Sepatutnya Shafie Mendaulatkan TYT (Istana) Sebelum “Bubarkan” DUN

Sebagai Ketua Menteri Shafie hanya ada hak atau autoriti. Menasihat atau menyampaikan hasratnya pada TYT sekiranya DUN boleh dibubarkan.

Selepas itu TYT akan memanggil kedua belah pihak bagi mengetahui kedudukan sebenar kenapa ada pihak yang tidak berpuas hati pada Ketua Menteri yang sedang memerintah Sabah.

Usai segala maklumbalas diterima, dihitung dan dinilai barulah TYT boleh membuat keputusan yang adil dan saksama dan selepas itu pihak Istana akan berhubung dengan Tuan Speaker dan Setiausaha negeri untuk memaklumkan keputusan yang telah diambil. Sama ada membubarkan DUN atau Ketua Menteri yang menyandang dikehendaki meletakkan jawatan dan akan diganti oleh orang lain.

Ini tidak apa yang berlaku adalah sebaliknya. TYT tidak memanggil pihak Tan Sri Musa bagi mendapatkan maklumat tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku. Nampak sangat fungsi Istana telah didominasi atau Shafie tidak mendaulatkan TYT.

Kurang itu Ketua Menteri Shafie sendiri yang mengumumkan pembubaran DUN itupun dilakukan di bangunan pentadbiran kerajaan. Ironinya “Warta Kerajaan” hanya ditunjukkan selepas beberapa jam Shafie membubarkan atau menunjukkan surat pembubaran DUN.

Sepatutnya Warta TYT bukan Warta Kerajaan yang menjadi waran ditunjukkan terlebih dahulu sebelum mengumumkan pembubaran DUN walaupun pada hakikatnya Ketua Menteri tidak ada hak berbuat demikian.

Sekiranya tindakan Shafie itu diakui maka di masa mendatang andai satu satu Ketua Menteri tidak lagi mendapat sokongan majoriti Adun kerana didapati menyalahgunakan kuasa. Maka demi untuk menyelamatkan jawatan Ketua Menterinya dia hanya perlu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN). Wow, begitulah sampai kiamat.

Sebab itulah tindakan Ketua Menteri Shafie untuk mengadakan pilihan raya bagi kononnya menyelesaikan kemelut SD hanyalah retorik yang jelas untuk kepentingan diri mereka semata-mata.

Itulah pentingnya dokumen SD atau akaun bersumpah dijadikan asas utama bagi mengukur sokongan majoriti terhadap seorang Ketua Menteri yang sedang menyandang. Supaya dia tidak boleh bertindak sesuka hati.

Apa bezanya tindakan Ketua Menteri yang tidak berprotokol itu dengan tindakan seorang Ketua Kampung yang tolol. Sepasang suami isteri yang minta diadili malah dijatuhkan hukuman agar sang suami menceraikan isterinya dan Ketua Kampung akan mengahwininya?

Dakwa Adun Warisan Ditawar Berjuta Untuk Tinggalkan Parti Adalah Dusta

Ternyata Kenyataan sebelum ini dari beberapa wakil rakyat Parti Warisan yang mendakwa mereka telah didatangi atau dihubungi oleh ejen-ejen yang menawarkan sejumlah wang agar mereka meninggalkan Warisan dan menyertai Perikatan Nasional adalah pendustaan semata-mata. Propaganda murahan, minta puji!

Dakwaan seumpama itu dibuat oleh antaranya wakil rakyat daripada Sepanggar Aziz Jamman, Kota Belud Munirah, Sindumin Yusof Yacob dan beberapa lagi wakil rakyat Warisan dari pantai timur Sabah.

Dan kita tahu ada dua wakil rakyat daripada DAP yang juga mendakwa telah ditawarkan supaya meninggalkan parti mereka.

Paling sandi jumlah wang yang ditawarkan pada mereka cukup besar ada yang mencecah sehingga RM50 juta.

