Tidak Usahlah Shafie Mengungkit Bangsa Musa

Ahh nah kenapa Shafie macam kucing kehilangan anak sudah tu.

Tidak usahlah Shafie mempersoalkan bangsa orang lain atau Tan Sri Musa Aman kalau pada hakikatnya ketulenan bangsanya sendiri boleh dipersoalkan. Oleh itu kalau berpolitik atau berkempen tu, berkempen sajalah.

Tetiba pula Datuk Shafie membuat dakwaan yang keterlaluan hanya kerana cuba menagih simpati dari pengundi di daerah Kunak khasnya dan umumnya di pantai timur Sabah

Datuk Shafie mendakwa kuburan neneknya ada di Semporna sedangkan kononnya Tan Sri Musa Aman belum tentu. Justeru itu katanya dia bukan pendatang asing tanpa izin atau PATI. Dia berkata demikian ketika berkempen di daerah Kunak pagi tadi.

Entah pihak mana yang mendakwa Datuk Shafie sebagai PTI. Entah entah segelintir masyarakat KDMR sebelum mereka menyokong parti Warisan tapi tadi pagi sengaja dimanipulasi oleh Datuk Shafie Apdal.

Kalau namanya Tan Sri Musa Aman. Sekalipun admin tidak pernah mendengar Tan Sri Musa Aman melontarkan kata kata nista terhadap Datuk Shafie apa lagi mempersoalkan bangsanya.

Hanya Shafie yang tiba tiba emosi lantang mempersoal bangsa orang lain. Seolah olah dia sendiri tidak boleh dipersoalkan.

Pada hakikatnya semua orang Bajau dari pantai timur Sabah adalah sebenarnya berasal usul dari Selatan Filipina. Semuanya berasal dari sana, termasuklah Datuk Shafie Apdal hatta TYT Sabah sekalipun.

Memanglah tidak dinafikan sekarang Datuk Shafie bukannya PATI tapi sebelum itu bapanya adalah bekas PATI memandangkan asal namanya Bajau yang bermastautin di pantai timur Sabah, pada asalnya datang dari Selatan Filipina, begitu juga dengan orang lain. Justeru itu tidak usahlah Datuk Shafie membuat dakwaan yang sedemikian macam ada unsur-unsur perkauman pula. Hemmm!

Admin ni hanyalah malas memanjangkan polemik seperti ini nanti lain pula perginya. Hakikatnya admin tahu banyak hal tapi pastikan lah kenyataan seperti tidak berulang. Malu kita sebagai orang Sabah.

Zon 5 Sandakan Sertai PPBM Sabah

Majlis Penyampaian Borang Keahlian BERSATU Sabah Zon 5 oleh Datuk Fendy Hj Hamdan yang mewakili Zon 5 Sandakan kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Hj Yassin di Sabah Hotel Hall, Sandakan.

Dalam majlis tersebut sebanyak 5550 borang Keahlian telah diserahkan untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU SABAH).

Zon 5 meliputi Sandakan, Batu Sapi, Libaran, Beluran dan Kinabatangan.

Turut hadir dalam majlis tersebut Ybhg DSP Haji Hajiji Bin Haji Noor, Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah serta YB Datuk Seri Ronald Kiandee , Menteri Pertanian Dan Industri Makanan merangkap Setiausaha Bersatu, Badan Pimpinan Bersatu Sabah.

Muafakat Nasional Tidak Wujud Di Terengganu – Ahmad Said

Lucu juga Kenyataan Pengerusi UMNO Terengganu, Ahmad Said.

Dia mengaku di Terengganu Muafakat Nasional tidak wujud. Tidak seperti di peringkat nasional.

Di peringkat negeri PAS masih dengan sikap mereka begitu juga dengan UMNO. Lihat saja kritikan Puad Zarkashi terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak ada surutnya.

Sebab itulah peruntukan RM10 juta yang disalurkan oleh Persekutuan kepada negeri bagi menangani Covid 19 tidak diagihkan secara adil. Kawasan yang diwakili BN mendapat RM45,000 sedangkan kawasan yang diwakili PAS masing-masing mendapat RM350,000.

