UMNO Letak Calon Bebas Dari Kes Mahkamah – Ku Li

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) menasihatkan pimpinan UMNO supaya meletakkan calon yang bebas dari kes mahkamah selain tidak sombong demi memenangi pilihanraya umum yang akan datang.

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO itu juga berkata calon mestilah berupaya dan sentiasa dekat dengan rakyat.

Pastinya pendapat Ku Li itu datang dari suara rakyat seperti yang selalu dinyatakannya setiap kali dipersoalkan berkenaan kritikannya terhadap UMNO.

Sebelum ini beliau ada bersuara kalau kritikannya tidak diterima atau dianggap enteng maka lebih baik jawatan Pengerusi Jemaah Penasihat dilucutkan.

Wah nampaknya seranan seperti ini tidak hanya datang dari bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Musa Hitam tetapi juga telah menular ke pemimpin pemimpin veteran UMNO bagi menyingkirkan pemimpin-pemimpin UMNO yang terpalit dengan tuduhan salah guna kuasa di Mahkamah. Seperti Presiden UMNO Zahid Hamidi, mantan Presiden Najib Razak dan setiausaha UMNO Ahmad Maslan dan beberapa lagi yalah kalau bukan mereka siapa lagi.

Sebelum ini bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Musa Hitam ada menyuarakan pendapatnya bahawa kalau ingin dihormati sekaligus memenangi pilihanraya umum yang akan datang semestinya UMNO membuang atau meminggirkan pemimpin-pemimpin UMNO yang berhadapan dengan tuduhan rasuah di Mahkamah.


Pada penyokong kluster Mahkamah janganlah terlalu dangkal dalam kita punya keluarga pun ada yang baik ada yang buruk. Fitrah lah tu.

Yang peliknya bila ada dikalangan ahli keluarganya yang melakukan kejahatan boleh tu dikerjakan sampai pengsan malah ada yang mati dibunuh tetapi bila orang lain yang melakukan kejahatan hanya kerana dia pemimpin UMNO boleh pula tu ditelan. Walaupun ada di kalangan pemimpin UMNO sendiri yang mengakui kejahatan yang telah dilakukan.

Begitulah cara berfikir rakyat dalam melihat sesuatu isu.

Lim Guan Eng Murtad Demokrasi

Admin ingat politik DAP ni sudah cukup canggih. Iyalah canggilah tu bila bercakap soal kesamarataan atau apabila seseorang pemimpin mengangkat fahaman liberalisme.

Tapi kenapa begitu cetek. Rupanya masih ke kampung kampungan macam apek tua yang tidak pernah keluar masuk bandar, malah semakin jahiliah. Hemmm!

Murtad dalam agama Islam merujuk kepada seseorang yang meninggalkan agama Islam yang akan berhadapan dengan hukuman yang cukup berat. Itu bermakna murtad telah disyariatkan.

Berbeza dengan mengalihkan sokongan atau melompat parti. Ia tidak disebut dalam perlembagaan Malaysia. Malah ia adalah asas kepada sistem demokrasi. Itu bermakna melompat parti dibenarkan atau dibolehkan sebab telah termaktub dalam sistem demokrasi.

Justeru kenapa Lim Guan Eng selaku pemimpin DAP sanggup membuat perbandingan bodoh?

Bodoh yang boleh ditafsirkan menghina agama Islam, kau kena hati-hati Lim Guan Eng.

Isu ini timbul bila Lim Guan Eng mempersoalkan kenyataan setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin berhubung beberapa wakil rakyat daripada Pakatan Harapan keluar menyertai Perikatan Nasional. Sebagai tidak salah kerana tidak bertentangan dengan mana-mana perlembagaan persekutuan.

Tapi ia ditentang oleh Lim Guan Eng hingga membuat perbandingan bodoh kononnya kenapa dalam Islam pun tidak dibenarkan murtad jadi kenapa pula dalam politik boleh dibenarkan lompat parti.

