Bantuan Kilat Mangsa Kebakaran Kampung Titingan, Tawau

YB Kolonel Kehormat(PA) Datuk Haji Nizam DSP Abu Bakar Titingan(ADUN N68 Apas/Pembantu Menteri Kewangan Sabah) hari ini,20 Julai 2021 bermula 9.30 pagi telah hadir di Balairaya Kg Titingan. Ini merupakan penempatan sementara yang disediakan selepas berlakunya kebakaran pada pagi semalam 19 Julai 2021.

Kebakaran tersebut melibatkan Kg Titingan Blok 10,11 dan 9,56 buah rumah dan 363 mangsa secara keseluruhan. YB Datuk yang hadir telah memberikan arahan agar bantuan susu kanak kanak serta lampin pakai buang disalurkan oleh pihak pejabat UPPM apas.

Bantuan wang tunai sumbangan peribadi dari YB Datuk telah diberikan kepada semua ketua keluarga yang terlibat.YBHG Datuk Tahir Picho(Rastamas) serta isteri juga turut hadir memberikan sumbangan berupa wang tunai serta bekalan ayam dan beras.

Suasana sememangnya sangat memilukan dimana musibah menimpa tepat sehari sebelum hari raya aidiladha,semoga semua mangsa diberikan ketabahan dalam menghadapi ini semua.

Adalah difahamkan pihak MPT sedang berusaha mencari dewan yang lebih besar untuk penempatan sementara mangsa kerana balai raya Kg Titingan sememangnya sempit untuk semua mangsa.

InsyaAllah semoga ramai pihak kerajaan mahupun NGO akan datang menghulurkan apapun keperluan.YB Datuk juga dibawa melawat tapak kejadian kebakaran dan diberikan taklimat oleh pegawai Bomba.
Turut hadir sama Tuan Arnold Joibi(Presiden MPT),Tuan M Azrian Syah Ali(PPM Apas),Tuan Haji Mahamud Sakti(Ketua Anak Negeri),Tuan Mehdi Mohidin(CDO Apas),Tuan Yusree(AJK BERSATU Tawau)Tuan Ramlee(AJK BERSATU Tawau),Tuan Tony Tahah(AJK BERSATU Tawau),Tuan Zulkifli(AJK BERSATU Tawau), serta beberapa pemimpin setempat lain.

#UnitMediaNABT #BERSATUBahagianTawau #PembantuMenteriKewanganSabah #UPPMApas #MelawatMangsaKebakaranKgTitingan #BantuanSegera

Follow Insta rasmi di : @nizamabubakartitingan
Like dan Follow FB rasmi di : Nizam Abu Bakar Titingan

PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA Bahagian Tawau 2021

Kredit Page Nizam Abu Bakar Titingan

Suasana Sayu Di Pagi Aidiladha – Adun Apas

TAWAU; 20 JULAI 2021 Selasa

SUASANA SAYU DI PAGI AIDILADHA

Yb Datuk Haji Nizam Ab Titingan
ADUN N68 APAS Merangkap
Pembantu Menteri Kewangan Sabah meninjau
Kesan kebakaran yang berlaku kelmarin. Hadir Bersama PPM APAS Tuan M Azrian Syah Ali Pemaju Mukim Ramlee Pacak Serta rombongan Dan Presiden Majlis perbandaran Tawau Tuan Arnold Joibi Dan beberapa pegawai kerajaan yang hadir.

Kredit Apas Balung Post

Warisan Menafikan Kesalahan Jaujan Buat Perbandingan Bodoh

Admin terbaca keratan print screen yang cuba menafikan kesalahan yang telah dilakukan oleh Adun Sulabayan, Semporna Jaujan Sambakong.

Pada 23 Jun 2021 Jaujan Sambakong dibenarkan oleh pemerintah merentas negeri kerana isterinya meninggal di Negeri Sembilan, Semenanjung.

Tapi usai proses pengebumian. Jaujan dilihat telah menjalankan aktiviti politik dengan menyalahi kebenaran rentas negeri. 

Pada 09hb dan 10hb Julai Jaujan dilihat merasmikan atau mengesahkan kewujudan parti Warisan di Kelantan dan Negeri Sembilan.

