Ustaz UMNO Lupa, Yang Malaya Mudah Lupa

Temberang saja dan pandai saja mengata orang, Ustaz UMNO tu. Walhal dia tahu tidak ada kejahatan politik yang berlaku di Malaysia hari ini, kalau tidak diwarisi dari mereka.

Itu negeri negeri UMNO seperti Johor sehingga hari ini berhadapan dengan masalah banjir. Kenapa tidak menjadi topik dalam ceramah mereka? takut rakyat buka mata dan menguburkan UMNO!

Ustaz politik UMNO memang terkenal mempersenda dan pandai melawak yang bertujuan memburukkan orang lain. Betullah tuduhan Raja Petra puak Melayu UMNO memang suka bertelagah, mengalahkan bangsa Yahudi. (lebih kurang begitu)

Ustaz UMNO itu dikenali sebagai Ustaz Syamsul.

Dia masuk ke pedalaman Pitas dan Kota Marudu dan mendapati jalan disana agak teruk. Lalu dia jadikan bahan lawak dalam ceramahnya.

Tapi kita tidak pasti jalan mana yang dia maksudkan. Adakah jalan masuk ke kampung kampung atau jalan raya utama yang berada dibawah tanggungjawab kerajaan persekutuan.

Namanya jalan di pedalaman pasti jalan itu agak teruk. Seperti juga di pedalaman Pahang, Johor dan Selangor masih banyak jalan yang rosak bukan hanya di pedalaman tapi juga di dalam bandar, masih banyak jalan yang berlubang disana sini.

Dia juga mendakwa disana tidak boleh orang luar datang memberikan bantuan sebab sudah ada wakil rakyat yang bertanggungjawab. Macam tidak biasa, mereka juga belajar dari UMNO, bukan kah UMNO yang terkenal dengan politik kepartian hinggakan masuk berkempen di kawasan UMNO pun dilarang hingga mencetuskan pergaduhan.

Ironinya pemimpin atau jentera Warisan turut mengangkat kenyataan Ustaz itu. Mereka lupa Presiden Warisan, Shafie Apdal pernah bertanggungjawab membangun jalan-jalan di luar bandar melalui Kementerian KKLW. Tapi sehingga dia dipecat daripada UMNO jalan-jalan di luar bandar tidak mengalami penambahbaikan yang munasabah, walhal kerajaan telah menyalurkan peruntukan sehingga 6 bilion.

Sehingga hari ini Johor adalah negeri yang paling buruk dilanda banjir yang disebabkan faktor pentadbiran negeri yang tidak cekap. Walhal sehingga hari ini Johor ditadbir oleh kepimpinan UMNO.

Betapa parahnya banjir di Johor. Kalau saya tidak silap ada kawasan memerlukan masa lebih tiga atau lima hari untuk surut walaupun hujah sudah berhenti. (tidak pasti, sama Johor ataupun Pahang).

Ustaz UMNO tu mana boleh percaya sangat, mereka mudah lupa. Ustaz mudah lupa itu lupa lebuh raya dan bangunan KLCC itu dibina hasil daripada bumi Sabah dan Sarawak.

Jadinya kalau betul dia kasihan dengan orang Sabah, lain kali selitkan dalam ceramah bahwa untuk mengurangkan dosa akibat menipu perjanjian Malaysia 1963. Sebaiknya lebuh raya yang ada di Semenanjung dipindahkan ke Sabah, begitu juga dengan bangunan KLCC.

Tidak cukup dengan itu bisikkan ke telinga Menteri dari UMNO, bahwa daripada wang rakyat digunakan untuk membayar hutang 1MDB. Ada baiknya wang itu disalurkan ke negeri-negeri terutamanya Sabah dan Sarawak.

Kuat Mengkritik Bersatu (PN) Bila Dikritik Melenting, Hodohnya

Baru-baru ini Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abdul Latiff mengkritik keberadaan UMNO di Sabah sebagai tidak lagi mendapat tempat di hati masyarakat Sabah itu sendiri.

(Walaubagaimanapun beliau telah memohon maaf pada kepimpinan dan ahli UMNO yang ada di seluruh Malaysia)

Rentetan itu ia telah mencetuskan kemarahan di kalangan pemimpin dan penyokong UMNO.

