Apa Salahnya Jika Nazlan Pernah Bekerja di Maybank – Pendakwa

Ini dia poin utama dalam rayuan Najib yang berlangsung pagi tadi, makanya ini yang mula mula admin muatkan disini. Ini adalah pernyataan yang menjadi pertimbangan para hakim dan akhirnya rakyat Malaysia.

Inilah yang admin maksudkan selama ini, apa salahnya kalau pun Nazlan pernah berkhidmat di Maybank sebelum ini mendapati Najib menyeleweng wang rakyat dalam skandal SRC.

Bukannya Nazlan tahu wang yang dipinjam oleh Najib atas nama 1MDB digunakan untuk kepentingan peribadi Najib dan kroninya.

Lepas itu baru baru ini Najib telah menarik tuduhan di Mahkamah berhubung kononnya Nazlan telah menerima rasuah dari 1MDB atau Jho Low. Namun hari ini tuduhan yang ditarik balik itu telah dijadikan notis dan akan dijadikan hujah dalam rayuan yang bermula 19 dan 23 hingga 26 Ogos ini.

Putar alam betul.

Nampak sangat tujuan asal tuduhan itu hanyalah untuk memburukkan Nazlan selaku hakim yang telah menjatuhkan hukuman 12 tahun ke atas Najib. Dan untuk mencetuskan persepsi jahat dikalangan hakim dalam rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan.

Menunjukkan Najib tidak mampu membuktikan dia tidak mencuri wang rakyat, sekadar melawan secara teknikal.

Hakikatnya Najib telah bersalah dalam skandal SRC yang telah merugikan negara dan rakyat Malaysia.


KUALA LUMPUR: Timbalan Pendakwa Raya Kanan V Sithambaram memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa sejarah pekerjaan Hakim Nazlan Ghazali sebagai kaunsel kepada Maybank bukan menjadi halangan untuk mendengar perbicaraan SRC International Najib Razak.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan V Sithambaram mendakwa Najib Razak hanya mahu mencemarkan nama Hakim Nazlan Ghazali dengan menuduhnya rasuah, namun menarik balik dakwaan itu.

“Maybank ada melakukan beberapa kerja untuk SRC dan mereka dibayar RM800,000 sebagai yuran,” kata Sithambaram.

“Jadi, apa salahnya jika Nazlan pernah bekerja dengan bank,” soalnya.

Sithambaram dalam hujahannya, berkata sejarah pekerjaan Nazlan tidak bermaksud berlakunya konflik kepentingan yang mana boleh menghalangnya mendengar perbicaraan.

Peguam kanan itu yang mewakili pendakwaan menerusi lesen khas, berkata pembabitan Nazlan dalam Kumpulan Maybank sudah menjadi pengetahuan umum sebelum beliau diangkat sebagai hakim, pada 2015.

Sithambaram berkata, adalah benar bank berkenaan memberi konsultasi kepada SRC, namun tidak sampai ke tahap Nazlan memberi nasihat berhubung penubuhan SRC.

Pihak pendakwaan juga merujuk afidavit Najib terdahulu yang difailkannya susulan dakwaan Nazlan menerima rasuah, namun menarik balik dakwaan itu kemudian.

“Ia seperti mahu mencemarkan nama Nazlan sebagai hakim,” tambahnya.

Sumber Asal

Bukan Semua Polis Bermasalah ‘dilonggok’ di Sabah, Sarawak, kata Hamzah

Ada benarnya pun tak kan pula hanya Sabah yang menerima anggota Polis yang bermasalah. Atau menjadi tempat makan gaji anggota Polis yang tidak bertanggungjawab.

Kalau dikira sudah lama rakyat Sabah berhadapan dengan anggota keselamatan yang bernafsu besar, otak bodoh, tidak amanah tapi ada hati ingin kelihatan kaya raya. Jadi dengan cara apa lagi untuk mencapai cita cita mereka selain bersubahat dengan pengedar syabu, kongsi gelap, perjudian serta bersubahat menjual minyak petrol ke negara jiran dan beberapa lagi kejahatan yang akhirnya menyebabkan ibu bapa dan anak isteri mereka dihinakan Allah sebelum mati. Insaflah kamu wahai anggota Polis yang bernafsu kuda jangan sampai kamu berjaya melahirkan generasi yang lebih jahat dari kartel Mexico.

Tengok sekarang tidak ada negeri yang sanggup menerima anggota keselamatan yang bermasalah. Kalau begitu nanti kamu kerja apalah? kerja menggunakan sedikit otak dan sedikit tanggungjawab pun gagal.


PETALING JAYA: Tindakan menukar anggota polis dan penjawat awam bermasalah serta berdepan isu salah laku ke Sabah dan Sarawak adalah langkah tidak betul, kata Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, tidak semua penjawat awam berdepan masalah salah laku dan disiplin akan “dilonggokkan” di Sabah dan Sarawak, sebaliknya ada yang dihantar ke setiap negeri di seluruh Malaysia.

“Ini tak betullah. Sebab yang kita tangkap itu ramai. Jika kita ada 13 pesalah, kita akan hantar atau ‘pusing-pusingkan’ mereka di seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana penjawat awam terbabit dalam aktiviti jenayah dan penyalahgunaan dadah.

“Kita akan lihat bentuk kesalahan yang mereka lakukan. Jika kesalahan yang dilakukan sehingga menjual dadah, hukumannya akan berat sekali.

“Bagi yang dah pun terjebak dengan penyalahgunaan dadah, kita akan hantar mereka untuk jalani pemulihan sebelum dikembalikan kepada masyarakat,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Selangor, S Sasikala Devi memaklumkan sembilan anggota polis yang sedang disiasat kerana dipercayai terlibat kes peras ugut akan ditukarkan ke Sabah dan Sarawak.

Kenyataan itu mengundang kemarahan termasuk Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis yang menganggap Sabah dan Sarawak bukanlah “tong sampah” untuk mana-mana orang yang bermasalah.

Bagaimanapun, polis mengeluarkan kenyataan untuk mengkaji semula keputusan menukarkan sembilan anggota polis terbabit.

Microsoft may earn an Affiliate Commission if you purchase something through recommended links in this article

Lawatan Ke Tapak Pembinaan LCS, Menyedihkan – PAC

Itu admin perkatakan baru baru ini projek pembinaan LCR itu wujud macam juga 1MDB tapi berlaku penyelewengan secara besar besaran.

𝐋𝐂𝐒: 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐏𝐀𝐂 @ 𝟏𝟏/𝟏𝟐/𝟐𝟎𝟐1

Sejurus selepas laporan PAC mengenai Kapal Tempur Pesisir (LCS) dibentangkan, seorang rakan wartawan telah menghantar mesej kepada saya, bertanya “Apakah perasaan anda?”

Saya jawab: “𝐌𝐞𝐧𝐲𝐞𝐝𝐢𝐡𝐤𝐚𝐧”.

