Armada Sabah Cabar Yusof Yacob Tunjuk Bukti dan Laporan Polis

Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah mencabar Menteri Pelajaran dan Inovasi Negeri, Datuk Dr.Yusof Yacob menunjukkan bukti dakwaan dia ditawar RM50 juta untuk menyertai pakatan pembangkang.

Ketuanya, Mohd.Isquzawan Datuk Seri Arsit berkata, Dr.Yusof perlu menunjukkan bukti terhadap dakwaan itu kerana wang yang ditawarkan bukan sedikit jumlahnya.

Beliau berkata, jika benar dakwaan Ketua Penerangan Parti Warisan Sabah (Warisan) itu, maka dia wajar membuat laporan polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Armada Bersatu Sabah mencabar Dr.Yusof segera membuat laporan polis, tunjukkan bukti dan nyatakan nama pihak yang dia tuduh menawarkannya RM50 juta untuk berpindah kem.

“Sekiranya Dr.Yusof tidak berani menunjukkan bukti dan membuat laporan polis, maka dakwaan beliau telah terima tawaran hingga RM50 juta merupakan satu pembohongan dan khabar palsu semata-mata”, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Isquzawan berkata demikian bagi mengulas kenyataan Dr.Yusof pada Jumaat yang mendakwa dirinya telah ditawarkan wang tunai RM50 juta untuk menyertai pakatan pembangkang yang berniat membentuk kerajaan negeri baharu.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sindumin itu mendakwa, beliau dihubungi beberapa kali sejak awal bulan ini oleh individu yang menjadi wakil kepada bekas pemimpin kanan kerajaan negeri musim lalu.

“Selain wang tunai mereka juga turut menawarkan jawatan menteri penuh jika kerajaan baharu itu menjadi kenyataan. Kali terakhir saya dihubungi, tiga hari lalu dan mereka bercadang menemui saya, tetapi saya tidak melayani, sebaliknya saya menolak tawaran itu,” katanya.

Katanya, kumpulan bekas pemimpin yang kehilangan kuasa itu menggunakan agen atau ‘broker’ untuk membeli wakil-wakil rakyat supaya berpindah menyokong Perikatan Nasional (PN).

Isquzawan mendakwa, Dr.Yusof berbohong dan sengaja mereka cerita mengenai tawaran RM50 juta, bagi memberi gambaran negatif terhadap pemimpin parti pembangkang di negeri ini.

Beliau juga mempersoalkan tindakan Dr.Yusof membuat pengakuan menerima tawaran itu menerusi kenyataan media, sebaliknya tidak membuat laporan polis?

Isquzawan juga mencabar Dr.Yusof agar meletak jawatan sebagai Menteri dan ADUN Sindumin sekiranya beliau bercakap bohong dan gagal membuktikan dakwaan telah menerima tawaran RM50 juta.

“Yang jelas pengakuan yang telah dibuat oleh beberapa orang ADUN parti Kerajaan sejak akhir-akhir ini lebih kepada tuduhan palsu dan tidak masuk akal”, tegasnya.

Katanya, membuat tuduhan tanpa bukti dengan mengaitkan bekas pemimpin kanan Sabah dan Perikatan Nasional (PN) merupakan taktik kotor dan perbuatan yang bertujuan mencemarkan nama baik Kerajaan PN.

Warisan Yang Berniat Jahat Viralkan Gambar Rumah Musa

Baiklah kita anggap saja yang mengambil gambar kediaman atau agam Tan Sri Musa Aman menggunakan dron itu ialah individu-individu yang tiada kaitannya dengan kepartian atau remaja belia yang sedang melayan hobinya.

Tapi kena ingat satu perkara yang menyalahgunakan dan menyebarkan gambar serta mencatatkan nama dan nombor pendaftaran kereta hingga berlaku laporan Polis ialah jentera Warisan yang menyamar sebagai Pasola sebagai akaun Facebook. Ini jelas bertujuan jahat dan sehingga hari ini dia tidak menafikan perbuatannya itu. Malah semacam berbangga kerana dia tahu gambar itu dia curi dari simpanan orang lain tapi itu tidak dapat menyelamatkan dirinya daripada dakwaan atau saman.

