Kerana Bugis Warisan Malaysia Menjadi Tauladan Indonesia

Kementerian Kesihatan Indonesia menjadikan kenaikan kes Covid-19 di Malaysia dan India sebagai tauladan kepada penduduk negara itu, agar duduk di rumah dan berhati-hati dengan ancaman Covid-19. Begini penyataan yang dilaporkan oleh Malaysiakini. Ok lah tu.

Tapi tahukah mereka pada hakikatnya kerajaan Malaysia telah berjaya membendung penularan wabak ini dan melaksanakan vaksinisasi.

SOP dilaksanakan dengan begitu ketat dan ia diterima oleh rakyat jelata. Hanya segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab, sengaja mempolitikkannya dan sengaja mengeluarkan kenyataan yang mengada-ngada. Malah ada diantara mereka yang sengaja turun di jalanan untuk menunjuk perasaan. Kononnya!

Tapi rupanya tunjuk perasaan mereka dipandang sinis oleh rakyat Sabah. Malah rentetan tunjuk perasaan itu ramai yang membenci penyokong Warisan Tawau. Menurut mereka, penunjuk perasaan di Kampung Muhibah Tawau tempoh hari agak keterlaluan, terlalu lupa diri hingga menyusahkan orang lain.

So apa cerita penyokong Parti Warisan Tawau. Boleh bagi sedikit pencerahan atau kenyataan yang dapat membantah tuduhan rakyat Sabah dan terbaru dakwaan seolah-olah Warisan telah menyumbang kepada kenaikan Covid-19 hingga kerajaan Indonesia menyatakannya. Berat tuduhan tu hingga kerajaan Indonesia menasihatkan rakyatnya agar jangan meniru Malaysia atau rakyat Malaysia. Sedangkan mana ada orang Malaysia secara umumnya yang keluar menunjuk perasaan bagi membantah pelaksanaan PKP?

Yang rakyat tahu atau bukan kah Bugis Bugis Warisan Tawau secara khususnya yang keluar menunjuk perasaan. Sekarang apa cerita kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Dulu bukan main lagi, masa mula mula gambar penunjuk perasaan berhadapan dengan anggota Polis. Siap dipuji lagi sebagai kononnya hero Tawau yang mewakili mereka. Alahai!

Ramai orang Malaysia yang marah tau jangan main-main. Kamu sebagai pemimpin dan jentera Warisan Tawau patut malu seandainya kamu gagal menyahut cabaran ini.

Oh ya dengar cerita ini hajat jentera Warisan untuk mengerjakan solat beramai-ramai di bandar Tawau tidak menjadi kenyataan. Wap saja kah.

Ini adalah pengajaran. Pada hakikatnya kaum kaum lain juga terjejas akibat PKP tapi terpaksa akur pada pemerintah.

Sehingga Saat Ini Warisan Gagal Tunjuk Transaksi Royalti RM3.2 Bilion

Sehingga saat ini kerajaan negeri Warisan gagal menyahut cabaran sekiranya mereka menunjukkan kemana royalti minyak RM3.2 bilion telah dibelanjakan. Entah apa yang mereka sembunyikan.

Tapi masih dalam masa yang sama sibuk mempolitikkan kononnya tuntutan royalti minyak dan perkara yang ada hubung kaitnya dengan perjanjian Malaysia 1963.

Jangan saja dana berkenaan bertukar dedak demi meraih undi Warisan di pilihan raya negeri ini, iya sudahlah.


2 tahun Warisan memerintah negeri Sabah tapi tidak pernah sekalipun masyarakat Sabah mendengar permakluman bahawa kerajaan negeri telah menerima bayaran royalti minyak sebanyak sekian-sekian.

Dalam diam kerajaan Sabah dibawah Parti Warisan telah pun menerima royalti 5%, pada tahun 2018 sebanyak RM1.7 bilion dan 2019 sebanyak RM1.5 billion jumlah keseluruhannya RM3.2 billion……. Klik link dibawah.

https://jalinluin.com/2020/08/05/kemana-royalti-rm3-2-bilion-dibelanjakan-oleh-warisan/

Laporan Polis Terhadap Presiden Warisan Oleh Jehik Basanu|Laporan Penuh

Rentetan Laporan Polis yang dibuat oleh pemimpin dan penyokong Warisan terhadap Datuk Anifah Aman.

https://jalinluin.com/2018/02/18/warisan-buat-laporan-polis-untuk-saman-anifah-aman/

Sebelum ini banyak kenyataan atau artikel dari keluarga terdekat Shafie Apdal yang menolak perjuangan Parti Warisan Sabah. Tidak terkecuali dari Adun Lahad Datu, Datuk Yusof Apdal yang tegas mengingatkan masyarakat Sabah agar menolak perjuangan parti Warisan Sabah.

https://jalinluin.com/2018/02/06/jangan-cuba-cuba-menukar-kerajaan-bn-yusof-apdal/

Kelmarin tiba giliran Setiausaha Politik kepada Datuk Anifah Aman yang juga keluarga terdekat Presiden Warisan, Shafie Apdal.

