3 Kenyataan Gempar Leissner Pada Perbicaraan Kes 1MDB Di New York

Skandal 1MDB tidak pernah menjemukan pembaca. Selain membawa keruntuhan kerajaan Barisan Nasional ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018, ia juga turut membawa aib kepada ramai orang yang terpalit dengan rompakan wang rakyat Malaysia terbesar di dunia dianggarkan AS$6.5 bilion (lebih RM26 bilion).

Ceritanya (plot utama) ialah mengenai tiga lelaki berkelulusan tinggi, memegang jawatan menjadi idaman ribuan orang, bersekongkol dengan beberapa pemimpin politik dan pentadbir awam dan swasta merompak wang pelaburan rakyat Malaysia.

Oleh kerana mereka tidak bermoral dan percaya wang menguasai semua, cerita-cerita sampingan (sub-plot) di mana personaliti berkait dengan watak-watak utama turut menggemparkan cerita berepisod ini.

Itulah yang berlaku sekarang.

Jalan ceritanya ialah bagaimana seorang pemimpin negara bersekongkol dengan tiga lelaki merompak berbilion wang rakyat Malaysia.

Plot utamanya ialah bagi pemimpin negara itu, wang diperlukan untuk menjamin kesinambungan kuasanya.

Sementara tiga lelaki berkenaan, wang untuk merasai segala yang diidamkan: rumah mewah, pesta hangat bersama arak, wanita dengan artis-artis Hollywood terkemuka, dan hubungan sulit dengan wanita-wanita ternama.

Di antara tiga lelaki itu, dua adalah rakyat Malaysia – Roger Ng (bekas ketua pelaburan perbankan Goldman Sachs Malaysia), Low Taek Jho atau Jho Low (dalang yang rapat dengan pemimpin negara) – dan seorang warga Jerman Timothy Leissner (pengerusi Goldman di Asia Tenggara).

Turut menghiasi plot sampingannya ialah bagaimana watak-watak di ibu pejabat bank pelaburan berprestij itu, penasihat serta pengurusan kanan 1MDB diarah oleh pemimpin negara dan tiga lelaki mempengaruhi mereka agar memilih bank pelaburan tersebut bagi mengatur penjualan bon (sekuriti pelaburan di mana seseorang pelabur meminjamkan wang kepada 1MDB bagi tempoh tertentu untuk mendapatkan bayaran faedah tetap. Apabila matang, 1MDB akan pulangkan kesemua wang pinjaman kepada pelabur).

Latar belakang drama yang menggemparkan dunia ini mengelilingi dunia: Kuala Lumpur, Singapura, London, Las Vegas, New York dan Festival Filem Cannes, Perancis.

Semuanya adalah kota raya terkemuka dunia di mana wang adalah raja.

Cerita bermula di mahkamah persekutuan Amerika di New York di mana Ng dituduh melanggar Akta Amalan Rasuah Asing (FCPA) yang melarang syarikat dan rakyatnya, serta bukan negarawan melakukan rasuah dan pengubahan wang haram melalui sistem kewangannya.

Ng, yang diekstradisi ke Amerika (tindakan Malaysia membenarkan dia menjalani perbicaraan di sana atas dakwaan telah melakukan jenayah mengikut perjanjian penguatkuasaan undang-undang bersama), didakwa memberi rasuah pegawai-pegawai di luar negara, memintas kawalan perakaunan, dan pengubahan wang haram, di samping menyelewengkan AS$35 juta (hampir RM146 juta) wang rakyat Malaysia daripada jualan bon 1MDB.

Jho Low, yang turut didakwa bersama Ng sejak 2018 masih belum ditangkap oleh pihak berkuasa Amerika dan Malaysia. Pihak Malaysia berkata dia dilihat di China, tetapi Beijing menafikannya.

Dari perbicaraan itu, pembaca digemparkan oleh Leissner bahawa dia telah melakukan hubungan sulit dengan beberapa wanita ketika bertugas di Goldman Sachs. Lebih dari tiga wanita Malaysia dikatakan ada hubungan sulit dengannya. Setakat ini, hanya Datuk Rohana Rozhan, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat media Astro Malaysia Holdings Bhd telah disebut dalam perbicaraan.

Bagaimanapun, Leissner kemudian berkahwin dengan bekas supermodel dan personaliti TV Amerika Kimora Lee Simmons.

