Aziz Jamman Mengata Orang Walhal Warisan Yang Gila Kuasa

Parti Warisan menerusi Aziz Jamman cuba berlagak sebagai orang cerdik lagi pihak yang benar dan tidak gila kuasa. Sedangkan semua orang tahu bagaimana Warisan semasa menjadi kerajaan negeri dan bagaimana ia dibentuk dan kenapa begitu cepat dan ramai ahli dan penyokong meninggalkan Warisan.

Di Sepanggar seperti contoh tidak sampai setahun si Aziz sebagai Timbalan Menteri KDN sudah ramai ahli dan AJK Warisan Bahagian Sepanggar yang mengumumkan keluar parti akibat tidak lagi percaya pada kepimpinannya dan perjuangan parti Warisan.

Sebab itulah si Aziz kalah teruk pada pilihan raya umum 2022. Walhal kalau dikira hampir tidak ada penganalisis politik yang meramalkan kalau Warisan tumbang di sana kecuali saya.

Sebab saya memang maklum atitud si Aziz sejak dari era UMNO lagi. Waktu itu memang ramai orang termasuk penyokongnya yang menilainya sebagai orang yang tidak reti diuntung selain kerap memungkiri janji atau hanya pandai memberi harapan tapi sampai sudah tidak menjadi kenyataan.

Kalau sudah berpangkat atau senang yang di kawannya hanya golongan kayangan seperti artis dan sebagainya. Sedangkan pengikutnya terabai hanya nampak hebat dari luaran tapi pada hakikatnya kosong.

Pada pilihan raya umum 2018 Warisan hanya mendapat 21 kerusi, jumlah yang tidak cukup untuk membentuk kerajaan negeri Sabah, kerana kemaruk kuasa Shafie “membeli” tiga adun BN, maka dibentuklah kerajaan negeri dan Shafie sebagai Ketua Menteri.  Walaupun terlebih dahulu TYT telah melantik Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah.

Cerita diatas tidak membuktikan si Aziz sendiri lemah dan gila kuasa kah?

Cerita diatas tidak menunjukkan Warisan atau Shafie Apdal gila kuasa kah? sanggup “membeli” Adun BN walaupun Musa Aman telah menyandang jawatan Ketua Menteri.

Baru dua tahun lebih kerajaan Warisan berjalan suda ada Adun yang menarik sokongan menyebabkan kerajaan Warisan dibubarkan dan membawa kepada pilihan raya negeri. Namun keputusan pilihan raya menunjukkan Warisan tetap gagal menewaskan lawannya, seperti keputusan pilihan raya sebelum sebelum ini.

Pada PRU14 2018 Warisan mendapat 8 kerusi dan PRU15 2022 hanya mendapat 3 kerusi Parlimen.

Si Aziz Jamman sebelum ini mendabik dada susulan dakwaan PBS yang mendakwa Warisan adalah kepimpinan yang gila kuasa.

Hakikatnya dakwaan PBS itu memang benar pun.

Mendabik dada hanya kerana kononnya Shafie tidak bekerjasama dengan kerajaan Perikatan Nasional atau Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan itulah buktinya Warisan atau Shafie tidak gila kuasa. Betul kah?

Sebenarnya bukan Shafie tidak menyokong kerajaan Muhyiddin Yassin atau Perikatan Nasional . Tapi Shafie salah pai, dia ingat jika Muhyiddin melepaskan jawatan Perdana Menteri maka kerajaan akan diganti oleh Pakatan Harapan dan secara langsung Warisan yang bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) akan sama sama membentuk kerajaan.

Saya ingat ini kali kedua Warisan salah pai. He

Dia tidak tahu Muhyiddin telah menamakan pemimpin UMNO iaitu Ismail Sabri sebagai gantinya maka kekallah Warisan sebagai pembangkang.

Langkah Kinabalu yang berhasrat merampas kuasa dari Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor yang turut didalangi Shafie. Nasib baik digagalkan bila lima Adun BN tidak menyokong tindakan Bung Mokhtar. Membuktikan Warisan atau Shafie Apdal gila kuasa.

Akaun Warisan Juga Wajib Disiasat dan Dibekukan

Menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim dia tidak pernah mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM untuk membekukan akaun Bersatu.

Sebaliknya pembekuan akaun dilakukan selepas SPRM membuat siasatan di bawah Akta Pencegahan Penggubalan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram.

Nah kalau begitu akaun Parti Warisan juga wajib disiasat. Maklumlah dari mana mereka mendapat wang yang begitu banyak bagi menampung perbelanjaan calon calon mereka yang bertanding dalam pilihan raya negeri 2020 dan pilihan raya umum 2022, walaupun hanya berjaya memenangi 3 kerusi Parlimen.

Sejujurnya saya pernah diberitakan oleh seorang remaja atau pelajar sekolah. Dimana mereka semasa pilihanraya 2022  baru-baru ini, telah diarahkan berkumpul atau dikumpulkan di satu tempat dan disana mereka disarankan tanpa segan silu agar mengundi calon daripada Parti Warisan, dalam masa yang sama mereka diberikan sedikit wang sebagai “sagu hati”. Saya percaya pelajar yang menerima wang itu tidak menganggapnya sebagai sagu hati biasa tapi berupa wang untuk membeli undi mereka.