Laporan Polis Terhadap Individu Yang Sebar Gambar Rumah Musa Aman

Itu yang admin katakan sebelum ini dengan memviralkan gambar kediaman seseorang iya telah membuka jalan kepada penjenayah untuk melakukan kegiatan mereka.

Untuk makluman Pasola atau Sarizuan Siasih adalah calon AJK Wira Warisan Bahagian Papar. Jelas individu ini rasmi jentera parti Warisan.

Sebab itu jugalah masyarakat mendesak agar pihak Polis membuat siasatan yang lebih lanjut. Supaya mereka tahu siapa sebenarnya yang berniat jahat. Ini yang sebenarnya dituntut oleh masyarakat Sabah sebab mereka yakin yang menyebarkan gambar dan catatan itu ialah jentera atau besi buruk Parti Warisan.

Masih ingat perbicaraan Papagomo dengan Anwar berhubung satu video. Papagomo didapati bersalah oleh Mahkamah kerana menyebarkan Video berkenaan. Walhal video itu di rakam oleh orang lain.

Warisan Ajak Parti Tempatan Sabah Berkerjasama

Pergolakan politik yang semakin hari semakin hangat telah menjejaskan populariti Parti Warisan. Kenapa tidak kalau semua parti politik yang ada di Sabah menjadi musuh Warisan kerana pergolakan tadi kecuali beberapa dari pecahan PKR yang nampaknya masih berpegang pada Pakatan Harapan tapi sudah tentu bukannya Warisan.

Jadi jangan merasa hairan andai kamu terbaca atau terdengar kritikan mereka terhadap Warisan. Memang mereka tidak suka tu, maklumlah yang selama ini membongkar skandal KKLW di era BN ialah jentera PKR. Maksudnya mereka tidak boleh menghalalkan politik Warisan tu.

Sebelum ini Timbalan Ketua Wirawati ada menyuarakan supaya parti parti tempatan seperti PBS, PBS dan STAR berkerjasama dengan Parti Warisan. Tapi kerana sebahagian besar jentera Waris agak lemah pemahaman mereka maka dikatalah links dibawah sebagai mengada-ngada.

Wirawati Ajak Parti Tempatan Sabah Berkerjasama

Nah hari ini Ketua Penerangan Warisan Yusof Yacob tanpa malu dan segan menyatakan bahawa Warisan membuka ruang pada parti parti tempatan Sabah untuk berbincang sekaligus berkerjasama.

Dalam keadaan sekarang siapa sebenarnya yang patut membuka pintu kerjasama. Masih lagi Warisan ni perasan kuat walaupun macam Tongkang pecah sudah.

Kenapa baru sekarang dulu bukan main lagi. Bersatu yang berniat baik untuk bertapak di Sabah tapi sedaya-upaya dihalang oleh Presiden Warisan. Tidak berhenti di situ selepas Bersatu berjaya bertapak di Sabah dan cuba berbaik baik dengan kerajaan negeri sikap Warisan tetap sama menidakkan Bersatu atau dipandang sebelah mata.

Tapi sekarang tanpa segan mengajak parti-parti tempatan Sabah untuk bekerjasama dengan Parti Warisan. Warisan buat buat tidak tahu yang Bersatu Sabah dan parti parti tempatan berada dalam Perikatan Nasional dan bagai isi dengan kuku. Justeru kalau niat sebenar Warisan untuk melemahkan kerjasama pembangkang di Sabah, baik lupakan saja.

Laporan Polis Untuk Besi Buruk Catat Nama dan Pendaftaran Palsu

Laporan Polis telah dibuat oleh salah seorang pemilik nama dan nombor pendaftaran kenderaan yang dicatatkan oleh besi buruk Warisan bersama gambar kediaman Tan Sri Musa Aman yang diambil menggunakan dron.