Kami telah mengadakan 10 prosiding, dengan satu lawatan tapak ke limbungan kapal BNS di Lumut, dan memanggil 21 orang saksi. Akhirnya, sebuah Laporan dengan 247 muka surat, berserta dengan dengan penyata hansard sebanyak 489 muka surat, dan 192 muka slaid telah dibentangkan sebagai laporan penuh.

PAC memutuskan untuk melawat limbungan kapal BNS selepas menerima keterangan dari KSU MINDEF, saksi dari BNS, dan bekas Menteri Pertahanan DS Zahid Hamidi.


𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐩𝐚𝐤 @ 𝟏𝟏/𝟏𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟏

Kami tiba di limbungan kapal pada jam 9 pagi, 11 Disember 2021. Prosiding bermula pada jam 9.05 pagi dengan kehadiran saksi dari MINDEF, Tentera Laut, BHIC, dan BNS. Untuk dinamakan, tiga orang saksi penting turut hadir bersama iaitu Ketua Pegawai Eksekutif BHIC, Sharifuddin Md Zaini, Pengarah Projek LCS BNS Kepten (B) Ir Azhar Jumaat, dan bekas Ketua Pasukan Projek Tentera Laut, Lak. Muda Datuk Ir. Mohd Saiful.

Prosiding berlangsung selama 3 jam, berakhir pada 12.01 tengahari dan semua orang beredar untuk ke lawatan tapak.

𝐆𝐮𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧𝐚𝐧

PAC dibawa untuk melawat gudang simpanan. Terdapat sejumlah 13 gudang simpanan yang menyimpan perkakasan yang berkaitan dengan projek LCS ini, 5 secara khusus untuk perkakasan LCS dan 8 lagi digunakan sebagai Gudang Simpanan Am BNS yang mengandungi campuran perkakasan untuk LCS dan barang-barang lain.

Kami melawat beberapa gudang simpanan. Terdapat perkakasan persenjataan, bahagian-bahagian untukr tujuan pembinaan kapal, dan barang-barang lain. Apa yang menonjol adalah beberapa bungkusan TV Pintar, untuk tujuan kegunaan LCS, disimpan di stor ini. Kita semua tahu yang TV Pintar ini tidak lagi pintar selepas beberapa tahun.

Saya tidak pasti mengenai yang lain, terutama mengenai bahagian dan perkakasan yang melibatkan teknologi kapal tempur. Kami menyemak dan mendapati banyak perkakasan dan barangan ini dibeli pada tahun 2013, 2014, dan 2015. Persoalan timbul sama ada barang-barang ini masih cukup “pintar” untuk kegunaan masa sekarang apabila mengambil kira kemajuan teknologi terkini.

Kami dimaklumkan nilai barangan dalam simpanan ini adalah RM1,757,791,266.02. Saya bertanya kepada BNS, berapa banyak daripada barangan ini boleh dikira usang dan jawapan dianggarkan pada kira-kira 15%. Bermakna kerugian sebanyak kira-kira RM263,668,689.90.

Adakah semua perkakasan ini telah dibayar oleh BNS? Tidak, bukan semuanya telah dibayar. Kerana ini kita boleh baca mengenai hutang besar BNS kepada pengeluar asal (OEM) yang telah menyebabkan arahan henti kerja dan henti bekalan.

𝐓𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧

Kami kemudiannya dibawa untuk melawat LCS1 di tapak pembinaanya. Melihat kapal ini, seseorang mungkin tidak pasti sama ada ia adalah kapal yang sama yang “dilancarkan” pada tahun 2017, tetapi kami tahu ia adalah kapal yang sama. Sudah tentu sekali, tiang utama kapal yang dipertikaikan itu sudah tidak ada.

Kami naik ke blok utama, untuk melihat tahap kemajuan proses pembinaan. MINDEF memaklumkan PAC yang kadar kemajuan proses pembinaan LCS1 pada tahap 44%.

Kami meluangkan masa kira-kira satu jam dalam LCS1 dan kemudiannya pulang ke bas. Bas ini membawa kami ke seluruh tapak pembinaan untuk LCS1 hingga ke LCS5. Sudah tidak ada pekerja di tapak pembinaan ini, baik tempatan atau pekerja asing, dan sudah tidak ada kerja yang berjalan. Kosong, segalanya terhenti. Perkara ini amat menyedihkan memandangkan kita semua tahu yang RM6 billion telah pun dibelanjakan.

𝐒𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐀𝐝𝐚 𝐖𝐚𝐧𝐠

Dalam mesyuarat sebelum ini, kami dimaklumkan bahawa kedudukan kewangan BNS berada dalam keadaan yang buruk kerana salah tadbir urus dalam Syarikat ini.

Ahli PAC, YB Wong Shu Qi bertanya sama ada semua RM6 billion telah dibelanjakan oleh BNS. Ketua Pegawai Eksekutif BHIC, Sharifuddin mengakui “memang duit kita sudah habis… company memang tidak ada duit dan memang akan lingkup pun besok silap-silap.” Gaji pekerja dipotong sejak Oktober 2020, caruman KWSP tidak dibayar sejak Mei 2021. BNS memang bergantung kepada kerja kecil-kecilan seperti kerja pembaikan untuk TLDM untuk terus bertahan. (Hal 49 Hansard)

Sharifuddin mengatakan lagi kepada PAC, sekiranya BNS tidak ada lagi, Boustead Holdings dan LTAT akan terkesan teruk. Sektor Perladangan, Pharmaniaga, Boustead Properties dan Boustead Hotels semua akan terkesan. Perkara ini berkemungkinan menyebabkan LTAT untuk kehilangan sehingga 46% saiz dananya. (Hal 52 Hansard)

𝐌𝐞𝐧𝐲𝐞𝐝𝐢𝐡𝐤𝐚𝐧

Perkara ini amatlah menyedihkan dan mengecewakan. Perkara pertama yang terlintas dalam fikiran saya adalah, bagaimana sebuah syarikat yang mendapat kontrak yang bernilai RM9 billion dari Kerajaan jadi sampai tahap sebegini? Perkara ini pastinya melibatkan lebih dari salah urus. Pastinya ada perkara lain selain dari pengurusan yang lemah. Ada perkara yang amat tidak kena dengan mereka yang memegang kuasa dan mereka yang mendapat Kontrak ini.

Saya harap Laporan PAC mengenai LCS ini dapat membantu negara, dengan menjadi rujukan tentang cara bagaimana proses perolehan pertahanan negara TIDAK sepatutnya dilakukan, dan bagaimana kuasa dan proses TIDAK patut disalahguna. Kisah ngeri dalam keseluruhan Projek LCS ini patut menjadi pengajaran kepada semua yang memegang kuasa, baik pada masa sekarang, mahupun pada masa hadapan.


WONG KAH WOH
12.08.2022

Najib, Arul Kanda Pinda Laporan Audit 1MDB Untuk Elak Tindakan Undang-Undang, Kata saksi

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi diberitahu, Najib Razak dan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda meminda laporan audit syarikat untuk melindungi mereka daripada pendakwaan jenayah dan liabiliti sivil.

Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Haniff Lami, berkata Najib, menggunakan kuasanya sebagai perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu untuk mengarahkan laporan berkenaan dipinda.

Katanya, laporan dipinda itu kemudian dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada Mac 2016.

“Siasatan saya mendedahkan bahawa kedua-dua mereka (Najib dan Arul Kanda) terlibat dalam membuat pindaan untuk melindungi diri daripada tindakan sivil dan jenayah dalam mengendalikan 1MDB,” katanya.

Menurutnya, Najib telah mengarahkan ketua setiausaha sulit perdana menteri pada masa itu, Shukry Mohd Salleh, untuk mendapatkan laporan berkenaan, yang mana ia kemudian diserahkan kepada Arul Kanda bagi membolehkannya meneliti kandungan itu.

“(Najib) kemudian mengarahkan supaya satu mesyuarat diadakan di pejabatnya pada 22 Feb 2016,” katanya.

Haniff berkata, ketua audit negara ketika itu, Ambrin Buang dan bekas ketua setiausaha negara, Ali Hamsa turut hadir pada mesyuarat berkenaan.

Ketika mesyuarat katanya, Najib mengarahkan Ali, yang telah meninggal dunia, untuk menetapkan mesyuarat penyelarasan antara Jabatan Audit Negara dan dirinya (Najib).

Katanya, ini bagi membolehkan Najib membincangkan beberapa isu dalam laporan yang menimbulkan rasa tidak puas hatinya.

Menurutnya, Najib turut mengarahkannya untuk tidak mencetak laporan sehingga beliau meluluskan kandungannya.

Haniff berkata, susulan arahan Najib, Ali mengadakan mesyuarat pada 24 Feb 2016 yang turut dihadiri Arul Kanda.

Pegawai SPRM itu berkata, hasil mesyuarat berkenaan empat perkara dikeluarkan daripada laporan.

Perkara itu berkaitan dengan dua penyata kewangan 2014, pengeluaran Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN), identiti pelanggan sekunder bon Islam, dan kehadiran ahli perniagaan buruan Low Taek Jho (juga dikenali sebagai Jho Low) pada mesyuarat lembaga pengarah 1MDB.

Katanya, laporan dipinda itu dibentangkan kepada PAC pada awal Mac 2016.

Terdahulu, Haniff berkata, dia dilantik sebagai pegawai penyiasat pada 26 Nov 2018 selepas SPRM membuat laporan untuk memulakan siasatannya terhadap laporan audit.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Najib, Rahmat Hazlan, dia memberitahu telah mengambil keterangan saksi daripada Najib pada 6 Dis 2016.

Dia juga bersetuju dengan Rahmat bahawa sebagai penyiasat, dia mesti memberi pertimbangan sewajarnya terhadap versi jenayah yang disyaki.

Dia kemudian berkata, peguam negara ketika itu, Tommy Thomas memberi kelulusan kepada SPRM untuk mendakwa Najib dan Arul Kanda pada 10 Dis 2016.

Rahmat: Dalam kes ini, mengapa Thomas mengeluarkan persetujuan untuk mendakwa jika siasatan belum selesai?

Haniff: Keterangan Najib telah diambil sebelum ini (6 Dis) dan kita tahu versinya.

Rahmat: Saya katakan bahawa anda tidak memberinya siasatan yang adil kerana Thomas telah memberi kelulusan untuk mendakwa walaupun siasatan tidak selesai.

Haniff: Saya tidak setuju.

Haniff berkata, SPRM menahan Najib pada 10 Dis 2016, sebelum dihadapkan ke mahkamah.

Najib sedang dibicarakan kerana menyalahgunakan kuasa manakala Arul Kanda sedang dibicarakan kerana bersubahat dengannya dalam kes pindaan laporan itu.

Pendengaran di hadapan hakim perbicaraan Zaini Mazlan ditangguhkan ke 18 Ogos.

Sumber Microsoft

Microsoft may earn an Affiliate Commission if you purchase something through recommended links in this article

Subkontraktor Cad And Ced Milik Majoriti Bousted Tapi Orang Luar Yang Kawal – LCS

Dari Rafizi Ramli
11 Ogos 2022

SUBKONTRAKTOR CAD & CED MILIK MAJORITI BOUSTEAD TETAPI DIKAWAL BUKAN RAKYAT MALAYSIA

Saya telah mendedahkan bagaimana projek kapal perang LCS menggunakan dua lapis subkontraktor (iaitu CAD dan CED) sehingga menyebabkan kos naik tiga kali ganda (kos sebenar dari DCNS hanya RM397 juta tetapi yang dituntut dari kerajaan oleh subkontraktor adalah RM1.2 bilion).

Seperti yang diduga, Dato’ Seri Najib Razak dengan cepat menjawab bahawa subkontraktor Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD) dan Contraves Electrodynamics Sdn Bhd (CED) adalah syarikat-syarikat bersekutu LTAT.

Beliau langsung tidak menjawab isu komisen 200% yang saya timbulkan, cukup sekadar membayangkan dia tidak terbabit dalam skandal ini kerana subkontraktor CAD dan CED adalah syarikat-syarikat bersekutu LTAT.

Berikut adalah latar belakang pembabitan LTAT (melalui Boustead) di dalam CAD:

• Anak syarikat LTAT, Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC) meluluskan pembelian saham 51% di dalam CAD pada 28 April 2010. 49% lagi saham CAD dimiliki oleh Rheinmetall Air Defence AG (RAD), sebuah syarikat kontraktor pertahanan dari Jerman yang dipegang melalui anak syarikat milik penuhnya RD Investment AG.

• Keputusan untuk membeli saham majoriti CAD itu dibuat di dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah BHIC bertarikh 28 April 2010, iaitu setahun setengah sebelum Kerajaan Malaysia melantik BNS menjadi kontraktor membangun dan membina 6 kapal perang LCS melalui satu surat lantikan (LOA) bertarikh 16 Disember 2011.

• Dalam perjanjian pembelian 51% pegangan dalam CAD bertarikh 13 Ogos 2010 di antara BHIC (melalui anak syarikatnya) dan RAD (melalui anak syarikatnya), BHIC bersetuju bahawa RAD yang mempunyai kawalan pengurusan (“management control”) ke atas CAD, walaupun CAD dimiliki secara majoriti oleh BHIC.

• Pengerusi Lembaga Pengarah BHIC yang bersetuju dengan keputusan tidak masuk akal ini adalah Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, bekas Ketua Pegawai Eksekutif LTAT yang diketahui umum cukup rapat dengan Najib Razak.

Ini adalah satu tindakan yang tidak masuk akal. Dalam mana-mana aturan syarikat yang mempunyai dua pemegang saham berbeza, kawalan pengurusan dipegang oleh pemegang saham majoriti.

