Sehingga Hari Ini Shafie Gagal Pulangkan 8 Bilion Dana KKLW

Sehingga hari ini Shafie Apdal masih gagal memulangkan wang rakyat Sabah yang didakwa diambil melalui Kementerian KKLW, tuntutan dibuat oleh Ahli Parlimen Kalabakan pada waktu itu, Ghapur Salleh.

Dianggarkan dana itu mencecah 8 bilion iaitu jumlah keseluruhan peruntukan yang disalurkan ke Kementerian KKLW yang pada waktu itu diterajui oleh Shafie. Hari ini Shafie adalah Presiden Warisan dan mantan Ketua Menteri Sabah yang dipertikaikan sebab itulah hanya mampu bertahan dua setengah tahun.

MP Kalabakan Datuk Ghafur Salleh menuntut peruntukan 8 billion yang disalurkan ke kementerian KKLW tapi diseleweng oleh mantan Menteri KKLW iaitu hari ini Presiden Warisan Shafie agar dipulangkan balik kepada masyarakat Sabah. Dalam pada itu Datuk Ghapur Salleh juga mendakwa Kerajaan Persekutuan telah melakukan kesalahan kerana tidak mengambil tindakan tegas terhadap bekas Menteri Luar Bandar […]

Shafie Apdal|Ghapur Salleh Pulangkan Balik Dana 8 Bilion Kepada Rakyat Sabah

Musa Lebih Berjasa Kepada Masyarakat Sabah Banding Shafie

Nah kejayaan seperti ini yang sepatutnya dicemburui oleh Shafie sekaligus diatasi bukan hanya sibuk berpolitik atau mempersoalkan tanah hutan yang telah berjaya ditukar menjadi ladang Kelapa Sawit hingga mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada ribuan anak anak tempatan Sabah.

Bukan juga setakat berbangga dengan jenama minyak masak yang dikeluarkan di negeri Sabah. Sebab kebanggaan seperti telah berlaku sejak sekian lama tinggal lagi ada yang di hebahkan dan ada yang tidak. Ambil contoh penghasilan biodisel Sabah antara pelopornya.


Walaupun Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman tidak beretorik dengan slogan Sabah Ubah atau Sabah untuk Sabahan sepertimana Presiden Parti Warisan, Datuk Shafie Apdal. Tetapi Musa lebih berjasa kepada rakyat Sabah, kata Datuk Ramlee Marhaban.

Seperti contoh Shafie pernah berada pada kedudukan lebih baik untuk membantu rakyat Sabah melalui jawatan Naib Presiden UMNO dan beberapa jawatan Menteri, terutamanya Menteri di Kementerian KKLW…… Klik link dibawah untuk lebih lanjut.

https://jalinluin.com/2018/02/23/musa-lebih-berjasa-kepada-masyarakat-sabah-berbanding-shafie/

Darell Leiking Antara Pemimpin Warisan Penipu

Ingin sangat admin mencabar kepimpinan Warisan serta penyokong mereka agar menafikan tuduhan admin terhadap Timbalan Presiden parti Warisan, Darell Leiking seperti berikut. Bahawa Darell Leiking adalah pemimpin yang paling auta di Sabah kerana sebelum ini dia telah mengutarakan kononnya fakta yang berniat jahat bertujuan untuk mengalihkan sokongan masyarakat Sabah kepada WARISAN. Di mana dia mendakwa kerajaan BN pada masa itu gagal mengurus ekonomi Sabah. Ini berdasarkan lambakan kedai jualan pakaian terpakai yang ada di mana mana termasuklah di kawasan terbuka berhampiran pejabat guamannya.

Seperti keterangan dibawah.

Pada sebelum PRU14 dia berhujah di dewan parlimen bahawa ekonomi Sabah teruk dibawah kerajaan BN ini berdasarkan jumlah kedai yang menjual pakaian terpakai yang bertambah dari sehari ke sehari. Begitu juga dengan lambakan jualan kereta terpakai di negeri Sabah. Lalu dia menyimpulkan bahawa itu adalah kayu ukur kepada kegagalan kerajaan BN pada waktu itu.

Klik link dibawah ada video disertakan.

