Dakwa Warisan Seri Bendung Tidak Wujud Adalah Dusta

Kenyataan setiausaha Bahagian Tuaran si Rhodes tu tersangatlah lucu dan tidak bertanggungjawab.

Dia menafikan tindakan ketua Cawangan Seri Bendung ( PDM Bolong Baru, Tuaran ) Edenih b Setuh dan 46 lagi ahli Cawangan yang bertindak keluar parti Warisan beberapa hari yang lepas sebagai tidak benar, konon hanyalah propaganda semata mata.

Alasannya seperti yang biasa kita dengar, nama mereka tiada dalam sistem pendaftaran ahli begitu juga dengan kononnya Cawangan itu juga tidak wujud.

Macam saja parti Warisan tu ada sistem pentadbiran yang efisien dan berkualiti. Walhal hanya untuk mengagihkan bantuan Covid 19 Sabah pun gagal kerana pengkalan data yang ketinggalan zaman selain alasan yang mereka sembunyikan kerana adanya unsur unsur penyelewengan.

Dasar parti politik yang tidak mengenang budi. Pada pilihan raya yang lepas ada ramai pengundi Parti Warisan yang bukannya ahli parti pun jadi apa pula pandangan Warisan pada golongan ini. Mereka tidak berjasa hanya kerana bukan ahli Warisan. Begitukah, mangkuk pula.

Awal parti Warisan bertapak dan mula dikenali, ahli Warisan yang berminat membentuk Cawangan hanya perlu mengumpulkan ahli atau pengikut mereka maka Cawangan yang dikehendaki akan terbentuk secara tidak rasmi. Ini kerana pada ketika itu belum ada Ketua dan Pejabat Bahagian Warisan terutamanya di Tuaran yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran parti di daerah berkenaan.

Hanya selepas Warisan membentuk kerajaan itu pun selepas beberapa tempoh yang lama barulah Setiausaha Bahagian Warisan mengeluarkan arahan rasmi agar ketua-ketua Cawangan yang sedia ada mendaftarkan Cawangan mereka.

Malangnya tidak semua mereka meneruskan hasrat untuk menubuhkan Cawangan Warisan sebab itulah ada Cawangan tidak wujud di dalam sistem. Ada pun berjasa tetap berjasa.

Nah itu yang berlaku justeru dakwaan Cawangan Kampung Seri Bendung dan 46 ahlinya tidak wujud adalah dusta dan tidak mengenang budi.

Bersatu Sabah belum teruji jesteru sesuai untuk disertai.

Ketua Cawangan Warisan Tuaran Tegar Keluar Parti

Betul-betul satu penyakit yang kronik sudah ni, penyakit hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Warisan. Bayangkan penyakit ini boleh dirasa oleh ahli yang berada di peringkat akar umbi.

Dari Sepanggar ke Sandakan ke Kota Belud balik ke Sandakan dan kini di Tuaran. Dimana ahli Warisan berpusu-pusu keluar parti dan sudah tentu akan menyokong kepimpinan PPBM atau Bersatu Sabah yang diketuai oleh Datuk Hajiji Noor, Pengerusi Bersatu Sabah.

Sebentar tadi seorang Exco dari parti UPKO yang menjadi jentera dalam parti komponen kerajaan Warisan tegar meninggalkan partinya dan nekad untuk menyokong kepimpinan Bersatu.

Exco UPKO keluar parti


Seramai 46 ahli Parti Warisan telah mengambil keputusan untuk keluar daripada parti tersebut dan menyatakan sokongan kepada BERSATU Sabah dibawah kepimpinan YB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor selaku Ketua Pimpinan Bersatu Sabah / Ketua Bahagian Bersatu P170 Tuaran.

Ketua Cawangan Seri Bendung ( PDM Bolong Baru, Tuaran ) En Adenih b Setuh menyatakan keputusan untuk keluar dari Parti Warisan kerana hilang keyakinan dan kepercayaan kepada perjuangan serta hala tuju parti tersebut untuk membela nasib rakyat.

