Ewon Tidak Tahu Sebab Apa Shafie Takutkan Mahathir – MA63

Takut Shafie atau Warisan tu ada makna kawan, takut kehilangan jawatan Ketua Menteri Sabah.

Takut disini juga membawa makna, ertinya tidak ada gunanya Warisan beriya iya mempolitikkan perjanjian Malaysia 1963 kalau pada hakikatnya takut menuntut hak hak dalam perjanjian 1963.

Dalam kata lain agenda Sabah Ubah, Sabah Unity dan terbaru Sabah Reset hanyalah pancingan supaya mereka disokong oleh rakyat Sabah. Hemmm!


KOTA KINABALU: Bekas Menteri Sabah, Ewon Benedick, mempersoalkan mengapa Presiden Warisan Shafie Apdal menangguh pelaksanaan dua isu penting sementara menunggu perbincangan dengan Dr Mahathir Mohamad.

“Saya tidak tahu mengapa beliau takut sangat dengan Mahathir,” katanya pada ceramah ketika berkempen bagi kawasan Parlimen Penampang.


Benedick yang juga calon Pakatan Harapan (PH) bagi Penampang, berkata beliau tidak pernah mendengar mana-mana pemimpin PH Sabah menentang tuntutan hak Sabah berhubung perkongsian hasil cukai seperti didakwa Shafie.

“Apa yang saya dengar adalah Shafie yang ketika itu menjadi ketua menteri berkata beliau mahu berbincang mengenai perkara itu dengan perdana menteri ketika itu sebelum membuat keputusan.


“Ini berlaku selepas Sarawak menyaman kerajaan persekutuan bagi hak mengenakan cukai jualan 5% ke atas produk petroleum. Sarawak ada menjemput Shafie turut serta bersama dalam tuntutan mahkamah itu, namun beliau menolak,” katanya.

Perkara sama berlaku pada 2019 selepas enakmen mengenakan cukai jualan 5% ke atas produk petroleum diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, beliau ada bertanya kepada Shafie mengenai enakmen itu yang tidak dikuatkuasakan serta merta selepas ia diluluskan dan dimaklumkan Shafie bahawa perkara itu akan dibincangkan dengan Mahathir terlebih dulu sebelum membuat keputusan.

“Beliau terus menangguhkannya sehingga Mahathir meletakkan jawatan pada 2020. Hanya selepas itu, beliau mengambil keputusan menguatkuasakan enakmen berkenaan. Saya tidak tahu mengapa beliau takut sangat dengan Mahathir,” katanya.

Benedick berkata, beliau terkejut apabila Shafie memilih untuk menyerang dan memfitnah bekas menteri kabinetnya sendiri berhubung isu terbabit.

Katanya, Warisan ketika itu memegang tiga kedudukan menteri penuh dalam Kabinet persekutuan dan sepatutnya mampu melakukan lebih banyak. Shafie juga merupakan ahli dalam pelbagai jawatankuasa dan majlis tertinggi di peringkat nasional, sambil menyatakan beliau lebih mudah berjuang menuntut hak Sabah, berbanding meletakkan kesalahan pada pimpinan PH.

Setiausaha DAP Sabah Ginger Phoong yang juga bekas menteri Sabah dan pernah menganggotai Kabinet Shafie, mendakwa bekas ketua menteri itu melakukan serangan murahan terhadap bekas sekutunya.

“Beliau pernah menjadi pemimpin kerajaan Sabah dan sekarang meletakkan kesalahan kepada mereka. Bagaimana beliau sanggup bertindak seperti itu,” katanya.

Terdahulu, Shafie mendakwa, kerajaan negeri pimpinannya sebelum ini boleh melakukan lebih baik dalam menuntut hak Sabah bagi perkongsian hasil cukai, namun PH enggan menyokong langkah itu.

