Jawapan Tuntas, Tuduhan Kononnya Skybridge Tidak Ada Pintu/Tangga

Isu yang ditimbulkan oleh pastinya besi buruk pembangkang seperti Warisan baru baru ini memang tidak logik pun, suka tidak suka akhirnya orang itu nampak moron yang baru mengenal teknologi. Atau orang itu tidak boleh menerima kemampuan orang lain sebab itu hanya mampu mengada ngada walaupun terpaksa nampak moron.

Ada admin tweet di twitternya tapi hanya mampu membisukan diri, mungkin takut akan terkantoi tolol.

Tidak berhenti disini, dibawah adalah penjelasan berkenaan isu di atas oleh seorang penggiat media sosial yang menjelaskan kedudukan yang sebenarnya. Ini pasti membuat orang itu semakin bisu.


Isu laluan Skybridge tidak ada pintu? Centre Point yang minta untuk buat sendiri (SIAP 6 Bulan)

Tular di media sosial berkenaan dengan isu Skybridge di Kota Kinabalu yang menghubungkan lima laluan utama iaitu laluan ke Oceanus Mall, Api-api Centre, Warisan Square, Asia City dan Centre Point Shopping Mall.

Apa yang menjadi tular adalah mengenai isu laluan Skybridge ke Centre Point Mall yang tidak ada pintu, dan ramai pihak cuba menggunakan isu ini untuk menyalahkan beberapa pihak khususnya pihak DBKK. Lebih menyedihkan lagi, jelas beberapa pihak juga menangguk di air keruh sehingga menggunakannya sebagai bahan politik untuk meraih populariti murahan.

Sebagai penjelasan, laluan Skybridge ke Centre Point ini sebenarnya memang ada perancangan namun terdapat persetujuan awal bahawa atas permintaan pihak Centre Point sendiri, mereka akan membuat pintu laluan ini dalam TEMPOH 6 BULAN SELEPAS PROJEK SKYBRIDGE INI SIAP. Oleh itu, tidak timbul isu “lupa buat tangga” dan sebagainya sebab laluan ini memang sudah ada dalam perancangan/

Ada beberapa sebab berkenaan perkara ini kerana Centre Point ingin membuat laluan yang sesuai dan penyusunan semula layout lot di dalam bangunan itu dan perkara ini sebaiknya dibuat setelah projek ini siap sepenuhnya bagi mengelak perkara yang lebih sulit berlaku dimasa hadapan.

Ada juga yang cuba memainkan sentimen bahawa Kerajaan Negeri menghabiskan berpuluh juta untuk menyiapkan projek ini. Mungkin mereka tidak tahu atau buat-buat tidak tahu bahawa kerajaan negeri hanya memperuntukkan sebanyak RM4.7 juta bagi menyiapkan projek yang sudah lama terbengkalai pada pemerintahan kerajaan sebelum ini. Kos projek yang terbengkalai sebelum ini adalah ditanggung oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) melalui perjanjian Dana mudahcara antara Kerajaan Malaysia, Bank Pembangunan Malaysia dan Sunsea Development Sdn Bhd.

Pokoknya disini, projek ini adalah PROJEK TERBENGKALAI SEJAK 2017!

Projek ini bukan sahaja akan membantu dalam meningkatkan putaran ekonomi di kawasan ini, tetapi juga akan menjadi daya tarikan pelancongan serta laluan keselamatan buat bukan sahaja pejalan kaki (kita semua tahu banyak kemalangan jiwa membabitkan pejalan kaki di kawasan ini) tetapi juga keselesaan pengguna jalan raya.

Jadi kepada mereka-mereka yang masih tidak faham atau buat-buat tidak faham, nanti apabila siap pintu di laluan Centre Point ini boleh la ambil selfie banyak-banyak ya di situ. Untuk tatapan dan peringatan di masa hadapan, supaya lain kali siasat dulu sebelum buka mulut.

Nukilan
Mat Rambo si pejalan kaki

Syed Saddiq Tidak Tahu Cerita Vaksinasi Sabah Lebih Baik Diam 👎

Berkenaan kritikan mengada ngada Si Syed Saddiq berhubung progres vaksinasi di negeri Sabah.

