Sekatan Sementara Memasuki Sabah – Bangladesh, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka

KENYATAAN MEDIA

YAB KETUA MENTERI SABAH

SEKATAN SEMENTARA KEMASUKAN DARI NEGARA BANGLADESH, NEPAL, PAKISTAN DAN SRI LANKA

1. Akibat penularan Varian Baharu (Variant of Concern (VoOC)) di beberapa buah negara sehingga menyumbang kepada lonjakan kes baharu, Kerajaan Negeri Sabah memutuskan untuk MENYEKAT kemasukan bagi SEMUA INDIVIDU dari negara Bangladesh, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka ke negeri Sabah.

2. Pengecualian masuk ke negeri Sabah adalah diberikan kepada rakyat Sabah dan pasangan (suami / isteri) dan anak kepada rakyat Sabah sahaja. Walau bagaimanapun, mereka perlu mematuhi prosedur kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin yang diwartakan.

3. Sehubungan dengan itu, kru kapal yang mempunyai sejarah perjalanan dari negara Bangladesh, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka dalam tempoh 14 hari tidak dibenar menjalankan prosedur “signoff’ di negeri Sabah, kecuali kru warganegara Malaysia dan wajib menjalani perintah kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin yang diwartakan.

4. Arahan ini berkuatkuasa pada 03 Mei 2021.

Sekian.

YAB KETUA MENTERI SABAH 02 Mei 2021

Jaffari Waliam Bersama 12,743 Sertai PPBM Sabah

Ketua Badan Pimpinan
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor semalam menerima 12,744 borang permohonan bagi menyertai parti itu.


Borang keahlian itu diserahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Encik Jaffari Waliam dan ketua kumpulan masing-masing pada majlis ringkas selepas Mesyuarat Badan Pimpinan BERSATU Negeri Sabah di Sabah InternationalConventionCentre (SICC) di sini.


Mereka yang menyertai BERSATU terdiri daripada bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang telah menyertai NGO’s -Penggerak Komuniti Negara (PKN) di Sabah.


Jaffari adalah bekas Ketua Bahagian PKR Libaran dan kini merupakan Pengerusi PKN Kawasan Libaran.


Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah mengalu-alukan penyertaan Jaffari dan ahli-ahli PKN di Sabah dalam BERSATU.


“Dengan penyertaan mereka, sudah tentu BERSATU Sabah akan bertambah kuat dan sekaligus diterima serta semakin mendapat tempat di hati rakyat.


“BERSATU kini berkembang mekar di Sabah. Teras perjuangan kita adalah untuk rakyat dan memenuhi aspirasi mereka”, katanya.


Sementara itu, Jaffari berkata, beliau bersama 13 Pengerusi dan ahli-ahli PKN Sabah, termasuk Libaran, Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Tenom, Keningau, Labuan dan Sipitang sepakat menyertai BERSATU.


Tahniah, barulah selepas ini Sandakan tu ada cerita. Dimana Sandakan tidak lagi menjadi kubu kuat kepada Parti Warisan dan DAP. Ada lawanlah kan!

Amarjit Singh Keluar Warisan Sertai STAR

Bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah era kerajaan Warisan Amarjit Singh sah menyertai parti STAR.

Betul kah berita ni? Macam musykil pula sebab gerak geri Warisan ni bukannya boleh diambil kisah sangat. Useless!

Orang kepercayaan Presiden Warisan, Shafie Apdal ni. Sanggup Shafie menidakkan keputusan Mahkamah, bilamana Mahkamah Kota Kinabalu mendapati perlantikan Amarjit Singh sebagai Pengarah Air Negeri Sabah sebagai tidak sah.

Kalau admin tidak silap selepas keputusan Mahkamah itu, Shafie mengarahkan Amarjit Singh agar meneruskan tugasnya sebagai pengarah air dan tidak lama selepas itu dia dinaikkan pangkat ke Bahagian Kewangan negeri Sabah.

Mungkin si Amarjit ni baru perasan selama ini Shafie hanyalah memperalatkannya untuk kepentingan kroni dan kerabat Shafie itu sendiri. Last last dia sendiri habuk pun tidak ada. Hahahah!

Amarjit Singh pernah bertanding merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi Warisan.

Sebelum ini seorang Naib Wira Warisan Pusat keluar meninggalkan Parti Warisan yang juga berbangsa India.

Mari kita tekuni alasan pemimpin dan laskar Warisan berhubung perkara ini. Apa agaknya kekurangan Amarjit Singh. Hahahah!