Sebab itu saya sebut, berdasarkan semua bukti setakat ini, ia membayangkan ada perancangan tersusun dari awal untuk memastikan penyelewengan di dalam projek LCS ini dapat disembunyikan melalui pelbagai transaksi rumit, termasuk mewujudkan dua lapisan subkontraktor sedangkan BNS boleh saja menguruskan projek ini dengan sendiri.

Akibat dari keputusan tidak masuk akal itu, CAD hanya dimiliki oleh Boustead (dan LTAT) atas kertas sahaja. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO), dua jawatan pengurusan paling penting di dalam CAD dipersetujui dilantik oleh RAD (bukannya Boustead/LTAT). CEO CAD adalah Gordon Hargreave yang mewakili RAD.

Selain dari mengawal pengurusan CAD, wakil-wakil RAD juga diberi kuasa menandatangani cek dan meluluskan perbelanjaan tanpa perlu merujuk kepada wakil BHIC di dalam CAD. Laporan siasatan dalaman ke atas kelewatan projek LCS secara jelas menyebut perkara-perkara berikut:

• Kedua-dua wakil RAD iaitu Luitjen Rolf Ennega (kemudian ditukar dengan Frank Hoffmann) dan Gordon Hargreave adalah dua orang penandatangan cek dalam kumpulan had kuasa (“Limits of Authority”) yang sama. Ini bermakna, untuk meluluskan sesuatu perbelanjaan atau membuat pembayaran, mereka berdua boleh menurunkan tandatangan tanpa perlu mana-mana wakil dari BHIC.

• Laporan menyebut “This gave an absolute authority to RAD to handle the finances of CAD despite BHIC holding 51% shares” yang bermaksud “Ini memberi kuasa penuh kepada RAD untuk mengendalikan urusan kewangan CAD walaupun BHIC memegang saham majoriti 51%”.

Lebih teruk lagi, BHIC memberi alasan RAD perlu dibawa masuk untuk mendapatkan kepakaran mereka dan membolehkan pemindahan teknologi dalam menjayakan projek LCS ini.

Semakan umum boleh menunjukkan bahawa kepakaran sebenar RAD adalah dalam membangunkan “fire control systems”(FCS atau sistem kawalan tembakan) bukannya dalam mengendalikan keseluruhan projek yang melibatkan komponen-komponen lain seperti “combat management system” (CMS).

Kepakaran RAD dalam membangunkan FCS ini diperakui sendiri dalam satu kenyataan media oleh syarikat induk RAG iaitu Rheinmetall AG bertarikh 27 Februari 2012 (paparan skrin saya sertakan bersama), muka surat 2 perenggan 10:

“.. The Defence Electronics business unit, led by Luitjen Ennega, includes command and fire control systems as well as reconnaisance systems.”

Luitjen Ennega adalah wakil RAD di dalam CAD.

Siasatan dalaman juga mengesahkan bahawa wakil-wakil TLDM dan Boustead yang menganggotai kumpulan projek LCS telah mempersoalkan kepakaran RAD mengendalikan keseluruhan projek, sedangkan kepakaran sebenarnya hanyalah dalam satu komponen projek sahaja.

Muka surat 29 laporan dalaman menyebut (diterjemahkan):

“… Berdasarkan perbincangan kumpulan penyiasat dengan [INDIVIDU XX], beliau menyatakan kepakaran utama RAD adalah untuk membangunkan Fire Control System (FCS) sahaja dan RAD telah diberikan lantikan subkontraktor bagi pakej itu berjumlah RM347 jua. Maka, tidak logik BNS bergantung kepada CAD/CED untuk membangunkan dan menguruskan perbekalan komponen-komponen lain terutamanya Combat Management System (CMS) dan BIT Centre. Nampak sangat ia perjanjian berat sebelah yang hanya menguntungkan RAD kerana mereka boleh menimba kepakaran (dari pakej-pakej lain) dalam bidang yang mereka tidak ada kepakaran..”

Perkara ini ditimbulkan berkali-kali oleh bekas Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz Jaafar. Siasatan dalaman ke atas pelaksanaan projek memetik teguran-teguran beliau seperti berikut:

“… Siasatan ke atas minit Lembaga Pengarah menunjukkan bekas Panglima TLDM (Tan Sri Aziz) telah beberapa kali menyatakan kebimbangannya kerana projek LCS nampak terlalu bergantung kepada subkontraktor CAD/CED. Beliau juga menasihatkan BNS supaya melibatkan pihak lain untuk mengurangkan risiko pergantungan itu..”

Maka, untuk menjawab Najib, saya simpulkan dan timbulkan perkara-perkara ini:

1. Atas campur tangan siapa yang begitu berani hingga Boustead/BNS melepaskan kawalan ke atas subkontraktor CAD/CED kepada bukan rakyat Malaysia sedangkan Boustead memegang saham majoriti?

2. Atas pengaruh dan campur tangan siapa yang membawa masuk RAD sedangkan maklumat pada ketika itu menunjukkan mereka tidak ada kepakaran sepenuhnya untuk mengendalikan projek ini?

Sebab itu, saya tegaskan sekali lagi bahawa bukti-bukti setakat ini menunjukkan penyelewengan dalam projek LCS telah dirancang dari awal, termasuk dengan mewujudkan syarikat-syarikat yang atas kertas nampak milik LTAT tetapi dikawal oleh individu-individu tertentu.

Persoalan paling besar: siapa jerung besar di belakang individu-individu tertentu yang mempunyai pengaruh dan kuasa sebegitu rupa?

RAFIZI RAMLI

Betul kah Kerajaan PH Sebelum Ini Jual Aset Tabung Haji?

Admin bukan penyokong Pakatan Harapan mahupun UMNO. Tetapi sudah menjadi asas penulisan admin untuk menerangkan atau menyebarkan satu satu perkara, bila mana kebenaran itu sudah berada dalam pertemuan admin.

Mungkin ramai yang sudah tahu, setiap kali ada isu yang memalukan pemimpin pemimpin UMNO maka mereka akan tarik isu yang berlaku dalam kerajaan selepas mereka iaitu Pakatan Harapan dan selepasnya, yang penting kerajaan itu tidak melibatkan Najib dan Zahid Hamidi. Maka diangkatlah dicananglah biar sama sama masuk jurang dan dikeji oleh pengundi.

Isu yang admin maksudkan ialah dakwaan UMNO bahawa kerajaan PH telah dituduh menjual aset Tabung Haji. Betulkah?

Mari baca keterangan dibawah yang admin ambil dari grup whatsapp.


Betul Ke Menteri Agama PH Jual Aset Tabung Haji atau Sebaliknya?

Pelik juga ada lagi masih menjual fitnah yang Menteri PH jual aset tabung haji di sebalik Jabatan Audit Negara sendiri bagi Anugerah untuk penstrukturan/pemulihan semula TH.