Menurutnya Sabah ketinggalan berbanding negeri negeri yang lain. Padanya ada tiga perkara yang menyebabkannya. Kononnya!

  1. Kononnya pendaftaran yang rendah.
  2. Kononnya kadar pemberian vaksin yang juga rendah.
  3. Kononnya kadar penggunaan ICU melebih kapasiti (ini tidak perlu admin ulas sebab ia adalah fakta yang tidak jelas)

Yang si Syed tidak tahu ialah hakikatnya vaksin dalam jumlah yang banyak hanya mula di hantar ke Sabah pada bulan Julai tahun ini menyebabkan Sabah agak lambat ketika menjalankan program vaksinasi.

Tidak dinafikan ramai orang Sabah yang suka mendaftar secara manual berbanding menggunakan aplikasi atas talian. Gangguan atau liputan Internet yang tidak menyeluruh di tambah aplikasi My Sejahtera yang kadang bermasalah juga telah merencatkan progres pendaftaran.

Seperti yang dicadangkan oleh si Syed, cucuk dulu baru daftar. Realitinya hanya si Syed yang tidak tahu, Sabah telah melaksanakan Walk In Inoculation lebih awal berbanding banyak negeri negeri ketika itu. Tinggal saja kelancarannya terganggu akibat bekalan vaksin yang tidak mencukupi. Sebenarnya Jabatan Kesihatan Negeri Sabah berkeupayaan menyuntik sehingga 62,000 dos sehari sedangkan bekalan vaksin yang ada pada ketika itu hanya 20,000 dos vaksin.

Bekalan yang tidak mencukupi satu hal, hal lain ada kalanya jadual penghantaran vaksin tidak menentu menyebabkan banyak pusat PPV terpaksa ditutup. Ini juga menganggu program yang telah di rancang.

Perlu si Syed tahu bekalan vaksin berada dibawah kelolaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Mosti.

Jadi jangan syok sendiri ahh Syed. Macam saja tidak pernah berjawatan Menteri Persekutuan. Kau dulu berjawatan Menteri Belia Malaysia, apa yang belia Sabah dan Sarawak dapat?

Kenapa Sarawak mendahului jumlah vaksinasi berbanding Sabah ini disebabkan mereka mendapat bekalan vaksin yang mencukupi lebih awal kerana di jangka Sarawak akan mengadakan pilihan raya negeri dalam tempoh yang terdekat. Pun begitu banyak negeri, contohnya Sarawak sendiri walaupun tahap vaksinasi sudah tinggi berbanding Sabah tapi kelmarin mencatatkan kes jangkitan Covid 19 lebih banyak berbanding Sabah, Varian Delta lagi. Ini menunjukkan ia bukan soal jumlah yang telah di vaksin tetapi ada kalanya kerana sikap segelintir masyarakat itu sendiri.

Faktor Covid 19 yang sukar dijangka. Ada waktunya pendemik kelihatan sudah reda tapi tiba tiba muncul sebagai gelombang ke dua dan seterusnya. Hal ini berlaku di banyak negara seperti United Kingdom, China dan serangan terbaru di California, Amerika.

Ini link luar negara yang admin maksudkan. https://www.msn.com/en-my/news/us/virus-pushes-some-california-hospitals-near-icu-capacity/

Perlu kita semua maklum, Sabah adalah negeri yang paling ramai warga asing atau PATI. Mereka ini juga di kira sebagai golongan masyarakat yang perlu di vaksin. Tapi ingat bukan mudah untuk mencapai mereka, tidak kurang juga yang takut tampil untuk mendapatkan suntikan. Ini juga faktor mempengaruhi peratusan yang telah di vaksin.

Si Syed ni salah satu contoh pemimpin pembangkang yang hanya pandai bercakap dan kuat berpolitik serta hanya sibuk menjatuhkan kerajaan, seperti yang dilakukan pada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin. Daripada membantu kerajaan menyelesaikan pendemik Covid 19. Justeru tanya pada diri sendiri Syed selaku wakil rakyat dan pernah berjawatan Menteri. Memalukan!

