Hanya Empat Ahli Parlimen UMNO Sokong Undi Tidak Percaya Jika Ada

Dalam pada itu menurut Nazri Aziz tidak mungkin Najib menyokong Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO.

Cukup di situ, Nazri enggan membongkarnya.

Seminggu selepas kenyataan ini Zahid mengumumkan meninggalkan Kerajaan Perikatan Nasional. Nampak benar kamikaze Zahid ya!

KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN | | 25 Jun 2021

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menjangkakan hanya empat ahli Parlimen UMNO akan menyokong usul undi tidak percaya kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya usul itu dikemukakan dalam sidang Parlimen akan datang.

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu berkata, empat ahli Parlimen UMNO berkenaan yang diyakini ghairah untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika ini ialah Presidennya sendiri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Ahmad Maslan; Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.

Bagaimanapun, Mohamed Nazri berkeyakinan bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu pemimpin UMNO yang selama ini dianggap sekutu kuat Ahmad Zahid, tidak akan melakukan perkara demikian, namun beliau tidak menjelaskan sebab lanjut.

“(Sama ada Najib akan menyokong Ahmad Zahid) Tidak… saya yakin tidak. Sebab apa? Tak perlu saya beritahu.

“Saya yakin yang lain akan menolak usul tersebut sebab tujuannya jelas iaitu mahu UMNO bekerjasama dengan DAP dan menjadikan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebagai Perdana Menteri baharu,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/146236/BERITA/Politik/Hanya-empat-ahli-Parlimen-UMNO-sokong-undi-tidak-percaya-jika-ada
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Tindakan UMNO Beri Peluang Anwar Jadi PM: Zahidi


MUHAMMAD ZULKARNAIN MOHD AZMAN | | 09 Julai 2021

Zahidi dalam program Wacana Sinar yang disiarkan di Facebook Sinar Harian.

SHAH ALAM – Keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat tidak berasas.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, tindakan tersebut hanya akan memberi peluang kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dipilih sebagai Perdana Menteri.

“Saya tidak kisah kalau calon Perdana Menteri itu bukan dari UMNO sekalipun. Kalau datang dari Bersatu atau Pas saya akan sokong.

“Apa yang saya lihat kemungkinan sekarang adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim memandangkan beliau ada SD yang cukup kerana disokong oleh Ahmad Zahid.

“Sebab itu saya amik keputusan untuk tidak sokong keputusan mesyuarat MKT sebab saya berpegang kepada prinsip ‘No Anwar No Dap’,” katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/148989/BERITA/Politik/Tindakan-UMNO-beri-peluang-Anwar-jadi-PM-Zahidi

Warisan Terlebih Tidur Siang Sampai Meroyan 😊

Blog pro Warisan, IniSabahbah mungkin terlebih tidur siang hingga meroyan. Terbuat kenyataan yang mustahil diterima akal. Betul betul tidak bersambung kecuali anda terlalu tolol untuk mereka. Hahahah!

Katanya ada konok beberapa wakil rakyat  GRS yang berhubung dengan kepimpinan Warisan merayu untuk mengadakan kerjasama.

Rentetan pergolakan yang berlaku di Perseketuan, bila mana Presiden UMNO Zahid bertindak keluar dari kerajaan Perikatan Nasional.

Tapi konok permohonan wakil rakyat GRS itu ditolak oleh Warisan.

Mula mula sekali kamu perlu tahu kepalsuan yang ada pada Warisan, supaya selepas ini lebih berwaspada membaca kenyataan yang diucapkan atau di tulis oleh siapapun yang menjadi penyokong atau jentera mereka.

Kamu tahukah sehingga hari ini tidak ada satupun artikel yang ditulis oleh pemimpin dan penyokong Warisan akhirnya terbukti benar. Tidak ada, semuanya bersifat propaganda semata-mata, termasuklah artikel yang admin bidas ini.

Berbalik pada pokok persoalan.

Mustahil ada wakil rakyat dari kerajaan negeri GRS yang berjumpa dengan kepimpinan Warisan susulan pergolakan yang dicetuskan oleh Presiden UMNO itu. Mustahil!

Tidak mungkin Wakil Wakil Rakyat GRS tidak mengikuti perkembangan semasa dan gagal membezakan antara ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dilantik dan seorang ahli Parlimen UMNO yang boleh menentukan kedudukan kerajaan atau seorang Perdana Menteri.