Kerana Lim Guan Eng terlalu jahil politik dan terlalu jahil agama maka bolehlah kita membuat kesimpulan sebenarnya dia ni murtad demokrasi. Kenapa, sebab dalam sistem demokrasi menyertai parti lain dibenarkan sebaliknya kalau menurut mangkuk Lim ni. Alahai!

3 Kesilapan Besar Zahid Hamidi

Fakta yang dinyatakan dibawah sebenarnya sudah berada dalam pengetahuan ramai orang tetapi yang menariknya bila apa yang kita ketahui disokong atau dibuktikan oleh pemerhati politik atau aktivis politik.


“Datuk Seri Zahid adalah sahabat saya, seperti juga Datuk Seri Anwar, tetapi saya rasa Datuk Seri Zahid telah melakukan 3 kesilapan besar.

Kesilapan pertama Datuk Seri Zahid ialah menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong menyatakan Ahli-Ahli Parlimen UMNO bersamanya memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar untuk membolehkan Datuk Seri Anwar menjadi PM 9. Hakikat sebenar adalah di sebaliknya.

Kesilapan kedua Datuk Seri Zahid ialah membuat keputusan dan kenyataan kononnya Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil ketetapan untuk memutuskan hubungan dengan BERSATU semasa PRU 15 nanti dan UMNO menolak jawatan Timbalan Perdana Menteri sedangkan majoriti menyatakan pendirian di sebaliknya.

Kesilapan ketiga Datuk Seri Zahid ialah menyatakan BN bersetuju memutuskan hubungan dengan BERSATU. Reaksi dari kenyataan itu ialah bantahan daripada MCA, MIC dan PBRS.

Bila Datuk Seri Shahidan dan Datuk Seri Bung Mokhtar membuat kenyataan menyanggah keputusan Datuk Seri Zahid berhubung kerjasama dengan BERSATU, maka itu adalah permulaan Datuk Seri Zahid menghadapi tentangan anggota Majlis Kerja Tertinggi UMNO secara terbuka.

Bila kenyataan terbuka Datuk Seri Shahidan dan Datuk Seri Bung Mokhtar bersambut kenyataan Tun Musa Hitam dan Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri maka rasanya semakin banyak peluru akan dihala ke arah Datuk Seri Zahid.

Saya percaya, rantaian peluru kalaupun tidak bertihan peluru, akan menghala ke arah Datuk Seri Zahid menjelang Perhimpunan Agung UMNO pada 27-28 Mac nanti. Mungkin berlaku tekanan semasa Perhimpunan Agung UMNO supaya Datuk Seri Zahid melepaskan jawatan. Segala kemungkinan boleh berlaku.

Membariskan kesilapan-kesilapan Datuk Seri Zahid, yang disokong oleh kenyataan Datuk Seri Shahidan, Datuk Seri Bung Mokhtar, Tun Musa Hitam dan Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri, saya percaya Datuk Seri Zahid dalam keadaan defensif. Dia bukan sahaja tidak mampu menyerang, malah terpaksa menepis serangan yang boleh melemahkan seluruh tenaganya.”

(Pandangan aktivis politik veteran, Kamarazaman Yaacob, mengenai Datuk Seri Zahid Hamidi dalam WhatsApp Group Bicara Minda Malaysia pada pagi ini).

Sumber Facebook

Terbongkar Kenapa Raja Salman Berhubung Secara Maya Dengan PM Muhyiddin

Semalam laskar UMNO melancarkan serangan tidak berasas dan murahan keatas Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin sempena lawatan beliau ke Arab Saudi.

Oleh kerana kononnya pertemuan Perdana Menteri Malaysia dengan Raja Salman hanya dibuat melalui maya. Itu menunjukkan lawatan Perdana Menteri tidak diraikan oleh kerajaan Arab Saudi atau Raja Salman.

(Perkara yang perlu diketahui ialah pihak yang menjemput ialah kerajaan Arab Saudi)

Mana mungkin tidak diraikan sedangkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin telah dibawa masuk melihat keadaan Kaa’bah daripada dalam.

Untuk makluman Raja Salman adalah penjaga Kota suci Mekah atau Kaa’bah.