Datuk Jihek Bin Hj Basanu adalah Setiausaha Politik kepada Menteri Luar Malaysia, Datuk Anifah Aman dan beliau berbangsa Bajau Suluk dari Semporna telah membuat laporan Polis terhadap Presiden Warisan.

Laporan Polis ini telah membongkar kedangkalan atau muslihat parti Warisan dan ini juga membuktikan bahawa Datuk Anifah Aman tidak mengamalkan politik perkauman dan kekitaan seperti mana sikap pemimpin dan penyokong Warisan yang percaya parti Warisan adalah parti untuk kaum Bajau sahaja. Kerna Datuk Jehik itu sendiri adalah keluarga terdekat Shafie Apdal dan berbangsa Bajau Suluk.

Dengan demikian tidak kah masyarakat Sabah yang ada diluar sana terfikir, sedangkan keluarga terdekat Shafie Apdal tidak menyokong perjuangan parti Warisan Sabah. Adakah kamu lebih bijaksana dari mereka. Tepuk dada dan berfikirlah secara waras, jangan selamanya tolol! Hemmm

Dan tidak kah juga masyarakat terfikir siapa sebenarnya yang memberikan maklumat pada Datuk Anifah berhubung status Shafie Apdal.

Bha ikuti kenyataan penuh laporan Polis yang dibuat oleh Setiausaha Politik Anifah Aman keatas parti Warisan, Shafie Apdal.


Pada 14.2.2018 semasa saya melayari Internet saya telah membaca artikel-artikel berkenaan laporan polis yang dibuat oleh Setiausaha Parti Warisan Sabah encik loretto padua Junior terhadap Datuk Seri Anifah Haji Aman

Berdasarkan maklumat yang telah dibekalkan dalam artikel artikel tersebut, laporan polis tersebut dikatakan adalah berkenaan ucapan Datuk Seri Anifah dalam satu program tahun baru Cina di Kota Kinabalu pada 09hb February 2018.

Saya membuat laporan polis ini kerana tidak bersetuju sama sekali dengan laporan yang diberikan oleh saudara Loretto Padua dan berasa amat marah serta tersinggung dengan kenyataan saudara Loretto dan juga bagi pihak Datuk Seri Anifah kerana bimbang mengenai keselamatan beliau, keluarga serta pekerja-pekerja beliau disebabkan oleh laporan yang telah dibuat oleh Parti Warisan Sabah yang mana laporan tersebut mengandungi kenyataan yang cuba secara niat jahat memutarbelitkan ucapan Datuk Seri Anifah dan membangkitkan isu-isu perkauman yang bersifat hasutan.

Ucapan Datuk Seri Anifah hanya berniat untuk menyeru para hadirin memastikan bahawa Sabah mesti diterajui dan ditadbir oleh orang Sabah sendiri tanpa mengira kaum bangsa atau agama dan bukannya diterajui dan ditadbir oleh orang luar. Ucapan ini hanyalah untuk menyatukan rakyat Sabah, demi keselamatan generasi dan Warisan kita.

Pada masa itu kata-kata, konteks, nada dan niat ucapan Datuk Seri Anifah Aman antara lainnya untuk membuat perbandingan antara objektif kumpulan MySabah dan Parti Warisan khususnya. MySabah bertindak untuk menuntut supaya hak hak Sabah dibawah undang undang Malaysia dilaksanakan sepenuhnya. Sebaliknya, objektif parti Warisan secara harfiahnya kelihatan seperti menuntut hak-hak pentadbiran, seolah olah hak hak itu diwarisi dari keturunan nenek moyang seseorang. Datuk Seri Anifah menegaskan bahawa hak-hak tersebut, bukanlah hak yang boleh diwarisi dari keturunan seseorang. Oleh yang demikian inilah perbezaan yang diutarakan di antara Parti Warisan dan kumpulan May Sabah datuk seri anifah aman tidak menghasut atau untuk membangkitkan isu-isu sensitif.