Perkahwinan ini juga menggemparkan. Dia mengaku telah dua kali berkahwin dengan dua wanita serentak atau dalam masa yang sama. Ini dilakukan apabila dia memalsukan surat cerai bagi memudahkan dia berkahwin dengan Kimora pada 2014.

Ketika itu dia adalah suami sah Judy Chan.

“Saya palsukan surat cerai itu menggunakan photoshop,” katanya.

Dia juga memberitahu juri dokumen cerai itu dipalsukan ketika berkahwin dengan Judy Chan di Hong Kong pada 2000.

Kenyataan kedua yang menggemparkan ialah dakwaan Leissner bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) meluluskan pemindahan AS$1 bilion (kira-kira RM4 bilion) wang pertukaran asing dalam sehari daripada akaun 1MDB ke PetroSaudi International setelah suami gabenor bank pusat itu Zeti Akhtar Aziz menerima rasuah.

“Anda perlu tahu pada 2009 Malaysia masih ada kawalan kewangan yang memerlukan pelaburan sebesar itu meninggalkan negara wajib diluluskan oleh Bank Negara.

“Satu bilion dolar telah diluluskan dalam sehari dari Malaysia ke syarikat usahasama itu dan ia berlaku kerana suami gabenor Bank Negara telah menerima rasuah. Jadi, dalam sehari sahaja wang tersebut dipindahkan, dan ia tidak pernah dilakukan pada masa itu,” dakwanya.

Bagaimanapun, November lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan kira-kira RM65 juta daripada dana-berkaitan 1MDB yang dipegang oleh syarikat milik Tawfiq Ayman, suami Zeti, telah dipulangkan.

Kenyataan ketiga sama hebat ialah dakwaan Leissner bahawa dia dan Ng berjaya menarik pelaburan AS$3 bilion (lebih RM12 bilion) untuk 1MDB dari penjualan bon ketiga – dirujuk sebagai Projek Catalyze. Jho Low memberitahunya bahawa wang itu akan digunakan untuk membiayai PRU 2013.

Dakwaan tersebut telah mendesak setiausaha agung DAP Lim Guan Eng di Dewan Rakyat supaya SPRM menyiasat bekas perdana menteri Najib Razak mengenainya.

Leissner memberitahu mahkamah AS bahawa dia secara peribadi menemui Najib dan berurusan dengan setiausaha-setiausaha peribadinya.

Leissner adalah bekas majikan Ng yang menjadi saksi pendakwaan setelah mengaku salah pada 2018 di mahkamah atas tuduhan konspirasi pengubahan wang haram dan melanggar FCPA.

Beliau turut mengaku memberi rasuah kepada pegawai-pegawai Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu untuk melicinkan urusan penjualan bon oleh Goldman Sachs.

Mahkamah AS telah mengarahkan Leissner membayar denda hampir AS$44 juta (kira-kira RM180 juta) serta jaminan akan dipertimbangkan hukuman ringan.

Inilah tragedi apabila syarikat pembangunan strategik kerajaan 1MDB disalahguna oleh pemimpin Barisan Nasional dan pengurusan yang dipilih untuk memperkayakan diri sendiri dan parti yang amalkan rasuah.

Tragedinya, 1MDB yang merupakan dana untuk memperbaiki kehidupan rakyat kini menjadi beban hutang melebihi RM42 bilion yang perlu ditanggung oleh rakyat dan anak cucu mereka.

Bahkan, pada waktu itu, ada juga mangsa akibat skandal terbesar pemimpin Barisan Nasional itu – bekas ketua peguam negara Abdul Gani Patail diberhentikan dengan cara yang amat kasar sekali.

Begitu juga bekas ketua pesuruhjaya SPRM Mohd Shukri Abdull yang diancam dibuang kerja, bersara awal, dipindah ke jabatan latihan, dan peluru dihantar ke rumahnya ketika dia menyiasat kes 1MDB.

Inilah balasan dosa Barisan Nasional, terutamanya pemimpin Umno.

Menjelang PRN Johor ini, ambillah iktibar kerana pemimpin-pemimpin kluster mahkamah yang terlibat dengan 1MDB ingin kembali semula. Jangan pengundi tertipu lagi.

Kebenaran betapa buruknya rasuah 1MDB adalah benar, beban berbilion ringgit ditanggung rakyat juga benar.