Saya dah kata Warisan ni sanggup melakukan apa saja demi kuasa walaupun akan merosakkan struktur masyarakat. Lihat kejadian terbaru tidak malu memperkenalkan golongan remaja dengan politik wang. Astaga, kalau iya pun jangan lah sampai keterlaluan hingga merosakkan pemahaman golongan muda tentang politik.

Sebab itulah Warisan benar benar tidak boleh diberikan sokongan, bahaya sangat bahaya. Tidak apa jugalah kalau nanti golongan yang dirosakkan itu menolak legasi kepimpinan Warisan sampai bila lenyap. Ngam juga!

Saya tertarik untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. Saya tanya adakah cikgu sekolah tahu aktiviti kempen berlaku di dalam Sekolah, mereka cakap tahu malah cikgu yang menyarankan agar mengundi calon dari Parti Warisan.

Saya juga difahamkan dua kali petugas Warisan membayar vote slip, di sebelah pagi dan malam sebelum pembuangan undi.

Banyak betul duit Warisan dari mana mereka dapat wang sebanyak itu, mentang-mentanglah bekas kerajaan negeri Sabah.

Padan setelah kerajaan negeri Warisan tumbang ramai tauke tauke Cina yang naik gila, mencari mantan Menteri Warisan yang telah menerima wang pendahuluan tapi projek tidak dapat atau tidak berjalan atau hanya separuh jalan.

Saya tahu, banyak projek tepi jalan era Warisan yang “siap” tetapi tidak mendapat kelulusan dari kerajaan negeri untuk di biaya kerana kosnya yang tidak masuk akal. Banyak tanah tanah kerajaan negeri yang ditolak tapi tidak ada projek yang dijalankan dan tanah tanah yang ditolak hanya menyebabkan banjir besar yang menyusahkan orang kampung.

Dasar Kerajaan GRS Nampak Yang Tidak Nampak Tiang Rumah Terbakar Dijanjikan Warisan 😅

Punyalah jentera dan penyokong Warisan terdesak dan mengada-ngada sampaikan isu yang tidak ada poin untuk dipolitikkan, mereka canang seolah olah masyarakat Sabah terdesak macam mereka.

Masyarakat Sabah tidak terdesak mereka harmoni dibawah pentadbiran kerajaan GRS yang sentiasa menegakkan keadilan dan yang paling sentiasa membuka jalan ekonomi pada masyarakat.

Saya terbaca satu posting daripada Sabah Baru News yang bertajuk Cabaran Utama Pemimpin Sabah.

Pandangan artikel itu cukup bernas dan sememangnya fakta yang tidak boleh dinafikan. Apa lagi jika fakta yang ditulis dibandingkan dengan kerajaan Warisan yang gagal melakukan kemajuan selain hanya rajin memotong reben pecah tanah.

Penulis artikel Cabaran Utama Pemimpin Sabah berpandangan. Jika dilihat secara teliti, Kerajaan Sabah yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Haji Noor berada pada landasan betul, seperti mana ditunjukkan menerusi kutipan hasil negeri yang melonjak ke paras RM6.97 bilion pada tahun 2022, satu pencapaian luar biasa. Selain itu kemasukan pelaburan yang melepasi angka RM33 bilion juga satu rekod terbaharu negeri.

Tapi sayang, pemimpin-pemimpin negeri ini tidak bersatu malah ada saja pihak yang cuba menjatuhkan kerajaan negeri. Seperti yang dilakukan oleh UMNO Sabah dan Warisan namun gagal dan Bung Mokhtar dilucutkan dari jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Artikel itu dipandang enteng dan kosong oleh jentera Warisan yang mendakwa dasar kerajaan GRS tidak kelihatan.

Kita sedar dan tahu taktik atau komen negatif pembangkang Warisan bertujuan provokasi supaya penyokong GRS terkesan dan penyokong Warisan yang bodoh macam mereka terpedaya dan menolak kerajaan GRS sedangkan merekalah yang sebenarnya rugi kerana berjaya dibodohkan oleh jentera yang lebih bodoh dari mereka.

Taktik lapuk yang digunakan sejak Warisan diperkenalkan dan akan terus digunakan walaupun telah teruji gagal setiap kali pilihan raya.

Lalu saya bertanya pada mereka dasar apa yang diperkenalkan oleh kerajaan GRS yang mereka tidak nampak atau kah hanya penyokong Warisan yang buta mata dan hati. Itu satu batang tiang baru mangsa kebakaran di kubo Warisan, Semporna satu batang tiang pun tidak kelihatan. Ini yang tidak nampak bukannya dasar kerajaan GRS.

Macam orang tidak tahu, penyokong Warisan kalau bab bantuan tunai kerajaan merekalah yang paling rajin berbaris di bank bank tempatan. Tapi tetap saja kononnya mengkritik kerajaan sebagai gagal, gagal apanya kalau wang saku pun kerajaan yang bagi.

