Tujuan Muhyiddin Digulingkan Untuk Menyelamatkan Pemimpin UMNO Dari Hukuman Penjara

Ternyata benar persepsi rakyat Malaysia bahawa tujuan UMNO cuba menumbangkan atau menggulingkan kerajaan Perikatan Nasional, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah tidak ada lain untuk menyelamatkan pemimpin mereka yang sedang dibicarakan di mahkamah kerana rasuah dari dipenjarakan.

Persepsi rakyat Malaysia itu seolah-olah disahkan oleh seorang aktivis iaitu Presiden Gerakan Keadilan Sedunia (JUST). Bahawa sebab UMNO mahu menggulingkan Perdana Menteri bukan sebab Tan Sri Muhyiddin tidak berkemampuan. Tapi kerana ada dikalangan pemimpin UMNO tidak mahu masuk penjara.

Chandra Muzaffar mengulas terdapat beberapa individu daripada parti yang mempunyai kerusi terbanyak dalam kerajaan hari ini berdepan dengan perbicaraan mahkamah dan mungkin bakal dipenjarakan. Justeru mereka berharap jika pemimpin lain dinaikkan maka mereka boleh dilepaskan.


Kalau kita rujuk kes SPRM yang melibatkan pemimpin-pemimpin politik maka kita tahu yang terlibat bukan hanya daripada UMNO seperti Zahid Hamidi Najib Razak dan Ahmad Maslan tetapi juga daripada Parti Warisan seperti Peter Anthony dan beberapa lagi ini termasuklah keatas bekas setiausaha Kementerian Pelancongan yang juga Timbalan Ketua Wira Bahagian Semporna.

Peter Anthony Diarahkan Hadir Ke Mahkamah

Baru-baru ini UMNO kantoi bila mana cuba bekerjasama dengan DAP melalui sokongan mereka terhadap Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pendedahan sokongan daripada UMNO keatas Anwar Ibrahim tidak hanya dilakukan oleh penyokong Anwar bila mana ada kalangan pemimpin dan penyokong UMNO yang mempersoalkan akuan bersumpah yang telah dipersembahkan oleh Anwar kepada yang di-pertuan Agong.

Tetapi juga sokongan UMNO terhadap Anwar atau DAP itu turut didedahkan sendiri oleh Menteri Wilayah Annuar Musa yang juga pemimpin UMNO.

Begitu juga dengan Parti Warisan bila bertindak mengundi tidak menyokong belanjawan 2021, tujuannya tiada lain untuk menumbangkan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Anwar baru baru ini sekali lagi bersuara agar darurat yang diperkenankan oleh yang di-pertuan Agong supaya ditarik balik memandangkan kononnya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi mendapat sokongan daripada seorang dua Ahli Parlimen. Presiden Warisan Shafie Apdal juga membuat tuntutan yang sama dengan mempersoal pelaksanaan darurat sekaligus mempertikaikan perkenan yang di-pertuan Agong berhubung darurat itu sendiri.

Walaupun Presiden UMNO melalui surat siaran media nya akur pada pelaksanaan darurat tetapi ramai yang percaya tindakan Anwar Ibrahim itu sebenarnya didorong oleh pemimpin pemimpin UMNO yang cuba lari daripada tuduhan rasuah di Mahkamah.

Itu juga bererti ketidakpuasan UMNO dan Warisan berhubung perlaksanaan darurat hanyalah kenyataan semata mata hakikatnya mereka takut sekiranya dalam tempoh darurat ini perbicaraan keatas mereka akan diteruskan tanpa gangguan mana mana pihak.

Fenomena Air Pasang dan Banjir Besar – KM Hajiji

KENYATAAN MEDIA
YAB KETUA MENTERI SABAH
BENCANA BANJIR DAN FENOMENA AIR PASANG BESAR DI NEGERI SABAH


Kerajaan Negeri memaklumkan bahawa bencana banjir yang berlaku di enam (06) daerah iaitu Kota Marudu, Pitas, Beaufort, Lahad Datu, Paitan, Kudat dan fenomena air pasang besar di daerah Kudat dan Kota Kinabalu.

Sebanyak 173 buah kampung dan seramai 841 orang mangsa yang terjejas telah ditempatkan di 16 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat pukul 12.00 tengah hari tadi.