Tabung Haji adalah tertakluk dalam Akta Tabung Haji 1995 https://www.tabunghaji.gov.my/en/tabung-haji-act.

Dalam akta tersebut sub 22 (3.a) dengan jelas menyatakan yang hibah tidak boleh di bagi jika aset tabung kurang dari hutang tabung. Dalam bahasa mudah, kalau jumlah hutang lebih dari asset, TH tidak boleh memberi hibah pada tahun tersebut.

Apa masalah dengan Tabung Haji ini sampai kena jual aset?

Baik saya terangkan sekali lagi terutama pada pengundi 18 supaya anda tahu, siapa yang buat kerja dan siapa yang auta.

Kalau sesiapa yang ada daya cognitif sudah tentu boleh membaca yang penstrukturan semua aset-aset sakit TH adalah satu keperluan.

1) TH sebenarnya telah rugi dari tahun 2015 lagi; di sah kan oleh Auditor luar (salah satu auditor adalah PricewaterhouseCoopers)

2) Bila rugi ( libiliti lebih dari asset), ada satu klausa dalam Akta TH yang tulis TH tak boleh bagi hibah.

3) Tapi macam mana TH masih boleh bagi hibah sampai 2018? Senang cerita creative accounting dengan bagi dividen guna duit pencarum.

4) Jumlah kerugian dalam masa 4 tahun tersebut ada dalam 4.1 billion. Nak restore balik balance sheet ni ada banyak cara, macam apa yang khazanah buat kitchen sinking, declare terus non performing asset bagi tahun tu. Tapi khazanah boleh la buat macam tu sebab dia tak ada tanggung jawab pada pendeposit. Kalau TH buat macam tu alamat nya mengamuk la orang kampung yang tak faham kenapa tahun ni tak ada hibah, tu belum masuk part TH juga bayar subsidi pergi haji.

5) Benda ini sama aje dengan kes LCS; boleh aje Mat Sabu tutup mata dan suruh LCS1 berlayar kosong di perairan. PH boleh aje tutup mata dan continue benarkan TH bagi dividen, pencarum happy tapi TH lah sakit in long run. Apa yang Mat Sabu (PH-Amanah) buat dengan LCS dia tubuhkan Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK); siasat isu LCS.

6) Sama aja dengan kes TH; PH boleh aje biarkan tak buat apa-apa, sebab nak perbaiki benda rosak memang renyeh. Cuma macam bagi pesakit kencing manis minum teh tarik tiap-tiap hari lah. Sebab it Dr Mujahid (PH-Amanah) tengok TH ini bermasalah, dia cadangkan penstrukturan semula TH dengan melantik orang-orang yang layak untuk baik pulih TH.

7) Jadi apa langkah pertama yang di buat ialah tubuhkan syarikat SPV/UJSB; fungsi SPV ini ialah untuk membeli aset-aset TH yang sakit dan tak berdaya saing (masih untung tapi sikit sangat). Sebagai balasan kerajaan keluarkan sukuk 20 billion untuk fund SPV ini.

8) SPV ini pun kena fitnah juga dulu, di katakan di punyai oleh Lim Guan Eng, padahal ia adalah milik Kementerian Kewangan di Perbadankan. Sekarang menteri kewangan adalah Zafrul; kenapa SPV masih di bawah MOF incorporated/Zafrul; bukan bawah LGE macam yang di tuduh?

9) Bila aset-aset sakit di keluarkan, barulah kewangan TH nampak cantik; yang mana aset lebih dari libiliti. Kenapa dia buat macam ini? Supaya kalau dalam scenario terburuk bila semua pencarum Tabung haji decide keluarkan simpanan mereka; TH ada aset dan cash yang cukup untuk bayar.

10) Yang jadi zaman BN ialah, duit dividen yang di bayar adalah hasil dari duit deposit penyimpan, bukan keuntungan TH yang sebenar. Pemimpin UMNO yang tuduh Mujahid jual aset TH pun dah tarik balik kenyataan dia di mahkamah; jadi siapa di pihak yang benar?

11) Dan Insyallah kalau SPV boleh flip balik asset2 tersebut sampai jadi untung, Tabung Haji adalah entiti yang pertama akan di offer untuk beli semula, itu tu pun tebus balik pakai sukuk yang di keluarkan tempoh hari.

12) Kejayaan PH pulihkan aset TH ini di akui sampai dapat sijil Ketua Audit Negara. Adik2 nak percaya kata-kata Ketua Audit negara ataupun mereka yang sendiri tak faham apa yang di tulis?

13) Pemulihan Tabung Haji ini salah satu kejayaan Pakatan Harapan dalam masa 22 bulan dari 60 bulan sepatutnya memerintah. Kalau PH memerintah hari ni banyak lagi aset-aset negara boleh di selamatkan.

14) Minggu lepas pun salah satu kejayaan Dr Mujahid (PH-Amanah) bila dapat bentang Majlis Peguam Syarie (Akta 814). Tahu tak benda ini dah sebut nak bentang bebelas-belas tahun, hanya bila masuk Dr Mujahid baru selesai. Kalau ada yang tanya apa faedah akta ini? Akta ini telah mengangkat Peguam Syarie sama taraf dengan Peguam Sivil yang di kawal di bawah Majlis Peguam. Jadi siapa sebenarnya yang menaikan martabat Islam dan siapa yang makan sagon?

15) Sebagai penutup, kita kena ingat apa yang berlaku di hadapan mata kita adalah peringatan dari Allah. Yang jujur di tuduh khianat, yang khianat pula di tuduh jujur. Ini bertepatan dengan hadis tentang kebangkitan golongan ruwaidbhah.

Abu Hurairah RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: “Akan tiba pada manusia tahun penuh kebohongan. Saat itu, orang bohong dianggap jujur. Orang jujur dianggap bohong. Pengkhianat dianggap amanah. Orang amanah dianggap pengkhianat. Ketika itu, orang Ruwaibidhah berbicara.” Ada orang bertanya: “Siapa Ruwaibidhah itu?” Nabi menjawab, “Orang bodoh yang menguruskan urusan umum.” (HR Ibnu Majah)

16) PRU15 nanti pilihlah yang betul-betul hendak menyelamatkan negara; yang sudah terbukti kompeten dan berprinsip. Jangan pilih mereka yang khianat, menjual agama, mencuri wang rakyat dan rasuah tanpa rasa malu. Kalau hendak pilih juga mereka yang khianat pada amanah negara jadi pemimpin, lihat sahajalah ending umat-umat terdahulu yang di musnahkan sebab tidak menerima peringatan dari Allah SWT

MMMS

Tuduhan Ke Atas Hakim Nazlan, Najib Razak Tarik Balik

BEKAS perdana menteri Najib Razak menarik balik dakwaan rasuah terhadap Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Najib menarik balik dakwaan dalam afidavit terbarunya yang difailkan di Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lalu oleh peguamnya Tetuan Zaid Ibrahim Suflan T H Liew & Partners.

