Muhyiddin Calon PM Ke 10 Jika PN Menang PRU15

Orang lain tampak berpijak di bumi yang nyata bila mencalonkan presiden parti sebagai Perdana Menteri ke 10. Sedangkan UMNO hanya mencalonkan Naib Presiden UMNO.

Apa maknanya tu, maknanya Najib dan Zahid Hamidi selaku pemimpin utama UMNO merangkap Presiden UMNO sedar mereka tidak lagi diterima oleh rakyat, akibat kantoi mencuri wang rakyat dan sedang melalui proses kehakiman.

Dimana masing masing telah dijatuhkan hukuman bersalah, Najib akan di penjara 12 tahun manakala Zahid diminta membela diri, bererti hakim mendapati sah Zahid telah kantoi menyeleweng wang rakyat lah tu.

Kalau empunya diri pun sedar diri yang mereka tidak lagi layak diangkat sebagai pemimpin apa lagi sebagai Perdana Menteri Malaysia, habis itu kenapa lagi kah laskar maling UMNO pula yang beriya iya menginginkan mereka menjadi Perdana Menteri.

Jadi pada rakyat jelata jangan kamu bodoh, tak kan pula nasib negara ini sengaja diletakkan di tangan yang orang orang yang sudah kantoi mencuri di siang hari, itu bodoh namanya tu. Siapa pula laskar maling UMNO berbanding anda sebagai rakyat, dikalangan laskar UMNO itu bukan hanya sanggup bodoh malah ada yang terlibat dengan kegiatan jenayah seperti penagihan syabu dan sebagainya.

Perikatan Nasional mencalonkan Presiden PPBM sebagai calon Perdana Menteri Malaysia yang ke 10.

KUALA TERENGGANU: Bekas Perdana Menteri kelapan akan dicadangkan sebagai calon Perdana Menteri ke-10, jika Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) diberi mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (AMPT) BERSATU, Datuk Razali Idris, berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Presiden parti adalah calon paling layak untuk dilantik semula sebagai Perdana Menteri.

Katanya, Ahli Parlimen Pagoh itu sudah membuktikan kemampuannya mentadbir negara ketika pertama kali dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan selama lebih 17 bulan mulai 29 Februari lalu.

“BERSATU akan mencadangkan Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri pada PRU akan datang kerana beliau meletakkan jawatannya bukannya ditolak rakyat, sebaliknya ditolak oleh 15 ahli parlimen terutama daripada Barisan Nasional (BN) diketuai Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Muhyiddin akan dicadang sebagai calon Perdana Menteri kerana beliau adalah Presiden parti berbanding UMNO yang hanya mencadangkan Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” katanya kepada media selepas program moreh bersama media, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Ketengah Holdings Sdn Bhd (KHSB), Mohd Zaid Sulaiman dan Timbalan Pengurus Besar Ketengah (Operasi), Ahmad Fakharuddin Ahmad.

Razali yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU negeri berkata demikian ketika mengulas keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Khamis lalu, yang mencadangkan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri pada PRU akan datang.

Katanya, walaupun semua parti boleh mencadangkan pimpinan tertinggi sebagai calon Perdana Menteri, BERSATU menganggap agak janggal apabila hanya pemimpin yang berada di kedudukan ketiga dalam parti dicadangkan UMNO.

“Rakyat kehairanan, mengapa pemimpin yang berjawatan nombor tiga dicadangkan, ke manakah perginya dan adakah pemimpin berjawatan nombor satu dan dua dalam parti itu tidak berkelayakan untuk dicalonkan,” katanya.

Mengenai sokongan kepada Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, Razali berkata, BERSATU dan semua parti dalam Perikatan Nasional (PN) tetap dengan pendirian untuk terus menyokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri sehingga Parlimen dibubarkan.

Katanya, semua pimpinan tertinggi parti dalam PN tidak bercadang untuk tumbangkan kerajaan pimpinan Ismail Sabri seperti dilakukan 15 ahli parlimen BN ketika menjatuhkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Ogos lalu.

“Kita dan pemimpin parti dalam PN termasuk PAS akan terus memberi sokongan kepada Ismail Sabri sehinggalah beliau membubarkan Parlimen bagi membolehkan PRU diadakan,” katanya.

Berita Harian.

Sedikit Cerita Pasal Si Bainun – Chegubard

Admin kongsikan sedikit cerita Chegubard pasal seorang perempuan Melayu dan agensinya yang telah dua kali melakukan penderaan ke atas baby dan kanak kanak.

Admin menggambarkan perempuan itu sebagai perempuan Melayu UMNO dari neraka. Nampak comel tapi tidak ubah seperti syaitan.