Namun salah seorang pemilik nama dan nombor kenderaan yang dicatatkan menafikannya. Ini keran pada ketika itu dia dan keretanya tidak berada disitu. Justeru itu dia membuat laporan Polis agar individu dan pihak yang bertanggungjawab dapat dipertanggungjawabkan. Paling tidak agar individu berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka dan kalau tidak akan berhadapan dengan saman.

Buruk betul perangai besi buruk ni. Bukan hanya gambar kediaman yang diambil secara curi dan diviralkan tetapi juga membuat catatan palsu iaitu senarai nama dan nombor pendaftaran kenderaan yang diletakkan di tepi jalan menuju ke rumah mantan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

Klik link dibawah untuk tahu berita yang berkaitan sebelum ini.

Warisan Terbangkan Dron Untuk Intip Rumah Musa

Benar benar besi buruk dan menyusahkan. Hahaha!

Dia ingat politik ni boleh dibawa main sedangkan melalui politiklah masa depan satu satu negeri bangsa ditentukan atau dicorakkan.

Tapi kalau beginilah keadaannya macam mana mau memajukan Sabah. Jentera parti saja kebanyakannya tolol, bernafsu besar, kuat minta puji dan yang paling penting kurang didikan sivik.

Kawan admin cakap itu contoh spesis yang tumbuh dari sumber yang jelas. Katanya lagi kalau perangai seperti itu dia lebih menghormati penagih daripada individu tolol tetapi memandai-mandai bercakap soal politik yang sudah tentu dari rangkaian penyangak.

Tiada Kejayaan Dicapai Oleh Kerajaan Warisan Wahai Assafal

Sedap mulut pemimpin Warisan Adun Tungku, Assafal Alian. Tiada kononnya istilah jual maruah dalam Parti Warisan, mereka mengutamakan integeriti dan beberapa lagi kenyataan positif tapi sebenarnya retorik.

Dan jangan mendengar sebarang kenyataan daripada luar berhubung prestasi kerajaan Warisan.

Maksudnya tu Sabah dibawah Warisan telah maju ke hadapan, banyak pembangunan yang telah dilaksanakan jadi pada sesiapa yang ingin mengetahui pencapaian itu sila berhubung dengan kerajaan negeri.

Mak ai cakap tu agak-agaklah jangan beranggapan orang Sabah itu terlalu bodoh buta mata dan hati. Seolah-olah rakyat Sabah akan mati tanpa Parti Warisan atau yang menyediakan segala prasarana yang ada pada hari ini adalah Parti Warisan walaupun pada ketika itu Parti Warisan belum wujud.

Satu batang tiang pun belum ada yang berjaya dipacak oleh kerajaan Warisan ada hati bercakap seumpama itu.

Pembangunan apa yang telah dijalankan dan dicapai oleh kerajaan negeri? yang rakyat tahu sudah masuk 3 tahun tetapi yang hanya mampu dilakukan oleh Menteri Menteri Sabah ialah merasmikan prasarana yang telah siap dan mengkritik projek kerajaan terdahulu yang sedang berjalan. Selain hanya mengambil kredit melalui lawatan yang dibuat keatas perusahaan yang telah dijalankan oleh rakyat Sabah sejak sekian lama.

Kalau yang dimaksudkan oleh pemimpin ini ialah berjaya menangani Covid 19 dan kononnya beberapa inisiatif yang dijalankan dan sehingga hari ini masih berjalan. Sekali lagi tolong tunjukkan buktinya dan langkah inisiatif yang dimaksudkan. Selain apa yang telah ditentukan oleh Federal didalam usaha mengekang merebaknya Covid 19.