Warisan menuju kehancuran setelah ramai yang sedar siapa diri mereka dalam politik Warisan. Mahu tidak hanya Warisan ni dimana slogan perjuangan sering berubah mengikut sentimen semasa. Nampak sangat tidak ikhlas.

Diharap selepas ini bolehlah Amarjit Singh mendedahkan sesuatu yang gah melibatkan kepimpinan Warisan khususnya dalam sudut salahgunakuasa atau sebagainya. Memandangkan baru-baru ini SPRM ada menyiasat soal tender loji air di Semporna.

Lokman Mohon Maaf Setelah Memfitnah Annuar, Ibu Zafrul dan Anak PM Muhyiddin

Surat permohonan maaf secara terbuka Lokman Adam keatas Tan Sri Annuar Musa khususnya kerana sebelum ini telah membuat tuduhan fitnah dan tidak bertanggungjawab hingga menyebabkan kredibiliti orang difitnahnya terjejas.

Sebenarnya si Lokman Adam ni sudah banyak kali kantoi dan hampir tidak pernah fakta yang didedahkannya akhirnya terbukti benar. Rasanya macam tidak pernah terbukti benar.

Admin berkeyakinan yang para ahli UMNO juga tahu tahap keautahan Lokman Adam setiap kali mengupas senario politik sekaligus membuat dakwaan keatas seseorang. Namun mereka akan sengaja dan terus mempercayai dan memviralkannya terutamanya ketika bertekak dengan lawan mereka. Itulah kenaifan sebahagian besar ahli atau penyokong UMNO. Tidak kiralah sama ada mereka itu dari golongan muda mahupun yang sudah atau hingga tua menjadi penyokong UMNO, atau dalam hal ini sebagai pengikut Lokman Adam.

Bahwa Lokman Adam memohon maaf dengan sesungguhnya dan mengakui kenyataan yang dikeluarkannya pada 12 Disember 2020 terhadap Annuar Musa adalah salah atau fitnah yang tidak berkaitan langsung dengan beliau.

Sebelum ini Lokman Adam secara spesifik dan umum telah membuat fitnah, sebagai mereka yang terdiri dari Annuar Musa, Zafrul selaku Menteri Kewangan serta Takiyuddin telah berbincang melalui aplikasi WhatsApp, dalam usaha mendapatkan projek bagi Ibu Zafrul dan anak Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Begitulah cerita Si Lokman dan kerja rutinnya yang akhirnya terbukti kantoi.

Pemikiran buah buahan 😁

Wira Warisan Berlagak Netizen Tolak PKP Tawau 👎

Baru-baru ini tersebar beberapa gambar bersama plycard yang tertulis penolakan mereka terhadap penguatkuasaan PKP di beberapa kawasan di daerah Tawau khususnya.

Kenapa mereka sanggup berbuat demikian sedangkan penguatkuasaan itu demi kebaikan masyarakat Sabah secara keseluruhannya, khususnya mereka yang bermastautin di daerah Tawau. 🤔

Begitu dangkal sikap dan kelakuan mereka. Seolah-olah gelombang kedua ini tidak datang daripada kedegilan kepimpinan parti yang mereka sokong iaitu Parti Warisan. Pilihan Raya Negeri Sabah terpaksa diadakan kerana Ketua Menteri Sabah atau Presiden Parti Warisan, Shafie Apdal pada ketika itu berdegil tidak melepaskan jawatannya, walaupun tidak lagi mendapat sokongan dari majoriti ahli Dewan Undangan Negeri. Menyebabkan gelombang kedua Covid-19 di Sabah meletus sejurus pembuangan undi hingga mengorbankan jiwa mereka yang tidak berdosa. Sedih sebenarnya!

Tapi sikit pun hal itu tidak membuat diri mereka rasa bersalah. Sebaliknya tetap mendahulukan tengkuk atau ekonomi mereka, betul betul mangkuk. Sedangkan orang lain juga berhadapan dengan masalah ekonomi akibat pelaksanaan PKP yang berlaku agak lama sebelum ini.

Pokoknya semua orang terjejas tapi tidak pun memaksa masyarakat atau kaum tertentu menunjuk perasaan seperti mana segelintir kaum Bugis pro Warisan di daerah Tawau.

Secara luaran, wajar sudah kumpulan itu disiasat oleh pihak Polis sekaligus diheret ke muka pengadilan kerana meremehkan usaha pemerintah. Bukan mereka tidak tahu begitu banyak wang negara telah dibelanjakan bagi menangani pendemik Covid-19 tapi nampaknya tidak dihargai oleh kumpulan berkenaan.