Walaupun seperti biasa Najib tidak mengakui politiknya terlibat dalam sifat kebinatangan seperti ini, walhal ketika itu dia adalah Presiden UMNO yang bertanggungjawab ke atas semua hal yang berlaku dalam organisasi UMNO.

Apa lagi kemampuan si Bainun dari neraka ini diiktiraf oleh Presiden UMNO hingga diberikan anugerah khas Ikon Wanita Muda Pergerakan. Tapi bila kejahatannya terbongkar boleh pula seolah olah nama si Bainun tidak pernah wujud dalam parti UMNO.

Nampak sangat kerja UMNO ni tidak berkualiti dan 90% perkara yang mereka lakukan dicipta untuk kepentingan kroni dan kerabat UMNO.


Isu adik Bella yang sedang dibicarakan di mahkamah hari ini hanya “the tip of the iceberg”.

Ia isu kartel sapu duit derma dan peruntukan kebajikan kerajaan atas nama kerja kebajikan tetapi sebenarnya syaitan berselindung atas nama aktivis amal.

Ingat peristiwa kematian anak syurga adik adam berusia 10 bulan. Dia dimasukkan ke rumah (penyiksaan) Bonda dalam keadaan sihat dan gebu. Namun akhirnya kurus kering dan meninggal dunia. Keadaan dia memerlukan penjagaan dan perhatian dengan susu khas. Melihat kes adik Bella rasanya apa nasib arwah Adam ?

Ketika itu sekitar Mei 2020 kejadian dilaporkan Jabatan Kebajikan Masyarakat siap keluar gambar sita premis. Namun kenapa dibuka semula dan bila timbul pula kes adik Bella setahun lebih kemudian di rumah penyiksaan yang sama muncul pula rumah tak berdaftar dan sebagainya. Cilaka apa yang berlaku dalam pihak berkuasa berkenaan dalam kerajaan….

Kerana itu posting sebelum ini dibangkitkan adakah kerana si cilaka Bainun ini penerima anugerah khas Puteri Umno, bekas Naib Ketua Puteri Umno atau dia rapat dengan keluarga tertentu ?

Perlu diberi perhatian “rakan kongsi” cilaka Bainun ini bernama Syed Azmi Alhabshi yang berdasarkan carian internet merupakan Penasihat Mahkamah Kanak Kanak dan Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara.

Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur (No Pertubuhan : PPM-026-14-3102019) dimana Pengerusi : Siti Bainun Bt Abd Razali dan Timb Pengerusi : Syed Azmi Alhabshi

Manakala Persatuan Untuk Anak Kita (No Pertubuhan : PPM-014-10-07032018 ) Pengerusi : Syed Azmi Alhabshi dan Timb Pengerusi : Siti Bainun Abd Razali

Dalam carian internet ditemui Syed Azmi meraikan perintah mahkamah kanak kanak Kuala Lumpur hantar kanak kanak ke rumah neraka penyiksaan milik Bainun di mana dia timbalannya. Guna kedudukan berapa mereka sapu peruntukan kerajaan konon untuk kerja kebajikan dan melindungi anak anak ini malang ? Duit kau telan tapi anak anak kau seksa ?

Berapa pula derma yang dikutip berdasarkan networking kedudukan dia gunakan. Malah mereka kutip derma masuk akaun peribadi. Malah hasil carian di pendaftar pertubuhan menunjukan NGO kendalian mereka ini tidak lapor penyata kewangan.

Syed Azmi inilah yang seleweng perbagai fakta lindungi Bainun dan bila dh tersepit kononya dia tak terlibat (hanya penasihat) dengan rumah penyiksaan Bainun walaupun data menunjukkan dia dan Bainun “rakan kongsi”.

YAB DS Ismail Sabri Yaakob dan YBM Rina Harun… dituntut pecat segera Syed Azmi Alhabsi dari semua peranan kaitan kerajaan. Dedah segera semua peruntukan kerajaan kepada mereka ini dan ambil tindakan kepada pegawai pegawai kerajaan yang cuai dan terlibat.

Berapa ramai lagi Bainun dan Azmi yang berselindung dan berapa lagi rumah penyiksaan seperti itu ada dalam negara ?

Lanjut klik https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=528092062014249&id=100044403794956

Pemimpin UMNO Sendiri Tidak Percaya Kluster Mahkamah Kekalkan Ismail Sebagai PM

Pemimpin UMNO sendiri tidak lagi percaya pada janji atau kenyataan yang keluar dari mana mana kluster Mahkamah. Apa lagi selepas Pilihan Raya Negeri Johor yang menyaksikan Hasni yang sepatutnya kekal sebagai Menteri Besar Johor tidak menjadi kenyataan. Walhal sebelum pembuangan undi, Presiden UMNO sendiri telah berjanji dalam kempennya akan mengekalkan atau mencalonkan Hasni sebagai Menteri Besar Johor.