Bukan kah sokongan yang diterima oleh Zahid terdiri dari Ahli Majlis Tertinggi yang dilantik.

Blog pembangkang itu juga mendakwa kerajaan GRS gagal kerana berlaku tikam belakang sesama wakil wakil rakyat GRS.

Dakwaan yang tidak ada asasnya, bukan kah yang menyokong Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji ketika melonggarkan SOP PKP adalah wakil wakil rakyat GRS. Tidak itu membuktikan wakil wakil GRS saling berkerjasama demi kebaikan rakyat Sabah.

Justeru sepatutnya yang malu ialah kepimpinan Warisan sebab hanya mereka yang tidak menyokong kebijaksanaan yang diambil oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji. Iaitu melonggarkan SOP supaya rakyat Sabah boleh memulihkan sosial dan ekonomi mereka, selepas terhimpit akibat PKP.

Kamu nampak tak, maha dustanya kenyataan yang keluar dari Warisan atau tulisan yang ada di blog mereka. Blog yang sudah tentu tidak beridentiti.

Warisan sudah lama dilupakan oleh masyarakat Sabah kalau saja malas berbohong. Hahaha!

KM Hajiji Hargai Komitmen Bung Mokhtar Kekal Bersama GRS

SIARAN MEDIA 8 Julai, 2021

Kenyataan terbuka Dato’ Sri Bung Moktar Radin menzahirkan komitmen padu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) amat menghargai pendirian Pengerusi UMNO Sabah, Dato’ Sri Bung Moktar Radin yang konsisten dengan komitmen untuk terus bersama dalam Kerajaan GRS di negeri Sabah.

Hajiji berkata kenyataan terbuka itu menzahirkan komitmen padu semua kepimpinan GRS untuk menjunjung mandat rakyat di Sabah yang telah memilih kerajaan baharu di bawah gagasan GRS.

“Atas sebab itu, keutamaan kita adalah menjaga nasib dan masa depan rakyat serta negeri.

“Cabaran di hadapan kita adalah menangani isu kesihatan, keselamatan dan ekonomi susulan pandemik COVID-19.” Kata Hajiji.

“Justeru, sebagai Pengerusi GRS saya amat menghargai pendirian Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah (Dato’ Sri Bung Moktar Radin) yang terus bersama kerajaan GRS di Sabah,” katanya.

Hajiji berkata perjuangan untuk bersama rakyat perlu diterjemahkan dengan komitmen semua pemimpin untuk fokus, bekerjasama dan bersatu padu untuk membawa Sabah keluar dari permasalahan ini

Tamat

Perdana Menteri dan Menteri Sedia Ada Kekal – Peguam Negara

KENYATAAN MEDIA

Merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Presiden UMNO bertarikh 7 Julai 2021, kenyataan tersebut merupakan kenyataan daripada suatu parti komponen yang membentuk Kerajaan sedia ada yang telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara 43(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

Buat masa ini Kerajaan tidak mempunyai apaapa fakta jelas yang menunjukkan bahawa YAB Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

Berdasarkan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, penentuan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat hendaklah ditentukan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat sendiri dan bukan melalui kenyataan oleh sesuatu parti politik ataupun mana-mana pemimpin parti politik. Oleh itu, dari segi undang-undang, YAB Perdana Menteri dan Jemaah Menteri sedia ada ternyata masih kekal untuk terus menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan.

Peguam Negara Malaysia 8 Julai 2021

Doa Tuan Guru Nik Aziz Ke atas Najib dan Zahid (Video)

Sedang viral rakaman video Tuan Guru Nik Aziz ketika mendoakan masa depan Najib Razak dan Zahid Hamidi.

Pasti masa itu skandal Najib dan Hamidi belum tersebar atau berada dalam pengetahuan pembangkang dan rakyat. Betul tak?

Tuan Guru Nik Aziz sebelum berdoa mengingatkan hadirin agar menyimpulkan dalam hati masing masing bahawa jika sekiranya dua pemimpin berkenaan tidak berubah menjadi Islam dan baik maka benamkanlah mereka. Supaya kepimpinan mereka diganti dengan orang lain.

Berdasarkan apa kita nampak hari ini. Mungkin kah doa itu telah termakbul. Hanya Allah yang mengetahuinya.

MCA dan MIC Tidak Pedulikan Zahid Kekal Bersama PN

Kalau ini bukan tamparan Jepun, entahlah. Memang tebal kulit Zahid ni.