Kesalahan itu telah mericuhkan masyarakat. Seolah-olah ada perbezaan darjat.

Namun cuba dinafikan oleh penyokong pembangkang atau Warisan dengan membuat perbandingan bodoh. Kata Warisan Ketua Menteri Sabah juga melakukan kesalahan dengan mengadakan aktiviti atau perhimpunan ketika PKP.

Sedangkan ia adalah dua hal yang berbeza, tidak bersambung pun.

Kesalahan yang dilakukan oleh Jaujan dan orang orangnya ialah menyalahkan surat kebenaran merentas negeri.

Ini isunya.

Sedangkan Ketua Menteri Sabah melakukan aktiviti di dalam negeri dengan mematuhi SOP yang telah di tetapkan. Seperti juga wakil wakil rakyat Warisan menyampaikan bakul makanan dikawasan mereka. Walaupun dalam tempoh PKP dan PPN Fasa satu dan dua.

Dan perlu diketahui dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 dan 2. Dinyatakan dengan jelas antara akiviti yang dibenarkan ialah menjalankan urusan rasmi kerajaan. Selain arahan tetap dari semasa ke semasa yang dikeluarkan MKN dan KKM.

Secara logiknya mana boleh pergerakan seorang Ketua Menteri di hadkan apa lagi di dalam negeri. Nanti siapa yang akan menjalankan atau mentadbir kerajaan negeri. Who run the state?

Kerajaan Sahut Cabaran Aziz Jamman Tangkap PATI Filipina dan Indonesia

Baru baru ini ahli Parlimen Sepanggar Aziz Jamman mendesak kerajaan atau Timbalan Menteri Dalam Negeri Jonathan Yasin supaya menangkap semua pendatang asing yang ada di Sabah, tidak kiralah dari Filipina mahupun dari Indonesia.

Aziz Cabar Kerajaan Sabah Hapuskan PTI Indonesia Filipina Di Sabah (Video)

Walaupun sebenarnya si Aziz tahu ada dikalangan PATI PATI berkenaan yang ada hubungan dengan penyokong sekaligus pengundi Warisan. Tapi dia buat bodoh yang penting cabarannya itu dapat menarik kepercayaan KDMR.

Nah pada 17hb Julai 2021 Timbalan Menteri Dalam Negeri II Jonathan Yasin telah bertindak menangkap PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin).

Oleh itu jangan pula ada dikalangan penyokong Warisan yang menyalahkan kerajaan Perikatan Nasional atau Gabungan Rakyat Sabah. Kalau memang kamu berakal dan bukan alat Warisan, ok. Tapi persalahkan kepimpinan parti yang kamu sokong secara membabi buta itu.


Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Jonathan Yasin berkata, operasi dijalankan berdasarkan aduan awam yang diterima bahagian penguatkuasaan JIM Ranau.

Katanya, antara lokasi serbuan adalah rumah kongsi tapak pembinaan Mesilou Golf Course, Jalan Desa Cattle, Kampung Mesilou dan Loji Tapak Pembinaan Tangki Air serta sekitar Pekan Kundasang.null

“Selain itu, serbuan turut dijalankan di sekitar Kuarters Pekerja MRSM, Tanah Merah, Jalan Kompleks Ranau, Kampung Babukan, Jalan Pinousuk, Ranau.

“Dalam operasi ini, seramai 173 orang diperiksa dan daripada jumlah itu hanya 65 individu ditahan membabitkan 28 lelaki dan 15 wanita dewasa serta 22 kanak-kanak,” katanya ketika ditemui media selepas operasi berkenaan, hari ini.

Jonathan berkata, semua ditahan selepas disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pasport atau pas yang sah serta Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal lebih masa selepas tamat tempoh pas.

Selain itu katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen Imigresen 1959/63 iaitu menggunakan dan memiliki apa-apa permit masuk, pas, dokumen perjalanan dalam negeri atau perakuan yang palsu.

Dalam pada itu, semua tahanan juga diarahkan menjalani proses tapisan kesihatan yang ketat termasuk ujian saringan Covid-19 bagi memastikan tidak wujud penularan jangkitan di depoh tahanan Imigresen.