Inilah kenaifan para laskar UMNO ni. Mereka ingat dengan cara memfitnah seperti itu apa lagi keatas Presiden parti pemerintah seperti mereka, menyebabkan sokongan rakyat terhadap UMNO bertambah, semakin dibenci oleh rakyat adalah. Apa lagi amarah rakyat terhadap pemimpin pemimpin utama UMNO yang sedang dibicarakan di mahkamah masih membuak-buak.

Kalau ada yang ingin tahu kemungkinan kenapa Raja Salman tidak membuat pertemuan secara empat mata tapi hanya berkomunikasi secara virtual atau maya dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah kerana pada 06 atau 07hb Mach 2021 kerajaan Arab Saudi telah melancarkan serangan balas keatas puak Houthi yang berpengkalan Sana’a, Yaman. Sudah tentulah selepas itu langkah berjaga-jaga menjadi keutamaan. Selain sudah tentu kerana faktor global, ancaman Covid-19 yang masih aktif.

Sebelum itu puak Houthi telah menyerang beberapa kawasan di selatan Arab Saudi menggunakan 10 drone yang sarat dengan muatan bom.

Pun begitu walaupun pemerintah Arab Saudi sedang berhadapan dengan serangan dari puak pengganas Syiah yang berpengkalan di Yaman ia bukan halangan untuk mereka mengalu-alukan atau meraikan kehadiran Perdana Menteri Malaysia.

Bayangkan hanya untuk menyambut kedatangan seorang Perdana Menteri. Operasi semua lapangan terbang di negara itu dihentikan buat seketika. Hal ini tidak pernah berlaku semasa lawatan mana-mana Perdana Menteri Malaysia ke negara itu.

Ketibaan Perdana Menteri di lapangan terbang Riyadh disambut oleh Putera Mahkota Yang Amat Mulia Putera Mohammed bin Salman Al Saud iaitu pewaris Raja Salman.

Kamu ingat apa, cincai kah. Shame on you lah. 🤭

DAP Tidak Menolak Untuk Berkerjasama Dengan UMNO

Baru saja tadi Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim memaklumkan hasil perbincangan mereka. Bahawa Pakatan Harapan atau PKR tidak menolak sebarang kerjasama dengan UMNO bagi menghadapi pilihan raya umum yang akan datang. Ini kerana UMNO sudah pun membuat kenyataan rasmi bahawa hubungan UMNO dan Perikatan Nasional atau PPBM akan diputuskan bila Parlimen dibubarkan.

Klik links dibawah.

Sah UMNO dan PKR (DAP) Ada Kerjasama Pilihan Raya

Sebenarnya hubungan baik Pakatan Harapan atau PKR dan UMNO ini bukan cerita baru, sebelum ini telah tersebar satu surat yang ditandatangani oleh Presiden UMNO Zahid Hamidi bagi menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebentar tadi sekali lagi netizen dikejutkan dengan berita dimana Lim Guan Eng menyatakan dengan jelas bahawa DAP tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan UMNO asalkan kononnya kerjasama itu demi kepentingan negara dan bukannya parti. Pun begitu buat masa ini kerjasama politik itu belum ada tapi tidak menolak akan berlaku bagi menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

Macam berpakat dengan Anwar Ibrahim pula ya almaklumlah baru selesai bermesyuarat kot paling tidak baru saja berbalas whatsapp. Hahaha!

Kesimpulannya sejauh mana agaknya penyokong penyokong UMNO dapat menerima kehadiran kelak? Adakah penyokong UMNO akan terus setia kepada parti atau mungkin mengalihkan sokongan keatas salah satu parti yang ada dalam Perikatan nasional. Kita tunggu dan lihat sajalah yang pasti kalau sekadar ahli biasa atau berjawatan di peringkat cawangan mahupun bahagian, tiada kaki lah tu hingga memaksa Presiden UMNO membatalkan keputusannya untuk bekerjasama dengan PKR atau DAP.

Sebagai ingatan, antara modal terbesar UMNO keatas DAP sejak berdekad yang lalu ialah menggambarkan DAP sebagai sebuah parti yang mendokong ideologi Komunis yang kejam hingga nampak seolah-olah bukan Tuhan yang mencipta penyokong atau Cina DAP. Dahsyatnya.