Hatta bantuan makanan dan one-off semasa tempoh PKP berkuatkuasa pun tidak kesampaian. Buktinya selepas tempoh berakhir banyak kenyataan atau alasan daripada pemimpin dan pembantu yang cuba menjelaskan kenapa bantuan yang dijanjikan tidak berjalan lancar.

Berbalik pada prinsip yang dipegang oleh pemimpin Warisan di atas. Prinsip apanya tanpa taktik kotor Presiden Warisan terhadap wakil rakyat BN tidak kerajaan negeri terbentuk. Jadi prinsip apanya?

Bagaimana pula dengan usaha yang sedang dijalankan iaitu mengubah perlembagaan parti Warisan agar pemimpin daripada Semenanjung boleh menyertai Warisan. Walhal menghentam pemimpin daripada Semenanjung dan parti mereka adalah kerja hakiki Warisan di negeri Sabah. Prinsip apanya? Parti Katak

Wakil Rakyat Konon Ditawarkan Lompat Parti Buat Laporan Polis

Ahli Dewan Undangan Negeri Kapayan Jannie Lasimbang dan Calvin Chong ADUN Elopura. Mendakwa mereka didatangi oleh agen politik yang memberikan tawaran agar melompat parti.

Kerana itu mereka membuat laporan Polis. Laporan polis itu hak mereka tetapi tidak sebenarnya wajar kerna ia berlaku dalam arena politik yang serba mungkin dan mengaitkan nama seseorang sebagai dalang tanpa bukti lalu dinyatakan secara terbuka adalah tindakan yang salah.

Terlampau lah bebalnya berpolitik. Politik memang begitu sentiasa ada tawar-menawar di antara kedua belah pihak ia berlaku tidak hanya semasa pilihan raya tetapi juga selepas pilihan raya seperti yang dilakukan oleh Warisan hingga berjaya membentuk kerajaan negeri.

Kalau nak berlagak sebagai ahli politik yang budiman pun agak-agaklah. Adakah kerajaan negeri Warisan yang ada pada hari ini dibentuk melalui kemenangan di pilihanraya atau demokrasi?

Berapa kerusi yang didapat oleh Warisan pada pilihanraya yang lepas justeru kenapa boleh membentuk kerajaan kalau tidak ada simple majoriti?

Bukankah itu menunjukkan ada unsur tawar-menawar diantara pihak Warisan dan wakil rakyat daripada BN pada waktu itu. Siapa tahu kan!

Mengata mereka kononnya bukan Katak yang boleh dijual beli. Hakikatnya Parti Warisan sekarang adalah Parti Katak kerana sanggup mengubah perlembagaan Parti supaya mantan Pengerusi PPBM (Bersatu) boleh menyertai Warisan. Hari ini mereka duduk dalam kerajaan negeri yang diketuai oleh Parti Katak.

Kamu sudah lupa kah awal Bersatu bertapak di Sabah. Siapa yang menentangnya bukan Warisan kah sebab kononnya Bersatu berasal daripada Semenanjung seperti mana UMNO. Tahu tahu hari ini mantan Pengerusi Bersatu pula yang dipelawa menyertai Warisan. Sedangkan selama ini ramai penyokong Warisan yang percaya pada agenda Sabah For Sabahan.

Percaya kamu pemimpin yang tidak amanah dari konteks kerahsiaan seperti ini tidak boleh dipercayai. Mereka termasuk dalam kategori orang yang suka menunjuk-nunjuk dan orang yang suka menunjuk-nunjuk atau suka minta puji tidak boleh diberikan kepercayaan, sikit sikit bolehlah jangan sampai melibatkan hitam putih satu satu perancangan.

JKKP Baik Untuk Komuniti Kampung Madius Yang Salah

Ahli Parlimen Tuaran Wilfred Madius Tangau mendakwa kononnya sebarang usaha menubuhkan sebuah lagi Institusi yang menyerupai Majlis Pengurusan Komuniti Kampung MPPK di peringkat akar umbi ataupun kampung sebagai tidak mesra perpaduan dan hanya menghuru-harakan keharmonian yang sedia ada.

