Polis Terima Laporan Draf Penghakiman Dan Sedang Disiasat

Telah disahkan pihak polis menerima laporan “kebocoran” penghakiman Najib Razak.

Di mana ketua polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abdul Kassim mengesahkan menerima laporan berkenaan dan siasatan sedang dijalankan.

Orang yang mula mula menyebarkan draf berkenaan adalah Raja Petra melalui portal Malaysia Today kalau tidak salah. Hal ini diakui sendiri oleh Raja Petra.

Justeru orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak benar atau membuat perkara yang melanggar undang-undang.

Walaupun pada hakikatnya admin boleh menjelaskan sebab draf penghakiman boleh diproses sebelum perbicaraan rayuan akhir Najib Razak berakhir. Ini berdasarkan siaran video atau kenyataan seorang peguam yang menjelaskan perkara di atas.

Pokoknya draf itu bukannya final tapi namanya juga draf. Hanya laskar sanggup bodoh yang terlalu mengada ngada dan sebenarnya sengaja mempolitikkannya.

Jangan kita lupa isu sebenar SRC dan mengapa Najib disabitkan oleh tiga sistem kehakiman. Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan terakhir Mahkamah Persekutuan. Jangan lupa Shafee Abdullah itu peguam tersohor tapi dia pun mati kutu.

Apa kita tunggu dan lihat perkembangannya. Ini bukan soal pemimpin UMNO atau bukan tapi kebenaran yang telah terjadi.

Najib Jalani Hukuman Penjara Serta Merta

Podcast

PUTRAJAYA: Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini.

Dengan keputusan itu, di akhir prosiding ini, Najib akan mula menjalani hukuman penjaranya berkuat kuasa hari ini.

Sumber Utusan Malaysia

Permohonan Shafee Tangguh Prosiding Tukar Hakim Ditolak

Shafee sebelum ini telah memaklumkan menarik diri dari mewakili Najib dalam rayuan akhir skandal SRC.

Tapi hari ini dia muncul dan minta pada Mahkamah agar membenarkan dia berhujah berhubung permohonan menukar ketua hakim tapi ditolak oleh Mahkamah.

Ini kerana menurut Peguam pendakwa, ia hanyalah taktik Shafee untuk menangguhkan perbicaraan bilamana mengemukakan permohonan di saat akhir. Taktik ini bukan kali pertama digunakan oleh Shafee Abdullah.


PUTRAJAYA: Selepas digugurkan daripada menjadi peguam utama Datuk Seri Najib Abdul Razak bulan lepas, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membuat kemunculan semula dalam prosiding rayuan terakhir bekas Perdana Menteri itu di Mahkamah Persekutuan hari ini.

Terdahulu, peguam baharu Najib, Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan panel lima hakim yang dipengerusikan oleh Tun Tengku Maimun Tuan Mat bahawa Muhammad Shafee akan membantu beliau dalam permohonan Najib agar Ketua Hakim Negara itu menarik diri daripada mendengar rayuan kes itu.

Tengku Maimun berkata “saya ingat beliau telah digugurkan” dan meminta Hisyam meneruskan hujahan sementara menunggu Muhammad Shafee.

Apabila Muhammad Shafee tiba di mahkamah, beliau menjelaskan bahawa pendiriannya hari ini yang memohon agar prosiding itu ditangguhkan bukanlah satu taktik untuk melengahkan pendengaran rayuan tersebut.

“Saya hanya dimaklumkan mengenai perkara ini oleh Hisyam dua jam lepas dan saya tidak memiliki sebarang bahan dengan saya.

“Lagipun, integriti badan kehakiman sedang terancam. Tiada salahnya membenarkan penangguhan bagi membolehkan saya menyediakan hujahan dalam tempoh 24 jam. Keadilan mesti dilihat ditegakkan,“ katanya.

Timbalan Pendakwa Raya ad hoc Datuk V. Sithambaram membantah permohonan itu atas alasan ia akan menghuru-harakan rayuan kes tersebut.

“Yang Amat Arif, ini bukan kali pertama, di Mahkamah Rayuan sekali pun, sehari sebelum penghakiman pada 8 Dis (tahun lepas), mereka (pembelaan) memfailkan permohonan untuk mengemukakan bukti baharu. Ini adalah satu kesalahan yang serius.

