KOTA KINABALU: Kerajaan GRS tetap dengan pendirian agar semua perkara atau tuntutan seperti yang termaktub didalam MA63 dapat di tunaikan.
Ini telah diutarakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor dalam Mesyuarat Majlis Khas mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri secara maya pada Selasa.
Hajiji berkata perbincangan diantara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri mengenai perkara ini sedang berjalan dan kedua-dua pihak komited untuk mencari penyelesaian.
“Perkara ini tidak perlu diperbesarkan kerana yang penting kita telah pun memberi pandangan dan pendirian kita dan Kerajaan Persekutuan telah memberi respon yang positif,” kata Hajiji.
“Kita juga harus ambil kira bahawa YAB Perdana Menteri telah secara terbuka memberi komitmen dan jaminan untuk menilai dan berusaha mencari penyelesaian kepada semua tuntutan-tuntutan yang kerajaan negeri kemukakan,”tambah beliau.

Sesungguhnya proses ke arah ini sedang berjalan dengan baik dan sempurna. Baru saja semalam Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor, Menteri Pertanian Malaysia Datuk Ronald Kiandee, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan mesyuarat khas MA63 bil kedua secara sidang video.
Justeru itulah Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor berkeyakinan bahawa perkara dalam perjanjian Malaysia 1963 akan dapat direalisasikan oleh Gabungan Rakyat Sabah selaku pentadbir kerajaan negeri. Memandangkan kerajaan ini mempunyai hubungan dan kerjasama yang baik dengan kerajaan pusat, Perikatan Nasional yang diterajui oleh Presiden PPBM (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri.
Sebelum ini kedengaran berita dimana status Sabah telah ditukar oleh Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin menjadi sebuah Wilayah bukan lagi negeri. Begitu juga dengan Sarawak.