Begitu juga dengan DAP antara modal terbesar mereka ialah manipulasi propaganda UMNO itu sendiri sebagai musuh atau bertentangan dengan slogan Malaysian Malaysia yang ingin melihat kesamarataan sosial di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira jenis bangsa iaitu membatalkan kontrak sosial.

Sah UMNO dan PKR (DAP) Ada Kerjasama Pilihan Raya

Bukan lagi rahsia walaupun hubungan PKR UMNO cuba dinafikan oleh pemimpin dan penyokong UMNO berbanding PKR yang tampak merelakannya, iyalah tiada satu pun penyataan dari wakil wakil rakyat PKR yang menafikannya begitu juga dengan DAP walaupun kedengaran sedikit sumbang setelah gagal bekerjasama dalam krisis menukar Menteri Besar Perak.

Bahawa menurut Anwar Ibrahim Majlis Presiden PH telah memutuskan beberapa perkara antaranya tidak menolak akan bekerjasama dengan UMNO menjelang pilihan raya umum yang akan datang memandangkan UMNO telah membuat kenyataan rasmi tidak lagi bekerjasama dengan Perikatan Nasional menjelang pilihan raya umum kelak.

PKR dan UMNO ada hubungan sulit dan ia telah lama dimeterai melalui surat yang ditandatangani oleh presiden UMNO dan Anwar Ibrahim, lama sebelum ini. Tinggal lagi ada di kalangan pemimpin dan penyokong UMNO hipokrit, takut kiranya pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang ada di kampung-kampung menolak atau tidak lagi mengundi UMNO.

Masih ada yang ingat tak surat yang ditandatangani oleh Presiden UMNO dan Anwar Ibrahim yang menyatakan sokongan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kerana surat itu juga Annuar Musa telah dipecat dari jawatan Setiausaha Agung BN akibat mendedahkan kewujudan surat berkenaan sekaligus mengakui kesahihannya.

Tapi peliknya sehingga hari ini masih ada dikalangan penyokong atau pemimpin UMNO yang menafikannya. Masih lagi memburukkan DAP walhal DAP adalah rakan keras PKR. Apa macam oh!

Buang Semua Pemimpin UMNO Yang Berdepan Kes Mahkamah

Menurut bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang kelima Datuk Musa Hitam, bahawa semua pemimpin UMNO yang terpalit dengan tuduhan salah guna kuasa di Mahkamah harus diketepikan terlebih dahulu bagi menyelamatkan dan mengembalikan kehormatan parti UMNO.

Datuk Musa Hitam yang juga bekas timbalan Presiden UMNO dalam masa yang sama menyarankan supaya kelompok berkebolehan yang dipinggirkan selama ini diberi peluang untuk memimpin bagi menguatkan semula parti UMNO.


Secara peribadi admin amat bersyukur kerana sempat menulis sesuatu yang baru dari bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Musa Hitam. Datuk Musa Hitam ini adalah antara pemimpin negara waktu itu yang menjadi topik perbualan arwah ayah bersama kawan kawannya. Alhamdulillah!.

Puad Zarkashi Fighter Olok Olok 😅

Kalau kita ikuti perkembangan Puad semenjak dia kritikal terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau parti PPBM. Kita akan dapati Puad Zarkashi cukup bermaharajalela hanya kerana UMNO sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional.

Sebelum ini Puad telah menfitnah Perdana Menteri Malaysia dengan mengatakan Perdana Menteri Muhyiddin enggan dikuarantin sekembalinya dari lawatan resmi dari Jakarta pada 5 Februari hingga kerajaan terpaksa mewartakan perintah kuarantin tiga hari terhadap menteri.

Ekoran fitnah itu pihak Perdana Menteri melalui agensi peguam telah menghantar surat tuntutan kepada Puad Zarkashi agar memadam entri bertarikh 09hb February berkenaan. Selain digesa membuat permohonan maaf secara terbuka dan tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang seumpamanya keatas Perdana Menteri. Sekiranya tuntutan diatas tidak ditunaikan oleh Puad Zarkashi dalam tempoh tujuh hari maka saman sejumlah RM10 juta akan dimajukan.