Jangan ada yang menafikan senario ini. Hakikatnya apa yang ada dalam pemikiran kluster Mahkamah atau pemimpin UMNO yang disabit bersalah di mahkamah ataupun yang sedang dihadapkan di mahkamah kerana salah guna kuasa atau rasuah.

Bukan lagi soal negara bangsa atau hal yang ada kaitannya dengan kehidupan rakyat tetapi tujuan mereka memperkasakan UMNO adalah supaya bila berkuasa penuh kelak, maka kes curi mereka akan dapat dibersihkan, tidak kiralah apa dia kluster Mahkamah atau Timbalan Ketua Menteri Sabah, Bung Mokhtar yang juga terpalit dengan tuduhan makan duit rakyat di Mahkamah. Sebab itulah ada kalanya kita nampak ketika orang orang ini cuba menonjolkan diri di Sidang Parlimen mahupun di luar ini, kita dapati ucapan dan sikap mereka macam orang yang tidak bertamadun, bukan kerana apa kerana tertekan terdesak takut meringkuk dalam penjara setelah kantoi mencuri wang rakyat.


Sejak malam kelmarin, bagaikan berlumba-lumba pemimpin Umno membuat kenyataan memuji keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti yang menamakan Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Sambil mendabik dada, mereka mendakwa pencalonan itu membawa mesej betapa Umno kini berada pada puncak solidariti dan kesiapsiagaan terbaik untuk masuk gelanggang PRU-15.

Pun begitu, seorang Ahli MKT Tajuddin Abdul Rahman tampil dengan reaksi menongkah arus kurang dua jam selepas pencalonan Ismail diumumkan melalui kenyataan akhbar Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan.

Bagi Tajuddin, keputusan MKT bukan jaminan untuk naib presiden itu kekal memegang jawatan perdana menteri kerana apa sahaja boleh berlaku dengan memberi contoh kejadian menimpa “poster boy” Hasni Mohammad di Johor.

Reaksi bekas pengarah pilihan raya Umno itu wajar diberi perhatian kerana beliau mungkin mempunyai maklumat dalaman selain sudah masak benar dengan kerenah kepimpinan partinya terutama kelompok kluster mahkamah.

Jika Tajuddin yang berada dalam MKT kurang yakin dan berjaga-jaga dengan pencalonan itu, adakah rakyat patut menjadi “lebih sudu daripada kuah” dengan menelan bulat-bulat naratif pencalonan Ismail?

Lagipun pencalonan itu dibuat kurang dua bulan selepas persembahan “silap mata” Umno pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor apabila Hasni yang dijaja akan dilantik semula sebagai menteri besar telah diganti dengan Onn Hafiz Ghazi secara tiba-tiba.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi yang kononnya akan membuat penjelasan berkenaan isu itu dalam Ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2021 (PAU 2021) pula sekadar berucap:

“Biarpun barang yang kita order online barang lain, barang yang sampai barang lain, tetapi beliau (Onn Hafiz) tetap menjadi kebanggaan rakyat Johor,”.

Sikap lepas tangan Zahid dalam menguruskan isu yang menyebabkan ada tokoh dari Johor mengakui malu untuk menghadiri PAU 2021 boleh dijadikan petunjuk sejauh mana Umno dan presidennya yang bergelut dengan 47 pertuduhan di mahkamah boleh dipercayai apabila berjanji.

Keputusan MKT itu jika diamati ada kejanggalannya kerana secara tiba-tiba tanpa angin dan ribut, Ismail dinamakan sebagai calon perdana menteri.

Layanan kluster mahkamah terhadap beliau nampaknya berubah 180 darjah secara tiba-tiba.

Walhal sebulan yang lepas, seluruh negara menjadi saksi bagaimana tidak beradabnya layanan kluster mahkamah terhadap Ismail pada malam keputusan PRN Johor dan pada PAU 2021 atas alasan protokol parti.

Perkara ini membuka ruang spekulasi, adakah wujud perjanjian dan tawar menawar “you scratch my back, and I’ll scratch yours” di antara Ismail dan kluster mahkamah.

Malah ada yang bergossip dalam media sosial sehingga mengaitkan pencalonan itu dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang menangguhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas bekas presiden Umno, Najib Razak dalam kes SRC International pada Disember lalu.

Sekiranya keputusan lain yang dibuat MKT Umno turut diperhalusi, pemilihan Ismail sebagai perdana menteri boleh diibaratkan sebagai gula-gula politik kerana ia menyebabkan Ismail terperangkap dan hanya mempunyai dua pilihan.

Sama ada akur dengan ketetapan parti yang dikuasai kluster mahkamah atau berdepan dengan situasi “order barang lain, tapi sampai barang lain”.