Sehingga pukul 4.00 petang tadi, jumlah mangsa telah berkurangan kepada 287 orang dan hanya tujuh (07) PPS masih beroperasi bagi menempatkan mangsa.

Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di daerah yang terlibat telah menggerakkan seramai 635 orang anggota daripada pelbagai agensi dalam operasi menyelamat dan memindahkan mangsa-mangsa banjir dan fenomena air pasang besar di kawasan yang terlibat.

Kerajaan juga menerusi Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menyalurkan bantuan berbentuk makanan bermasak kepada semua mangsa yang telah dipindahkan ke PPS dan bakul makanan bernilai RM200.00 bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR).

Selain itu, pihak NADMA juga akan mengagihkan wang ihsan berjumlah RM500.00 bagi setiap KIR. Perkara ini akan diselaraskan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Pejabat Daerah yang terlibat.

Dalam menghadapi bencana banjir dan air pasang besar semasa pandemik COVID-19, Kerajaan Negeri amat menitik beratkan agar semua pihak yang terlibat untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

Kerajaan Negeri juga menasihatkan agar semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga serta mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Sekian dan terima kasih.

YAB KETUA MENTERI SABAH 15 JANUARI 2021 | 6.00 PETANG

Kerajaan Sabah Setuju Dengan Perlaksanaan PKP

Kerajaan negeri GRS bersetuju dengan keputusan kerajaan Persekutuan untuk mengenakan perintah kawalan pergerakan PKP selama dua minggu untuk Sabah bermula 13 Januari ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor berkata PKP perlu untuk menghentikan peningkatan eksponensial kes covid 19 di Sabah.

Justeru itu beliau meminta orang ramai agar sentiasa memutihkan arahan dari pihak yang berwajib dengan mematuhi prosedur operasi piawaian untuk menghentikan jangkitan ini.

Semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Sabah termasuk dalam lapan negeri yang dikuatkuasakan PKP manakala enam lagi negeri dikenakan PKPB.

Memorandum GRS Diketuai Pengerusinya Hajiji Noor

*Siaran Media*

09 Januari 2021 secara rasminya terjalin kerjasama politik diantara PN, PBS dan BN dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

9 Januari 2021.


MEMORANDUM. Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor (tengah) menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Kerjasama Politik GRS sambil diperhatikan oleh Dato’ Sri Bung Moktar Radin dan pemimpin parti komponen Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) selepas Mesyuarat Pimpinan GRS di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, hari ini.

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor (duduk,tengah) bersama pemimpin GRS memunjukkan Memorandum Persefahaman Kerjasama Politik yang telah ditandatangani selepas Mesyuarat Pimpinan GRS di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, hari ini.

BINCANG…Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Dato’ Sri Panglima Haji Hajiji Haji Noor (tiga dari kiri) meneliti dokumen MOU Kerjasama Politik bersama Timbalan Pengerusi GRS, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan pemimpin GRS yang lain selepas Mesyuarat Pimpinan GRS di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, hari ini.

UMNO Takut Siasat Surat Sokong Anwar Yang Ditandatangani Zahid dan Najib

Kalau benar wujud pemimpin UMNO yang berfikiran waras dan ikhlas memperjuangkan nasib rakyat mereka. Pasti mereka sensitif terhadap hal yang dikaitkan dengan parti UMNO. Apa lagi kalau tuduhan itu ada kaitannya dengan musuh tradisi mereka iaitu parti DAP.

Pasti mereka akan menuntut penjelasan yang lebih lanjut, seperti butiran pendedahan yang dilemparkan oleh Menteri Wilayah yang juga pemimpin UMNO, Annuar Musa. Annuar sebelum ini mendedahkan bahawa Presiden UMNO, Zahid Hamidi dan Najib Razak ada menandatangani satu surat menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia sekaligus menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pendedahan yang dibuat bukan hanya dalam bentuk lisan tetapi dalam bentuk dokumentasi dan surat itu telah disahkan oleh pihak-pihak yang terlibat sebagai tulen dan benar. Seperti link dibawah:-

Annuar Dedah Surat Presiden UMNO Sokong Anwar Jadi Perdana Menteri

Tetapi malangnya pendedahan yang telah mengkantoikan perjuangan UMNO itu tidak dicabar oleh mana-mana pemimpin UMNO. Pelik bukan!

