Perbezaan PSS IMM13 dan Jalan Penyelesaian PATI

Bila satu satu kerajaan yang baik melihat lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari konteks penyelesaian yang holistik dan berperikemanusiaan. Maka tentulah jalan penyelesaian yang diambil akan jauh lebih berhemah dan sudah tentu akan dapat menyelesaikan persoalan PATI di negeri Sabah yang sudah berlarutan sejak sekian lama.

Pendekatan yang berhemah itu kita nampak menerusi jawapan Kementerian Dalam Negeri terhadap soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kota Kinabalu (DAP).

Bahawa perbezaan di antara Pas Sementara Sabah PSS dan Dokumen Tunggal (IMM13) yang akan diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia ialah PSS memerlukan pindaan terhadap perundangan yang sedia ada manakala IMM13 adalah merupakan satu Pas lawatan imigresen sedia ada yang diberikan kepada orang asing berdasarkan takrifan peraturan 11 peraturan-peraturan imigresen 1963.

Berkenaan cadangan menukar dokumen Burung Burung dan Banci menjadi dokumen IMM13 iya akan diperhalusi oleh Pengurusan Warga Asing Sabah bagi memastikan usaha untuk mendokumentasikan golongan berkenaan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Nampak tak perbezaan pendekatan diantara kerajaan Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan sebelum ini terutamanya Warisan di negeri Sabah. Tampak Perikatan Nasional yang diketuai oleh parti Bersatu atau PPBM lebih cerdas proaktif dan prihatin.

Tidak seperti kerajaan Warisan sebelum ini bila cuba melaksanakan PSS. Belum apa apa lagi sudah dihebohkan walhal PSS sendiri ditolak oleh kumpulan sasar. Nampak sangat PSS bertujuan untuk mencari populariti semata-mata.

Pritchard Menuntut Bina Klinik Dari Najib Selepas Kritikan Hajiji

Setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking, Pritchard Gumbaris marah bila Ketua PPBM Sabah Datuk Hajiji Noor membuat dakwaan yang sememangnya benar.

Bahawa kerajaan Sabah sejak di perintah oleh Warisan dalam tempoh 27 bulan yang lalu. Banyak projek yang diumumkan tapi satu pun tiada yang dilaksanakan.

Orang kampung cakap wap saja yang lebih.

Memang betul pun bukan hanya rakyat Sabah tidak nampak projek bilion bilion yang telah diumumkan. Malah rakyat ini mentertawakan kerajaan Warisan sebagai hanya tahu merasmikan projek yang dibangunkan atau dibina di zaman BN.

Lalu si Pritchard Gumbaris membalas kenyataan Datuk Hajiji berkenaan, bagaimana pula dengan janji Najib pada tahun 2012 untuk membina Klinik kelas 3 di Penampang yang tidak ditunaikan.

Alamak menagih janji tahun 2012 apa barang bro.

27 bulan Warisan menjadi kerajaan, baik diperingkat negeri mahupun Persekutuan, tak kan tiang Klinik pun tidak mampu diusahakan. Apa lagi waktu itu Darell berstatus Menteri penuh di peringkat Persekutuan. Alahai!

Sekurang kurangnya dalam tempoh 27 bulan itu si Darell telah berjaya mencari peruntukan khas daripada Persekutuan atau negeri untuk membina Klinik berkenaan. Tinggal menunggu waktu yang sesuai untuk ditendarkan dan hari ini kerja menolak tapak sudah bermula. Tapi sayang itu tidak berlaku sehinggalah Warisan hanya mampu bertahan setengah penggal.

Oleh yang demikian tepat sangatlah dakwaan Datuk Hajiji Noor itu. Warisan tampak hanya mampu menjanjikan bulan dan bintang namun habuk pun tarak.

Bagi mengelakkan kekeliruan antara yang dimaksudkan dengan projek di sini ialah projek yang dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah bukannya projek kampung kampung.

Kalau setakat projek kampung-kampung, era Shafie berjawatan Menteri KKLW lagi banyak. Peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan Persekutuan mencecah RM5 bilion tapi tetap juga dilupakan oleh penyokong atau jentera Warisan sebagai daerah atau kampung mereka tidak mendapat manfaat iaitu mengalami perubahan dan pembangunan.

Memacu Sabah Kembali ke Landasan Betul

Gabungan 33 ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mewakili semua parti politik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15, teguh dengan pendirian untuk mengembalikan kebenaran dan keadilan.

