Najib Gagal Saman AmBank Berhubung SRC

Sudahlah Najib gagal meneruskan samannya ke atas AmBank, hakim juga dapat menghidu matlamat jahat di sebalik saman yang dikemukakan. Sebenarnya bukan hanya Najib yang kantoi tapi individu yang memainkan peranan dalam saman ini iaitu Shafee Abdullah lagilah malu. Kantoi membohong dan cuba menipu!

Hakim Yaacob berkata mahkamah berpendapat bahawa beliau (Najib) berusaha untuk meneruskan saman sivilnya untuk menjejaskan prosiding jenayah dan penemuan oleh Mahkamah Tinggi Jenayah dan Mahkamah Rayuan dalam kes jenayah SRC International.

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan hari ini untuk mengembalikan semula saman sivil terhadap AmBank Islamic Bhd dan dua lagi berhubung dakwaan salah urus akaun banknya.

Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Yaacob Md Sam, Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim sebulat suara menolak rayuan Najib dan memerintahkan beliau membayar kos RM40,000 kepada AmBank Islamic serta AMMB Holdings Bhd dan kos RM35,000 kepada bekas pengurus perhubungan pelanggan Joanna Yu Ging Ping yang juga responden dalam rayuan itu.

Hakim Yaacob yang menyampaikan keputusan mahkamah berkata pertuduhan jenayah yang dihadapi Najib dalam kes SRC International Sdn Bhd (SRC) bukan disebabkan oleh AmBank Islamic, AMMB Holdings dan Yu.

“Ia adalah soal kuasa budi bicara tunggal atau tidak terikat oleh Peguam Negara, sebagai pendakwa raya untuk memulakan sebarang prosiding pertuduhan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram,” katanya.

Beliau berkata isu dalam saman sivil Najib dan kes jenayah SRC International adalah hampir serupa, jika tidak sama sepenuhnya.

Hakim Yaacob berkata mahkamah berpendapat bahawa beliau (Najib) berusaha untuk meneruskan saman sivilnya untuk menjejaskan prosiding jenayah dan penemuan oleh Mahkamah Tinggi Jenayah dan Mahkamah Rayuan dalam kes jenayah SRC International.

Yu adalah seorang daripada saksi pendakwaan dalam perbicaraan yang dihadapi Najib atas tujuh pertuduhan berkaitan dakwaan penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali mensabitkan kesalahan serta menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib dalam kes jenayah SRC International.

Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 8 Disember 2021. Najib memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman di Mahkamah Persekutuan.

Najib juga mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada Julai 2020 yang membatalkan samannya terhadap bank itu dan Yu, yang beliau dakwa antara lain telah melakukan kecuaian ketika mengendalikan akaun banknya dengan mendedahkannya kepada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Kapal Tempur: Selepas Dua CEO, Broker Pula Ditahan

Seorang lelaki berusia 62 tahun berperanan sebagai broker ditahan kira-kira pukul 9.30 malam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan. – Foto SPRM

SEORANG broker ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bagi membantu siasatan kes mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu berkaitan kontrak perolehan enam buah kapal tempur pesisir pantai (LCS).

Menurut sumber SPRM,  lelaki itu dipercayai telah mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu yang dianggarkan bernilai RM24 juta kepada sebuah syarikat perkapalan melalui tiga syarikat.

Menurutnya, lelaki berumur 62 tahun itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira 9.30 malam semalam.

Sumber itu berkata siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Broker itu kini direman selama lima hari sehingga 30 Jan setelah perintah reman dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas SPRM membuat permohonan tersebut di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini.

Baca: Kontrak kapal tempur: SPRM tahan dua CEO

SPRM pada Isnin menahan dua ketua pegawai eksekutif syarikat susulan penemuan petunjuk baharu dalam siasatan ke atas kontrak perolehan enam kapal LCS oleh Bousted Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).

Pada 21 Nov lepas, Presiden Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM) Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid membuat laporan kepada SPRM berhubung projek pembinaan enam kapal LCS yang gagal diserahkan mengikut jadual.

Projek bernilai RM9.128 bilion itu dianugerahkan kepada BNS oleh kerajaan melalui Kementerian Pertahanan dengan RM6 bilion sudah dibayar bagi tujuan pembinaan keenam-enam kapal tersebut secara serentak.

— BERNAMA


Sebelum ini Presiden UMNO Zahid Hamidi terlebih dahulu telah disiasat oleh PAC sebelum siasatan rasmi di jalankan oleh SPRM.

Indonesia dan Switzerland Enggan Terima Tajuddin dan Nazri Sebagai Duta Malaysia

Betul kah cerita ini negara Indonesia dan Switzerland enggan menerima Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz sebagai duta Malaysia.

Sudah tentu ada benarnya ini sebab Tajuddin sendiri sedang menjalani perbicaraan di Mahkamah dan mereka adalah pemimpin UMNO sekaligus menjadi pendukung kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang kantoi maling iaitu Najib Razak dan Zahid Hamidi.