En Adenih menyerahkan borang keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia kepada En Mohd Daud Hj Sidek, Ketua PDM Tambalang. Turut hadir, En Jasnin Abidin ( Timbalan Ketua PDM ), En Omarsidi Pedas Sallam ( Pengerusi Tetap ) Dan En Bobok Diakah ( Setiausaha ).
29062020

Amanat Tun Sakaran Menolak Perjuangan Shafie Apdal

Ini adalah amanat atau pesanan Tun Sakaran mantan TYT negeri Sabah kepada pengundi di daerah Semporna.

Amanatnya ini menjurus kepada kelangsungan BN di daerah Semporna khususnya dan amnya negeri Sabah. Beliau merayu pada pengundi di daerah itu agar bersekutu untuk mengundi kesemua Calon BN, sepertinya calon untuk Parlimen Semporna Datuk Ramlee, calon DUN Sinallang, Datuk Nasir, calon DUN Bugaya, Datuk Razak dan calon DUN Sulabayan, Datuk Harman.

Untuk makluman, Tun Sakaran adalah pangkat ayah dan pakcik kepada Presiden Warisan, Shafie Apdal. Bererti Datuk Nasir dan Datuk Razak adalah adik kepada Presiden Warisan Shafie Apdal.

Dan ingat, mereka bukan sekadar kerabat tapi kroni yang mendapat banyak projek prasarana dari mantan Menteri KKLW Shafie Apdal. Berbanding penyokong Warisan yang hanya merasa secubit dedak atau lebih naif dari itu sekadar mendengar perkhabaran yang kononnya Presiden Warisan Shafie Apdal adalah pemimpin yang budiman.

Tapi itu semua tidak menghalang Tun Sakaran, Datuk Nasir, Datuk Razak dan ipar mereka yang juga calon BN di DUN Lahad Datu, Datuk Yusof Apdal, untuk terus setia bersama BN.

Jadi buka mata dan hati, fikirkan. Tidaklah Tun Sakaran serta anak dan menantunya menolak politik Warisan kalau perjuangan Shafie Apdal melalui parti Warisan itu sendiri ada kebenarannya.

Mustahil Shafie Apdal tidak mampu mempengaruhi mereka, andai perjuangannya boleh diterima Tun Sakaran yang cukup masak dengan asam garam politik Sabah.

Persoalannya adakah kerabat Tun Sakaran itu tidak cerdik berbanding totok totok Warisan sedangkan majoritinya tidak pun mengenali secara dekat kepimpinan Shafie Apdal. Jadi tengok cermin tu dulu jangan sampai dianggap barua politik. Ini pointnya!

Itu juga bererti, pada penyokong Warisan yang ada diseluruh Sabah, hadamkan artikel ini adakah kamu itu lebih cerdik dari legasi Tun Sakaran?

Sebelum ini ada sudah dua atau tiga artikel berhubung penolakan keluarga Tun Sakaran keatas politik Warisan.

https://jalinluin.com/2018/02/06/jangan-cuba-cuba-menukar-kerajaan-bn-yusof-apdal/

Pssshhhhh. Satu atau dua calon Warisan di Semporna adalah games Shafie. Masih belum nampak kah? Mahu admin update kah! 🤓

#BNforSabahan #tolakwarisan #sesumpah #tolakpembangkang

754 Ahli Warisan Keluar Parti – Sandakan

SANDAKAN 30 April- Parti Warisan Sabah (Warisan) cawangan Batu Sapi hanya menunggu masa untuk dibubarkan selepas 754 ahlinya mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO serta Barisan Nasional (BN) dengan serta-merta.

Bekas setiausahanya, Abdullah Madin mengetuai kumpulan berkenaan menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Majlis Perasmian Sekolah Kebangsaan (SK) Bahagia, Batu Sapi, Sandakan.

Abdullah ketika ditemui berkata, tindakan mereka itu dibuat selepas menyedari warisan bukan lah parti yang memperjuangkan rakyat sebaliknya hanya ditubuhkan untuk menengakkan agenda peribadi ketuanya.

“Sejak kami menjadi ahli warisan tiada apa-apa bantuan yang diberikan kepada semua ahli di cawangan itu, sebaliknya mempimpin tertinggi hanya melaung-laungkan slogan mahu mendapat kuasa.”