Betul betul miskin propaganda padan pun hayat parti Warisan ni tidak sampai setengah penggal. Terlalu banyak auta. Hahaha!

Ikuti links dibawah yang menuntut agar mereka membuat laporan Polis.

Siapa Ejen yang dimaksudkan oleh Aziz

Armada cabar Yusof buktikan dakwaan dan lapor Polis

Sekarang apa cerita bersumberkan kenyataan media SPRM Sabah, S Karunanithi.

Jelas menyatakan bahawa SPRM telah menghubungi beberapa Adun terlibat dan hasil interaksi. Adun yang terlibat enggan membuat laporan rasmi kepada SPRM dengan alasan tiada sebarang transaksi rasuah yang berlaku ketika ini.

Bagaimanapun SPRM Sabah akan terus menjalankan siasatan dan bersedia menerima aduan serta maklumat berkaitan daripada mana-mana pihak yang terlibat.

Ini juga bermaksud dakwaan terbaru bahawa kononnya Adun yang menyertai kumpulan Tan Sri Musa Aman untuk menegur Kerajaan telah menerima berjuta ringgit adalah juga pendustaan.

Di mana mahu letak muka oh!

Surat Terbuka Kepada TYT Sabah

Suka admin mengongsi tulisan dari seorang pengguna Facebook yang menamakan dirinya sebagai Original Sabahan. Tulisannya ini agak kritikal terhadap TYT negeri Sabah berhubung persoalan kenapa membenarkan Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal membubarkan DUN tanpa alasan yang munasabah apa lagi Ketua Menteri Sabah tidak ada hak berbuat demikian.


Surat terbuka kepada TYT Sabah ,

Saya terpanggil menulis surat ini kepada TYT Sabah yang mungkin pada ketika ini berada pada kerusi yang empuk dan istana yang mewah. Banyak yang saya mau tanya tapi tidak tahu mahu bagi siapa: jadi saya harap surat ini sampai kepada TYT Sabah tercinta.

1) Kenapa membubarkan dewan di ketika COVID19 belum selesai dan belum ada vaksinnya?
2) Kenapa minta pandangan rakyat sedangkan perkara yang sama pernah berlaku?
3) Kenapa dulu boleh izinkan DSSA angkat sumpah dengan jumlah majoriti yang sama dan sekarang tidak boleh ?
4) Kenapa dulu boleh belakangkan TSMA walaupun dia tidak meletak jawatan tetapi sekarang tidak?; malah minta rakyat pula putuskan.
5) Kenapa ada ketidakadilan dalam membuat keputusan? Kenapa berat sebelah? Bukankah TYT ini menjaga rakyat Sabah dan bukannnya menjaga sesuatu parti.
6) Adakah TYT terhutang budi dengan DSSA sebab memberikan TYT gelaran yang tidak bertempoh?
7) Adakah TYT tidak melihat penderitaan rakyat sekarang yang banyak kena buang kerja? Banyak tidak boleh keluar kerana ada penyakit berjangkit? Adakah TYT rasa kami semua ni bahan experiment untuk COVID19?
8) Tidak kah TYT terfikir dengan adanya PRN, orang yang dulu cikgu atau pegawai biasa terpaksa jadi “frontliner” disebabkan oleh PRN dan juga merisikokan diri – berdepan dengan musuh yang tak kelihatan?
9) Tidakkah TYT terfikir bahwa siapa pun parti yang menang, pasti ada rakyat yang kena COVID19- dan berjuang dengan nyawa sendiri?
10) Tidakkah TYT terfikir- bahawa 60 YB DUN ini boleh selesaikan masalah ini tanpa melibatkan jutaan pengundi rakyat Sabah? Biarlah mereka putuskan siapa KM melalui undian tidak percaya atau melalui sokongan SD.
11) Tidakkah TYT rasa bersalah nanti sekiranya selepas PRN – ada kluster baharu dari Sabah? Kluster PRN SABAH.
12) Tidakkah TYT terfikir bahawa rakyat SABAH juga ada keluarga, ada nyawa, perlukan duit dan hilang pekerjaan?
13) TIdakkah TYT terfikir bahawa pengundi SABAH juga manusia bukan bahan kajian? Atau
14) Mungkinkah TYT sudah selesa di ISTANA sehingga lupa bagaimana keadaan kami yang sakit, tidak cukup makan, perlu bantuan dan perlu ubat-ubatan.

