JPKKP Adalah Rahmat Bukan Ketuanan Alahai Ewon 👎

Apa lagi isu yang cuba diada adakan oleh kerajaan negeri Warisan ni.

Tidak cukup dengan pelbagai skandal penyelewengan yang menimpa pemimpin dan kroni Parti Warisan kah. Itu semua tidak cukup untuk menjahanamkan kapal layar parti Warisan kah?

Perlu ada lagi penambahan dalam bentuk kenyataan hingga kerajaan Warisan ini betul betul dianggap gagal total oleh rakyat Sabah kah. Seperti dibawah.

Terbaru Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Ewon Benedick berpersepsi bahawa kononnya penubuhan Jawatankuasa Pembangunan dan keselamatan Kampung Persekutuan JPKKP sebagai satu bentuk ketuanan Malaya ke atas Sabah.

Pelik juga ya kenapa sampai ke tahap itu pemikiran kerajaan negeri Warisan ni. Sekecil-kecil jawatan pun sengaja dikaitkan dengan ketuanan atau dikaitkan dengan agenda Parti Warisan yang tidak sudah iaitu melacurkan perjanjian 1963.

Persoalannya adakah sebelum ini tidak ada wakil rakyat dari parti Warisan yang berjawatan di peringkat Persekutuan. Walhal Warisan dalam kempen mereka di PRU yang lepas telah berjanji tidak akan bekerjasama dengan parti daripada Semenanjung kerana kononnya bertentangan dengan agenda Sabah ubah atau Sabahan untuk Sabah.

Siapa Menteri Pelancongan Malaysia, Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Timbalan Menteri Dalam negeri, Timbalan Menteri Tenaga Sains Teknologi dan Alam Sekitar dan terakhir siapa Menteri Di Perdana Menteri (Undang-undang) bukan ke mereka dari wakil rakyat Parti Warisan dan siapa yang membayar gaji mereka bukankah Kerajaan Persekutuan. Betul tidak!

Habis itu kenapa jawatan kampung kampung JPKKP pula yang dijadikan isu. Bukannya kerajaan negeri Sabah yang membayar gaji mereka.

Sepatutnya kerajaan negeri Warisan berterima kasih pada kerajaan Persekutuan kerana individu individu yang dilantik oleh mereka sebagai ketua kampung terbukti gagal memikul tanggungjawab mereka. Dimana tahap kemiskinan masyarakat Kampung semakin ketara, gejala sosial, penagihan syabu semakin menjadi-jadi. Pokoknya sejak Parti Warisan menerajui kerajaan negeri Sabah banyak kampung-kampung yang semakin mundur dan rosak.

Mahu tidak mundur dan rosak. Penyangak penipu semasa di luar daerah dan penagih syabu pun dilantik menjadi ketua kampung. Orang-orang seperti ini mana ada tanggungjawab dan keberanian demi menjaga komuniti mereka. Yang mereka tahu hanyalah meminta wang kupi setiap kali menandatangani surat sokongan dari orang kampungnya dan menjadi pelaksana kepada kaki projek. Hemmmm!

Justeru keputusan kerajaan persekutuan untuk meletakkan atau mewujudkan jawatan JPKKP di setiap kampung di negeri ini adalah tindakan yang amat amat wajar dan ia merupakan satu rahmat kepada orang orang kampung.

Tahniah diucapkan kepada kerajaan Perikatan Nasional kerana dapat menghidu kesulitan komuniti kampung.

Hajiji Terima 1000 Borang Permohonan Ahli Bersatu

Sudah dinyatakan dengan jelas dan berulang kali bahawa Bersatu atau PPBM Sabah telahpun berjaya memenangi hati masyarakat Sabah yang ada di semua lapisan tanpa mengira bangsa dan agama.

Apa lagi Perikatan Nasional (PN) Sabah terdiri daripada tiga kompenan parti tempatan Sabah STAR, PBS dan PBRS dimana kumpulan ini telah memangkinkan lagi keyakinan rakyat Sabah untuk menyokong PN yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden PPBM dan Datuk Hajiji Noor sebagai ketua PPBM di peringkat negeri Sabah.


Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor (tiga dari kanan) menerima 1000 borang permohonan menjadi ahli BERSATU daripada Pengerusi Pertubuhan Kinabalu Bersatu Malaysia (PKBM), Encik Adzmi KK Juatan (dua dari kiri) sambil diperhatikan oleh Naib Presiden BERSATU, Datuk Abdul Rashid Asari (dua dari kanan), Timbalan Pengerusi Badan Pimpinan BERSATU Negeri, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun (tiga dari kiri) dan Bendahari BERSATU Negeri, Datuk Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif (kanan) di bilik mesyuarat Pejabat BERSATU Sabah di Alamesra, Kota Kinabalu, hari ini.