Jangan buat buat lupa bila ada yang bercakap soal gelombang dan peningkatan kes jangkitan Covid 19 dari konteks
Sabah. Maka yang perlu dipersalahkan ialah kerajaan atau kepimpinan Warisan yang diketuai Shafie, mereka sanggup mengadakan pilihan raya negeri 2020 banding menyerahkan jawatan secara terhormat seperti Menteri Besar Perak bila tidak lagi mendapat sokongan dari para Adun.

Warisan Persoal Lantikan KM Hajiji Dia Ingat Shafie Kah Lantik Semberono

Ini cerita pula ni. si Saripuddin punya karangan kah ni atau benar dari kelompok kakitangan tukang sedut Warisan yang kebanyakannya tidak jelas.

Dia cakap kononnya Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji telah mencampuri pelantikan Puan Rafidah Datu Derin ke jawatan Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah.

Apa yang mangkuk Saripuddin tahu faham pasal mendapat promosion kerana kecemerlangan dan sikap amanah yang ada pada seseorang hingga melayakkannya di lantik ke jawatan yang lebih tinggi?

Apa, mangkuk pembangkang itu ingat, pelantikan ini sama dengan pelantikan Amarjit Singh sebagai Pengarah Air Negeri Sabah oleh Ketua Menteri Shafie kah?. Dimana kerajaan negeri terpaksa di heret ke Mahkamah Kota Kinabalu, akibat melantik orang yang tidak kompeten dan tidak pernah terlibat dalam pentadbiran kerajaan. Akhirnya Mahkamah mendapati Shafie telah melanggar ordinan kerajaan negeri Sabah. Oleh itu Mahkamah mengarahkan Shafie agar melucutkan Amarjit Singh dari jawatan Pengarah Air. Tapi Shafie enggan menerima keputusan Mahkamah, hanya selepas beberapa ketika barulah Amarjit Sing dipindahkan ke bahagian kewangan iaitu jawatan yang lebih tinggi. Hahaha! kepala batu!

Lantikan Amarjit Singh Sebagai Pengarah Air Negeri Sabah Tidak Sah

https://jalinluin.com/2019/10/09/lantikan-amarjit-singh-sebagai-pengarah-air-negeri-sabah-tidak-sah/

Jadi begini saja, ikut langkah berani pembangkang zaman Warisan. Tidak mengada ngada di media sosial semata mata tapi memfailkan ketidakpuasan hati di Mahkamah. Biar Mahkamah yang menentukannya.

Jangan pembangkang ingat kerajaan Perikatan Nasional ini seperti kerajaan Warisan yang terkenal “Cowboy” atau mentadbir seolah olah Sabah satu daerah kecil.

Zaman Warisan hanya untuk melantik ketua kampung dan ketua ketua masyarakat pun tunggang langgang. Kaki kelentong pun dilantik, bukan itu saja penagih syabu pun turut di lantik sebagai ketua kampung dan berbagai lagi jawatan yang tidak layak di sandang oleh mereka. Hasilnya semua orang yang terbabit porak peranda.

Itu yang kerajaan negeri Warisan tumbang pada pilihan raya negeri Sabah 2020 tumbang.

24,599 Kes Harian Positif Covid 19 Tertinggi Setakat Ini 👎

Nah apa cerita ini kenapa kes jangkitan Covid 19 meningkat dari sehari ke sehari atau sejak Perdana Menteri bertukar tangan ni.

Hari ini Malaysia mencatatkan 24,599 kes jangkitan positif Covid-19 iaitu rekod tertinggi sejak Covid 19 menyerang Malaysia.

Jadi dakwaan sebelum ini kononnya kerajaan Perikatan Nasional yang diketuai Perdana Menteri Muhyiddin gagal mengurus penularan Covid 19 hanyalah fitnah semata mata lah ya.

Walaupun pihak kerajaan pada waktu telah menjelaskan faktor yang menyebabkan peningkatan kes. Tapi bongok bongok politik terus mengeluarkan kenyataan yang bertentangan walhal mereka juga dari pihak pemerintah. Seperti contoh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, sanggup menyediakan perkhidmatan guaman pada penerima kompaun atas kesalahan melanggar SOP.