Sumber FMT

Calon GRS Parlimen Ranau Dedah Pembohongan Anwar Ibrahim (Video)

Pendedahan oleh calon GRS untuk Parlimen Ranau, Jonathan Yasin berhubung pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan yang tidak sampai sepenggal.

Menurut calon GRS ini yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang adalah angkara Anwar Ibrahim dan kumpulannya yang mengkhianati perjanjian yang telah dipersetujui diantara kompenan dalam PH serta mungkin UMNO melalui Presidennya Zahid Hamidi. Ertinya mustahil kerajaan Pakatan Harapan tumbang jika Anwar Ibrahim dan kawan kawannya setia kepada perjanjian yang bertujuan untuk menjaga kestabilan negara.

Bila kerajaan Pakatan Harapan tidak lagi stabil alsebab desakan demi desakan supaya Anwar Ibrahim diberikan peluang sebagai Perdana Menteri Malaysia menggantikan Tun Dr Mahathir. Barulah ketika itu Anwar Ibrahim dan kumpulannya merayu Tun Dr Mahathir agar jangan meletakkan jawatan sekaligus “menyerahkan” jawatan Perdana Menteri kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jonathan Yasin ni pemimpin yang lama berjuang dalam parti PKR bersama Anwar, Azmin Ali dan mereka yang lain. Dari itu dia mengetahui setiap pembohongan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan kumpulannya, yang ibarat depan cakap lain di belakang lain atau cakap tidak serupa bikin.

Oleh adalah tidak tepat kalau kumpulannya pula yang dianggap pengkhianat oleh Anwar Ibrahim dan penyokongnya.

Kali ini jangan lagi ada yang percaya pada janji-janji calon Pakatan Harapan sebab mereka tidak akan menunaikannya, nasihat calon GRS.

Undilah calon GRS kalau anda berada di Sabah dan Perikatan Nasional (PN) jika berada di Semenanjung.

Christina Dedah Shafie, Gagal, Berbohong dan Tidak Bertanggungjawab – MA63

Kalau penyokong Perikatan Nasional atau GRS yang mengkritik propaganda Parti Warisan berkaitan perjanjian Malaysia 1963. Maka akan ada yang mendakwa sebaliknya kononnya ia pihak yang tidak ingin melihat kononnya parti tempatan menuntut hak-hak Sabah.

Parti tempatan apa, kalau macam parti Warisan hidup dua alam, bertanding di Sabah dan Semenanjung. Jadi macam manalah mereka menegakkan perjuangan hal hal dalam perjanjian Malaysia 1963 sedangkan ia tidak bersifat Nasional.

Apa bha yang difahami dan diketahui oleh penyokong Warisan berhubung perjanjian Malaysia 1963. Berdekad Shafie memikul tanggungjawab sebagai pemimpin UMNO yang bertapak Persekutuan tapi tidak pula kedengaran dia menuntut perjanjian Malaysia 1963 dihadapan pemimpin UMNO atau PH, yang ada UMNO mesti di martabatkan sebab tanpa UMNO, dirinya yang hina pun boleh menjadi orang.

Bagaimana pula jika pemimpin PKR yang menjadi sekutu Shafie dalam kerajaan Pakatan Harapan dan Warisan itu sendiri, mendedahkan kegagalan Shafie atau kerajaan negeri Warisan di dalam menunaikan agenda Sabah Ubah atau menuntut hak dalam perjanjian Malaysia 1963. Apa masih ada ruang untuk menafikannya atau membohong diri sendiri?

Menukar slogan perjuangan setiap kali pilihan raya sebenarnya sudah cukup membuktikan agenda hak hak Sabah hanyalah propaganda Warisan semata mata dan disasarkan untuk golongan flip flop. Golongan yang kecewa pada orang lain tapi orang lain pula yang dipersalahkan sebab itulah menjadi penyokong Warisan buta buta.

Semua pihak yang mempertikaikan ketelusan Warisan dalam memperjuangkan hak-hak Sabah dipertikaikan kesahihannya walaupun sebelum itu menjadi orang kepercayaan Shafie Apdal sepertimana Christina Liew ini.