Jangan mereka lupa kerajaan GRS dan kerajaan Warisan sebelum ini adalah dua kerajaan yang jauh berbeza.

Belum sampai sepenggal kerajaan Warisan berjalan sudah dikaitkan dengan hanya menjaga kepentingan satu puak yang menyebabkan masyarakat Sabah marah dan melecehkan slogan Sabah Ubah yang berjaya memperdaya mereka. Kata mereka Sabah Ubah yang mereka nampak hanyalah kroni Shafie dari Semporna diberikan kedudukan projek dan pangkat walaupun tidak layak atau ada lagi orang lain yang lebih berkelayakan.

Di bawah ini komen balas saya pasal kononnya dasar kerajaan GRS tidak kelihatan.

Dasar apa tidak kelihatan kamu ingapt macam kerajaan Warisan kah satu batang tiang yang janjikan pada mangsa kebakaran sehingga hari ini tidak kelihatan. Pembohong kamu ini 💩👎👎👎

Jeti Roboh Guru Murid Jatuh Laut, Akibat Warisan Hanya Sibuk Berpolitik

Saya tidak tahu secara detil dimana lokasi kejadian jeti roboh ini berlaku yang menyebabkan para Guru sekolah dan murid terpaksa berhadapan dengan risiko kecederaan malah silap haribulan akan menyebabkan kematian. Yang pasti ia berlaku di Parlimen Semporna yang diwakili oleh Presiden parti Warisan sendiri, Shafie Apdal.

Mantan Menteri KKLW dan terbaru pernah menyandang sebagai Ketua Menteri Sabah walaupun secara tidak terhormat. Namun kejadian yang membahayakan seperti ini masih berleluasa. Saya katakan berleluasa sebab keadaan prasarana yang sudah usang seperti jeti yang roboh itu sebenarnya ada atau berlaku di kampung kampung yang menjadi kubo Warisan. Tinggal menunggu waktu saja kok itu untuk hinggap di hidung kepimpinan Warisan yang hanya sibuk berpolitik dan hanya pandai mengayakan kroni semasa berkuasa dengan memberikan projek yang tidak mendatangkan manfaat kepada masyarakat.

Hakikatnya saya tidak berminat mengangkat isu seperti ini, ini kerana ia bukannya kesalahan yang total dilakukan oleh wakil rakyat apa lagi jika tuduhan itu dilemparkan ke atas wakil rakyat GRS yang diketahui rajin turun padang bagi membantu masyarakat.

Namun dalam hal ini saya fikir ada kewajarannya untuk dipaparkan supaya masyarakat Sabah sedar sekaligus menolak Warisan yang terbukti gagal membayar harga sokongan yang telah diberikan. Kepimpinan Warisan cuma tahu mempolitikkan setiap isu yang ada kaitannya dengan lawan, walaupun pada hakikatnya isu itu akan memberi manfaat kepada rakyat dan negeri Sabah, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Masyarakat harus sedar bahwa politik bukannya sekadar mencari cari kesalahan pihak yang tidak sehaluan, seperti yang dilakukan oleh pemimpin dan jentera Warisan ke atas kerajaan negeri Sabah dan wakil rakyatnya. Hingga ada kalanya isu yang mereka bangkitkan tidak logik ini kerana kejadian itu sengaja dikaitkan dengan kerajaan atau wakil rakyat GRS, walhal ia berada diluar kemampuan hakiki seorang wakil rakyat atau perkara yang mereka bangkitkan sedang dipanjangkan untuk dilaksanakan. Namun sengaja dicanang dan dijadikan isu oleh laskar Warisan sedangkan puak ini juga yang rajin berbaris di bank bank bagi menerima bantuan tunai kerajaan. Shame lah cakap tidak serupa bikin.

Tapi ada perkara yang lebih utama dari setakat menyalahkan iaitu seharusnya wakil rakyat Warisan berkeupayaan membantu masyarakat di kawasan mereka dengan menyediakan prasarana dan sebagainya dan ia haruslah di tuntut.

Apa yang masyarakat nampak pada politik Warisan ini, mereka tidak mahu di kelihatan jahat di mata masyarakat sebab itulah mereka hampir tidak pernah bercakap soal dadah syabu dan jenayah lain. Sebab itu jugalah Warisan menjadi pilihan orang orang yang tidak bermoral atau jahat. Ironinya kepimpinan Warisan akan berusaha menafikan keberadaan Ketua Ketua Kampung yang tegas membanteras perkara negatif dalam masyarakat supaya mereka dianggap baik dan di sokong. Mereka lupa akhirnya Allah lah yang memberikan kemenangan dalam setiap persaingan.

Lambat laun Warisan akan hancur di binasa akibat dosa dosa mereka yang tidak bertanggungjawab.

Nah sekarang karma menimpa kepimpinan Warisan.

Jeti atau jambatan yang dilalui oleh murid murid dan guru Sekolah roboh akibat usang atau tidak berkualiti. Apa sudah jadi walaupun ahli Parlimennya berkesempatan memegang jawatan Menteri di Persekutuan termasuk sebagai Ketua Menteri Sabah tapi Semporna yang menjadi kubo Warisan semakin hari semakin ke belakang.