“Atas sebab itulah kami berasa insaf selepas menyedari penyertaan kami ke dalam warisan hanya sia-sia, maka hari ini kami membuat keputusan untuk menyertai UMNO, katanya.”

Yang turut hadir menerima borang keahlian mereka ialah Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman dan pemimpin-pemimpin BN Parlimen Batu Sapi.-UTUSAN ONLINE


Bukan lagi gurauan, tampaknya kapal Warisan semakin tenggelam.

Sebelum ini segerombolan ahli parti pembangkang dari Warisan atau PKR di Tenom, Papar, Ranau dan Tuaran masing masing meninggal parti mereka.

https://jalinluin.com/2018/04/29/ahli-warisan-menyertai-bn-tenom-papar/

Hari ini di daerah Sandakan yang disaksikan oleh PM Najib Razak dan KM Musa Aman.

Selepas ini dimana lagi agaknya.

#BNforSabahan #tolakwarisan #sesumpah #tolakpembangkang

Hamzah Abdullah (Amanah Sabah) Di kencing Warisan

Kredit foto Pakatan Pro DAP

Amanah Sabah dipandang sepi oleh Shafie menyebabkan satu kerusi haram pun tidak diberikan pada Amanah?

Sedangkan sebelum kemunculan Warisan dalam pakatan pembangkang atau Harapan. Amanah Sabah telah dijanjikan empat kerusi, dua kerusi DUN, dua Parlimen Sabah

Menyebabkan tuan Hamzah melenting marah pada Shafie dan berpendapat MA63 atau agenda Sabah for Sabahan yang diperjuangkan oleh Shafie melalui parti Warisan hanyalah retorik. Kerna Hamzah Abdullah adalah masyarakat Sabah atau Sabahan tapi tidak dilayan secara rata.

Ini namanya malang tidak berbau, sedangkan tuan Hamzah Abdullah sendiri bermati matian MEMPERTAHANKAN pembangkang hingga beliau tegar mengunfriend admin.

Masa itu siap bagi warning lagi, sekali lagi admin mengkritik Amanah aka pembangkang maka beliau akan unfriend admin. Akhirnya!

Alih alih tidak diberikan kerusi, walhal kalau dikira tuan Hamzah lebih senior sebagai pembangkang berbanding Shafie yang baru berumur setahun jagung. Sebelum tuan Hamzah Abdullah bersama Amanah dia adalah bekas pemimpin PAS Sabah.

Warisan belum pun apa apa sudah pun kencing merata rata. Bila mana Hamzah Abdullah diberikan kerusi bunian.

Baru kao tau! 🤓

#BNforSabahan #tolakwarisan #sesumpah

Dr M Digesa Jangan Menggunakan Logo PKR

Apa cerita ni, sekumpulan penyokong atau ahli PKR di Semenanjung telah keluar beramai-ramai bagi menunjukkan ketidakpuasan hati mereka terhadap pengerusi PH, Dr M.

Ahli PKR berpendapat musuh sebenar PKR ialah Dr Mahathir. Maka sewajarnyalah dia disingkirkan atau dilarang dari menggunakan lambang PKR pada PRU yang akan datang.

Kalau di Semenanjung penyokong pembangkang sendiri menolak perjuangan Dr M, apa lagi agaknya kalau di Sabah ya?

Masyarakat Sabah tahu siapa sebenarnya Dr Mahathir, adalah individu yang bertanggungjawab merosakkan struktur masyarakat Sabah. Juga yang bertanggungjawab “merompak” kekayaan negeri Sabah.

Dr Mahathir adalah orang yang menetapkan kadar royalti minyak 5% kepada kerajaan negeri Sabah, selebihnya 95% di angkut untuk kepentingan politiknya, bakinya digunakan untuk mengkayakam anak anaknya.

Untuk makluman Pengerusi PH, Dr Mahathir adalah tuan kepada Presiden Warisan, Shafie Apdal. Walaupun sebelum ini, Shafie Apdal menafikan hubungan mereka. Hipokrit!