Telengong betul dakwaan tu, dakwaan yang sangat salah dan berniat jahat.

Kenapa admin katakan berniat jahat sebab pemimpin seperti ini tidak ingin melihat masyarakat kampung maju dan bersaing secara sihat sedangkan itu untuk kebaikan diri mereka juga.

Sebaliknya mereka suka kalau masyarakat kampung terus berada di takuk lama supaya senang mereka perbodohkan sampai bila-bila.

Pertanyaannya adakah selama ini tidak ada orang kampung yang berbeza fahaman politik? Iaitu satu kumpulan menyokong Parti Bersatu satu kumpulan lagi menyokong Parti Warisan? mustahil dan pasti ada kan. Apa berlaku pada kampung itu macam bandar Hiroshima selepas dijatuhkan bom atom kah?

Jadi kenapa pula bila usaha menambahbaik Kampung daripada dalam akan menghuru-harakan perpaduan. Apa perbezaan berparti dan berorganisasi?

Kita sudah berada di tahun 2020 mana ada lagi persoalan seperti yang ditimbulkan oleh Madius Tangau berkenaan. Hari ini keadaan ditentukan oleh empunya diri iaitu mereka yang terlibat.

Antara tujuan berpolitik ialah untuk mencapai matlamat yang sama. Jadi tidak salah ada banyak organisasi dalam satu tempat biar ada persaingan yang sihat.

Jadi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan JKKP yang akan diperkenalkan oleh kerajaan Persekutuan adalah perkara yang sangat positif akan dapat memajukan kampung kerana MPPK yang ada sekarang tidak berfungsi atau tidak bermanfaat kepada masyarakat. Kenapa bermanfaat kalau hidup mereka sebagai penyangak di luar daerah dan ada pula bersosial dengan syabu tapi dilantik menjadi Ketua Kampung atau MPPK.

Warisan Berevolusi Menjadi Parti Katak

Kamu tengok slogan dibelakang tu….. Mesti Ubah. Ubah jadi apa?

Ahli Parlimen Warisan, Liew Vui Keong menyatakan Warisan akan menggubal Perlembagaan parti supaya Tun Dr Mahathir boleh bersama mereka atau menjadi ahli parti Warisan.

Maksudnya Tun akan berpartisipasi dalam slogan Sabah for Sabahan dan Sabah Ubah? Lucu.

Kenapa sejak kebelakangan ini suka betul pemimpin Warisan bermimpi di siang hari dan malah suka dipersenda. Baru-baru ini PM Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan Shafie yang beliau pernah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri. Sebelum itu Presiden Warisan,Shafie dipersenda bilamana namanya diangkat oleh Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri. Persendaan itu telah membuat pemimpin dan penyokong Warisan hilang akal hingga lupa agenda Borneonisasi mereka. He!

Sebuah parti yang dipandu menggunakan sentimen kekitaan dan doktrin itu ditiup dalam slogan Sabah for Sabahan dan Sabah Ubah pada pengikut yang sebenarnya mereka sendiri tidak faham apa itu Borneonisasi. Ironinya hari ini Warisan dibuka kepada orang luar supaya jenis pemimpin Malaya yang mereka keji selama ini boleh duduk bersama mereka. Jelas hasrat itu bertentangan dengan konsep Borneonisasi. Jadi faham kah kamu wahai jentera/penyokong Warisan, Borneonisasi adalah hal yang bertentangan dengan politik Tun Mahathir, itulah maksud sebenar Borneonisasi. Hahaha!

Inilah apa yang dipanggil wadah dijual gadai demi mencapai matlamat. Ternyata slogan dan agenda parti Warisan hanyalah catatan biasa yang tidak mampu dihayati. Rasanya pada pemahaman mereka itu hanyalah slogan-slogan yang tidak akan mampu mendidik mereka.