Kami tidak mahu PILIHANRAYA pada masa ini, kami mahu bantuan makanan
Kami tidak mahu PILIHANRAYA pada masa ini, kami mahu kerja kami balik
Kami tidak mahu PILIHANRAYA pada masa ini, kami mahu bantuan yang kena janji
Kami tidak mahu PILIHANRAYA pada masa ini, kami mahu keluarga kami sihat
Kami tidak mahu PILIHANRAYA pada masa ini, kami mahu SABAH bebas Covid19.
Oleh itu, buat lah keputusan yang terbaik tanpa membabitkan pergerakan rakyat, tanpa menambah penderitaan rakyat dan tanpa membingungkan rakyat. Kalau TSMA tiada majoriti, bagi DSSA angkat sumpah jadi Ketua Menteri dan kalau DSSA tiada majoritu, bagi lah TSMA angkat sumpah jadi Ketua Menteri. Jadi selesai masalah dan bila cukup tempoh 5 tahun, biar kami menilai mana yang baik dan mana yang tidak baik; pada masa itu, saya pasti COVID19 sudah kurang dan vaksin sudah dihasilkan. Parti WARISAN tak perlu risau, sebab mereka masih boleh bersuara sebagai pembangkang. Kalau mereka parti yang baik- biar jadi pembangkang mahupun kerajaan; mereka pasti akan membela rakyat. Kuasa bukan segala-galanya tapi SUARA WARISAN yang jadi penilaian kami rakyat SABAH. DAN kalau benar TYT saying nyawa kami rakyat SABAH- Buatlah keputusan yang tidak merisikokan nyawa kami.

Sekian,

ORIGINAL SABAHAN

Kenapa Musa Dilarang Memasuki Istana Negeri?

Ini andai kita anggap pembubaran DUN yang diumumkan oleh Shafie Apdal petang tadi sah di sisi undang-undang.

Pembubaran ini sama ceritanya dengan apa yang dihadapi oleh Tun Mahathir atau PH bilamana beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia walaupun cuba dihalang oleh yang di-pertuan Agong. Oleh kerana jawatan Perdana Menteri telah dikosongkan maka kekosongan itu terpaksa diisi oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memiliki majoriti SD.

Sabah juga mengalami cerita yang sama bila mana DUN dibubarkan oleh Shafie selaku Ketua Menteri. Menyebabkan jawatan Ketua Menteri Sabah telah kosong dan individu yang paling layak mengisi kekosongan itu ialah Tan Sri Musa Aman yang memiliki majoriti iaitu 33 SD.

Nampak tak kenapa Warisan bermati-matian menghalang kumpulan Tan Sri Musa Aman memasuki Istana? Selain faktor SD, sebenarnya kerajaan negeri telah melakukan kesalahan sepatutnya pengumuman pembubaran dibuat di Dewan Undangan Negeri Sabah atau pihak Istana yang mengumumkannya. Supaya dengan demikian kerajaan negeri masih boleh berfungsi.

Sebagaimana dakwaan terbaru pemimpin UMNO Annuar Musa. Bahawa Ketua Menteri Sabah atau Shafie tidak ada hak atau kuasa membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN)

Ertinya juga bermula hari ini arahan atau tandatangan Ketua Menteri sudah tidak ada nilainya. Sepatutnya bilik pejabat Ketua Menteri itu dikosongkan.