Itupun menurut Ahmad Said hanya selepas dia bising atau mempersoalkan peruntukan berkenaan.

Sebenarnya PAS masih berhati-hati. Mereka ada pengalaman yang menyaksikan kerjasama UMNO-PAS gagal di tengah jalan.

Sebab itulah kalau ada yang perasan sejak kebelakangan ini Tuan Guru Haji Hadi lebih banyak bercakap soal Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin berbanding muafakat nasional.

Anifah Mengetuai Parti Cinta Sabah dan Senarai AMT

Bekas Menteri Luar Malaysia Datuk Anifah Aman kini mengetuai Parti Cinta Sabah PCS.

Sikit hari lagi parti ini akan bertukar nama menjadi Parti Kesedaran Sabah SEDAR tetapi setelah ROS meluluskan perubahan logo dan nama parti. Sementara itu kekal dengan nama Parti Cinta Sabah PCS.

Parti Cinta Sabah ni adalah antara parti yang menjadi pilihan Shafie sebelum membeli Parti Warisan.

Sebelum ini Presiden PCS adalah Wilfred Bumburing dan hari ini PCS (SEDAR) dianggotai oleh majoriti bekas pemimpin dan jentera BN diantara mereka ialah

JAWATAN AHLI MAJLIS TERTINGGI 2020

1 PRESIDEN (P)  DSP ANIFAH AMAN

2 TIMBALAN PRESIDEN (P) 
DSP WILFRED M BUMBURING

3 TIMBALAN PRESIDEN (P) DR SULAIMAN TAHAJUDIN

4 TIMBALAN PRESIDEN (P)

5 NAIB PRESIDEN(P) WILSON CHANG

6 NAIB PRESIDEN (P) DATUK EWON EBIN

7 NAIB PRESIDEN (P) USTAR GHANI

8 NAIB PRESIDEN (P) AMRU ABD KADIR

9 NAIB PRESIDEN( WANITA) (P) DR REGINA LIM

10 NAIB PRESIDEN (PEMUDA) (P) 

11 NAIB PRESIDEN (L)

12 NAIB PRESIDEN(L) 

13 NAIB PRESIDEN( L)

14 SETIAUSAHA AGUNG (L) USMERY @ANSARI ABDULLAH

15 TIMB SETIAUSAHA AGUNG(L) PETRUS GURITING

16 BENDAHARI AGUNG(L)

17 TIMB BENDAHARI AGUNG (L) FREDERICK CHANG KET CHUNG

18 SETIAUSAHA PENGANJUR (L)

19 TIMB SETIAUSAHA PENGANJUR (L)

20 PEGAWAI PENERANGAN(L)

21 TIMB PEGAWAI PENERANGAN(L) ABDUL JALIL GHANI

22 AHLI MAJLIS TERTINNGI (P) DATUK UZAIR YAHAYA

23 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) 
DATUK JIHIK BASANU

24 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) 
DATUK KALAKAU UNTOL

25 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) 
DATUK HARRY BAKING

26 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) DATUK NORBERT CHIN 

27 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P)  DATUK MURSHIDI ABDUL GHAFFAR

28 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) DATUK WEMBLEY DUSIM

29 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) 
DATUK MARCUS MOJIGOH

30 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) TAY JOCK LIANG

31 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) MAHMOHAN SINGH RAMDAY@MOHAN

32 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) MOHD AZMAN@ ABDUL SAMAD BIN ASIMAN

33 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) SAFARI MOHD ADNAN

34 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) DENIS GIMPAH

35 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) DR BETING GILING

36 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) CHUAH JUAN SHIUH

37 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) JUSTIN@ JOE GELASIUS

38 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) ROSLAN SHAH ALI

39 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) 
SITI SUHERA BINTI USMAN

40 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) IRA ELZA BINTI UZAIR YAHAYA

41 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) SITI NURUL AIN SAHIDA BINTI PITING