Jualan Pakaian Terpakai dan Kereta Terpakai Membuktikan BN Gagal

Malangnya bila parti Warisan menerajui kerajaan negeri Sabah apa yang berlaku agak menyedihkan. Tidak dinafikan di setengah kawasan bilangan penjaja jualan pakaian terpakai semakin bertambah itupun hanya berlaku di kawasan kawasan tertentu kerana peluang prasarana yang disediakan oleh orang perseorangan. Dalam masa yang sama bilangan peniaga yang bankrap bertambah dari sehari ke sehari.

Kegagalan kerajaan negeri Warisan menyerlah bila mana Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan bahawa pertumbuhan ekonomi Sabah jatuh mendadak sejak di perintah oleh parti Warisan.

Ekonomi Sabah Merosot Sejak Di Perintah Oleh Warisan

Ekonomi Sabah Lembab Sehingga KDNK 0.5%

Sekarang apa cerita geng? dakwaan ekonomi Sabah jatuh di zaman pemerintahan BN ternyata palsu sebaliknya kerajaan Warisan yang gagal mengekalkan kestabilan ekonomi Sabah.

Jentera Warisan DUN Pintasan Keluar Sokong USNO

Ini kalilah parti Warisan berhadapan dengan krisis kepercayaan daripada jentera dan penyokong sendiri yang sebelum ini bertanggungjawab memenangkan parti Warisan atau Pakatan Harapan pada pilihan raya yang lepas dan selepas itu berusaha mempertahankan parti Warisan dari serangan yang berbau kekitaan. Seperti contoh di pantai barat juga ramai pemimpin tempatan yang berkaliber tapi tidak diangkat seperti mana Bajau Semporna mengangkat Shafie Apdal sebagai pemimpin mereka.

Namun sejak akhir-akhir ini sentimen itu mulai diterima dan meletup ditambah dengan sikap dan cara pemimpin Parti Warisan yang gagal mengambil peduli kehendak dan teguran pengikut mereka.

Kelmarin beberapa pemimpin Warisan di peringkat pertengahan dan akar umbi telah bertindak meninggalkan parti Warisan dan nekad menyertai parti USNO. Mereka adalah Pak Joko dan Dr Budiman, Mazry Nasir serta beberapa lagi dari DUN Pintasan, Kota Belud.

Berdasarkan catatan awal di Facebook mereka, sebab kenapa mereka bertindak membubarkan jentera Warisan untuk DUN Pintasan adalah kerana mereka tidak digunapakai oleh calon Warisan. Namun percayalah itu hanyalah alasan ada hal lain yang lebih mustahak seperti yang admin nyatakan diatas, sentimen kekitaan di kalangan masyarakat pantai barat dan persepsi mereka terhadap parti Warisan.

Apapun alasannya tahniah daripada admin.


Dalam hanya tempoh dua tahun setengah parti Warisan telah terbukti gagal mentadbir rakyat dan negeri Sabah. Begitu banyak keluhan yang disuarakan masyarakat, baik kerana birokrasi yang mereka hadapi semasa berurusan dengan pentadbiran kerajaan negeri atau berkaitan bantuan Covid 19 yang tidak kesampaian atau saja berita pendakwaan di mahkamah yang melibatkan pemimpin dan kakitangan daripada parti Warisan setelah disyaki menyalahgunakan kuasa atau memakan wang rakyat.

Madah orang berakal asal bukan Warisan.

Terbukti Benar Warisan Hanyalah Memperalat Bajau Suluk

Artikel seperti mana dua link dibawah, admin tulis pada January 2018 dan untuk makluman individu yang bernama Zulfikar dalam artikel ini adalah penyokong tegar parti Warisan berbangsa Bajau Suluk.

Cukup keras dan lantang dalam dia memperjuangkan parti Warisan pada ketika itu tapi pada bulan june yang lalu dia dan beberapa lagi ahli Warisan dari beberapa Cawangan telah bertindak meninggalkan parti Warisan.