Kenyataan Media Musa Aman 30 July 2020

KENYATAAN MEDIA YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN

  1. Saya merujuk kepada perkembangan politik yang terkini dan saya ingin menegaskan bahawa pada pagi ini, saya telah menyampaikan kepada Tuan Yang Terutama 33 surat-surat akuan berkanun yang mengesahkan bahawa ADUN-ADUN tersebut telah menarik balik sokongan mereka kepada YAB Datuk Seri Shafie Bin Haji Apdal dan melafazkan sokongan kepada saya agar saya dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.
  2. Adalah amat jelas bahawa dari segi undang-undang dan Perlembagaan Negeri Sabah, saya layak dilantik oleh Tuan Yang Terutama untuk menjadi Ketua Menteri Negeri Sabah kerana saya mempunyai sokongan majoriti.
  3. Tuan Yang Terutama mempunyai tanggungjawab di bawah Perlembagaan untuk memberi pertimbangan yang wajar sama ada saya mempunyai majoriti yang diperlukan untuk menubuhkan sesuatu kerajaan baru bagi Negeri Sabah.
  4. Kami tidak terkejut dengan tindakan ini malah kami telahpun menjangkakan tindakan seperti ini mungkin berlaku.
  5. Seharusnya pertimbangan membuat keputusan seperti ini harus mengambil kira wabak Kovid 19 yang melanda negara kita sekarang dan juga negeri Sabah dan sama ada pembubaran dewan undangan negeri di dalam keadaan ini adalah satu langkah yang wajar.
  6. Kesihatan dan kepentingan rakyat mestilah sentiasa menjadi keutamaan didalam membuat sebarang keputusan. Jangan sekali- kali kita perjudikan nyawa rakyat kita semata-mata untuk kepentingan peribadi dan politik.
  7. Saya ingin menyatakan keikhlasan saya untuk menubuhkan satu kerajaan baru bagi Negeri Sabah.
  8. Saya mengulangi sekali lagi dan menegaskan bahawa saya mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Undangan egeri Sabah dan saya berharap bahawa satu keputusan akan diambil secara bijak dan wajar oleh Tuan Yang Terutama untuk melantik saya sebagai Ketua Menteri baru dan memberi peluang untuk menubuhkan satu kerajaan baru bagi rakyat Negeri Sabah.
  9. Tetapi, sekiranya benar Dewan Undangan Negeri telahpun dibubarkan, saya dengan sucihati mengatakan bahawa kami akan melawan pilihanraya yang akan datang untuk memberi rakyat Negeri Sabah satu kerajaan baru yang stabil dan memperjuangkan kepentingan kesemua rakyat Negeri ini.

Kenyataan Musa Rentetan Shafie Bubar DUN Sabah

Sewajarnya dan selayaknya Tan Sri Musa Aman mempersoal tindakan Ketua Menteri Sabah Shafie yang memohon agar Dewan Undangan Negeri Sabah dibubarkan oleh TYT. Memandangkan seluruh negeri Sabah sedang berhadapan dengan ancaman wabak Covid 19 selain faktor SD yang memihak Tan Sri Musa Aman.

Pagi tadi Tan Sri Musa Aman telah menyerahkan 33 dokumen akuan bersumpah (SD) kepada Yang Dipertua Juhar Mahiruddin di Istana Negeri Sabah. SD itu adalah pernyataan sokongan 33 Adun terhadap Tan Sri Musa Aman bagi menggantikan Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah.

Soal beliau, bagaimana DUN boleh dibubarkan sedangkan kami mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan. Adalah tidak wajar lebih-lebih lagi sekarang kita berdepan dengan wabak Covid 19.

Khabar lain yang admin terima. Pihak Istana tidak mengangkat panggilan telefon dan banyak songeh bila ada pihak yang cuba mengadap.

Jelas yang menjadi pertanyaan orang awam ialah kenapa yang mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri bukan pihak Istana tapi Ketua Menteri yang sudah kehilangan sokongan majoriti.