“Ia seiring dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” tegasnya.

Harian Metro. JIM Sabah 65 Pati

Malaysia Yang Terbaik Jaga Kebajikan Ketika Covid-19 (Audio)

Beberapa hari yang lalu admin mencari bahan untuk dikaitkan dengan satu rakaman perbualan yang menceritakan senario yang berlaku di Arab Saudi semenjak dunia dilanda pendemik Covid-19.

Supaya tidak ada yang beranggapan kalau rakaman perbualan ini sengaja dibuat untuk menyedapkan hati rakyat Malaysia. Beranggapan mustahil negara sekaya Arab Saudi gagal menjaga kebajikan rakyatnya

Admin pun pada mulanya skeptikal juga, walaupun pada dasarnya tahu tidak mustahil dari berlaku. Sebab itulah mencari bahan untuk diselitkan.

Mari dengarkan perbualan rakyat Malaysia ini, seorang di tanah air, seorang lagi berada di Arab Saudi. Sadis kawan!.

Bukan bererti kerajaan Arab Saudi tidak cekap atau tidak prihatin. Tapi kerana faktor kekangan ekonomi yang terjejas akibat pendemik Covid-19. Negara mana juga yang gila mengimport minyak kalau segala prasarana tidak beroperasi dan pergerakan rakyatnya dikawal.

Varian Delta Di Selangor Tersebar Kerana Sektor Pengilangan?

Ini lagi satu pencerahan yang berilmiah berkenaan penyebaran Varian Delta di Negeri Selangor.

Semalam portal berita melaporkan dalam keadaan yang sesak atau penuh virus ini boleh merebak dalam tempoh 5 saat diantara seorang dengan seorang yang lain

Dalam pada itu pembangkang gigih mengelirukan rakyat dengan mendakwa punca serangan Varian Delta di Selangor, Malaysia apa bila kerajaan membenarkan kilang kilang tertentu beroperasi.

Untuk itu mari kita tonton rakaman dibawah. Agar kita tahu adakah dakwaan pembangkang itu ada kebenarannya atau apa dia.

Kita Bukan Lembu, Tajuddin

Betullah tu apa lagi orang MELAYU sendiri yang menjadi pemimpin dan penyokong parti Melayu atau UMNO. Mana boleh hanya mendengar satu pendapat walaupun terang terang salah.

Lainlah kalau pemimpin dan penyokong UMNO itu luar daripada Semenanjung yakni dari Sabah.

Tidak ada prinip kebenaran yang mereka boleh buktikan pada masyarakat Sabah, selain akur pada kehendak bos malah mendorong kesalahan bos. Walaupun perkara itu bertentangan dengan naluri manusiawi dan nilai nilai baik yang perlu ada pada wadah perjuangan.

Lihat saja pengikut dan jentera UMNO Sabah di akar umbi. Sebelum ini menyanjung Tajuddin kerana menurut kehendak Presiden UMNO, bila Tajuddin menonggak arus, tidak semena-mena dihina. Macam saja mereka tu benar Melayu yang lebih bertanggungjawab ke atas UMNO berbanding Tajuddin. Apa lagi Tajuddin lebih Melayu dari Zahid Hamidi. Kesian Tajuddin di buli oleh Melayu jadi jadian.


Kita bukan lembu’ – Tajuddin

Saiful Haizan HasamJulai 14, 2021 @ 3:13pmsaiful.haizan@bh.com.my

Saya tidak menyesal digugurkan sebagai Pengarah Pilihan Raya parti hanya kerana beri pandangan kritikal dalam mesyuarat MKT UMNO - Tajuddin. FOTO NSTP

Saya tidak menyesal digugurkan sebagai Pengarah Pilihan Raya parti hanya kerana beri pandangan kritikal dalam mesyuarat MKT UMNO – Tajuddin. FOTO NSTP

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tidak menyesal dengan penggugurannya sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO hanya kerana memberikan pandangan kritikal ketika Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, minggu lalu.