Kenapa Najib Razak tarik balik tuduhannya, sebab bukti yang dimaksudkan memang tidak wujud?

Terbukti tuduhan ke atas Hakim Nazlan yang menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Najib dalam skandal SRC yang membawa hukuman penjara 12 tahun dan denda 210 juta adalah berniat jahat semata mata, bertujuan untuk membunuh reputasi Nazlan supaya dipersoalkan dalam proses rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan yang berakhir ogos ini.

Namun yang berlaku adalah sebaliknya Najib terpaksa menarik tuduhan sebab kalau tidak keadaannya akan lebih parah akibat menipu Mahkamah dan hukuman berhubung 1MDB akan lebih berat.

Mana lagi boleh menang ni bosku memandangkan tuduhan ke atas Nazlan kau tarik balik.

BNS Dapat Dokumen Sebutharga Dari DCNS Sebelum Surat Lantikan (LOA) Kerajaan Malaysia

Sebahagian besar dari masalah-masalah yang menyebabkan penyelewengan dan kelewatan projek kapal perang LCS berpunca dari dua keputusan utama:

1. Penukaran reka bentuk kapal dari kelas Sigma yang dipilih oleh TLDM kepada kelas Gowind (yang ditolak TLDM tetapi diluluskan Menteri Pertahanan)

2. Pelantikan kontraktor dan perincian kontrak berat sebelah yang merugikan negara dan TLDM

Isu penukaran reka bentuk kapal dari Sigma kepada Gowind menjadi tumpuan siasatan Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC).

Prosiding PAC menunjukkan Menteri Pertahanan pada ketika itu (Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO sekarang) pada mulanya bersetuju (pada 26 Mei 2011) dengan pilihan TLDM untuk menggunakan reka bentuk Sigma.

Akan tetapi, dua bulan kemudian iaitu pada 11 Julai 2011, Menteri Pertahanan menukar keputusan itu dan bersetuju dengan cadangan BNS (kontraktor utama kapal perang LCS) untuk menggunakan reka bentuk Gowind.

Apa pentingnya pertukaran reka bentuk dari jenis Sigma kepada Gowind ini?

TLDM memilih Sigma demi keperluan dan kehendak pertahanan negara kerana kelas Sigma dinilai sebagai lebih baik dan lebih moden berbanding kelas Gowind. Apabila Zahid Hamidi menukar reka bentuk kepada kelas Gowind, ini bermakna keupayaan pertahanan laut tidak akan menepati kehendak dan perancangan TLDM.

Lebih penting lagi, reka bentuk Sigma dan Gowind melibatkan sub-kontraktor yang berbeza. Reka bentuk Sigma, jika dipilih, melibatkan kepakaran pembinaan kapal dari Belanda berbanding reka bentuk Gowind yang melibatkan kepakaran dari Perancis.

Dari sinilah kita dapat menyelami punca sebenar berlakunya skandal ini.

Ada pihak berkepentingan yang mahukan sub-kontraktor dari Perancis dipilih untuk membekalkan reka bentuk dan membina kapal LCS ini, walaupun keputusan TLDM adalah untuk kapal kelas Sigma.

Sub-kontraktor dari Perancis ini bukan asing lagi dalam skandal pembinaan kapal di Malaysia. Akhirnya, sub-kontraktor yang dilantik adalah DCNS, iaitu kontraktor yang sama terlibat dalam pembinaan dan perbekalan kapal selam Scorpene.

Lebih teruk lagi, dokumen-dokumen dalaman BNS yang dibocorkan kepada saya turut mengandungi dokumen berikut:

1. Sebutharga dari DCNS bernombor 10/DCI/ASI/0097 kepada BNS bertarikh 23 Disember 2010
2. Sebutharga dari DCNS bernombor 11/DCI/ASI/0029 bertarikh 4 April 2011
3. Surat Niat (“Letter of Intent”) dari DCNS bernombor BNS/SGPV/LOI/1011 bertarikh 21 Oktober 2011

Tarikh-tarikh sebutharga dari DCNS (sebagai sub-kontraktor) kepada BNS (sebagai kontraktor utama Kerajaan Malaysia) adalah sangat penting apabila kita membandingkan garis masa skandal ini.

Surat Lantikan (“Letter of Award”) dari Kerajaan Malaysia (melalui Kementerian Pertahanan) untuk melantik BNS sebagai kontrak projek kapal perang LCS hanya dikeluarkan pada 16 Disember 2011. Ini bermakna DCNS bukan sahaja telah mendapat maklumat sepenuhnya mengenai rundingan pembinaan kapal perang ini, malah DCNS telah pun menghantar sebutharga dan diberikan Surat Niat sebelum pun BNS dilantik menjadi kontraktor utama.

Satu siasatan dalaman BHIC (Boustead Heavy Industries Corporation), iaitu salah satu syarikat induk yang memiliki BNS, telah membuat kesimpulan berikut:

“.. It is unusual to have a DCNS quotation dated 23 December 2010 even before the LOA was signed by BNS with the (Government of Malaysia) GOM/MINDEF. This indicated that the deal was pre-determined between the vendor and certain vested persons at BHIC/BNS who were at the helm of the decision-making process. The history of DCNS and its unethical practices to bribe Malaysians during the deal is well documented which were filed in the Court by the investigative agencies at France after conducting searches at DCNS & Thales office.”

“.. Adalah luar biasa apabila (BNS) sudah pun ada sebut harga dari DCNS bertarikh 23 Disember 2010 sebelum pun Surat Lantikan dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia/KEMENTAH kepada BNS. Ini menunjukkan kontrak ini telah dimuktamadkan lebih awal di antara vendor (DCNS) dengan pihak-pihak berkepentingan di BHIC/BNS yang berkuasa membuat keputusan. Sejarah DCNS dan amalan korupnya yang merasuah individu-individu semasa rundingan kontrak pertahanan diketahui umum dan telah menjadi kes mahkamah di Perancis setelah pihak berkuasa Perancis menyerbu pejabat DCNS & Thales.”

Saya yakin rakyat Malaysia bersetuju dengan saya bahawa pegawai-pegawai di BHIC/BNS adalah “ikan bilis” yang tidak mempunyai kuasa untuk mengubah keputusan strategik pertahanan negara dengan menukar reka bentuk kapal perang dari yang diputuskan oleh TLDM kepada yang ditolak TLDM.

Melihatkan kepada keputusan Menteri Pertahanan pada ketika itu (Zahid Hamidi) yang menukar keputusannya dari memilih Sigma kepada Gowind (yang dibekalkan DCNS) juga membayangkan ada campur tangan pihak yang lebih atas dari Menteri Pertahanan sendiri.

Sebab itu saya nyatakan sebelum ini bahawa bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak tidak boleh lari dan cuci tangan dalam skandal ini.

Satu-satunya pimpinan politik yang mempunyai kuasa untuk mempengaruhi pertukaran reka bentuk kapal dan pada masa yang sama mempunyai sejarah hubungan dengan DCNS (melalui pembelian kapal Scorpene) ialah Najib Razak.