Dengan hati yang ikhlas, kami berharap Mahkamah akan membenarkan semakan kehakiman terhadap keputusan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah, kerana kami berpendapat beliau menerima nasihat yang salah.

Adalah penting untuk kita semua kekal bersatu dan kekal dengan perjuangan untuk membawa Sabah kembali ke jalan yang benar.

Laporan terbaharu Jabatan Perangkaan Malaysia yang yang diterbitkan pada Ogos 2020 menyatakan, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sabah berada pada paras paling rendah iaitu 0.5% pada 2019, sekali gus membuktikan parti serpihan Warisan pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal gagal dalam membangunkan negeri dan menjaga kebajikan rakyat Sabah.

Kadar pengangguran berada pada paras 5.8% (terburuk dalam tempoh 20 tahun), bermakna lebih daripada 117,000 rakyat Sabah tidak mempunyai pekerjaan dan dibelenggu kebimbangan ketika menyambut kedatangan 2020 awal tahun ini.

Ringkasnya, angka besar itu bermakna ramai rakyat Sabah kehilangan pekerjaan, tidak mempunyai pendapatan dan berdepan pelbagai kesukaran bersama keluarga untuk menyara kehidupan. Keadaan ini tidak boleh diterima sama sekali.

Ini ditambah dengan penguncupan KDNK Sabah selama dua tahun berturut-turut (1.5% pada 2018 dan 0.5% pada 2019), sekali gus memberi gambaran trend berbahaya yang menanti.

Amat memalukan sekali apabila Sabah menjadi negeri yang mempunyai KDNK paling rendah di seluruh Malaysia selama dua tahun berturut-turut. Malah, ia lebih rendah berbanding dengan negeri termiskin di negara ini.

Lebih lama Datuk Seri Shafie Apdal memegang tampuk kuasa, Sabah akan terus ketinggalan dari segi pembangunan ekonomi, berikutan aktiviti perniagaan dan pelaburan langsung asing yang semakin berkurangan.

Mengenai penyertaan Parti Cinta Sabah dalam senario politik tempatan di Sabah, kami mengalu-alukan kedatangan mereka.

Kesemua kami termasuk pelbagai parti yang ada, mungkin mempunyai perbezaan pandangan tetapi kami sepakat dalam satu tujuan iaitu menyelamatkan Sabah daripada pentadbiran yang tidak cekap dan melindungi serta mempertahankan Perlembagaan Sabah.

Kita berhak mendapat yang lebih baik. Sabah berhak menikmati suasana yang jauh lebih baik.

Dalam menguruskan politik dan pentadbiran kerajaan, adalah penting bagi kita membawa masuk tenaga baharu bersama. Suntikan idea baharu itu pula mesti diimbangi dengan mereka yang sudah sedia kaya dengan pengalaman dan mempunyai rekod pencapaian membanggakan.

Ini akan memastikan pemimpin muda berupaya belajar dan mengaut pengalaman berharga daripada golongan yang lebih awal bertapak.

Berpengalaman mengemudi empat pilihan raya umum dan menjadi Ketua Menteri Sabah selama 15 tahun, pentadbiran saya berupaya menstabilkan dan memacu ekonomi setempat ke tahap membanggakan. Sebagai satu pasukan, kami melonjakkan maruah anak Sabah di mata negara, dan tidak ketinggalan ke persada antarabangsa. Saya akan biarkan fakta sedia ada menjadi bukti terhadap semua itu.

Matlamat kami ialah untuk menyelamatkan negeri indah ini sebelum kita terjerumus ke kancah gelap yang menjejaskan ekonomi, keselamatan dan kesejahteraan semua.

Dalam apa keadaan sekalipun, kita mesti memelihara cara hidup rakyat Sabah, menyelamatkan Perlembagaan yang amat dekat di jiwa kita dan mengekalkan keamanan, dengan matlamat mengembalikan keyakinan pelabur domestik dan antarabangsa supaya kita mempunyai peluang untuk menyelesaikan kemelut ekonomi yang ditinggalkan oleh pentadbiran Warisan.

Ini bukan kisah perjalanan seorang individu. Ini bukan mengenai saya. Ini adalah bagi mereka yang waras berfikir, rakyat yang bekerja keras dan menghormati undang-undang negeri indah dan permai ini. Ini semua untuk anda.

Saya tahu, jauh di sudut hati, anda bukan menyokong perjuangan ini semata-mata kerana saya atau 32 ADUN lain.