Nasib baiklah hari ini Sabah diketuai oleh GRS, dapat juga sedikit sebanyak mengubah landskap Pekan Semporna yang menjadi tumpuan pelancong. Kalau tidak sehingga hari ini masih lagi Semporna dengan jolokan Pekan tong najis yang penuh sampah.

Sekarang pun calon Adun Warisan hanya rajin bergambar di tempat kejadian seolah olah selama ini mereka sentiasa membantu, walhal berkunjung hanya bila ada musibah yang berlaku, supaya dengan itu masyarakat luar percaya mereka sentiasa melakukan kerja sebagai wakil rakyat Warisan. Munafik lah oiii!

Rombakan Kabinet Kerajaan Sabah Gara Gara Bung Mokhtar

Inilah apa yang dikatakan kerana mulut badan binasa dan orang tamak selalu rugi.

Akibat tindakan beberapa Adun BN (Bung Mokhtar) yang bersekongkol dengan musuh GRS, UMNO, PH dan PN iaitu Warisan hanya semata-mata ingin merebut jawatan Ketua Menteri Sabah daripada GRS aka Datuk Hajiji Noor.

Menyebabkan rompakan kabinet terpaksa dilakukan dan sudah tentulah rombakan itu nanti akan melibatkan Adun BN yang terbabit?

Kita orang sudah berulang kali melontarkan nasihat agar jangan sesiapa yang berani bersetia dengan politik Warisan kerna nanti tidak akan mampu menghadam ideologi Warisan yang akan sanggup melakukan apa saja demi kuasa dan kuasa itu nanti hanya akan menguntungkan kelompok mereka semata mata hingga menyebabkan mereka ditolak oleh majoriti Sabahan.

Apa boleh buat kerana kebodohan dan nafsu serakah, nasi menjadi bubur.


Warisan kepimpinan yang loser. Memalukan. Loser akibat busuk hati dan tolol.

MA63 Harus Menjadi Perjuangan Rakyat Malaysia – Armizan (GRS)

Jelas dan nyata keterangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Sarawak) Datuk Armizan berkaitan perjanjian Malaysia 1963.

Beliau menggambarkan seolah olah ramai yang tidak faham atau lupa, dimana perjanjian Malaysia tidak akan termeterai tanpa penglibatan negeri-negeri atau wilayah lain.

Perjanjian Malaysia 1963 tidak hanya relevan pada rakyat Sabah dan Sarawak tapi juga kepada semua rakyat Malaysia. Ini kerana tanpa keterlibatan Sabah, Sarawak dan Malaya maka persekutuan Malaysia tidak terbentuk atau negara yang bernama Malaysia tidak akan wujud.

Oleh kerana itulah setiap warganegara Malaysia berhak menuntut perjanjian Malaysia 1963 atau MA63, supaya berjalan seperti yang telah dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.

Tinggal lagi menurut admin ada dikalangan pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja mempolitikkan perjanjian Malaysia untuk kepentingan parti mereka, seperti yang dilakukan parti Warisan.

Parti Warisan sedar jika mereka tidak mempertikai perjanjian Malaysia 1963 maka kewujudan mereka sebagai parti tempatan tidak akan pandang oleh rakyat Sabah khususnya. Sebab itulah walau kerajaan negeri Warisan telah terbukti gagal merealisasikan elemen dalam perjanjian 1963 tetapi mereka tetap mendendangkannya.

Jeniri Profesor Kangkung Perosak Kematangan Rakyat

Terlampau pula pengampunya penganalisis politik, si Profesor Madya Dr Jeniri Amir.

Jangan kamu ingat hanya kerana seseorang itu ada gelaran Prof  maka itu bermakna pemikirannya tidak terjangkau oleh orang biasa atau sangat bijaksana. Tidak semestinya kawan kawan.

Tidak sama sekali, apa lagi kalau dia hanya duduk dalam bilik aircond dan tidak bergaul dengan masyarakat, itu yang membuatnya gagal membaca dan memahami denyut nadi rakyat.

Berapa ramai pandangan golongan ini dipersoalkan oleh rakyat negaranya. Di negara-negara jiran pandangan mereka dilecehkan kerana sering bercanggah dengan realiti atau tidak relevan dengan pemikiran rakyat yang menjalani dunia politik sebenar.

Di Malaysia berapa banyak pandangan golongan ini yang akhirnya terbukti auta berdasarkan keputusan pilih raya yang tidak memihak, pihak yang mereka angkat sebagai akan menang kerana faktor tertentu, begitu juga dengan keputusan yang diambil oleh pegawai kerajaan ataupun pemimpin politik ke atas isu yang mereka hadapi. Pokoknya kenyataan golongan ini tidak ubah seperti komen bodoh dan mengada-ngada Cybertrooperr loses di grup grup politik. Namun kekantoian mereka tidak menghalang mereka untuk terus melontarkan pendapat yang pada mereka kononnya ilmiah dan berfakta.