Pertama, beliau lebih berkuasa dari Menteri Pertahanan pada ketika itu untuk mempengaruhi keputusan menukar reka bentuk kapal agar sub-kontraktor dari Perancis, iaitu DCNS, dipilih.

Kedua, beliau mempunyai rekod peribadi yang memilih DCNS (dan rakan sekutu DCNS iaitu Thales) untuk projek-projek besar negara. Selain dari projek kapal selam Scorpene dan kapal LCS, Thales juga mencetuskan kontroversi dalam tahun 2012 apabila terbabit dalam skandal anugerah projek LRT kepada George Kent (sebuah syarikat pembuat paip yang tidak ada pengalaman membina LRT). Saya telah mendedahkan skandal ini dalam tahun 2012 dan boleh dibaca di sini: https://rafiziramli.com/category/skandal-lrt-george-kent/

Saya menunggu bagaimana Najib Razak akan menjawab persoalan-persoalan ini.

Pada masa yang sama, saya akan terus mendedahkan pelbagai penyelewengan yang telah berlaku sehingga menyebabkan tidak ada satu kapal pun yang disiapkan setakat ini.

RAFIZI RAMLI

Tak Sangka Zaid Lebih Hebat Dari Shafee – Tamrin Ghafar

Kalau Zaid itu hebat dari Shafee Abdullah kenapa tidak digunakan sepanjang perbicaraan SRC dan 1MDB yang dihadapi oleh Najib Razak?

Begitu juga dengan usaha menggantikan khidmat Shafee Abdullah sebagai Peguam Najib, kenapa awal awal lagi tidak menggunakan Zaid Ibrahim sebelum Mahkamah menolak Peguam Diraja England Jonathan Laidlaw?



1. Apakah perlantikan Zaid Ibrahim yang satu ketika dahulu MEMBELASAH Najib dan Apandi ada kaitan dengan Tun Tengku Maimun Tuan Mat , Ketua Hakim Negara yang kebetulan lahir di Kelantan juga ( sila tonton video ucapan Zaid )

2. Jika itu sebab nya , saya fikir itu satu kesilipan besar kerana umum tahu Tun Tengku Maimun merupakan seorang Hakim yang terkenal dengan prinsip , TIDAK boleh dijual beli atau dipengaruhi oleh sesiapa pun TERMASUK Agong , kawan rapat Najib

3. Sebagai Ketua Hakim Negara , Tun Tengku Maimun HANYA berpegang kepada Perlembagaan dan Undang – Undang bukan suapan dan mengejar pangkat dan mementingkan jawatan

4. Kini Najib diperingkat akhir rayuan , Mahkamah Persekutuan ; jika didapati bersalah , Najib akan dibawa terus ke penjara tanpa berlengah

5. Perbicaran kes SRC ini yang bermula pada 2019 , telah menyaksikan begitu banyak penangguhan

6. Jika perlantikan Zaid Ibrahim ini bagi menangguhkan sekali lagi Perbicaraan Mahkamah maka ia ternyata TIDAK BERJAYA apabila Mahkamah Persekutuan sendiri mengarahkan tarikh rayuan beliau dikekalkan bermula 15hb Ogos ini selama 10 hari

7. Jika Zaid Ibrahim LEBIH HEBAT dari Shafee Abdullah yang pernah mendabek dada dengan menyatakan beliau adalah peguam yang terhandal , mengapa Najib MEMECAT Shafee dan melantik Zaid ? ; mengapa tidak menggunakan perkhidmatan Zaid dari awal perbicaraan lagi ?

8. Rakyat khususnya Hakim – Hakim dan Peguam AMAT TERSINGGUNG apabila Agong dilihat meraikan Najib dan Rosmah di Majlis Berbuka Puasa di Istana Negara dan seolah – olah tidak cukup lagi beliau meraikan Najib di Istana Pahang di Kuantan sempena menyambut Hari Raya

9. Apa peranan Peguam Negara dan Penasihat – Penasihat Agong yang dengan bangga nya meraikan PENCURI yang telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi dan 3 orang Hakim Mahkamah Rayuan ? atau apakah Agong TIDAK PEDULI nasihat mereka dan reaksi rakyat ; Agong sepatutnya menjaga dan memelihara nama baik Institusi Raja Berpelembagaan BUKAN buat sesuka hati

10. Apa yang dilakukan Agong TIDAK akan dilakukan oleh Ratu atau Queen Elizabeth di England , malah Queen sendiri MELUCUT semua jawatan dan gelaran dari Prince Andrew , adik Prince Charles yang merupakan anak kandung nya sendiri bagi menghadapi Perbicaraan Mahkamah nanti kerana skandal hubungan seks beliau hasil pergaulan dengan dengan Jeffrey Epstein , seorang Ahli Perniagaan Amerika Syarikat

11. Pertama kali Agong melakukan kesilapan apabila membenarkan diri DI TIPU oleh Mahiaddin berhubung angka yang konon nya menyokong beliau sebagai Perdana Menteri

12. Kesilapan kedua apabila beliau TIDAK MAHU berjumpa Tun Dr. Mahathir dengan menutup pintu Istana bagi memaklum kan jumlah angka sokongan sebenar yang di perolahi sedangkan Istana Negara ADALAH HAK RAKYAT ; Agong hanya menumpang selama 5 tahun secara bergilir – gilir atau selama mana beliau memegang jawatan tersebut

13. Istana Negara akan didiami oleh Agong baru sama ada tamat tempoh 5 tahun atau mengikuti jejak langkah Muhammad V , Sultan Kelantan yang merupakan Agong pertama meletak jawatan selepas 2 tahun

14. Rakyat mula mempersoalkan di mana Sumpah Setia Agong tatkala menerima jawatan dulu – memerintah dengan ADIL DAN MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAAN DAN UNDANG – UNDANG ?

