KM Hajiji Tetap Menuntut 40% Hasil Sabah, Aziz Jamman Jangan Kuat Minta Puji

Si Aziz Jamman beretorik atau minta puji lagi, pasal apa lagi kalau bukan tuntutan hasil Sabah 40%.

Rentak sama ketika parti Warisan mula muncul sekitar tahun 2016. Dimana perjanjian Malaysia 1963 menjadi modal mereka. Malangnya ketika mereka berpeluang menjadi kerajaan negeri Sabah, 40% tuntutan hasil atau lebih gah lagi 80% royalti minyak Sabah dari Persekutuan tidak mampu pula mereka realisasikan. Hampas, tin kosong betul lah!

Hari ini setelah menjadi tukun pembangkang, sekali lagi kepimpinan Warisan beretorik dengan hasil Sabah atau perjanjian Malaysia 1963.

Siapa lagi yang mahu percaya Aziz Jamman oiii!

Si Aziz membangkitkan keputusan Sidang Parlimen pada 29 September 1971 yang mewartakan 40% hasil Sabah telah dibatalkan.

Adakah ini yang dimaksudkan oleh si Aziz Jamman yang syok sendiri ketika berhujah di sidang Parlimen baru baru ini. Ini kerana Tuan Speaker pun tidak faham dengan keterangan Si Aziz. Hahaha!

Inilah mangkuknya si Aziz Jamman. Dia sendiri akui tidak ada sidang Dewan Rakyat pada 29 September 1971. Itu bererti warta 1972 boleh dipersoalkan.

Maka sewajarnya Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor meneruskan tuntutan 40 % hasil Sabah atau struktur yang lebih menguntungkan dan realistik.

Ertinya kerja Datuk Hajiji Noor selaku Ketua Menteri Sabah dari konteks hasil atau kekayaan Sabah berdasarkan perjanjian Malaysia 1963 terus konsisten dalam erti kata lain telah ditunaikan walaupun bukan manifesto yang menjadi modal parti Warisan setiap kali pilihan raya.

Habis itu kenapa pula si Aziz Jamman menuntut rakyat Sabah supaya menolak kepimpinan GRS sebab kononnya telah bersetuju membatalkan hasil Sabah 40% dari Persekutuan?

Pertanyaannya sewaktu Shafie Apdal menjadi Ketua Menteri Sabah, kenapa dia tidak memperjuangkan warta 1971 yang tidak wujud itu, seperti mana dakwaan si Aziz Jamman?

Dan selepas itu bagaimana pula dengan kedudukan 40% hasil Sabah telah berjaya dipertahankan oleh kerajaan Warisan kah?

Presiden PPRS Dalang Sendiket Kad Palsu PATI Bekerjasama Dengan Warisan (Gambar)

Baru saja semalam Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor menggesa agar siasatan segera jalankan terhadap seorang presiden parti tempatan Sabah kerana disyaki terlibat dengan sendiket pengeluaran kad palsu kepada pendatang asing tanpa izin, dengan mengenakan bayaran sehingga seribu ringgit.

Hal tersebut didedahkan oleh Menteri Kementerian Dalam Negeri, Datuk Hamzah. Seperti link dibawah.

Dipercayai parti tempatan itu bernama Parti Perpaduan Rakyat Sabah, PPRS dan Presidennya bernama Mohd Arshad Abdul Manap.

Dia telah pun ditangkap pada 22 Jun 2022 dan sedang dalam proses pendakwaan.

Siasatan yang dimaksudkan antara lain cari rangkaiannya adakah PPRS mempunyai hubungan dengan parti tempatan lain.

Nah ternyata ada, Presiden PPRS sendiri ada hubungan secara langsung dengan Parti Warisan.