Tajuddin Ramli selaku pengarah pilihanraya UMNO hanya mampu membuat penafian semata-mata yang tidak disertakan sebarang bukti. Seolah-olah dalam diam UMNO membenarkan dakwaan Annuar Musa berkenaan. Dia kata tidak ada keperluannya untuk UMNO menubuhkan jawatankuasa bagi menyiasat surat yang ditandatangani oleh Zahid Hamidi dan Najib Razak itu. Nampak tak macam ada yang ditakutkan.

Sebelum ini jentera PKR telah menyebarkan surat yang sama bagi tujuan mempertahankan dakwaan boss mereka bahawa benar Anwar mendapat sokongan daripada UMNO untuk menggantikan kedudukan Tan Sri Muhidin Yasin sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Kalaupun UMNO takut berhadapan dengan Annuar Musa dan pengikutnya tapi sekurang-kurangnya Presiden UMNO membuat laporan Polis agar siasatan yang lebih lanjut dapat dijalankan.

Pergelutan dalaman UMNO ini telah menimbulkan tanda tanya dikalangan rakyat dan penyokong UMNO-BN. Kalau semua tuduhan yang dilemparkan terhadap pemimpin UMNO didakwa satu fitnah, walaupun yang membuat tuduhan itu adalah pemimpin UMNO sendiri dan masih aktif. Jadi kenapa UMNO tumbang pada pilihan raya yang lepas dan sehingga hari ini semakin ramai ahli yang meninggalkan UMNO?

Begitu juga dengan tuduhan kadar kemiskinan di kalangan orang Melayu yang gagal diselesaikan oleh kerajaan UMNO adakah ia juga satu fitnah?

Ucapan Terima Kasih Hajiji Pada PM Muhyiddin Kerana Dilantik Sebagai BPN Sabah

*KENYATAAN MEDIA*

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB Tan Sri Datuk Seri
Panglima Haji Muhyiddin Mohd Yassin, Pengerusi Parti Perikatan Nasional dan
barisan kepimpinan parti atas kepercayaan untuk melantik saya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri (BPN) Parti Perikatan Nasional Negeri Sabah. Pelantikan ini merupakan satu amanah besar untuk membentuk dan memperkukuhkan organisasi dan gerak kerja parti di peringkat negeri hingga ke peringkat akar umbi.


Perikatan Nasional (PB) Sabah juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada para pemimpin PN Sabah yang terpilih menganggotai Majlis Tertinggi PN Peringkat Nasional seperti berikut:

1. YB. Datuk Seri Panglima Dr. Jeffry Kitingan, Timbalan Pengerusi Perikatan
Nasional

2. YB. Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Timbalan Pengerusi Perikatan
Nasional

3. YB. Senator Datuk Guandee Kohoi, Ahli Majlis Tertinggi Perikatan Nasional

4. Encik Edward Dagul, Ahli Majlis Tertinggi Perikatan Nasional


Hari ini saya telah mengadakan perjumpaan bersama kepimpinan tertinggi Parti-Parti Komponen Perikatan Nasional Peringkat Negeri Sabah yang terdiri daripada BERSATU, STAR, SAPP dan PAS. Kepimpinan Perikatan Nasional Negeri Sabah telah membentuk kesepakatan dan persetujuan sebagaimana berikut:

1. Membentuk dan memperkemas organisasi serta gerak kerja Perikatan
Nasional di peringkat negeri hingga ke peringkat akar umbi;

2. Memastikan Perikatan Nasional dan Parti-Parti Komponen di Sabah meningkatkan keberkesanan khidmat bakti demi kesejahteraan rakyat;

3. Mendokong sepenuhnya kepimpinan YAB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji
Muhyiddin Mohd. Yassin selaku Perdana Menteri Malaysia dan Kerajaan Perikatan Nasional di peringkat persekutuan;

4. Memperkukuh kerjasama di antara Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah demi membentuk kesepakatan padu dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sekali gus memperkuat Kerajaan GRS dalam menukaikan amanah dan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dan negeri Sabah.