“Saya telah memulakan hujahan minggu lepas manakala mereka enggan berhujah. Permohonan ini adalah mala fide semata-mata, justeru saya membantah penangguhan itu,“ katanya.

Tengku Maimun menolak permohonan itu atas alasan tiada sebab untuk menangguhkan prosiding penarikan diri beliau daripada mendengar rayuan Najib dan meminta Hisyam meneruskan hujahannya.

Muhammad Shafee kemudian menyoal “Bolehkah saya kembali esok?”

Tengku Maimun berkata terpulang kepada peguam itu sama ada beliau ingin kembali esok.

“Jika kita teruskan hari ini, semuanya akan selesai hari ini. Tiada alasan untuk kamu (Muhammad Shafee) kembali esok. Malah, tiada siapa perlu kembali esok,“ kata Ketua Hakim Negara itu.

Hisyam kemudian meneruskan hujahan beliau mengenai permohonan agar Tengku Maimun menarik diri daripada mendengar rayuan kes SRC Najib.

Mahkamah menangguhkan sementara prosiding hari ini untuk membincangkan permohonan Najib berhubung penarikan diri Tengku Maimun.

Terdahulu, Muhammad Shafee tiba di Istana Kehakiman pada 11.15 pagi dan dilihat meninggalkan kompleks mahkamah pada kira-kira 11.45 pagi. – Bernama

Sumber The Sun

Hari Ini Keputusan Kes Rayuan Akhir Najib

Pejam celik pejam celik sampai juga ke penghujung, hari ini adalah keputusan rayuan Najib Razak di Mahkamah Persekutuan berhubung sabitan bersalah skandal SRC di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Lama juga kes SRC ini berakhir, lebih dua tahun kalau tidak silap.

Jika sabitan bersalah Najib dikekalkan itu bererti Najib akan dihantar ke penjara Sungai Buloh bagi menjalani hukuman 12 tahun selain terpaksa membayar denda 210 juta ringgit. Jika gagal membayar denda maka tempoh hukuman penjara akan ditambah.

Jika keputusan hakim sebaliknya, entah apa berlaku selepas itu. He!

Tapi rasanya tidak ini berdasarkan kenyataan beberapa peguam diluar sana yang berkeyakinan Najib akan dipertanggungjawabkan.


PUTRAJAYA: Nasib Datuk Seri Najib Razak, dijangka diputuskan hari ini, berhubung rayuan terakhirnya mengetepikan sabitan dan hukuman berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, susulan keengganan peguamnya untuk membuat sebarang hujahan bagi membela bekas perdana menteri itu.

Jumaat lalu peguam utama Najib, Hisyam Teh Poh Teik, memaklumkan panel lima anggota Mahkamah Persekutuan, yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, beliau juga tidak akan mengemukakan hujahan lisan untuk anak guamnya.

Bekas Perdana Menteri itu mengemukakan rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan, bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta, yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana SRC International.

Mahkamah Persekutuan sebelum ini menetapkan 10 hari, untuk mendengar rayuan terakhir Ahli Parlimen Pekan itu.

Berita Harian (BH) membawa laporan langsung keputusan kes rayuan terakhir Najib daripada petugas kami, Ahmad Johari Mohd Ali dan Farah Marshita Abdul Patah; jurugambar, Aswadi Alias, Mohd Fadli Hamzah, Eizairi Shamsudin dan Asyraf Hamzah, serta pasukan multimedia, Asrizal Aris dan Khairus Ramli dari Mahkamah Persekutuan.

Sumber Berita Harian

Pemimpin UMNO Bertemu PM Bincang Hal Najib Razak

Kalau berita ini benar, sahlah Malaysia ni negara yang malang dibawah kepimpinan UMNO.

Daripada kepimpinan Umno membela Najib yang kantoi kerana mencuri wang rakyat di mahkamah, lebih baik UMNO membela masyarakat biasa yang terpaksa melakukan jenayah demi kelangsungan hidup.

Itu keldai dadah yang terdiri dari anak tempatan dan masih muda, mereka tidak tahu tu mereka dijadikan keldai dadah, tapi kalau sudah dicekup, waktu itu apa buat, terpaksa tanggunglah apa pun hukuman yang dijatuhkan.

Ini Najib sudah tua bongkak lagi kantoi mencuri wang rakyat, masih wajar untuk dipertahankan kah?