Sehubungan itu kata-kata, konteks nada dan niat ucapan datuk Anifah tidak sekali-kali mengandungi niat jahat atau niat Menghasut. Perkataan, konteks dan nada semuanya dibuat dengan niat baik ikhlas dan untuk menjawab soalan umum mengenai hak-hak Sabah

Jika Parti Warisan teguh dengan pendirian mereka untuk menuduh Datuk Anifah cuba untuk menyebarkan fitnah dan menghasut kebencian terhadap Parti Warisan. Maka Di sini saya jelaskan bahawa kata-kata tersebut disebut dengan suci hati dan ucapan Datuk Anifah itu adalah berkaitan dengan soalan dari umum. Selain itu ucapan beliau juga merupakan komen yang tidak bias dan adil dan bercirikan persoalan kepentingan dan kepentingan umum, adalah komen yang adil (fair comment)

Selain itu tidak pernah semasa ucapan Datuk anifah ada panggilan untuk Menghasut gangguan-gangguan atau rusuhan awam terhadap mana-mana orang kumpulan atau organisasi. Lebih-lebih lagi tidak ada kata-kata yang dimaksudkan dikira direka atau mampu untuk menjengkelkan mana-mana orang, kumpulan atau organisasi

Saya juga ingin menegaskan bahawa kandungan nombor laporan polis LUYANG/000670/18, PAPAR/000854/18 RANAU/000530/18, TAWAU/003044/18 dan semua laporan lain yang berkaitan, mengandungi kenyataan yang tidak benar dan disengajakan yang mana laporan ini jelas mengandungi penipuan, mengelirukan dan salahguna terhadap sistem Keadilan serta mencederakan reputasi Datuk anifah Aman. Saya juga nyatakan bahawa terdapatnya fakta yang salah dalam laporan itu dan orang yang membuat no laporan polis, LUYANG/000670/18, PAPAR/000854/18 RANAU/000530/18, TAWAU/003044/18 dan semua laporan lain yang berkaitan perlu disiasat di bawah Seksyen 177 dan 182 Kanun keseksaan.

Saya berharap pihak polis serta pihak berkuasa yang berkaitan dapat menyiasat perkara ini secara khususnya berkenaan cubaan parti Warisan untuk memberi interpretasinya sendiri kepada ucapan Datuk Seri anifah dan yang secara langsung berunsur fitnah jenayah dan atau merupakan laporan palsu yang dibuat demi kepentingan politik

Di sertakan salinan CD bukti untuk tindakan selanjutnya.

Sekian laporan saya.

Warisan Berkerjasama Dengan PH – Terence Siambun (Edisi Kantoi)

Kemunafikan Warisan terburai, terkantoi!

Akhirnya dan secara rasminya tembelang Warisan terbongkar terburai kerana sebelum ini Parti Warisan yang diketuai oleh Shafie Apdal bertegas tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti daripada Semenanjung, kerana menurut Shafie kerjasama itu nanti hanya akan mengongkong tuntutan yang akan dikemukakan berdasarkan perjanjian 1963 atau perjanjian Malaysia. Kononnya!

Tapi hari ini secara terang-terangan Naib Presiden Warisan yang juga Bendahari Agung, Terence Siambun. Menyatakan hasrat mereka yang ingin bekerjasama dengan Pakatan Harapan malah sanggup menjadi tulang belakang Pakatan Harapan di Sabah.

http://www.astroawani.com/berita-politik/warisan-mahu-ketuai-kerjasama-dengan-ph-di-sabah-167703

“Saya tidak melihat kami ada isu berhubung perkara itu. Seperti yang presiden parti nyatakan kita bersama-sama terlibat dalam perjuangan di Sabah”

“Kita juga sentiasa menekankan kepada rakyat bahawa kita menyokong PH di Malaysia dan di Sabah kita akan memainkan peranan sebagai tulang belakang,” kata Terence Siambun semasa berkempen di Tamu Dogonggon, Penampang.

Sekali lagi Terence Siambun menegaskan bahawa Warisan tidak ada halangan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan mereka menolak spekulasi bahawa parti itu enggan bekerjasama dengan PH.

Warisan kata spekulasi? seolah-olah masyarakat Sabah ini bodoh, penipu memandangkan sebelum ini masyarakat Sabah lah yang lantang bercakap berhubung kerjasama itu. Tapi dinafikan oleh Presiden Warisan bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan parti-parti daripada Semenanjung.

Come on lah janganlah hipokrit. Jangan Munafik jangan lagi tambah kemunafikan sebelum ini yang cuba memperalatkan agama Kristian. Hari ini tanpa segan dan malu Warisan menawarkan diri ingin bekerjasama dengan parti yang bertapak di Semenanjung.

Memang ini Warisan tidak boleh pakai ohh, cakap tidak serupa bikin.

Secara politiknya ini adalah kemenangan besar jentera BN Sabah yang selama ini bertungkus-lumus mendedahkan adanya kerjasama di antara Parti Warisan dengan Dr Mahathir aka PPBM.

Dibawah adalah dua bukti jelas yang Warisan adalah parti yang hipokrit, kononnya tidak mahu berkerjasama tapi hari semuanya berubah, ibarat meludah ke langit.

https://jalinluin.com/2017/05/16/alasan-warisan-tidak-berkerjasama-dengan-parti%c2%b2-dari-semenanjung/