Siap mengeluarkan kenyataan sempena PRK Kimansis sebagai tanda sokongan terhadap parti Warisan, bahwa demi kesinambungan kestabilan ekonomi, politik dan sosial Sabah mereka menyokong calon parti Warisan. Kononnya

Buktinya lihat gambar gambar yang berkaitan begitu jitu kerjasama diantara PPRS dan Warisan. Mesra gitu!

Kelihatan dalam gambar Presiden PPRS bersama Naib Presiden Parti Warisan, Jaujan Sambakong.

Dimana sudah suara lantang Aziz Jamman ke atas usaha murni kerajaan dalam usaha membenteras lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah.

Kuat sangat menyalahkan kerajaan walhal pada hakikatnya dengan memberikan kad pekerja asing kepada PATI ia dapat mengurangkan dan mengekang pertambahan mereka ia juga memanfaatkan kehadiran PATI sekaligus mengekang impak negatif yang mereka timbulkan.

Tapi bagaimana dengan PPRS yang menjadi sekutu Warisan yang terlibat dengan sendiket pengeluaran kad palsu kepada pendatang asing tanpa izin (PATI).

Mana suara mu Aziz Jamman oiiii!

Tampaknya Warisan tidak layak mengkritik mana kerajaan atau sekalipun ke atas parti UMNO yang sarat dengan kelemahan salah gunakuasa dan birokrasi parti. Sebab pastinya isu yang mereka bangkitkan juga pernah dilakukan oleh Warisan baik sebagai bekas kerajaan negeri Sabah mahupun Aziz Jamman dan Shafie Apdal sebagai bekas pemimpin UMNO.

Kuat sangat bermain propagadanda bohong semata-mata akhirnya mengena batang hidung sendiri. Sekarang Warisan nak jawab apa pula ni?

Aziz Bantah Kad Pekerja Asing Tapi Masih Ada PATI Mengagungkan Warisan ๐Ÿ‘Ž

Apa yang cuba dilagakkan oleh Aziz Jamman ni, dia tu tidak ada modal lain agaknya, sebab itu tidak habis habis dengan soal pemberian kad pekerja kepada pendatang asing tanpa izin (PATI).

Si Aziz mendakwa memberikan kad pekerja asing seolah olah kerajaan mahu menghalalkan rakyat asing yang masuk secara haram dan berkerja di Sabah.

Jadi apa konok rasionalnya kerajaan mengeluarkan kad Warga Asing di Sabah? ini konon akan menggalakkan lebih ramai PATI masuk secara haram ke Sabah melalui lorong tikus.

Si Aziz Jamman kena fahamlan program pemberian kad pekerja kepada PATI adalah usaha murni bagi mengurangkan beban akibat kehadiran PATI di negeri Sabah. Tidak dinafikan disana juga ada unsur  kemanusiaan yang wajar diberikan pertimbangan. Alsebab itu kad kerja warga asing diperkenalkan.

Tidak timbul isu pemberian kad berkenaan akan menggalakkan kehadiran PATI dari Indonesia dan Filipina. Sebab tugas menyekat kemasukan warga asing ke Sabah berada dibawah tugas agensi keselamatan yang bertugas di sempadan negara. Ini lain ceritanya Aziz oiiii! kau lah bha masih juga agak dunguk.

Pada PATI dari Indonesia dan Filipina wujudkan sikit perasaan malu dan ada harga diri itu. Kamu tidak tengok kah Warisan lah yang bersungguh-sungguh menafikan kehadiran kamu. Tapi kenapa masih ada dikalangan mereka masih mengagung-agungkan Warisan. Bukan kah itu bodoh namanya.

Adun Segama Keluar Bersatu, Sokong Kerajaan GRS

Lahad Datu ahli parlimennya Mohamad Din Ketapi yang juga ahli Dewan Undangan Negeri, Segama hari ini mengumumkan keluar daripada Bersatu

Tahun lepas 30 Oktober 2021 dia keluar meninggalkan parti Warisan dan pada 26 November tahun yang sama menyertai Parti Bersatu.

