% terutamanya di PRN Johor.

    Menurut lagi Lee Kuok Tiung PKR semakin lemah selepas pilihan raya umum ke-14 yang lalu dan Amanah pula tidak pernah benar benar bertapak di bumi Sabah.

    “Pada masa ini, Warisan, GRS dan BN kelihatan sama kuat tetapi Warisan mempunyai kelebihan jika GRS dan BN gagal bekerjasama,” kata Lee kepada FMT.

    “GRS dan BN tidak perlu tamak dalam rundingan kerusi kerana mereka tahu kekuatan dan kelemahan mereka. Paling penting, mereka tiada calon yang kuat untuk semua 25 kerusi. Oleh itu, lebih baik bagi mereka untuk bekerjasama.”

    Dalam erti kata lain Warisan masih belum mampu menyaingi kekuatan GRS apa lagi jika kerjasama GRS dan BN benar benar terjalin menjelang pilihan raya umum ke 15. Maka waktu itu selamat tinggal lah parti Warisan.

    Yang sebenar-benarnya GRS tanpa UMNO pun tetap memiliki kekuatan atau sokongan dari majoriti rakyat Sabah. Ini disebabkan sentimen rakyat Sabah terhadap parti UMNO yang telah terbuku sekian lama. Sebab itulah parti Warisan yang baru berumur setahun jagung pada pilihan raya umum 2018 mampu mendapat kemenangan atau mengalahkan ramai calon dari parti UMNO.

    Keputusan pilihanraya negeri Sabah tahun 2020 menunjukkan kerusi DUN yang dimenangi oleh calon Perikatan Nasional atau GRS strategik bagi menentukan calon yang bertanding pada pilihan raya umum ke 15. Justeru supaya nampak real dan berfakta sepatutnya penganalisis itu bercakap dari kerangka ini. He!

    Begitu juga faktor isu penyelewengan yang dapat mengurangkan undi atau swing votes sehingga 20% yang dilakukan sama ada Warisan atau UMNO ini sepatutnya diambil kira.

    Jadi begitulah sedikit tentangan admin ke atas analisis.

    Gambar Jho Low Tular Tapi Kerajaan Disalahkan Sebab Tidak Ditangkap

    Tersebar cerita berserta gambar yang menunjukkan Jho Low sedang bersuka ria di satu restoran di Shanghai, China.

    Gambar itu didedahkan oleh penulis terkenal Bradley Hope dan Tom Wright, mereka adalah pengarang buku skandal 1MDB.

    Namun agak mengecewakan gambar itu diambil pada tahun 2019. Ertinya itu gambar itu sudah berlalu tiga tahun.

    Bradley Hope berjanji akan mengesan dimana Jho Low berada. Oleh itu dia mengesa rakan rakannya di seluruh dunia turut membantunya mencari Jho Low.

    Menurut Bradley Hope memandangkan Najib Razak telah di penjara akibat skandal 1MDB maka Jho Low juga harus dipertanggungjawabkan.

    Lucu ni, jangan jangan seandainya Jho Low berjaya dibawa ke Malaysia maka beban Najib Razak akan lebih berat, kerana tidak ada individu yang paling layak dipersalahkan dalam perniagaan 1MDB selain Najib Razak.

    Maklumlah Najib adalah Perdana Menteri, Najib juga pengerusi 1MDB, Najib juga Menteri Kewangan Malaysia pada waktu itu.

    Jangan main main tidak ada orang yang lebih berkuasa mengeluarkan wang rakyat dari agensi kerajaan selain Perdana Menteri berbanding Jho Low setakat ahli perniagaan dan paling penting bukan pun kakitangan awam.

    Sebab itulah mungkin Najib atau keluarga Najib tidak berani menjadikan Jho Low sebagai saksi dalam perbicaraan 1MDB.

    Berbanding laskar UMNO yang syok sendiri hingga lupa apa implikasinya pada UMNO. Kita sedar matlamat mereka untuk mempengaruhi rakyat agar menyalahkan kerajaan selagi mana kerajaan itu bukan kerajaan UMNO.

    Saya masih ingat bagaimana pemimpin dan laskar UMNO melecehkan kenyataan ketua polis negara pada waktu itu. Dimana Ketua Polis Negara, Hamid Bador mengatakan Jho Low sukar dikesan sebab mungkin telah bertukar menjadi Beruang, yang menunjukkan Jho Low sukar dikesan. Bukannya benar benar Jho Low telah bertukar menjadi binatang Beruang.