Walhal tujuan kompaun adalah untuk mendidik masyarakat degil biar menerima didikan sivik dan tidak mengulanginya.

Pada para bongok politik, boleh tak kamu berikan alasan yang munasabah, alasan yang rakyat Malaysia tidak pernah dengar dari pemerintahan sebelum ini?

Itulah jangan buat kerja yang akhirnya menyusahkannya diri sendiri. Sekarang siapa yang rugi dan siapa yang bakal untung? dah macam keluarga 69 tunggang langgang.

Hakikatnya pertambahan kes Covid 19 sangat berkait dengan disiplin setiap masyarakat, bagaimana mereka mematuhi SOP yang telah ditentukan oleh kerajaan. Bukannya diletakkan di bahu kerajaan semata mata.

Adapun suara suara sumbang yang dilaungkan oleh laskar pembangkang itu hanyalah tuduhan yang mengada ngada, hakikatnya mereka sendiri tidak tahu atau tidak faham dengan apa yang mereka tulis di medsos, setakat membangkang apa pun yang tidak memihak parti yang mereka sokong. Loser!

Kalau di Sabah penularan Covid 19 sinonim dengan kepimpinan Warisan yang degil hingga ada diantara mereka yang tidak percaya pada kewujudan Covid 19, kusung kubid katanya.



SHAH ALAM – Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia terus meningkat kepada 1,640,843 selepas 24,599 kes baharu dilaporkan pada Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 6,936.

“Diikuti Negeri Sabah (3,487), Johor (2,785), Pulau Pinang (2,078) dan Sarawak (2,024),” katanya menerusi catatan di Facebooknya pada Khamis.

Pada Rabu, sebanyak 22,642 kes positif Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhannya 1,616,244 kes.

Dr Noor Hisham berkata, Selangor melaporkan 6,325 kes diikuti Sabah (3,224), Kedah (2,279), Johor (1,832), Sarawak (1,667)Pulau Pinang (1,427), Kelantan (1,424) dan Perak (1,390).

Rupanya PH Tidak Menamakan Shafie Sebagai Calon PM

Nah bikin malu Warisan pula cerita ni.

Minggu ini rakyat Malaysia telah dikejutkan apa bila Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Maka Agong pun mengarahkan pada semua ketua ketua parti termasuklah Pakatan Harapan, supaya mengemukan calon mereka.

Semalam Presiden Warisan mendakwa kerajaan negeri Sarawak atau GPS tidak menyokongnya sebagai calon Perdana Menteri ke 9 yang mewakili Borneo. Shafie mendakwa demikian seolah olah benar namanya telah diangkat tapi tidak mendapat sokongan dari 18 Ahli Parlimen GPS.

Hal itu telah menyinggung kepimpinan kepimpinan GPS. Maka Ketua Whip GPS di Dewan Rakyat, Datuk Seri Fadillah Yusof tampil menjawab tuduhan itu. Bahawa tuduhan Shafie itu menghairankan kerana Pakatan Harapan (PH) sendiri tidak menamakannya sebagai calon Perdana Menteri. Lalu bagaimana mereka boleh menyokongnya. He!

Oh dicalonkan pun tidak ya. Habis itu kenapa pada dua atau tiga hari yang lalu, penyokong dan jentera Warisan semacam tidak sabar melihat Shafie mengangkat sumpah di Istana Negara. Malah habis musuh mereka di sumpah sarana, sampai admin pun mereka kenakan. Para mangkuk tu!

Inilah buktinya yang jentera atau besi buruk Warisan tidak tahu isu yang dihadapi oleh kepimpinan mereka. Kenyataan yang mereka lemparkan hanyalah cakap kosong atau kenyataan yang mengada ngada.

Seperti yang admin sering kaitkan dengan orang seperti mereka. Pagi ini kantoi menipu atau tidak terbukti benar, petangnya mereka buat lagi perkara yang sama, begitulah sampai bila bila.