Hal ini kerana MKT Umno telah menetapkan 14 Mei ini sebagai tarikh mengadakan PAU Umno Khas bagi meminda perlembagaan yang bertujuan menghalalkan penangguhan pemilihan parti sekali lagi.

Dengan berselindung di sebalik keputusan PAU 2021, pindaan itu akan membolehkan Zahid kekal sebagai presiden Umno sekaligus menjadi perdana menteri belakang tabir yang memegang alat kawalan jauh untuk menekan Ismail mengikut kehendak kluster mahkamah.

Sekiranya benar-benar ikhlas mencalonkan Ismail, beliau perlu diberi laluan untuk menduduki kerusi presiden Umno dan pengerusi Barisan Nasional (BN), bukannya terus berpegang dengan formula “Zahid jaga parti, Ismail jaga kerajaan.”

Formula itu hanya sesuai jika Zahid langsung tidak mencampuri urusan kerajaan, tetapi keputusan MKT yang tidak mahu meneruskan memorandum persefahaman (MoU) bersama Pakatan Harapan (PH) itu sendiri adalah salah satu bentuk campur tangan dalam urusan kerajaan.

Apa hak Umno untuk menekan perdana menteri supaya tidak meneruskan MoU itu selepas tempohnya berakhir pada 31 Julai ini sedangkan kerajaan itu dibentuk oleh sokongan ahli Parlimen pelbagai parti, bukannya kerajaan Umno.

Persoalannya, jika Ismail tidak akur keputusan parti, apa yang bakal berlaku? Adakah akan disabotaj sehingga terpelanting dari kerusi perdana menteri untuk diganti dengan kluster mahkamah atau sekutunya?

Dengan mengambil keberkatan Ramadan, berdoalah supaya kebangkitan semula kluster mahkamah Pakistan tidak berjangkit ke negara ini kerana jika Pakistan boleh, Malaysia pun boleh dan Umno lagilah boleh.

Saladin Hasan Salleh adalah pembaca MalaysiaNow.

Najib Berwuduk Menggunakan Air Mustakmal (video)

Najib dilihat sedang berwuduk menggunakan air mustakmal. Apa itu air mustakmal? air mustakmal ialah air yang suci tapi telah digunakan menyebabkan tidak lagi menyucikan atau tidak lagi boleh digunakan untuk mengangkat hadas besar dan hadas kecil (berwuduk).

Lihat itu, air mutlak (air suci dan menyucikan) yang diguna pakai oleh Najib di cedok dari kolam (lebih dua kolah), selepas itu Najib mencedok air dalam gayung berkenaan dengan TANGANNYA untuk berwuduk, di situlah air mutlak bertukar menjadi air mustakmal, iaitu air yang suci tapi tidak lagi menyucikan, kenapa? kerna air dalam gayung itu tidak cukup dua kolah.

Kenapa air musta’mal (mustakmal) tidak mensucikan?

Air musta’mal tidak mensucikan karena telah hilang kemurnian atau kemutlakan air tersebut, dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiyah al-Kuwaitiyah disebutkan:

إذا استعمل الماء المطلق للطهارة من أحد الحدثين امتنع إطلاق اسم الماء عليه دون قيد، وصار له حكم آخر من حيث الطهورية

Apabila air mutlak (air murni) dipakai untuk bersuci dari salah satu dua hadats (hadats kecil dan hadats besar) maka kemutlakan air tersebut telah hilang, sehingga air ini memiliki hukum lain yang berbeda dari air mutlak dalam penggunaanya untuk bersuci.

Begitu juga yang dikatakan oleh Abu Ishaq as-Syairozi (w 476) dalam kitabnya al-Muhadzab fi Fiqh al-Imam as-syafi’i:

وهل تجوز به الطهارة أم لا؟ فيه طريقان من أصحابنا من قال: فيه قولان المنصوص أنه لا يجوز لأنه زال عنه إطلاق اسم الماء فصار كما لو تغير بالزعفران

Apakah air musta’mal boleh digunakan untuk bersuci? Dalam masalah ini ada dua pendapat dalam kalangan ulama Syafi’iyah, tetapi yang manshus (terverifikasi) adalah bahwa air musta’mal tidak bisa digunakan untuk bersuci karena telah hilangnya kemutlakan nama air pada air tersebut, sehingga hukumnya seperti air yang berubah karena tercampur oleh za’faron.

Semua juga orang jahil, apa lagi admin ni tersangatlah jahil tapi hukum fekah yang paling asas seperti ini Najib tidak tahu atau naif, nah jelas sangat Najib sedang dilupakan atau dalam radar Tuhan.