#BNforSabahan #tolakwarisan #sesumpah #tolakpembangkang

Darel Pemimpin Yang Tidak Ada Guna!

Sia masih ingat bila darel kami angkat menjadi yb penampang kasih kalah bernad dompok…..siang malam kami jumpa orang dan yakinkan dorg yang bn akan tumbang……rupanya tidak habis penggal ni darel lompat tubuh parti pilak….dia lupa pula jasa dan kepenatan kami untuk bantu kalahkan menteri malaysia…..dulu bukan main si darel suruh kutuk dan putar balik isu pasal mahathir tapi sekarang dia jadi boneka mahathir sudah…..puiii, tidak guna betul punya….

Kredit Sandra Chong


Nampak tak pandangan ikhlas dan terkini dari komuniti Penampang terhadap Timbalan Presiden Warisan, Darel Leking?

Ada benarnya tu, kerana belum pun si Darel sempat membalas budi pengundi PKR yang telah menjadikannya Yb, sudah pun dia menjual dirinya ke parti Warisan.

Entah betul atau tidak cerita sebelum ini, ceritanya begini. Penyertaan si Darel selaku pemimpin asal PKR ke parti Warisan adalah kerana terpedaya oleh pujuk rayu Shafiee dan tawaran jutaan ringgit??? dan bukan seperti yang tertulis pada surat perletakan jawatannya dari parti PKR yang ingin memperjuangkan Sabah For Sabahan bersama parti Warisan.

Ironinya, hari ini parti Warisan berkerjasama dengan PKR tapi adakah PKR memperjuangkan Sabah For Sabahan 😊

Kerna itu, ada dikalangan penduduk Penampang yang membahasakan si Darel bukan lagi seorang pemimpin tapi telah bertukar profesion menjadi model pakaian. Kerana sejak bersama Warisan, si Darel sering tampil dengan pakaian barunya yang dipercayai dibeli menggunakan wang berkenaan. Betul kah? Hemmm

#BNforSabahan #tolakwarisan #sesumpah

Shafie (Warisan) Berhadapan Risiko Tidak Layak Bertanding Di PRU14

KOTA KINABALU: Mahkamah tinggi di sini, hari ini, menetapkan 7 Mei ini untuk mendengar kes semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tidak membenarkan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengundi dan menjadi calon pilihan raya.

Hakim Azhahari Kamal Ramli yang bersidang di dalam kamar turut menetapkan 4 Mei bagi semua pihak yang terbabit untuk memfailkan hujahan masing-masing.

Semakan kehakiman itu difailkan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Semporna, Datuk Mohd Ainal Fattah, kelmarin melalui peguam Marcel Jude dengan menamakan SPR dan Mohd Shafie masing-masing sebagai responden pertama dan kedua.

Dalam prosiding hari ini, SPR diwakili Peguam Persekutuan Kanan, Andi Razali Jaya dengan dibantu Dorine Patrick, manakala Mohd Shafie diwakili peguam Datuk Doughlas Lind dan Chung Jing Dau.

Marcel ketika ditemui selepas prosiding itu, berkata pada 7 Mei nanti hakim akan membuat keputusan sama ada menerima semakan kehakiman berkenaan atau sebaliknya atau menetapkan tarikh baharu untuk pendengaran seterusnya.

Mohd Ainal sebelum ini memfailkan semakan kehakiman itu bagi mendapatkan perintah mandamus daripada Mahkamah Tinggi untuk memerintahkan SPR supaya menolak jika Mohd Shafie dicalonkan di sebarang kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau turut memohon injunksi mandatori terhadap pencalonan Mohd Shafie pada PRU-14 sehingga wang RM7.5 bilion yang didakwa hilang ketika bekas Naib Presiden UMNO itu menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dikembalikan, yang mana kes berkenaan masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mohd Shafie ditahan SPRM pada 19 Oktober tahun lalu bagi membantu siasatan berkaitan kes penyelewengan dana awam projek luar bandar di negeri ini.