Warisan dari satu mimpi ke mimpi yang lain. Hanya wataknya yang berubah kalau dulu dilakonkan oleh jentera atau besi buruk Warisan. Kali ini dilakonkan oleh Presiden Warisan sendiri. Tapi ternyata sama saja, hanyalah retorik dan dakwaan yang bohong.

Suap Bloomberg Untuk Siar 1MDB

Pengurusan 1MDB sengaja menyuap sejumlah wang pada Bloomberg. Supaya perniagaan olok olok 1MDB terpampang dalam rancangan yang disiarkan.

Macam macam hal yang dilakukan oleh 1MDB bagi tujuan mengelirukan rakyat Malaysia. Sampai hati mangkuk ni.

Sebab itu adalah lebih baik Najib berehat dan bertaubat daripada terus terusan mengelirukan rakyat demi hasrat untuk kekal sebagai pemimpin. Jaga cucu lagi baik.

Najib Najib udara yang kau hirup pun akan dipertanggungjawabkan, apa lagi kesalahanmu dalam skandal 1MDB.

Ingat Najib dalam politik, mencari dana untuk parti dan pengikut bukannya satu kesalahan. Tapi kalau sudah kantoi kenalah cepat cepat mencari jalan keluar. Dulu kau diminta melepaskann jawatan Perdana Menteri tapi kau degil.


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, diberitahu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membayar agensi berita antarabangsa, Bloomberg bagi menaikkan portfolio pelaburannya.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Mohd Hazem Abd Rahman, 49, dalam keterangannya berkata, beliau memaklumkan kepada Pengerusi 1MBD bahawa persepsi Bridge Global Absolute Return Fund (BGARF) akan bertambah baik sekiranya ia disenaraikan dalam Bloomberg.

Saksi ke-10 pendakwaan itu memberi keterangan pada perbicaraan Datuk Seri Najib Razak dalam perbicaraan rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapi bekas Perdana Menteri itu.

Menjawab soalan peguam Tania Scivetti yang mewakili Najib bahawa adalah penting untuk BGARF disenaraikan di dalam Bloomberg kerana ia adalah nama yang besar, Mohd Hazem menjawab: “Ya”.

Scivetti: Bloomberg tidak membuat verifikasi mengenai maklumat yang disenaraikan oleh syarikat.

“Syarikat hanya perlu membayar untuk disenaraikan?

Mohd Hazem: Saya tidak tahu, saya tidak boleh menjawab untuk Bloomberg.

Terdahulu, sebaik prosiding bermula pada jam 9.30 pagi, Najib dilihat tidak hadir pada prosiding perbicaraan itu kerana dipanggil ke Istana Negara.

Peguam Rahmat Hazlan yang mewakili Najib memaklumkan mahkamah anak guamnya dipanggil ke istana bagi mengesahkan sokongannya kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Rahmat berkata, Najib bersama 114 Ahli Parlimen dipanggil ke Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

“Bagaimanapun, tidak diketahui masa spesifik untuk Najib akan dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong.

“Najib dijangka beredar dari Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) menuju ke istana pada jam 10.30 pagi,” katanya.

Mendengar perkara itu, Hakim Collin Lawrence Sequerah berkata Najib seharusnya menghadirkan diri ke mahkamah terlebih dahulu.

“Yang di-Pertuan Agong memanggil semua Ahli Parlimen untuk menghadap dan beliau sememangnya perlu berada di sana, namun, laporan media menyatakan ia akan dilakukan secara berperingkat.

“Anak guam anda perlu memaklumkan kepada mahkamah jam berapa beliau perlu berada di istana kerana kes ini akan diteruskan,” katanya sebelum menangguhkan perbicaraan selama 10 minit.

Sebaik mahkamah mula bersidang, Rahmat memaklumkan pihaknya tidak dapat memaklumkan waktu spesifik untuk Najib bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong.

Sequerah berkata, perbicaraan itu akan diteruskan dan meminta peguam untuk memaklumkan mengenai pertemuan Najib dengan Agong.

“Kita semua mempunyai tugas yang perlu dijalankan. Sekiranya dipanggil menghadap Agong, beliau harus menghadirkan diri, namun, beliau tidak perlu berada di sana seharian,” katanya.