Remeh remeh MCA dan MIC pun berani melawan keputusan abang besar, Presiden UMNO yang bertindak meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional.

Dua parti kompenan ini dengan tegas menyatakan mereka akan kekal bersama Kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tidak boleh kah pendirian MCA dan MIC ini dijadikan kayu ukur, bahawa ternyata langkah meninggalkan Perikatan Nasional kebijakan yang salah, bila bila bertukar menjadi mimpi yang ngeri.

Jangan sampai sama dengan parti Warisan sudahlah Zahid. Baru dua tahun setengah menjadi kerajaan negeri sudah ditendang oleh pengundi Sabahan. Menunjukkan betapa pengundi amat membenci parti yang kuat berpolitik.


Malaysiakini

Gesaan Zahid tak diendah – MCA, MIC kekal bersama k’jaan PN

Diterbitkan 8 Jul 2021, 2:11 pmDikemaskini 2:24 pmA+A

Rakan-rakan Umno dalam komponen BN tidak akan menyokong keputusan Majlis Tertinggi Umno semalam yang mengumumkan akan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Sebaliknya, mereka merancang untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin sehingga pilihan raya umum berikutnya.

Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon berkata penarikan sokongan Umno tidak mengubah pendirian partinya.

“Kecuali BN membuat keputusan baru dan rasmi, MCA akan terus menyokong PN sehingga pilihan raya berikutnya, sesuai dengan keputusan BN sebelum ini,” katanya, petik Free Malaysia Today.

Laporan FMT itu juga memetik Presiden MIC S Vigneswaran yang tidak berapa mengambil endah gesaan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi supaya Muhyiddin mengundurkan diri.

“Umno sebuah parti yang matang, mereka pun tahu… dulu ketika memerintah banyak kali desakan oleh pembangkang supaya perdana menteri mereka berundur, mereka tak buat pun sebab mereka tahu itu hanya desakan,” katanya.

Gambar fail, Presiden MIC S Vigneswaran.

Vigneswaran juga berkata Zahid seharusnya meminta semua menteri parti itu meletakkan jawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) terlebih dahulu, berbanding mendesak Muhyiddin berundur.

Semalam, Zahid berjaya mendapatkan mandat Majlis Tertinggi Umno, yang majoriti dikuasainya, untuk menyokong keputusan untuk menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Pun begitu, Zahid tidak mempunyai kawalan majoriti terhadap 38 ahli parlimen Umno, yang kebanyakannya berpihak kepada Naib presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob dan bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein.

Semalam, Muhyiddin melantik Ismail sebagai timbalan perdana menteri dan Hishammuddin sebagai menteri kanan untuk menenangkan Umno daripada keluar kerajaan PN.

Ismail dan Hishammuddin telah mengumpulkan ahli parlimen Umno untuk menghalang cubaan terdahulu Zahid untuk keluar PN.

Namun, dengan majoriti empat kerusi Muhyiddin, Zahid masih dapat menjatuhkan kerajaan PN jika hanya segelintir sahaja daripada 38 ahli parlimen Umno bersamanya.

Berikutan pengumuman Zahid, sebahagian besar ahli parlimen belum membuat pengumuman sekiranya mereka akan mematuhi keputusan parti itu atau kekal dengan kerajaan PN

Tiada Kemelut PM Sibuk Mengurus Jawatan Baru Ismail dan Hishammuddin

Sejak tadi pagi banyak cerita yang beredar antara yang paling panas, kononnya kerajaan akan bertukar kerana UMNO telah menarik sokongan.

Tapi sehingga saat ini tidak ada berita yang tersebar kalau Presiden UMNO pergi menghadap Agong untuk menyatakan pendiriannya.

Soalnya UMNO yang mana kawan. Kalau UMNO yang terdiri dari Ahli Majlis Tertinggi yang dilantik itu, nah itu bukan ada apa. Mereka tu hanyalah individu yang dilantik untuk mencukupkan korum. Dalam masa yang sama terpaksa akur kerana Zahid yang menawarkan mereka jawatan dan mencalonkan mereka. Pokoknya mereka itu tidak ada misi yang jelas selain untuk kepentingan diri mereka.

Justeru itulah banyak portal yang menulis kelihatan banyak kenderaan mewah menuju ke rumah rasmi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin. Hakikatnya mereka hadir untuk mengurus perlantikan Datuk Ismail Sabri dan Datuk Hishammuddin ke jawatan masing masing, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kanan Luar Negeri.