Esok esok Zahid Hamidi lepas itu Bung Mokhtar yang perlu dibela dengan merosakkan konstitusi kehakiman.

Betul betul UMNO parti untuk orang orang yang sanggup dibangsatkan.


KUALA LUMPUR: Pertemuan beberapa pemimpin UMNO difahamkan sedang berlangsung dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di kediaman Sri Perdana, Putrajaya.

Ia bagi membincangkan mengenai nasib Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan diketahui esok.

Menurut sumber, pemimpin UMNO berkenaan meminta bantuan Perdana Menteri supaya campur tangan dalam kes mahkamah Najib supaya keputusan tersebut ditangguhkan ke satu tarikh lain.

“Yang dah sampai, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Datuk Seri Ahmad Maslan, Datuk Seri Khaled Nordin.

“Mereka sedang berbincang,” katanya ringkas.

Jelas sumber, pertemuan dengan Perdana Menteri itu adalah selepas mengadakan mesyuarat tergempar dengan Ketua Bahagian UMNO yang dihadiri seramai 73 orang.

“Ramai yang tidak bersetuju untuk Perdana Menteri campur tangan, tetapi apa yang mereka boleh buat? Kunci mulut dan akur sahajalah dengan perancangan Presiden,” jelasnya.

Sumber.

Terkini Menara Dato Onn Dilanda Ribut (video)

Betul kah berita yang saya terima ni.

Rentetan sumpah semalam kah ni menyebabkan bangunan UMNO dilanda ribut yang tidak pernah berlaku? Hanya Allah yang tahu.

Saya tidak pasti lokasi perjumpaan Ketua Ketua Bahagian yang berlangsung petang tadi. Di bangunan ini kah?


Copy paste.

Terkini Dari Menara Dato Onn

Ketika kerajaan PH & Dap tadbir negara, KL banjir teruk dan UMNO dikata bala dari Allah. Sekarang di menara Dato Onn HQ UMNO dan seluruh negara kita sedang ada ribut dan angin kuat serta hujan non stop. Adakah bala untuk orang UMNO yang tunggang melayu islam dan quran untuk tutup kelemahan dan nafikan keputusan mahkamah?

Takut Penjara,158 Ketua Bahagian UMNO Tuntut PRU Disegerakan

158 Ketua Bahagian UMNO seluruh Malaysia menuntut agar Pilihan Raya Umum segera diadakan.

Kenapa pula UMNO yang menuntut bukannya pembangkang memandangkan Perdana Menteri Malaysia adalah Naib Presiden UMNO.

Kalau nak sangat pilihan raya ugutlah Perdana Menteri supaya membubarkan Parlimen, apa susah.

Teringat tarikh akhir pilihan raya umum 2018. Tinggal beberapa bulan penggal pemerintahan berakhir namun Parlimen belum dibubarkan. Banyak alasan yang dikemukakan walhal bergelumang dengan skandal 1MDB, yang menyebabkan UMNO tumbang.

Ironinya gara gara 1MDB juga UMNO memaksa pilihan raya umum ke 15 segera diadakan. He!

Janganlah perangai tu macam budak budak, kamu yang berhadapan dengan tuduhan rasuah di Mahkamah dan sikit hari lagi ramai pemimpin UMNO meringkuk dalam penjara termasuk Presiden UMNO Zahid Hamidi. Terus kamu susahkan rakyat dengan hari hari kempen dan hari mengundi, semata mata menyelamatkan pemimpin UMNO dari penjara, itu pun jika menang.

Memang pentingkan diri sangatlah UMNO ni.


Kuala Lumpur: Ketua bahagian Umno seluruh negara sebulat suara mendesak supaya Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) diadakan segera.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, keputusan itu dibuat dalam pertemuan tergempar pimpinan tertinggi parti bersama Ketua Bahagian di Menara Dato’ Onn di sini, hari ini.

Beliau berkata, mesyuarat yang bermula 11 pagi itu antara lain turut membincangkan mengenai keperluan akar umbi bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

“Tujuan kami dipanggil hari ini adalah untuk melihat kesiapsiagaan jentera PRU di setiap bahagian dan menyampaikan hasrat kami supaya jelas keperluan kami untuk menghadapi PRU.

“Malah, dalam mesyuarat itu tadi sebulat suara ketua bahagian yang hadir mahukan PRU dilakukan dengan kadar paling segera.