Mahkamah kemudian memaklumkan perbicaraan kes akan disambung pada jam 2.30 petang.

Bagaimanapun, kes bersidang semula kira-kira jam 1 tengah hari sebaik Najib selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Najib, 68, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan kes bersambung Isnin ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Syed Saddiq Dah Jadi Kluster Mahkamah

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq, hari ini didakwa di Mahkamah atas pertuduhan menyeleweng dana parti yang membabitkan RM1.12 juta. Selepas ini dipanggil sebagai Kluster Mahkamah seperti juga beberapa wakil rakyat dari parti Warisan.

Pendakwaan dibuat di Mahkamah sesyen Jalan Duta Kuala Lumpur.

Jumlah keseluruhan penyelewengan yang terbabit dianggarkan berjumlah RM1.12 juta membabitkan wang milik parti politik yang beliau adalah ketua pemuda.

Ahli Parlimen itu dijangka akan dituduh mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) di Mahkamah Sesyen Johor Bahru dalam masa terdekat.

Persis puak Warisan belum pun sampai sepenggal menjadi kerajaan sudah pun terpalit dengan tuduhan salahguna kuasa di Mahkamah.

Yang memuakkan ni bila mendabik dada kononnya sanggup di penjara daripada akur kepada desakan pihak tertentu agar menyokong kerajaan.

Kaulah bengong Syed Saddiq, politik memang begitu. Dalam politik mencari dana untuk kelangsungan parti adalah subjektif ia boleh dicari dengan pelbagai cara walaupun tampak menyalahi undang-undang. Jangan saja macam setengah tu seolah-olah mengambil wang dalam kotak.

Sebab itu ada istilah dalam politik semuanya boleh selagi anda tidak kantoi seperti sekarang. Waktu itu kau kena cari jalan lah yang penting terlepas. Tapi malah mendabik dada tidak kena tempat. 👎

Ubah Balik!

#UbahBalik

Kuasa yang ada pada Warisan sejak dua setengah tahun yang lepas hanyalah untuk kroni dan kerabat mereka. Tidak ada kerajaan di dunia ini yang baru dua tahun lebih memerintah sudah terlibat dengan aktiviti rasuah dan pelanggaran terhadap undang-undang yang sedia ada kecuali kerajaan Warisan Sabah.

Wakil rakyat, peguam dan Setiausaha daripada Warisan dicekup kerana menyalahgunakan kuasa dan mereka adalah kroni dan kerabat total Presiden Warisan.

Kakitangan kerajaan Warisan yang didapati bersalah oleh Mahkamah dipertahankan oleh ketua menteri Warisan, Shafie dan dibenarkan meneruskan kerjanya. Hemmmm!

Begitu juga lantikan bagi mengetuai agensi tertentu di pelusuk negeri Sabah mereka adalah kroni dan kerabat Presiden Parti Warisan Shafie.

Begitu juga dengan penganugerahan projek sama ada kecil atau besar hanya didominasi oleh kroni dan kerabat mereka. Kontraktor luar hanya mampu menggigit bibir.

Semasa kerajaan Warisan memerintah Sabah. Ada yang merungut berkenaan perubahan yang berlaku di bandar bandar dan pekan. Kata mereka perusahaan dikawasan itu telah dikuasai oleh usahawan daripada tanah besar China menyebabkan suasana bertukar seolah-olah berada di negara komunis. Hari ini Warisan berkerjasama penuh dengan parti DAP. Apa akan berlaku? pasti masyarakat tempatan Sabah hanya akan mampu menikmati cahaya merah yang menerangi sekeliling mereka.

Begitu juga dengan perlantikan di peringkat pertengahan dan akar umbi, ternyata orang orang yang mereka lantik tidak berkemampuan malah ada yang terpalit dengan kegiatan jenayah diluar daerah. Menyebabkan kegiatan jenayah dan penyalahgunaan syabu meningkat di kawasan yang mereka jaga. Siapa yang rugi? Presiden parti dan orang-orangnya hidup senang-lenang kamu lah masyarakat marhaen yang terpaksa berhadapan dengan senario yang jelek itu. Semakin miskin dan semakin bodohlah kalau sudah begitu keadaannya.