Anda menyokong kami kerana anda sedar di lubuk hati masing-masing, bahawa kami tidak boleh membiarkan pentadbiran sedia ada meneruskan apa yang telah mereka lakukan sepanjang 22 bulan yang lalu. Mereka meruntuhkan ekonomi, memungkiri pelbagai janji dan memusnahkan kehidupan.

Kita bertanggungjawab ke atas diri sendiri, anak-anak kita, anak-anak mereka dalam memberi kehidupan serta masa depan yang lebih sempurna. Kita bertanggungjawab terhadap generasi akan datang, maka kita perlu menyatakan pendirian sekarang. Ini adalah detik penentuannya.

Untuk berbuat demikian, saya bersama 32 ADUN lain, sedia memikul tanggungjawab besar dan berat ini, dalam usaha mengembalikan keadaan ke landasan yang benar dan mengetepikan apa juga kepentingan peribadi yang ada.

Sehubungan itu, saya menyeru semua pihak supaya berpadu tenaga dan bersatu hati dalam memperjuangkan matkamat sama dan berkongsi wawasan untuk membawa Sabah keluar daripada penindasan ekonomi.

Kita perlu membawa Sabah kembali mengecapi kemakmuran dan harga diri yang selayaknya.

Tan Sri Musa Haji Aman.
Kota Kinabalu,
11 Ogos, 2020.

Ekonomi Sabah Merosot Sejak Di Perintah Oleh Warisan

Naib Presiden PBS Joachim Gunsalam mengingatkan rakyat Sabah bahawa ekonomi Sabah akan terus merosot sekiranya sekali lagi Parti Warisan diberikan kepercayaan untuk menerajui kerajaan negeri.

Ini berdasarkan Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia yang menunjukkan ekonomi Negeri Sabah berada pada paras paling rendah sejak Sabah di perintah oleh parti Warisan atau Shafie Apdal.

Thanks Sumber Rakan Medsos

Shafie Apdal selaku Ketua Menteri Sabah pada waktu itu hanya sibuk bermain politik selain menangguhkan projek penting seperti Lebuhraya Pan Borneo dan dan menangguhkan pembayaran beberapa projek yang telah pun siap.

Hanya dalam tiga tahun yang lepas Sabah menikmati kemakmuran ekonomi berikutan kestabilan politik dan kecekapan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional didalam mengurus negeri. Selain faktor kebolehan dan pengalaman pemimpinnya pada masa itu yang diketuai oleh Tan Sri Musa Aman.

Berbeza dengan kerajaan Warisan sehingga hari ini masih tidak mempunyai hala tuju selain pernyataan klise kononnya menghapuskan kemiskinan sebagai janji kerajaan negeri Warisan. Tapi pada hakikatnya habuk pun tidak ada. Hahaha!

Katanya Sabah akan terus mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang negatif pada tahun tahun yang akan datang sekiranya Warisan dipilih semula dan ia kekal sebagai pembangkang di peringkat Persekutuan. Ini bermakna rakyat akan terus hilang pekerjaan dan tidak mempunyai wang di dalam tangan.

Azmin Sedia Bantu PPBM Di PRN Sabah

Ketua penerangan Perikatan Nasional Azmin Ali dan kumpulannya bersedia membantu Perikatan Nasional untuk memenangi Pilihan Raya Negeri Sabah.

Tumpuan penuh diberikan kepada jentera PPBM (Bersatu) Sabah bagi memastikan kemenangan yang besar.

Pun begitu perbincangan dan konsultasi dengan kompenan lain seperti UMNO dan lain lain akan diteruskan bagi memastikan kerajaan negeri Sabah bertukar tangan melalui pilihan raya ini.

Jadi jika berlaku pilihan raya negeri dalam tempoh yang terdekat ini maka itulah masa yang terbaik untuk rakyat Sabah memiliki sebuah kerajaan negeri yang mempertahankan hak rakyat Sabah dalam masa yang sama mengamalkan prinsip Federalisme diantara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Pernyataan di atas dinyatakan oleh Azmin Ali semasa menghadiri Majlis Makan Tengahari dan Muafakat Bersatu Sabah yang turut dihadiri oleh Ketua Penerangan Bersatu Malaysia Dr Radzi dan Ketua kepimpinan negeri Sabah, Hajiji Noor serta Ketua Ketua Bahagian Bersatu Sabah dan pergerakan sayap Bersatu.