“Keputusan ini akan disampaikan kepada Perdana Menteri oleh Presiden dan Setiausaha Agung parti,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Menara Dato Onn di sini, sebaik selesai mesyuarat itu.

Mesyuarat itu dihadiri oleh kira-kira 158 orang.

Antara pimpinan tertinggi parti yang hadir termasuk Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung Datuk Seri Ahmad Maslan.

Ditanya sama ada pertemuan itu turut membincangkan kes rayuan akhir membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Persekutuan, Jamal berkata, ia tidak dibincangkan.

“Tiada langsung, tidak disentuh dan dibincangkan,” katanya.

Sumber Metro

Sumpah Laknat Najib Hanyalah Membuktikan Bodohnya

Semalam Najib bersumpah bagi membuktikan dirinya tidak bersalah menerima wang RM42 juta dari SRC.

Sedangkan Mahkamah telah membuktikan Najib telah membelanjakan wang SRC yang dimasukkan ke akaun peribadinya menyebabkan Najib menerima hukuman penjara 12 tahun dan denda 210 juta.

Hakikatnya dalam usaha Najib membersihkan namanya selaku pemimpin UMNO dia juga cuba menambah sokongan ke atas dirinya. Supaya kalau pun Najib ketika itu berada di penjara tapi masih ramai yang mengundi calon UMNO pada pilihan raya umum ke 15.

Namun Najib lupa satu perkara iaitu hikmah di sebalik sumpah laknatnya. Najib Razak telah berjaya membuktikan dirinya bodoh selaku Perdana Menteri waktu itu dan Najib telah memberikan bola tanggung pada pihak pendakwa untuk mengekalkan sabitan bersalah dan hukuman penjara yang telah dijatuhkan, silap haribulan hukuman bertambah.

Admin telah mendengar perkara-perkara yang dilafazkan dalam sumpah laknat Najib Razak.

Najib Razak melafazkan dia tidak pernah mengetahui secara khusus dana RM42 juta datang dari SRC yang telah dimasukkan ke akaun peribadinya.

Tetapi kenapa semasa soal jawab di Mahkamah Najib mengaku menerima RM42 juta dari SRC. Baca link ini, laporan berita Najib mengaku tahu RM42 juta dalam akaunnya dana SRC, mahkamah diberitahu

Kedua Najib melafazkan tidak pernah bersetuju mewujudkan syarikat SRC untuk kepentingan peribadinya.

Pelik benar butiran sumpah ini, mana ada manusia di muka bumi ini yang walaupun sedar dirinya ditipu tapi tetap memberikan kepercayaan pada Jho Low untuk menjalankan perniagaan 1MDB kecuali Najib Razak. He!

Ketiga Najib juga bersaksi tidak pernah mengarahkan mana mana kakitangan supaya menyeleweng dana SRC untuk diberikan padanya.

Tapi pada hakikatnya portal berita melaporkan Najib arah pengerusi KWAP supaya mempercepatkan pinjaman SRC. Baca link ini ‘Najib arah beri wang lebih awal sebelum surat jaminan dikeluarkan’

Di mana bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan yang juga bekas pengerusi KWAP Dr Wan Abdul Aziz berkata Najib mengarahkan demikian dalam satu panggilan telefon namun beliau lupa bila panggilan telefon itu dibuat. Bukan kah ini membuktikan secara tidak langsung Najib terlibat dalam pinjaman SRC menyebabkan dia mendapat imbuhan yang tidak diketahuinya.

Imbuhannya ialah wang RM42 juta dari SRC yang dimasukkan ke akaun peribadinya dan telah dibelanjakan sesuka hati. Pertanyaannya, Najib tidak tahu dari mana datangnya RM42 juta tapi dibelanjakan sesuka dan tidak boleh pertanggungjawaban?

Perkara keempat yang dilafazkan, Najib tidak pernah terlibat dalam mesyuarat kabinet untuk meluluskan jaminan kerajaan bagi pinjaman KWAP sebanyak RM4 bilion kepada syarikat SRC untuk mendapatkan habuan RM42 juta. Orang sudah tahu lama Najib oiii, kaulah Perdana Menteri, kau lah Menteri Kewangan dan kau jugalah Pengerusi 1MDB. Justeru apa perlunya mesyuarat kabinet kalau sekadar untuk menyokong pinjaman anak syarikat 1MDB iaitu SRC.