*DATUK SERI PANGLIMA HAJI HAJIJI HAJI NOOR*
Pengerusi Badan Perhubungan Negeri (BPN)
Perikatan Nasional (PN) Sabah

8 Januari 2021

Siaran Media KM Sabah 08 Januari 2020

Annuar Musa Akui Simpan Bukti, UMNO Berkerjasama Dengan Anwar (DAP)

Sebelum admin sedikit mengulas pendedahan terbaru yang dibuat oleh Menteri Wilayah Datuk Annuar Musa berhubung pergolakan yang sedang melanda Perikatan Nasional, iaitu UMNO yang cuba menarik sokongan ke atas kerajaan Perikatan Nasional. Suka admin merujuk ulang kronologi persekongkolan yang dijalankan diantara UMNO dan Anwar Ibrahim aka DAP, sebenarnya.

Menurut sumber, awalnya catatan dibawah khusus ditujukan untuk para ahli UMNO. Tapi terlepas, entah bagaimana.

*UNTUK BACAAN AHLI UMNO SAHAJA*

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tuan Guru Hj. Hadi Awang bersama dua Setiausaha Agung, Hamzah Zainuddin dan Takiyuddin Hassan telah tahu gerakan dilakukan oleh pemimpin Umno proksi Najib Razak.

Kepala bagi menjatuhkan perpaduan Melayu Islam ini adalah Najib Razak melalui Jazlan, Ahli Parlimen Machang. Malah kronologi ini telah diketahui awal oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

8 Oktober – MP Machang, Rompin dan Najib bertemu di Pavilion. Najib cerita kenapa nak bekerjasama dengan Anwar Ibrahim. Turut bersama ketika itu MP Tanjong Karang, Arau dan Padang Rengas.

9 Oktober – MP Machang, Rompin, Arau dan Padang Rengas buat keputusan dan memilih Anwar Ibrahim.

11 Oktober – MP Machang bertemu DS Zahid Hamidi meminta jaminan jika perancangan Najib berjaya DS Zahid Hamidi perlu melantik Najib sebagai Pengerusi BN.

14 Oktober – MP machang, Rompin dan Arau bertemu Najib Razak.

17 Oktober – Tengku Muda berjumpa Najib Razak, Anwar Ibrahim, Tajuddin Rahman dan Anthony Loke.

Tengku Muda mengatakan YDPA tidak mahu tengok Najib Razak masuk ke dalam kerana Najib Razak adalah Orang Kaya 8.

Anwar bersumpah – kluster mahkamah akan dilepaskan sekiranya beliau menjadi PM.

18 Oktober – MP Machang berjumpa Najib Razak dan meminta supaya perancangan ini ditangguhkan sebab seluruh bahagian Umno di Kelantan tolak Anwar Ibrahim.

Pada sebelah malam, MP Jerantut, Kimanis dan Padang Besar bersetuju agar rancangan ini ditangguhkan.

19 Oktober – Mesyuarat MKT Umno, Tanjong Karang dan Machang diherdik oleh majoriti MKT dalam mesyuarat MKT Umno susulan perancangan untuk menjatuhkan kerajaan.

Najib Razak – 4 bulan selepas mengambil alih kerajaan, menjelaskan beliau tidak kutuk kerajaan supaya rakyat sokong TS Muhyiddin Yassin.

Najib Razak kecewa kerana Hamzah tidak menunaikan janji berkaitan kes mahkamah melibatkan dirinya, Rosmah Mansor serta anak-anaknya.

Manakala Zahid Hamidi mendakwa Hamzah ugut akan mengambil tindakan ke atas Nurul Hidayah iaitu anaknya.

20 Oktober: Jawatankuasa Noah berjumpa MP dan menyerahkan RM20 juta kemudian Najib serah 12 Akuan Bersumpah kepada Anwar Ibrahim.

1. Pekan
2. Pontian
3. Bagan datuk
4. Rompin
5. Pasir Salak
6. Padang Rengas
7. Kinabatangan
8. Baling
9. Machang
10. Arau
11. Besut
12. Jerantut

Malah Presiden Umno, Zahid Hamidi dua kali melanggar janji yang mereka telah persetujui bersama.

Ramai orang Umno tidak tahu krisis Menteri Besar Perak adalah permulaan Umno dengan DAP.

Malah PM Tan Sri Muhyiddin Yassin ‘fuck off’ Zahid Hamidi manakala TG Hadi Awang kata Presiden Umno manusia ‘munafik’.

Orang Umno fikir Pas tidak dapat menerima Amanah. Namun, anda semua tersilap sebab Pas telah berunding dengan Mat Sabu.