Perbicaraan di mahkamah AS adalah perlu bagi membuktikan kebenaran ini.

Khairuddin Othman adalah bekas wartawan Berita Harian

* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pandangan MalaysiaNow

Zafrul: Najib Silap, Duit Rakyat Diguna Bayar Faedah Pinjaman 1MDB

Entah berapa kali sudah kenyataan Najib Razak kantoi menipu rakyat, baru baru dia mendakwa kerajaannya tidak pernah menggunakan wang rakyat dalam KWAP. Tapi lama sebelum itu tersebar berita di dada portal yang Najib telah membelanjakan dana KWAP untuk membiayai 1MDB, rugi pula tu.

Terbaru Najib membohong lagi kononnya tidak ada duit rakyat yang digunakan untuk membayar hutang 1MDB. Walhal dana 1MDB itu sendiri adalah wang rakyat yang berjaya dicuri oleh Najib dan Jho Low.

Habis itu dari mana pula datangnya wang yang digunakan untuk membayar faedah hutang 1MDB. Sedangkan 1MDB tidak menjalani perniagaan yang jelas. Selain wang rakyat yang sebahagiannya datang dari hasil curian yang berjaya dituntut balik.


PARLIMEN l Malaysia masih belum membayar balik jumlah hutang prinsipal 1MDB sebanyak RM32.3 bilion, tetapi negara sedang membuat bayaran faedah hutang tersebut iaitu sebanyak RM6.5 bilion, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menyangkal kenyataan bekas perdana menteri Najib Razak semalam bahawa tiada satu sen pun dana awam digunakan kerajaan untuk membayar balik jumlah pokok hutang 1MDB.

“Kita sudah mula membayar faedah hutang 1MDB kira-kira RM6.5 bilion dan belum membayar prinsipal kerana prinsipal hutang tersebut akan matang lambat lagi’

“Jadi dakwaan bahawa belum lagi kita bayar prinsipal hutang 1MDB ini adalah tidak berasas,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Lim Guan Eng (PH-Bagan) pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

“RM32.3 bilion ini tarikh matang dia di antara 2022 hingga 2039. Jadi, belum lagilah dibayar, ini prinsipalnya, tapi kita sudah mula membayar faedahnya,” katanya.

Lim menyoal sama ada benar atau tidak bahawa tiada satu sen pun dibayar ke atas hutang 1MDB seperti yang didakwa Najib.

Najib semalam mendakwa dana awam tidak digunakan kerana pelbagai entiti, termasuk Goldman Sachs Group Inc, firma audit KPMG dan Deloitte, Ambank dan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS telah memulangkan dana 1MDB, berjumlah RM23 bilion kepada Malaysia.

Tengku Zafrul, berkata, prinsipal hutang 1MDB merangkumi bon terbitan 1MDB Enegry Ltd bernilai RM7.35 bilion, bon terbitan 1MDB Energy (Langat) Ltd bernilai RM7.35 bilion, bon terbitan 1MDB Global Investment Ltd sebanyak RM12.6 bilion dan sukuk 1MDB IMTN (Islamic Medium Term Note) bernilai RM5 bilion.

Mustahil Queen Elizabeth Membenarkan Peguam Diraja Membela Najib Razak (Video)

Kira kira ada benarnya ni, barang mustahil keluarga Diraja British atau Queen Elizabeth melepaskan peguam mereka hanya untuk membela Najib yang sudah dijatuhkan hukuman bersalah oleh Mahkamah Malaysia angkara mencuri wang rakyat melalui Skandal SRC.

Baru baru ini Najib telah mengemukan permohonan untuk menggunakan khidmat Peguam Diraja England bagi membelanya dalam perbicaraan rayuan kali kedua di Mahkamah Persekutuan.

Kira jalan terakhirlah ni kan, andai tidak lepas, alamat hukuman penjara 12 tahun akan berjalan.

Kalaupun Shafee Abdullah sudah tidak berguna. Habis itu buat Najib simpan laskar maling UMNO yang terang terang membodohkan hakim yang menjatuhkan hukuman bersalah ke atas dirinya. Guna pakai lah Najib oiii! murah pun murah.

Mungkin Ramai ke Program Najib Untuk Lihat Muka Perompak, Kata Muhyiddin

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata hari ini, kehadiran ramai orang ke program Najib Razak yang sudah disabitkan bersalah tidak semestinya sesuatu yang positif.