Ketua Wirawati dan Ahli Warisan Sepanggar Keluar Parti

Sempat jugalah admin belawan dengan dia ni, tapi sayang cepat betul dia menjatuhkan hujahnya, pada ketika itulah. Hari ini admin pula yang naik takut, iyalah hanya orang yang ada prinsip dan harga diri yang terfikir untuk meninggalkan parti Warisan setelah menyokong dan mengundi parti Warisan pada pilihan raya lepas, namun tidak dihargai. Bukan macam sebahagian pemyokong Warisan tu. Walaupun sampai ke tahap di anggap anjing kurap tapi masih lagi terhegeh hegeh, siap memacak bendera baru Warisan di hadapan rumah mereka. Benar benar memalukan!

Apa yang admin mahu jelaskan disini adalah kedudukan kaum Bajau Suluk di mata pentadbiran kerajaan Warisan sebelum ini. Ternyata tiada yang dilakukan terhadap mereka, sebab itu dalam tahun ini saja begitu ramai ahli parti yang beransur ansur meninggalkan Warisan, seperti mana saudara Zulfikar itu.

Sedikit catatan yang ada hubung kaitnya dengan entri kali ini. Di Tawau tidak ada seorang pun calon Warisan dari kalangan Bajau Bannaran dan Bajau Suluk. Tapi kalau kita dengar kempen pemimpin Warisan yang berbangsa Bajau Suluk bukan main lagi, seolah olah Bajau Suluk akan terpinggir tanpa Warisan.

Originally posted on JalinLuin.com: Ada sudah yang terpedaya dengan propaganda yang dimainkan oleh parti Warisan. Kononnya hanya parti itu yang mampu membela kaum Bajau Suluk di negeri Sabah dan memandangkan Presiden Warisan itu sendiri kononnya berbangsa Bajau maka semestinya kaum Bajau dan Suluk wajib menyokong parti Warisan seperti mana sambutan keatas PBS di era…

Warisan dan Agenda Memperalat Bajau Suluk 🔁

Hajiji Calon Ketua Menteri Gabungan Rakyat Sabah

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin secara rasminya mengumumkan bahawa sekiranya Gabungan Rakyat Sabah (Bersatu) berjaya menawan Sabah atau mengalahkan Warisan dan sekutunya maka Pengerusi Bersatu Sabah Datuk Hajiji Noor akan dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.

Tan Sri Muhyidin Yassin mengumumkan sedemikian ketika hadir di Pejabat Bersatu Sabah bagi mengiringi Datuk Hajiji Noor ke dewan penamaan calon di Dewan Seri Sulaman, Tuaran.

Selain itu Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berkata antara matlamat utama Gabungan Rakyat Sabah yang terdiri daripada Bersatu BN, PBS, SAPP, PBRS, MCA dan STAR ialah menumbangkan parti Warisan dan menggantikannya dengan Perikatan Nasional. Dalam pada itu kesetiaan sesama parti harus diperkuatkan dan bersedia untuk melupakan hal yang sudah berlaku demi apa yang dipanggil sebuah kemenangan.

SPRM Buat Laporan Polis Terhadap Mohd Saifullah

KENYATAAN MEDIA SPRM

SPRM BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP MOHD SAIFULLAH

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menegaskan bahawa laporan polis yang dibuat oleh bekas Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hisham, terhadap SPRM adalah palsu, tidak bertanggungjawab dan berniat untuk mencemarkan reputasi dan kredibiliti SPRM.

Mohd Saifullah merupakan suspek dalam siasatan rasuah dan telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 19 Ogos 2020 dengan 17 pertuduhan kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dan satu pertuduhan bersama tunangnya, Nurfadziana Abdul Kadir di bawah Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009.

Sehubungan itu, SPRM telah membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya hari ini agar pihak polis menjalankan siasatan atas kesalahan membuat aduan palsu.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

8 SEPTEMBER 2020


Mohd Saifullah juga adalah Timbalan Wira Bahagian Semporna.

Sebelum PRU14 Darell Dakwa Jualan Pakaian Terpakai Adalah Kegagalan Ekonomi Sabah. Sekarang Apa Cerita? (Video)

Artikel ini admin tulis pada November 2017. Ia berkaitan dengan kenyataan si Darell Leiking yang mendakwa kononnya lambakan jualan pakaian terpakai di Sabah adalah kayu ukur kepada kegagalan kerajaan BN pada waktu itu mengurus ekonomi Sabah.