Di negara jiran gelaran Prof hanya dianggap sebagai bukti pernah belajar bukan tanda mereka mampu berfikir dengan baik atau wisdom. So no Wonder kenapa golongan ini turut berlambak di Malaysia. Malaysia lagi lah sedangkan yang dikatakan pakar hanya pakar mengulang apa yang telah tertulis dalam buku text mereka.

Hakikatnya seorang profesor kangkung harus cerdik membidik pihak yang dia sokong supaya kedudukannya sentiasa terjamin. Walaupun implikasi dari bidikkannya membuat pemikiran rakyat tumpul dan kekal sebagai masyarakat yang hidup dibawah tempurung.

Sebab  itulah kenapa profesor seperti ini disamakan dengan sayur kangkung yang boleh didapati di merata tempat dengan mudah.

Prof Madya Dr Jeniri Amir yang berkata kononnya tindakan Bersatu Sabah melompat parti bukan sifat politik yang matang sebaliknya tidak berprinsip dan tidak beretika dan mementingkan diri.

Kenapa pula tidak berprinsip dan tidak beretika sedangkan tujuan mengalihkan sokongan adalah untuk menyelamatkan kerajaan negeri Sabah dari kerakusan kepimpinan parti yang ditolak oleh rakyat dalam pilihan raya umum ke 15 baru-baru ini. Bila mana parti Warisan hanya mendapat 3 kerusi parlimen dan UMNO hanya mendapat 26 dari 222 kerusi yang mereka tandingi.

Oleh itu sila bayangkan jika parti UMNO dan Parti Warisan berjaya mengambil kerajaan negeri dari GRS apa akan berlaku?

Justeru tidak timbul andaian jika PN atau Perikatan Nasional menang dalam Pilihan Raya Negeri kemudian kononnya ada wakil rakyat melompat ke Parti Warisan. Ini kerana telah terbukti kepimpinan Warisan adalah kepimpinan yang gagal sebagai kerajaan negeri.  Apa lagi Warisan tidak pernah memenangi pilihan raya dan kerajaan Warisan dibentuk melalui jual beli wakil rakyat sebab itulah kenapa kerajaan Warisan hanya dapat bertahan beberapa bulan.

Siapa juga yang mahu bekerjasama dengan Parti Warisan setelah apa yang berlaku pada UPKO, UPKO hampir hancur setelah berkawan dengan Parti Warisan begitu juga dengan DAP ironinya selepas mereka bermusuh dua parti ini mampu mendapat kemenangan yang signifikan dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

Justeru itu juga tidak timbul persoalan kononnya melompat parti atau mengalihkan sokongan akan melemahkan kepimpinan parti dalam sebuah pentadbiran dan kononnya rakyat yang sengsara. Ini kerana apa yang dilakukan oleh Datuk Hajiji  Noor adalah untuk menyelamatkan negeri dan rakyat Sabah dari parti parti yang gagal.

Perlu diketahui oleh profesor kangkung berkenaan, sebelum ini kepimpinan Bersatu adalah wakil rakyat yang mewakili UMNO semasa pilihanraya umum yang ke-14. Namun meninggalkan UMNO dan menyertai Bersatu ironinya dalam pilihanraya negeri Sabah tahun 2020 semua kepimpinan Bersatu mempertahankan kemenangan, sama seperti mereka bersama UMNO sebelum itu.

Ertinya apa, ertinya kepimpinan Datuk Hajiji Noor dan rakan-rakan beliau sememangnya  diterima oleh rakyat Sabah bukannya kerana faktor parti yang menjadi wadah mereka.

Percayalah selepas ini kepimpinan Datuk Hajiji Noor dan pemimpin GRS lain akan lebih utuh dan dipercayai rakyat, ini disebabkan oleh agenda GRS itu sendiri yang bertuankan bangsa Sabah.

Prof kangkung itu juga cuba berpandangan diluar kotak dengan bertanya apa konok makna demokrasi kalau boleh melompat parti? lucu.

Benar benar Profesor kangkung hanya untuk mengaitkan tindakan meninggalkan parti yang dipersetujui secara berjemaah dengan sistem demokrasi pun nampaknya gagal.

Perlu diketahui tindakan Datuk Hajiji selaku ketua Bersatu Sabah meninggalkan Parti Bersatu itu sendiri, adalah dibuat atas persetujuan semua wakil wakil rakyat Bersatu. Bukannya atas tindakan atau kepentingan peribadi kerana terdesak dan takut dibicarakan di Mahkamah setelah terpalit dengan kesalahan salah guna kuasa seperti yang dihadapi oleh kluster mahkamah, untuk menyelamatkan diri parti diperalatkan.

Jangan pula tidak tahu, kepimpinan Warisan juga disiasat oleh SRPM semasa mereka menjadi kerajaan negeri. Sampai keluar notis SPRM bagi mengesan mereka. Tapi kenapa kegagalan ini tidak dinilai oleh Prof kangkung berkenaan?