Pokoknya tidak ada apa, itu adalah suasana yang biasa.

Nah kamu penyokong pembangkang ambil selimut tidur balik. Hahahha!


Kemelut PN: Muhyiddin menghadap Agong petang ini?

MUHYIDDIN YASSIN

  • Oleh ZAREEN HUMAIRAH SEJAHAN
  • 8 Julai 2021, 1:08 pm

PETALING JAYA: Buat masa ini  tiada perancangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurut sumber dalaman Utusan Malaysia, tiada sebarang makluman mengenai pertemuan antara Tuanku dan Ahmad Zahid.

“Tiada dalam perancangan untuk presiden menghadap Agong hari ini.” jelas sumber ringkas.

Awal pagi tadi, Ahmad Zahid mengumumkan parti itu menarik sokongan daripada Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Susulan itu, beliau  mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur daripada jawatan Perdana Menteri secara terhormat setelah kepemimpinan Presiden Bersatu itu gagal menguruskan negara yang dilanda pandemik Covid-19 serta menjaga kebajikan rakyat.

Terdahulu sebuah portal melaporkan,  Muhyiddin  akan menghadap Agong  dipercayai bagi memohon perkenan melakukan rombakan Kabinet dalam masa terdekat.

Perdana Menteri dijadual menghadap Al-Sultan Abdullah petang ini yang turut bakal mempersembahkan perkembangan semasa poliitk berkaitan dengan penarikan sokongan UMNO.

KM Hajiji Ucap Tahniah – Hishammuddin dan Ismail Sabri

Tahniah diucapkan kepada YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob atas pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.

Semoga dengan pelantikan ini pentadbiran negara dapat diperkuatkan khususnya dalam usaha memerangi COVID-19 dan menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Syabas, tahniah dan selamat bertugas demi negara!

Zahid dan 24 MKT Putus Kerjasama Dengan Perikatan Nasional. So What?

Belum pun sampai seminggu, 30 ahli Parlimen UMNO menuntut Zahid Hamidi melepaskan jawatan Presiden kerana gagal menerajui UMNO serta membuat gerakan yang bertentangan dengan agenda Parti.

Semalam Presiden UMNO Zahid yang tidak lagi diiktiraf oleh kebanyakan ahil UMNO dan 24 MKT yang dilantik. Telah membuat keputusan rasmi menamatkan atau memutuskan kerjasama dengan kerajaan Perikatan Nasional.

Kompenan Perikatan Nasional terdiri dari PPBM, PAS, sebahagian UMNO dan Parti Parti tempatan Sabah dan Sarawak.

Tujuh alasan yang dikemukakan dan kesimpulan yang boleh dibuat dari alasan alasan itu ialah kerana kerajaan Perikatan Nasional enggan menarik balik perbicaraan berhubung rasuah yang dihadapi Zahid, Najib dan beberapa lagi dari Mahkamah. Berkaitan diri Zahid selaku Presiden UMNO yang tidak dilantik ke jawatan Timbalan Perdana Menteri, sebaliknya diberikan pada Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri. Ini juga menjadi sebab kenapa Presiden UMNO Zahid Hamidi secara drastik menarik balik sokongan ke atas kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Alasan kononnya kerajaan gagal menanggani penularan Covid-19 hanyalah alasan yang di ada adakan. Begitu juga dengan alasan kononnya kerajaan gagal menjaga kebajikan rakyat. Ini kerana Malaysia cemerlang mengurus penularan Covid-19 banding negara negara jiran.

Soal kebajikan kepada rakyat Malaysia, semua pihak harus akur pada kesahihan fakta ini. Sejak Malaysia merdeka, kerajaan Perikatan Nasional lah yang paling banyak memberi bantuan tunai walaupun ekonomi Malaysia terjejas akibat pendemik Covid-19..

1997 – 1998 Malaysia berhadapan dengan krisis ekonomi global, krisis kewangan Asia dari tahun 2008 hingga 2009. Tapi bantuan untuk rakyat pada waktu sangat kurang berbanding kerajaan Perikatan Nasional.

Penamatan kerjasama ini sikit pun tidak menggugat kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia atau menggugat kestabilan kerajaan Perikatan Nasional.

Lucu rasanya Zahid Hamidi yang terpalit dengan tuduhan salah laku di Mahkamah pula yang mengklaim Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Malaysia yang gagal. Justeru diminta melepaskan jawatan. 🤭 Dunia akhir zaman!