Nampaknya satu persatu kejahilan Najib terdedah dengan tidak sengaja. Itulah jangan lagi kau mempertahankan atau menegangkan benang yang basah. Adakah patut sudah dua badan kehakiman Malaysia menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Najib kerana mencuri wang rakyat secara terus tapi dinafikan kononnya sebelum Jho Low mencuri wang 1MDB (SRC) Najib belum membuka akaun bank yang terbabit. Alasan mangkuk hayun betul lah!

Pada Julai 2020, Najib telah dijatuhkan hukuman bersalah 12 tahun penjara dan denda 210 juta ringgit oleh Mahkamah Persekutuan dan dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan. Tetapi sistem kehakiman Malaysia membenarkan sekali lagi membuat rayuan, ini kira rayuan kali terakhir lah ni.

Sidang Media Peguam Negara Amerika Berkaitan Salah Roger Ng Dalam 1MDB (video)

Sidang media Peguam Negara Amerika berhubung sabitan bersalah Roger Ng dalam skandal 1MDB. Dimana para juri Mahkamah Brooklyn mendapati bahawa Roger telah mencuri berbilion wang rakyat Malaysia melalui syarikat pelaburan 1MDB yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia Najib Razak pada ketika itu.

Peguam negara Amerika, Breon Peace juga menggambarkan bagaimana wang rakyat Malaysia yang di curi telah digunakan untuk berpesta dan menerbitkan filem yang menelan berjuta wang rakyat Malaysia

Selain itu Breon juga menjelaskan bagaimana FBI terlibat dalam siasatan ke atas Roger Ng dan 1MDB.

Nampak benar Yahudi yang dikatakan jahat mencuri hak orang lain oleh Melayu UMNO demi memperkukuhkan kekuatan UMNO tidak seperti yang digambarkan. Ternyata dalam hal ini orang Yahudi lebih jujur, adil dan baik berbanding Melayu UMNO yang sanggup bodoh demi pemimpin pemimpin UMNO yang sudah kantoi mencuri dalam pengadilan.

Dalam sabitan ini pun masih ada laskar UMNO yang sengaja membuat kenyataan bodoh di grup Whatsapp, dengan menimbulkan persoalan, apa konok hubungannya Roger Ng dan Najib, ada hubungan keluarga kah? Hahaha!

Peniaga Ayam Mentah Dikenakan Kompaun, Salah Siapa? PN (Video)

Video ini bercerita pasal peniaga ayam mentah yang dikenakan denda 500 ringgit kerana menjual lebih mahal dari harga yang disyorkan oleh KPDNKK.

Hakikatnya denda atau penalti itu tidak boleh dikenakan ini kerana harga bekalan ayam yang dibelinya dari pemborong sudah naik harga justeru itulah terpaksa dijual balik dengan harga yang lebih mahal dari yang disyorkan atau ditetapkan oleh KPDNKK.

Benda ni kalau berlaku di era Perikatan Nasional, pasti habis satu keturunan kepimpinan Bersatu dikerjakan oleh laskar maling UMNO.

Dulu semasa kerajaan Perikatan Nasional, mana mana orang yang dikenakan kompaun kerana melanggar SOP maka yang dipersalahkan ialah kerajaan Perikatan Nasional. Begitu juga jika ada orang perseorangan yang menghadapi tekanan hidup pasti yang dipersalahkan ialah juga kerajaan Perikatan Nasional.

Waktu itu bukan hanya menyalahkan kerajaan tapi ada dikalangan laskar UMNO yang sengaja mengibarkan kain rentang kononnya Perikatan Nasional adalah kerajaan yang gagal, walhal kerajaan Perikatan Nasional itu sendiri diwakili oleh pemimpin UMNO yang berjawatan Menteri yang bertanggungjawab.

Munafik kan? Sedangkan hari ini terbukti Kerajaan Keluarga UMNO lah yang gagal mentadbir rakyat hingga berhadapan dengan kenaikan harga barang dan keperluan yang kurang masuk akal.

Rakyat sedar dan tahu UMNO tidak akan mampu menjalankan tanggungjawab mereka sebagai kerajaan dengan baik kerna dalam masa yang sama terpaksa menepis tuduhan yang dihadapi oleh kluster mahkamah.

Sekarang apa cerita peniaga dibawah kerajaan UMNO, semakin hari semakin terhimpit.

Itulah lain kali jangan mudah sengaja menekan isu yang tidak ada kaitannya dengan politik agar sikap saling menyalahkan tidak menjadi budaya orang Malaysia. Seperti alasan yang sering digunakan oleh Najib Razak setiap kali ada tuduhan yang dilemparkan ke atasnya hingga lupa UMNO lah yang paling lama memerintah Malaysia.