Justeru itu tidak mungkin pula Indonesia sanggup kehilangan pelabur luar hanya kerna UMNO yang tidak ada kaitannya dengan mereka.

Rakyat Korea Selatan adalah rakyat yang paling keras menentang pemimpin yang kantoi memakan wang rakyat. Lihat apa berlaku pada Perdana Menteri mereka, dijatuhkan hukuman penjara beberapa tahun selepas di sabitkan bersalah oleh Mahkamah.

Lee Myung Bak bekas Perdana Menteri Korea Selatan di penjara 15 tahun kerana kantoi menjalankan rasuah.

Justeru itulah kenapa Hyundai syarikat dari Korea Selatan yang sekian lama melabur tidak semena mena meninggalkan Malaysia dan berpindah ke Indonesia.

Apa lagi Indonesia sedang sibuk menangani aktiviti penyelewengan dikalangan Menterinya jadi menerima orang seperti Tajuddin hanya membangkitkan kemarahan rakyat pada kepimpinan Jokowi.

Dalam skandal 1MDB, Switzerland menjadi tempat penyembunyian wang rakyat yang di curi oleh Jho Low dan Najib Razak dan sehingga hari masih ada RM3 bilion yang dibekukan disana. Walaupun bekas menteri kewangan II, Ahmad Husni Hanadzlah cuba mengambilnya tapi dihalang oleh Najib Razak.

Nampaknya UMNO hanya di terima oleh Melayu UMNO sedangkan masyarakat antarabangsa memandang jijik kepimpinan UMNO. Apa sudah jadi ni kawan?

Indonesia pun tidak sanggup menerima pemimpin UMNO sebagai duta. Negara kelahiran Presiden UMNO Zahid Hamidi pula tu.

Cadangan Awal Zahid Digantung Dari Jawatan Presiden UMNO

Rupanya awal dulu telah ada cadangan dari Ahli UMNO sekiranya kedudukan Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO digantung, bagi mengelakkan Zahid memperalatkan UMNO. Ia susulan ketetapan yang diambil oleh jawatan kuasa pengurusan dibawah kepimpinan Najib pada waktu itu.

Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan (Tok Mat) juga pernah mencadangkan pada Zahid agar pergi bercuti sementara siasatan dijalankan.

Sayangnya gesaan atau cadangan itu dipandang sepi oleh Ahli-Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Malah terbalik, kita nampak kini Tok Mat adalah jentera utama kluster Mahkamah. He!

Kesannya sekali lagi UMNO berhadapan dengan persepsi buruk masyarakat apa bila Zahid menggunakan kedudukannya sebagai Presiden parti mendesak Perdana Menteri agar mempengaruhi keputusan Mahkamah berhubung perbicaraan yang dia hadapi.

Namun Perdana Menteri enggan memenuhinya menyebabkan Zahid mengheret UMNO keluar dari kerajaan Perikatan Nasional.

Zahid Hamidi berhadapan dengan 45 atau 47 tuduhan rasuah di Mahkamah, melibatkan Yayasan Akal Budi dan pemberian Visa di luar negara.


Peguam dan anggota Umno Adnan Seman berpendapat Majlis Tertinggi (MT) parti itu mempunyai kuasa untuk menggantung Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada jawatan Presiden.

Dalam suatu kenyataan hari ini, Adnan yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak berkata MT selaku badan eksekutif parti pada 29 Mei 2009 telah memutuskan sebarang anggota Umno yang dikenakan pertuduhan di mahkamah akan digantung daripada tugas-tugas parti sehinggalah kesnya diselesaikan.

Beliau berkata hal ini cadangan jawatankuasa pengurusan parti di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak yang melaksanakannya.

Adnan berkata Umno pada 16 April 2009 menetapkan duluan (precedent) dengan menggunakan Fasal 10.10 perlembagaan parti itu untuk menggugurkan Datuk Suhaili Abdul Rahman daripada jawatan ahli majlis tertinggi.

“Maka Majlis Tertinggi Umno sememangnya mempunyai kuasa penuh bagi menentukan samada jawatan presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh digugurkan dan beliau perlu bercuti sehingga kes pendakwaan beliau di Mahkamah selesai atau sebaliknya,” kata Adnan yang juga calon BN bagi parlimen Bandar Tun Razak.

Pertikai kenyataan timbalan presiden Umno

Adnan berkata beliau mengeluarkan kenyataan selepas kritikan terhadap Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan yang mengatakan Zahid mungkin perlu bercuti sementara menunggu keputusan perbicaraan.

“Ada beberapa pihak yang mempertikaikan kenyataan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkaitan kewujudan Prosedur Operasi Standard (SOP) Umno yang menetapkan bahawa jika terdapat ahli yang berjawatan tinggi didakwa di mahkamah, mereka perlu mengambil cuti sebagaimana yang dilaporkan media..