Hakikatnya agensi kerajaan yang terlibat memberikan pinjaman kepada SRC waktu itu hanya memerlukan sokongan daripada seorang Perdana Menteri seperti mana jawapan bekas pengerusi KWAP diatas.

Syarikat tidak wujud 1MDB dan anak syarikat nya SRC hanya menyebabkan rakyat negara ini kerugian dan menanggung hutang sehingga berbilion ringgit. Tapi hanya menguntungkan Jho Low dan kroninya. Sedangkan rakyat pro UMNO dan ahli UMNO yang menegakkan benang basah atau mempertahankan penyelewengan yang dilakukan oleh Najib Razak dan kluster Mahkamah yang lain, sekadar hidup susah mati pun susah.

Poinnya disini pendakwaan Najib Razak telah membelanjakan wang rakyat sebanyak RM42 juta tidak mampu disangkal oleh peguamnya dan Najib sendiri, setiap kali prosiding SRC berjalan di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan terbaru di Mahkamah Persekutuan.

Portal berita yang diterbitkan pada Januari 7, 2020 melaporkan Najib terkejut menerima RM42 juta tapi tidak memulangkannya. Baca link ini Terkejut RM42 juta masuk akaun, Najib akui tidak pulangkan

Beberapa bulan lalu seorang lelaki dicekup oleh pihak Polis setelah kantoi membelanjakan wang yang dimasukkan ke akaun peribadinya, sedangkan dia tidak tahu dari mana sumbernya.

Kesimpulannya sumpah laknat yang dilafazkan oleh Najib semalam hanya membuktikan Najib adalah Perdana Menteri yang bodoh, sehinggakan tidak tahu wang rakyat dicuri secara terbuka oleh orang luar.

Apa pun kita tunggu musibahnya. Ingat kerana sumpah laknat yang dilafazkan oleh Najib membabitkan orang biasa yang percaya dia telah menyeleweng dalam SRC dan akan ditimpa musibah. Maka sebaliknya akan berlaku pada pengikutnya jika akhirnya Najib gagal dalam rayuan akhirnya yang dijangka berakhir esok iaitu pada hari selasa.

Entah entah kenapa Najib berani bersumpah laknat sebab ada pelaku sebenar iaitu Rosmah, Rosmah yang mengarah tanpa pengetahuan darlingnya. Tapi bila mendapat wang mereka sekeluarga berbelanja sakan. Sekali lagi Najib nampak bodoh!

Memalu Melayu – Dr Mahathir

1. Tidak ada satu orang yang begitu berjaya menterbalikkan orang Melayu seperti Najib.

2. Dahulu orang Melayu memandang rendah kepada orang yang mencuri. Mereka amat malu jika ada ahli keluarga yang terlibat dengan jenayah, dengan mencuri dan sebagainya.

3. Tetapi sekarang orang Melayu tidak lagi berasa malu. Apa nak malu. Najib menanam pendapat bahawa apa nak malu jika ia mencuri. Dia boss. Boss boleh mencuri. Kalau boss tak malu kerana mencuri, orang Melayu pun tak perlu malu bila mencuri.

4. Dan sekarang ini ramai orang tak tahu malu. Ada yang sampai cium tangan. Kenapa cium tangan. Boleh dapat duit. Boleh dapat jawatan. Apa nak malu.

5. Kalau tangan berbau najis, tak apa. Ada duit dalam najis. Terbongkok-bongkoklah nak cium tangan. Apa nak malu. Kalau tangan bersalut tahi tetapi ada duit, okaylah. Tak payah malu.

6. Ramai sungguh yang tak malu. Terkenal sebagai perasuah, apa nak malu. Jadi pencuri tak apa, tak perlu malu.

7. Inilah kejayaan Najib yang terbesar. Orang Melayu tak perlu malu.

8. Terima duit yang dicuri, tak malu. Minta duit free, tak malu. Tak bayar hutang tak malu.

9. Pilih pencuri, perasuah, banduan sebagai Perdana Menteri, okay. Tak malu.

10. Dunia ketawa negara Malaysia kerana tak malu dengan kelakuan yang memalu, tak malu.

*DR MAHATHIR BIN MOHAMAD*
21 Ogos 2022

Hadi Dakwa Minoriti Bukan Islam Dan Bukan Bumiputera Jadi Perosak Politik, Ekonomi Negara

Ya ada benarnya ini berdasarkan pergolakan yang berlaku dalam UMNO dan Parti Warisan.