Tapi kamu tahu apa kenyataan balas Puad selepas tuntutan yang dibuat itu. Bukan main berlagak dan besar kepala lagi siap mencabar balik Perdana Menteri seperti pernyataan di bawah.

Sebagai individu yang dijamin kebebasan bersuara saya tidak akan benarkan jika saya dibuli oleh Tan Sri Muhidin Yasin seperti mana UMNO dibuli.

Saya tidak perlu memohon maaf dan tidak perlu memadam posting dalam FB saya.

Last-last kamu tahu apa yang berlaku, Puad Zarkashi semacam tikus tikus kebasahan dan ketakutan.

Puad Zarkashi telah memadam posting yang dimaksudkan dan tidak lagi berani membuat entri atau posting di akaun Facebooknya. Bila mana peguam Perdana Menteri berjaya mendapat injuksi dari Mahkamah terhadap Puad Zarkashi.

Dan kamu jangan ingat mendapat kelulusan injuksi itu kerja yang mudah. Sebelum Hakim meluluskan permohonan injuksi, berlaku tu perdebatan diantara peguam pemohon dan peguam yang mewakili Puad Zarkashi.

Sekarang cuba kamu tengok page Facebook DrPuad Zarkashi masih adakah? Tidak ada sudah dia sudah tutup.

(Untuk makluman beberapa minggu yang lepas admin Puad Zarkashi telah menghalang atau menyekat admin dari melontarkan komen di Facebooknya. Tidak pasti pula adakah baru baru admin Puad telah memblok admin secara total)

Untuk Apa Wira Buat Laporan SPRM Keatas Adun Sebatik, Ambil Cermin Tu

Wira Warisan membuat laporan SPRM terhadap Adun Sebatik.

Apa kaitannya hak seorang Wakil Rakyat dalam sistem demokrasi dengan agensi SPRM yang sering kali menyiasat penipuan dan salah guna kuasa pemimpin pemimpin Warisan?

Bikin ketawa puak ni, kalau kalah dan tidak lagi dipercayai oleh wakil rakyat sendiri, maka lebih baik mendiamkan diri dan cari jalan bagaimana untuk menutup propaganda Warisan yang satu pun tidak pernah terbukti benar tu. Hahaha!

Seperti contoh sebelum ini Warisan giat memperjuangkan kononnya Sabah for Sabahan dan Sabah Ubah.

Pokoknya dari awal kemunculan Parti Warisan, mereka menegaskan tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti daripada Semenanjung. Tetapi pada pilihanraya Sabah baru-baru ini bukan hanya bekerjasama malah membenarkan DAP menggunakan logo parti Warisan ketika bertanding.

Tidak ada beza tu dengan apa yang dilakukan oleh Adun Sebatik Hassan Amir ketika bertindak bijak meninggalkan Parti Warisan dan menyokong kerajaan negeri Sabah GRS atau Perikatan Nasional. Tinggal lagi tindakan Adun Sebatik ini wajar diberikan penghormatan kerana sanggup berkorban demi rakyat yang ada di kawasannya. Tidak seperti apa yang ditawarkan oleh Warisan pada parti DAP tadi. Sanggup mengorbankan prinsip dan kepercayaan penyokong mereka demi kuasa politik.

Kalau tujuan laporan SPRM itu agar siasatan dapat dijalankan keatas Adun Sebatik dan pihak yang berkaitan, nak ambil dulu cermin tu, kenang balik apa yang cuba dilakukan oleh Wakil-wakil Rakyat Warisan Plus sebelum ini.

Beberapa wakil rakyat Warisan semasa era pemerintahan mereka mendakwa kononnya ada pihak yang cuba membeli mereka dengan harga yang sangat mahal agar meninggalkan Parti Warisan. Tapi rupanya itu hanyalah olok olok untuk memalukan diri mereka.