Hari 28 Jun keluar lagi dari parti Bersatu tapi tetap menyokong kerajaan GRS yang diketuai Datuk Hajiji selaku Ketua Menteri Sabah yang juga Ketua GRS.

Nasib baik dia cakap, walaubagaimanapun dia tetap menyokong kerajaan negeri Sabah atau kerajaan GRS. Kalau tidak habis dia ni. ๐Ÿ˜‚

Din Ketapi juga menekankan bukan kerana dia tidak diberikan peranan dalam kerajaan, sebab itu dia meninggalkan Bersatu. Tapi ada sebab lain lah kot, tidak apa biarkan lah dia dengan dunianya, namanya juga politik kan.

Nah jangan pula ada yang perasan seolaj olah si Din ni telah menyertai UMNO ya. Sebab masak tu dia kelak dalam pilihan raya.

Apapun Din aka Kusung Kubid harus selepas ini lebih konsisten jangan sampai kamu kehilangan kerajaan GRS yang prihatin dan berkerja bertungkus lumus untuk rakyat Sabah.

Ingat GRS adalah gabungan parti yang tegas menuntut eleman yang ada dalam perjanjian Malaysia 1963. Tidak ada sudah parti lain di Sabah yang berbuat demikian, apa lagi UMNO sudah tentu tidak berhasrat merealisasikan perjanjian Malaysia 1963 sampai bila bila pun.

Warisan Datang Ke Semenanjung Hanya Untuk Mengacau Tidak Ikhlas – DAP (Video)

Pada pilihanraya negeri Sabah 2020, DAP bekerjasama penuh dengan Parti Warisan, hinggakan DAP sanggup menggunakan logo parti Warisan pada calon mereka.

Namun perpecahan mula ketara selepas mereka menerima kekalahan yang teruk kepada Perikatan Nasional atau GRS.

Dalam video dibawah adalah kenyataan pemimpin DAP di samping Lim Guan Eng.

Katanya tujuan Warisan datang ke Semenanjung hanyalah untuk mengacau tidak ikhlas untuk membantu.

Ada sebenarnya, mula-mula dulu Warisan bermain dengan polemik Sabah for Sabahan atau memperjuangkan Sabah dari konteks perjanjian Malaysia dan ia disokong oleh DAP. Tetapi hari ini bukan lagi Sabah for Sabahan atau Sabah Ubah tapi Warisan untuk Semenanjung itu yang gaduh dengan DAP tu. Apa macam oh!

Disokong waktu itu sebab DAP ingat Warisan boleh menjadi kerajaan dan sedar Presiden Warisan sanggup melakukan apa saja demi kuasa. Maka berkerjasama dengan Warisan adalah jalan terbaik dalam usaha menceburi pentadbiran kerajaan negeri Sabah secara total.

Total bererti tiada lagi hak Bumiputera yang dibangga-banggakan selama ini yang bertepatan dengan perjuangan DAP Malaysian Malaysia.

Dari dulu lagi masyarakat sedar dan tahu DAP bukannya parti yang bodoh.

Naib Presiden Warisan Peter Anthony Keluar Parti dan Sokong GRS (Bersatu)

Parti Warisan (Warisan) terus goyah, kali ini kalau tidak ditangisi dengan sesungguhnya oleh Presiden Warisan, nescaya Warisan akan berkecai sebelum menjelangnya pilihan raya umum yang ke 15.

Hari ini Naib Presiden Warisan Peter Anthony mengumumkan keluar dari Parti Warisan dan menyertai GRS atau lebih mudah difahami pro PPBM (Bersatu).

Mana mungkin pula UMNO menjadi pilihan Peter Anthony sedangkan parti ini adalah punching bag bagi mana mana calon atau parti yang bertanding di negeri Sabah.

Sebenarnya dari konteks Sabah hari ini apa lagi susulan beberapa keputusan pilihan raya negeri, khususnya Sarawak baru baru ini.