Memang benar kenyataan Datuk Hajiji Noor tindakan rakan sekutu dalam kerajaan perpaduan untuk menggugat kerajaan negeri GRS sukar dibendung oleh itulah jalan penyelesaian harus difikirkan. Maka itu beliau selaku ketua Bersatu Sabah dan kepimpinannya mengambil kata putus bertindak meninggalkan Bersatu/PPBM. Jadi siapa sebenarnya yang harus dipersalahkan? anjing anjing yang kelaparan atau pihak yang diberi kepercayaan menjaga harta rakyat oleh rakyat itu sendiri.

Kalau Prof kangkung dan pemimpin Warisan terhina oleh bidasan di atas, nah dipersilakan mengutarakan dakwaan seterusnya. Saya tunggu!

Hanat Gugat Kerajaan GRS Penyebab PPBM Sabah Keluar Parti – CheguBard

Sejujurnya saya tidak pasti sejauh kebenaran dakwaan salah seorang pengarah pilihan raya Perikatan Nasional Semenanjung, CheguBard. Berhubung tindakan kepimpinan Bersatu Sabah (PPBM) yang meninggalkan Parti PPBM itu sendiri.

Walaubagaimanapun kalau kita melihatnya secara fakta maka akan nyata dakwaan ini ada kebenarannya. Sejauh mana itu yang saya tidak pasti.

Mengikut CheguBard sebab PPBM atau Bersatu Sabah meninggalkan parti Bersatu, adalah akibat tekanan musuh musuh Bersatu atau Perikatan Nasional yang cuba menggugat kerajaan GRS di
Sabah. Namun kerana kepintaran politik GRS telah berjaya menggagalkan niat jahat pihak berkenaan termasuk parti Warisan.

Sempat lagi Warisan memperalatkan keberadaan mereka dalam kerajaan walaupun sekadar menumpang.

Benar benar ini Warisan, kepimpinan yang gilakan kuasa walaupun telah ditolak oleh rakyat Sabah. Sepatutnya Warisan bersyukur kerna dengan hanya berbekalkan saki baki sokongan rakyat Sabah iaitu tiga kerusi Parlimen, boleh diterima sebagai kerajaan dan ditawarkan jawatan paling sengkek sebagai timbalan menteri pengajian tinggi, jawatan yang bolehlah dikatakan sama taraf dengan Cikgu sekolah rendah.

Satu lagi tamparan hebat pada Warisan. Sedarlah kamu Warisan, seandainya semasa kamu menjadi kerajaan negeri Sabah mampu berlaku adil pada rakyat Sabah sekaligus memajukan negeri ini, nescaya Tuhan bersimpati hingga sukar menjatuhkan kerajaan Warisan. Ini tidak kerajaan Warisan hanya mampu bertahan beberapa bulan dan ibarat tempat orang orang yang tidak layak dan jahat melakukan kemungkaran mereka, seperti mengambil hak orang baik dari peringkat kampung hinggalah ke peringkat negeri. Jadi kenapa lagi ingin menjadi kerajaan, mahu masuk neraka yang paling buruk kah?


Hajiji Haji Noor terpaksa bertindak strategik demi hadapi serangan kerajaan pusat campuran HArapan NATional (HANAT).

KEDUDUKAN TERKINI SABAH ialah

Kerajaan (47) terdiri dari
PN 20, PBS 7, BN 16, Bebas 2, KDM 2

Pembangkang (25) ;
Warisan 18, harapan 7.

Kerajaan HANAT di pusat sedang menggerakkan pembangkang Sabah 25 campur 16 dari BN maka kedudukan 41 cukup untuk jatuhkan kerajaan rakyat Sabah dan dirampas oleh HANAT dari Pusat.

Akta Lompat Parti baru hendak dibentangkan hujung November 2022 di DUN Sabah dan masih tidak diwartakan. Maka tindakan bertukar parti masih dibolehkan. Jika tidak pasti perancangan HANAT berjaya.

Tindakan Hajiji dilakukan dalam keadaan terpaksa pertahan kepentingan rakyat Sabah dari dicabul HANAT di Pusat.

Undi yang diperolehi BN Sabah ketika Sept 2020 ialah undi menolak Warisan dan PH kemudian diperkukuh dengan semangat GRS. Malah undi yang BN perolehi semasa PRU ke 15 baru ini juga atas sentimen tolak Warisan dan PH. Jika tidak bertanding bersama GRS (2022) atau Bersatu (2020) BN pasti lebih teruk keputusannya seperti dialami Bn di Semenanjung.

Tindakan dan langkah HANAT ini bukan sahaja berimpak jangka pendek namun jangka masa panjang ia pasti beri kesan negatif di mana dalam tamak kuasa tanpa pembinaan naratif betul ia bakal menggoyahkan semangat federalism.

Bab Mana Warisan Boleh Dikaitkan Dengan Bahtera Nabi Nuh?

Seperti biasa, Warisan akan terus kemaruk menyebarkan propaganda panas tapi bohong. Sekali baca macam ada kebenarannya tapi jika seseorang itu kuat daya ingatannya maka dia akan dapati kenyataan itu hanyalah pembohongan berulang yang cuba memperdaya pemikiran masyarakat Sabah.

Begitu jinak dan tidak malu kepimpinan Warisan dimana seolah olah  tidak pernah terbukti gagal sebagai sebuah parti pemerintah negeri Sabah.