Mahkamah Tolak Permohonan Umno Gantung Prosiding Kes Saman SRC

Inilah buktinya UMNO tu adalah wadah yang tersangat miskin dan sangat kotor. Tanpa pembohongan yang mereka lakukan ke atas harta rakyat, khususnya ke atas hak rakyat Sabah dan Sarawak yang diketahui negeri yang kaya raya, berbanding kebanyakan negeri negeri UMNO. Apa yang UMNO ada?

Sebab itulah UMNO takut kehilangan Sabah dan Sarawak, jika tidak apa yang mereka ada. Selain generasi Melayu UMNO yang kaki auta dan salah gunakuasa. Justeru itulah tidak menghairankan kenapa mereka sanggup bodoh mempertahankan pemimpin pemimpin UMNO yang kantoi mencuri.

Sikit sikit menyalahguna kuasa sudahlah, namanya juga politik tapi ini tidak amatlah keterlaluan.

Hari ini Mahkamah Tinggi menolak rayuan UMNO untuk menolak saman SRC ke atas parti UMNO.


Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Umno untuk menggantung prosiding kes saman SRC International Sdn Bhd terhadap parti politik itu bagi menuntut RM16 juta yang didakwa dipindahkan secara salah kepada Umno.

Peguam Shahrul Fazli Kamarulzaman yang mewakili Umno berkata pesuruhjaya kehakiman (JC) Mohd Arief Emran Arifin menolak permohonan itu selepas mendapati tiada keadaan khas untuk menggantung prosiding kes saman itu pada ketika ini.

“JC Mohd Arief juga membayangkan bahawa perbicaraan kes saman ini mungkin akan didengar dua tahun lagi, iaitu pada 2024 bagi memberi laluan kepada pelupusan kes-kes sedia ada yang lain.

“Mahkamah menetapkan 9 Mei ini untuk pengurusan kes selanjutnya secara e-review,” kata peguam itu kepada pemberita selepas prosiding yang berlangsung secara dalam talian hari ini yang turut disertai peguam Nur Syafinaz Vani Abdullah mewakili kesemua plaintif.

Permohonan Umno itu difailkan pada 24 November 2021 antaranya atas alasan parti berkenaan telah mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada 10 November tahun sama, yang menolak permohonan parti politik berkenaan untuk membatalkan kes saman itu dan membenarkan permohonan SRC International, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Jendela Pinggiran Sdn Bhd selaku plaintif bagi meminda writ saman dan pernyataan tuntutan.

Menerusi afidavit sokongan yang difailkan bersama permohonan itu, Setiausaha Kerja Umno Mohd Sumali Reduan mendakwa tiada sebarang prejudis kepada plaintif-plaintif sekiranya mahkamah membenarkan permohonan penggantungan prosiding kes saman berkenaan.

Sementara itu, Shahrul Fazli berkata rayuan anak guamnya di Mahkamah Rayuan akan didengar pada 14 Jun ini.

Dalam tuntutan saman itu, plaintif mendakwa Umno mengetahui bahawa wang RM16 juta itu adalah milik SRC International dan parti politik itu tidak mempunyai asas untuk menerima dana berkenaan.

Pada 10 Mei 2021, kementerian kewangan mengesahkan bahawa 1MDB dan anak syarikatnya SRC International Sdn Bhd telah memfailkan 22 saman bagi mendapatkan semula aset bernilai lebih RM96.6 bilion termasuk RM300 juta daripada pelbagai pihak tempatan.

Kementerian itu menyebut writ saman itu difailkan pada 7 Mei 2021 iaitu enam oleh 1MDB dan 16 oleh SRC.

Malaysia Now

Bekas SUB Imigresen Akui Terima Wang 26K Riyal-Kes Rasuah Zahid Hamidi

SHAH ALAM: Bekas Setiausaha Bahagian (SUB) Hal Ehwal Imigresen, Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, beliau menerima 26,000 riyal daripada Pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani atau “Wan Badak” ketika mereka berada di Arab Saudi.

Perkara itu dinyatakan Shahril Ismail ketika sesi pemeriksaan balas oleh peguam Ahmad Zaidi yang mewakili Ahmad Zahid Hamidi pada perbicaraan bekas Timbalan Perdana Menteri itu dalam kes rasuah visa luar negara (VLN).

Ketika ditanya Ahmad Zaidi, adakah beliau menerima tunai dalam mata wang Arab Saudi 26,000 riyal daripada “Wan Badak”, saksi itu menjawab: “Ada, tetapi tujuan untuk menukar duit.”