Tidak perlu satu satu wakil rakyat itu membuat alasan yang agak complicated ketika memberikan alasan kenapa mereka meninggalkan parti lama. Tapi nyatakan saja kami keluar untuk melawan UMNO habis habisan. Pasti alasan itu akan diterima oleh pengundi di kawasan mereka.

Turut bersama Peter meninggalkan Warisan ialah ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September tahun lalu, Peter mempertahankan kerusi DUN Melalap setelah memperoleh 5,694 undi bagi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Jamawi Jaafar yang memperoleh hanya 3,526 undi.

Bekas Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah itu adalah ADUN Warisan keempat mengumumkan keluar daripada parti pada tahun ini.

Tiga wakil rakyat Warisan yang keluar parti sebelum ini ialah ADUN Sebatik, Hassan A. Gani Pg Amir; ADUN Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob dan Ahli Parlimen Lahad Datu merangkap ADUN Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi.

Mohamaddin dan Hassan kemudian menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) manakala Dr. Yusof yang mengumumkan keluar Warisan pada 8 Oktober lalu masih kekal sebagai ADUN Bebas yang mesra kerajaan.

Kini Warisan memiliki 17 kerusi DUN dan blok pembangkang 27 kerusi manakala, blok kerajaan termasuk ADUN Bebas dan ADUN dilantik mempunyai 52 kerusi.

Analisis Awal PRN Melaka – Dr Mohd Yusri

๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ป

Setelah melalui tempoh kempen selama 12 hari, akhirnya PRN Melaka melabuh tirai malam ini.

Sekitar pukul 9.55 malam sekejap tadi SPR telah membuat sidang media awal mengumumkan keputusan PRN ini.

Seperti hipotesis awal dan dapatan kajian lapangan kami, BN berjaya mendominasi pertembungan ini.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN memenangi 21 kerusi, PH lima kerusi manakala PN dua kerusi.

BN turut mengungguli dengan undi popular sebanyak 40 peratus, diikuti PH 33 peratus dan PN 24 peratus.

Jangkaan kami bahawa kadar keluar mengundi rendah juga tepat apabila hanya 66 peratus pemilih (belum rasmi) menunaikan tanggungjawab mereka.

Sebagai analisis awal, keputusan PRN Melaka ini memberi beberapa makna penting yang boleh diambil maklum oleh pihak-pihak berkenaan.

๐—™๐—ฒ๐—ป๐—ผ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ธ

Kadar keluar mengundi yang rendah menggambarkan fenomena kelesuan politik (political fatigue) dalam kalangan pengundi.
Pelbagai drama dan aksi politik yang dipamerkan oleh pemimpin dan parti politik pasca PRU14 menyebabkan pengundi mula bosan terhadap politik.

Perspektif negatif terhadap politik ini banyak melanda generasi muda serta golongan dengan tahap sosio-ekonomi menengah dan ke atas.

Ini menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk tidak keluar mengundi terutamanya pengundi yang berada di luar kawasan.
Senario ini sangat tidak bagus untuk iklim politik negara apabila ada segmen tertentu rakyat mengambil keputusan menyisih diri dalam proses penting sistem bernegara ini.

๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜‚ ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐—ถ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ผ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ด ๐—จ๐—บ๐—ป๐—ผ

Dalam PRU14 lalu BN gagal mempertahan Melaka apabila berlaku ayungan pengundi Melayu kepada PH disebabkan beberapa faktor bersifat semasa.

Antara faktor tersebut adalah GST, 1MDB dan keyakinan etnik Melayu terhadap PH apabila Dr Mahathir menerajui kempen tersebut.

Apabila faktor tersebut telah pudar sekarang, pengundi etnik Melayu yang sebelum ini memilih PH telah kembali menyokong Umno dengan mengundi BN.