PPBM Berkompromi Kurangkan Kerusi Di PRN

PPBM (Bersatu) Sabah sedia berkompromi untuk mengurangkan jumlah kerusi yang ditandingi jika berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Walaupun sebelum ini Ketua Penyelaras PPBM Sabah Datuk Hajiji Noor telah mengumumkan atau mengenalpasti PPBM Sabah akan bertanding di 45 kerusi. Tapi sekiranya berlaku perundingan dengan parti parti Komponen Perikatan Nasional PN maka sudah tentu pasti jumlah itu akan berkurangan.

Apa yang penting ialah matlamat Perikatan Nasional untuk memenangi sebanyak mungkin kerusi Adun di Pilihan Raya Negeri yang akan datang.

Minta maaf kesanggupan untuk berunding dengan parti-parti komponen Perikatan Nasional terutamanya UMNO tidak bererti PPBM Sabah lemah atau takut seperti yang dilaporkan oleh portal berita tertentu bila mana UMNO berkeras akan kononnya mengambil balik semua kerusi mereka. Mereka ingat pengundi Sabahan ni hamba sahaya. He

Tapi ini adalah soal apa yang dipanggil setiakawan. Paling penting adalah kemenangan Perikatan Nasional secara keseluruhannya.

Sekiranya Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak semakan pembubaran DUN oleh ketua menteri Shafie pada 30hb Julai yang lalu maka PRN akan berlaku. Begitu pula sebaliknya maka jawatan Ketua Menteri Sabah akan diambil balik oleh Tan Sri Musa Aman dan PRN pun tidak berlaku.

Annuar Gesa Siasatan Keatas Shafie Diteruskan – Beli Aset MARA Australia

Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa mengalu-alukan gesaan Ahli Parlimen Johor, PKR dan Ahli Parlimen Seputeh, DAP supaya SPRM meneruskan siasatan terhadap Shafie Apdal berkaitan skandal pembelian aset Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Australia pada tahun 2012.

Menurut Annuar Musa, Mahkamah Australia telah mendakwa beberapa rakyat Malaysia dan beberapa penemuan dan maklumat baru telah dibangkitkan.

Ketika itu Shafie Apdal adalah Menteri KKLW dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan MARA adalah hari ini Adun Sindumin Yusof Yacob yang juga Ketua Penerangan Warisan.

Klik untuk baca Skandal Pembelian Aset MARA Di Australia

Cabar Keputusan TYT Sebagai Biadab Adalah “Bias” Tidak Prihatin

Sikap menghalang pihak yang tidak berpuas hati terhadap satu-satu keputusan adalah sikap yang mementingkan diri dan tidak layak diangkat sebagai pemimpin walau di peringkat mana sekalipun.

Ia adalah sikap yang memalukan dan inilah antara ciri utama seorang pemimpin yang kaki bodek. Membodek adalah sikap yang perlu ada kepada pengikut atau penyokong supaya dengan demikian dapat mengangkat martabat pemimpin mereka.

Tapi dari konteks tindakan pihak Istana yang telah melakukan kekilafan dengan membenarkan Shafie selaku Ketua Menteri pada masa itu membubarkan DUN malah Shafie sendiri yang mengumumkannya adalah tindakan yang wajar untuk dipersoalkan dan diheret ke Mahkamah untuk diadili.

Secara prinsipnya sebelum membubarkan DUN wajib mengambil kira jumlah majoriti yang dimiliki pihak yang bergeser. Tidak boleh hanya mendengar sebelah pihak, kerana ia akan menyebabkan tindakan yang diambil dinilai “bias” dan memalukan Institusi Beraja di Malaysia memandangkan Institusi ini adalah benteng terakhir bagi rakyat mencari keadilan.

Amat tidak wajar bagi seseorang yang membahasakan dirinya sebagai pemimpin tetapi tidak berani melihat keadilan dituntut oleh pihak yang merasakan telah dianiaya.

Itu bererti Kenyataan senator Andrian yang mempertikaikan tindakan Tan Sri Musa Aman dan kumpulannya sebagai biadap dan tidak menghormati kuasa perlembagaan negeri Sabah hanya kerana mereka mempersoal tindakan dan keputusan yang telah diambil oleh “TYT” adalah dakwaan yang bacul tidak bertanggungjawab, mentah, tidak prihatin dan poyoh sebagai pemimpin masyarakat.