Dua golongan ini sengaja menyokong pihak yang bermasalah supaya kehadiran mereka dapat dimanfaatkan oleh pihak pihak yang terbabit dalam perebutan kuasa.

Justeru itu jangan pelik kenapa ekonomi dan beberapa sektor dalam pentadbiran kerajaan ini dikuasai oleh mereka.

Cukuplah setakat ini nanti melarat pula ke isu lain hingga menggambarkan seolah olah admin ini sempit dan perkauman. Walhal pada beberapa isu selama ini admin banyak membela mereka walaupun secara tidak langsung.

Kepada dua golongan ini supaya selepas ini lebih berhati-hati jangan ingat peluang di hadapan selama-lamanya menjadi peluang. Tetapi percayalah ia boleh berubah bila-bila masa dan akhirnya yang menjadi mangsa dan rugi bukan orang lain tapi kamu dan generasi kamu yang akan datang.


PETALING JAYA: Golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera dikatakan kumpulan majoriti menjadi perosak politik dan ekonomi negara, dakwa Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Beliau juga memberi perbandingan melawan rasuah dengan usaha mencegah “penyakit denggi”.

Katanya, mencegah denggi bukan sekadar merawat pesakit dan membunuh nyamuknya, tetapi juga bertindak terhadap takungan air yang membiakkan nyamuk dan manusia yang tidak menjaga kebersihan.

“Begitulah juga dengan usaha menangani penyakit rasuah, ia wajib dilakukan secara holistik supaya tidak menjadi wabak apabila diambil tindakan yang tidak menyeluruh sehingga ke akar umbinya. Khususnya, terhadap mereka yang menjadi punca rasuah kerana mengejar harta secara haram.

“Sehinggakan, dalam kalangan mereka itulah yang menguasai ekonomi negara lalu menggunakannya bagi merosakkan politik, urusan pentadbiran dan kehakiman. Malah, mereka juga golongan yang paling besar merosakkan politik dan ekonomi negara, majoritinya daripada kalangan bukan Islam dan bukan Bumiputera,” katanya dalam kenyataan.

Hadi berkata, banyak laporan dalam senarai panjang telah dihukum menerima rasuah, termasuk mereka yang masih dalam tuduhan yang belum dibuktikan, tetapi dihukum oleh media sebelum proses kehakiman diselesaikan.

Katanya, ada juga kalangan mereka yang nasibnya menjadi kambing hitam yang disembelih menjadi korban atau yang menjadi proksi kepada penyangak yang sebenarnya bersembunyi melakukan rasuah yang lebih besar jumlahnya sehingga berlipat kali ganda.

“Adapun dalam kalangan yang memberi rasuah itu pula tidak kelihatan, mungkin senarainya lebih panjang dan jumlahnya lebih ramai. Ayat al-Quran dan hadis yang dinyatakan mendahulukan laknat terhadap sesiapa yang memberi rasuah. Barangkali kalangan inilah yang paling besar menguasai ekonomi negara dan mempengaruhi politiknya dengan cara yang haram,” katanya.

Beliau berkata, selain itu, ada dalam kalangan membiayai politik wang bagi mengangkat sesiapa yang tidak layak menjadi pemimpin kerana jahil atau fasiq.

“Oleh yang demikian, disebabkan pemimpin sedemikian rupa boleh dipergunakan selepasnya, amalan khianat yang paling bahaya kerana menjadi sumber segala penyelewengan dan kezaliman,” katanya.

Mengulas lanjut, Hadi berkata golongan mengamalkan politik wang tidak akan memilih pemimpin dan pentadbir berintegriti.

“Sifat integriti itu hanya terdapat pada kalangan mereka yang beriman dan budiman bukan sekadar mempunyai ilmu sahaja, malah kini mereka yang memiliki sijil atau ijazah pun boleh terlibat dengan rasuah,” katanya sambil menegaskan semua pihak yang ada kaitan dengan penyelewengan rasuah adalah berdosa besar.

Oleh itu katanya, semua golongan yang terlibat dengan rasuah mesti dihapuskan.

Sumber MSN News