Namun setelah parti Warisan berjaya merampas kerajaan BN daripada Tan Sri Musa Aman melalui peralihan jawatan Ketua Menteri yang tidak sah. Nampaknya jualan pakaian terpakai semakin berlambak. Adakah ini bermaksud kerajaan Warisan sememangnya gagal mentadbir negeri Sabah terutamanya dari konteks ekonomi?

Sejak Warisan Ekonomi Sabah Menjunam Sehingga KDNK 0.5%

Sebab itu kerajaan Warisan dilihat hanya rajin merasmikan prasarana yang disediakan oleh kerajaan sebelum ini serta melawat perusahaan yang diselia oleh kerajaan juga sebelum ini. Hahaha!

Benar-benar Warisan adalah parti yang sarat dengan pemimpin pemimpin yang hipokrit dan tolol.

Pada pemimpin dan jentera Warisan tolong jawab persoalan ini?

Maka benarlah hanya orang-orang Sabah yang tidak ada semangat nasionalisme, tidak ada harga diri serta tidak jelas yang akan terus menyokong Warisan. Sanggup dikelilingi oleh orang-orang yang hipokrit dan sebenarnya mentertawakan mereka dari belakang akibat ketidakfahaman mereka terhadap politik itu sendiri.

Samalah dengan Warisan yang sanggup memperalatkan segelintir masyarakat Sabah atau kampung yang boleh lah kita katakan tidak tahu hak hak mereka sebagai rakyat Malaysia.

Mereka tidak tahukah baru dua tahun setengah Warisan menjadi kerajaan negeri sudah pun wakil rakyat mereka terpalit dengan tuduhan rasuah di mahkamah dan berhadapan dengan siasatan SPRM dan LHDN.

Ada yang tidak tahu kah sebelum mereka menjadi wakil rakyat Warisan ada diantara mereka yang berkecimpung sebagai penyeludup barang kawalan ke negara jiran. Hari ini dia berlagak sebagai pemimpin pada orang-orang Sabah.

Warisan ni hanya merendahkan martabat kamu sebagai orang Sabah adalah.

Teruskan membaca link di bawah di sana ada rakaman video sebagai bukti kehipokritan mereka.

JalinLuin.com

Si Darell aka Warisan ketika berhujah di sidang Parlimen mendakwa kewujudan premis premis pakaian terpakai (bundle) di negeri Sabah adalah kayu ukur kepada ekonomi negeri Sabah itu sendiri iaitu ada yang tidak kena, boleh saja tidak stabil atau teruk.

Mungkin dia ingat premis premis itu sebuah badan NGO antarabangsa seperti UNICEF. Pakaian dari sumbangan masyarakat diberikan secara percuma pada pelarian atau mangsa yang terbabit.

Dia tidak tahu ada diantara pakaian terpakai itu yang dijual dengan harga cukup mahal tapi kerana jenamanya yang sukar didapati di Malaysia selain kualitinya yang bertaraf antarabangsa. Maka pakaian bundle berjenama menjadi pilihan dan mendapat permintaan dari semua lapisan masyarakat tidak mengira status kaya atau miskin, termasuk mereka yang berstatus artis.

Kerana mendapat sambutan yang menggalakkan ada diantara bundle bundle itu yang dijual diatas talian.

Membuktikan kewujudan premis premis pakaian terpakai tidak boleh dijadikan kayu ukur kepada ekonomi Sabah seperti mana dakwaan Timbalan Presiden Warisan berkenaan…

View original post 68 more words

Shafie Berbohong Demi Kekal Di Tampuk Kuasa

Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal semakin terdesak apabila sanggup menjaja pelbagai tohmahan dan pembohongan yang tidak berasas, semata-mata untuk kekal berkuasa.

Menerusi ucapan ketika berkempen baru-baru ini, Shafie tanpa segan silu melemparkan tuduhan liar, selain sanggup memanipulasi isu perkauman untuk mengelirukan masyarakat.

Menyebarkan berita palsu kini sudah menjadi ‘resam’ baharu kepada Warisan.