Begitu juga dengan kenyataan dari Wirawati Warisan yang menggesa agar kertas siasatan dibuka terhadap seorang NGO Zulkarnain setelah menghina yang di-Pertuan Negeri Sabah TYT, Tun Juhar. Ia adalah gesaan yang terburu-buru, mentah dan cetek. Hakikatnya tidak timbul kekecohan hingga membuat masyarakat emosi seperti yang berlaku jika tindakan yang diambil tidak melanggar perlembagaan atau undang-undang. Ini dia punya isu. Oleh itu cukup dengan gesaan menuntut agar NGO berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Semalam Tan Sri Musa Aman dan 32 Adun telah memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu terhadap TYT dan Shafie Apdal sebagai responden setelah membubarkan DUN tanpa mematuhi perlembagaan negeri dibawah artikel 21(2) Perlembagaan Sabah dan artikel 7(1). Hakim telah mendengar hujah pemohon dan 17hb Ogos 2020 adalah penentu sama pembubaran DUN Sabah sahih atau sebaliknya.

Hanya menggunakan landasan undang-undang persoalan seperti ini dapat diadili berbanding mengheret masyarakat Sabah ke tengah jalan.

Tindakan undang-undang adalah cara terbaik untuk mengajar atau menghukum pihak yang tidak menghormati perlembagaan atau Undang-undang itu sendiri.


  • Perbezaan PSS IMM13 dan Jalan Penyelesaian PATI
    Bila satu satu kerajaan yang baik melihat lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari konteks penyelesaian yang holistik dan berperikemanusiaan. Maka tentulah jalan penyelesaian yang diambil akan jauh lebih berhemah dan sudah […]
  • Pritchard Menuntut Bina Klinik Dari Najib Selepas Kritikan Hajiji
    Setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking, Pritchard Gumbaris marah bila Ketua PPBM Sabah Datuk Hajiji Noor membuat dakwaan yang sememangnya benar. Bahawa kerajaan Sabah sejak di perintah oleh Warisan dalam […]
  • Surat Shafie Pada TYT Minta Bubar DUN Tidak Sah
    Arahan dalam surat permohonan Ketua Menteri Sabah, Shafie kepada Tuan Yang di-Pertua negeri Sabah TYT salah rujuk peruntukan atau akta yang menyebabkan pembubaran DUN yang diumumkan oleh Shafie Apdal pada 30hb Julai […]
  • Memacu Sabah Kembali ke Landasan Betul
    Gabungan 33 ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mewakili semua parti politik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15, teguh dengan pendirian untuk mengembalikan kebenaran dan keadilan. Dengan hati yang ikhlas, kami berharap […]
  • Ekonomi Sabah Merosot Sejak Di Perintah Oleh Warisan
    Naib Presiden PBS Joachim Gunsalam mengingatkan rakyat Sabah bahawa ekonomi Sabah akan terus merosot sekiranya sekali lagi Parti Warisan diberikan kepercayaan untuk menerajui kerajaan negeri. Ini berdasarkan Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia yang […]

17hb Ogos 2020 Penentu Status Pembubaran DUN Sabah

Jadi keputusan berhubung semakan berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah yang difailkan tadi pagi telah ditetapkan oleh Hakim Leonard David dan akan didengar semula pada 17hb Ogos tahun ini.

Peguam Negara akan memfailkan hujah Tunku Fuad selewat-lewatnya pada 10 Ogos 2020 dan dibalas oleh pemohon pada 12 Ogos 2020.

Pagi tadi seramai 33 Adun telah memfailkan semakan kehakiman terhadap status pembubaran DUN yang diumumkan oleh Shafie. Mereka diwakili oleh peguam Tunku Fuad Tengku Ahmad.

Responden pertama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar, responden kedua Mohamad Shafie Apdal dan SPRM sebagai responden ketiga seterusnya Kerajaan Negeri selaku responden ke empat.

Jadi kita tunggulah tarikh 17hb Ogos 2020 tu ya. Adakah Ketua Menteri Sabah akan bertukar atau akan berlaku pilih raya negeri.

Pilihan raya negeri bukannya cara terbaik untuk menghukum pihak yang tidak menghormati perlembagaan atau undang-undang. Sebab itu tidak timbul polemik yang dimainkan oleh besi buruk Warisan kononnya sebelum ini pembangkang menuntut agar DUN dibubarkan tapi bila dibubarkan lain pula ceritanya.

Sekali lagi ini adalah soal mengajar pihak yang tidak menghormati perlembagaan.


Warisan Halang Menteri KDN Memasuki Sabah. Giler!