Namanya juga memohon pada TYT tapi yang mengumumkan Ketua Menteri. Apa cerita ni, alahai.

Warisan Minta DUN Dibubarkan Lucu

Semalam Pemimpin dan penyokong Warisan mendakwa mereka sangat kuat kerana terus mendapat sokongan dari Adun yang sedia ada. Tapi pagi-pagi lagi sudah sibuk ke Istana minta DUN dibubarkan. Apa barang oh.

Sudah lupa bagaimana kerajaan negeri Sabah dibentuk oleh Parti Warisan. Bukankah melalui persekongkolan wakil rakyat daripada BN. Waktu itu BN ada 29 kerusi campur 2 kerusi dari parti STAR menjadikan jumlahnya 31.

Tan Sri Musa Aman pun mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah. Selang dua hari wakil rakyat daripada BN melompat menyertai Warisan.

Tanpa perletakan jawatan dan tidak ada undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri. Jawatan Ketua Menteri Sabah dirampas dari Tan Sri Musa Aman. Presiden Warisan menghadap TYT untuk mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah.

Hari ini senario yang sama sedang berlaku. Dikhabarkan Tan Sri Musa telah mendapat sokongan 33 Adun termasuk seorang Adun yang dilantik. Tapi Warisan pagi pagi lagi sudah sibuk ke Istana minta DUN dibubarkan, lucu!.

Kalau Yang Dipertuan Agung pun menggunakan kebijaksanaannya dengan merujuk pada SD atau akuan bersumpah yang telah dipersetujui oleh para Ahli Parlimen semasa menentukan jawatan Perdana Menteri Malaysia. Justeru kenapa pula tu TYT memandai-mandai aka terlebih pandai.

TERKIN BARISAN ADUN MUSA AMAN

01. Dtk Bolkiah Hj Ismail – Pitas
02. Dtk Anita Baranting – Tandek
03. Dtk Musbah Jamli – Tempasuk
04. Abdul Rahman Kongkawang – Labuk
05. Dtk Masiung Bana – Kuamut
06. Dtk Saddi Hj Rahman – Sukau
07. Dtk Osman Jamal – Balung
08. Dtk Hjh Hamisa Samad – Tanjung Batu
09. Dtk Muis Picho – Sebatik
10. Dtk Limus Jury – Kuala Penyu
11. Dtk Abidin Madingkir –
12. Dtk James Ratib – sugut
13. Kenny Chua – Inanam
14. Julita – matunggong
15. Jafrey William – LANTIKAN
16. Ronnie Loh – DAP
17. Japlin Akim – Usukan
18. Jahid Jahim – Tampaluri
19. Hajiji Mohd Noor – Sulaman
20. Joniston Bangkuai – Kiulu
21. Ghulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar – Kawang
22. Mohd Arifin Mohd Arif – Membakut
23. Isnin Aliasnih – Klias
24. Matbali Musah – Lumadan
25. Joachim Gunsalam – Kundasang
26. Masidi Manjun – Karanaan
27. Jeffrey Kitingan – Tambunan
28. Robert Nordin – Bingkor
39. Ellron Alfred Angin – Sook
30. Bobbey Ah Fang Suan – Nabawan
31. Musa Aman – Sungai Sibuga
32. Nizam Abu Bakar Titingan – Apas
33. Dtk Jamawi Jafar – Kemabong

Apa Macam Ni Belum Apa Sudah Sujud Minta Dana Dari Federal

Macam mana Timbalan Ketua Menteri Sabah Christina Liew belum apa-apa lagi sudah merayu agar dana tambahan dari Persekutuan diberikan bagi menyokong ataupun memulihkan sektor pelancongan di Sabah.

Dulu cakap bukan main Sabah kononnya boleh hidup maju tanpa bantuan daripada Persekutuan. Memandangkan Sabah akan menerima beratus juta pelancong dari luar negara.