Tajuddin menegaskan, apa yang beliau bangkit dan perkatakan dalam mesyuarat itu adalah perkara benar apabila sehingga hari ini tidak ada pihak menafikan pandangannya.

“Terpulanglah kepada Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) nak terima atau tak pandangan saya.

“Kalau itu yang jadi sebab dia nak ganti saya, tak apa lah. Saya tak menyesal dengan apa yang saya perkatakan kerana itu perkara 100 peratus benar.

“Dia ada kuasa, maka terpulang pada dialah. Saya pun tak kecewa sebab banyak lagi kerja lain saya boleh buat untuk bantu parti,” katanya kepada BH, hari ini.

Semalam, Ahmad Zahid mengumumkan pelantikan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Pengarah Pilihan Raya parti itu berkuat kuasa serta-merta menggantikan Tajuddin yang dilantik ke jawatan itu pada 4 November tahun lalu.

Baru-baru, ini tular rakaman audio dikatakan suara Tajuddin ketika mesyuarat MKT UMNO pada Rabu lalu yang menyifatkan keputusan parti menarik sokongan daripada Muhyiddin ketika rakyat bergelut dengan krisis COVID-19, sebagai tidak wajar.

Sementara itu, Tajuddin berkata perbezaan pendapat dalam mesyuarat sepatutnya tidak menjadi masalah kerana dengan cara itu akan wujud idea yang boleh dipertimbangkan untuk kebaikan parti.

Katanya, sebagai ahli UMNO selama 45 tahun, beliau tidak mahu menjadi ‘pak turut’ dalam semua keadaan.

Beliau berkata, pandangannya dalam mesyuarat MKT UMNO itu menyentuh masa depan parti selepas beberapa kali membuat keputusan yang salah.

“UMNO ini sebuah parti besar, kalau buat keputusan biarlah yang tepat dan membawa kepada kejayaan. Kalau membawa kesan negatif kepada parti, nak buat apa. Rakyat memerhatikan.

“Sepatutnya tidak ada masalah perbezaan pendapat kerana kita bukannya lembu. Seekor lembu di depan masuk kandang, kita yang lain pun ikut masuk kandang. Bila seekor keluar kandang, kita pun keluar kandang,” katanya.

“Sekarang Tok Mat (Mohamad) ambil alih, baguslah. Teruskanlah, saya doakan dia boleh buat, cuma masa akan menentukan sama ada dia boleh atau tidak boleh,” katanya.

Kalau Dikata Kerajaan Gagal Tapi Dari Aspek Mana – Shahidan

Menurut Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim yang juga menolak kepimpinan Zahid Hamidi. Mendakwa pihak yang mengata Perikatan Nasional kerajaan gagal sebenarnya pihak itu yang gagal.

Pihak disini ada dua jenis satu memang nyata pembangkang satu lagi sekejap kawan sekejap lagi lawan. Hahaha!


Kalau dikatakan gagal, gagal aspek mana – Shahidan

July 15, 2021 Share

Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF

ARAU: “Jika hendak dikatakan gagal, gagal daripada aspek mana? Kalau gagal dari segi hendak mendapat pekerjaan itu saya akui.

“Tetapi kalau dari segi pemberian bakul makanan, itu adalah satu pembohongan,” kata Ahli Parlimen Arau, Dato’ Seri Shahidan Kasim.

Oleh kata beliau slogan ‘Kerajaan Gagal’ yang diviral pihak tertentu menggambarkan kegagalan pihak terbabit sendiri.

Menurut beliau slogan itu cuba ditanam di minda rakyat tidak lain tidak bukan hanya untuk menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang.

“Kalau gagal mengapa pemberian vaksin kepada rakyat di Malaysia semakin bertambah malah melebihi sasaran harian yang disasarkan kerajaan.

“Contoh seperti di Wilayah Persekutuan, kita akan mencapai tahap 100 peratus imuniti berkelompok dalam masa sebulan lagi.

“Ia juga akan diikuti negeri-negeri lain yang sedang berusaha keras memberi vaksin kepada rakyat sekarang,” katanya yang juga bekas Pengerusi Perhubungan Umno Perlis.