Kenapa perangai wakil rakyat Warisan semakin teruk ni.

Menteri yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat dan negeri Sabah dari ancaman pihak luar. Boleh pula pemimpin Warisan mengesyorkan supaya dilarang dari memasuki Sabah. Sudah gila kah apa ni?

Sebelum ini Aziz Jamman mendakwa Menteri KDN telah kononnya berbohong dan memfitnah dengan mendakwa kerajaan Warisan ada mengeluarkan dokumen kepada pendatang asing tanpa izin.

Si Aziz juga mendakwa Menteri KDN berkenaan telah mencetuskan ketegangan kaum.

Apa punya mangkuk lah wakil rakyat seorang ni. Ketegangan kaum macam mana pula ni, kenapa pula seorang Menteri KDN boleh mencetuskan ketegangan kaum?

Sebaliknya kerana kenyataan wakil rakyat daripada Sepanggar itu yang menyebabkan ramai penyokong Parti Warisan yang lupa diri balik ke propaganda asal, seolah-olah Sabah ini mereka punya. Bukankah ia boleh mencetuskan ketegangan kaum. Walhal dikalangan penyokong Warisan itu yang boleh dihalau dari bumi Sabah. Moron!. Nampak benar permainan Warisan taktik yang tidak kesampaian. Hahaha!

Helo wakil rakyat Sepanggar serta kepimpinan Warisan. Biasalah dalam politik dakwa mendakwa dan ia sudah menjadi tanggungjawab pihak yang didakwa untuk menjelaskan kepada umum cerita yang sebenarnya.

Tidak seperti kerajaan Warisan sebelum ini jika ada pihak yang mendakwa atau mengeluarkan kenyataan yang tidak sehaluan dengan kerajaan negeri atau mana-mana menteri  kerajaan Warisan pada waktu itu, maka macai akan dikerah supaya tampil membuat laporan Polis.

Punyalah tidak sedar diri walhal kerajaan Warisan dibentuk melalui persekongkolan pihak yang mereka musuhi semasa PRU14. Macam sekumpulan cicak yang baru merasa nasi sejuk. Padan tidak semena-mena menjadi kerajaan setengah penggal.

Dasar jentera besi buruk, orang lain yang berjuang bersama Warisan, orang lain pula yang berusaha keras “mencuri” untuk mengayakan diri. Inilah yang berlaku dalam kerajaan Warisan, sebab itulah tidak panjang. Kerajaan Warisan adalah kerajaan yang dipenuhi oleh keringat yang tidak berbalas.

Admin boleh membuktikan dakwaan Menteri KDN berkenaan. Walaupun bukti yang akan dikemukakan agak sukar untuk dibuktikan kesahihannya, sama ada kerajaan Warisan ada terlibat secara langsung atau tidak. Tapi yang jelas memang ada usaha dan gerakan ke arah itu. Kita tidak menolak mungkin ini adalah kerja penyokong Warisan yang cuba mengambil kesempatan atau boleh saja sememangnya ia adalah kerja orang dalam yang berusaha memanfaatkan kedudukan mereka dalam kerajaan negeri pada waktu itu. Siapa tahu kan? Ialah sedangkan seorang anak sanggup membunuh ibu kandungnya inikan setakat dokumentasi.

Satu lagi bukan kah kerajaan negeri Sabah ada autoriti atau hak imigresen. Siapa tahu kerajaan negeri cuba menggunakan kelebihan ini dengan mengeluarkan dokumen keterangan diri kepada kumpulan sasar. Siapa tahu kan.

Kita sedar kenapa hari ini mereka agak lantang, mereka lantang kerana sebelum ini mereka gagal menunaikan janji mereka pada keturunan Bajau Suluk dan Bugis. Sebaliknya kumpulan bangsa ini dijadikan kambing hitam dalam usaha mengekalkan atau menarik sokongan KDMR.

Tengok saja PSS pun ditolak oleh masyarakat sasar mereka.

Sebaliknya Menteri KDN ini yang melihat penyelesaian lambakan pendatang asing tanpa izin di Sabah dari sudut kemanusiaan. Tapi cuba dihalang oleh parti Warisan. Apa punya busuk.

Selain polemik berhubung dokumentasi yang masyarakat Sabah nampak sepanjang Warisan menjadi kerajaan negeri ialah siasatan dan pendakwaan terhadap wakil rakyat dari parti Warisan setelah disyaki telah menyeleweng dana rakyat.