Pada ketika itu masyarakat ingat kerajaan negeri sudah bersedia dari sebarang kemungkinan, rupanya setakat kenyataan bagi menggambarkan seolah-olah Sabah telah maju terutamanya dari sektor pelancongan. Sekali Covid 19 datang terus mati kutu. Nampak sangat tidak ada perancangan didalam menghadapi sebarang kemungkinan.

Kerana keyakinan dan ego yang tinggi Sabah atau pun Warisan berani mengemukakan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sekarang apa yang mereka rasakan?

Baru-baru ini pun Ketua Menteri Sabah semasa berucap di Keningau sekali lagi menegaskan bahawa Sabah tidak memerlukan bantuan daripada Persekutuan bagi membina prasarana seperti jalan kereta api dan sebagainya, sudah tentu.

Itulah ego sangat walhal kamu tu parti atau kerajaan yang baru berumur setahun jagung. Patutnya kamu terus penyokong Federal bukan sebaliknya beriya-iya mengemukakan usul undi tidak percaya.

Macam orang yang hilang ingatan, lupa bagaimana kerajaan Warisan dibentuk. Tapi ada hati mengusulkan undi tidak percaya.

Bantu Rakyat Sabah Tugas Negeri. Pembangkang Memerhati Salah Kami “Ketuk”

Terlampau pula hujah Presiden Warisan tu. Seolah-olah Wakil Rakyat daripada Perikatan Nasional tidak bertanggungjawab keatas masyarakat di kawasan mereka.

Dia kata begini ketika rakyat memohon agar kerajaan membantu mereka sebaliknya sebahagian pemimpin PN lebih berminat untuk membeli wakil akyat Sabah dan cuba menggugat kestabilan politik.

Sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya di luar sana banyak rungutan berkenaan wakil rakyat Warisan yang di kritik lembab. Kalau ada pun aktiviti yang dijalankan ia hanyalah ibarat melepaskan batuk di tangga. Berbanding wakil rakyat daripada Perikatan Nasional hampir tidak ada rungutan yang kedengaran apalagi mereka memang berkemampuan sebelum menjadi wakil Rakyat.

Apa yang hari ini masyarakat Sabah nampak hanyalah kini wakil Rakyat Warisan memakai kereta mewah, tayar dari jenis yang mahal, pakaian anak bini dari yang berjenama walhal sebelum menjadi YB habuk pun tidak ada. Sebab itu rakyat tergelak bila ada jentera Warisan yang mengangkat wakil rakyat Warisan sebagai berintegriti dan bermaruah. Hahaha!

Soal kononnya wakil rakyat Warisan bermaruah kerana tidak boleh dibeli itu hanyalah kebetulan sebab tanpa Shafie yang menjadikan mereka calon mereka bukan siapa siapa. Apa lagi memakai tayar mahal yang berjenama. Terpaksa lah setia pada parti Warisan.

Jangan pula ada yang lupa pihak yang paling bertanggungjawab ke atas masa depan keseluruhan masyarakat Sabah tanpa mengira fahaman politik ialah kerajaan negeri Sabah iaitu Parti Warisan dan komponennya. Bagaimana mereka melakukannya itu terserah pada kerajaan negeri dan jangan pernah mengharapkan pujian daripada pembangkang.

Tugas hakiki pembangkang ialah memastikan pentadbiran kerajaan negeri berada di landasan yang benar jika sebaliknya maka pembangkang berhak menukar kerajaan dengan apa cara sekalipun asalkan tetap mengikut lunas lunas demokrasi.

Jadi tidak timbul persoalan kononnya pihak Perikatan Nasional di negeri Sabah hanya berminat membeli wakil rakyat dan cuba gugat kestabilan politik.

Siapa juga yang membeli Wakil-Wakil Rakyat? Sudah ada yang berlaku ke? masej yang diviralkan oleh Wakil-Wakil Rakyat Warisan itu mereka sendiri pun tidak tahu siapa sebenarnya yang menghubungi mereka.