Borang itu terdiri daripada para pemohon daripada bahagian Keningau, Pensiangan dan Tenom yang dikumpul oleh PKBM.

Terdahulu Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman mempengerusikan Mesyuarat Badan Pimpinan BERSATU Sabah.

Kali Ketiga Sandakan Dilanda Epidemik Warisan

Ini bukan lagi penyakit kronik yang kalau diubati boleh dibendung dari tersebar tapi telah bertukar menjadi pendemik yang mudah merebak seperti Covid 19.

Ini kita namakan sebagai epidemik politik hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Warisan. Kalau sebenar Covid 19 pendemik bermula di negara China, epidemik politik ini pula bermula di dalam negara di Sepanggar Kota Kinabalu.

Ini sudah kali ketiga ahli Warisan di daerah Sandakan bertindak keluar parti. Sebelum ini melibatkan tiga atau empat Cawangan termasuk Cawangan daripada parti Amanah.

Sepertimana link dibawah.

Kali kedua Ahli Warisan keluar di Sandakan

Kelmarin seramai 1357 ahli Warisan yang membabitkan lapan Cawangan di parlimen Libaran bertindak keluar parti dan menyatakan sokongan mereka terhadap kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Adun Sibuga Tan Sri Musa Aman.

Cawangan Warisan yang terbabit pada kali ini ialah Cawangan Batu 15, Cawangan Batu 16, Cawangan Batu 17, Cawangan Sungai Tinduk, Cawangan Batu 19, Cawangan Sungai Monyet, Cawangan Ulu Dusun Batu 30 dan Cawangan Kampung Sinar Harapan Batu 24.

Mereka diketuai oleh Satar Wahab iaitu Ketua Cawangan Batu 15.

Itu susulan hilangnya kepercayaan mereka terhadap kepimpinan Warisan secara keseluruhannya. Pokoknya tidak ada yang boleh diguna pakai untuk kebaikan diri dan masyarakat walaupun sudah bermati-matian menyokong parti Warisan.

Dengarkan saja alasan yang gunakan oleh setiausaha dan jentera Warisan bila mana mereka menafikan setiap kali ada ahli yang meninggalkan Parti Warisan. Terus dengan mudah mengtong sampahkan perjuangan dan undi yang telah diberikan pada pilihanraya yang lepas. Mangkuk betul.

Untuk nota kelmarin juga berlangsung upacara kecil-kecilan dimana ahli daripada Warisan UMNO dan Amanah meninggalkan parti mereka dan menyokong kepimpinan Bersatu Sabah yang diketuai oleh Datuk Hajiji Noor.

Ahli Warisan, UMNO dan Amanah Tuaran Keluar Menyokong Bersatu Sabah

Alamak ada lagi ahli yang berpaling tadah untuk menyokong PPBM Sabah.

Kali ini bukan hanya daripada Parti Warisan tapi juga dari UMNO dan Parti Amanah oh.

Peristiwa bersejarah ini diraikan di Pejabat Bersatu Sabah dan diberikan penghormatan yang tertinggi oleh Ketua Bersatu Sabah Datuk Hajiji Noor.

Sebelum ini di daerah Sandakan telah mengalami dua kali tragedi yang sama iaitu berduyun-duyun ahli Warisan dan ketua mereka keluar dan menyokong kepimpinan Tan Sri Musa Aman.

Klik link pertama dibawah.

Di Tuaran juga begitu dua tragedi malah melibatkan dua parti. Hebat, Bersatu Sabah semakin hebat.

Pastinya yang menyebabkan ketidaksetian ahli yang ada dipertengahan dan akar umbi pada parti asal adalah kerana faktor kepimpinan yang tidak lagi mendapat kepercayaan dan sebab tertentu yang menyangkut agenda parti yang tidak lagi memenuhi aspirasi masyarakat Sabah sepertimana Parti Warisan sejak kebelakangan ini.

Ketua Cawangan Tuaran Keluar Parti

Sekejap lagi kita akan dengar penafian dari jentera Warisan khususnya setiausaha Warisan Bahagian Tuaran.

Adakah nama nama mereka yang disebutkan di bawah tiada dalam pengkalan data mereka termasuk nama Cawangan. Seperti sebelum ini, Hahaha. Kita tunggu dan lihat.