Mohd Shafie yang juga penyandang kerusi Parlimen Semporna direman lapan hari sebelum dibebaskan Mahkamah Majistret Kota Kinabalu atas jaminan SPRM sebanyak RM100,000 dengan RM80,000 deposit /Berita Harian


Berdasarkan isu diatas adakah peluang Shafie Apdal untuk bertanding pada PRU yang akan datang akan berkecai, paling tidak kerana terikat dengan tempoh perbicaraan?

Peraturan tetap peraturan yang wajib dipatuhi oleh semua lapisan, apa lagi pada individu/masyarakat yang mendapat gelaran pemimpin.

Seorang pemimpin tidak boleh melanggar peraturan, walaupun keatas peraturan yang amat remeh, kerana segala tindak tanduk seorang pemimpin akan menjadi perhatian sekaligus contoh kepada masyarakat.

Dari konteks ini Shafie Apdal adalah seorang pemimpin dan berjawatan Presiden Parti yang bercita cita untuk menjadi Ketua Menteri Sabah. Jadi wajarkah beliau mengenepikan peraturan atau undang-undang negara?

Oleh itu jangan persalahkan pihak yang membawa isu ini hingga ke pengetahuan Mahkamah. Malah sepatutnya dipuji sebab terfikir untuk mengangkat isu diluar kebiasaan. Dimana akhirnya akan menjadi peringatan kepada pemimpin dan bakal bakal pemimpin yang lain.

Kalau ada yang berpendapat bahawa semua ini adalah taktik untuk menjatuhkan Presiden Warisan supaya tidak layak bertanding pada PRU yang akan datang. Nah jangan kamu silap!

Kerana pada hakikatnya kelangsungan skandal Presiden Warisan selepas disiasat oleh SPRM masih dalam proses untuk didakwa di Mahkamah. Bererti ruang bagi pihak tertentu untuk mempersoalkan kredibiliti dan kelayakan Shafie Apdal selaku pemimpin politik aka Presiden Warisan, semestinya terbuka luas. Ingat politik adalah politik!

Senario ini adalah sama bila mana pihak pembangkang mempersoalkan status UMNO, sama ada parti ini sah atau haram di sisi perlembagaan. Pun begitu tidaklah ahli UMNO merapu menyalahkan pihak yang mempersoalkannya malah akan akur pada sebarang keputusan Mahkamah. See?

Lain cerita, sudahkah status parti Warisan disahkan secara rasmi oleh ROS. Memandangkan sebelum ini ROS ada mengeluarkan arahan atau peringatan, agar pihak Parti Warisan memenuhi syarat syarat yang wajib dipenuhi?. Jangan sampai terbatal ya, seperti mana PPBM.

#BNforSabahan #tolakwarisan #sesumpah

UMNO Masih Dalam Mimpi Muhyiddin dan Shafie

Mungkin Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu sedar, menang sewaktu dalam Barisan Nasional (BN) dan mahu menang di luar sebagai pembangkang bukan sama ukurannya.

Bukan sesuatu yang mudah. Sewaktu dalam Umno, segala langkah kerajaan dalam memperjuangkan nasib dan membela rakyat mampu dijadikan sebab untuk mengundi beliau.

Segala langkah untuk memastikan rakyat mengundi beliau dalam BN tersedia ada.

Segala langkah demi pembangunan dan membela nasib rakyat yang telah dilakukan kerajaan boleh dijadikan modal berkempen.

Sebaik keluar dari Umno, adakah Muhyiddin mampu melakukan yang serupa?

Apa sebenarnya jasa Muhyiddin atas kapasiti peribadi, mampu dihidang untuk pengundi terus memberi sokongan kepada beliau?

Terdapat perbezaan sewaktu dalam Umno dan hari ini di luar Umno. Isu yang mampu dibawa beliau hanyalah isu yang belum selesai, ukuran kejayaannya iaitu salah laku dalam 1MDB.

Ulangan 1MDB adalah modal yang boleh dibawa Muhyiddin sebagai bekas timbalan perdana menteri.

Tuduhan rasuah dan salah guna kuasa dijadikan modal yang berulang kali diberitahu kepada rakyat sebagai alasan untuk menukar kerajaan.