“… pemimpin atau mana-mana ahli parti yang didakwa di mahkamah secara automatik akan digantung semua jawatannya di dalam parti dan sekiranya dia berjaya di dalam proses mahkamah, dia akan mendapat kembali jawatannya,” kata Adnan.

Zahid dikenakan 45 pertuduhan rasuah, jenayah pecah amanah dan pengubahan wang haram di mahkamah hari ini dan beliau memohon dibicarakan.

Mohamad pula menjelaskan keputusan MT Umno yang berhadapan perbicaraan di mahkamah pada 2009 ditetapkan untuk melindungi imej parti.

Beliau berkata kes Zahid perlu dibincangkan pada peringkat jawatankuasa pengurusan Umno sebelum dibawa kepada majlis tertinggi parti.

PCS Parti Anti UMNO Bertanding Separuh Dari 73 Di PRN Kelak

Parti Cinta Sabah (PCS) sebuah parti tempatan Sabah yang ingin dikenali sebagai parti yang anti pada politik UMNO ataupun anti UMNO.

Awal-awal lagi menerusi Timbalan Presidennya Datuk Wilfred Bumburing. Mengisyaratkan bahawa mereka akan bertanding lebih separuh daripada 73 kerusi yang dipertandingkan di pilihan raya negeri kelak

PCS yang diketuai oleh mantan Menteri Luar Negeri Datuk Anifah Aman kini bergerak aktif di pelusuk Sabah bagi mengembangkan parti itu.

Entah Kenapa Pemimpin UMNO Menyerang Bersatu Sabah

Pemimpin UMNO yang kecewa kerana kalah merebut jawatan tertentu melepaskan geram mereka pada Bersatu Sabah. Mereka lupa kepimpinan mana yang berjaya mempertahankan UMNO pada PRU yang lepas. 

UMNO Sabah berjaya mempertahankan kemenangan sedangkan UMNO Semenanjung kalah teruk. Nasib baiklah berlaku kejadian yang tidak dijangka menyebabkan UMNO menjadi sebahagian daripada kerajaan walaupun kalah di pilihan raya yang lepas.

Kenapa mereka tidak mempersoalkan calon UMNO yang kalah sebagai bukti bahawa kemenangan calon BN pada PRU yang lepas adalah kerana faktor calon itu sendiri bukannya faktor UMNO.

Hentikanlah serangan seperti ini apa lagi perundingan di antara parti-parti komponen PN belum berlaku. Tarikh pilihan raya pun belum lagi diumumkan dan adakah pembubaran DUN Sabah sah di sisi undang-undang, siapa tahu ia terbatal.

Pergeseran berlaku bilamana Ketua Bersatu Sabah menyatakan bahawa partinya akan bertanding di 45 kerusi DUN jika PRN berlaku dalam tempoh yang terdekat. Tapi itupun pintu perundingan sentiasa terbuka kepada semua parti termasuklah UMNO.

Janganlah terlalu pelupa tanpa kumpulan Gabungan Sabah yang diketuai oleh Tan Sri Musa dan Datuk Hajiji serta pemimpin utama dari parti tempatan Sabah. Tidak kerajaan Warisan tumbang walaupun baru masuk tiga tahun sebagai kerajaan negeri.

Jangan lupa pihak mana yang bertanggungjawab menumbangkan Warisan. Oleh itu jangan lebih sudu dari kuah. Memalukan tu. Hemmm!

Bersatu Sabah Siaga Menghadapi PRN Tanding 45 Kerusi

PPBM Sabah telah bersiaga sepenuhnya dalam menghadapi pilihan raya umum negeri berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah.

Justeru itu Ketua Pimpinan Bersatu Sabah Datu Hajiji Noor akan mengadakan mesyuarat pada minggu depan bagi memperhalusi persiapan jentera pilihanraya di setiap DUN di negeri ini.

Menurut beliau Bersatu Sabah telah mengenal pasti 45 kawasan DUN yang akan ditandingi oleh calon calon Bersatu. Calon akan terdiri daripada mereka yang berwibawa mempunyai credibility, capability dan winnable bagi memenangi setiap kerusi yang ditandingi.

Walaubagaimanapun Bersatu Sabah sentiasa terbuka atau bersedia berbincang dengan mana-mana parti dalam komponen Perikatan Nasional seperti BN bagi menghadapi PRN Sabah demi mengumpul kekuatan dan untuk memastikan kemenangan dalam pilihan raya yang akan datang.

Sudah tentulah Bersatu Sabah akan menawarkan manifesto dan halatuju yang terbaik untuk rakyat Sabah antaranya fokus kepada membangun semula ekonomi Negeri setelah dilanda krisis dan pandemik Covid 19. Selain itu yang juga menjadi keutamaan Bersatu Sabah akan terus memastikan hak-hak, kepentingan rakyat dan negeri Sabah terus dipertahankan.

Bersatu Sabah akan menjadi alternatif terbaik dan diterima oleh sebilangan besar rakyat Sabah untuk menerajui kerajaan negeri.

Manifesto akan dilancarkan sebelum tarikh penamaan calon.