15. Apakah Sumpah itu hanya untuk hari itu sahaja ?

16. Alasan mengatakan mereka berdua bersahabat sejak di bangku sekolah lagi, dan Najib pula mempunyai gelaran keturunan ‘Orang Kaya – Kaya Pahang TIDAK boleh diterima

17. Abdullah atau nama pendek nya Dollah yang mungkin diguna oleh arwah bapa nya apabila mereka berduan – Wallahualam ! SEPATUT NYA tahu dan boleh membezakan diri , kini mereka bukan lagi dibangku sekolah

18. Abdullah kini sudah berjawatan AGONG , dan Najib pula , bekas Menteri Besar Pahang dan Perdana Menteri yang telah didapati bersalah MENCURI wang negara/rakyat melalui 1MDB dan anak syarikat nya , SRC

19. Baru – baru ini Tengku Zafrul , Menteri Kewangan mengumumkan hutang negara kini sudah mencecah RM1.04 Trillion dan hutang 1MDB RM32 Billion

20. Apa kah kumpulan yang dibayar ‘MALU APA BOSS KU’ dan pengampu beliau sanggup menyelesaikan hutang 1MDB atau biar saja anak cucu mereka menanggung beban yang dilakukan Najib dan isteri

21. Apa pun alasan yang digunakan Najib MEMECAT Shafee pada saat – saat akhir Rayuan di Mahkamah Persekutuan pasti punyai sebab dan reaksi :

i. MENGESAHKAN Zaid lebih hebat , berwibawa dan lebih berkeliber dari Shafee Abdullah

ii. MENGANTIKAN Jonathan Laidlaw , Queen Council dari Englang yang ditolak permohanan nya oleh Mahkamah

iii. USAHA terakhir Najib melewat – lewatkan pendengaran Perbicaran Mahkamah Persekutuan isu SRC , jika didapati bersalah beliau akan terus dibawa ke penjara

22. Pada bulan September ini Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan Najib dan anak nya dalam kes Lembaga Hasil Dalam Negeri atau Income Tax yang melibatkan wang sebanyak RM1.7 Billon

23. Kes meminda Lapuran Audit dan kes 1MDB sedang dalam perbicaraan

24. Jika Najib kalah dalam semua kes ini , ia bermakna beliau akan merengkok dalam penjara sekurang – kurang nya 40 tahun

25. Difahamkan Najib juga berhadapan dengan Mahkamah di Perancis dan New York

26. SEGALA USAHA PENGAMPUNAN MISTI MELALUI PROSES TERTENTU ; AGONG TIDAK ADA KUASA MEMBERI PENGAMPUNAN SESUKA HATI


Wassalam
Terima Kasih

Jawapan, Soalan Najib Berhubung LCS – PAC

Wong Kah Woh adalah Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang menjawab soalan Najib Razak berhubung skandal Kapal Perang LCS. Seperti dibawah.

Baca, Jangan Tak Baca ya PM6.

Laporan PAC di bentang ke Parlimen pada 04.08.22. PM6 kata tidak terlibat, tapi keluar 4 FB posting pada 06.08.2022. Ini suatu rekod. Saya hargai.

PM6 pegang jawatan PM dari 2009 sampai 2018. Isu Projek LCS mula tahun 2011.

PM6 mula dengan kata Pengerusi PAC itu dari DAP. Senang saja untuk kaitkan dengan DAP. Balik-balik DAP. Senang.

Cuma saya nak bagi tahu PM6, saya bukan lagi Ketua Pemuda DAP. Sudah 4 tahun saya lepas jawatan. Boleh Google. Simple facts macam ini tak patut salah tau, sebab nanti PM6 nak bincang LCS itu yang lagi teknikal, lagi cenderung salah.

Saya nak bagi tahu PM6, Laporan PAC bukan Laporan mana-mana Parti. 14 orang ahli, 3 UMNO 3 PPBM 2 DAP 2 PAS 1 GPS 1 PKR 1 Amanah 1 Warisan.

Kejap, saya bagi LINK website PAC, senang untuk PM6 confirm, nanti kata tak percayai Pengerusi PAC pulak.

https://www.parlimen.gov.my/pac/ahli-jawatankuasa-pac.html?

14 Ahli Parlimen dari Parti berlainan, kami satu hati. Satu hati untuk pastikan Wang Rakyat adalah terjaga. Segala keputusan adalah secara konsensus.

Kami independent, bukan macam dulu Kerajaan di bawah PM6, ada isu Laporan 1MDB disunting Pengerusi PAC lantikan PM6 masa itu.

PM6 kata kenyataan Pengerusi PAC salah. Saya hendak bagi tau kenyataan Pengerusi PAC itu adalah berdasarkan Pendapat, Rumusan dan Syor persetujuan secara konsensus PAC selepas hampir 2 tahun siasatan isu ini. Bukan pandangan Pengerusi PAC sendiri.

PM6 kata, ada salah faham Bajet Projek LCS adalah RM6b dan angka RM9b itu adalah sebab kos bertambah RM3b.

Saya tidak faham apa salah faham PM6. Mungkin PM6 salah faham apa yang PM6 salah faham. Mungkin PM6 tidak membaca Laporan penuh PAC.

Takpe, saya bagi LINK Laporan Penuh PAC, baca mukasurat 6 saja, ambil sedikit latar belakang. PAC kata nilai kontrak RM9.128b, bila kata Bajet hanya RM6b?

https://www.parlimen.gov.my/pac/review/docs-257-312.pdf

Cuba tekan butang Ctrl-F RM9.128b, senang nak cari.

Nak baca hardcopy pun ada, ada atas meja Pekan. 3 Jilid jumlahnya. Baca, jangan tak baca PM6.

PM6 tanya kenapa kemajuan kerja hanya 44.10%. Ini pengesahan MINDEF ya, bukan PAC tulis suka sendiri. Boleh baca mukasurat 97. Baca, jangan tak baca PM6.

PM6 kata tidak campur tangan Projek LCS. Itu terpulang kepada PM6. Tapi mungkin boleh jawab kenapa surat bantahan PTL kepada PM6 berkenaan dengan penggunaan GOWIND tidak dijawab?

Kata PM6 lagi, Pengerusi PAC tidak tepat. PM6 kata kapal pertama perlu diserahkan tahun 2019 dan bukan tahun 2017.

PM6 tepat, memang 2019, tepat. Pengerusi PAC pun cakap tahun 2019, tepat. Mana PM6 dapat Pengerusi PAC cakap 2017? Dari Google?

Janganlah PM6, professional sedikit, anda PM6. Jangan baca Google saja, baca Laporan penuh. Baca, jangan tak baca PM6.

Malas nak baca, Pengerusi PAC bantu. Cuma baca info grafik Laporan PAC, mukasurat pertama selepas isi kandungan. PAC nyatakan Serahan LCS1 patut pada April 2019.

PM6 kata jangan menuding jari. PAC tidak. PAC cuma laksanakan tanggungjawab PAC kepada Parlimen, kepada Rakyat dan kepada Negara.

Reaksi PM6 terhadap Laporan PAC besar. Lepas pembentangan Laporan PAC ini, saya ada sikit masa. Saya baru menonton sebuah kartun lama, boleh kongsi sikit dengan PM6, “Jangan Monyet! Jangan!”

Mungkin PM6 perlu mengambil iktibar sedikit daripada respon MINDEF, BNS dan TLDM terhadap Laporan PAC ini. Saya bagi LINK sekiranya PM6 tak sempat nak baca.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/984334/mindef-teliti-laporan-pac-ambil-kira-semua-syor-teruskan-projek-lcs

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/08/05/bns-sokong-tindakan-tegas-terhadap-pihak-terbabit-salah-laku-projek-kapal-perang/

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/08/06/tldm-sokong-siasatan-ketirisan-projek-lcs-pihak-terbabit-perlu-dibawa-ke-muka-pengadilan/

Relaks, PM6.