Beliau juga berkata, sepatutnya semua wakil rakyat tanpa mengira fahaman politik membantu kerajaan mempercepatkan program vaksinasi di kawasan masing-masing.

Bagaimanapun katanya sekiranya masih ada pihak yang masih mendakwa kerajaan gagal, mereka perlu tampil menghulurkan bantuan kepada golongan yang terjejas.

“Jadi kalau pihak masih mendakwa kerajaan gagal, saya saran mereka tubuh badan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama memberi bantuan makanan kepada rakyat.

“Kalau tuduh kerajaan dengan pelbagai dakwaan, sebenarnya mereka sendiri tidak berusaha membantu rakyat. Merekalah yang gagal,” katanya.

Oleh itu beliau menasihatkan pihak yang mendakwa kerajaan gagal jangan sekadar syok menulis di media sosial, tanpa bertindak membantu rakyat yang berdepan dengan kesukaran sekarang.

“InsyaAllah saya dan seluruh ahli parlimen sentiasa menghulur bantuan di mana sahaja rakyat yang memerlukan bantuan, semua kita akan beri,” katanya.

Sementara itu di kawasan parlimen Arau diperuntuk sebanyak 16,000 pek bakul makanan diedar ke seluruh rakyat di kawasan berkenaan.

“6,000 pek daripadanya dari bantuan Pakej Pemulih yang diumum Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

“Selebihnya hasil sumbangan peribadi dari Yayasan Pok Kassim dan Senator,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 15/7/2021

Nasib Baik Nazri Tidak Anggap Zahid Presiden Indonesia, Semua Di Pecat

Apa sudah jadi pada wak Zahid ni, nasib baik Nazri tidak menganggapnya Presiden Republik Of Indonesia, kalau tidak naya oh.

Sudahlah orang tahu sememangnya Zahid dilahirkan di negara jiran. Nanti hanya membuat rakyat berkata padanlah perangai Zahid lain macam.

Untung jadi Presiden UMNO ni macam macam hal boleh ditentukan mengikut kepentingan peribadi.

Zahid sudah tidak kisah apa orang cakap pasal dirinya yang penting tidak merengkok dalam penjara.


Zahid ni Presiden Republik Congo ke, semua dia nak pecat?

14 jam lalu

Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seperti pemimpin negara Republik Congo.

Seorang pemimpin senior UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan tindakan pemecatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai pengarah pilihan raya parti tidak wajar hanya kerana berbeza pandangan berhubung pendirian parti.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu menyamakan tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan pemimpin negara yang sering bergolak, Republik Congo yang memecat penentangnya hanya kerana wujud perbezaan dalam isu politik dan parti.

“Ini masalah Zahid ni, semua orang dia nak pecat… Dia ini Presiden Republik Congo ke?” katanya kepada Agenda Daily.

Jelas Nazri, beliau tidak menolak akan menerima nasib sama dengan Tajuddin dipecat sekiranya memegang jawatan dalam parti hanya menyatakan pandangan berbeza dengan Presiden.

“Saya ini nasib tidak ada jawatan dalam parti, kalau tidak pun kena pecat.

“Takkan berbeza pendapat pun nak pecat, semua nak pecat… Tindakan ini tidak membantu dan menguatkan parti, sebagai Presiden kena lah terima semua pandangan bukan pandangan penyokong sahaja,” kata Nazri kepada Agenda Daily.

Hari ini, Zahid mengumumkan pemecatan Tajuddin sebagai pengarah pilihan raya parti tersebut hari ini, ia selepas beberapa hari kritikannya semasa Mesyuarat Majlis Tertinggi pada Rabu minggu lepas.

Pengumuman pemecatan tersebut dibuat menerusi satu kenyataan media oleh Zahid dan kekosongan tersebut akan diganti Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang berkuatkuasa serta-merta.

Terdahulu, Tajuddin dilaporkan mengutuk MT UMNO apabila menggunakan istilah ‘pirah’ ketika bercakap pada mesyuarat secara maya minggu lalu.

Ucapan beliau itu tersebar menerusi satu klip audio yang tular di media sosial dan turut dikongsi bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa dalam Twitternya semalam.