Ini sahaja yang dapat dibentangkan kepada rakyat untuk meraih undi. Selain itu, modal yang ada adalah manifesto dan alasan untuk menyelamatkan rakyat menjadi pertaruhan untuk meraih undi.

Tidak ada apa yang boleh dipersembahkan, selain daripada retorik isu serupa.

Sebenarnya, tidak ada alasan kukuh mampu dibawa Muhyiddin dalam usaha untuk meraih sokongan rakyat.

Pakatan Harapan (PH) juga tidak melihat kekuatan sebenar Muhyiddin, selain daripada jawatan lama beliau dalam Umno dan kerajaan.

Dalam pada itu, alasan PH (pada masa itu) menerima Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bergabung adalah untuk menarik undi Melayu.

Sungguhpun hari ini ia amat kabur dan tidak dapat dipastikan keberkesanannya.

Sekiranya kita melihat kepada PH, gerakan untuk mendapatkan tsunami Melayu jelas tidak menyeluruh.

Belum ada cabaran yang nampak besar untuk tsunami Melayu berlaku. Berbeza pada waktu pelancaran gerakan Reformasi pada 1998.

Rakyat diajak untuk melakukan perubahan dengan menyajikan bukan sahaja kepincangan, tetapi menjemput rakyat bersama menuntut perubahan.

Kapasiti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai orang yang amat berkarismatik dan perlakuan zalim Dr Mahathir terhadapnya menjadi alasan besar meraih simpati rakyat untuk bersama beliau menentang kerajaan.

Anwar melemparkan dirinya untuk diadili rakyat dan membuka ruangan seluas-luasnya untuk meraih sokongan.

Kediaman beliau menjadi markas pertama untuk rakyat keluar masuk mendengar apa yang mahu dikatakannya.

Amat berbeza dengan perjuangan hari ini yang diterajui Dr Mahathir dan Muhyiddin.

Tidak nampak jelas mereka menjadi inklusif kepada rakyat, apatah lagi untuk perjuangan Melayu itu sendiri.

Malah, ada yang mengatakan langkah Muhyiddin masih berlagak sebagai seorang timbalan perdana menteri dan bukan orang yang mahu membawa obor perjuangan khususnya Melayu.

Karakter ini dibawa dalam ceramah dan perjumpaan awam. Ini tidak menampakkan beliau adalah pembawa hasrat rakyat, melainkan hanya berusaha memastikan Datuk Seri Najib Razak ditumpaskan.

Sekiranya dilihat semula, seakan-akan beliau tidak menjadi representasi rakyat dalam usaha membela rakyat.

Apa yang jelas, seakan-akan beliau masih teragak-agak setelah meninggalkan Umno, melainkan satu alasan – menolak Najib.

Amat berbeza langkah dan caranya untuk menunjukkan beliau benar-benar menyesal sewaktu dalam Umno dan BN.

Tidak banyak persoalan yang diterbitkan beliau mengenai kegagalan Umno dalam memartabatkan perjuangan Melayu dan mengakui parti itu melakukan banyak kesalahan dalam usaha khususnya membela rakyat.

Mungkin beliau masih mengakui Umno banyak berjasa kepada orang Melayu khususnya dan pada rakyat amnya.

Kalau bukan kolaborasi beliau dengan Dr Mahathir, mungkin beliau tidak tercampak atau terkeluar dari Umno.

Apakah beliau sebenarnya berani mengakui selama ini Umno tidak banyak berjasa kepada orang Melayu?

Kalau beliau merasakan benar Umno banyak berjasa pada orang Melayu, kenapa beliau mahu meruntuhkan institusi unggul orang Melayu itu?

Muhyiddin sebenarnya masih percaya segala-galanya yang dilakukan Umno memberi banyak manfaat kepada orang Melayu, tetapi malang kerana politik dan kehendak tersendiri, beliau senyapkan perkara ini.

Mungkin orang Melayu harus terima, Umno banyak berjasa kepada kita dan untuk mencari alasan meruntuhkan institusi itu adalah hampir tidak ada.

Amat kesian kerana Umno masih muncul dalam mimpi Muhyiddin.