Ini akan mengembalikan semula Umno sebagai parti dominan di kawasan lingkaran Melayu seperti yang dikecapi oleh mereka sebelum PRU14.

๐—Ÿ๐—ฒ๐—ด๐—ถ๐˜๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—จ๐—บ๐—ป๐—ผ

Berlaku perdebatan hangat dalam kalangan kepimpinan Umno sendiri sama ada akan bertanding sendirian dalam PRN ini atau bergabung dengan PN.

Tim yang diketuai oleh presiden Ahmad Zahid Hamidi berkeras untuk bertanding sendirian dengan mengenepikan Bersatu dan Pas.
Keputusan malam ini adalah legitimasi penting bahawa keputusan untuk bertanding sendirian tersebut adalah tepat.

Keputusan ini akan memberi keyakinan kepada Umno yang mengetuai BN untuk meneruskan pendirian bertanding secara sendirian dalam PRU15 nanti.

Keputusan ini juga mengabsahkan strategi politik Zahid Hamidi, sekaligus membantu menguatkan kedudukan beliau sebagai presiden menjelang pemilihan kepimpinan Umno nanti.

๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐˜€๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ถ

Sepanjang mengumpul data di lapangan, pengundi memberi maklum balas baik terhadap kepimpinan mantan KM Melaka Adly Zahari.

Pengundi juga memberi perspektif sangat positif terhadap prestasi pentadbiran kerajaan PH sebelumnya yang diketuai oleh Adly.
Meskipun memberi kredit besar kepada Adly dan kerajaan PH sebelumnya, namun majoriti pengundi menyatakan komitmen untuk mengundi BN.

Ini kerana mereka cenderung memberi undi berasaskan parti politik berbanding faktor calon dan isu semasa.

Keputusan malam ini mengesahkan bahawa etnik Melayu khususnya masih mengundi bersandarkan faktor parti berbanding faktor2 lain.

๐—œ๐˜€๐˜‚ ๐—ก๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น ๐—ง๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ป

Sejak awal kempen, pengundi telah menunjukkan sikap lebih mementingkan isu bersifat setempat berbanding isu nasional.
Sebab itu walaupun PH dan PN banyak menggunakan isu permohonan tanah dan rumah RM100 juta oleh Najib pada penghujung kempen, namun isu tersebut tidak berkesan.

Di sebalik isu tersebut dan beberapa isu rasuah pemimpin tertinggi mereka yang digunakan oleh pihak lawan, Umno masih menang bergaya di kerusi-kerusi yang ditandingi mereka.

Ini membuktikan pengundi Melaka kurang memberi perhatian terhadap isu bersifat nasional, sebaliknya lebih fokus kepada motivasi bersifat setempat untuk mengembalikan Umno ke tapuk kuasa negeri.

๐—ฃ๐—ก ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—–๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด

Sebagai gabungan politik baru serta bertanding sendirian tanpa kerjasama dengan BN, PN mempamerkan prestasi membanggakan dalam PRN ini.

Berjaya memenangi dua kerusi dan memberi saingan bermakna di beberapa kerusi segmen Melayu, prestasi ini secara relatif sangat cemerlang.

Ini akan memberi keyakinan baru kepada mereka untuk memberi saingan bermakna dalam PRU15 akan datang.

Setelah mengumpul sokongan agak baik dalam segmen Melayu melalui kerusi yang ditandingi oleh Bersatu dan Pas, PN perlu bersegera mengenal pasti strategi efektif untuk menarik sokongan pengundi bukan Melayu khususnya melalui parti Gerakan.

Lanskap politik Malaysia yang menyaksikan komposisi bercampur etnik memerlukan sesebuah parti politik perlu mendapat sokongan semua etnik bagi memberi saingan berkesan dalam PRU.

๐—˜๐˜๐—ป๐—ถ๐—ธ ๐—–๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐— ๐˜‚๐—น๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐˜‚๐—ต๐—ถ ๐—ฃ๐—›

PH berjaya mengungguli PRU14 di Melaka apabila diberi sokongan hampir sepenuhnya oleh pengundi etnik Cina.