Dakwa Cawangan Seri Bandung Tidak Wujud Adalah Dusta


Majlis penyerahan borang keahlian dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( BERSATU ) oleh mantan ketua cawangan Parti Warisan, Amanah dan UMNO di Pejabat Bersatu Bahagian Tuaran yang turut disaksikan oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Sabah merangkap Ketua Bahagian BERSATU Tuaran dan Ahli Yang Berhoramat Dewan Undangan Negeri Kawasan DUN N. 10 Sulaman.

Turut hadir En Abdul Kassim Hj Razali Timbalan Ketua Pimpinan BERSATU Bahagian Tuaran, merangkap Setiausaha Eksukitf Badan Perhubungan BERSATU Negeri Sabah, Puan Jamaliah Antalip Ketua Pimpinan SriKandi BERSATU Bahagian, En. Mohammad Ghazali DSP Haji Hajiji Ketua Pimpinan Armada BERSATU Bahagian, merangkap Bendahari Pimpinan Armada Bersatu Negeri Sabah, En Afizal bin Aldin Setiausaha Pimpinan Bersatu Bahagian

Dalam majlis itu, beberapa org ketua cawangan yang terdiri lebih daripada 200 keahlian dari Parti Amanah, Warisan Dan UMNO telah menyatakan hasrat keluar dari parti dan menyerahkan borang keahlian BERSATU kepada YB Datuk Seri Panglima Hajiji Hj Noor selaku Ketua BERSATU Bahagian Tuaran. Berikut adalah antara ketua cawangan yang telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia :

1. En Ramli bin Asrih
Mantan Ketua Penyelaras Amanah Bahagian Tuaran dan Pimpinan Amanah Negeri Sabah.

2. En Adneh bin Setuh
mantan Ketua Cawangan Warisan
Kg. Sri Berundung Bolong Baru,
Tuaran

3. En. Saudara Matdin bin Jalali
mantan Ketua UMNO Cawangan
Kg. Sabah Baru,
Tuaran

4. En Alipudin bin Jikah
mantan Pemimpin Warisan Kg. Indai
Tuaran

5. En Jamdin Jikah
mantan ketua cawangan Kg Indai, Tuaran.

Timbalan, Naib, Pemuda Dan Ahli UPKO Pensiangan Menyertai STAR

Sebelum ini kita mendakwa Parti Warisan sekarang berhadapan dengan penyakit yang kronik iaitu penyakit hilangnya kepercayaan ahli terhadap kepimpinan Warisan itu sendiri.

Seperti mana beberapa links dibawah. Telah beribu ahli Warisan meninggalkan parti yang melibatkan beberapa daerah dan ia berlaku pada awal June sehingga kini.

https://jalinluin.com/2020/06/21/ketua-wirawati-ajk-dan-cawangan-sepanggar-keluar-warisan/

https://jalinluin.com/2020/06/25/200-ahli-warisan-dan-100-amanah-sandakan-keluar-parti/

https://jalinluin.com/2020/06/26/12-ahli-cawangan-keluar-warisan-dan-500-akan-menyusul-kota-belud/

https://jalinluin.com/2020/06/26/11-cawangan-berserta-1000-ahli-warisan-keluar-parti-libaran-sandakan/

https://jalinluin.com/2020/07/01/ketua-cawangan-warisan-tuaran-tegar-keluar-parti/

Penyakit yang bukan hanya dirasa oleh masyarakat akar umbi yang menjadi penyokong Warisan tetapi juga merebak ke parti UPKO.

Sudah dua wakil rakyatnya meninggalkan UPKO yang terbaru melibatkan seorang Exco.

Mereka menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri Malaysia dan sudah tentulah keatas Pengerusi Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Noor.

Tidak berakhir disitu tapi berlaku lagi kejutan, hari ini dikhabarkan seramai 4306 orang di daerah Nabawan yang diketuai oleh Saudara Aping Mantis mantan Ketua Penerangan UPKO, Saudara Osman Agundok Timbalan Ketua Bahagian, Saudara Amat Anggilas Naib Ketua Bahagian dan Naib Pemuda dalam parti UPKO Pensiangan telah meninggalkan UPKO dan menyerahkan borang keahlian STAR mereka kepada YB Datuk Ellron Angin yang juga Timbalan Presiden Star Sabah, Pengerusi Star Sabah P182 Pensiangan dan ADUN Sook.

STAR, PBS dan PBRS adalah parti dalam Kompenan Perikatan Nasional.