Mula mula dulu Warisan kata Sabah Ubah tapi bila menghadapi pilihan raya negeri Sabah 2020 bertukar menjadi Sabah Unity. Hari ini dalam pilihan raya umum ke 15 sekali lagi bertukar menjadi Sabah Reset sedangkan sebelum ini Warisan adalah kerajaan Sabah yang meninggalkan banyak kegagalan, jadi mau reset kegagalan siapa?

Pemimpin PKR Christina Liew bekas ahli parlimen Tawau yang gagal memikul tanggungjawabnya. Orang Tawau kata hanya timbul bila pilihanraya, begitulah lucunya hubungan orang Tawau dan Christina Liew.

Kali ini muncul juga dalam hanya pilihan raya tapi kali ini untuk membuktikan pembohongan dan kegagalan Shafie Apdal.

Menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bekas ketua menteri Shafie Apdal yang mendakwa pemimpin kerajaan PH menghalangnya dari menuntut hak hak Sabah atau cukai hasil minyak 40%.

Christina Liew menafikan dakwaan Shafie Apdal itu sebagai tidak berasas dan hanyalah propaganda untuk pilihanraya umum ke 15 ini.

Menurut lagi Christina, ini menunjukkan Shafie Apdal bukannya pemimpin yang bertanggungjawab dan tidak sepatutnya mencipta cerita untuk mengelirukan pengundi.

Sebaliknya diri Shafie lah yang tidak mampu menunaikan dan memperjuangkan hak-hak Sabah, walaupun ketika itu bersama kerajaan Pakatan Harapan.

Jadi sangat benarlah dakwaan bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang mendakwa kerajaan Warisan Shafie Apdal takut menuntut hak-hak Sabah atau 40% royalti minyak dari Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir. Rentetan itu dia menasihatkan kepimpinan Warisan agar jangan lagi berani mempolitikkan perjanjian Malaysia kalau tujuannya hanya untuk kepentingan politik Parti Warisan. Baca link dibawah…. Juga link seterusnya dimana calon Parlimen Penampang dari parti UPKO kenapa Shafie begitu takut pada Dr Mahathir.

Jangan pula tidak tahu Christina Liew adalah Timbalan Ketua Menteri kepada Shafie Apdal dalam kerajaan Warisan. Shafie juga banyak membantu dalam menyelesaikan skandal tanah di Lahad Datu yang dimanipulasi oleh Christina Liew. Pun begitu tetap saja dia menyatakan perkara yang benar walaupun Shafie banyak berjasa kepada dirinya, bahawa Shafie adalah pemimpin yang gagal menuntut elemen dalam perjanjian Malaysia 1963.

Lim Guan Eng Sabotaj Agenda Bumiputera – Muhyiddin

Lah rakan jajaran baru UMNO kantoi bila liberalism DAP dibongkar oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa DAP semasa pentadbirannya cuba mensabotaj agenda ekonomi Bumiputera.

Sebelum itu kenal diri anda siapa anda adakah  bumiputera yang tidak menuntut pembelaan dari kerajaan seperti Perikatan Nasional sebelum ini, kalau iya nah teruskan menyokong DAP.

Atau berharap pada UMNO untuk membela nasib Bumiputera tapi bukankah sudah 60 tahun UMNO diberi peluang untuk membela nasib Bumiputera, kejayaan apa? Kah masih ramai orang Melayu yang tidur dibawah jambatan?

Jajaran baru bermaksud konspirasi menyatukan UMNO dan Pakatan Harapan selepas pilihanraya umum yang ke-15. Itu adalah cara terbaik menyelamatkan kluster Mahkamah dan juga cara terbaik membentuk kerajaan sekiranya tidak ada parti yang mendominasi kemenangan.

Penyokong calon UMNO dan Pakatan Harapan apa pendapat anda dalam hal ini?