Siapa sangatlah mereka tu hingga kesusahan yang mereka hadapi perlu diambil perhatian dan terpaksa mengorbankan kesihatan orang lain.

Macam bukan perangai orang Sabah pula. Orang Sabah tidak begini, walaupun selama ini terpaksa berhadapan dengan peraturan PKP. Susah senang hidup bersama.

Hakikatnya tujuan mereka menunjuk perasaan bukannya untuk kebaikan masyarakat pun. Tapi berniat untuk kepentingan diri semata-mata, dalam masa yang sama mengharapkan larva politik bila mana masyarakat Sabah akan berpendapat kerajaan Sabah ini tidak cekap atau membelakangkan kepentingan rakyat Sabah. Macam saja orang Sabah ini macam perangai mereka spesies tidak reti diuntung.

Hakikatnya mereka terdiri dari macai macai Warisan yang menjadi pendorong kepada gelombang kedua Covid-19 di Sabah. Jadi kalau benar mereka mahu berlagak sebagai pejuang, persalahkan dulu parti Warisan aka Presiden Warisan tu, dialah yang menyebabkan berlakunya pilihan raya negeri Sabah hingga tercetusnya gelombang kedua Covid-19 Sabah.

Satu hal yang perlu ketahui oleh macai macai Warisan itu, majoriti rakyat Sabah ini mengutamakan kesihatan. Kesihatan lebih penting dari segala-galanya.

Bukan orang tidak tahu perangai hidup penyokong Warisan berkenaan. Jadi mustahil bagi mana-mana kerajaan dapat memuaskan hati mereka. Pemberian Ic projek era BN pun mereka tidak hargai.

Kadang kadang terfikir juga adakah kumpulan itu sengaja mencetuskan ketegangan kaum mereka dengan pemerintah. Nah jangan heret semua orang Bugis kerana tidak semua orang Bugis menyokong parti Warisan.

Ironinya sehingga hari kelmarin jumlah pesakit Covid-19 di daerah Tawau kian meningkat.

Cukup cukuplah bermain wayang tu. Warisan ditolak pun kerana rakyat telah berjaya menghidu hipokrasi kepimpinan dan penyokong penyokong Warisan.

Aziz Jamman Jangan Tunjukkan Sangat Kemaluan Tu👎

Kemaluan apa lagi yang cuba ditunjukkan oleh bekas Timbalan Menteri dalam negeri Azis Jamman tu. Lama sebelum ini dia mendakwa yang Warisan tidak akan berkerjsama dengan Pakatan Harapan, tau tau yang melantiknya menjadi Timbalan Menteri ialah kerajaan Pakatan Harapan. Bukti Warisan Tidak Berkerjasama Dengan PH – Ketua Wira Warisan

Kali ini dia buat lagi satu kenyataan yang hanya mendedahkan penipuannya atau dalam bahasa yang mudah difahami, mendedahkan kemaluannya.

Sebelum ini Maximus Ongkili telah membidas kenyataan kepimpinan Warisan yang mendakwa kononnya mereka telah berjaya merealisasikan 17 dari 21 Perkara dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Walhal menurut Maximus tuntutan itu hanyalah auta semata-mata, sebaliknya Pakatan Harapan atau kerajaan negeri Warisan gagal menuntut 17 perkara yang mereka maksudkan.

Baca link ini Dawkaan PH 17 Dari 21 Perkara MA 1963 Telah Selesai Adalah Pembohongan

Buktinya, oleh kerana kerajaan Warisan Sabah gagal menuntut perjanjian Malaysia 1963 iaitu 17 dari perjanjian berkenaan. Maka tidak semena-mena slogan Warisan pada Pilihan Raya Negeri Sabah baru baru ini telah ditukar menjadi Sabah “Unity”. Inilah buktinya Parti Warisan gagal merealisasikan propaganda Sabah Ubah atau Sabah for Sabahan sebelum ini.

Kira kantoilah tu kan, kantoi menipu rakyat Sabah.

Namun si Aziz Jamman membuat gesaan yang retorik. Sepatut kononnya Maximus memperjuangkan hak negeri Sabah seperti Sarawak yang berjaya mendapatkan semula hak menguruskan agihan gas. Apa yang kau tahu Aziz, Wilayah Sabah di bawah kerajaan GRS atau Gabungan Rakyat Sabah telah berjaya menuntut cukai produk Petroleum 5% dan 17 lagi perkara dalam pengajian Malaysia sedang dalam proses perlaksanaan.