Pelancong yang hadir dalam tempoh pemerintahan Kerajaan Warisan adalah hasil dari usahakerajaan terdahulu. Tetapi sejak Parti Warisan memerintah Sabah kehadiran pelancong semakin hari semakin berkurangan. Tidak dinafikan faktor Covid 19 telah menyumbang kepada pengurangan kehadiran pelancong tapi tidak secara total. Apa yang juga telah menyumbang ialah adanya aktiviti penyelewengan dana di Kementerian Pelancongan yang melibatkan pemimpin atau kakitangan daripada Parti Warisan.

Berbanding apa yang telah dan akan dilakukan oleh Perikatan Nasional semuanya untuk masyarakat.

Penyalahgunaan kuasa dibenteras, bantuan yang berterusan terus ditambah dan diperbaiki. Termasuklah bantuan kepada rakyat yang tarik balik oleh kerajaan Pakatan Harapan atau Warisan Plus akan diperkenalkan semula.

Jadi kita ubah balik. Pastikan tidak lagi mengundi calon-calon dari Parti Warisan. Sebaliknya sokong dan undilah calon-calon daripada perikatan Nasional dan sekutunya.

Ubah Balik

Bendahari, Penerangan Wanita Negeri dan Ketua Wanita Sipitang Masuk Bersatu

Parti Warisan hari ini kehilangan ramai pemimpin tertinggi Wanitanya apabila Bendahari Wanita Warisan, Puan Hajah Saleha Haji Tahir, Ketua Penerangan Wanita Warisan, Puan Margaret Tambakau serta Ketua Wanita Warisan Bahagian Sipitang, yang juga Naib Wanita Warisan Negeri, serta Pn Hilda Salim, Ketua Wanita Pensiangan merangkap Exco Wanita Warisan Negeri, meninggalkan parti itu. Jurucakap Wanita yang meninggalkan Warisan itu, Puan Hajah Saleha Haji Tahir berkata mereka keluar dari Warisan kerana hilang kepercayaan kepada Pemimpin Warisan Datuk Shafie Apdal. Katanya Para Pemimpin Warisan telah gagal dalam menjaga kebajikan kaum Wanita didalam parti.

Saleha juga menyatakan Wanita Warisan gagal melaksanakan pembangunan dalam memajukan negeri Sabah kerana tidak mempunyai halatuju yang jelas seperti yang telah dilakukan oleh Kerajaan yang lalu. Katanya rakyat khasnya golongan Wanita sudah bosan dengan cara Pemimpin Warisan mengendalikan urusan terhadap Wanita. Setelah memendam perasaan kecewa dan marah, maka sudah tiba masanya kami meninggalkan perjuangan yang tiada halatuju seperti Warisan. Katanya lagi, lebih ramai ahli Wanita akan mengikuti jejak mereka atas alasan yang sama.

Sumber

Kenapa DAP Berkerjasama Dengan Warisan. (Pertahankan Hak Bumiputera)

Pendapat dibawah admin ambil dari satu group politik. Pendapat ini cukup bernas dan sama seperti yang admin fikirkan sebelum ini.

Tapi sebelum itu admin memohon maaf terlebih dahulu jika sekiranya perkara yang admin kongsikan ini agak menyinggung hati dan perasaan kawan kawan yang berbangsa Cina, jangan terasa ya. Sebab kenyataan ini ditujukan khusus untuk kaum Cina DAP yang mengundi atau menyokong Warisan.


Salam sejahtera tuan/puan yang dihormati.

Saya hanya pengundi biasa. Persoalan yang saya pikirkan ialah, mengapakah majoriti (90%) malah lebih daripada 90peratus pengundi Cina sepakat mengundi Warisan.
Saya mengemukakan persoalan ini kepada banyak orang dan jawapan mereka semuanya sama iaitu Warisan bersama dengan parti DAP.
Saya bertanya pula, apakah perkaitannya dengan DAP.
Semua menjawab DAP, kerana DAP mahu persamaan status sosial. Maksudnya DAP mahu keistimewaan bumiputera dihapus atau dimansuhkan.