Nasihat saya, pada kaum Cina tolonglah ubah sokongan anda kepada parti atau calon lain, seperti calon dari PN atau GRS kah. Jangan terlalu kaitkan atau cop bangsa anda dengan parti DAP semata-mata. Nanti akhirnya yang menanggung rugi adalah generasi Cina akan datang, macam kaum China di negara negara barat.


Dalam ceramah saya di Tambun malam tadi, saya jelaskan tentang sikap DAP yang sebenar terhadap Agenda Bumiputera. DAP bukan sahaja tidak menyokong malah cuba sabotaj Agenda Bumiputera ketika PH memerintah selama 22 bulan.

Datuk Seri Azmin pernah dedahkan apa yang Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan kerajaan PH buat kepada TERAJU.

TERAJU adalah sebuah agensi yang bertanggungjawab membimbing syarikat-syarikat Bumiputera untuk maju terutamanya dalam bidang-bidang ekonomi yang berdaya saing.

Dalam sesi rundingan Bajet 2020, Lim Guan Eng tidak berikan satu sen pun kepada TERAJU. Walhal, dalam RMK-10, TERAJU diberikan siling peruntukan RM2 bilion.

Tindakan Guan Eng ini menyebabkan 200 syarikat Bumiputera terjejas dan 10,000 peluang pekerjaan baharu tidak dapat diwujudkan.

Satu lagi ialah EKUINAS, iaitu sebuah  syarikat milik kerajaan yang ditubuhkan untuk menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam sektor-sektor ekonomi yang berdaya saing. Kerajaan menyediakan peruntukan kepada Yayasan Ekuiti Nasional (YEN) dan YEN menyalurkan peruntukan ini kepada EKUINAS.

Pada tahun 2019, Lim Guan Eng menulis surat kepada Tun Mahathir meminta supaya revolving fund EKUINAS berjumlah RM2.4 bilion dikembalikan kepada Kementerian Kewangan dan EKUINAS ditutup.

Cubaan Lim Guan Eng ini gagal kerana dibantah oleh Datuk Seri Azmin selaku Menteri Hal Ehwal Ekonomi pada masa itu.

Kerana marah cubaannya menutup EKUINAS gagal, dalam Bajet 2020, Lim Guan Eng hanya menyediakan peruntukan token sebanyak RM100 kepada EKUINAS.

Apa yang boleh dibuat dengan peruntukan hanya RM100? Sedangkan fungsi EKUINAS ialah untuk menyuntik modal pelaburan dalam sektor strategik dan kompetitif untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam rantaian ekonomi bernilai tambah tinggi.

Datuk Seri Azmin beritahu saya beliau terpaksa merayu kepada Tun Mahathir supaya peruntukan kepada TERAJU dan EKUINAS dinaikkan. Ada bukti surat yang ditunjukkan kepada saya.

Ini adalah satu bentuk sabotaj terhadap Agenda Bumiputera. Jadi jangan tanya saya lagi kenapa saya dan rakan-rakan yang lain tinggalkan PH.

Saya ingatkan pengundi Tambun supaya jangan undi PH yang dikuasai oleh DAP.

#PNBEST
#BersihdanStabil
#PerikatanNasional

Anifah Aman Hadir Di Majlis Politik Anwar Ibrahim, Tukang Hina Anifah Apa Cerita?

Anifah Aman hadir di majlis kempen pilihan raya ke 15 Anwar Ibrahim di Kota Kinabalu.

Isunya bukan hadir itu sendiri tapi cemuhan yang dilemparkan sebelum ini ke atas Anifah Aman adakah selepas ini si pencemuh akan menjilat balik ludah mereka?

Dalam majlis itu Anifah diberikan kesempatan berucap selaku Presiden parti PCS (parti cinta Sabah).

Dalam ucapannya Anifah macam memuji muji Anwar Ibrahim begitu juga Anwar Ibrahim dalam ucapannya, memuji muji Anifah. Betul tak?