Ahmad Zaidi: Saya rujuk satu dokumen yang telah dibekalkan oleh pendakwaan kepada kami (pembelaan) dalam bundle 51A berkenaan kes ini, rujuk dokumen (buku 555 atau buku ‘faraid’) yang telah dirampas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Ia pada Nov 2015, bersesuaian dengan apa yang Datuk beritahu tadi, Datuk pergi mengerjakan umrah. Ada mencatatkan ‘Mode cash kepada Wan Badak, Jumlah 26,000 Riyal, remark Syahril SUB’. Ini catatan Wan Quoris, Datuk setuju?

Shahril: Setuju.

Ahmad Zaidi: Bila Datuk mula terlibat dengan proses lanjutan kontrak UKSB, boleh saya katakan dari mula surat itu dihantar ?

Shahril: Ya, dari mula ia (surat) dihantar.

Shahril turut bersetuju dengan Ahmad Zaidi bahawa beliau menerima RM14,000 daripada Wan Quoris pada 25 Okt 2016, iaitu tarikh sama surat tersebut dihantar kepada bahagiannya.

Bagaimanapun, beliau menafikan beberapa transaksi berjumlah antara RM19,000 dan RM28,000.

Sebelum ini, media melaporkan SPRM merampas satu buku “faraid” milik UKSB yang merekodkan pembayaran kepada pihak tertentu.

Ditanya Ahmad Zaidi lagi, di dalam dokumen sama (buku ‘faraid’) menyatakan “remark cash RM100,000 dan RM50,000 kepada KJ”, beliau menjawab “Ya”.

Ahmad Zaidi: KJ itu Khairy Jamaluddin, yang sekarang Menteri Kesihatan?

Shahril: Ya.

Ahmad Zaid: Ia juga menyatakan SGD70,000 kepada FM. FM merujuk kepada Foreign Minister?

Shahril: Tidak pasti.

Semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raja Rozela Raja Toran, Shahril menjelaskan beliau ke Arab Saudi selepas dipanggil seorang bekas pegawai KDN yang juga orang kampungnya.

“Di situ ada sekali Wan Quoris Shah, masa itu saya memang mahu mengerjakan umrah. Wan Quoris Shah tawarkan kepada saya, jika saya mahu menukar mata wang riyal.

“Saya beranggapan untuk ditukar, saya membawa RM10,000 untuk menukar dengan riyalnya, tetapi dia enggan mengambil wang saya,” katanya.

Ditanya Raja Rozela, adakah 26,000 riyal itu berkaitan kontrak UKSB atau kerja-kerja rasmi? Shahril menjawab: “Tidak, kerana ketika itu saya baru sahaja masuk (KDN).”

Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SGD13.56 juta daripada UKSB, untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan OSC di China dan sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Zahid didakwa sebagai menteri sama telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SGD1,150,000, RM3 juta, EUR15,000 dan USD15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Yazid Mustafa bersambung 10 Mei depan. FMT

Politik Wang, Bawahan UMNO Dapat Apa?

Ada benarnya pun cuba kamu nilai mereka yang mungkin ada di sekeliling anda, apa lagi kalau anda bermastautin di kubu parti lain atau pembangkang.

Ketara tu perbezaan antara pemimpin dan kroni UMNO dan masyarakat yang ada di sekeliling mereka, nampak sangat macam langit dan bumi, walhal berlaku di kubu pembangkang, seperti contoh.

Apa maksudnya ini, maksudnya niat sebenar pemimpin UMO bukan untuk membela rakyat tapi lebih kepada keuntungan diri dan kroni semata mata. Kalau ada pertolongan tu adatlah yang tidak akan dapat mengubah keadaan. (Ini benar benar berlaku di kawasan yang dikuasai pembangkang total, inilah juga yang dimaksudkan mengambil kesempatan dan sikit pun tidak membantu GRS-BN)

Dan sokongan yang tidak berbelah bahagi jelas hanya ditujukan pada Najib dan Zahid yang terpalit dengan tuduhan salah gunakuasa dan di Mahkamah. Apa maksudnya tu?

Maksudnya memang mereka sengaja menyokong kluster Mahmakah supaya nanti bila berurusan akan dipermudahkan dan rasanya mereka ada perasaan persetankan usaha mempertahankan GRS atau biarkan saja Warisan dengan kedudukan mereka.


DIA mengaku, dah bayar dah. Hadir ke persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri, ‘bayar’. PRN Melaka dan Johor, bayar dah. “Saya tahu.” Kata dia kepada perwakilan Umno, ketika PAU baru-baru ini?

Ahli-ahli Umno di bawah dapat apa? Masih terus menyokong parti yang ‘bayar’ sana, bayar sini, ahli dengar sahaja? Atau ahli Umno pun dapat? Banyak mana? Untunglah!

Cerita bayar ini bukan cerita saya. Cerita ini terakam dalam video yang tersebar sekarang. Siap ada muzik latar, lagi Ali Baba Dengan 40 Penyamun.