Hakikatnya rakyat Sabah telah pun memberikan peluang pada Warisan namun gagal memikul tanggungjawab. Jangankan membuat perubahan berdasarkan janji janji mereka itu sendiri, hanya untuk meneruskan usaha kerajaan terdahulu pun terkial kial hingga diejek oleh masyarakat Sabah sebagai kerajaan yang hanya pandai menumpang kesan kerajaan sebelum mereka dan hanya rajin mengadakan majlis pecah tanah.

Banyak janji mulut dan manifesto Warisan yang gagal mereka tunaikan dan saya boleh buktikan disini. Paling ketara kegagalan berhubung menuntut hak hak Sabah berdasarkan perjanjian Malaysia 1963. Menurut Timbalan Ketua Menteri Sarawak hanya untuk menuntut cukai produk petroleum pun terkencing tatkala berhadapan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pada waktu itu, oleh itu beliau mengingatkan kepimpinan Warisan agar selepas itu jangan lagi berani berani mempolitikkan Perjanjian Malaysia 1963.

Berbalik pada persoalan pokok…….

Ini bukan kali pertama kepimpinan Warisan mengaitkan parti mereka dengan agama, baik agama Islam mahupun agama Kristian.

Kalau ada yang masih ingat di awal kemunculan Warisan, dimana Shafie sampai ke gereja menyebarkan agenda Sabah Ubah. Disana Shafie mendakwa pemimpin-pemimpin PBS, PBRS dll tidak membela agama Kristian hanya kerana mereka menjadi komponen BN.

https://jalinluin.com/2020/08/14/awal-warisan-berpolitik-hingga-ke-gereja-cetus-perbalahan/

Baca juga link ini yang membuktikan sebenarnya Warisan perosak kepada agama Kristian bila seorang pastor menyatakan kegembiraannya setelah meninggalkan Warisan. http://Pastor gembira meninggalkan Parti Warisan

Shafie lupa kah, dia adalah mantan Naib Presiden UMNO Malaysia, justeru kenapa waktu itu dia tidak mempertahankan agama Kristian seperti dakwaan nya.

Tapi dalam masa yang sama tidak pula membela penggunaan kalimah Allah yang diputuskan oleh Mahkamah Sivil.

Dimana Shafie memprotes usaha kerajaan Perikatan Nasional agar kelulusan penggunaan kalimah Allah oleh Mahkamah Tinggi di kaji semula. Pelikkan Islam Shafie ini?

Baru baru ini calon Warisan untuk Parlimen Ranau, Markos Siton mendakwa Warisan dapat menyatupadukan dua agama, Islam dan Kristian seperti mana bahtera Nabi Nuh yang menyelamatkan orang daripada lemas.

“Dulu Nabi Nuh membebaskan rakyat yang percaya dari mati lemas, sekarang kita ambil ini bahawa bahtera Warisan ini akan menyelamatkan kita dari kemiskinan. Membawa kita belayar hingga ke Putrajaya, rampas Kerajaan” Katanya sambil memegang logo Warisan di baju beliau.

Dakwaan yang tidak berasas langsung, ini kerana bahtera Nabi Nuh digunakan untuk menyelamatkan orang orang yang beriman kepada Tuhan yang satu-satunya dan menolak kemungkaran, sedangkan parti Warisan di pimpin oleh orang orang sanggup mempolitikkan agama dan disokong oleh orang orang yang jahil dan naif  tidak berilmu dimana sokongan mereka hanya akan membawa kemudaratan kepada negeri dan orang lain atau mereka yang tidak berdosa.

Kalau kamu jujur dan berani menyatakannya pasti kamu tahu dan bersetuju yang kerajaan Warisan telah berjaya merosakkan struktur masyarakat Sabah. Tidak perlulah saya nyatakan secara detail disini nanti pula GRS dianggap sempit dan kekitaan.

Markos Siton, kamu jangan lupa Presiden Warisan, Shafie Apdal pernah memegang portfolio sebagai Menteri KKLW selama dua penggal tapi gagal membawa orang Sabah keluar dari paras kemiskinan, mana kan tidak rumah PPRT yang diluluskan oleh Shafie pada kroninya tidak sepenuhnya diberikan kepada mereka yang memerlukan tapi ada diantaranya dijadikan kandang kambing.

Jadi kau Markos jangan lagi polemik kan kemiskinan masyarakat Sabah dengan kemunculan Warisan kerna itu hanya membuat anda nampak ketinggalan bas dan sebenarnya kurang pengetahuan am.

Markos Siton berhubung kemiskinan, itu rumah rumah mangsa kebakaran di Kampung Bangau Bangau dan Kampung Air yang dijanjikan oleh Presiden Warisan, Shafie Apdal sebelum berjawatan Ketua Menteri Sabah sehingga hari ini satu batang tiang pun tidak kelihatan.

Warisan yang disamakan dengan bahtera Nabi Nuh juga gagal bila mana waktu itu melantik orang yang terlibat dengan aktiviti syabu dan penipuan di negeri orang sebagai Ketua Kampung dan JKKK menyebabkan kes jenayah meningkat di kawasan mereka. Ini baru satu contoh yang terdekat dan ringan.