Dalam ucapan Anifah dihadapan Anwar Ibrahim mendedahkan yang Zahid Hamid ada menawarkan dia jawatan sekiranya tidak bertanding Parlimen Kimanis. Kamu nampak kah siapa Zahid Hamidi waktu itu, tidak ubah seperti kuasa seorang Perdana Menteri Malaysia kan? Pendedahan pula dibuat dihadapan Anwar Ibrahim bos jajaran baru.

Ada kemungkinan kerjasama UMNO dan PH akan menjadi kenyataan. Sudah ada bayang bayangnya kan?

Anifah kata semasa dia berada diluar negara kerana tugas sebagai Menteri Luar pada ketika itu. Pemimpin luar negara sering bertanya, bila Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kenyataan Anifah berkenaan mendapat tepukan gemuruh dari penyokong penyokong Anwar.

Sabah adalah sebuah negeri yang kaya dengan sumber alam jadi dengan memberikan 40 persen hasil minyak akan dapat menyediakan peluang pekerjaan di negeri Sabah. Lebih kurang begitulah inti ucapan Anifah selaku Presiden parti PCS. Ucapan yang normal dan lumrah bagi parti parti tempatan, no wonder pun.

Pertanyaannya mungkin kah selepas ini PCS akan menjadi kompenan Pakatan Harapan di Sabah. Kita sama sama tunggu dan diharap mereka yang berkenaan bersedia dengan jilatan yang cun ya.

Pada penyokong atau pemimpin PCS jangan tarik diri dulu nanti tidak pasal pasal mendapat lagi Pai. Itulah macam tidak tahu parti PCS bersifat pembangkang tapi menghairankan mati mati menyokong kenyataan UMNO. Hahaha!

Isnaraissah Dakwa Berhubung Hak dan Kekayaan Sabah Adalah Pembohongan Terbaru (Video)

Terdengar rakaman video calon Warisan yang cuba sekali lagi mengakalkan rakyat Sabah berkaitan perjanjian Malaysia 1963 dan hak hak Sabah.

Betul pemimpin dan jentera Warisan tidak pandai malu dan rasa bersalah. Pada pilihan raya umum ke 14 yang lalu, Warisan menjaja perjanjian Malaysia 1963 melalui slogan Sabah Ubah dan telah sedikit berjaya memenangkan Warisan dikawasan tertentu yang majoritinya naif soal hak dan masa depan negeri bangsa.

Sabah Ubah bererti Presiden Warisan berjanji tidak akan bekerjasama dengan parti parti dari Malaya, terpenting dari itu merealisasikan perjanjian Malaysia 1963.

Dari awal lagi agenda bohong itu cuba ditentang oleh oleh masyarakat Sabah memandangkan ia sesuatu yang bohong dan mustahil untuk ditunaikan.

Malah Shafie sendiri semasa berjawatan Naib Presiden UMNO Malaysia ada menyatakan supaya orang Sabah tidak keliru dengan perjanjian Malaysia 1963. Baca link dibawah,

Tapi apa kan daya ada juga yang terpedaya namun belum cukup untuk mengalahkan kerajaan BN waktu itu yang diketuai oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman.

Ternyata benar Sabah Ubah hanyalah taktik untuk mendapatkan kemenangan. Selepas pilihan raya umum ke 14, Warisan berkerjasama dengan Pakatan Harapan bagi membentuk kerajaan Negeri dan Persekutuan. Menyebabkan beberapa ahli Parlimen Warisan dilantik ke jawatan Menteri dan Timbalan Menteri.