Begini akhirnya Umno. Sebut pasar perjuangan, bangsa dan agama, rupa-rupanya “amalan rasuah” masih segar dalam parti mereka.

Calon-calon Umno yang menang dalam PRN Melaka dan Johor ‘kenyang’ agaknya mendapat ‘bayaran’ dari mereka yang mampu membayar.

Pengundi dan penyokong BN/Umno pun barangkali sudah senang lenang sekarang, apabila BN/Umno menang 2/3 di Melaka dan Johor.

Rezeki buat mereka. Pilihan raya adalah hari raya bagi Umno. Masing-masing dapat, itu sebab mereka senyap.

Ini bukan saya kata, saya dengar dan tonton video yang tersebar. Dari mulut dia. Bukan mulut ketua cawangan. Ini bukan fitnah. Ini kisah benar. Kecualilah dia “muhong”.

Timbalan dia, pun ada sebut, di tempat dia ada sampul putih. Sampul itu pastinya berisi duit. Tak tahulah kalau ada sampul yang diedarkan berisi belacan.

Tak apalah. Kalau itu cara perjuangan ahli Umno kini, kita yang bukan ahli Umno tengok sahaja. Tak boleh tegur kalau orang dapat duit ni.

Nanti, jadi perbalahan pula. Maklumlah, duit adalah segala-galanya bagi mereka. Mereka berjuang memang untuk dapat duit.

Itu sebab, banyak kes kita dengar, akaun Umno kena beku. Sebab apa kena beku, saya tidak perlu tulis di sini.

Kalau nak kaya, masuk Umno. Duit mudah. Projek mudah. Slogan mereka, ‘hidup rakyat”. Mereka hidupkan ahli dan penyokong mereka dengan sampul dan duit.

Yang minta keluarkan duit KWSP mungkin bukan ahli Umno. Ahli Umno dah ada banyak duit. Sana-sini mereka dapat. Mereka dibayar setiap pergerakan mereka.

Yang nak bertanding dalam Umno, makin tinggi jawatan yang mereka inginkan, makin mahal bayaran yang mereka sediakan.

Mereka semua banyak duit. Khabarnya banyak jutawan (selain Arab) yang sedia menderma mereka.
Kalau ada orang Umno kata mereka tidak dapat apa-apa, kena tengok dulu orang yang cakap itu.

Adakah mereka benar-benar ikhlas atau mereka pura-pura aje. Maklumlah, manusia hipokrit dan munafik ini wujud.

Ada yang dah dibayar, masih mengatakan mereka tidak dapat apa-apa. Ada pula dah dapat duit, mereka jadi bisu.

Ada yang baru melompat dari parti lain, masuk Umno, khabarnya sekarang sarapan sehari dua kali, makan tengahari, dua kali sehari, minum petang dua kali sehari dan makan malam, dua kali sehari.

Sebab apa jadi macam itu, katanya, terlalu mewah dan tidak biasa dapat sebanyak itu. Beberapa orang yang meninggalkan parti lama, masuk Umno di PRN Johor baru-baru ini, saya diberitahu, mandi pagi pun dua kali sehari.

Umno parti pilihan mereka. Yang beria-ia bercakap soal perjuangan, kita dengar boleh, percaya jangan.

Tengok kereta apa mereka pakai. Tengok jam apa mereka guna. Ada berapa biji kereta di rumahnya. Isteri mereka guna beg tangan cap apa?

Nak sokong lagi? Silakan!

Daud Ibrahim

Sumber Sabah Baru News

Kerajaan GRS Sabah Kini GRS-BN

Selepas ini kerajaan negeri Sabah akan dikenali sebagai kerajaan GRS BN.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menjawab persoalan atau cadangan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Dimana Ketua UMNO Sabah Bung Mokhtar Radin meminta agar kerajaan Sabah yang hanya dikenali sebagai GRS ditambah aksara BN menjadi GRS-BN.

“Memang itu namanya walaupun ia bukan gabungan GRS, tetapi kerajaan (Sabah) yang ada hari ini adalah GRS dan BN,” katanya.

“BN juga merupakan sebahagian daripada kerajaan yang ditubuhkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu dan dipersetujui kedua-dua pihak”

Menjadi tanda tanya pada admin kenapa tidak menggunakan aksara UMNO, memandangkan Bung adalah Ketua UMNO Sabah, parti yang sinonim dengan orang Melayu sebenar bukannya Melayu plastik seperti ada di Sabah ini. Pelik kan?

KDMR menyokong UMNO, mangkin lah pelik nampak macam badut pun ada.

Bha tidak apalah yang penting orang Sabah sedia maklum BN itu bermaksud UMNO dan UMNO tidak terlibat menggugat kerajaan Warisan hingga membawa kepada pilihan raya negeri 2020.