Berhentilah kau menasihati orang lain hanya kerana mereka seorang Menteri yang mewakili Persekutuan. Ini kerana kau sendiri pernah berjawatan Menter di peringkat Persekutuan tapi gagal memperbaharui perjanjian Malaysia 1963. Habuk pun tidak ada, jangankan merungkai perjanjian Malaysia 1963 hata untuk menangani rumah setinggan di Parlimen Sepanggar pun gagal. Hahaha!

GRS Komited MA63 Akan Ditunaikan

KOTA KINABALU: Kerajaan GRS tetap dengan pendirian agar semua perkara atau tuntutan seperti yang termaktub didalam MA63 dapat di tunaikan.

Ini telah diutarakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor dalam Mesyuarat Majlis Khas mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri secara maya pada Selasa.

Hajiji berkata perbincangan diantara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri mengenai perkara ini sedang berjalan dan kedua-dua pihak komited untuk mencari penyelesaian.

“Perkara ini tidak perlu diperbesarkan kerana yang penting kita telah pun memberi pandangan dan pendirian kita dan Kerajaan Persekutuan telah memberi respon yang positif,” kata Hajiji.

“Kita juga harus ambil kira bahawa YAB Perdana Menteri telah secara terbuka memberi komitmen dan jaminan untuk menilai dan berusaha mencari penyelesaian kepada semua tuntutan-tuntutan yang kerajaan negeri kemukakan,”tambah beliau.


Sesungguhnya proses ke arah ini sedang berjalan dengan baik dan sempurna. Baru saja semalam Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor, Menteri Pertanian Malaysia Datuk Ronald Kiandee, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan mesyuarat khas MA63 bil kedua secara sidang video.

Justeru itulah Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor berkeyakinan bahawa perkara dalam perjanjian Malaysia 1963 akan dapat direalisasikan oleh Gabungan Rakyat Sabah selaku pentadbir kerajaan negeri. Memandangkan kerajaan ini mempunyai hubungan dan kerjasama yang baik dengan kerajaan pusat, Perikatan Nasional yang diterajui oleh Presiden PPBM (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri.


Sebelum ini kedengaran berita dimana status Sabah telah ditukar oleh Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin menjadi sebuah Wilayah bukan lagi negeri. Begitu juga dengan Sarawak.

Bekas JASA Cabar Zahid Hamidi Angkat Sumpah Laknat

Bekas pengarah Jasa Malaysia, Tun Faisal mencabar Presiden UMNO Malaysia Zahid Hamidi agar sama sama mengangkat sumpah laknat di Surau Sr Rahman,PWTC pada 16 April 2021, usai mengerjakan solat Jumaat.

Ngam lah sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Supaya cepat sikit kesannya, siapa yang akan terhina hidupnya.

Soalnya adakah Presiden UMNO sanggup menerima cabaran itu?

Macam mana penyokong-penyokong UMNO, walaupun bukan Zahid Hamidi sendiri yang tampil. Tapi pastikanlah pula ada orang yang sanggup mewakilinya, iaitu berani menyahut cabaran ini. Daripada mereka sibuk menafikan benda yang sudah terang lagi bersuluh, itu hanya menambah benci rakyat keatas UMNO. Maka lebih baik kamu sahut cabaran ini.

Tun Faisal sebelum ini menafikan yang dia adalah dalang atau yang mencipta rakaman audio perbualan di antara Presiden UMNO Zahid Hamidi dan Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Namun Tun Faisal dan Zahid Hamidi menafikan yang mereka terlibat. Ataupun suara itu bukannya milik Presiden UMNO.

Walaubagaimanapun Lokman Adam awal awal lagi telah membuat kenyataan, menyakini bahawa suara itu adalah milik Presiden UMNO Zahid Hamidi. Dalam masa yang sama Zahid Hamidi ada membuat kenyataan bahawa dia akan membuat laporan Polis, namun sehingga ke saat ini tiada satu laporan polis yang dibuatnya.

UMNO Sebelum Fitnah PM Membelakangkan Agong Lihat Dulu Kejahatan Diri Itu (video)

Alasan kenapa pemimpin dan jentera UMNO marah pada Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerana kononnya Perdana Menteri ini membelakangkan konstitusi diraja. Bilamana Deklarasi darurat diperkenalkan dan Perdana Menteri menyalahgunakan kuasa serta membelakangkan kuasa raja-raja Melayu atau yang di-pertuan agong. Kononnya!