Mohd Firdaus Hamzah ialah pembaca FMT.


Dan kalau kita kaitkan pendapat diatas dengan diri Shafie Apdal, maka tanpa keraguan ia benar benar mengena tepat pada dirinya. Hakikatnya Shafie sedar dimana kekuatannya, baik semasa dan selepas dipinggirkan dari BN.

Shafie dan Muhyiddin juga sedar dan tahu puncak kemenangan mereka semasa bertanding atas tiket BN iaitu atas kapasiti parti BN dan bukan atas kredibiliti diri mereka sebagai pemimpin.

Sebab itulah secara peribadi, kalau admin berdebat dengan penyokong tegar Warisan yang berpendapat Warisan akan mampu mengalahkan BN. Maka admin suka mengajukan pertanyaan untuk mereka fikirkan iaitu siapa yang lebih berjasa kepada masyarakat Sabah, Parti BN kah atau diri Shafie Apdal selaku pemimpin? Lalu pihak mana yang akan dikenang oleh pengundi?

Selain itu, kesetiaan Yusof Apdal keatas parti BN juga boleh menjadi inspirasi kepada masyarakat Sabah untuk terus setia bersama BN. Iya lah, kalau benar perjuangan parti Warisan itu ada kesinambungannya tapi kenapa adiknya sendiri tidak menyokongnya?

#BNforSabahan #tolakwarisan #sesumpah

Bendera PKR Di Kota Belud Diturunkan

KOTA BELUD, 17 April — Kira-kira 400 anggota parti pembangkang di Pusat Daerah Mengundi Rosok, dekat sini bertindak keluar parti dan menyertai Barisan Nasional (BN) selepas mendakwa hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan parti masing-masing.

Kumpulan itu yang diwakili ketua PDM Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rosok Santaim Gontiung berkata tindakan mereka untuk meninggalkan parti masing-masing disebabkan sudah bosan dengan tindakan pemimpin parti yang hanya datang untuk meraih undi apabila menjelang pilihan raya.

“Kebanyakan yang meninggalkan parti adalah dari PKR dan ada juga dari Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan dari Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat). Kami yang keluar dari parti hari ini akan menyertai parti dalam BN.

“Tiada yang kami dapat selama beberapa penggal menyokong pembangkang…apa yang mereka janjikan sebenarnya tidak ada apa-apa…jadi kita membuat keputusan untuk bersatu padu menyokong BN kerana kami mendapati hanya BN yang mampu mengubah nasib anak bangsa kita,” katanya.

Beliau berkata demikin kepada pemberita dalam satu majlis santai bersama rakyat di PDM Rosok yang dihadiri oleh timbalan ketua bahagian Umno Kota Belud, Datuk Musbah Jamli yang juga pembantu menteri pertanian dan industri makanan Sabah, dekat sini hari ini.

Santaim berkata kebanyakan yang meninggalkan parti pembangkang itu akan menyertai Umno dan ada juga yang menyertai parti komponen BN yang lain.

Sementara itu, Musbah yang juga penyandang kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tampasuk berkata tindakan kira-kira 400 orang di PDM itu meninggalkan parti masing-masing menunjukkan mereka telah sedar bahawa hanya BN yang mampu membela serta berjuang untuk rakyat dan demi masa depan negara.

“Hari kita adakan program santai di PDM Rosok dan pada masa yang sama ramai d ikalangan anggota parti pembangkang telah menyatakan sokongan padu kepada BN dan meninggalkan parti masing-masing.

“Kita berharap akan lebih ramai lagi yang akan bersama-sama mereka untuk menyokong BN. Walaupun calon yang bertanding dalam pilihan raya ini belum di umumkan namun mereka telah menyatakan sokongan untuk sama-sam berjuang dalam BN. Ini menunjukkan mereka di sini telah memberi kepercayaan kepada BN untuk terus membangunkan negara,” katanya. — Bernama


Secara simboliknya dan penuh keazaman, bendera PKR yang berkibar pada waktu itu telah diturunkan dan diganti dengan bendera BN diselangi dengan laungan hidup Barisan. 😊