Namun, Presiden Amanah berpendirian tidak akan menyertai Perikatan Nasional sekiranya Najib dan Zahid bersama dalam kerajaan.

Bagaimanapun, Mat Sabu bersedia bersama Perikatan Nasional sekiranya dua individu ini tidak bersama dalam kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tuan Guru Hj. Hadi Awang bersedia dengan “exit plan” jika Umno menarik sokongan mereka kepada Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan majoriti Melayu Islam.

Bersatu: 50
Warisan: 11
Pas: 18
GPS: 18
Amanah: 11
Pejuang:4
Bebas: 1 (Maszlee)

Jumlah: 113

Biarkan parti Umno dengan lagak abang besar dan Najib serta Zahid meringkuk dalam penjara!!


Sekaligus catatan diatas dapat mentuntaskan berita yang viral sebelum ini, di mana terbukti benarlah Anwar Ibrahim memiliki surat akuan atau SD dari Ahli Parlimen UMNO. Benar benar Anwar Ibrahim mempunyai nombor bukan kaleng kaleng oh.

Walaupun ada dikalangan 12 orang itu yang menafikannya, seperti Ahli Parlimen Arau, mungkin juga benar bukan dia tapi seorang lagi daripada Sabah yang tidak disenaraikan namun pada hakikatnya terlibat dalam gerakan itu, kerana kelmarin Arau telah menyatakan pendiriannya bahawa beliau tidak menyokong UMNO untuk bekerjasama dengan Anwar dan DAP.

Berhubung pendedahan atau pengakuan Annuar Musa yang berlaku di sidang media sebentar tadi.

Annuar Musa mendedahkan benar Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi menandatangani akuan bersumpah menyokong Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin. SD itu jugalah yang dipersembahkan kepada yang di-pertuan Agong.

Annuar Musa juga mengakui yang beliau ada menyimpan maklumat dan bukti kukuh yang menunjukkan pemimpin tertinggi UMNO yang berunding dengan DAP bagi membentuk jajaran baharu politik sekaligus menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional.

Seperti yang admin tulis sebelum ini pergolakan ini didalangi oleh UMNO yang bertujuan untuk menyelamatkan pemimpin mereka yang sedang berhadapan dengan skandal rasuah di mahkamah.

Penafian Najib Razak kononnya dakwaan Annuar Musa ini adalah tidak benar sebaliknya yang berbohong adalah Najib sendiri. Benar secara luarannya akar umbi atau Ketua Ketua Bahagian UMNO menolak untuk berkerjasama dengan DAP tetapi semua orang tahu Ketua Ketua Bahagian itu tidak lebih dari puppet yang sentiasa mengikut arahan tuannya. Seperti mana kronologi diatas.

Menteri Besar Perak yang awalnya diwakili oleh PPBM ditumbangkan oleh UMNO melalui kerjasama mereka dengan DAP. Jadi tentang mana pula hubungan UMNO dan DAP tidak wujud. Hahaha!

Kerajaan Negeri dan Federal Berkerjasama Rapat Tarik Pelabur Asing

Siaran media

6 Januari 2021

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Sabah dan rakan sejawat di Persekutuan bekerjasama rapat untuk meningkatkan aliran masuk pelaburan asing dan domestik ke negeri ini.

Perkara itu dibincangkan dalam pertemuan antara Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersama Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Selasa, di sini.

Dalam pertemuan itu Hajiji turut memaklumkan Azmin mengenai visi kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan rangka tindakan pembangunan untuk memacu pertumbuhan ekonomi serta mencapai pembangunan yang berkualiti untuk Sabah.

“Kerajaan negeri komited untuk menjalin kerjasama rapat dengan kerajaan Persekutuan untuk menarik lebih banyak pelabur ke Sabah,” katanya.

Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk memastikan program Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) seperti yang digariskan dalam Belanjawan 2021 dilaksanakan dengan jayanya demi manfaat rakyat di Sabah.

Ketika membentangkan Belanjawan Sabah 2021 baru-baru ini, Hajiji yang juga Menteri Kewangan negeri, menjelaskan bahawa aliran masuk dana pelaburan domestik dan asing khususnya dalam sektor pembuatan pada 2019 meningkat dengan ketara kepada RM6.48 bilion daripada RM0.23 bilion pada tahun sebelumnya.