Baru-baru ini, Shafie menuduh bahawa pentadbiran kerajaan sebelum ini dengan sengaja memberikan tanah milik Yayasan Sabah kepada segelintir pihak.

Terang lagi bersuluh, niat Shafie itu amat meragukan kerana sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, beliau sepatutnya sedar bahawa tuduhan itu tidak benar disebabkan kawasan yang dilesenkan kepada YS tidak boleh diberikan kepada pihak ketiga.

Sebagai pemegang hak tunggal, Yayasan Sabah hanya boleh menjemput pihak ketiga untuk mengeluarkan hasil balak menerusi kaedah Pembalakan Kurang Impak (RIL) atau membangunkan kawasan yang dilesenkan secara kontrak.

Saya beranggapan mungkin bagi sesetengah ahli politik, berita palsu, penipuan, kempen kotor dan pembunuhan karakter adalah satu-satunya jalan untuk mereka dilantik.

Apa motif Shafie apabila beliau membuat tuduhan, kononnya segelintir komuniti dijadikan ‘anak emas’ oleh pentadbiran kerajaan sebelum ini dalam hal berkaitan pemberian tanah.

Semua ucapannya tidak lebih daripada sekadar retorik politik yang disulam pelbagai kenyataan ralat bersandarkan propaganda. Seseorang tidak boleh dipersalahkan sekiranya beranggapan bahawa ucapan Shafie sarat dengan elemen perkauman.

Tidak banyak kejayaan yang ditempa Warisan sejak mereka secara tidak berperlembagaan mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan yang dibentuk selari perundangan, pasca PRU-14. Dengan hanya berbekalkan pertumbuhan KDNK berkadar 0.5% (terendah di Malaysia untuk 2019), Shafie dan barisan menterinya tampak gembira tatkala menghabiskan masa menghadiri keramaian dan majlis potong reben untuk merasmikan projek serta program yang dirintis pentadbiran kerajaan sebelum ini.

Sekurang-kurangnya Warisan pakar dalam hal mengumumkan projek bernilai berbilion ringgit yang sehingga kini langsung tidak nampak bayang.

Harus saya katakan, KPI Warisan dalam menabur janji kosong dan menyebarkan berita palsu semakin menjadi-jadi, tetapi saya risau dengan nasib Sabah sekiranya ini saja yang mampu ditawarkan.

Tan Sri Musa Haji Aman,
Kota Kinabalu,
2 September 2020

SPRM Siasat Aset MARA Australia Libatkan Warisan

Iya betul baru-baru Ketua Penerangan Warisan Yusof Yacob telah membidas gesaan Menteri Wilayah Annuar Musa berhubung pembelian Hotel di Australia pada tahun 2012.

Annuar Musa sebelum ini menyokong gesaan Ahli Parlimen PKR dan DAP agar SPRM melanjutkan siasatan berhubung pembelian aset MARA Hotel di Australia.

Annuar Musa Gesa Siasatan Beli Aset MARA Di Australia

Mukhriz Bongkar Skandal MARA Di Australia

Dimaklumkan pembelian aset itu membabitkan tiga individu dari Parti Warisan ialah Shafie Apdal, Yusof Yacob sendiri dan mantan Ahli Parlimen Semporna, Lan Alani. Mereka ketika itu masing-masing berjawatan dalam Kementerian KKLW dan agensi dibawahnya.

Yusof Yacob dalam kenyataan balasnya menafikan, mereka terlibat dalam pembelian aset berkenaan sebaliknya yang harus disiasat dan dipertanggungjawabkan ialah Najib Razak kerana pada waktu itu dia memegang jawatan Menteri Kewangan Malaysia yang meluluskan pembelian berkenaan.

Begitukah mentang-mentanglah Kementerian Kewangan yang meluluskan pembelian maka segala hal yang berunsur penyelewengan akan melibatkan Menteri Kewangan kah? Tidak semua tak kan semua.

Justeru itu SPRM telah membuka tiga kertas siasatan dan sudah tentulah skop siasatan itu nanti akan bertambah. Itu bererti bakal ada penemuan dan petunjuk baharu hingga memaksa SPRM mendakwa individu individu yang terbabit di Mahkamah.

Kita Tunggu dan lihat siapa yang kena.