Kerajaan GRS Rombak Struktur Jabatan Air Di Semua Peringkat

Ngam juga lah ni, semoga rombakan secara besar besaran berlaku dalam tempoh terdekat dan melibatkan seluruh kawasan atau daerah yang sering berhadapan dengan gangguan air dan catuan air.

Oleh kerana gangguan air sering dipolitikkan oleh penyokong atau laskar Warisan. Nah disini saya mendedahkan perkara yang menyumbang.

Antara yang menyumbang hingga berlaku gangguan air atau catuan air terpaksa dilakukan adalah kerana adanya kakitangan jabatan air di peringkat daerah yang tidak bertanggungjawab. Antara yang mereka lakukan mengutip bayaran daripada luar dan bersubahat dengan penyewa premis.

Bila ada masyarakat membuat aduan tentang aktiviti mencuri air. Kakitangan jabatan air di peringkat daerah tidak bertindak hingga perkara selesai atau tidak bertindak langsung. Menyebabkan kes curi air berlaku di tempat yang sama dan berlarutan.

Saya juga dimaklumkan kes curi air yang berlaku di beberapa kampung dilakukan oleh keluarga pemimpin atau wakil rakyat Warisan. Bayangkan kalau keluarga wakil rakyat pun mencuri air apa lagi totok Warisan sudah tentu mereka lebih berani.

Sebab itulah bila ada penyokong Warisan yang berlagak hebat menyalahkan kerajaan kerana isu air, saya hanya tersenyum dan terbayang muka muka pencuri yang terdiri dari mereka.

Kes curi air melibatkan ahli keluarga wakil rakyat Warisan pernah diadukan ke kakitangan jabatan air tetapi tidak diambil tindakan.


Kerajaan negeri Sabah memberi bayangan kemungkinan akan berlaku rombakan di jabatan air negeri itu bagi menyelesaikan isu kekurangan bekalan air.

Menteri Kewangan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, beliau dan menteri kerja raya negeri, Datuk Seri Shahelmy Yahya percaya ia adalah perkara yang sesuai untuk menerajui jawatan bagi menyelesaikan isu berkenaan.

“Kami berdua merasakan terdapat keperluan mendesak untuk meletakkan orang yang tepat di semua peringkat Jabatan Air untuk pengurusan dan pengagihan bekalan air yang lebih baik kepada pengguna,” katanya.

Laporan itu juga menambah bahawa Shahelmy bersetuju bahawa pegawai jabatan perlu lebih proaktif untuk menyelesaikan masalah air Sabah.

Shahelmy juga berkata kementeriannya sedang bekerjasama rapat dengan jabatan air negeri untuk menyelesaikan isu berkenaan.

Masalah air di Sabah sering menjadi tumpuan di media sosial. Awal bulan ini, Shahelmy memanggil pengarah jabatan itu selepas Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee berkata penduduk Sandakan terpaksa minum air “masin” selama tiga bulan.

1,500 Ahli Warisan Tawau Keluar Parti

Kira-kira 1500 pemimpin dan ahli Parti Warisan di Tawau melibatkan 30 cawangan mengumumkan keluar parti dan menyokong kepimpinan kerajaan negeri GRS berkuatkuasa hari ini.

Mereka diketuai oleh mantan Timbalan Ketua Wira pusat merangkap Ketua Wira Tawau Ismail Sabran. Beliau berkata tindakan mereka adalah atas kerelaan hati dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Mereka mahukan sebuah kerajaan yang stabil dan disokong oleh semua parti tempatan supaya pembangunan negeri mampu dicapai.

Mereka tidak mahu parti yang terlalu banyak bermain politik sehingga membantutkan usaha untuk membangun negeri dan menyelesaikan masalah rakyat.


Alhamdulillah……..

Sememangnya pun, bukan kah tujuan parti itu sendiri agar dapat dimanfaatkan oleh rakyat.

Aman kamu kalau begini bukan kerana apa kerana akan lebih memudahkan kerajaan membantu masyarakat di daerah Tawau. Dalam erti kata lain tidak mudah diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak hingga menjadi mangsa keadaan.

Yalah pemimpin seperti Datuk Nizam sudah ada dan berada di tingkat atas dalam politik Sabah, untuk apa lagi di lawan. Tengok Bajau Semporna apa pun keadaan mereka tetap menyokong si Shafie. Walhal jika dibandingkan masyarakat Tawau dan penyokong Shafie itu, jauh lebih selesa masyarakat Tawau dari banyak segi kehidupan.

Jadi tolak lagi Parti Warisan, tolak jauh-jauh dari bumi Tawau jangan biarkan diri anda menjadi mangsa politiking Shafie sedangkan masyarakat di kawasannya masih ramai yang terbiar atau tidak terbela. Sangat tidak terbela walaupun telah berkali kali menyandang jawatan Menteri dari Menteri KKLW hingga terbaru sebagai Ketua Menteri Sabah.

Kenapa saya katakan politiking Shafie sebab begini. Kebanyakannya masyarakat yang di doktrin oleh Shafie adalah golongan miskin tidak berpendidikan, tapi diajak atau diperdengarkan dengan retorik perjanjian Malaysia 1963. Bukankah itu satu pembohongan besar atau gula gula, ini kerana ia berada diluar konteks kehidupan golongan berkenaan.

Sebab itulah kalau kita tanya, apa yang mereka faham berhubung Warisan atau perjanjian Malaysia 1963 yang dilaung-laungkan oleh kepimpinan Warisan. Dia sendiri tidak tahu, dia hanya sebut perubahan atau Sabah Ubah, walhal diri sendiri macam orang yang hisap gum, tidak berubah. Betul betul kasihan, demi Allah.

Pada kepimpinan Warisan bertaubat kamu!!!!!!