    Tapi perkataan Beruang itu sengaja dimanipulasi oleh pemimpin dan laskar UMNO, kononnya Jho Low telah bertukar menjadi binatang. Bodohnya!

    UMNO menyalahkan kerajaan kerana tidak mengheret Jho Low untuk diadili, sebab itu kata mereka Najib di dapati bersalah oleh Mahkamah.

    Bikin keliru juga retorik UMNO satu ketika menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional kerana tidak mengheret Jho Low ke muka pengadilan.

    Namun apabila Presiden UMNO Ismail Sabri didudukkan sebagai Perdana Menteri Malaysia oleh Perikatan Nasional, Jho Low masih gagal dibawa ke Malaysia. Sedangkan Najib sudah di penjara kerana skandal 1MDB. Siapa lagi yang sesuai dipersalahkan?

    Punca UMNO Enggan Bekerjasama Dengan PN

    Secara logiknya memang benar pun antara sebab utama kenapa pemimpin-pemimpin UMNO enggan bekerjasama dengan Perikatan Nasional adalah kerana takut peluang menjadi calon atas tiket UMNO diambil oleh Bersatu atau PAS, walaupun pada hakikatnya peluang untuk calon UMNO menang sangat tipis.

    Berdasarkan pengalaman setiap pilihanraya. Calon UMNO yang bertanding di kubu pembangkang tidak pun mengharapkan sangat kemenangan. Tapi yang mereka target ialah peruntukan pilihanraya yang akan disalurkan pada mereka. Begitulah atitud UMNO, macai sanggup bodoh saja yang tidak tahu perkara ini.

    Jadi UMNO, berfikirlah secara matang, apa mahu menjadi kerajaan walaupun berkongsi kuasa atau menjadi pembangkang sudah tentu, ini berdasarkan skandal semasa yang memalitkan pemimpin pemimpin utama UMNO, apa lagi tanpa Najib Razak yang kini menjalani hukuman.

    UMNO bila nak tekan butang?


    PETALING JAYA: Seorang pemimpin kanan PAS berpandangan, keengganan sesetengah pemimpin Umno untuk menerima Bersatu dalam kerjasama politik kerana dipengaruhi sifat peribadi yang mahukan kerusi untuk bertanding dalam pilihan raya kelak.

    Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pembahagian kerusi pada PRU15 melibatkan Bersatu menyebabkan ada pemimpin bahagian tidak dapat bertanding.

    Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mereka (pemimpin Umno) bukan terlalu ego sebaliknya ia akan melibatkan Bersatu dari segi pembahagian kerusi sekali gus menyebabkan ada pemimpin bahagian tidak dapat bertanding.

    “Pembahagian kerusi terpaksa melibatkan Bersatu dan ini menyebabkan, ada ketua bahagian Umno tertentu tidak berpeluang untuk bertanding,” katanya yang juga timbalan presiden PAS.

    Justeru, Tuan Ibrahim berkata, bagi PAS, parti melihat dalam kerangka besar termasuk arah mana kerajaan membawa sesebuah negara.

    “Bagi PAS kita tengok kerangka besar, contohnya waktu kita bincang soal menteri kanan, PAS ada 18 Ahli Parlimen 18., GPS (Gabungan Parti Sarawak juga ada) 18.

    “GPS ada menteri kanan. Bersatu ada dua menteri kanan. Umno ada seorang menteri kanan. Sepatutnya PAS dapat menteri kanan kan? Sebab PAS 18, sama dengan GPS. Tapi bagi kami, bagi PAS, kita usah berebut jawatanlah.

    “Yang penting kita jaga negara, rakyat tengah susah. Kita fokus pada bantu rakyat dulu daripada kita duk berebut jawatan, akhir rakyat terbiar. Bagi PAS ni kita tengok dalam kerangka besar. Kerangka besar negara kita nak bawa ke mana? soalnya.

    Pada masa sama, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menasihatkan ketiga-tiga parti duduk semeja dan menerima hakikat untuk bersama-sama menghadapi PRU15.

    “Politik ini kena tolak ansur banyak. Kalau kita pertahan hak saya, orang itu berkata hak dia, jadi akhirnya tidak akan dapat kata sepakat dalam konteks politik negara kita,” katanya menurut Harakahdaily

    Sumber MSN