Katanya, berkemungkinan besar, mereka yang hadir ingin melihat sendiri wajah Najib yang juga bekas perdana menteri yang disabitkan bersalah kerana jenayah rasuah.

“Yang (nak) tengok , betul ke dia ni perompak? Betul ke dia ni yang dah dijatuhkan hukuman?,” katanya kepada pemberita di Johor hari ini.

“Jadi jangan kita andaikan yang ramai datang tu adalah kerana dia suka.

“Ramai yang datang nak tengok muka sebenarnya, adakah ini orang yang dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun, denda RM200 juta, terbabit pula dalam kes SRC.”

Menurut Muhyiddin, berkemungkinan juga orang ramai hadir untuk melihat sendiri sosok tubuh individu yang masih berulang-alik ke mahkamah untuk perbicaraan pelbagai kes rasuah yang masih belum selesai.

“Orang ini juga sudah dibuktikan di mahkamah Amerika Syarikat (AS) atas salah guna kuasa dan merompak duit rakyat,” katanya.

Katanya, sesiapa sahaja boleh hadir ke program-program politik sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sama ada melibatkan individu yang mereka suka ataupun tidak. 

Empat hari lalu, Najib berkunjung ke lokasi-lokasi tumpuan di PRN Johor bersama calon-calon Barisan Nasional (BN) termasuk calon MCA dan beramah mesra dengan pengundi-pengundi Cina. 

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi memutuskan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas mendapati Najib bersalah bagi tujuh pertuduhan jenayah pecah amanah, pengubahan wang dan salah guna kuasa melibatkan RM42 juta dana SRC International yang berkait 1MDB.

Pada 7 Disember tahun lepas, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib itu.

Pada hari sama, Najib memfailkan notis rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

Malaysianow

Pendakwa Mohon Hakim Dengar Kes Rosmah Kekal

Datin Seri Rosmah Mansor hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi pendengaran tiga permohonan dalam kes pengubahan wang haram dan mengelak membayar cukai. - NSTP/ASWADI ALIAS.© Provided by Berita Harian Datin Seri Rosmah Mansor hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi pendengaran tiga permohonan dalam kes pengubahan wang haram dan mengelak membayar cukai. – NSTP/ASWADI ALIAS.

KUALA LUMPUR: Pendakwaan memohon supaya Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan, tidak menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes pengubahan wang haram dan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang dihadapi Datin Seri Rosmah Mansor.

Isteri bekas perdana menteri itu membuat permohonan Mohamed Zaini menarik diri atas alasan keterangan dan eksibit dikemukakan di mahkamah dalam perbicaraan kes rasuah berkaitan projek tenaga solar dihadapinya boleh secara langsung atau tidak langsung mempengaruhi Mohamed Zaini yang mendengar perbicaraan kes pengubahan wang haram.

Mohamed Zaini turut mendengar perbicaraan kes projek tenaga solar yang kini memasuki peringkat hujahan di akhir kes pembelaan, manakala perbicaraan kes pengubahan wang haram belum bermula.

Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram dalam hujahannya berkata, Mohamed Zaini sudah membuat keputusan berhubung perkara itu ketika menolak permohonan pertama Rosmah pada 14 Disember 2021 supaya beliau (hakim) menarik diri, selepas mendengar hujahan terperinci kedua-dua belah pihak.

“Kami mohon Yang Arif tidak menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes ini kerana Yang Arif tidak pernah mendengar sebarang keterangan berkaitan kes pengubahan wang haram dihadapi tertuduh.

“Yang Arif juga memutuskan kedua-dua kes (projek tenaga solar dan pengubahan wang haram) adalah unik dan berbeza serta tiada kaitan antara satu sama lain.

“Kami menyatakan permohonan kali kedua tertuduh supaya Yang Arif menarik diri daripada mendengar kes ini (pengubahan wang haram) ditolak oleh mahkamah ini,” katanya.

Dalam keputusannya pada Disember tahun lalu, Mohamed Zaini antara lain berkata, beliau akan memastikan Rosmah tidak akan diprejudis dalam kes pengubahan wang haram apabila rujukan dibuat kepada kenyataan dalam kes rasuah projek solar.

Ia berikutan hakim dikehendaki mempertimbangkan secara berasingan dan secara bebas keterangan terhadap tertuduh.