Jadi hentikan tuduhan yang melulu seperti itu. Siapa tahu kerana kebanyakan Wakil Rakyat Warisan sebenarnya bukan pemimpin sebab itu mereka tidak tahu bagaimana politik berjalan. Maka tidak mustahil ada pihak tertentu yang sengaja mempermainkan mereka.

Labuan Manifesto UMNO Sabah Biar Betul

Lama-kelamaan orang-orang Sabah akan nampak tidak berharga dan hingusan walaupun sudah melakarkan pelbagai sejarah politik dan telah merdeka begitu lama. Bila mana mereka menjadi tempat parti parti politik menabur janji bulan dan bintang mereka.

Seperti mana dalam pilihanraya yang lepas segelintir masyarakat Sabah termakan manifesto bulan dan bintang Parti Warisan. Salah satu janji itu ialah menukar tanah Felda Plantation menjadi skim Peneroka. Apa sudah status janji politik ini?

Alsebab itulah sebaik-baiknya sebelum janji dijadikan manifesto buat dulu kajian yang mendalam, sama ada ia boleh direalisasikan atau tidak. Bukannya tiba tiba muncul setelah menjadi bahan cerita jentera jentera parti di kedai kedai kopi.

Seperti mana pengumuman terbaru Ketua UMNO Sabah Bung Mokhtar Radin. Bahawa antara manifesto UMNO Sabah di pilihanraya yang akan datang ialah memulangkan Labuan kepada Sabah.

Semacam tidak mengambil kira pendapat Bersatu Sabah dan PAS serta parti tempatan lain yang juga menjadi kompenan Perikatan Nasional. Tapi begitu mudah menjadikan Labuan sebagai modal politik. Siapa juga UMNO di Sabah?

Rasanya idea ini timbul setelah Ahli Parlimen Labuan, Romzi menimbulkan isu Paip bocor yang kalau tidak diselesaikan maka sebaiknya Pulau Labuan dipulangkan balik kepada Sabah. Sedangkan hal ini yang lemah gagal memikul tanggungjawabnya ialah Anggota Parlimen Labuan itu sendiri.

Kalau pun iya, sepatutnya manifesto itu dimainkan pada masyarakat Labuan bukannya masyarakat Sabah kerana hanya orang Labuan yang layak menentukan status Labuan selepas bertukar menjadi Wilayah Persekutuan.

Dan kalaupun tidak dimainkan pada masyarakat Labuan tapi sebaiknya manifesto sebesar itu diangkat oleh parti tempatan seperti STAR, PBS ataupun PBS dan yang terbaru PCS. Barulah nampak logik tapi itu pun kalau sudah mendapat persetujuan daripada parti parti komponen yang lain.

Orang akan berfikir begini. Hari ini Menteri Wilayah Persekutuan ialah pemimpin UMNO, Annuar Musa. Jadi kalau benar UMNO berhasrat untuk memulangkan balik Labuan kepada Sabah kenapa tidak dilakukan sekarang. Kenapa perlu tunggu pilihanraya yang akan datang.

Retorik retorik seperti ini hanyalah membuktikan UMNO walaupun sudah berusia tetapi kelihatan belum matang kebudak-budakan semacam terikut gaya politik Warisan yang baru berumur setahun jagung.

Maksud admin tidak boleh sebagai komponen dalam Perikatan Nasional cuba mendominasi Sabah dari konteks manifesto. Sebab akan berlaku percanggahan.

Andainya. Selepas ini apa pula manifesto Bersatu, PAS dan parti parti tempatan Sabah selain Warisan yang sudah tentu tidak boleh bertentangan dengan manifesto Bung Mokhtar ini.

Kita tahu manifesto tolol seperti itu tidak akan digunapakai dari konteks Perikatan Nasional. Apa lagi hari ini telah terbukti bagaimana satu parti yang berkonsepkan kenegerian total iaitu Warisan gagal mengurus Sabah. Hanya menggalakkan penyalahgunaan kuasa dan birokrasi.