Saya bertanya pula, kenapa ada keistimewaan bumiputera. Mereka menjawab, keistimewaan bumiputera diwujudkan kerana persetujuan antara kaum utama di Malaysia melalui kontrak sosial semasa proses mencapai kemerdekaan. Mereka juga menerangkan tentang kontrak sosial iaitu:

  1. Pengiktirafan kaum cina dan India tentang kedudukan istimewa bumiputera dan sebagai balasannya,
  2. Bumiputera menerima kerakyatan kaum cina dan India yang sedia ada di Malaysia pada masa perjanjian ini diadakan secara jus soli

Soalan saya yang seterusnya, bagaimana mungkin semua ini boleh berlaku. Mereka menerangkan sifat perlembagaan Malaysia ialah BOLEH DIPINDA. Maksudnya, beberapa kandungan perlembagaan boleh diubah atau dimansuhkan.

Soalan saya yang seterusnya, apa pentingnya keistimewaan bumiputera. Mereka menjawab keistimewaan bumiputera adalah untuk membantu golongan bumiputera mendapat peluang pendidikan, ekonomi dan pekerjaan.

Tuan/puan yang dihormati, perkara inilah yang perlu kita fikir secara mendalam. Mahukah tuan/puan bersekongkol dengan WarisanDAP untuk menghapuskan keistimewaan yang dimiliki pada masa ini. Sedarilah bahawa keistimewaan ini dimiliki melalui persetujuan kaum kaum utama sebagai perjanjian utama untuk memperoleh kemerdekaan.

Warisan konon berusaha mendapatkan hak sabahan daripada Malaya tetapi mahu menggadai keistimewaan bumiputera melalui persekongkolannya dengan DAP.

Sedarilah tuan/puan. Jangan tertipu dan tersalah pilih. Jangan bersekongkol dengan WarisanDAP.

PERTAHANKAN HAK ISTIMEWA BUMIPUTERA.


Pagi tadi admin ada membuat satu entri berbunyi begini. Kini Warisan dan DAP berciuman mulut. Tidak lama macam kita Singapore dibawa keluar dari Malaysia.

Lalu ada yang mengomen katanya admin tidak bernas sebab selama ini Pulau Pinang diperintah oleh DAP tapi tidak pun Pulau Pinang dibawa keluar dari Malaysia.

Admin balas Sabah dan Pulau Pinang adalah dua negeri yang berbeza. Sabah ada perjanjian 1963 sedangkan Pulau Pinang sebuah negeri dalam tanah Melayu. Apa lagi pemimpin dan jentera Warisan sering melontarkan kenyataan bahwa Sabah adalah sebuah negara, maksudnya Sabah boleh meninggalkan Malaysia.

Admin juga ingatkan mereka bahwa DAP adalah jelmaan PAP, parti yang bertanggungjawab membawa Singapore keluar dari Malaysia dan ironinya sejarah sering berulang. Oleh sebab itulah kita sebagai rakyat Sabah harus sentiasa berhati hati.

Lebih kurang begitulah.

Parti Warisan adalah parti yang terdesak, justeru itu sudah tentulah akan sanggup berbuat apa saja asalkan kemenangan memihak mereka. Lihat saja berita di hari pertama undi pos dijalankan, dua anggota keselamatan di cekup bersama sejumlah wang dipercayai untuk merasuah anggota keselamatan atau pengundi pos yang lain.

Sedih. “kawan” admin cakap kalau keadaan ini tidak dapat dikawal, jangan hairan esok esok seorang Raja Dadah boleh bertanding di Sabah untuk mendapatkan jawatan Ketua Menteri Sabah.

Asal bangsa anda termasuk dalam rumpun Melayu atau janji bukan bangsa Cina, mari kita pertahankan hak hak kita dari diniagakan oleh parti Warisan.

Pengakuan DAP sokong autonomi keatas Sabah. Video dibawah. Sokong ada makna tu kawan.