Sokongan ini antara faktor yang menyumbang kemenangan DAP di semua kerusi yang ditandingi mereka serta beberapa kerusi yang ditandingi PKR.

Membuat tinjauan sepanjang tempoh kempen, telah ada indikator yang menunjukkan sokongan pengundi Cina terhadap PH semakin lemah.

Keputusan PRN ini mengesahkan bahawa pengundi Cina mula beransur meninggalkan PH dan mula memberi sokongan semula kepada BN khususnya kepada MCA.

Walaupun DAP masih berjaya mempertahankan beberapa kerusi tradisi mereka, namun parti tersebut mempamerkan keputusan yang jauh merosot berbanding PRU14 sama ada bilangan kerusi atau undi popular.

๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—บ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ผ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜, ๐—ฃ๐—› ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—บ๐—ฎ ๐—”๐—ธ๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐˜

Walaupun tinjauan-tinjauan sejak DUN dibubarkan menunjukkan pengundi tidak bersetuju PH menerima dua bekas wakil rakyat BN sebagai calon mereka, namun petunjuk tersebut diabaikan.

Antara yang menentang keras keputusan tersebut termasuk pemilih yang mengundi PH dalam PRU14 lalu.

Antara yang kuat menentang keputusan tersebut juga adalah pengundi dalam kalangan anak muda dan pengundi etnik Cina, kedua-duanya juga merupakan segmen sokongan positif kepada PH sebelumnya.

Akibat mengabaikan suara ini dengan pelbagai alasan bersifat kosmetik politik, akhirnya PH dihukum dengan parah oleh pengundi dalam PRN ini.

Ada beberapa faktor lain lagi yang menyumbang kekalahan besar PH ini, namun keputusan menerima pelompat sebagai calon adalah salah satu sebab besar.

๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐˜๐˜‚๐—ฝ

Tirai PRN Melaka melabuh tirainya, wacana tentangnya akan terus berlangsung untuk beberapa tempoh mendatang.

Keputusan PRN ini akan dijadikan kerangka rujukan untuk setiap parti politik merancang strategi bagi menghadapi PRU15.

Keputusan PRN ini juga akan dijadikan kerangka rujukan oleh seluruh rakyat Malaysia untuk dijadikan pedoman awal pola sokongan mereka menjelang PRU15 nanti.

Selamanya warga perlu sedar, kemenangan sebenar sesebuah pilihan raya bukan parti politik, pemenang sebenar adalah rakyat.

๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ ๐— ๐—ฎ๐—ฑ๐˜†๐—ฎ ๐——๐—ฟ ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฑ ๐—ฌ๐˜‚๐˜€๐—ฟ๐—ถ ๐—œ๐—ฏ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—บ
Ketua Penyelidikan ILHAM Centre

Pp20 Nov 2021; 1p1.17 malam

Warisan Harap Dana Ahli Parlimen Tapi Tidak Tandatangan MoU. Biawak Betullah!

Portal yang agak terkenal menulis berhubung Ahli-Ahli Parti Warisan yang belum menerima dana dari kerajaan seperti yang dijanjikan. Dijanjikan?

Portal itu merujuk kenyataan Ahli Parlimen daripada Parti Warisan yang berkata untuk tahun ini mereka selaku Ahli Parlimen Parti Warisan hanya menerima RM100 ribu.

Warisan ni lidah biawak betullah. Mereka tidak membuat kenyataan terbuka tapi disuarakan melalui portal elit seperti itu. Dengan harapan golongan yang agak profesional akan terus memihak mereka.