Katanya, sebarang dapatan yang dibuat dalam kes solar kekal di sana dan menjadi tanggungjawabnya atau mana-mana hakim, untuk memastikan tertuduh atau mana-mana tertuduh dibicarakan secara adil seperti termaktub mengikut Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Rosmah, membalas hujahan pendakwaan dengan menegaskan permohonan kedua anak guamnya tidak boleh dikatakan menyalahgunakan proses mahkamah kerana bersandarkan alasan berbeza.

Beliau berkata, wujud risiko yang mana kes mahkamah lain membabitkan pelucutan hak harta Rosmah dan keluarganya berkaitan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan mempengaruhi Mohamed Zaini apabila hakim itu mendengar perbicaraan kesalahan pengubahan wang haram dan kesalahan berhubung cukai anak guamnya.

Selain kes lucut hak harta itu, Firoz Hussein berkata, Mohamed Zaini turut mendengar kes laporan audit terhadap suami tertuduh, Datuk Seri Najib Razak.

Peguam itu berkata, ia ditambah dengan keputusan Mohamed Zaini mengarahkan anak guamnya membela diri dalam kes projek tenaga solar tahun lalu.

“Ini adalah situasi unik yang mana kami bukan mempersoalkan integriti Yang Arif tetapi ini adalah soal kelemahan manusia, kerana Yang Arif sudah mendengar keterangan saksi dan bukti terhadap tertuduh dan keluarganya.

“Ia akan menjejaskan cara Yang Arif melihat kredibiliti tertuduh dan perkembangan perbicaraan ini (kes pengubahan wang haram dan mengelak cukai),” katanya.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua belah pihak, Mohamed Zaini kemudian menetapkan pada 21 Mac ini bagi keputusan.

Rosmah, 70, berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN.

Berita Harian

Malaysia Diarah Bayar RM63 Bilion Kepada Waris Sultan Sulu – Bodohnya UMNO

Kalau kita baca artikel dibawah, kita akan dapati kes berlaku semasa Malaysia di perintah oleh kerajaan UMNO iaitu ketika UMNO berhadapan dengan pilihan raya umum yang ke 13.

Dimana pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu telah dipolitikkan oleh kerajaan UMNO hingga sengaja tidak membayar wang pemisahan RM5300 setahun sebagai bukti komitmen mereka ke atas Sabah, kononnya.

Sepatutnya bayar sajalah sebab itu tidak akan menyebabkan Sabah menjadi milik mereka. Ia hanyalah perjanjian lama di antara dua pihak yang berkepentingan dan berakhir di situ. Buktinya berabad Malaysia membayar wang pemisahan tapi tidak pernah timbul tuntutan sebesar ini, pokoknya tuntutan ini timbul angkara kebodohan UMNO.

Akibatnya Malaysia atau Sabah berhadapan dengan konflik yang lebih besar, sekiranya gagal membayar tuntutan RM63 bilion yang sebenarnya dikemukan oleh kerajaan Filipina.

Inilah UMNO dari sekecil kecil isu semuanya dipolitikkan hingga akhirnya menyusahkan negara dan rakyat Sabah khususnya. Mentang mentanglah Sabah ni negara yang kaya dengan sumber alam.

Jalan penyelesaiannya ambil balik wang yang dicuri oleh Najib Razak dan kuncu kuncunya, buat bayar RM63 bilion. Itu pun wang milik rakyat Sabah rasanya sebab UMNO bukan ada apa pun, pandai mencuri hak orang saja tu.

Daripada Sabah melepas ke negara orang, lebih baik Najib Razak dan Zahid Hamidi tu dihalau balik ke negara asal mereka, kita tengok sejauh mana mereka mampu menipu Jokowi.


Kerajaan Malaysia dilaporkan telah diarah membayar sekurang-kurangnya AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) kepada waris sultan Sulu yang terakhir.

Ini akibat pelanggaran perjanjian 1878 yang ditandatangani oleh Sultan Jamal Al Alam, Baron de Overbeck dan Alfred Dent milik syarikat British Utara Borneo

Malaysia dilaporkan telah berhenti membayar wang pemisahan tahunan RM5,300 kepada waris sultan Sulu sejak 2013 berikutan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu.