42 AHLI MAJLIS TERTINGGI (L)

43 AHLI MAJLIS TERTINGGI (L)

44 AHLI MAJLIS TERTINGGI (L)

45 AHLI MAJLIS TERTINGGI (L)

46 AHLI MAJLIS TERTINGGI (L)

47 AHLI MAJLIS TERTINGGI (L)

48 AHLI MAJLIS TERTINGGI (L)

49 AHLI MAJLIS TERTINGGI (L)

50 PENGURUSI TETAP DATUK HERMAN TIONGSOH

51 TIMB PENGURUSI TETAP
GOLDIE SIBIDOL

Siapa Ejen Nombor 1 Yang Dimaksudkan Oleh Aziz Jamman

Sekejap lagi admin singkap sikap seseorang yang hipokrit terhadap perkara yang mereka pernah lakukan tapi bila hal yang sama dilakukan oleh orang lain maka ia menjadi satu kesalahan kepada mereka.

Soalnya siapa juga mereka iaitu Warisan kenapa pula masyarakat perlu kisah pada kehendak mereka. Hakikatnya masyarakat Sabah yang lebih berhak dari mereka. Undang-undang bukan milik mereka keadilan bukan milik mereka hatta gaji Ketua Menteri pun masyarakat yang bayarkan tidak kiralah apa dia penyokong Perikatan Nasional atau Pakatan Harapan.

Bekas Timbalan Menteri dalam negeri yang disingkirkan Aziz Jamman mendedahkan screenshot perbualan diantara ejen dengan wakil rakyat yang dipujuk untuk meninggalkan Warisan dan menyertai kerajaan Perikatan Nasional.

Screenshot yang di dedahkan itu ialah perbualan diantara ejen nombor satu dengan Ahli Parlimen daripada Kota Belud, Munirah.

Soalnya sekarang siapa sebenarnya ejen nombor satu itu, adakah benar dia mewakili agen Perikatan Nasional.

Bukti apa yang si Aziz ada atau kah sebenarnya ejen itu adalah agen Warisan yang diarahkan supaya menyamar bertujuan untuk memburukkan Perikatan Nasional. Ini juga adalah persepsi masyarakat Sabah yang ada diluar sana.

Aziz jangan dedahkan ketidakcekapan tu. Kau tu ahli Parlimen di tempat orang tunjukkan sikit budi pekerti tu. Jangan sikit sikit menyalahkan Perikatan Nasional. Jangan juga lupa sejarah pembentukan kerajaan negeri Warisan.

Adakah ejen Warisan yang sekarang asyik terbang dengan Jet Peribadi. Tidak berunding terlebih dahulu dengan beberapa wakil rakyat BN sebelum bersetuju bersekongkol membentuk kerajaan negeri bersama Warisan?

Janganlah hipokrit oi apa lagi perundingan ejen dengan wakil rakyat BN itu telah berjaya membentuk kerajaan negeri Warisan. Hahaha!

Inilah masalahnya Warisan ni. Mereka buat boleh orang lain buat tidak boleh. Mereka ingat Sabah ini mereka yang punya. Walhal dua atau tiga tahun lagi nasib mereka akan ditentukan oleh rakyat Sabah. Tunggu dan lihat. Sekarang pun nampak sangat gelisah hingga menerbangkan drone untuk mengintip kekuatan lawan.

Kerana sikap yang tidak boleh menerima perbuatan sendiri. Maka begitu jugalah sikap mereka terhadap SPRM kononnya siasatan SPRM ke atas beberapa wakil rakyat Warisan sengaja dirancang oleh Federal untuk menekan mereka supaya menyokong Perikatan Nasional. Seolah-olah SPRM itu sebuah agensi yang tidak ada nilai dan boleh diperkotak-katikkan.

Aziz kalau kamu yakin ejen itu adalah wakil daripada Perikatan Nasional maka dipersilakanlah membuat laporan Polis dan dalam laporan itu nanti nyatakan secara detail siapa ejen ejen itu apa hubungannya dengan kerajaan Perikatan Nasional. Titik!