Hakikatnya mana mungkin Warisan turut menerima bantuan dana sedangkan mereka tidak menandatangani MoU. Bukan hanya tidak menurunkan tandatangan malah memanipulasi MoU berkenaan, sebagai tidak wajar untuk disokong oleh pembangkang. Tapi dalam masa yang sama tercari cari dimana dana yang dijanjikan pada pembangkang.

MoU yang ditandatangani oleh pemerintah dengan PKR, DAP dan Amanah itu antara lain mengandungi tiga hal utama.

Untuk mengadakan reformasi Parlimen, menurunkan sarat mengundi menjadi 18 tahun dan pembahagian peruntukan atau dana secara rata kepada semua ahli ahli Parlimen.

Presiden Warisan tidak ikut serta tapi mengharapkan imbuhan?

Nampak sangat terdesak, kepada penyokong atau pengundi di kawasan Warisan. Kamu berfikir dan bangkitlah, fikirkan diri dan keluarga anda. Undi yang kamu bagi itu bertujuan untuk membela masa depan anda, bukan semata mata menjadikan calon dari parti Warisan sebagai wakil rakyat. Tak kan kamu pula yang memelihara mereka, itu namanya memelihara Biawak hidup.

Sedangkan semasa Warisan menjadi kerajaan sudah ada tiga atau lima pemimpin dan penyokong mereka diheret ke Mahkamah kerana salah guna kuasa.

Warisan Yang Takut Kehilangan PKR

Tipu lah dakwaan si Aziz Jamman tu. Dakwanya PKR atau Pakatan Harapan akan berkubur tanpa mereka dan hanya parti Warisan selaku pembangkang yang akan bertahan. Tipu lah ni!

Baru baru ini Angkat Muda Keadilan (AMK) menasihatkan kepimpinan mereka agar segera meninggalkan parti Warisan sebagai rakan sekutu. Namun gesaan itu dipandang sinis oleh Ketua Wira Warisan Aziz Jamman.

Iya Aziz Jamman betul lah tu hanya kamu yang bertahan tapi sebagai pembangkang sampai kiamat. Hahaha!

Begitu kira kira kenyataan si Aziz yang bertentangan dengan doa atau sumpah bekas penyokong Warisan yang tidak dihargai malah dianiaya, bahwa Warisan tidak akan bangkit dalam dunia politik sampai hari Kiamat.

Sebenarnya apa yang bakal terjadiย adalah sebaliknya. Sebab itulah Si Aziz mengeluarkan kenyataan yang bertentangan kerna tanpa pengaruh PKR atau PH, Warisan akan berkubur. Hakikatnya PKR atau PH memiliki jentera yang berkualiti dan berpengalaman berbanding Warisan yang hanya mampu menganjing dan meniupkan sentimen kekitaan hingga ada dikalangan mereka yang lupa diri. (Kadang kadang bikin muntah hijau pun ada)

Semasa kerajaan UMNO dilanda tsunami PH  pada pilihan raya umum ke 14 yang lalu. Ramai diantara penyokong PH yang bertindak menyokong Warisan namun sehingga kerajaan Warisan tumbang kehadiran mereka tidak dihargai. Jadi sudah tentulah selepas ini mereka akan balik ke pangkal jalan. Betul tak?

Calon DAP/PH pada pilihan raya negeri Sabah 2020 sanggup menggunakan logo Warisan tetapi ditolak oleh pengundi ini menunjukkan Warisan bukan lagi parti pilihan majoriti masyarakat Sabah.

Bab ini yang bikin muntah, menurut si Aziz sejak PKR menyatakan pendiriannya untuk berkerjsama dengan UMNO waktu itu juga Warisan tidak lagi bersama PH. Temberang betul kenyataan ni.

Teringat ketika mula mula Warisan bertapak di Sabah. Bukan main lantang lagi Warisan menafikan dakwaan pengundi kononnya Warisan tidak akan berkerjsama dengan parti parti dari Semenanjung atau Pakatan Harapan, ini kerana Warisan adalah parti tempatan yang akan menuntut sehingga 80% royalti minyak. Tahunya bila kerajaan dibentuk beberapa Ahli Parlimen Warisan dilantik menjadi Menteri Persekutuan dan 80% yang dijanjikan, janji tinggal janji.