Semalam, laman web berita Sepanyol La Información melaporkan bahawa penimbang tara Sepanyol Gonzalo Stampa mengarahkan pembayaran itu semasa perbicaraan di mahkamah arbitrasi di Paris, Perancis.

Menggelarnya sebagai “arbitrasi terbesar di Sepanyol”, artikel itu berkata Stampa memutuskan bahawa perjanjian 1878 adalah satu “perjanjian pajakan swasta antarabangsa” komersial.

Dengan tidak membayar wang pemisahan sejak 2013, dia berkata Malaysia telah melanggar perjanjian itu.

Melainkan anugerah itu dibatalkan, Malaysia kini mempunyai tiga bulan untuk membayar atau berisiko membayar faedah.

Waris sultan Sulu pada mulanya mahu menuntut AS$32.2 bilion (RM135.08 bilion) daripada Malaysia. Ini adalah untuk mendapatkan semula wang pemisahan yang belum dibayar bersama-sama dengan jumlah yang mereka percaya sepatutnya dibayar untuk hasil minyak dan gas yang ditemui di rantau ini.

Mereka diwakili oleh firma guaman Sepanyol B Cremades & Asociados bersama Paul Cohen dan Elisabeth Mason dari 4-5 Gray’s Inn Square di London.

“Penimbang tara (Stampa) mematuhi mandatnya dengan teliti dan sah, memutuskan pertikaian kontrak antara pihak,” kata portal yang memetik Bernardo Cremades Jr.

Malaysia tidak diwakili semasa timbang tara

Waris berkenaan telah memulakan kes di Sepanyol kerana perjanjian 1878 ditandatangani di bumi Sepanyol.

Kes itu pada asalnya dibicarakan di Madrid sehingga Mahkamah Tinggi Madrid (Tribunal Superior de Justica de Madrid) membatalkan pelantikan Stampa atas alasan bahawa Malaysia tidak dimaklumkan dengan betul mengenai kes berkenaan dan dengan itu “tidak dapat membela diri”.

Kes itu kemudiannya dipindahkan ke ibu negara Perancis.

Menurut laman web Global Arbitration Review, Malaysia tidak hadir semasa perbicaraan timbang tara di Paris.

Susulan pembatalan Stampa, Malaysia mencabar kesahihan untuk mendengar kes itu dibicarakan mahkamah jenayah.

Malaysiakini sedang menghubungi Kementerian Luar Negeri dan Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan ulasan mereka.

Dua Setiausaha Sulit Najib Terbabit Terbit Bon Ketiga 1MDB, Kata Leissner

Perbicaraan kes rasuah rakyat Malaysia yang juga bekas eksekutif bank Goldman Sachs di Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS), Roger Ng, berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), semakin menarik dan memberi kejutan sedikit demi sedikit.

Sebelum ini, saksi utama pendakwaan yang juga bekas eksekutif bank itu, Tim Leissner mendedahkan hubungannya dengan kekasih rakyat Malaysia dan pembelian sebuah rumah di London berharga AS$10 juta kepada kekasihnya itu menggunakan wang 1MDB.

Hari ini, Leissner sekali lagi membuat kejutan apabila mendedahkan dua setiausaha sulit bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula terbabit dalam penerbitan bon ketiga untuk 1MDB.

Leissner mendedahkan bon berkenaan adalah bagi Projek Catalyze yang bernilai AS$3 bilion (RM12.6 bilion).

Dia memberitahu mahkamah bahawa bon ketiga itu bergantung kepada surat sokongan kerajaan Malaysia dan bukan berdasarkan jaminan International Petroleum Investment Companya (IPIC) seperti mana dua bon pertama bagi Projek Magnolia dan Projek Maximus.

Menurutnya dia mengadakan beberapa pertemuan dengan Azlin Alias ​​dan seorang lagi setiausaha sulit bekas perdana menteri itu, Amhari Efendi Nazaruddin selain Kementerian Kewangan serta Perbendaharaan untuk mendapatkan surat sokongan itu.

Leissner juga mendedahkan satu pertemuan turut diadakan bersama Najib di pejabatnya di Putrajaya untuk memperoleh surat sokongan yang ditandatanganinya sendiri.

Katanya, suspek utama skandal 1MDB, Low Taek Jho atau Jho Low, memberitahu kepadanya dan Roger Ng bahawa mereka tidak akan menerima sebarang ‘imbuhan’ seperti mana dua projek pertama.