Romzi Tuntut Labuan Dipulangkan Sebab Paip Air Bocor

Sejak Parti Warisan berstatus pembangkang di peringkat Persekutuan ni. Macam lain macam sudah mereka punya politik, semakin kuat mengada ngada yang bukan isu diproses menjadi isu yang sangat besar.

Ironinya isu yang mereka bangkitkan sepatutnya telah selesai semasa mereka menjadi kerajaan iaitu dalam tempoh 22 bulan yang lalu. Tapi tidak hanya sibuk mengumpul kekayaan sebab itulah ada di antara wakil rakyat mereka hingga disiasat oleh SPRM dan LHDN.

Seperti contoh Ahli Parlimen Warisan Labuan ini. Tiba-tiba mengencang menuntut agar Labuan dipulangkan balik kepada Sabah hanya kerana paip air yang bocor. Apa punya standards.

Agak melucukan sebab pihak yang dia harapkan iaitu kerajaan negeri Sabah. Masih ada dikalangan masyarakatnya yang meroyan kerana menghadapi gangguan bekalan air tetapi ditertawakan oleh jentera Warisan sebab dianggap telah mengada-ngada walaupun itulah hakikatnya, ambil air wuduk pun susah. Hahaha!

Sebelum Ahli Parlimen Labuan itu bersuara hingga menuntut hal yang bukan-bukan lebih baik dia tahu apa sebenarnya yang berlaku di Sabah berkaitan isu air.

Logiklah kalau pulau seperti Labuan itu sekali-sekala berhadapan dengan bekalan air bersih. Apa lagi gangguan disebabkan oleh masalah teknikal iaitu paip air yang bocor yang boleh diselesaikan tinggal lagi Ahli Parlimen Labuan itu sendiri yang tampak lembab tidak kreatif dan tidak bersungguh sungguh mencari jalan penyelesaian.

Sengalnya si Romzi ni dua tahun lebih berada dalam kerajaan tapi kenapa isu air yang dihadapi oleh masyarakat Labuan tidak disuarakan secara terbuka. Apa yang dibuat selama itu, jadi budak baik?

Untuk makluman Tuan Romzi. Di Sabah pun apa kurangnya. Bekalan air bersih juga menjadi masalah harian masyarakat Sabah dan ia semakin teruk sejak Sabah diperintah oleh kerajaan Warisan.

Di sana sini kedengaran rungutan masyarakat kerana bekalan air yang tidak sampai ke tempat mereka, walaupun pada ketika PKP dikuatkuasakan.

Sampai ada tu Pejabat Bekalan Air di serbu oleh orang ramai bagi menuntut penjelasan memandangkan aduan telah dibuat berkali kali tapi tidak ada tindakan. Hahaha!

Untuk juga makluman Tuan Romzi jawatan Pengarah Air Sabah yang bertanggungjawab keatas bekalan air di negeri Sabah pun menjadi isu nasional. Membuktikan betapa teruknya birokrasi air sejak Sabah diperintah oleh parti Warisan. He!

Jadi bayangkan kalau individu yang bertanggungjawab pun diragui kemampuannya apa lagi kualiti kerjanya.

Di daerah yang diwakili Menteri Sabah pun masih ada masalah bekalan air. Masih ada catuan air dan akhir-akhir ini tekanan air pula yang bermasalah. Dengar dengar begitulah.

Cubalah jenguk page Jabatan Air Sabah hampir setiap hari ada saja notice yang memaklumkan akan ada gangguan air di tempat tempat tertentu. Tapi kualiti bekalan air tetap juga begitu.

Nampak tak wahai Ahli Parlimen Labuan kalau kerana paip air yang bocor kamu royankan hingga mendesak agar Labuan dipulangkan balik kepada Sabah sedangkan di Sabah sendiri berhadapan dengan masalah bekalan air maka itu adalah sesuatu yang melucukan.

Kalau begitu ceritanya haruskah Sabah ini juga diserahkan pada negara jiran. Haha!