Bagi suku pertama tahun lalu, katanya nilai pelaburan yang diluluskan adalah RM11.7 bilion, sekali gus membuktikan bahawa Sabah terus menjadi destinasi pelaburan yang menarik bagi pelabur asing.

Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri menyasarkan pertumbuhan sektor ini pada 17.0 peratus setahun dengan unjuran sumbangan kepada KDNK sebanyak 35 peratus pada tahun 2030.

Pada tahun ini, sejumlah RM142.85 juta diperuntukkan untuk pembangunan sektor perindustrian dan perdagangan di bawah Kementerian Kewangan; Kementerian Pembangunan Perindustrian; Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Jabatan Ketua Menteri.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM49.35 juta diperuntukkan kepada Kementerian Pembangunan Perindustrian termasuk Jabatan Pembangunan Industri dan Penyelidikan untuk melaksanakan berbagai program seperti pembangunan infrastruktur industri, keusahawanan, mempromosikan pelaburan, dan usaha untuk meningkatkan daya saing industri dengan memanfaatkan Revolusi Industri (IR) 4.0.

ends/

Annuar Musa Lucut Dari SU Agung BN. Bila Nak Gugurkan Keahlian UMNO, Takut kah?

Annuar Musa hari ini dengan rasminya dilucutkan dari jawatan setiausaha Agung BN atas arahan Presiden UMNO Zahid Hamidi. Tempatnya digantikan oleh Ahmad Maslan, seorang pemimpin UMNO yang terpalit dengan tuduhan salah guna kuasa di mahkamah.

Antara sebab beliau dilucutkan adalah kerana sering bercakap benar ketika salah satu parti dalam perikatan Nasional seperti PPBM dilecehkan tanpa asas yang benar oleh pemimpin UMNO itu sendiri. Lalu tindakan beliau itu ditafsirkan sebagai tukang cakap Parti Bersatu atau kononnya main 2 kolam.

Main dua kolam apa mangkuk, itu Parti Bersatu, PAS dan UMNO berada dalam Perikatan Nasional so sudah menjadi tanggungjawab antara mereka untuk membetulkan berita yang tidak sahih atau tidak benar supaya tidak sampai menjejaskan Perikatan Nasional selaku parti parti pemerintah.

Tapi semua itu sengaja disalah tafsir demi menyelamatkan pemimpin UMNO yang sedang dibicarakan di mahkamah. Kita faham itu, rakyat pun faham.

Annuar Musa juga terkenal dengan dasar penolakannya terhadap parti DAP dan PKR atau No DAP No Anwar.

Begitulah mentaliti segelintir pemimpin UMNO yang tidak terbuka dan ketagih meniagaan slogan yang memperjuangkan bangsa Melayu. Buktinya Annuar Musa itu juga berbangsa Melayu yang berasal dari Kelantan.

Sebaliknya yang berusaha untuk bersahabat dengan parti dan pemimpin yang mereka keji sejak puluhan tahun yang lalu iaitu DAP dan Anwar nampaknya tidak dikenakan sebarang tindakan disiplin. Pelik bukan. Hahaha!

Okey Anwar telah dipecat dari jawatan Setiausaha Agung BN walaupun bukan tindakan ini yang diharap oleh jentera akar umbi, yang mereka desak ialah agar keahlian UMNO Annuar Musa gugurkan. Bila nak digugurkan keahlian UMNO pula, takut kah?

Rasanya yang menyebabkan perkara songsang ini berlaku kerana adanya usaha untuk menyelamatkan Presiden UMNO Zahid Hamidi yang terpalit dengan tuduhan rasuah di mahkamah begitu juga dengan Ahmad Maslan yang sedang dibicarakan di mahkamah. Selain sudah tentu Najib Razak yang telah pun dikenakan hukuman penjara 12 tahun oleh mahkamah berhubung skandal SRC. Ini saja visi dan misi UMNO selepas kalah di pilihanraya umum yang lepas. Sebab itulah peringkat awal UMNO bersetuju membentuk kerajaan Perikatan Nasional tapi kerana kerajaan Perikatan Nasional enggan berkerjasama iaitu merosakkan konstitusi Mahkamah maka agenda menolak Perikatan Nasional pun digerakkan termasuklah bekerjasama dengan DAP.