Begitu juga bila tersebar khabar angin nama Presiden Warisan, Shafie disebut sebut oleh Tun Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri. Tiba tiba suara sumbang penyokong Warisan yang memburukkan parti dari Semenanjung tidak lagi kedengaran. Tapi kerana tidak kesampaian suara suara anti Malaya balik berkumandang. Hipokritnya puak ni.

Nampaknya taktik atau propagadanda Sabah Ubah di pakai ulang. Persoalannya masih adakah orang yang percaya? Nah kalau ada terlalu naif pula orang tu.

Ingat kepimpinan dan kunc kuncu Warisan sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa. Tengok apa berlaku di Tawau baru-baru ini pemegang pasport Indonesia pun ikut menunjuk perasaan di jalanan bagi mempromosikan kerajaan gagal. Soalnya kenapa orang luar seperti itu boleh terlibat tidak kah ia mengancam kedaulatan negara?

Betulkah Warisan Tidak Terkesan Selepas Adun Sebatik Keluar Parti?

Sudah tentu bila Adun Sebatik keluar daripada parti Warisan dan menyokong kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor selaku peneraju kerajaan GRS. Menyebabkan kekuatan Warisan berkurangan tidak kiralah di peringkat mana sekalipun.

Itu secara logiknya kerana kuantiti sudah berkurangan.

Tapi kalau menurut Adun Merotai si Saripuddin itu tidak mendatangkan kesan pada mereka. Betul kah tidak oh!

Kalau kita amati alasan Adun Sebatik kenapa dia meninggalkan Parti Warisan jelas ia merujuk kepada kelemahan kepimpinan parti Warisan didalam membela nasib rakyat khususnya di kawasan mereka. Baca link dibawah.

Adun Sebatik Meninggalkan Warisan

Tidak kah alasan yang diberikan oleh Adun Sebatik itu menunjukkan mereka selaku Wakil Rakyat tidak lagi berkemampuan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat kerana faktor kekangan kewangan dan faktor kepimpinan Warisan yang hanya sibuk berpolitik. Sedangkan dalam masa yang sama rakyat benar-benar terkesan akibat pendemik Covid-19 yang menjurus kepada kelangsungan hidup mereka sekaligus menuntut pembelaan daripada Wakil-wakil Rakyat mereka.

Jadi di mana logiknya alasan ADUN Merotai berkenaan. Lainlah kalau pengundi dikawasan mereka memang tidak ada rasa malu pada diri dan kerajaan yang sentiasa menghulurkan bantuan dari semasa ke semasa.

Seperti yang berlaku pada pilihan raya umum yang lepas, kerajaan semasa giat memutihkan pendatang asing tanpa izin hingga memiliki keterangan diri atau MyKad. Tapi yang diundi ialah calon daripada Warisan. Nah jangan mereka ulang kebodohan tu, jangan sampai ada yang jemu membuat kebajikan kerana merasakan usaha mereka ditertawakan daripada belakang oleh golongan yang tidak sedar diri atau mudah lupa diri.

Jangan main-main dunia sudah berubah di negara maju masyarakat tempatan mula mempersoalkan keberadaan mereka berbanding masyarakat bekas pendatang hingga ada yang mencadangkan sekiranya kelayakan mereka dikurangkan atau keterangan diri mereka ditarik balik.

Alah dibanyak negara seperti contoh Indonesia. Orang dari utara Indonesia bukannya senang senang boleh bermastautin di selatan Indonesia, apalagi terlibat dalam politik daerah. Silap hari bulan terjadi peperangan suku tu hanya menunggu saat dan ketikanya. Tersentuh sikit mulai tu marak macam api yang menyambar.