Betul kah begitu? Untuk itu mari kita dengarkan penjelasan dari Raja Petra ini. Ia adalah sejarah bagaimana UMNO cuba menjahanamkan konstitusi Raja Raja Melayu. Justeru itu sebenarnya UMNO tidak layak bercakap seolah-olah membela Raja Raja Melayu.

Hakikatnya UMNO marah sebab mereka tidak lagi berada di tampuk kuasa iaitu jawatan Perdana Menteri dipegang oleh parti PPBM.

Seperti yang admin sering sebutkan UMNO ni kalau bercakap, sebenarnya mereka sedang mengata diri sendiri. Ini kerana kejahatan orang lain yang mereka cuba jadikan isu adalah sebenarnya kejahatan yang mereka pernah lakukan lama sebelum ini.

Satu lagi UMNO ni kantoi macam mana pun mereka akan cuba keluar dari kekantoian itu dengan apa cara sekalipun. Ala-ala Yahudi pun sanggup mereka lakukan yang penting akhirnya mereka kelihatan bersih berbanding orang lain. Iyalah tu!

Kita nak katakan UMNO ni mudah lupa sebenarnya tidak mereka sengaja buat-buat bodoh dan lupa dan secara teorinya menganggap rakyat ini terlalu bodoh untuk menyalahkan UMNO itu sendiri.

Awal kewujudan kerajaan Perikatan Nasional. Wakil wakil rakyat daripada UMNO juga yang berkonspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin. Walaupun pada ketika itu mereka sedang berjawatan dalam kabinet atau syarikat separuh kerajaan GLC. Punyalah tidak boleh diuntung lepas itu pandai pula berlagak seolah-olah merekalah yang paling budiman dan berakal.

UMNO untuk kamu selamat setialah pada kerajaan Perikatan Nasional. Dengarkanlah nasihat admin ni. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada guna.

Sekarang mari kita dengarkan sejarah yang diceritakan semula oleh Raja Petra.

Wira Tentang Mana Kamu Tidak Suka, Status Sabah Sebagai Wilayah?

Kenapa pula Wira Warisan, terlalu menyibukkan diri tu. Kamu siapa?

Sama ada Sabah berstatus Negeri ataupun Wilayah ia bukannya isu yang perlu diambil perhatian oleh Parti Warisan, siapa juga Parti Warisan.

Yang rakyat Sabah tahu Warisan hanyalah parti yang mereka tumbangkan kerana gagal mengurus mereka dan mentadbir kerajaan negeri. Jauh sekali merealisasikan manifesto yang ada kaitannya dengan perjanjian Malaysia 1963.

Oleh itulah sebaiknya yang patut dimainkan oleh pembangkang Warisan ialah berpura pura, tunjukkan diri tu amat suka pada perkembangan ini. Walaupun pada hakikatnya sedang cemburu dan sarat dengan perasaan dengki. Hahaha!

Diri sendiri yang lemah dan tidak berkemampuan. Tapi ada hati bercakap pasal masa depan rakyat Sabah. Apa mereka ingat rakyat ini sanggup ditipu buat kali yang kedua dan mereka ingat rakyat Sabah tidak tahu siapa sebenarnya beberapa pemimpin Warisan?

Ada beberapa pemimpin Warisan baik diperingkat tinggi mahupun pertengahan. Dimana ibu bapa mereka lahir di negara jiran. Hari ini pemimpin berkenaan kononnya memperjuangkan perjanjian Malaysia 1963. Mereka ingat rakyat Sabah ni bodoh untuk mempercayai pemimpin seperti ini? 👎

Terdahulu seorang Wira Warisan, Norazman Alimat mempersoalkan pengumuman Perdana Menteri yang menyatakan Sarawak dan juga Sabah kini bergelar sebagai Wilayah sebagai sesuatu yang tidak pasti atau satu polemik semata.

Kita mahu tanya Wira Warisan ni. Dimana kekangannya jika Perdana Menteri sendiri yang bersetuju menukar status Sabah menjadi sebuah Wilayah? Apa lagi kalau menurut pembangkang Warisan, pihak yang menghalang mereka bagi menuntut pertukaran status Sabah menjadi Wilayah ialah parti UMNO dan PAS. Bukan kah hari ini PAS dan beberapa pemimpin utama UMNO menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, apa lagi isunya?

Admin juga mahu bertanya ni. Adakah status negeri Sabah sebelum ini ditentukan melalui sidang Parlimen. Lalu kenapa pembangkang sibuk mengaitkan status Wilayah dengan sidang Parlimen?