“Jho Low memberi alasan dana yang dikumpulkan Projek Catalyze perlu digunakan untuk membiayai Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13), bagi memberi ‘sumbangan’ kepada pengundi sebagai ‘amalan biasa’ di Malaysia.

“Saya tidak tahu ke mana aliran sebenar wang itu atau sama ada ia diterima secara peribadi oleh Najib,” katanya.

Leissner juga berkata Azlin juga terbabit selepas itu apabila Goldman Sachs berusaha melupuskan AS$700 juta (RM3 bilion) bon Catalyze yang tidak dapat dijual selepas transaksi Project Catalyze.

Leissner dan Roger Ng turut menghubungi Jho Low bagi mendapatkan bantuannya menjual beberapa bon kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Malaysia seperti Lembaga Tabung Haji dan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

Difahamkan, salah satu bukti yang dikemukakan dalam kes itu ialah rantaian e-mel dihantar Leissner kepada Roger Ng pada 6 November 2013, yang turut mengandungi e-mel pertama dihantar oleh Jho Low kepada Azlin.

Leissner turut mendedahkan bahawa dia dan Roger Ng masing-masing menerima ‘imbuhan’ AS$17.5 juta (RM73.4 juta) untuk pembabitan mereka dalam terbitan bon pertama di bawah Projek Magnolia bernilai AS$1.75 bilion (RM7.34 bilion).

Tambahnya lagi, mereka menerima ‘imbuhan’ untuk bon kedua di bawah Projek Maximus, juga bernilai AS$1.75 bilion (RM7.34 bilion), tetapi dia tidak menyatakan jumlah sebenar yang mereka terima.

Ketika terbabit urus niaga ‘skim haram’ itu, Leissner mengakui bimbang dengan persepsi negatif media, namun tidak lagi khuatir selepas Najib menang PRU13. – BH/Agensi

Zahid Tawar Muhyiddin Jawatan Presiden UMNO

Yang lucunya disini, sekiranya Zahid ditanya adakah dakwaan Muhyiddin ini benar, pasti Zahid akan menafikan sebagai satu lagi pembohongan.

Sampai sudah jentera UMNO sanggup bodoh hanya kerana UMNO walaupun mereka tahu rata rata pemimpin UMNO tidak ada kredibiliti malah ramai diantara mereka yang kantoi di Mahkamah kerana salah guna kuasa.

Ikan memburuk dari kepala, kepada buruk tidak apalah sebab puas juga merasa nikmat nafsu. Tapi mereka yang sanggup bodoh dan berada di ekor tu, nikmat apa yang kamu rasa selain kenaifan dan kebodohan itu sendiri.

Zahid menawarkan jawatan Presiden UMNO pada Muhyiddin sekiranya balik menyertai UMNO. Waktu itu Muhyiddin memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia yang ke 8.

Ternyata sokongan ahli kepada UMNO tidak ada harga tidak lebih dari barang dagangan.


PETALING JAYA: Muhyiddin Yassin malam tadi membuat pendedahan mengejutkan dengan mendakwa Zahid Hamidi menawarkan jawatan Presiden Umno ketika beliau masih Perdana Menteri.

Berucap pada satu himpunan di DUN Bukit Kepong, Pengerusi Perikatan Nasional itu berkata Zahid ketika itu memujuk beliau kembali kepada Umno, dalam satu pertemuan di Sri Perdana.

“Dia datang jumpa saya (kata), ‘marilah Tan Sri balik semula kepada Umno, saya nak serahkan Presiden Umno’ pada saya.

“Kalau tanya Zahid, dia cakap saya bohong,” katanya.

Menurut Muhyiddin, beliau terus menolak tawaran itu.

“Saya fikir perjuangan Bersatu bersama PAS lebih baik,” katanya.

Beliau juga mendakwa, berdasarkan apa yang dibicarakan Zahid, tawaran itu merupakan keputusan parti untuk mempelawanya masuk Umno.

“Datang dia (kata), ‘ini keputusan kita nak minta Tan Sri balik semula kepada Umno,” katanya.

 FMT

Najib Ibarat Pekerja 1MDB Yang Perlu Di Sogok – Leissner

NEW YORK, 26 Feb – Pasukan juri perbicaraan di Amerika Syarikat (AS) diberitahu, Low Taek Jho atau Jho Low yang dikatakan dalang skandal 1MDB menyatakan, Najib Razak dan seorang sheikh dari Arab Saudi antara pegawai yang perlu dibayar untuk mendapat kelulusan mengumpul dan membelanjakan berbilion dolar dana 1MDB.