Dalam pada itu pun kita masih mendengar penyataan retorik dari pemimpin dan jentera/penyokong Parti Warisan yang terus memainkan sentimen kenegerian bangsa terhadap pemimpin dan penyokong parti daripada Malaya. Tidak kiralah apa itu terhadap parti UMNO PKR atau saja Parti Amanah. Pokoknya ia akan terus didendangkan selagi perlembagaan parti belum digubal. Hahaha! Rosak.

Warisan semakin lemah dan rosak kerana Perlembagaan parti yang sepatutnya menjadi benteng kekuatan satu satu wadah boleh dibuka tutup macam Cinema.

Sesuatu yang wow bukan kerana ia hebat tapi wow yang menjengkelkan. Ia tidak ada beza dengan istilah yang selalu digunakan oleh pemain politik bila berhadapan dengan sesuatu yang berada di luar kebiasaan, mereka akan berkata itu semua hanyalah alasan untuk menghalalkan cara. Nah inilah yang dilakukan oleh Warisan membuat sesuatu demi menghalalkan langkah yang lari dari matlamat asal mereka.

Inilah masalahnya bila majoriti jentera satu-satu parti itu membelakangkan akal mereka. Admin kalau berhujah dengan jentera Warisan, mula-mula sekali admin akan labelkan mereka sebagai bukan orang atau masyarakat tetapi robot khas yang ditugaskan untuk menafikan apa saja penyataan yang tidak sealiran dengan Warisan.

Kalaupun hasrat menggubal perlembagaan parti tidak menjadi kenyataan ataupun Tun menolak tawaran Warisan. Maka apa pun alasannya niat pemimpin Warisan yang menyimpang sudah ada dan telah pun dizahirkan kepada umum. Hasrat sebesar ini tidak ada bezanya dengan tindakan beberapa wakil rakyat daripada BN yang bersekongkol membentuk kerajaan negeri bersama Warisan selepas pilihan raya umum yang lepas.

Warisan dengan sendirinya berevolusi menjadi godkatak gara gara salah pai dan kian terdesak. Jadi padan muka jentera Warisan yang sikit sikit kalau mengomen di medsos sering menggunakan emoji 🐸. Sekarang siapa yang katak?

Ini apa ⛵ 🐸?

Warisan Ajak Parti Tempatan Sabah Bergabung. Hahaha!

Apa lagi yang dirapuhkan oleh Timbalan Ketua Wirawati Warisan tu. Semacam tidak habis habis melacurkan bangsa kaum dan negeri melalui perjanjian 1963.

Warisan ini tidak sudah-sudah bermain politik. Sedangkan tanggungjawab mereka sebagai kerajaan negeri tidak ada apa yang boleh dibanggakan. Baik dari konteks dasar mahupun mercu tanda yang boleh mengabadikan nama Warisan.

Yang mereka tahu hanyalah merasmikan apa yang telah diusahakan dan siap sepenuhnya. Yang sedang dalam pembinaan mereka cari kekurangannya untuk dipolitikkan. Hahaha!

Mereka tahu Parti Bersatu Sabah PBS Solidariti Tanah Airku STAR dan Parti Bersatu Rakyat Sabah PBRS telah mengambil pendirian untuk bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan melalui Perikatan Nasional demi kemajuan rakyat Sabah.

Tapi boleh lagi membuat kenyataan yang jelas berniat politik jahat dengan mengajak tiga parti tempatan itu untuk berkerjasama atau bergabung dengan Warisan. Hahaha!

Mereka lupa kejian hinaan yang mereka lemparkan pada tiga parti berkenaan iaitu semenjak terbentuknya kerajaan Perikatan Nasional. Beberapa kenyataan yang bertentangan dengan agenda nasional diviralkan oleh besi buruk Warisan bertujuan untuk merosakkan reputasi pembangkang di negeri Sabah khususnya parti parti tempatan berkenaan.