Sedangkan kritikan Menteri berkenaan ada kebenarannya dan boleh dibuktikan

Kita ambil pembuktian ini. Sejak UMNO di Sabah menjadi pembangkang sudah berapa ramai ahli Warisan, PBS, PBRS dan STAR yang telah menyertai UMNO?

(Kita belum lagi bercakap soal kekuatan UMNO Sabah iaitu siapa yang mengetuai gerakan UMNO peringkat akar umbi dan pertengahan yang nampaknya sehingga hari ini belum kelihatan. Maksud admin ialah pemimpin atau ketua kecil yang berpengaruh dan mewakili jenis bangsa dan agama yang ada di Sabah)

Sedangkan yang dialami oleh Bersatu Sabah adalah sebaliknya. Ramai ahli dari parti Warisan dan pengundi atas pagar yang berpusu-pusu menyokong parti ini. Justeru tidak salahlah kalau Menteri Luar Bandar menggambarkan UMNO Sabah semakin ditolak oleh masyarakat Sabah.

Hakikatnya yang memulakan perbezaan kecil ini ialah pemimpin UMNO Datuk Puad Zarkashi. Pemimpin ini suka melemparkan kenyataan atau kritikan yang tidak menunjukkan rasa hormat terhadap kawan seperjuangan.

Habis itu kenapa pula berlagak marah bila ada pihak yang mempersoalkan kemampuan UMNO di negeri Sabah. Sedangkan itulah kebenarannya.

Di bawah adalah link sekaligus bukti kritikan beliau terhadap Perikatan Nasional atau PPBM.

Siap dia kata lagi maka tidak ada sebab Kabinet Muhyiddin tidak boleh dikritik dan ditegur kerana ia dibentuk berasaskan kuasa penuh seorang Perdana Menteri.

Nampak benarlah Puad Zarkashi ni semahunya menafikan kekuatan Perikatan Nasional yang diketuai oleh Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Puad Zarkashi mempersoalkan kedudukan Hisammuddin dan KJ yang dilantik dalam kabinet walaupun tidak ada jawatan dalam parti begitu juga dengan Azmin Ali dilantik menjadi Menteri Kanan walaupun dilanda kontroversi. (Kenyataan ini dikeluarkan oleh Puad Zarkashi)

Tapi bila ada rakan di dalam PN yang mengkritik UMNO wah bukan main lagi seolah-olah tidak pernah mengkritik kawan sendiri.

Justeru jangan suka mengkritik Bersatu atau PPBM sebab kan sudah duduk dibawah satu bumbung bersama UMNO yang sepatutnya digasak setiap hari adalah PH.

Pemimpin utama UMNO harus sedar jangan sengaja membuka api permusuhan kerana api itu akan ditiup kencang oleh penyokong penyokong UMNO yang sengaja membelakangkan akal mereka. Bayangkan yang kalah teruk di pilihanraya yang lepas pun hari ini bercakap bukan main nampak sangat cuba menutup kegagalan mereka dengan menyalahkan orang lain. Macamlah rakyat Malaysia ni buta huruf tahu apa yang berlaku. He!

Cuba bayangkan andai kritikan seumpama itu dilemparkan oleh pemimpin dari parti tempatan Sabah Sarawak, MCA dan MIC apa agaknya yang akan berlaku. Pasti parti parti ini akan dikritik habis-habisan sebagai tidak mengenang budi dan perkauman. Walhal kalau diperhalusi memang layak pun dikritik sebab mana ada parti di dunia ini yang kalah di pilihanraya tapi terlibat membentuk kerajaan selain UMNO.

Maka adalah lebih baik UMNO ataupun Puad Zarkashi dan yang lain mendiamkan diri daripada sibuk mencari kekurangan kawan.

Jangan lupa pada pilihanraya yang lepas UMNO adalah sebuah organisasi yang cukup besar dan berjasa tetapi berjaya ditumbangkan oleh parti yang baru berumur setahun jagung. Justeru keegoan dan kekuatan apa yang mahu dipertahankan oleh Puad Zarkashi?

Politik hari ini adalah soal apa yang anda akan lakukan dimasa hadapan bukannya sibuk mengungkit apa yang telah dilakukan. Pun begitu ada satu hal yang akan sentiasa dilihat dari setiap sudut dan masa iaitu penyalahgunaan kuasa dan melepaskan tanggungjawab hingga orang naik marah.