Warisan Rehat Dari Mempertikai Status Bajau Suluk

Artikel ini admin tulis pada tahun 2017 yang bertujuan mempertikai kenyataan seorang pemimpin Warisan dari Penampang berhubung status Bajau Suluk di negeri ini.

Darell berpendapat kaum atau bangsa ini adalah PATI hingga dia lupa siapa sebenarnya Shafie dan dakwaan itu bertentangan dengan dakwaan Peter Anthony selepas itu bahwa KDMR bukanlah penduduk asal Sabah.

Ingat ya entri ini admin tulis pada tahun 2017. Maksudnya yang memainkan sentimen perkauman demi keuntungan politik mereka dan dijalankan sejak dari awal ialah Warisan yang bertujuan untuk menarik kepercayaan KDMR. Ini operasi awal Warisan, parti yang sarat dengan propaganda hingga mengelirukan masyarakat.

Kalau kamu baca artikel dibawah maka kamu akan faham. Kenapa pendirian Warisan dalam isu lambakan PTI tidak konsisten. Ini kerana didalam Warisan itu sendiri ada dua tuntutan yang bercanggah hingga akhirnya Bajau Suluk menjadi kambing hitam mereka.

Lihat apa berlaku pada program PSS yang cuba diperkenalkan. Siapa yang memperkenalkannya ya sudah tentu kerajaan Warisan. Siapa yang membatalkannya ya Warisan juga. Kenapa begitu? sebab seperti yang disebutkan diatas ada dua tuntutan berkenaan kehadiran PATI di negeri ini.

Apa berlaku bilamana Persekutuan cuba menyelesaiakan lambakan PATI di negeri Sabah. Usaha itu ditentang oleh Warisan walhal sebelum ini mereka yang cuba memperkenalkan PSS (Pas Sementara Sabah).

Selagi Warisan tidak ditumbangkan maka selagi itu jugalah sentimen perkauman akan terus dimainkan, apa lagi bila sokongan keatas Warisan tergugat. Lihat hari ini, ada kamu dengar kepimpinan Warisan mempolitikkan kehadiran PATI sebagai modal kempen mereka, tidak ada kan? hipokrit nak mampus.

Benarlah parti dan pemimpin yang paling hipokrit ialah Warisan. Mereka kata tolak politik wang tapi awal awal lagi sudah bergerak di peringkat akar umbi. Mereka kata ada usaha memecahkan undi Warisan Plus tapi di Semporna tu calon yang ikut bertanding terdiri dari kerabat Shafie.

Entri ini ditujukan khusus untuk pengundi Bajau Suluk yang ada di seluruh negara. Kenapa Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking tidak sudah menyalahkan Bajau Suluk melalui RCI Ic Projek? seolah olah majoriti kaum ini pemegang Ic projek kerna itu jugalah dia bersetuju agar Mykad versi Sabah diperkenalkan. Jangan dia lupa kekuatan Presiden Warisan, Shafie bergantung sepenuhnya […]

Warisan Mempertikai Status Bajau Suluk?

Tak Ada Maknanya Calon Prof Melawan Calon PhD DUN Membakut

Tidak hanya kerana calon Warisan untuk DUN Membakut ada gelaran Profesor teruslah apa yang dikatakannya sebagai benar dan berupaya. Poyoh!

Jangan syok sendiri calon dari Perikatan Nasional (Bersatu) Datuk Dr Arifin Arif juga membawa gelaran PhD (Dr) dalam bidang agama.

Soal manifestasi perubahan yang akan dibuat sekiranya calon Warisan itu mendapat kemenangan, ia adalah hal yang biasa bagi seorang calon apa lagi dari parti Warisan yang terkenal dengan janji bulan dan bintang mereka. Buktinya sehingga pemerintahan Warisan berakhir tidak ada satupun janji atau manifesto yang telah direalisasikan. Nothing!