Tajuddin juga mengakui ketulenan klip audio tersebut.

Dalam klip audio itu Ahli Parlimen Pasir Salak berkenaan membantah langkah MT menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana katanya ia bukan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang lalu.

Malah beliau menganggap Ahli MT telah didesak untuk bersetuju supaya UMNO menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri.

Apa Masalah Saya Sokong PM, Kerajaan – Tajuddin

Betullah tu apa masalah jika seorang pemimpin UMNO menyokong Perdana Menteri dan Kerajaannya. Apa lagi UMNO juga sebahagian dari kerajaan Nasional.

Yang salah bila hanya Presiden yang berpegang pada prinsipnya tapi pemimpin UMNO lain dan ahli UMNO. Diminta walah tanpa memikirkan baik buruk sokongan yang diberikan. Ini tidak adil dan nampak sangat memperbodoh.


Nora Mahpar -July 15, 2021 9:30 AM

Tajuddin Abdul Rahman tidak menolak jika berlaku sebarang keajaiban pada masa depan.

PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Tajuddin Abdul Rahman meramalkan usaha parti itu untuk menjatuhkan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri akan menemui “jalan buntu” kerana semua Ahli Parlimen termasuk Jemaah Menteri dari Umno sepakat menyokong Presiden Bersatu itu.

Beliau berkata, sokongan wakil rakyat Umno terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak dilihat sebagai satu kesalahan atau melanggar keputusan Perhimpunan Agung Umno (PAU) Mac lalu yang tidak pernah menyebut untuk menarik sokongan kepada Muhyiddin.null

“Saya sokong Timbalan Perdana Menteri (Ismail Sabri Yaakob), sokong Perdana Menteri, sokong kerajaan. Ada apa masalah? Saya memang sokong.

“Sebab kita dah buat keputusan, semua patuh pada keputusan PAU, Umno kata kita kekal bersama kerajaan PN sehingga pilihan raya akan datang. Selagi belum PRU, kita sokonglah,” katanya kepada FMT.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, parti juga sudah memberi kebebasan kepada Ahli Parlimen Umno dalam menggunakan budi bicara apabila berlaku pengundian di Dewan Rakyat.null

“Tidak ada kesalahan yang mereka lakukan. MKT juga beri mereka (Ahli Parlimen Umno) kebebasan untuk buat keputusan sama ada menyokong atau tidak buat masa ini. Jadi apa masalahnya?,” soal Tajuddin yang juga tidak menolak jika berlaku sebarang keajaiban pada masa depan.

Beliau mengulas mengenai kenyataan bersama Jemaah Menteri yang sebulat suara kekal menyokong penuh kepimpinan Muhyiddin, di sebalik tindakan Umno menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Tajuddin juga mendesak Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi supaya melupakan “hasrat” untuk terus mendesak Muhyiddin berundur, kerana waktu “itu” akan tiba akhirnya.

“Dia nak ugut? Apa nak ugut? Bagi saya tak perlu nak ugut, kita ikut sajalah keputusan parti. Sampai masa baru kita buat keputusan nak tarik (sokongan), sampai dah ada PRU, Parlimen dah dibubarkan,” katanya.

Umno ketika ini mempunyai 38 Ahli Parlimen, dengan 16 daripadanya menyandang jawatan menteri atau timbalan menteri.

Bakinya, seramai 21 ialah Ahli Parlimen biasa, manakala seorang lagi menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Khamis lalu, Umno memutuskan untuk menamatkan sokongannya kepada Muhyiddin dan mendesak beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dengan segera atas tujuh “kegagalan” termasuk pengurusan lemah kerajaan pimpinannya dalam menangani pandemik Covid-19.

Keputusan MKT Umno itu, yang diumumkan presiden parti, setakat ini tidak memberi kesan kepada kedudukan ahli Jemaah Menteri parti itu, termasuk Ismail Sabri yang dilantik sebagai timbalan perdana menteri minggu lalu.

Polemik mengenai sokongan Umno kepada Muhyiddin mencetuskan perbalahan dalaman parti itu dengan beberapa pemimpin lantang menolak keputusan MKT.

Sumber FMT