Tapi sebelum itu jelas dan nyata Warisan tidak akan berkerjasama dengan parti parti dari Malaya, baca Link dibawah,

Dalam rakaman video berkenaan Isnaraissah Munirah calon Warisan bagi Kota Belud sekali cuba memperdaya pemikiran rakyat Sabah. Dengan mengatakan cukup cukuplah konok kekayaan Sabah diangkut ke Semenanjung, biarlah kali ini kekayaan Sabah diatur oleh Warisan dan siapa menjadi Perdana Menteri tidak lagi menjadi soal (lebih kurang begitulah kandungan yang cuba disampaikan tapi jujur saya katakan aura rakaman itu langsung tidak menusuk ke kalbu mungkin kerana orang seperti saya amat sedar dan tahu ia hanyalah pembohongan)

Ada pula siapa menjadi Perdana Menteri tidak menjadi soal pada Warisan kalau begitu untuk apa bertanding di Semenanjung kalau hanya fokus soal perjanjian 1963, Sabah?

Jelas disana ada pembohongan kan? pembohongan yang diulang ulang.

Sebelum ini Warisan melalui slogan Sabah Ubah gagal menunaikan janji berdasarkan perjanjian Malaysia 1963. Kalau tidak percaya cuba tanya pemimpin Warisan kejayaan apa yang telah dicapai melalui slogan Sabah Ubah? tidak ada kawan, buktinya rakan sekutu Warisan sendiri DAP dan PKR telah pun membuat pengakuan bahwa Warisan tidak melakukan apa apa semasa menjadi kerajaan negeri. Baca link dibawah,

Tidak cukup dengan kegagalan menunaikan janji manifesto Sabah Ubah. Shafie sekali lagi membuat kenyataan yang bertentangan hak hak Sabah mungkin matlamatnya kali ini untuk memancing kepercayaan non bumiputera tapi tidak kesampaian apa bila kerjasama Warisan dan DAP atau Pakatan Harapan putus di tengah jalan, bukan hanya putus tapi macam anjing dan kucing sudah.

Bila mana menuntut hak atau pegangan bumiputera dalam fet dikurangkan.

Zainab Mohd Salleh Bukan Isteri Saya , Latiff Nafi Tuduhan Rafizi


KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad menafikan tuduhan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang merujuk Zainab Mohd Salleh, sebagai isteri keduanya mempunyai kaitan dengan penyelewengan berhubung projek kapal tempur pesisir (LCS).

Abdul Latiff berkata beliau bersedia memberi kerjasama penuh sekiranya pihak berkuasa ingin menjalankan siasatan selanjutnya.

“Merujuk kepada laporan berita yang tular berkaitan siasatan projek kapal tempur pesisir (LCS), saya menegaskan bahawa Zainab Mohd Salleh bukan isteri saya seperti mana yang dinyatakan dalam berita tersebut.

“Sebagai Anggota Kabinet, saya bersedia memberi kerjasama penuh sekiranya pihak berkuasa ingin menjalankan siasatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Razifi berkata kertas siasatan dalaman LCS menunjukkan Zainab Mohd Salleh terlibat dalam dua syarikat pesisir luar pantai – Alizes Marine Limited dan Alizes Marine Labuan, merupakan isteri keduanya.

Sumber Berita Bersatu

Tetap Turun Parlimen Walaupun Sidang Dibatalkan, Lucu 👎

Beruk beruk Parlimen sedang berarak ke bangunan Parlimen. Mereka adalah Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, Dr Mahathir dan ahli Parlimen PH termasuklah ahli Parlimen Semporna, Shafie yang sepatutnya tidak turut serta kerana sebelum ini dialah yang berdegil tidak melepaskan jawatan Ketua Menteri Sabah, walaupun tidak lagi mendapat sokongan dari Ahli Ahli DUN.

Sokongan Adun pada waktu itu tertulis secara rasmi tidak seperti Pakatan Harapan sekarang sokongan majoriti setakat di mulut yang tidak boleh dibuktikan secara rasmi. Tapi ada hati menuntut Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan Perdana Menteri. Alahai!

Kesian pembangkang ni, nampak sangat tidak bertanggungjawab ini. Tidak bertanggungjawab sebagai ahli Parlimen yang sepatutnya menjadi contoh, juga tidak bertanggungjawab sebagai masyarakat yang sepatutnya bertanggungjawab atas kesihatan orang lain, siapa tahu dikalanganan mereka sedang membawa virus Covid-19.