Tidak ada pihak yang boleh menafikan kemajuan yang telah dicapai di daerah Membakut, sejak daerah itu diwakili oleh Datuk Dr Arifin Arif. Hari ini daerah Membakut terkenal dengan jolokan daerah ilmu. Begitu juga dalam bidang pertanian Datuk Dr Arifin telah berjaya menukarnya dari pertanian lama menjadi pertanian moden dimana penggunaan tenaga manusia dapat dikurangkan mengikut keperluan.

Selain itu visi utama calon atau Adun Membakut adalah membangun bersama ilmu selepas ini dikenali sebagai Membakut daerah ilmu.

https://www.utusanborneo.com.my/2019/10/10/membangun-dengan-ilmu-visi-utama-adun-membakut

Nampaknya janji manis si Mohd Kamarudin ini sama dengan si Munirah semasa berkempen di pilihan raya yang lepas. Munirah dalam ucapannya berikrar sekiranya dia terpilih maka masalah banjir di Kota Belud akan diselesaikan. Tapi nampaknya sehingga hari ini banjir terus melanda kawasan yang diwakilinya. Hahahaha! klik link dibawah.

https://jalinluin.com/2020/06/29/janji-calon-warisan-untuk-menyelesaikan-banjir-hanyalah-dusta/

Letrik|Warisan Wajib Malu Pada DAP Sabah

Kalau benar DAP Sabah telah berjaya menyelesaikan masalah elektrik di pedalaman Tenom iaitu di Kampung Rayoh yang melibatkan 59 buah rumah. Maka mari kita ucapkan tahniah kepada mereka.

Kita sebagai masyarakat yang rasional tidaklah bersikap hipokrit terhadap mana-mana parti politik yang telah berjasa kepada masyarakat luar bandar khasnya.

Tapi itu tidak bermakna BN telah gagal menjaga Kebajikan masyarakat luar bandar Sabah. Hakikat nya BN melalui Kementerian KKLW telah memperkenalkan pelbagai program bagi menyelesaikan atau melengkapkan prasarana seperti bekalan letrik melalui BELB.

https://jalinluin.com/2017/11/29/bekalan-letrik-luar-bandar-belb-gagal/

Tapi sayang Menteri yang dipertanggungjawabkan pada masa itu gagal memikul tanggungjawabnya. Pun begitu hari ini pemimpin berkenaan telah menubuhkan satu parti baharu dan menjanjikan perubahan kepada masyarakat Sabah. Bikin ketawa!

Sepatutnya Parti Warisan wajib malu pada DAP kerana walaupun DAP berasal dari semenanjung tapi mereka ada sedikit kesungguhan membantu masyarakat Sabah. Tidak seperti Parti Warisan walaupun membahasakan diri mereka sebagai parti tempatan.

Tapi tiada satu pun kerja berkebajikan dan memberikan kesan yang berjaya dilaksanakan. Setakat janji bulan dan bintang melalui slogan Sabah Ubah jak kah? 😃

Sedangkan Parti Warisan ingin dikenali sebagai parti tempatan Sabah yang ingin menjadi tulang belakang Pakatan Harapan di negeri Sabah. Memang lucu!

Semasa mengetuai Menteri KKLW gagal memanfaatkan peruntukan yang berbilion, hari ini mengetuai Parti Warisan pun masih gagal memikul tanggungjawab seadanya parti pembangkang.

Paling pun ada yang ditayangkan pada masyarakat ialah record kerja semasa menjadi Menteri KKLW. Tapi bukankah itu hasil kebijaksanaan BN yang memperkenalkan program demi kebaikkan rakyat?

Lagi melucukan bila parti Warisan mewujudkan satu aplikasi bagi tujuan mengutip derma dari masyarakat.

Jadi benarlah luahan netizen sebelum ini, dia kata sebenarnya Parti Warisan tidak ada hati memperjuangkan hak-hak Sabah yang ada hanyalah perjuangan mengejar kedudukan sebagai Ketua Menteri Sabah.