Rakyat Sabah terkedu beruk sebab pada mulanya Warisan menolak agenda berkerjasama dengan parti-parti daripada Semenanjung tetapi bila kerajaan atau UMNO berjaya ditumbangkan. Beberapa wakil daripada Parti Warisan telah dilantik menjadi Menteri peringkat Persekutuan. Kerana Warisan menyedari mereka telah melanggar “sumpah” dalam propaganda mereka, mereka pun munculkan istilah PH Plus untuk menutup pembohongan.

Parti Warisan mendapat tempat kerana sentimen kenegerian dan bangsa yang mereka mainkan. Selain menjadikan parti UMNO sebagai bahan kotor untuk ditumbangkan. Ini saja kekuatan mereka sehingga hari ini.

PPBM Sabah mereka tidak boleh makan sebab parti ini terlalu kuat untuk diperangi selaku pembangkang diperingkat negeri. Banyaklah Kekuatan yang admin maksudkan tapi tidak perlulah admin sebutkan.

Antara faktor besar kenapa mereka mengajak Parti parti tempatan Sabah berkerjasama adalah kerana hari ini Parti Warisan berhadapan dengan senario, semua parti parti yang ada di Sabah merupakan musuh mereka. Sebab itulah sejak kebelakangan ini sentimen kenegerian, perkauman dan sudah tentu perjanjian Malaysia mereka lacurkan semula tanpa segan dan malu. Bagi menarik balik perhatian rakyat Sabah yang mulai secara beransur-ansur meninggalkan Parti Warisan.

Malangnya tidaklah rakyat Sabah ini terlalu bodoh untuk diperbodohkan buat kali yang kedua oleh parti yang sama hingga berjaya membentuk kerajaan negeri walaupun pada ketika itu baru berumur setahun jagung. Jangankan orang tempatan yang ada ilmu dan kedudukan hatta pemegang dokumen IMM13 pun sudah jengkel total pada Warisan kerana menjadikan mereka modal politik atau kambing hitam. Hahaha.

Tidak Ada Yang Tawar Jawatan Timbalan Perdana Menteri Pada Shafie

Tidak ada yang menawarkan Shafie ke jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Ketika diwawancara oleh Wartawan Malaysiakini Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal mendedahkan dengan penuh yakin dan jelas menyatakan bahawa dia pernah ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas beberapa minggu kerajaan Perikatan Nasional dibentuk melalui pesanan ringkas SMS. Namun konon atas nama perjuangan dia menolaknya dan kononnya lebih berminat untuk mengadakan kerjasama menerusi pendekatan kerajaan kepada kerajaan (G2G)

Pendedahan yang tragis membuat penyokong kerajaan PN lemah semangat. Seolah-olah mereka telah dipermainkan kerana dalam mereka beria-ia menyerang politik Warisan di Sabah rupanya dalam diam orang yang dikritik ditawarkan ke jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Namun ternyata itu hanyalah tipu muslihat Shafie bilamana Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri Malaysia melalui kenyataan rasmi menafikan yang beliau pernah menawarkan jawatan itu kepada Shafie Apdal Presiden Parti Warisan.

Sudahlah sejak kebelakangan ini beberapa pemimpin Warisan dicari atau di siasat oleh SPRM kerana terbabit dalam skandal penyelewengan dana rakyat. Datang lagi hal baru yang mengaibkan dan sudah tentu akan menjejaskan lagi kredibiliti dan integriti Shafie selaku Presiden Parti Warisan yang mengetuai kerajaan negeri Sabah.

Entah muslihat apa gamaknya yang mahu dimainkan oleh Presiden Warisan Shafie Apdal itu.

Sebelum ini rakyat Malaysia dihiburkan bilamana Tun Mahathir menamakan Shafie sebagai calon Perdana Menteri Malaysia. Begitu juga dengan kepimpinan Kerajaan Negeri Sarawak turut terhibur mendengar berita ini kerana pada mereka ia adalah sesuatu yang melucukan di abad ini.