Mereka ini belum tahukah keputusan dewam, bahawa persidangan pada 02hb Ogos terpaksa ditangguhkan selepas yang dipertuan Dewan menerima nasihat dari Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia. Bahawa persidangan kali ini berpotensi menjadi lokaliti Covid 19 jika dibiarkan.

Jadi sebagai manusia yang masih berfikiran waras apa yang perlu dilakukan selain menangguhkan sidang?

Masyarakat, kamu lihat ini dalam keadaan kamu terpaksa berkurung menyebabkan hidup seharian terhimpit, mereka pembangkang, sibuk mencari kuasa politik. Hakikatnya mereka telah diberikan peluang menjadi kerajaan tapi belum sampai sepenggal sudah ada yang kantoi menipu wang rakyat. Apa berlaku pada Peter Anthony Adun daripada Warisan begitu juga seorang setiausaha di Kementerian Pelancongan yang juga dari parti Warisan, mereka berdua ini sedang dibicarakan di Mahkamah kerana rasuah.

DAP Lim Guan Eng pun begitu sedang dalam proses perbicaraan di Mahkamah kerana skandal terowong bawah laut Pulau Pinang.

Semua Pihak Harus Waspada Pada Pembangkang

Setuju pada pendapat Raja Petra ini. Semua pihak harus berwaspada pada tindak tanduk pembangkang. Sebab puak ni memang tidak boleh di puaskan. Ada saja yang tidak betul sehinggalah perkara itu tampak menyenangkan mereka. Waktu itu mereka akan memuji dan sebaliknya mengeji walaupun keatas Yang Di-pertuan Agong.

Ibarat kalau gelas itu berisi separuh maka mereka akan katakan gelas itu kosong, begitu pula sebaliknya. Ada saja yang tidak kena pada pandangan mereka.

Itu yang admin sering katakan. Pembangkang di Malaysia jenis yang suka mengada ngada. Macam lah tidak pernah memerintah dan ternyata gagal memikul tanggungjawab sebagai kerajaan. Apa kerajaan itu dari Pakatan Harapan mahupun dari parti Warisan yang hanya bertahan dua tahun tengah. Itu pun sarat dengan skandal hingga ada dikalanganan kroni dan kerabat Ketua Menteri Shafie diheret ke muka pengadilan.

Individu Keji Agong Rupanya Totok Anwar Ibrahim (Video)

Inilah kualiti penyokong sekaligus jentera parti PKR. Ironinya dia tidak seperti jentera kebanyakan yang terselit dalam parti PKR tapi lebih dari itu ternyata seorang totok kepada Ketua Pembangkang Malaysia yang juga Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Nama totok ni Iswardy bin Morni beralamat No 13 Jalan 2/5B Bandar Seri Putra, Kajang Selangor. Ada yang mendakwa sebenarnya dia ni berasal dari Kuching.

Kalau setakat berkemampuan menjatuhkan air muka orang dengan mengeluarkan kata kata nista dan fitnah. Melayakkan orang seperti ini dilantik sebagai jentera parti. Nah berlambak tu di tepi jalan. Alahai!

Jujur admin katakan, ini bukan kali pertama melihat raut mukanya berlegar legar di Medsos. Tapi entah kenapa tidak pernah admin mengambil peduli. Mungkin kerana faktor luaran yang tidak memenuhi citarasa, rasa gelik pun ada. Iyalah macam muka orang yang suka mengada ngada tapi pada mereka itu satu kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Hahahaha! Berlambak di tepi jalan tu mangkuk.

Rakamannya yang menghina Yang Dipertuan Agong ini telah viral dan admin difahamkan, laporan Polis telah dibuat oleh individu tertentu.

Ekoran itu pihak Polis telah bertindak. Kita tunggu sajalah apa nanti keadaannya.