Namun apabila dituntut oleh pihak tertentu agar mengemukakan bukti, haram tiada seorang pun pemimpin Warisan yang menyahutnya.

Tidak lama selepas itu Ketua SPRM Sabah membuat kenyataan rasmi bahawa mereka telah menghubungi salah seorang Wakil Rakyat Warisan/PH yang mendakwa telah cuba disogok. Tetapi Wakil Rakyat berkenaan tidak berani mempertahankan dakwaannya. Maksudnya mereka menipulah tu, tidak ada pihak berkepentingan yang cuba berunding dengan mereka.

Dakwaan Adun Warisan Ditawarkan Wang Berjuta Adalah Dusta – SPRM

Yang namanya dibeli disogok dan ditawarkan sesuatu ialah seperti apa yang berlaku pada Madius Tangau. Walaupun secara nyata tidak ada habuan atau pun wang ringgit boleh dijadikan bahan bukti tetapi jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah yang diberikan sudah mampu menjawab teka-teki yang bermain di fikiran rakyat pada waktu itu.

Sekarang lihat pula pada Adun Sebatik adakah dia telah menduduki sebarang jawatan Menteri?

Oiii kepimpinan dan macai-macai mereka, fahamkan tidak ada istilah katak politik bilamana tindakan mengalihkan sokongan dibuat selepas kerajaan negeri Sabah dibentuk melalui keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah 2020 yang menyaksikan Parti Warisan tumbang di tangan rakyat Sabah.

Hentikan Birokrasi Yang Halang Pelabur Masuk Sabah – Ketua Menteri Sabah

SIARAN MEDIA

5 Mac 2021

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mahu semua bentuk batu penghalang yang mengekang pelaburan akan dihentikan, untuk memudahkan pelaburan masuk ke Sabah.

“Peraturan-peraturan atau karenah birokrasi yang menyusahkan dihadapi oleh pelabur yang berminat akan hanya menyukarkan usaha kita menarik pelabur ke Sabah. Oleh itu, perlu dihentikan untuk memudahkan pelaburan,” kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor ketika mempengerusikan mesyuarat pertama ahli lembaga pengarah Invest Sabah Bhd (ISB) di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini hari ini.

Invest Sabah Berhad telah di tubuhkan pada Disember tahun lalu dibawah seliaan Kementerian Pembangunan Perindustrianuntuk mempromosikan aktiviti pelaburan tempatan dan asing. Justeru ia adalah selaku agensi sehenti untuk pelaburan masuk ke Sabah yang mana antara lainnya akan memberi pelabur maklumat mengenai keperluan pelaburan termasuk kelulusan lesen dan membangunkan rangkaian asas.

Hajiji berkata ISB akan bertindak sebagai pusat urus setia kepada jawatankuasa pelaburan yang akan di sertai oleh kerajaan negeri, Persekutuan dan juga pihak-pihak berkepentingan untuk menyemak semua bentuk cadangan pelaburan.

Katanya, kejayaan ISB kelak akan memacu ekonomi negeri mencapai salah satu teras utama di dalam Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ),iaitu pelan pembangunan lima tahun yang dilaksanakan Kerajaan GRS.

Tiga teras menjadi fokus utama SMJ iaitu pertanian,pelancongan dan sektor industri, modal insan dan kesejahteraan rakyat, begitu juga rangkaian infrastruktur serta kemampanan hijau.

Mesyuarat itu turut mengesahkan pelantikan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Joachim Gunsalam yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian sebagai Timbalan Pengerusi ISB.

Ahli Lembaga Pengarah ISB pula ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong; Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof; Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Tuan Hj Rusdin Riman; Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian, Thomas Logijin; Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Bernard Liew; Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri, Helena Masry; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MIDA Malaysia, Dato Azman Mahmud; Datuk Tan Kim Beng dan Datuk John Lo (SEAC); Datuk Madiyem Layapan, Mr Fu Fui Leong (Setiausaha Syarikat) dan Anndirrina Chong (Setiausaha Lembaga/Board Secretary).

Datuk Madiyem Layapan juga disahkan secara rasmi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ISB.

TAMAT