Rata rata kaum Cina berpendapat semasa kerajaan Warisan, Shafie melantik orang orang yang tidak kompeten ke jawatan tertentu dalam kerajaan negeri hingga pentadbiran kerajaan waktu itu seperti tidak wujud.

Kesimpulannya parti Warisan bukannya bahtera Nabi Nuh tapi perahu tempat bersarangnnya orang orang naif soal kehidupan dan hak orang lain.

Apa Kapasiti Warisan Cuba Bekerjasama Dengan GPS, Sarawak? Malulah Sikit Boo!!!

Sebelum itu kita bertanya siapa Warisan yang cuba menjalin kerjasama dengan politik Sarawak, GPS.

Warisan bukannya parti tempatan yang hanya bertanding di Sabah sebaliknya Warisan juga bertanding di Semenanjung. Ini jelas berbeza dengan GPS.

Seperti penyataan penganalisis dibawah, politik GPS mempunyai sejarah perjuangan yang jelas dan berjaya itu pun setelah menjadi kerajaan dengan begitu lama.

GPS menjalin hubungan yang baik dengan Kerajaan Persekutuan, GPS bukannya parti tunggal yang semata-mata mempolitikkan perjanjian Malaysia tetapi ia lebih kepada bagaimana untuk memajukan Sarawak dari aspek selain perjanjian 1963. Pokoknya GPS lebih cekap berbanding kerajaan Warisan.

Sedangkan seperti mana kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sarawak berhubung tuntutan kerajaan Warisan ke atas perjanjian Malaysia 1963 pada masa itu.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak James Masing mendakwa Shafie Apdal ketika menerajui Sabah tidak menuntut hak minyak dan gas daripada Putrajaya kerana takut pada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Terang James, kerajaan Sarawak pernah mengajak kerajaan Sabah agar turut sama memfailkan saman terhadap Petronas berhubung 5% cukai jualan produk petroleum tapi kerajaan Sabah enggan akibat takut pada Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir pada ketika itu. Klik link dibawah.

Warisan Kantoi Menipu Tidak Pernah Tuntut Cukai Petroleum

Kerajaan Warisan adalah kerajaan yang gagal menunaikan semua janji manifesto pilihan raya umum 2018 dan agenda Sabah Ubah.

Itu yang saya bertanya atas kapasiti apa Warisan terhegeh hegeh cuba mempolitikkan GPS. Boo!!!


PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik berpendapat, matlamat utama Warisan mengadakan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah untuk meningkatkan sokongan bagi dirinya di pangkalannya di Sabah.

Sebahagian besar hasil minyak yang diperolehi dari Sarawak dan Sabah menjadi antara isu yang diperjuangkan negeri-negeri terbabit mengikut MA63.

Mengulas mengenai desakan Warisan untuk menubuhkan “blok Borneo” dengan gabungan pemerintah Sarawak, Awang Azman Pawi daripada Universiti Malaya berkata, parti itu nampaknya mengharapkan pencapaian GPS dalam reputasinya sebagai entiti yang boleh dipercayai selepas memperoleh semula hak utama untuk Sarawak bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) selepas pilihan raya umum (PRU) lalu.

“Sebagai contoh, GPS sebagai pakatan memerintah di Sarawak berjaya mengenakan semula cukai jualan negeri sebanyak 5% ke atas produk petroleum,” katanya.

Kerajaan Sarawak juga lantang mengenai penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi, autonomi dalam pendidikan, dan status negeri sebagai rakan persekutuan yang setaraf dengan Semenanjung.

“Saya percaya Warisan berharap dengan kerjasama ini, ia dapat menumpang reputasi GPS dan mewujudkan tanggapan bahawa parti itu juga boleh menyelesaikan isu MA63 Sabah sendiri,” kata Awang Azman kepada FMT.

Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking telah membangkitkan idea itu bahawa partinya dan GPS boleh menghidupkan semula idea blok Borneo.

Naib Presiden Warisan Junz Wong pula berkata, parti Sabah itu boleh bekerjasama dengan GPS untuk memperjuangkan hak kedua-dua negeri bawah MA63.

Seorang lagi penganalisis, Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah berkata, Warisan mungkin tidak mencapai tahap sokongan seperti GPS kerana gabungan Sarawak itu lebih agresif memperjuangkan hak negerinya.

“Saya percaya sesetengah rakyat Sabah masih ingat bagaimana kerajaan Warisan enggan menyertai kerajaan Sarawak dalam menyaman Petronas untuk hak cukai jualan negeri 5%,” katanya kepada FMT, merujuk produk petroleum negara yang diperolehi dari Sarawak.

Pertikaian undang-undang antara kerajaan Sarawak dan Petronas akhirnya selesai dengan syarikat itu bersetuju membayar SST 5%.

Lee berkata, Warisan dan GPS bukanlah satu-satunya pihak yang mendakwa memperjuangkan hak MA63.

“Mudah untuk kata anda menyokong sesuatu, tetapi pada akhirnya, mesti ada hasil yang boleh dilihat orang ramai,” katanya.