Bekas eksekutif Goldman Sachs, Tim Leissner yang merupakan saksi utama pendakwaan terhadap bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng, menerangkan sistem pembayaran itu kepada juri di Mahkamah Daerah Brooklyn, New York, pada Rabu, lapor Bloomberg.

Leissner mendedahkan satu pertemuan di rumah Low di Mayfair, London, di mana ahli perniagaan buruan itu menamakan individu yang menurutnya perlu disogok.


Dalam senarai itu ialah pegawai dari Malaysia dan Abu Dhabi, termasuk Najib yang juga Perdana Menteri Malaysia ketika itu dan Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan, Timbalan Perdana Menteri, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Leissner memberitahu juri, Low menyatakan sheikh itu enggan berganjak daripada amaun USD100 juta.

Sheikh Mansour tidak didakwa melakukan sebarang salah laku oleh AS.

Pejabat media kerajaan dan Kementerian Luar UAE tidak menjawab permintaan Bloomberg untuk mengulas isu berkenaan.


Leissner memberi keterangan terhadap Ng, yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan pengubahan wang, konspirasi dan rasuah.

Leissner mengaku bersalah pada 2018 dan kerjasamanya dalam perbicaraan mungkin boleh meringankan hukumannya.

Pertemuan yang didedahkan Leissner itu berlaku pada 2012, tidak lama sebelum Goldman mula berusaha mengumpul USD1.75 bilion untuk 1MDB.

Leissner dalam keterangannya berkata, 1MDB memerlukan penjamin luar untuk hutang itu, dan Low boleh mendapatkan jaminan itu daripada dana kekayaan Abu Dhabi dan anak syarikatnya.

Leissner memberitahu mahkamah, dalam pertemuan itu, Low mengeluarkan sekeping kertas dan “mula melukis petak”. Di satu bahagian kertas itu adalah beberapa petak untuk pegawai Malaysia yang perlu disogok dan satu lagi bahagian ialah petak bagi pegawai Abu Dhabi.

Menurut Leissner, Low memaklumkan di peringkat atas, bayaran kepada pihak Malaysia dan Abu Dhabi dalam perusahaan jenayah itu “mesti sama dan dianggap sama”.

“Dalam fikiran saya, itu bermakna kedua-dua pihak perlu mendapat USD100 juta. Saya tidak boleh kata saya terkejut,” katanya dipetik Bloomberg.


Sambil menambah, berdasarkan pengalamannya dalam pasaran baharu muncul selama bertahun-tahun, rasuah dan sogokan kadangkala dikaitkan dengan projek membabitkan pegawai kerajaan.

Leissner dalam keterangannya berkata, di akhir pembentangan, Low memberitahu beliau dan Ng akan “dijaga”.

“Saya tentunya gembira kerana saya akan dapat wang tambahan. Saya mahu cari lebih banyak wang, walaupun saya dibayar gaji tinggi di Goldman Sachs,” katanya kepada juri.

Macam Mana Anak Muda UMNO Tidak Sanggup Bodoh Kalau Di Didik Makan Dedak 👎(Video)

Macam mana anak muda tidak sanggup bodoh, mendukung pemimpin UMNO yang kantoi mencuri, kalau diperingkat hidup seharian pun di jaremuskan dengan dedak.

Tidak salah mana pun tapi kalau ia pun janganlah bha sampai sanggup merakam diri sendiri dan sengaja memviralkannya. Nak ikut perangai bosku lah tu kan?

Bosku tu tidak boleh sudah dijadikan contoh, sebab dia punya hati untuk merasa malu sudah di delete oleh Tuhan.

Sebab itu kamu jangan hairan kenapa kalau setiap kali ada acara bosku. Kita akan mendengar suara anak muda sanggup bodoh itu berteriak menyebut nama bosku Najib, lepas itu pura pura minta selfie bersama bosku. Taktik orang bodoh saja yang terpedaya.

Betul orang cakap orang Melayu di Semenanjung telah rosak akibat taktik taktik yang dijalankan oleh UMNO. Jadi pada anak muda yang ada di Sabah dan Sarawak jauhnya parti bangsat ni.