Apa lagi agaknya yang berlaku selepas ini. Cuba bayangkan kalau tidak berlaku undi tidak percaya atau tetap berlaku tetapi memihak Tan Sri Muhyiddin Yassin. Apa berlaku pada kerajaan negeri Warisan?

Dakwa Warisan Seri Bendung Tidak Wujud Adalah Dusta

Kenyataan setiausaha Bahagian Tuaran si Rhodes tu tersangatlah lucu dan tidak bertanggungjawab.

Dia menafikan tindakan ketua Cawangan Seri Bendung ( PDM Bolong Baru, Tuaran ) Edenih b Setuh dan 46 lagi ahli Cawangan yang bertindak keluar parti Warisan beberapa hari yang lepas sebagai tidak benar, konon hanyalah propaganda semata mata.

Alasannya seperti yang biasa kita dengar, nama mereka tiada dalam sistem pendaftaran ahli begitu juga dengan kononnya Cawangan itu juga tidak wujud.

Macam saja parti Warisan tu ada sistem pentadbiran yang efisien dan berkualiti. Walhal hanya untuk mengagihkan bantuan Covid 19 Sabah pun gagal kerana pengkalan data yang ketinggalan zaman selain alasan yang mereka sembunyikan kerana adanya unsur unsur penyelewengan.

Dasar parti politik yang tidak mengenang budi. Pada pilihan raya yang lepas ada ramai pengundi Parti Warisan yang bukannya ahli parti pun jadi apa pula pandangan Warisan pada golongan ini. Mereka tidak berjasa hanya kerana bukan ahli Warisan. Begitukah, mangkuk pula.

Awal parti Warisan bertapak dan mula dikenali, ahli Warisan yang berminat membentuk Cawangan hanya perlu mengumpulkan ahli atau pengikut mereka maka Cawangan yang dikehendaki akan terbentuk secara tidak rasmi. Ini kerana pada ketika itu belum ada Ketua dan Pejabat Bahagian Warisan terutamanya di Tuaran yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran parti di daerah berkenaan.

Hanya selepas Warisan membentuk kerajaan itu pun selepas beberapa tempoh yang lama barulah Setiausaha Bahagian Warisan mengeluarkan arahan rasmi agar ketua-ketua Cawangan yang sedia ada mendaftarkan Cawangan mereka.

Malangnya tidak semua mereka meneruskan hasrat untuk menubuhkan Cawangan Warisan sebab itulah ada Cawangan tidak wujud di dalam sistem. Ada pun berjasa tetap berjasa.

Nah itu yang berlaku justeru dakwaan Cawangan Kampung Seri Bendung dan 46 ahlinya tidak wujud adalah dusta dan tidak mengenang budi.

Bersatu Sabah belum teruji jesteru sesuai untuk disertai.

Ketua Cawangan Warisan Tuaran Tegar Keluar Parti

Betul-betul satu penyakit yang kronik sudah ni, penyakit hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Warisan. Bayangkan penyakit ini boleh dirasa oleh ahli yang berada di peringkat akar umbi.

Dari Sepanggar ke Sandakan ke Kota Belud balik ke Sandakan dan kini di Tuaran. Dimana ahli Warisan berpusu-pusu keluar parti dan sudah tentu akan menyokong kepimpinan PPBM atau Bersatu Sabah yang diketuai oleh Datuk Hajiji Noor, Pengerusi Bersatu Sabah.

Sebentar tadi seorang Exco dari parti UPKO yang menjadi jentera dalam parti komponen kerajaan Warisan tegar meninggalkan partinya dan nekad untuk menyokong kepimpinan Bersatu.

Exco UPKO keluar parti


Seramai 46 ahli Parti Warisan telah mengambil keputusan untuk keluar daripada parti tersebut dan menyatakan sokongan kepada BERSATU Sabah dibawah kepimpinan YB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor selaku Ketua Pimpinan Bersatu Sabah / Ketua Bahagian Bersatu P170 Tuaran.

Ketua Cawangan Seri Bendung ( PDM Bolong Baru, Tuaran ) En Adenih b Setuh menyatakan keputusan untuk keluar dari Parti Warisan kerana hilang keyakinan dan kepercayaan kepada perjuangan serta hala tuju parti tersebut untuk membela nasib rakyat.

En Adenih menyerahkan borang keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia kepada En Mohd Daud Hj Sidek, Ketua PDM Tambalang. Turut hadir, En Jasnin Abidin ( Timbalan Ketua PDM ), En Omarsidi Pedas Sallam ( Pengerusi Tetap ) Dan En Bobok Diakah ( Setiausaha ).
29062020